BIOQUEST: GAMIFYING BIOLOGY VIA AUGMENTED REALITY USING METAVERSE APP Nurhazrati Binti Manshor1 Nurul Shafiqah Binti Sulaiman2 1 Jabatan Agroteknologi & Bio-Industri, Politeknik Nilai, Malaysia, (E-mail: [email protected]) 2 Jabatan Agroteknologi & Bio-Industri, Politeknik Nilai, Malaysia, (E-mail: [email protected]) Abstract Cell as A Unit of Life merupakan topik yang pertama dalam kursus DYB10013 Biology of Organism bagi program Diploma Bioteknologi. Kebanyakan pelajar terutama yang bukan dari latarbelakang sains akan merasa sukar, takut dan cepat bosan ketika mempelajari kursus ini disebabkan Biologi adalah fakta sains yang perlu difahami dan dihafal. Selaras dengan objektif Pendidikan 4.0 yang memberi fokus kepada konsep pembelajaran yang fleksibel di mana ianya boleh berlaku tanpa mengira masa dan lokasi, tujuan pembangunan inovasi ini adalah untuk mengaplikasikan kombinasi quest-based learning dan teknologi augmented reality dalam proses pembelajaran bag itopik Cell as A Unit of Life yang dipelajari oleh para pelajar Diploma Bioteknologi. Justeru, satu inovasi pembelajaran imersif telah dibangunkan menggunakan Metaverse Studio. Aplikasi ini menggabungkan gambar, media dan interaksi bersama karakter virtual di ruang fizikal di samping menggunapakai koordinasi Sistem Kedudukan Sejagat (Global Positioning System (GPS)). Karakter-karakter virtual ini ditempatkan di koordinat GPS yang spesifik dan unik di sekitar Politeknik Nilai untuk dicari oleh para pelajar dalam quest-based learning ini. Pelajar perlu berinteraksi dengan mereka untuk mengumpulkan item yang diperlukan dalam memahami teori dan konsep bagi topik Cell as A Unit of Life. Item yang dikumpul akan disimpan dalam inventori virtual pelajar dan boleh digunakan untuk melaksanakan kelas teori dan praktikal secara interaktif. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian dan markah dalam topik Cell as A Unit of Life selepas post-test diadakan berbanding pre-test (dibuat sebelum aplikasi BioQuest dijalankan). Oleh yang demikian, aplikasi ini merupakan bahan bantu mengajar yang berkesan yang boleh digunakan untuk meningkatkan pemahaman dan menarik minat para pelajar dalam mempelajari teori dan amali Cell as A Unit of Life. Kata kunci:cell as a unit of life, gamifying biology, augmented reality
POTENSI PRODUK ANTI PACAT SECARA SEMULAJADI UNTUK AKTIVITI REKREASI DI DALAM HUTAN Nor Shahurulnesma Binti Husain Kolej Komuniti Jerai, Malaysia, (E-mail: [email protected]) Abstrak Produk yang telah dibangunkan ini adalah sebuah produk yang direka bagi membantu pelajarpelajar Sijil Pengembaraan Pelancongan di Kolej Komuniti Jerai menjalani aktiviti yang melibatkan aktiviti luar seperti perkhemahan, perkelahan, hiking, jungle trekking dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti seperti ini kadangkala memberi cabaran kepada pelajar kerana ada sesetengah pelajar fobia atau geli dengan pacat dan ini merencatkan aktiviti yang telah dirancang. Seperti yang kita sedia maklum, mewujudkan satu situasi yang selesa dan selamat dalam kalangan pelajar juga perlu diberikan perhatian kerana apabila pelajar tidak dapat memberikan sepenuhnya komitmen, ia akan menjadi satu aktiviti yang berisiko terutama sekali aktiviti yang melibatkan kawasan hutan. Oleh itu, produk ini boleh membantu pelajar-pelajar melakukan aktiviti ini dengan selesa dan selamat. Produk ini ialah produk anti pacat dan bahan yang digunakan bagi menghasilkan produk ini adalah daripada bahan-bahan organik dan semulajadi. Produk ini telah melalui kaedah pengujian ke atas pacat yang diambil dari kawasan hutan sekitar daerah Yan. Pengujian ini dianalisa melalui pemerhatian serta tindakbalas pacat terhadap produk anti pacat serta keberkesanan pada individu yang menggunakannya. Ia bertujuan melihat sejauh mana potensi produk ini boleh digunakan sebagai produk anti pacat dalam menjalankan aktiviti rekreasi yang melibatkan aktiviti di dalam hutan. Seterusnya mampu membantu pelajar dan penggemar aktiviti rekreasi di dalam hutan lebih mudah dan tidak teragak-agak untuk menikmati aktiviti yang sedang dilakukan. Kata kunci: Anti pacat, aktiviti luar, semulajadi
PENGHASILAN INOVASI SHIFTPRO KIT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) BAGI KURSUS DIGITAL ELECTRONICS DI POLISAS Nurul Aziyana Binti Kamaruddin1 Haslina Binti Mahmood2 Nurul Syahida Binti Ahmad Hazmi3 1 Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Sarawak, Malaysia (E-mail: [email protected] 2 Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Sarawak, Malaysia (E-mail: [email protected] 3 Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Sarawak, Malaysia (E-mail: [email protected] Abstrak Inovasi ShiftPro Kit adalah satu alat bantu mengajar yang dihasilkan bagi memudahkan Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) untuk kursus DEE20033 – Digital Electronics di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. Sebelum inovasi dilakukan, ada beberapa kelemahan dalam menjalankan amali Shift Register iaitu hanya dua mod shift register sahaja diuji iaitu SISO dan PISO. Seterusnya pelajar mengambil masa yang lama untuk melakukan penyambungan litar parallel input shift register dan kebanyakkan litar yang dipasang gagal menghasilkan output yang sepatutnya. Hanya sebilangan kecil kumpulan sahaja yang berjaya menyebabkan proses pengambilan data amali terganggu. Pelajar juga dilihat kurang motivasi untuk menyambung semula litar berikutan penyambungan yang kompleks. Justeru ShiftPro Kit ini dibina untuk memenuhi dua objektif iaitu sebagai alat bahan bantu mengajar bagi topik Shift Register dan sebagai trainer untuk amali 6 di bawah topik Shift Register. Inovasi ini menggabungkan IC 7495 (Universal Shift Register), Signal Generator Square Wave Dual Mode PWM sebagai generated clock, perintang dan juga empat unit LED sebagai penunjuk output. Inovasi ShiftPro boleh beroperasi dalam 4 mod iaitu SISO (Serial in Serial Out), SIPO (Serial In Parallel Out), PISO (Parallel In Parallel Out) dan PIPO (Parallel In Parallel Out). Inovasi ini boleh membantu untuk mengurangkan beban pensyarah dalam menyediakan bahan bantu mengajar dan memudahkan penyampaian pengajaran bagi topik Shift Register. Topik Shift Register memperuntukkan 2 jam masa amali seminggu. Dengan adanya inovasi ini, proses pengambilan data dapat disingkatkan kerana pelajar tidak perlu lagi untuk membuat penyambungan litar kompleks seperti yang biasa dilakukan. Inovasi ini juga boleh membantu untuk meningkatkan pemahaman pelajar berkenaan penggunaan operasi Shift Register. Kata kunci:PdP, digital electronics, penyambungan litar
PEMBANGUNAN DC WHEATSTONE BRIDGE DI JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN, PTSS Hazanal Suzima binti Hassan1 Mohd Radhi bin Musa Nor Hazlinda binti Idris 1 Jabatan Kejuruteraan Mekanikal,Politeknik Mukah Sarawak , Malaysia (E-mail:[email protected]) Abstrak Kajian ini adalah mengenai pembangunan DC Wheatstone Bridge di Jabatan Kejuruteraan Elektrik(JKE), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin(PTSS). Pembangunan kajian ini adalah bertujuan untuk memberi kemudahan di dalam pengajaran dan pembekajaran di JKE PTSS. Pembanguanan inovasi ini digunakan di dalam aktivit makmal bagi kursus DEE1012, Measurement pada pelajar semester 1 di Jabatan Kejuruteraan Elektrik. DC Wheatstone Bridge trainer ini terdiri daripada rintangan R1,R2, R3 yang dipanggil sebagai lengan nisbah dimana R3 adalah perintang bolehubah dan semua perintang ini disambungkan galvanometer yang bertindak sebagai pengesan null dan dihubungkan dengan bekalan kuasa 12V DC. Fungsi galvanometer ini adalah untuk menunjukkan nilai kepada 0 jika tiada arus dan ini menunjukkan litar ini berada dalam keadaan yang seimbang. Objektif utama pembangunan inovasi ini adalah untuk memastikan pelajar dapat melakukan aktiviti makmal dalam masa yamg singkat dan mendapat keputusan yang tepat. Dengan adanya pembanguan trainer ini ,semua aktiviti makmal dapat dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan. Kata kunci: Wheatstone Bridge, alat bahan bantu mengajar (ABBM)
KEBERKESANAN PENGGUNAAN MODUL INOVASI BUK_MULA DALAM KURSUS DBM20023: ENGINEERING MATH 2 DI POLITEKNIK MALAYSIA Aiman bin Zainul Kerif Jabatan Matematik, Sains & Komputer,Politeknik Ungku Omar Sarawak, Malaysia (E-mail: [email protected]) Abstrak Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan modul inovasi BUK_MULA dalam kursus DBM20023 iaitu Matematik Kejuruteraan 2 di Politeknik Malaysia. Kajian ini telah dijalankan dengan mendapatkan pandangan dari 2 orang pensyarah matematik dan seorang pelajar politeknik. Kajian kaedah kualitatif ini digunakan adalah untuk meninjau pendapat dari golongan tenaga pengajar dan pelajar mengenai impak pelaksanaan pembelajaran menggunakan modul inovasi BUK_MULA. Modul inovasi BUK_MULA adalah singkatan nama dari perkataan pembuktian dan formula. Kaedah inovasi BUK_MULA ini diperkenalkan bagi mendedahkan pelajar kepada kaedah inovasi iaitu pembelajaran matematik secara pembuktian formula. Melalui kaedah inovasi ini, otak kanan (otak kreatif) pelajar dapat dirangsangkan. Pengkaji telah menggunakan temubual untuk mengutip data daripada 2 orang pensyarah dan 1 orang pelajar yang terlibat dengan kursus DBM20023. Hasil kajian mengenai pandangan pensyarah Matematik di politeknik terhadap penggunaan modul inovasi BUK_MULA adalah positif. Selain itu, kajian ini juga meliputi pengalaman pensyarah dalam menggunakan pembuktian rumus, masalah dalam menggunakan pembuktian rumus dan kesediaan pensyarah dalam menggunakan pembuktian rumus semasa sesi pengajaran. Kata Kunci: matematik, modul, inovasi
