The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Zawatil, 2019-11-30 01:14:51

MAJLIS HI-TEA AMAL SAM RAWANG

ANJURAN PIBG SAM RAWANG 2019

MAJLIS HI-TEA AMAL

“Sejambak Budi Seindah Nurani”

ANJURAN PIBG SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG 2019

Tarikh : 1 DISEMBER 2019
Hari
Masa : Ahad
Tempat
: 12.00 Tengahari - 6.00 petang

: Dewan Besar Umar Abdul Aziz,
Sekolah Agama Menenah Rawang

DO

[MAJLIS HI-TEA AMAL SAM RAWANG 2019]

Isi Kandungan

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. ATURCARA MAJLIS HI TEA AMAL 3

2. SEKAPUR SIREH PERASMI 4

3. KATA ALUAN PENGETUA 5

4. KATA ALUAN YDP 6

5. KATA ALUAN PENGARAH 7

6. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA 8
MAJLIS HI TEA AMAL

7. VISI DAN MISI SAM RAWANG 9

8. INFO SEKOLAH 10

9. OBJEKTIF MAJLIS HI-TEA AMAL 11

10. SEJARAH SAM RAWANG 1984—2019 12-13

11. SEKALUNG PENGHARGAAN 14

2[MAJLIS HI-TEA AMAL SAM RAWANG 2019]

Atucara Majlis

12.00 t/hari : Pendaftaran tetamu

01.15 t/hari : Solat Zuhur di Surau Darul Muttaqin

01.30 t/hari : Kehadiran tetamu2 VIP & artis jemputan

01.40 t/hari : Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis.

01.45 t/hari : Bacaan Doa (Imam Besar Masjid Wilayah KL)

01.50 t/hari : Ucapan YDP PIBG SAM Rawang

01.55 t/hari : Ucapan Pengetua SAM Rawang

02.00 petang : Ucapan Perasmian

02.10 petang : Tayangan Multimedia & Promosi Jualan Buku
02.20 petang : Amal Prof. Solehah
Hi-Tea bermula (selamat menjamu selera )

02.45 petang : Cabutan Bertuah (1)

03.00 petang : Sepetang bersama Heliza & Hazwani Helmi

03.45 petang : Slot bersama Faisal Alwiee

04.00 petang : Cabutan bertuah (2)

04.15 petang : Persembahan In-team

05.00 petang : Sesi Fotografi

05.15 petang : Majlis Bersurai

3[MAJLIS HI-TEA AMAL SAM RAWANG 2019]

Sekapur Sireh
Perasmi

Assalamualaikum wbt.
Bersempena dengan Majlis Hi-Tea Amal PIBG ini, ingin saya mengambil

kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang menjayakan
majlis pada hari ini terutama PIBG dan ahli jawatankuasanya. Bukan mudah untuk
menjayakan sesuatu majlis tanpa kerjasama semua pihak, majlis ini tidak akan berjaya.
Tahniah dan syabas.

Usaha murni pihak PIBG dengan kerjasama semua dalam usaha untuk
mengumpulkan dana amatlah dihargai. Memandangkan pada masa kini banyak
kekurangan di sekolah mana-mana pun, oleh itu pihak sekolah dengan kerjasama PIBG
perlu memikirkan dan melakukan sesuatu yang dapat mendatangkan manfaat dan
kebaikan demi keselesaan anak-anak didik di sekolah ini. Memandangkan kedudukan
sekolah ini di atas bukit, memang menjadi masalah bagi bekalan air paip untuk
kegunaan seharian. Dengan usaha mengadakan majlis ini, diharap dapat mengatasi
segala kemelut yang dihadapi ini.

Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan kerjasama semua pihak.
Begitu juga dengan cadangan pembinaan laluan berbumbung di sepanjang tangga
sehingga ke jalan. Laluan ini amat penting agar pelajar-pelajar terlindung daripada hujan
dan panas pada waktu pagi dan petang ketika pergi dan balik sekolah. Laluan
berbumbung ini juga perlu untuk menghubungkan antara blok B dengan surau. Begitu
murni usaha-usaha PIBG dengan pihak sekolah, bekas-bekas pelajar serta individu-
individu dalam merealisasikan pembinaan laluan berbumbung tersebut. Tahniah
diucapkan kepada penyumbang-penyumbang yang menghulurkan sumbangan ini.

