EDUP 3153 ANALISIS INSTRUMEN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
1 ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 2 2.0 Pelaksanaan PBD 2.1 Kaedah Pentaksiran secara Pemerhatian 2.2 Kaedah Pentaksiran secara Lisan 2.3 Kaedah Pentaksiran secara Bertulis 3-4 3.0 Analisis Instrumen PBD 3.1 Penilaian Profesional terhadap Instrumen PBD dari aspek Kesahan 3.2 Penilaian Profesional terhadap Instrumen PBD dari aspek Kebolehpercayaan 3.3 Penilaian Profesional terhadap Instrumen PBD dari aspek Kemudahtafsiran 3.4 Kelebihan dan Kekurangan Instrumen 3.5 Cadangan Penambahbaikkan 4-8 4.0 Kesimpulan 8 5.0 Rujukan 9
2 1.0 Pengenalan Apakah yang dimaksudkan dengan pentaksiran? Umum mengetahui bahawa pentaksiran adalah satu proses mendapatakan maklumat dan seterusnya membuat pengujian serta penilaian tentang sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran juga diertikan satu proses pembelajaran yang mempunyai aktiviti seperti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan mengklarifikasikan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid. Mahmad Khory (2021) menyatakan guru bertanggungjawab untuk melaksanakan pentaksiran di sekolah mengikut penambahbaikkan KSSR yang mula dilaksanakan pada 2017. Hal ini dapat dilihat pada Surat Pekeliling Iktisas KPM Bil. 8 Tahun 2016, Penambahbaikkan yang dimaksudkan itu adalah standard prestasi bagi aktiviti pentaksiran telahpun dimasukkan dalam kurikulum dan kokurikulum serta ia juga menjadi rujukan utama guru melaksanakan pengajaran dan pentaksiran. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah elemen yang penting dalam penilaian, pemerhatian, penambahbaikkan yang mudah untuk guru lakukan, PBD ini termasuk daripada pentaksiran sekolah. PBD merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid (Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri, 2019). PBD berlaku secara formatif dan sumatif iaitu sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran. PBD juga dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS) bermula pada tahun 2011 namun diubah pada tahun 2016, PS mula dikenali sebagai PBD. PBD ini dapat membantu guru dalam mengesan perkembangan murid secara menyeluruh, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dan mengambil tindakan susulan bagi mengatasi kelemahan murid. Dalam PBD ini guru pasti menggunakan beberapa instrumen untuk menambah baik kelemahan murid. Maka, analisis dibuat terhadap instumen yang telah dilaksanakan oleh guru untuk mengenal pasti kaedah, jenis, penilaian professional dan refleksi.
3 2.0 Pelaksanaan PBD Rajah 1 Pada rajah 1 diatas merumuskan tiga kaedah pentaksiran yang boleh dibuat oleh guru kepada murid dalam melaksanakan PBD. 2.1 Kaedah Pentaksiran Secara Pemerhatian Kaedah ini berlaku apabila guru memerhati dan mentaksir proses dan hasil kerja murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran (pdp). Sebagai contoh dalam Reka Bentuk Teknologi Tahun 5, guru akan memerhati cara murid menggunakan komputer untuk mengakses maklumat secara mudah. Dalam pemerhatian ini, secara tidak langsung guru akan menilai murid tersebut. Guru pula dapat mengetahui apa yang perlu ditambah baik terhadap murid yang dinilai. Maklum balas guru adalah sangat penting kepada murid bagi menambah baik hasil kerjanya. Guru boleh merekod hasil pemerhatian dalam instrumen yang guru hasilkan seperti senarai semak, rekod anekdot, skala kadar dan skala berterusan. Pemerhatian •Senarai Semak •Rekod Anekdot •Rekod Berterusan Lisan •Soal jawab •Bacaan kuat •Syarahan •Perbahasan •Bercerita •Perbincangan •Hafazan •Temubual •Nyanyian •Deklamasi sajak •Mendengar dan memberi respon Bertulis •CONTOH AKTIVITI BERTULIS •Karangan •Laporan projek/ eksperimen kerja kursus/ folio •Latihan bertulis •Ujian bertulis •Huraian atau tafsiran statistik, peta, jadual, graf atau carta •CONTOH PENILAIAN SECARA PENULISAN •Menulis •Menyusun idea •Mengaplikasi •Mentafsir •Mencipta