WATER SAMPLE COLLECTOR Fouziah Binti Ahmad1 Rahayu Binti Mhd Adnan2 Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin,(E-mail:[email protected]) Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin,(E-mail: [email protected]) Abstrak Parameter kualiti air seperti Nilai pH, Oksigen Terlarut (DO), Keperluan Oksigen Biokimia (BOD), Keperluan Oksigen Kimia (COD), Pepejal Terampai (SS) dan Ammoniakal Nitrogen (NH3-N) diukur bagi menilai kualiti air di satu-satu lokasi. Bagi menguji parameter air berkenaan, pensampelan air perlu dilaksanakan dengan prosedur pensampelan air yang betul menggunakan alat yang bersesuaian. Sehubungan dengan itu inovasi alat ini direkabentuk untuk memudahkan pengendalian prosedur pengambilan sampel air yang diambil pada paras kedalaman yang betul. Bagi meminimumkan kos, rekaan inovasi ini direka supaya ianya mampu milik serta memudahkan pengguna menggunakannya seterusnya mencapai hasil keputusan ujikaji yang sepatutnya. Inovasi alat Water Sample Collector ini, dapat membantu pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin khususnya dan pelajar Politeknik Malaysia amnya mahupun pengguna yang lain bagi tujuan berkaitan pensampelan air untuk pengujian parameter kualiti air. Penggunaan alat ini juga mampu membantu pensyarah serta pelajar di Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin yang mengajar dan mengambil kursus DCC 40152 Water Supply & Waste Water Engineering dan DCC 40172 Structure, Hydraulic and Water Quality Laboratory menjalani prosedur sebenar pensampelan air bagi menguji parameter air. Secara keseluruhannya, alat ini dapat membantu proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dan holistik. Kata kunci : Inovasi, Pensampelan Air, Parameter Kualiti Air
STRATEGI MENANGANI ISU-ISU INTRA INSTITUSI DI KOLEJ KOMUNITI SEMPORNA: SATU PENILAIAN Nur Hasmirah Hassan1 Roslina A.Mohamad Nor2 Zarina Mokhtaruddin3 1Unit Pengajian Am, Komuniti Semporna (E-mail:[email protected]), 2Unit Akademik Pengembaraan Pelancongan, Komuniti Semporna (E-mail: [email protected]) 3Unit Akademik Pengembaraan Pelancongan, Komuniti Semporna (E-mail:[email protected]) Abstrak Sistem pendidikan berkualiti berperanan utama di setiap peringkat pengajian khususnya pengajian tinggi. Prestasi institusi tidak hanya bergantung kepada kecemerlangan pelajar berasaskan gred mahupun himpunan purata nilai mata (HPNM), bahkan menjurus kecekapan sistem pengurusan organisasi yang menyeluruh. Kepentingan ini turut menyentuh Kolej Komuniti Semporna sebagai salah satu pusat pendidikan utama TVET dalam bidang pelancongan. Oleh yang demikian, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti strategi yang berkesan bagi menangani permasalahan intra yang mampu mempengaruhi potensi perkembangan institusi ke arah kecemerlangan IPTA terkemuka. Metode kajian secara kualitatif melalui soal selidik, sampel kajian terdiri daripada para pelajar Kolej Komuniti Semporna manakala analisis data kajian adalah secara deskriptif. Rumusan kajian mendapati 55.2% responden bersetuju institusi perlu menambah baik kemudahan fasiliti bagi mengupayakan pengurusan organisasi yang lebih positif. Peratusan yang sama turut direkodkan bagi galakan pensyarah mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lebih menarik minat pelajar. Seterusnya sejumlah 82.7% responden turut menyokong pengurusan tatatertib secara dalaman sebagai salah satu strategi efektif menangani permasalahan disiplin, manakala sejumlah 17.3% menolak cadangan. Tuntasnya, kajian meluncurkan tiga saranan yang relevan bagi meningkatkan kecemerlangan institusi khususnya membantu pengurusan organisasi memenuhi keperluan para pelajar sebagai pemegang taruh ke arah sistem pendidikan yang lebih baik. Diharapkan hasil kajian menyumbang alternatif jalan penyelesaian kepada pihak berkaitan pada masa akan datang. Kata kunci: Fasiliti, Disiplin, Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
KATEGORI INOVASI PENGAMBILAN
KKJ PROMO LINK Noor Hayati binti Saleh1 1Kolej Komuniti Jerai, Malaysia, (E-mail: kkj.edu.my) Abstrak KKJ PROMO LINK merupakan satu inovasi yang diwujudkan bagi menyelesaikan beberapa masalah yang timbul ketika melaksanakan promosi Kolej Komuniti Jerai iaitu ketika negara berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) pada 2019-2020, dimana institusi sangat terkesan dalam melaksanakan gerak kerja promosi. Unit promosi telah mencari inisiatif untuk melaksanakan promosi pengambilan pelajar baharu dan kursus pendek walaupun terdapat kekangan ketika itu. maka wujudlah inovasi ini dimana ia dapat memberikan info menyeluruh mengenai informasi kepada masyarakat. Selain itu, pengguna juga boleh terus membuat permohonan kemasukan pelajar baharu untuk Program Sijil Pengembaraan Pelancongan dan kursus pendek. Disamping itu, kelebihan kepada inovasi ini juga, pengguna boleh memberi cadangan dan maklumbalas penambahbaikan terhadap setiap perkhidmatan yang ditawarkan di KKJ. Objektif inovasi ini adalah untuk memudahkan gerak kerja promosi dengan mengurangkan masa, ruang dan kewangan. Selain itu, objektif inovasi ini adalah untuk memperkasakan dan membudaya penggunaan konsep hijau serta menghapuskan pembaziran dalam institusi disamping mewujudkan platform kepada masyarakat untuk lebih dekat dengan Kolej Komuniti Jerai.Hasil dapatan keberkesanan mendapati bahawa kaedah ini sangat efektif dan memudahkan saluran pemberian info dan kaedah pemohonan dihimpun dalam satu kod pengimbas QR. Walaubagaimanapun terdapat beberapa cadangan penambahbaikan dimana penggunaan kod pengimbas QR KKJ LINK PROMO ini perlulah digunakan dengan lebih meluas lagi dimana ia dijadikan pelekat dan dilekatkan dimana-mana platform seperti cenderahati, sijil, media sosial dan lain-lain lagi. Hasil daripada pemerhatian dari program ini, penggunaan sistem QR KKJ PROMO LINK berjaya meningkatkan data permohonan pelajar secara atas talian. Kakitangan memberi maklumbalas sistem ini juga memudahkan mereka untuk membuat penerangan mengenai info-info terkini. Pemantauan program ini akan sentiasa dijalankan oleh Unit Promosi dan Pengambilan pelajar bagi memastikan maklumat yang sampaikan sentiasa terkini supaya sentiasa memenuhi keperluan kolej dan masyarakat. Kata kunci: Pengambilan Pelajar, Promosi, Info Kolej Komuniti Jerai, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Sijil Sepenuh Masa
KATEGORI KEBOLEHPASARA N GRADUAN DAN MASA HADAPAN
FAKTOR PENENTU KEPADA MINAT MENJADI USAHAWAN DALAM TALIAN: KAJIAN DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK KUCHING SARAWAK Nurizan binti Saury1 1 Jabatan Pengajian Am, Politeknik Kuching Sarawak, Malaysia, (E-mail: [email protected]) Abstrak Disebabkan kekangan dan peluang pekerjaan yang semakin mencabar, keusahawanan dilihat sebagai satu alternatif pekerjaan untuk menarik dalam kalangan pelajar. Keusahawanan dilihat mempunyai banyak kelebihan seperti mempunyai lebih kawalan ke atas kerjaya mereka dan menikmati lebih fleksibiliti. Selain itu, kemajuan dalam teknologi pada hari ini telah melihat ramai usahawan dalam talian disebabkan lebih mudah untuk semua mengakses jenis perniagaan melalui e-dagang dan platform digital lain. Oleh yang demikian objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi minat pelajar untuk menjadi usahawan. Responden kajian adalah pelajar Politeknik Kuching Sarawak dari semua jabatan. Instrumen kajian adalah menggunakan borang soal selidik yang diedarkan menggunakan Google Form dalam talian. Sebanyak lima faktor telah diletakkan sebagai pemboleh ubah tidak bersandar dalam kajian ini. Dengan menggunakan analisis regresi linear, hasil analisis mendapati pemboleh ubah Norma sosial dan Sikap terhadap keusahawanan dalam talian mempengaruhi minat untuk menjadi usahawan dalam talian. Kajian ini penting untuk membantu Politeknik Kuching Sarawak dalam merangka pembangunan latihan bagi mereka yang berminat menjadi usahawan dalam talian. Dengan meningkatnya bilangan usahawan dalam talian, ia juga berpotensi untuk mencipta peluang pekerjaan bagi individu lain. Ini adalah penting terutamanya dalam konteks peningkatan pengangguran atau pemulihan ekonomi selepas krisis. Kata kunci: Faktor penentu, minat usahawan, pelajar Politeknik