Hadirin-hadirat sekalian,
Memandangkan sekolah ini telah mencapai usia yang begitu lama hampir 40
tahun, banyak kerosakan yang perlu diperbaiki. Saya dimaklumkan bahawa di daerah
Gombak hanya terdapat dua buah sekolah agama dan sekolah ini menjadi tumpuan ibu
bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah agama. Sekolah ini juga merupakan
antara sekolah terbaik kategori sekolah harian. Tahniah diucapkan. Memandangkan
permintaan yang tinggi daripada masyarakat setempat, bangunan sekolah pun perlu
ditambah. Oleh itu pelbagai prasarana dan kemudahan-kemudahan perlu ditambah dan
dibaiki agar memberi keselesaaan kepada semua pelajar dan warga sekolah. Untuk
melengkapkan segala kemudahan tersebut, sumbangan daripada semua pihak amat
diperlukan.
Bersempena dengan Majlis Hi-Tea ini, semoga dapat mencapai objektif yang
diharapkan dan sumbangan yang berterusan amat diperlukan. Tahniah dan syabas sekali
lagi kepada semua pihak yang menjayakan Hi-Tea ini. Sesungguhnya sedekah yang diberi
akan mendatangkan pahala yang berterusan.
Sekian, wabillahitaufiq walhidayah. Assalamualaikum wbt.

YBrs. Encik Hassan Nudin bin A. Hamid
Pengarah Bahagian Pendidikan Islam

Kementerian Pendidikan Malaysia

4[MAJLIS HI-TEA AMAL SAM RAWANG 2019]

Kata Aluan
Pengetua

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah swt atas limpah kurnia-Nya kita dapat
bersama-sama dalam Majlis Hi Tea Amal sempena mengumpul dana untuk SAM Rawang ini.
Tidak lupa juga saya ingin merakamkan perhargaan dan jutaan terima kasih serta mengalu-
alukan kehadiran datuk, datin, tuan, puan serta tetamu-tetamu jemputan khas khususnya
yang terdiri daripada penyumbang-penyumbang untuk pihak sekolah.

Menyorot kembali sejarah perkembangan sekolah ini bermula daripada tahun 1984,
SAM Rawang sebenarnya telah melalui banyak liku-liku sejarah serta mengharungi arus
peralihan zaman. Dari sebuah tempat pengajian yang terpaksa berkongsi bilik darjah dengan
sekolah rendah Ibnu Khaldun, sekarang ia telah mempunyai tapak kukuh di bandar Rawang.
Proses yang mengambil masa selama lebih kurang suku kurun ini sebenarnya tidak kurang
cabaran dan rintangannya. Saya berasa sangat bangga kerana melalui hasil dan berkat
usaha pihak yang tidak mengenal erti penat lelah dan putus asa, SAM Rawang akhirnya
telah berjaya menjadi salah sebuah sekolah menengah agama yang terulung di daerah Gom-
bak. Kesemua warga yang menerima asuhan dan keluar daripada pintu gerbang SAM
Rawang pula merupakan insan-insan yang berguna serta berjaya di dalam bidang kerjaya
masing-masing. Mereka bukan sahaja telah mengharungkan nama sekolah malah telah
banyak berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Pada hari ini, setelah beberapa puluh tahun berlalu, SAM Rawang telah menjadi
sebuah sekolah yang tersergam indah dengan pelabagai kemudahan dan infrastruktur
moden hasil sumbangan dan bantuan pelbagi pihak. Justeru itu, saya berharap agar
semangat menimba ilmu yang telah menjadi sebahagian daripada tradisi SAM Rawang ini
dapat diteruskan dan diserapkan ke dalam generasi muda hari ini.

Saya mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkann tahniah kepada jawa-
tankuasa kerja majlis ini atas segala komitmen dan usaha yang dicurahkan. Kepada semua
penaja sekalung penghargaan saya ucapkan atas ingatan tulus ikhlas dan sumbangan yang
diberikan. Diharapkan majlis ini dapat berjalan dengan lancar dan kejayaan majlis ini bakal
diulang lagi.

Sekian, wassalam.

TN HJ MOHAMAD NOOR BIN ISMAIL
PENGETUA
SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG

5[MAJLIS HI-TEA AMAL SAM RAWANG 2019]

Kata Aluan
YDP PIBG

Pertama sekali marilah kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah swt
kerana dengan izin dan inayah-Nya kita dapat berkumpul dan bersama-sama dalam
Majlis Hi Tea Amal SAM Rawang yang berjaya dilaksanakan sebagai salah satu
program bersama PIBG bagi penutup tahun 2019.

Saya ingin mengucapkan banyak terima kasih kepada jawatankuasa
sambutan Majlis Hi Tea Amal kerana memberi peluang kepada saya untuk
menyampaikan sepatah dua kata.