KAJIAN KEPERLUAN PROGRAM DIPLOMA REKABENTUK GRAFIK (DRG) POLITEKNIK BALIK PULAU Syaiful Ezlan bin Mahmood1 Muhammad Haziq bin Ahmad Fadzil2 Muhammad Hafizuddin bin Md Dzahir3 1 Jabatan Rekabentuk Dan Komunikasi Visual, Politeknik Balik Pulau, Malaysia, (E-mail: [email protected]) 2 Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Politeknik Balik Pulau, Malaysia, (E-mail: [email protected]) 3Unit Perhubungan Dan Latihan Industri, Malaysia, (E-mail: [email protected]) Abstrak Rekabentuk Grafik ditakrifkan sebagai satu bentuk komunikasi visual yang memainkan peranan sebagai penyelesai kepada masalah rekabentuk. Ia merupakan salah satu kursus yang dicadangkan oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) dalam komponen standard Multimedia Kreatif. Ia menjadi asas dalam penghasilan rekaan dalam bidang percetakan, penerbitan, pengiklanan, pemasaran, komunikasi, produksi video, teknologi maklumat, laman web dan sebagainya. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mendapatkan permohonan untuk penawaran program pengajian baharu di Politeknik Balik Pulau serta memaksimakan penggunaan tenaga pengajar (academia) sedia ada dalam bidang grafik dan multimedia. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk memenuhi permintaan industri dan agensi dalam bidang rekabentuk grafik. Laporan kajian ini adalah dapatan daripada soal selidik terhadap responden yang terdiri daripada industri, pensyarah dan alumni. Taburan responden adalah terdiri dari 30 syarikat daripada pihak industri dari pelbagai sektor, 112 orang alumni lepasan Politeknik dan 66 orang pelajar-pelajar Sekolah Menengah yang merupakan pelajar sekolah yang berada di sekitar institusi ini. Berdasarkan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa program Diploma Rekabentuk Grafik mendapat sokongan penuh untuk dilaksanakan di Politeknik dan ia dijangka akan mampu menampung keperluan tenaga kerja berkemahiran yang diperlukan oleh sektor industri kreatif. Kata kunci: Rekabentuk Grafik, Diploma, Politeknik
EXPLORING DIGITAL ENTREPRENEURIAL INTENTIONS AMONG ACCOUNTING STUDENTS: A THEORY OF PLANNED BEHAVIOUR PERSPECTIVE Natasha Afina binti Salem1 Nurul Fatihah binti Ahmad2 1,2Politeknik Mukah Sarawak, Malaysia Abstract Digital entrepreneurship within the accounting domain is rapidly gaining significance in today's dynamic business landscape. This intersection demands exploration, particularly concerning the intentions of accounting students in engaging with digital entrepreneurial activities. This conceptual paper delves into the realm of digital entrepreneurial intentions among accounting students, employing the Theory of Planned Behaviour (TPB) as a theoretical lens. The TPB model encompasses three primary determinants which are attitude, subjective norms, and perceived behavioural control that influence an individual's intentions towards a specific behaviour. This study will utilise a quantitative approach, employing surveys administered to accounting students in Politeknik Mukah, Sarawak. The survey will capture data related to the TPB constructs, focusing on attitudes towards digital entrepreneurship in accounting, subjective norms influenced by social factors, and perceived behavioural control concerning the students' perceived ability and resources for engaging in digital entrepreneurial activities. The proposed conceptual model provides a framework for future research to empirically test and validate the relationships between the constructs outlined within the TPB framework, thereby contribute to the development of targeted strategies and interventions by educational institutions and policymakers to foster a conducive environment for nurturing digital entrepreneurial initiatives among accounting students. Keyword: Digital entrepreneurship, accounting students, Theory of Planned Behaviour (TPB), entrepreneurial intentions, Politeknik Mukah
FAKTOR DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KEMAHIRAN PENULISAN PELAJAR MENJALANI LATIHAN INDUSTRI Suhana binti Matlin1 Emy Marina bt Hassan2 Shanty anak Emerson Gerijih3 1 Jabatan Perdagangan, Politeknik Kuching Sarawak, Malaysia, (E-mail: [email protected]) 2 Jabatan Perdagangan, Politeknik Kuching Sarawak, Malaysia, (E-mail: [email protected]) 3 Jabatan Perdagangan, Politeknik Kuching Sarawak, Malaysia, (E-mail: [email protected]) Abstrak Latihan Industri merupakan salah satu syarat komponen wajib yang perlu bagi pelajar Politeknik Malaysia untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran di dalam pelbagai persekitaran pekerjaan sebenar bagi mencapai kebolehpasaran yang tinggi. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti faktor dan cadangan penambahbaikan kemahiran penulisan di kalangan pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik Kuching Sarawak sebelum menjalani latihan industri. Seramai 99 orang pelajar yang menjalani Latihan Industri pada sesi I:2023/2024 mengambil bahagian sebagai responden. Borang soal selidik yang telah diedarkan dianalisis menggunakan SPSS (Statistical Package for Social Science) versi 25.0. Di dalam kajian ini, enam faktor telah dikenalpasti iaitu ketidak fahaman tugasan penulisan yang diberikan, kurangnya pengalaman menulis laporan teknikal, kurangnya kemahiran penyelidikan dan mendapatkan maklumat yang relevan untuk menyokong laporan, masa tidak mencukupi, kurangnya motivasi untuk menulis atau rasa kurang minat dan ketidakpastian format dan struktur penulisan. Secara keseluruhannya, kesemua faktor yang dikaji berada di tahap yang sederhana. Ini menunjukkan kemahiran penulisan laporan di kalangan pelajar agak kurang memuaskan dan memerlukan penambahbaikan perlu dilaksanakan bagi mempertingkatkan penguasaan kemahiran insaniah sebagai persediaan pelajar sekaligus meningkatkan kebolehpasaran dalam bidang kerjaya. Oleh yang demikian, bagi menambah baik kemahiran penulisan pelajar sebelum menjalani Latihan Industri akan dilaksanakan kursus pengukuhan penulisan bagi membimbing pelajar dengan penggunaan perisian yang memudahkan pengaturan format, struktur penulisan, memudahkan penjelasan maklumat yang kompleks dengan penggunaan grafik dan mempercepat proses penyediaan laporan sebelum menjalani Latihan Industri. Kata kunci:Kemahiran penulisan, kebolehpasaran, latihan industri
KESAN PEMBELAJARAN HIBRID TERHADAP PENGALAMAN DAN PRESTASI PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT Ts. Nuratika Asyurah binti Abdullah1 Kolej Komuniti Beaufort, Malaysia, (E-mail: [email protected]) Abstrak Pengajaran dan pembelajaran secara hibrid digunakan saban hari oleh segenap kumpulan umur dalam kalangan pelajar khususnya sekolah rendah hingga sekolah menengah tidak kira yang berada di dalam kawasan bandar atau luar bandar. Selain itu, tidak lupa juga dalam kalangan pelajar di peringkat tinggi samada jurusan kemahiran atau universiti. Oleh yang demikian, pastinya sedikit sebanyak teknik pengajaran dan pembelajaran secara hibrid ini mendatangkan kelebihan dan kekurangan kepada pelajar terhadap pengalaman dan prestasi pembelajaran. Justeru itu, kajian ini dilakukan bertujuan bagi mengenal pasti kesan pembelajaran hibrid terhadap pengalaman dan prestasi pembelajaran dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Beaufort. Sample kajian ini dijalankan ke atas pelajar Sijil Teknologi Elektrik di Kolej Komuniti Beaufort dalam kalangan pelajar semester satu hingga semester tiga seramai 70 orang pelajar. Teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah diambil secara rawak dalam kalangan pelajar melalui kaedah kajian soal selidik. Hasil daripada analisis deskriptif yang dilakukan berdasarkan persampelan ini, menyatakan bahawa pembelajaran secara hibrid memberikan impak yang signifikan kepada pelajar terhadap pengalaman pelajar kerana sering mengalami masalah gangguan capaian internet ketika kelas dijalankan dan menyatakan ada subjek yang sukar untuk difahami secara atas talian hasil kekangan interaksi antara pelajar dan pensyarah. Selain itu, pelajar menyatakan pembelajaran dalam talian kurang berkesan daripada pengajaran bersemuka dalam meningkatkan pencapaian akademik kerana pelajar yang berjurusan kemahiran mempunyai kekangan dalam pemahaman secara teorikal terhadap teknik pengukuran, pengujian dan pembuatan teknikal yang khususnya perlukan sesi bimbingan terus daripada pensyarah. Kajian ini penting terhadap institusi untuk membantu pensyarah mempertingkatkan dan mempelbagaikan cara pengajaran dan pembelajaran terhadap pelajar agar pengalaman dan prestasi pelajar dapat dipertingkatkan pada masa akan datang seiring dengan manfaat yang baik daripada teknologi. Kata kunci: hibrid, pengalaman, prestasi
KEBOLEHPASARAN GRADUAN KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT PASCA COVID Siti Norzekhan Che Aziz1 Nurriswin Jumadi2 1Kolej Komuniti Segamat, Johor (KKSJ), Malaysia, (E-mail: [email protected]) 2Kolej Komuniti Jelebu, Negeri Sembilan (KKJU), Malaysia, (Email: [email protected]) Abstrak Covid-19 yang melanda dunia pada Mac 2020 telah memberi kesan masalah pekerjaan kepada dunia. Memandangkan Malayia juga terkesan dengan masalah pengangguran yang sangat kritikal pada waktu tersebut, institusi-institusi pengajian juga terkena tempiasnya. Kajian ini dibuat untuk melihat prestasi kebolehpasaran graduan pasca Covid -19 memandangkan kajian pengesanan graduan merupakan penunjuk kepada prestasi sesebuah institusi pengajian dalam melahirkan tenaga kerja yang berkualiti. Dapatan kajian diperolehi daripada borang Kajian Kebolehpasaran Graduan yang diisi oleh pelajar. Data kebolehpasaran graduan diambil dalam tempoh 5 tahun bermula dari tahun 2018 sehingga tahun 2023 dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSSV25) bagi membandingkan prestasi kebolehpasaran graduan Pasca Covid. Hasil kajian mendapati peratusan graduan yang bekerja semasa situasi pendemik covid 19 adalah lebih rendah daripada sebelum dan selepas pendemik covid 19. .Walaupun begitu, kebolehpasaran graduan masih belum kembali seperti asal memandangkan bilangan pelajar yang bergraduasi yang rendahpada tahun Pasca Covid. Kata Kunci: Kebolehpasaran graduan, Pasca Covid, pengangguran.
KAJIAN PENGUKURAN PENCAPAIAN OBJEKTIF PROGRAM PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN PERKHIDMATAN BANGUNAN (DPB) POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH Noorazimah binti Mat Alias1 1 Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Malaysia, (E-mail: [email protected]) Abstrak Objektif Pendidikan Program atau Programme Educational Objectives (PEO) merupakan elemen asas dalam kurikulum yang ditetapkan bagi setiap program pengajian yang ditawarkan. PEO dapat mencerminkan keberhasilan dan kemenjadian graduan dalam kerjaya dan kehidupan profesional mereka. Kajian pencapaian PEO ini perlu dilaksanakan bagi melihat tahap pengetahuan, kemahiran dan tingkahlaku mengikut hasil pembelajaran program (PLO). Malah, PEO turut melibatkan maklumbalas atau input daripada pihak-pihak berkepentingan supaya PEO yang dihasilkan relevan dengan perkembangan kerjaya serta teknologi. Kajian rintis ini bertujuan untuk mengukur pencapaian PEO terhadap graduan Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan di institusi Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah bagi Kohort Jun 2019. Kajian ini melibatkan tinjauan secara pendekatan kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik terhadap 55 orang responden. Kajian ini menfokuskan kepada empat PEO yang telah ditetapkan iaitu PEO 1 bagi penilaian bekerja dalam bidang, PEO 2 iaitu peranan dalam industri, PEO 3 melibatkan keusahawanan dan PEO 4 adalah terhadap tanggungjawab professional terhadap masyarakat setempat. Hasil dapatan menunjukkan penilaian PEO 1 adalah 81.8%, PEO 2 adalah 87.2%, PEO 3 adalah 70.2% dan PEO4 adalah 85.9%. Kajian ini perlu dilaksanakan secara berkala bagi proses penambahbaikan PEO dan bagi prosese penyemakan PEO yang melibatkan pihak berkepentingan. Secara keseluruhannya pengukuran dan penilaian PEO ini amat penting untuk menunjukkan pencapaian PEO menyumbang ke arah pencapaian visi dan misi institusi dan jabatan. Pencapaian PEO ini berkait rapat dengan keberhasilan rekabentuk kurikulum serta kemenjadian pelajar selepas 3 hingga 5 tahun bergraduat. Kata kunci: PEO, hasil pembelajaran program
KAJIAN KESESUAIAN PROGRAM DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN (DSK) DARI PERSPEKTIF INDUSTRI Nor Azura binti Ismail1 Zati Hafiza binti Abdul Halim2 Nur Shahrul Atiqah binti Ishak3 1 Jabatan Perdagangan, Politeknik Port Dickson, Malaysia, (E-mail: [email protected]) Abstrak Politeknik merupakan salah satu institusi TVET yang bertanggungjawab dalam melahirkan graduan separa mahir dalam memenuhi keperluan pihak industri secara maksimum. Namun begitu, persoalannya adakah graduan keluaran Politeknik memenuhi spesifikasi pihak industri dari segi kemahiran dan pengetahuan dan mampu menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi terkini. Isu kesesuaian program pengajian dengan bidang pekerjaan yang diceburi yang tidak selari sering menjadi topik perbincangan utama termasuklah bagi Program Diploma Sains Kesetiausahaan atau singkatannya DSK. Oleh itu, kertas kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan dan penerimaan graduan program Diploma Sains Kesetiausahaan di industri dari sudut pandang majikan. Penglibatan pihak industri dilihat sangat penting dalam menilai keupayaan pelajar dalam mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari. Bagi melahirkan graduan berkualiti yang dapat memenuhi keperluan pihak industri, pelbagai usaha telah dijalankan antaranya menyediakan satu pemurnian kurikulum yang selari dan tidak lapuk agar dapat menghasilkan graduan yang lebih relevan dengan pasaran kerja, mempunyai kemahiran yang diperlukan sesuai dengan teknologi terkini, kompeten dan mempunyai kemahiran insaniah yang baik untuk berjaya di alam pekerjaan. Kajian ini telah dijalankan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada majikan yang mengambil graduan Diploma Sains Kesetiausahaan sebagai tenaga kerja. Item yang dinilai ialah berkaitan dengan tahap kemahiran teknikal pelajar, pengetahuan pelajar dan kemahiran insaniah pelajar yang mempengaruhi kecekapan dan keberkesanan graduan dalam menjalankan tugas ketika di industri. Kata Kunci : industri;majikan;diploma sains kesetiausahaan
USING GOOGLE SITES AS AN INNOVATIVE TEACHING METHOD FOR TEACHING E-TOURISM Khairul Azwan1 Aren Lah Kebing2 Muhammad Hanif bin Hasan3 1 Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Metro Betong Sarawak Abstract The problem of this research is the lack of interests in reading students using books or physical reading materials in institute, students tend to prefer use gadgets as learning references such video, sounds, animation so that there needs to be innovation of teaching materials developed in accordance with the characteristics of students in order to increase reading interest and motivation in learning. This development research aims to test the qualification of web-based teaching materials by using Google Sites to make it easier for students to find and memorize that will be a reference for learning in informatics subjects. This study aims to produce webbased learning using Google Sites on E-Tourism subjects for students of Diploma in Tourism Management. This type of research uses Research and Development with the development model of Lee and Owens (2004). Data collection techniques employed web developing test using open ended questionnaire. The target of this research is class semester four students of Diploma in Tourism Management at Politeknik METrO Betong, Sarawak. The research produced usage of Google sites-based has been tested for its effectiveness, efficiency, uses, and practicality in improving students learning ability. Some implications and recommendations are also discussed. Validation results from Google site-based teaching material qualifications using custom domains averaged one-on-one testing (individuals) obtained an average result of “very feasible” with score 78.58% by students. From the results of validation and testing that have been done, the qualification of teaching materials based on google site using this alternative platform can be used by students in the learning process. Keyword: Googles Site, Teaching Materials, E-Learning
KATEGORI KEJURUTERAAN AWAM
KAJIAN PERSEPSI PENGGUNA JALAN RAYA TERHADAP SIMPANG EMPAT: JALAN WAWASAN DAN JALAN SETIA 2, BANDAR MUKAH Norini binti Shamsudin1 Norsida binti Morshidi2 Johari Kusai3 1 Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Mukah Sarawak, Malaysia, (E-mail: [email protected]) 2 Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Mukah Sarawak, Malaysia, (E-mail: [email protected]) 3 Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Mukah Sarawak, Malaysia, (E-mail: [email protected]) Abstrak Bandar Mukah, Sarawak telah mengalami perkembangan pembangunan yang pesat sejak diwartakan sebagai bahagian yang ke sepuluh di dalam Sarawak pada 1 Mac 2002. Pembangunan rangkaian jalan raya diperlukan dalam pembangunan sosia-ekonomi di bandar Mukah. Fokus kajian ialah kepada jalan Simpang Empat: Jalan Wawasan dan Jalan Setia 2, laluan utama bagi pekerja di bangunan Menara Pehin Setia Raja dan bangunan SCORE, iaitu pusat pentadbiran Bahagian Mukah. Kadar kemalangan yang semakin meningkat di simpang tersebut telah menimbulkan kerisauan di kalangan pengguna. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti persepsi pengguna terhadap terhadap Jalan Simpang Empat: Jalan Wawasan dan Jalan Setia 2 dan cadangan pembinaan bulatan di simpang tersebut. Sampel kajian terdiri daripada kumpulan pekerja di bangunan Menara Pehin Setia Raja dan bangunan SCORE serta pengguna jalan raya yang berurusan di bangunan tersebut. Data dianalisis secara kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan responden menyatakan kurang selamat untuk melalui simpang tersebut dengan kadar min yang rendah iaitu 2.30. Responden merasa kurang selamat disebabkan sikap segelintir pengguna jalan raya di simpang itu. Majoriti responden juga bersetuju dengan cadangan pembinaan bulatan di simpang tersebut. Justeru, pengkaji berharap kajian ini dapat membantu pihak berkuasa tempatan untuk membuat perancangan dalam menaiktaraf simpang tersebut bagimenjamin keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya. Kata kunci : Simpang empat, sikap, bulatan
KATEGORI KELESTARIAN PENDIDIKAN BAHASA
SPEAKING CHALLENGES FACED AMONG STUDENTS OF POLITEKNIK MELAKA IN ENGLISH CLASSROOM Nurul Aqilah binti Adnan1 Adlena Hany binti Abu Adam2 Shahrul Reza bin Mohd Zulkipli3 1,2,3Jabatan Pengajian Am, Politeknik Melaka, Malaysia Abstract This study investigated the students' challenges in English speaking at Polytechnic Melaka. This study mainly explored identifying the students' difficulties, the factors, and the strategies to overcome the problems in speaking English daily. This research is determined by the fact that the students are still dealing with trouble in speaking English despite the practices, effort, and urge to stimulate them to use English every day. The weaknesses shown in some English language learners during classroom lessons led to the effort to prepare a proper step toward discovering the underlying challenges. Research questionnaires were formulated to identify the challenges existing in students' speaking performance, and to recognize ways they cope with such challenges. This study employed a qualitative research approach. Questionnaires were distributed to the sampling among the students of Polytechnic Melaka to find out the challenges to get more in-depth data about their challenges and how they cope with the challenges in English speaking. The results of this study were analyzed into percentages as well as using Microsoft Excel to find out the Standard Deviation and Mean. It later showed the speaking issues encountered by students. These challenges refer to linguistic and non-linguistic problems including; fluency, pronunciation, lack of vocabulary, nervousness, anxiety, and fear of making mistakes. The psychological problem also contributes to the motivation for students to communicate in English in their daily routines. Ultimately, lecturers and management of the polytechnic should jointly perform to encourage students to speak English and feel educationally valued in technical areas and linguistic ability. Keywords: Public Speaking, Speaking Challenges, Cognitive- Related Problem, AffectiveRelated Problem, Effective Strategies
EVALUATION OF AN INTERFACE DESIGN FOR SIGN LANGUAGE MULTIMEDIA APPLICATION BASED ON EVALUATION CRITERIA Nurhazwani Yahya Jabatan Matematik, Sains & Komputer, Politeknik Kota Kinabalu, Malaysia, (E-mail: [email protected]) Abstract This application design is developed using appropriate elements and graphic art principles to create an attractive and effective design composition balance. Some important elements are combined through the use of icons and illustrations to enhance the understanding of deaf students in which they categorize of visual learners. The language used in this application is the Malaysian Sign Language because this language is one of the languages most often used by deaf in Malaysia. This paper reports on the outcomes of the acceptance carried out on the design of sign language multimedia application for level 1 deaf student in Special Education School. The evaluation was conducted by using observation and interview based on the criteria evaluation focusing on the interface design elements and the features of this multimedia application. The total of 36 respondents comprising level 1 deaf students and teachers participated in the evaluation. The findings of the criteria evaluation would be used as guidelines to the teachers who want to develop the teaching aid in an interactive way and visual concept. Keyword: Interface Design; Graphic Art principles; Sign Language; Deaf;
KATEGORI KEUSAHAWANAN
TAHAP KEBERKESANAN PROGRAM KEUSAHAWANAN DI POLITEKNIK DAN KESANNYA KEPADA NIAT MENJADI USAHAWAN Jeckie Jepat Chang1 Hartyni binti Mastor2 1 Jabatan Perdagangan, Politeknik Kuching Sarawak, Malaysia, (E-mail: [email protected]) 2 Jabatan Perdagangan, Politeknik Kuching Sarawak, Malaysia, (E-mail: [email protected]) Abstrak Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti 2018-2025 telah memberikan lonjakan baharu kepada program pembangunan keusahawanan dalam kalangan pelajar politeknik dan Kolej Komuniti. Justeru, pelbagai program keusahawanan siswa rancak dikembangkan melalui pendidikan formal dalam kursus-kursus yang ditawarkan di politeknik dan kolej komuniti. Sehubungan itu, kajian ini dilakukan untuk melihat tahap keberkesanan program keusahawanan di Politeknik Kuching Sarawak (PKS) dan kesannya kepada niat menjadi usahawan dalam kalangan pelajar. Sampel kajian adalah daripada pelajar dari pelbagai jabatan di PKS. Instrument kajian adalah menggunakan borang soal selidik yang diedarkan secara rawak dalam talian. Seramai 79 orang responden telah menjawab soal selidik kajian. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan SPSS. Instrument Tahap Keberkesanan Program Keusahawanan dan Kesannya Kepada Niat Menjadi Usahawan mempunyai nilai Cronbach Alpha yang sama iaitu 0.98. Ini menunjukkan bahawa soalan yang digunakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar bersetuju bahawa program keusahawanan merupakan program yang banyak memberi pengetahuan tentang cara menggunakan media sosial sebagai platform perniagaan (min = 3.7237). Dapatan kajian juga mendapati bahawa pelajar mempunyai niat untuk menjadi usahawan kerana mereka ingin menjadi bos untuk diri mereka sendiri (min = 3.7237) dimana mereka tidak mahu terikat dengan orang lain. Ini menjelaskan bahawa program keusahawanan mempunyai impak positif terhadap pelajar dalam menghadapi persaingan sengit untuk mencari peluang pekerjaan. Kata kunci: Keusahawanan, Program Keusahawanan, Kesan Program Keusahawanan, Niat Menjadi Usahawan, Pelajar Politeknik
KATEGORI KUALITI PENDIDIKAN & KESEJAHTERAAN KOMUNITI
AMALAN HIJAU DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK KUCHING HASIL MEMPELAJARI KURSUS DUG 30023 GREEN TECHNOLOGY COMPLIANCE Mohd Firdaus Mustakim Bin Yahya Faculty Commerce, Politeknik Kuching Sarawak, Malaysia, (E-mail: [email protected]) Abstrak Langkah permulaan untuk mengamalkan gaya hidup hijau perlu dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada setiap individu dalam pelbagai lapisan umur. Melalui pendidikan, ia merupakan strategi penting bagi memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada individu untuk menjadi lebih peka kepada pembangunan lestari. Selain itu, pendidikan juga dapat mengubah tingkah laku dan menjadikan masa depan yang lebih lestari dari aspek ekonomi, integriti alam sekitar serta masyarakat yang bertanggungjawab bagi memastikan alam sekitar sentiasa dipelihara. Hal ini menunjukkan pendidikan sebenar berpontensi dalam mempromosikan pembangunan lestari serta memupuk sikap cinta kepada alam sekitar yang dapat membantu masyarakat mengatasi masalah persekitaran yang semakin meningkat. Kesedaran menjaga dan memulihara alam sekitar melalui pendidikan merupakan agen perubahan yang paling berpengaruh dalam masyarakat untuk mempertingkatkan pembangunan mampan dan memperbaiki keupayaan manusia dalam menangani isu-isu alam sekitar dan pembangunan. Di Politeknik, terdapat kursus yang menekankan penjagaan alam sekitar dan kesan-kesan yang boleh berlaku sekiranya tidak dipandang serius. Melalui kursus ini, pelajar didedahkan dengan amalan hijau serta kesan-kesan yang telah dan akan terjadi jika amalan gaya hidup hijau tidak dihiraukan dan hanya sekadar pendidikan sehala sahaja. Justeru itu, apabila pelajar-pelajar diberi pengetahuan tentang maklumat dan isu alam sekitar, secara tidak langsung kecenderungan untuk mengamalkan amalan hijau adalah lebih tinggi walaupun pada permulaannya hanya amalan yang ringkas. Kajian ini dilakukan di Politeknik Kuching Sarawak yang mana melibatkan pelajar dari Program Diploma Geomatik dan Diploma Pengurusan Perniagaan yang mengambil kursus DUG30023 Green Technology Compliance. Kajian ini dapat merungkai hasil selepas mempelajari kursus DUG30023 Green Technology Compliance yang dapat diamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Kata kunci: Amalan hijau, pelajar Politeknik Kuching Sarawak, kursus DUG30023 Green Technology Compliance.