SAM Rawang kini sudah mencecah suku abad penubuhannya sebagai sebuah
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang melahirkan ramai tokoh-tokoh
penting. Pelbagai sejarah kejayaan telah pun dilakarkan dan pelbagai pengiktirafan
menjadi tanda kegemilangan SAM Rawang selama ini. Atas semangat dan kecintaan
kepada sekolah, pelbagai acara telahpun temasuk Majlis Hi Tea Amal ini.

Kesungguhan pihak sekolah beserta komitmen yang tidak berbelah bagi yang
diberi oleh masyarakat setempat selain pihak berwajib dari Jabatan Agama Islam
Selangor dan majlis ini melengkapkan kejayaan anak-anak kita. Bukan sekadar
kejayaan dalam pelajaran bahkan dalam kejayaan membina sahsiah unggul. Usaha
sama yang berterusan dengan langkah-langkah prokaktif amat diperlukan dalam
mewujdkan kecemerlangan anak-anak SAM Rawang. Pihak PIBG sentiasa
memberikan sokongan padu kepada semua warga pendidik SAM Rawang dalam
usaha mentarbiyah anak-anak kita. Selain itu, sokongan kepada pembangunan dan
infrastruktur sekolah demi anak-naak menjadi tumpuan PIBG SAM Rawang.

Saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada semua pihak
terutama ahli jawatankuasa atas kegigihan menganjurkan sambutan Majlis Hi Tea
Amal ini. Semoga segala usaha kalian diganjari Allah berlipat ganda.

Akhir kata, marilah sama-sama kita berdoa agar kejayaan cemerlang dapat
dicapai dalam setiap agenda aktiviti yang dijalankan. Keberhasilan menjalankan maj-
lis ini menunjukkan kejayaan semua pihak yang berusaha gigih. Semoga ia mampu
menjadi pendorong ke arah kegemilangan pada masa akan datang.

Sekian, wassalam.

TUAN ROSLAN BIN AHMAD
YANG DIPERTUA PIBG
SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG

6[MAJLIS HI-TEA AMAL SAM RAWANG 2019]

Kata Aluan
Pengarah

Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T dan selawat serta salam ke atas junjungan
besar Rasulullah S.A.W dan keluarga baginda. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah
kurnia-Nya Majlis Hi Tea Amal dapat dilaksanakan mengikut perancangan.

Sebagai pembuka kata, saya bagi pihak jawatankuasa penganjur dengan penuh
hormat dan takzimnya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak perasmi yang
sudi merasmikan Majlis Hi Tea Amal ini. Harapan saya semoga pihak tuan tetap
menyokong usaha-usaha seumpamanya oleh pihak sekolah pada masa akan datang.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua tetamu terhormat, guru-guru,
bekas guru, wakil pihak sekolah, ahli-ahli alumni serta mereka yang terlibat secara
langsung ataupun tidak dalam menjayakan majlis yang bersejarah ini.

Sesungguhnya kehadiran semua melambangkan sokongan padu terhadap alumni
SAM Rawang, manakala segala penajaan dan sumbangan yang diberikan menunjukkan
komitmen dan kesungguhan yang tinggi terhadap pelaksanaan majlis ini.

Sekiranya terdapat kekurangan, tesalah adat, tersilap tingkah laku atau terkasar
bahasa, saya bagi semua warga SAM Rawang memohon seribu kemaafan. Semoga acara
ini akan diteruskan sebagai tradisi pihak sekolah bersam PIBG SAM Rawang untuk tahun
-tahun yang akan datang serta mendapat keredhaan dan kerahmatan dari Allah swt.
Insya Allah.
Sekian, Teima kasih.

PUAN MARYUNI BINTI MOHAMED
PENGARAH MAJLIS HI TEA AMAL 2019
SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG

7[MAJLIS HI-TEA AMAL SAM RAWANG 2019]

Ahli Jawatankuasa Pelaksana

Penasihat : Tn Hj. Mohamad Noor bin Ismail (Pengetua)
Pengerusi : En. Roslan bin Ahmad (YDP PIBG)

Pengarah Program : Pn Maryuni binti Mohamad
Setiausaha : Pn Noor Azlin binti Mustakhim
Pen Setiausaha : En Azwan bin Sarjidin
Bendahari : En Mohd Hamdan bin Ibrahim

Jemputan & Pendaftaran : Pn Noor Azlin bt Mustakhim
Pn Noorliza bt Ahmad
Pn Rosnani bt Roslan
Pn Noraini bt Hazali
Pn Norlela bt Mat Sarip