HUBUNGAN ANTARA KEMAHIRAN MATEMATIK TERHADAP PRESTASI PEMBELAJARAN SUBJEK PERAKAUNAN DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK KUCHING SARAWAK Faidatul Akma binti Che Kamarudin1 1 Jabatan Perdagangan, Politeknik Kuching Sarawak, Malaysia, (E-mail: [email protected]) Abstrak Subjek perakaunan merupakan subjek yang dianggap sukar dan mencabar bagi segelintir pelajar. Ini kerana subjek perakauanan memerlukan asas yang kukuh dalam penaakulan logik dan kemahiran menyelesaikan masalah untuk menganalisis corak, persamaan dan set data yang kompleks seperti subjek matematik. Terdapat pandangan bahawa mereka yang mahir matematik juga akan mahir dalam subjek perakaunan. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan dengan dua objektif iaitu (1) mengenal pasti cabaran pembelajaran subjek perakaunan dan (2) menentukan hubungan antara kemahiran matematik terhadap prestasi pembelajaran subjek perakaunan dalam kalangan pelajar Politeknik Kuching Sarawak. Data kajian diperolehi melalui teknik pensampelan secara rawak dan responden kajian adalah pelajar Jabatan Perdagangan, Politeknik Kuching Sarawak. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata yang diedarkan secara dalam talian menggunakan Google Form. Data kajian dianalisis dengan menggunakan teknik deskriptif dan regresi linear. Berdasarkan hasil kajian, didapati bahawa antara cabaran utama yang dihadapi pelajar adalah pelajar tidak boleh belajar sendiri subjek perakaunan, pelajar menganggap subjek perakaunan adalah kuliah yang sangat sukar dan pelajar mendapati terdapat banyak rumus atau jalan kira yang sukar untuk difahami dan dihafal dalam subjek perakaunan. Selain itu, berdasarkan dapatan kajian terdapat perbezaan yang signifikan di antara pencapaian subjek Business Mathematics dengan pencapaian subjek perakaunan. Kajian yang dijalankan ini akan membantu pensyarah meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek perakaunan khususnya di Politeknik Kuching Sarawak. Kata kunci: Matematik, Perakaunan, Kefahaman Perakaunan
KOSMETIK HALAL - ISU SERTA CABARANNYA Faizatussai’dah Binti Mean1 Nor Sarimah Binti Marjunid2 Farhan Bin Fauzi3 1 Kolej Komuniti Pasir Gudang (KKPG), Malaysia, ( Faizatussai’[email protected]) 2 Kolej Komuniti Pasir Gudang (KKPG), Malaysia, ([email protected]) 3 Kolej Komuniti Pasir Gudang (KKPG), Malaysia, ([email protected]) Abstrak Permintaan terhadap produk halal semakin meningkat secara global, termasuk dalam industri kosmetik. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti isu dan cabaran yang berkaitan dengan penggunaan produk halal dalam industri kosmetik. Kajian ini menggunakan kaedah kajian literatur dan analisis hasil kajian terdahulu untuk mengumpulkan maklumat yang diperlukan. Maklumat ini meliputi data dari sumbersumber ilmiah, artikel jurnal, laporan penyelidikan, dan dokumen-dokumen berkaitan. Kajian literatur ini akan membentuk asas pengetahuan yang mendalam mengenai kepentingan produk halal dalam industri kosmetik. Ia juga akan meliputi manfaat pensijilan halal dan peranan badan-badan yang bertanggungjawab untuk mengawal selia dalam memastikan pematuhan produk kosmetik dengan prinsip-prinsip halal. Selain itu, kajian ini akan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan dan kepercayaan pengguna terhadap produk halal dalam industri kosmetik. Selanjutnya, kajian ini akan mengenalpasti isu-isu dan cabaran yang berkaitan dengan produk halal dalam industri kosmetik, termasuk kesukaran dalam pengesanan dan pengendalian bahan-bahan berstatus halal atau haram menurut pandangan Islam, kesedaran mengenai status halal sesuatu produk kosmetik, serta faktor-faktor yang menyumbang kepada tahap kesedaran ini. Hasil kajian ini akan memberikan pemahaman yang lebih baik tentang kelebihan produk halal dalam industri kosmetik serta isu-isu dan cabaran yang perlu ditangani. Hal ini akan membantu komuniti, termasuk pihak berkepentingan industri, agensi pengawalseliaan, pengeluar kosmetik, para pengkaji berkaitan dengan produk halal dalam industri kosmetik. Kata kunci: Kosmetik Halal, Isu, Cabaran
MENTAL WELL-BEING OF STUDENTS IN TAMBUNAN COMMUNITY COLLEGE Fiona Gadius1 Anabil binti Ubil2 1 Kolej Komuniti Tambunan Malaysia, (E-mail: [email protected]) 2 Kolej Komuniti Tambunan Malaysia, (E-mail: [email protected]) Abstract The mental well-being of college students is an important topic to be explored, as the college life can be a significant transitioning process and emotions. Colleges play a significant role in stimulating a supportive environment for students’ mental well-being. Mental health is a state of mental well-being that enables people to cope with the stresses of life, realize their abilities, learn well and work well, and contribute to their community. Individual psychological and biological factors such as emotional skills, substance use and genetics can make people more vulnerable to mental health problems. Exposure to unfavourable social, economic, geopolitical and environmental circumstances including poverty, violence, inequality and environmental deprivation also increases people’s risk of experiencing mental health conditions. The main purpose of the study is to identify the state of mental well-being of the students in Tambunan Community College. Apart from that, this study also aimed to identify the factors that influence the state of their mental health well-being. It is hoped that the findings will provide an understanding of the state of mental well-being in Tambunan Community College. This is to ensure that poor mental health amongst the students can be addressed and hence prevented and to also create awareness in the institution about the importance of supporting positive mental well-being. Keyword: Mental Well-Being, Psychological, Emotional Skills, Environmental Circumstances, Tambunan Community College
KEMAHIRAN GENERIK PELAJAR JABATAN PERDAGANGAN, POLITEKNIK MERSING DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Zurairah Binti Ibrahim1 Fatinsyuhana Binti Abd Ghani2 1 Jabatan Perdagangan, Politeknik Mersing (PMJ), Malaysia, (E-mail: [email protected]) 2 Jabatan Perdagangan, Politeknik Mersing (PMJ), Malaysia, (Email: [email protected]) Abstrak Kemahiran generik adalah kemahiran yang terdiri daripada pelbagai kemahiran berunsurkan kecekapan dan ketrampilan serta perlu dikuasai oleh setiap pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penerapan kemahiran generik, melihat perbezaan kemahiran generik terhadap jantina dan meninjau hubungan di antara kemahiran komunikasi terhadap pencapaian pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi kursus yang menguji kemahiran praktikal pelajar. Diantara elemen kemahiran generik yang diukur iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran kepimpinan dan kemahiran kerja berkumpulan. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah kuantitatif serta menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian yang melibatkan seramai 140 orang responden. Hasil analisa kajian menunjukkan bagi tahap setiap kemahiran generik yang diuji adalah tinggi. Nilai min keseluruhan bagi kemahiran komunikasi ialah 4.45, kemahiran kepimpinan ialah 4.50 dan kemahiran kerja berkumpulan ialah 4.50. Manakala hasil analisa ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi kemahiran generik terhadap jantina pelajar. Seterusnya, hasil dapatan dari kajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran komunikasi terhadap pencapaian pelajar. Kepentingan hasil kajian ini diperlukan untuk menambahbaik kaedah pengajaran dan pembelajaran serta dapat mengenalpasti keperluan kursus yang membantu peningkatan kemahiran generik pelajar. Kata Kunci: Kemahiran generik, kemahiran komunikasi, kemahiran kepimpinan, kemahiran kerja berkumpulan
ANALISA PENCAPAIAN KURSUS DCG10022 SURVEYING COMPUTATION MENGIKUT TOPIK BAGI PROGRAM DIPLOMA GEOMATIK POLITEKNIK KUCHING SARAWAK Mohd Fadli bin Che Adenan 1 Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Kuching Sarawak, Malaysia, (E-mail: [email protected]) Abstrak Kajian ini dilakukan bagi memenuhi kehendak semakan kurikulum bagi kursus DCG10022 Surveying Computation di peringkat JPPKK yang perlu dilaksanakan supaya kitaran proses dalam OBE dapat disempurnakan. Proses penambahbaikan bagi kurikulum sedia ada berlaku apabila kelemahan dan kekurangan sebelum ini dapat dibaiki. Selain dari maklumbalas dari pensyarah, cadangan daripada industri dan pemegang taruh yang lainnya, keputusan pelajar juga menjafi input utama dalam proses semakan kurikulum ini. Keputusan pencapaian pelajar dibahagikan kepada beberapa kategori seperti pencapaian mengikut CLO, mengikut jenis penilaian dan juga mengikut topik. Dalam proses semakan kursus mengikut topik, penilaian mengikut topik akan diperhalusi berdasarkan kesesuaian topik, aras kesukaran topik atau kepentingan topik. Analisis dilakukan berdasarkan kaedah analisis deskriptif iaitu penentuan nilai kecenderungan memusat seperti purata, mod, median dan tengah julat. Selain itu nilai serakan seperti varian, sisihan piawai dan julat juga diperoleh. Hasil analisis akan menjadi input berguna dalam prosess CQI bagi kursus ini yang akan digunapakai pada penghujung tahun 2024. Kata kunci: OBE, Analisis Diskriptif, ‘Surveying Computation’, CQI
KEBERKESANAN PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN TEKNIKAL DAN KEMAHIRAN INSANIAH DIKALANGAN PELAJAR KEJURUTERAAN AWAM DI POLITEKNIK MELAKA Hussein bin Alias1 Nurul Aqilah binti Adnan2 1 Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Melaka, Malaysia, (E-mail: [email protected]) 2 Jabatan Pengajian Am, Politeknik Melaka, Malaysia, (Email: [email protected]) Abstrak Bagi mencapai visi dan misi Politeknik Malaysia dalam melahirkan graduan berkualiti dari aspek kemahiran teknikal dan sahsiah jati diri, pelbagai kaedah dan program telah dilaksanakan. Segala pengisian program yang terlaksana adalah usaha dan inisiatif yang diambil bagi membentuk dan melahirkan pelajar yang serba boleh selari dengan keperluan dan kehendak institusi, industri dan komuniti sejagat. Mengambilkira keperluan dari ketiga- tiga aspek berkenaan, maka pelbagai program serta latihan telah dilaksanakan di peringkat politeknik khususnya dikalangan pelajar, kejuruteraan awam bagi melahirkan graduan yang seimbang kelayakan dari segi teori praktikal serta penerapan nilai-nilai murni. Menyedari akan manfaat yang diperolehi melalui pendedahan aktiviti luar kampus mencetus motivasi kepada Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Melaka untuk menganjurkan pelbagai Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Program CSR diwujudkan atas inisiatif pihak kerajaan Malaysia yang disambut dengan sepenuh komited oleh pihak JPPKK (Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti. Penambahbaikan dari aspek sahsiah dan khidmat sosial diterapkan bersama masyarakat sekeliling melalui program sebegini. Pelajar diberi peluang untuk memanupulasi kemahiran dan ilmu diperolehi di politeknik di lapangan kerja sebenar secara optimum. Ini sekaligus membantu dalam memulihara nilai insaniah dalam diri remaja yang semakin hilang kerana kemusnahan kehidupan moden kini. Responden bagi kajian ini adalah terdiri daripada pelajar Kelab Kejuruteraan Awam Politeknik Melaka. Kajian dijalankan adalah mengikut soal selidik. Hasil kajian diperolehi akan membawa impak pada diri pelajar dalam menghadapi fenomena yang semakin mencabar. Program ini juga mampu memberi manfaat kepada institusi, industri dan komuniti sekaligus mampu membina sebutir aset negara yang cemerlang. Kata kunci: Keberkesanan CSR, Peningkatan Kemahiran, Penambahbaik Nilai Murni, Graduan Holistik
KESAN KERJA SAMBILAN TERHADAP MASALAH PRESTASI AKADEMIK KAJIAN DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK METRO KUALA LUMPUR Siti Noor Aishah bt Abdul Latif Sabri 1 Jabatan Pelancongandan Hospitaliti, Politeknik Metro Kuala Lumpur, Malaysia, (E-mail: [email protected]) Abstrak Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan kerja sambilan terhadap masalah prestasi akademik di kalangan pelajar Politeknik Metro Kuala Lumpur. Senario semasa mendapati penglibatan pelajar dalam kerja sambilan semakin menjadi trend dalam kalangan mahasiswa. Oleh yang demikian objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap penglibatan pelajar dalam kerja sambilan dan kesannya terhadap masalah prestasi pembelajaran pelajar. Sampel kajian terdiri daripada pelajar Politeknik Metro Kuala Lumpur (PMKL). Dengan menggunakan kaedah kuantitatif, data dikumpulkan melalui instrumen soal selidik yang diedarkan secara rawak dalam talian. Analisis deskriptif dan analisis regresi linear digunakan untuk mengenal pasti hubungan antara bekerja sambilan dan masalah prestasi akademik. Kajian ini diharapkan dapat memberikan pandangan yang komprehensif terhadap sejauh mana penglibatan dalam kerja sambilan boleh mempengaruhi pencapaian akademik pelajar di peringkat politeknik, dengan implikasi untuk penyelarasan program sokongan dan pembangunan pelajar. Kata kunci: kerja sambilan, masalah prestasi akademik
A SURVEY STUDY OF THE ASSOCIATION BETWEEN WATCHING SHORT VIDEOS AND DAYTIME SLEEPINESS IN PMKL STUDENTS Siti Noor Aishah bt. Abdul Latif Sabri1 Nur Hanim binti Othman Norshahira binti Kamarzaman 1 Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Metro Kuala Lumpur, Malaysia, (E-mail: [email protected]) Abstract Almost all teenagers watch short videos like Tiktok, Reels and Short every day. Along with the increase in the number of viewers of short videos, there has also been a decline in duration of nighttime sleep among students, The objective of the study is to identify the frequency level of students in watching short videos and the relationship to sleepiness during the day. The study sample involved of students from Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL). By using quantitative methods, data was collected through questionnaire that was distributed through online. Studies show that the majority of students watch short videos in an attempt to reduce their addiction to this form of entertainment. Additionally, some students frequently stay up late at night to indulge in watching short videos. Keyword: Sleep deprivation, Short Videos, Survey, Polytechnic students
UNVEILING TRENDS: COMPARATIVE STUDY OF POLITEKNIK NILAI'S SUSTAINABILITY EFFORTS THROUGH UI GREENMETRIC RANKING Noor Atiqah binti Sanudin1 Nurul Aimi binti Ahmad Suandi2 1 Department of Agrotechnology and Bio-Industry, Politeknik Nilai, Malaysia (E-mail: [email protected]) 1 Department of Agrotechnology and Bio-Industry, Politeknik Nilai, Malaysia (E-mail: [email protected]) Abstract Today, the ideals of sustainability and sustainable development are central to policy development and operations in Higher Education Institutions (HEIs), particularly in terms of environmental impact and societal responsibility. This is no exception to Politeknik Nilai. As one of the HEIs in Malaysia, Politeknik Nilai instills in its citizens the significance of environmental sustainability while strengthening students' technical skills. This has given a good impression of the polytechnic's efforts to cultivate the love of the environment among lecturers and students and to ensure the country's Sustainable Development Goals (SDGs) agenda is being accomplished. This paper will conduct a detailed comparative study of Politeknik Nilai's sustainability endeavors, utilizing the UI GreenMetric Ranking as a benchmark. The UI GreenMetric Ranking serves as a comprehensive tool, providing a global perspective on the institution's standing among higher education institutions. The research employs a comparative analysis methodology to systematically assess and compare the changes in Politeknik Nilai's performance, practices, and sustainability initiatives in 2021 and 2023. UI GreenMetric has ranked PNS in 886th place among 956 HEIs from 80 countries in 2021 and this ranking had plummeted in 2022, seeing PNS in 965th place and escalated to 893rd place from 84 countries in 2023. It is hoped that by analyzing changes in performance and initiatives in Politeknik Nilai's sustainability journey, this paper can steer the direction for the institution's improvement in future strategies, policies, and resource allocation to foster continuous improvement in sustainability practices over time. Keyword: Sustainability, Sustainability Ranking, UI GreenMetric Ranking
KAJIAN PENGGUNAAN MEDIUM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN Mohd Fadli bin Musa1 Wan Salmizi bin Wan Mahmood 2 Mazudi bin Ramthan 3 1 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Malaysia (E-mail: [email protected]) Abstrak Abstrak: Kajian ini dibuat untuk mengetahui tahap penggunaan medium atas talian pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA). Sebagaimana kita semua sedia maklum disebabkan pandemik covid 19 yang melanda seluruh dunia telah memberi kesan yang sangat mendalam dalam norma kehidupan manusia termasuklah dalam bidang Pendidikan. Institusi Pendidikan termasuklah Institut Pengajian Tinggi (IPT) terpaksa ditutup, pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka tidak dapat dilaksanakan disebabkan perintah kawalan pergerakan (PKP). Disebabkan itu para pengajar dan pelajar terpaksa beralih kepada pelaksanaan PdP secara atas talian. Pelbagai medium PdP atas talian yang telah digunapakai bagi meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kaedah kajian secara kuantitatif telah dibuat bagi mengetahui penggunaan medium PdP dalam kalangan pelajar PSMZA, di mana statistik yang melibatkan 364 responden daripada pelajar PSMZA telah diperolehi melalui aplikasi Google Form iaitu merupakan salah satu aplikasi dalam talian yang dibangunkan oleh pihak Google untuk membuat tinjauan secara atas talian. Hasil daripada kajian mendapati tahap pengetahuan pelajar berkaitan medium PdP atas talian adalah ditahap yang baik kerana majoriti pelajar tahu cara menggunakan aplikasi dan medium pembelajaran mereka. Namun begitu terdapat juga segelintir pelajar yang kurang kepada pendedahan terhadap penggunaan perisian dan aplikasi atas talian dan menyukarkan mereka semasa pembelajaran atas talian dilaksanakan. Seterusnya, mengikut data yang diperolehi hampir keseluruhan pelajar lebih gemar untuk pembelajaran atas talian berbanding pembelajaran bersemuka kerana bagi mereka pembelajaran atas talian adalah ringkas dan tidak begitu rumit. Kata kunci: PSMZA, Pengajaran dan pembelajaran (PdP), Medium