Sambutan & Protokol : Pn Soleha bt Yaacob
EN Najahsallam bin Ghazali
Pn Wan Najbah bt Wan Sulaiman
Pn Ramlah bt Mamat

Jamuan : Pn Haslina bt Harun
Pn Soleha bt Asmat

Pengiklanan / Publisiti : EN Mohamad Salmi bin Hj Abdullah
En Mohammad Nuri bin Husin

Penajaan / meja : En Roslan bin Mat Juri
En Muhamad Salmi bin Hj Abdullah

Tempahan Meja / Jualan : Pn Rabiatul Adawiah binti Jamali
Pn Masita bt Leman
Pn Suriani bt Abidin

Persiapan Tempat / Dewan : Pn Siti Hajar bt Khalib
Pn Siti Zaimah bt Mohd Ahya

Juru Acara & Doa : En Abdul Jalil b Hanafee

Persembahan Pentas : En Abdul hidir Afnizal bin Abdul Latiff

Dokumentasi & Buku Program : Pn Zawatilaqmal binti Othman
Pn Siti Nurain bt Mohd Razi

Banner : En Mohd Ridzuan b Ismail

Hadiah / Cabutan Bertuah : Pn Sarah bt Johari
Multimedia Pn Tuan Hasmahani bt Tuan Hassan

: En Mohd Hamdan bin Ibrahim

8[MAJLIS HI-TEA AMAL SAM RAWANG 2019]

Visi, Misi, Moto & Slogan

VISI
Sekolah Agama Menengah Rawang Penjana Pendidikan

Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.
MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Mem-
bangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

MOTO
Berilmu, Beramal, Bertaqwa

SLOGAN
SAMER BUMI TARBIYAH
Di sini Lahirnya Ulama’ dan Umara’

9[MAJLIS HI-TEA AMAL SAM RAWANG 2019]

Info Sekolah

Sekolah Agama Menengah Rawang (SAMER) adalah salah
sebuah sekolah harian yang berasrama di Daerah Gombak.
Sekolah ini sering mendapat keputusan terbaik di peringkat
sekolah harian setiap tahun dan menjadi tumpuan ibu bapa
untuk menghantar anak-anak ke sekolah agama.

Oleh kerana kedudukan sekolah di atas bukit, apabila musim
hujan akan menyebabkan tiupan angin yang kencag sehingga
merosakkan bumbung-bumbung bangunan. Selain itu, sekolah ini
sering menghadapi masalah bekalan air sehingga memberi
kesulitan kepada pelajar-pelajar dalam menghadapi kehidupan
seharian di asrama. Justeru penambahbaikan struktur
pemasangan untuk memperoleh sumber air yang sepatutnya
adalah amat diperlukan.

Ini memandangkan kedudukan sekolah ini di atas bukit
merupakan sebab utama tekanan air rendah. Oleh itu, PIBG
sekolah ini berusaha untuk mengatasi segala masalah ini. Selain
itu, memandangkan cuaca yang tidak menentu ini, laluan
berbumbung ke surau perlu dibina untuk mengelakkan pelajar

10[MAJLIS HI-TEA AMAL SAM RAWANG 2019]

Objektif Majlis Hi-Tea Amal

Penganjuran Hi Tea Amal 2019 ini bertujuan untuk mengumpul dana
bagi :
1. Menambahbaikkan sistem pemasangan bekalan air dan struktur

penyelenggaraan di sekolah dan asrama.
2. Membina laluan berbumbung antara bangunan sekolah blok B

dengan surau.
3. Menaiktaraf keceriaan surau dan peralatan siaraya, memastikan

kemudahan asas di tandas dan bilik air serta bilik-bilik khas di
kawasan sekolah diberi perhatian khusus serta dapat diselenggara
dengan sempurna.
4. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak sekolah, PIBG,
komuniti tempatan dan alumni sekolah ini.
Bagi merealisasikan matlamat untuk menyedIakan prasarana yang
kondusif seiring dengan pembelajaran perkembangan teknologi terkini,
pihak sekolah memerlukan dana dengan anggaran sebanyak
RM 300,000 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Ribu sahaja).

11[MAJLIS HI-TEA AMAL SAM RAWANG 2019]

Sejarah Sekolah
1994—2019

1984 Ditubuhkan di Kampung Kenanga, Batu 17 Jalan Ipoh, Rawang
dengan nama Sekolah Agama Menengah Ibnu Khaldun. Berkongsi
bangunan dengan Sekolah Rendah Agama Ibnu Khaldun di bawah
naungan JAIS.