KAJIAN TERHADAP KESEDARAN PEMBUDAYAAN AMALAN KITAR SEMULA DI KALANGAN STAF POLITEKNIK UNGKU OMAR Syahida binti Said Politeknik Ungku Omar, Malaysia (E-mail: [email protected]) Abstrak Sumber kehidupan yang terpenting bagi manusia dan makhluk hidupan yang lain ialah alam persekitaran yang bersih dan selamat untuk didiami. Namun, disebabkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh segolongan manusia sehingga terjadinya pencemaran air, udara dan tanah menyebabkan alam sekitar hampir musnah. Membudayakan amalan kitar semula jika dipratikkan secara optimum ianya dapat mengurangkan penghasilan sisa buangan dan sampah sekaligus mengurangkan kemusnahan dan pencemaran alam semula jadi. Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti tahap kesedaran pembudayaan amalan kitar semula di kalangan staf Politeknik Ungku Omar. Kaedah kuantitatif digunakan dalam kajian ini dan data diperoleh melalui borang soal selidik (Google Form). Hasil jawapan responden dianalisis menggunakan peratusan dan skor min. Berdasarkan Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie & Morgan (1970), seramai 235 responden telah diambil daripada 607 orang keseluruhan populasi staf Politeknik Ungku Omar (PUO). Borang soal selidik mengandungi empat bahagian iaitu Bahagian A: Demografi, Bahagian B: Kepentingan Amalan Kitar Semula, Bahagian C: Pembudayaan Amalan Kitar Semula Di Kalangan Staf PUO dan Bahagian D: Masalah dan Halangan Melaksanakan Amalan Kitar Semula. Hasil kajian menunjukkan skor min yang diperolehi bagi tahap kesedaran kepentingan amalan kitar semula adalah tinggi iaitu 4.65. Namun begitu, skor min bagi pembudayaan amalan kitar semula berada di tahap sederhana iaitu 3.61. Majoriti responden juga bersetuju dengan skor min 4.33 (tinggi) bahawasanya terdapat masalah dan halangan dalam melaksanakan amalan kitar semula. Secara keseluruhannya didapati tahap kesedaran pembudayaan amalan kitar semula di kalangan staf PUO adalah sederhana. Pihak berkuasa tempatan perlu memainkan peranan yang penting dalam menguatkuasakan undang-undang penjagaan alam sekitar. Pelaksanaan hukuman dan tindakan yang berat perlu dikuatkuasakan bagi individu yang membuang sampah merata-rata sehingga menjejaskan ekosistem alam. Kata Kunci: pembudayaan, amalan kitar semula, masalah dan halangan
KAJIAN KEBERKESANAN PEMBINAAN HIRARC MENGGUNAKAN SAFETY HIRARC TOOL DALAM KALANGAN PELAJAR KEJURUTERAAN PROSES PETROKIMIA Mohamad Fikhri Bin Nor Azman1 1 Jabatan Kejuruteraan Petrokimia, Politeknik Kuching Sarawak, Malaysia, (E-mail: [email protected]) Abstrak Berdasarkan statistik kemalangan di tempat kerja yang dikeluarkan Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP), 6719 kes kemalangan telah dilaporkan berlaku dalam tahun 2022 yang melibatkan pelbagai sektor seperti pengilangan, pembinaan, pertanian, perhutanan, perikanan, hotel dan restoran di Malaysia. Jumlah ini meningkat kepada 6951 kes kemalangan pekerjaan telah dilaporkan kepada JKKP sepanjang Januari hingga Oktober 2023. Di Malaysia, Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC) adalah kaedah yang digunakan di kebanyakan industri bagi meminimumkan risiko kemalangan di tempat kerja oleh majikan untuk menyediakan tempat kerja yang selamat kepada pekerja. Sebagai pelajar Technical and Vocational Education and Training (TVET), HIRARC merupakan ilmu asas yang perlu dipelajari dan difahami oleh pelajar kejuruteraan sebagai persediaan sebelum melangkah masuk ke dalam alam pekerjaan kelak. Objektif utama kajian ini adalah untuk menilai tahap keberkesanan Safety HIRARC Tool iaitu kaedah yang digunakan untuk membina HIRARC menggunakan Microsoft Excel. Kajian dijalankan kepada pelajar semester 1 Diploma Kejuruteraan Proses Petrokimia, Politeknik Kuching Sarawak. Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa Kumpulan dan ujian pra dan pasca akan diberikan. Selain itu, pelajar juga akan menjawab beberapa soalan dalam Google Form bagi menilai keberkesanan Safety HIRARC Tool. Kesimpulannya, lebih 90% responden bersetuju Safety HIRARC Tool dapat menjimatkan masa membina, memahami HIRARC dengan mudah dan meminimumkan kesalahan pengisian borang HIRARC. Kata Kunci: Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC); Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP); Technical and Vocational Education and Training (TVET)
PENGALAMAN DAN MINAT PELAJAR DALAM PEMBENTANGAN PROBLEM BASED TASK MELALUI VIRTUAL 3D GALLERY WALK DI POLITEKNIK BALIK PULAU Amirah binti Rashid1 Tarmizi bin Mohamad2 Hermizul bin Napis3 1 Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Politeknik Balik Pulau, Malaysia, (E-mail:amirah.rashid @pbu.edu.my) 2 Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Politeknik Balik Pulau, Malaysia, (E-mail: [email protected]) 3 Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Politeknik Balik Pulau, Malaysia, (E-mail: [email protected]) Abstrak Kajian ini adalah bertujuan untuk membincangkan keberkesanan dan mengetahui tahap minat dan pengalaman pelajar menggunakan Virtual 3D Gallery Walk sebagai platform untuk penganjuran sesi pembentangan bagi Problem Based Task mereka bagi kursus Programming Fundamental (PF) dan Program Design and Problem Solving (PSPD) di Politeknik Balik Pulau. Kedua-dua kursus ini adalah merupakan kursus teras bagi pelajar bagi memenuhi keperluan Diploma Teknologi Digital. Kebiasaannya, sesi pembentangan pelajar dilakukan secara fizikal ataupun secara terus menggunakan google meet. Kaedah ini dianggap bosan dan tidak lagi efektif dalam menarik minat pelajar dalam pembelajaran dua hala. Sebagai satu bentuk alternatif, penyelidik telah mengambil inisiatif untuk membangunkan platform Pameran dalam persekitaran maya 3D untuk kelas pelajar Seksyen 1 bagi mengkaji minat dan pengalaman pelajar dalam melihat dan berinteraksi sewaktu pembentangan Problem Based Task mereka. Justeru, dalam kajian ini soal selidik telah dibangunkan menggunakan Google Form dan diedarkan kepada 72 orang pelajar untuk membincangkan pengalaman mereka mengenai Pameran maya 3D. Sebagai hasil daripada kajian ini, kebanyakan pelajar teruja dengan alam maya pameran dan memberikan mereka pengalaman baharu menggunakan persekitaran maya 3D yang berlainan daripada sesi pembentangan biasa. Selain daripada itu, ia adalah mendapati penglibatan pelajar meningkat sebagai pelajar menavigasi secara konsisten melalui pameran maya. Kata kunci: problem based task, virtual 3D galery walk
FAKTOR-FAKTOR MENDORONG KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR PMBS Muhammad Hanif bin Hasan1 Rossi Gundie anak Julius2 Ahmad Nazrin bin Ab Aziz3 1 Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Metro Betong Sarawak (E-mail: [email protected] 2 Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Metro Betong Sarawak (E-mail: [email protected]) 3 Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Metro Betong Sarawak (E-mail: [email protected]) Abstrak Memiliki pencapaian akademik yang cemerlang merupakan sesuatu yang ingin dimiliki oleh para pelajar, malahan semua tenaga pengajar juga mengimpikan perkara tersebut dicapai oleh para pelajarnya. Kajian ini memfokuskan untuk mengetahui faktor-faktor yang boleh membantu pelajar Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS) mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Kajian ini adalah penelitian yang berbentuk tinjauan dengan pendekatan kuantitatif dimana penerangan secara deskriptif digunakan. Seramai 74 orang pelajar semester 4 dan 5 dari kursus Diploma Pengurusan Pelancongan dan Diploma Kewangan dan Perbankan menjadi responden bagi kajian ini. Instrumen kajian ini menggunakan borang soal selidik yang dibuat melalui perisisan “Google form”, peratusan data juga diambil dari perisian ini untuk dianalisis. Aspek yang dikaji adalah latar belakang pelajar, persekitaran pembelajaran dan sikap terhadap pembelajaran. Melalui tinjauan, didapati 59.5 % responden mempunyai HPNM >3.00 keatas. Manakala dari aspek sikap terhadap pembelajaran, responden menyatakan cenderung menyalin sendiri nota dengan peratusan yang tinggi iaitu 89.2%. Bagi aspek persekitaran, sebanyak 73.6% responden menyatakan pensyarah yang terlalu sibuk adalah antara perkara yang tidak membantu pembelajaran mereka. Selain itu, pensyarah yang boleh menerangkan dengan jelas pula mendapat peratusan sebanyak 70.3% sebagai aspek yang membantu pembelajaran mereka. Dari dapatan ini, para pensyarah boleh memberi tumpuan yang lebih tinggi berkaitan kecenderungan responden berkaitan bagi membantu pelajar untuk meningkatkan lagi kecemerlangan dimasa akan datang. Kata kunci: akademik, kecemerlangan, sikap, persekitaran pembelajaran
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KUALITI PENGAJARAN SECARA DALAM TALIAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN MOTIVASI BELAJAR Dolly Shandy anak Robert Jabatan Perdagangan, Politeknik Mukah Sarawak, Malaysia, (E-mail: [email protected]) Abstrak Pandemik COVID-19 telah mengganggu pengajaran di pelbagai institusi, terutamanya di institusi pengajian tinggi. Pembelajaran dalam talian menjadi kaedah teras pengajaran kurikulum semasa pandemik. Selepas beberapa tempoh pembelajaran dalam talian, satu tinjauan telah dijalankan untuk menilai persepsi tentang kualiti pembelajaran ini dalam kalangan pelajar Politeknik Mukah, Sarawak. Tinjauan telah dijalankan dengan mengedarkan soal selidik dalam talian kepada semua secara rawak. Data yang dikumpul daripada tinjauan dianalisis dengan perisian SPSS v.23. Sebanyak 108 pelajar menjawab soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap kualiti pembelajaran secara dalam talian adalah pada tahap sederhana. Dapatan juga menunjukkan bahawa tahap motivasi pelajar sepanjang pandemik adalah pada tahap sederhana. Bagi analisis regresi, terdapat hubungan positif antara kualiti pembelajaran secara atas talian terhadap motivasi belajar. Pembelajaran dalam talian atau E-pembelajaran ialah platform pengajaran yang paling sesuai disebabkan oleh beberapa faktor seperti langkah untuk mengekang penularan Covid-19 dan juga disebabkan oleh kemajuan teknologi yang perlu diterima oleh semua lapisan. Walaubagaimanapun, kejayaan pelaksanaan pembelajaran dalam talian ke dalam kurikulum memerlukan strategi yang difikirkan dengan baik dan pendekatan yang lebih aktif untuk meningkatkan kualiti pembelajaran. Kata kunci:pengajaran secara dalam talian, motivasi pelajar, persepsi pelajar
KESAN LATIHAN PLIOMETRIK BAGI KEMAHIRAN LOMPAT JAUH DALAM KALANGAN PELAJAR OPSYEN PENDIDIKAN JASMANI PPISMP AMBILAN JUN 2022 Mohd Izwanni bin Sariman1 Aiman Fikri bin Shahrol Saidi2 1 JabatanMatematik, Sains & Komputer, Politeknik Ungku Omar, Malaysia, (E-mail: [email protected]) 2 JabatanMatematik, Sains & Komputer, Politeknik Ungku Omar, Malaysia, (E-mail: [email protected]) Abstrak Kajian Tindakan ini dijalankan untuk meningkakan kuasa eksplosfi kaki dengan menggunakan latihan pliometrik iaitu Death Drop Jump dan Lunge Jump bagi pelajar 1 PPISMP opsyen Pendidikan Jasmani Ambilan Jun 2022. Peserta kajian adalah lima orang pelajar yang terdiri daripada lima orang pelajar perempuan yang mempunyai masalah dalam menghasilkan kuasa eksplosif kaki untuk membantu mereka melonjak. Kesemua mereka menjalani kaedah latihan yang diberikan selama 4 minggu selepas daripada waktu kelas. Kajian ini menggunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu temu bual, pemerhatian dan juga nota lapangan serta ujian latihan pliometrik sebelum dan selepas. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dan naratif. Hasil daripada analisis tersebut menunjukkan pelajar -pelajar ini telah menunjukkan peningkatan dalam penghasilan kuasa eksplosif kaki dengan skor ujian yang tinggi. Hal ini membuktikan bahawa latihan Death Drop Jump dan Lunge Jump dapat meningkatkan kuasa eksplosif kaki. Sebagai Tindakan susulan adalah dengan memberikan latihan ini selama 6 minggu. Saya berpendapat sedemikian kerana, 6 minggu latihan akan memberikan impak yang lebih memberangsangkan. Kata Kunci : Death Drop Jump, Lunge Jump, Latihan pliometrik, Kuasa eksplosif kaki
PEMBANGUNAN PELAJAR MELALUI AKTIVITI KEROHANIAN: KAJIAN KES DI POLITEKNIK METRO BETONG SARAWAK Ahmad Nazrin bin Ab Aziz1 Khairul Azwan bin Padzil2 Abdul Fattah bin Hamden3 1 Jabatan Pengajian Am, Politeknik Metro Betong, Malaysia, (E-mail: [email protected]) 2 Jabatan Pengajian Am, Politeknik Metro Betong, Malaysia, (E-mail: [email protected]) 3 Jabatan Pengajian Am, Politeknik Metro Betong, Malaysia, (E-mail: [email protected]) Abstrak Pembangunan pelajar melalui aktiviti kerohanian mempunyai pengertian dalam menterjemah dan mengamalkan ajaran agama secara komprehensif dengan cara berfikir, bercakap, bertingkahlaku, menetapkan prinsip, keputusan dan tindakan dalam segenap aspek kehidupan dengan berumbikan pengetahuan dan kefahaman agama. Dalam konteks pembangunan pelajar di Politeknik, penghayatan agama merupakan salah satu elemen sampingan kerana fokus institusi TVET menjurus kepada kemahiran teknikal dan vokasional yang menjadi teras dalam mempengaruhi kualiti peribadi seseorang pelajar. Selain itu, cabaran Politeknik METrO yang berlokaliti ditengah-tengah pusat bandar dan tidak berkampus, secara tidak langsung ia akan mempengaruhi pembentukan nilai insan dengan meraikan segala unsur yang ada pada persekitarannya dari segi mental, fizikal, emosi dan spiritual. Justeru, kaedah kualitatif fenomenologi digunakan untuk mengenalpasti amalan-amalan religiositi yang dilaksanakan oleh para pelajar tanpa mengira latar belakang agama. Penulisan ini terbentuk hasil daripada beberapa siri temu bual separa berstruktur, analisis dokumen dan kaedah pemerhatian bukan penyertaan di dalam meneliti amalan religiositi yang dipraktikkan. Hasil kajian mendapati bahawa pembangunan pelajar yang efektif terhasil melalui penglibatan para pelajar secara aktif terhadap aktiviti-aktiviti kerohanian melalui penghayatan agama. Kata kunci:aktiviti kerohanian, pembangunan pelajar
PERBANDINGAN ANALISIS PENGUKURAN KUANTITI STRUKTUR BANGUNAN MENGGUNAKAN KAEDAH MANUAL DAN PERISIAN BIM Muhamad Faizal bin Md. Zulkifli1 Mohd Shafizan bin Abdullah Muhamad Irfan bin Mohamad Ikhwan 1 Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Politeknik Mukah Sarawak, Malaysia (E-mail: [email protected]) Abstract In recent years, face recognition has attracted a lot of attention and has become one of the most successful applications in the field of image analysis and understanding. This trend can be attributed to at least two factors: first, the wide range of commercial and law enforcement applications, and second, the availability of viable technologies after many years of research. Although current machine recognition systems have reached a certain level of maturity, their success is limited by the conditions of many real-world applications. For example, recognizing facial images taken outdoors where lighting and/or posture vary is a largely unsolved challenge. In other words, existing systems are still far from reaching the capabilities of the human perception system. In this research work, a system is proposed that uses Python programming to capture 150 images of a single face from different angles and views to recognize it and store it in the database. The objective of this study is: 1) to design and develop the prototype of a facial recognition attendance system; 2) to transfer the data captured by facial recognition to a web-based system for monitoring purposes; and 3) to validate the data captured by facial recognition with the data available in the database by conducting unit tests. To ensure that the product can be developed within a certain timeframe, an agile process was introduced. A prototype was implemented to demonstrate the proposed approach in real life. A web-based system was developed to record and monitor user attendance performance. With the help of this product, the HR department will be able to monitor employee attendance and thus maximise the efficiency of an organisation. Keyword: face recognition, wide range of commercial, law wnforcement
KATEGORI PENGAPLIKASIAN TEKNOLOGI
ATTENDANCE SYSTEM USING FACE RECOGNITION TECHNOLOGY Norhaniza Binti Mohd Noor1 Zahari Bin Mohamad2 Nor Asmihan Binti Hamzah3 1 Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Malaysia (E-mail: [email protected]) 2 Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Malaysia (E-mail: [email protected]) 3 Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Malaysia (E-mail: [email protected]) Abstrak Pengukuran kuantiti bangunan dilaksanakan untuk mendapatkan pengiraan kos secara keseluruhan. Antara tujuan lain pengukuran kuantiti dilaksanakan adalah bagi menyediakan dokumen tender untuk memilih kontraktor yang layak menjalankan pembinaan. Kebiasaannya, pengiraan dilakukan secara manual merujuk kepada buku Standard Method Measurement 2 (SMM 2) dan mengambil masa yang agak lama untuk penyediaan senarai kuantiti. Seiring dengan peningkatan teknologi terkini, pengiraan kuantiti bangunan menggunakan perisian BIM semakin meluas. Namun begitu, ketepatan kuantiti yang dicerap daripada model 3D BIM masih menjadi fokus penyelidikan para pengkaji. Kaedah pemodelan yang berlainan mengikut perisian BIM tertentu menyebabkan perbezaan data pengukuran kuantiti yang dicerap. Kajian ini dilaksanakan untuk menilai ketepatan pengukuran kuantiti yang menggunakan perisian BIM berbanding pengukuran secara manual. Pengukuran kuantiti isipadu konkrit dan luas kotak bentuk telah dilakukan menggunakan kaedah manual menggunakan Microsoft Excel dan perisian BIM Autodesk Revit dan ProtaStructure. Pengukuran kuantiti isipadu konkrit bagi kaedah manual dan perisian BIM tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dengan kadar perbezaan pada nilai 0.5% bagi Autodesk Revit dan 0.6% bagi ProtaStructure. Namun begitu, pengukuran kuantiti kotak bentuk menggunakan Autodesk Revit menunjukkan perbezaan yang besar iaitu 7.3% berbanding 1.7% perbezaan daripada pengukuran ProtaStructure. Hasil dapatan ini menunjukkan pengukuran kuantiti menggunakan perisian ProtaStructure adalah lebih tepat berbanding Autodesk Revit bagi pengukuran kuantiti kotak bentuk. Kata Kunci : Pengukuran kuantiti, BIM, Revit
KATEGORI PENGURUSAN & KEPIMPINAN PENDIDIKAN
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN: KAJIAN TERHADAP MINAT DAN KESEDIAAN PELAJAR DI KOLEJ KOMUNITI SANDAKAN Marwa Binti Abd Malek1 Rosminah Binti Mustakim2 1Kolej Komuniti Sandakan, Malaysia, (E-mail: [email protected]) 2Kolej Komuniti Sandakan, Malaysia, (E-mail: [email protected]) Abstrak COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah mengubah dunia pendidikan untuk beralih ke pendidikan siber demi menyokong kesinambungan PdP. Di kebanyakan institusi pengajian tinggi, kelas dalam talian masih diteruskan biarpun pandemik telah berakhir. Ia memberikan impak yang berbeza dalam memudahkan pensyarah dan pelajar. Namun begitu, kelas dalam talian menjadi beban kepada pelajar yang tidak bersedia atas faktor tidak mahir menggunakan teknologi dan taraf sosioekonomi yang rendah. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti minat pelajar terhadap kelas dalam talian serta menyiasat tahap kesediaan pelajar untuk menghadiri kelas dalam talian (akses kepada teknologi dan kemahiran teknologi). Instrumen kajian adalah menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada 142 orang pelajar Kolej Komuniti Sandakan. Mereka merupakan dari latar belakang bidang pelancongan dan elektrik. Teknik convenince sampling digunakan telah digunakan manakala analisis dilakukan secara deskriptif. Hasil kajian mendapati majoriti pelajar kurang berminat untuk menduduki kelas dalam talian. Mereka tidak mempunyai akses kepada teknologi yang baik. Kebanyakan pelajar tidak mempunyai komputer dengan sambungan internet di rumah, manakala sebahagiannya mempunyai akses komputer dengan sambungan internet tetapi bukanlah pada setiap hari. Pelajar juga tidak mempunyai pemasangan perisian yang diperlukan dan perlindungan antivirus. Kajian juga mendapati pelajar mempunyai kemahiran teknologi pada tahap sederhana. Justeru, kajian ini mencadangkan kepada para pensyarah untuk membentuk bahan pembelajaran dalam talian yang tidak memerlukan internet berkelajuan tinggi seperti ebook dan video PdP di Youtube. Kajian juga mencadangkan pihak institusi untuk menganjurkan kursus kemahiran teknologi. Selain itu, pensyarah perlu menjalankan tinjauan awal kepada setiap pelajar bagi setiap kelas untuk mengenalpasti kesesuaian medium yang boleh digunakan. Kata kunci: e-pembelajaran, online learning, cabaran