1985 Penubuhan asrama puteri (ASPURI)

1987 Tingkatan 4 ditubuhkan dengan menggunakan sukatan al-Azhar
1990 dan akademik.

1995 Berpindah ke Batu 16, Jalan Ipoh, Rawang dan diberikan nama
1999 baharu iaitu Sekolah Agama Menengah Rawang dikenali dengan
2000 istilah ringkas yang dipersetujui iaitu SAMER. Manakala sekolah lama
kekal menggunakan nama sekolah Rendah Agama Ibnu Khaldun.

Perasmian projek pecah tanah bagi pembinaan surau Darul Muttaqin
SAMER oleh YAB Tan Sri Muhammad bin Mohd Taib (Menteri Besar
Selangor ketika itu).

Perasmian penggunaan surau dengan nama MUSOLLA DARUL
MUTTAQIN pada bulan April 1999.

Kelas aliran sains bagi tingkatan 4 bermula.

2005 Penubuhan makmal komputer dengan pembiayaan daripada PIBG
2006 SAMER pada bulan April.
2008
Proses menandatangani MOU penyerapan sekolah ke bawah
kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia.

Proses penyerapan sepenuhnya ke KPM sebagai Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan tetapi masih mengekalkan dan mengguna pakai
nama Sekolah Agama Menengah Rawang serta mengekalkan
Peperiksaan Menengah Agama (SMA). Sukatan yang menjurus
kepada sukatan al-azhari dikekalkan sebagai salah satu peperiksaan
utama yang mesti diduduki oleh pelajar di sekolah ini.

12[MAJLIS HI-TEA AMAL SAM RAWANG 2019]

Sejarah Sekolah
1994—2019

2010 Sekolah Agama Menengah Rawang mencatatkan prestasi
yang memberangsangkan dalam pencapaian peperiksaan
awam SPM, SMA dan PMR dan dicalonkan sebagai sebuah
sekolah berprestasi tinggi dan dalam usaha itu, misi dan visi
SAMER diperkukuh untuk kecemerlangan pada tahun-tahun
yang seterusnya.

2011 Satu lagi kelas diwujudkan untuk tingkatan 4 bagi
memenuhi keperluan Pendidikan semasa dan dimulakan
pada sesi persekolahan tahun 2012 menjadikan jumlah kelas
tingkatan 4 kepada 4 kelas dengan 2 kelas terdiri daripada
kelas sains.

2013 Pada bulan Mac, sekolah telah mendapat sebuah van baru
hasil usaha kerjasama pihak sekolah dan PIBG. Van ini dapat
dimanfaatkan bagi tujuan perkhidmatan dan kebajikan.
Pelancaran Projek Rintis VLE Frog dalam program
1Bestarinet, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Program-program yang dianjurkan dalam kerjasama KIST,
Darul Quran, UM, UIA, USIM, UITM juga diteruskan dan san-
gat menyumbang kepada kecemerlangan sekolah.

2015 Tahun pertama kurikulum dini dilaksanakan di semua SABK
Selangor termasuk SAM Rawang.

2019 SAM Rawang terus gemilang mencipta sejarah dan kejayaan.

13[MAJLIS HI-TEA AMAL SAM RAWANG 2019]

Sekalung Penghargaan

Jawatankuasa Pelaksana mengucapkan jutaan terima kasih kepada
semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Hi Tea Amal PIBG SAM

Rawang 2019.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada :
YBrs. Encik Hassan Nudin bin A. Hamid
Pengarah Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Jabatan Agama Islam Selangor

Pengetua SAM Rawang —Tn Hj Mohammad Noor bin Ismail
YDP PIBG SAM Rawang —En. Roslan bin Ahmad

Semua Pengetua dan YDP PIBG SABK/ SMKA/ SMK/ SK Negeri Selangor
Alumni SAM Rawang

Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Hi Tea Amal PIBG SAM Rawang.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SAM Rawang
Majlis Perbandaran Selayang
Bank Kerjasama Rakyat Cawangan Selayang
Sinar Harian
Radio IKIM
Guru-guru SAM Rawang

Serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam
menjayakan Majlis Hi Tea Amal PIBG SAM Rawang ini. Semoga segala

sumbangan dan jasa yang di tabur menjadi amal soleh di sisi– Nya.

14[MAJLIS HI-TEA AMAL SAM RAWANG 2019]

Autograf

15[MAJLIS HI-TEA AMAL SAM RAWANG 2019]

16[MAJLIS HI-TEA AMAL SAM RAWANG 2019]


Click to View FlipBook Version