4 2.2 Kaedah Pentaksiran Secara Lisan Kaedah pentaksiran secara lisan berlaku apabila guru bersoal-jawab dengan murid secara lisan tentang kandungan mata pelajaran yang diajar. Contohnya dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris Tahun 3, guru menyuruh murid membaca petikan tentang tatabahasa. Setelah murid membaca, guru boleh membuat soal jawab tentang tatabahasa yang dibaca justeru memberikan murid untuk mengingat tatabahasa tersebut. Guru boleh menghasilkan instrumen sendiri untuk mencatat respon murid secara lisan atau mencatat dalam buku rekod guru atau buku catatan lain. 2.3 Kaedah Pentaksiran Secara Bertulis Kaedah ini berlaku apabia guru melakukan penyemakan dan pemeriksaan terhadap tugasan murid seperti buku latihan, lembaran kerja, projek/ folio, ujian bertulis atau mana-mana hasil tulisan dan lukisan murid. Pentaksiran berlaku apabila guru menanda hasil penulisan murid, guru pasti dapat mengesan kemahiran berfikir serta perkembangan kognitif murid, bergantung pada soalan penulisan yang diberi. Setelah guru membaut pentaksiran, guru perlu membuat makluma balas daripada hasil penulisan murid dengan menlihat dari aspek susunan ayat, tatabahasa, penyusunan idea, bunga bahasa dan lain-lain. Maklum balas yang terperinci perlu dibuat oleh guru agar murid dapat mengetahui kelemahan dan kekurangan mereka sekaligus mengenal pasti penambah baikkan yang perlu dibuat. 3.0 Analisis Instrumen PBD SKALA KADAR KEMAHIRAN ASAS MATEMATIK MURID TAHUN 1 PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN Nama : Kelas : Mata Pelajaran : Asas 3M Komponen Asas Matematik : Pra Nombor (Seriasi) Tujuan Pentaksiran : Untuk menentukan tahap pengetahuan murid tentang turutan nombor lingkungan 5 secara menaik menggunakan bahan bergambar dengan betul.
5 Penerangan aktiviti: Murid mengenal pasti bilangan kuantiti haiwan pada bahan bergambar (Nombor lingkungan 5). Murid dikehendaki untuk menyusun nombor lingkungan 5 dengan menggunakan bahan bergambar secara menaik dengan betul. Murid menyebut kembali kesemua nombor lingkungan 5 secara tertib menaik dengan betul. Arahan: Tandakan ( / ) pada skala yang sesuai dengan dapatan pemerhatian. Kemahiran Asas Matematik Pra Nombor (Seriasi) Rendah Tinggi Ulasan 1 2 3 4 5 Membilang nombor lingkungan 5 secara lisan dengan betul. Membilang dengan menggunakan gambar dengan baik. Mengenal pasti nombor berdasarkan gambar dengan betul. Dapat menghubungkaitkan kuantiti dan nombor dengan betul. Menyusun gambar nombor 1 hingga 5 secara tertib menaik dengan cara yang betul. Dapat mengisi kotak nombor dengan nombor lingkungan 5 mengikut tertib menaik dengan betul.
6 Menyebut nombor 1 hingga 5 secara tertib menaik dengan betul. Rajah 2 Berdasarkan rajah 2 diatas, dapat disimpulkan bahawa instrumen yang telah dilaksanakan adalah jenis pentaksiran alternatif iaitu penilaian kendiri. Hal ini kerana, Penilaian kendiri ialah penilaian ke atas pencapaian murid dan mengenal pasti status dan kemajuan pembelajaran murid sendiri berdasarkan matlamat pembelajaran atau objektif yang perlu dicapai (Faizal et al., 2017). Kaedah yang digunakan oleh guru dalam melaksanakan instrument ini adalah kaedah pemerhatian. Ini kerana dapat dilihat daripada arahan-arahan yang diberi oleh guru bersifat kepada pelaksaan aktiviti dan pengajaran di dalam kelas. Selain itu, guru menggunakan senarai semak dengan skala 1 hingga 5 memperlihatkan kaedah pemerhatian digunakan semasa PBD. 3.1 Penilaian Profesional terhadap Instrumen PBD dari aspek Kesahan Daripada Instrumen yang dilaksanakan, Kesahan adalah sangat tinggi. Hal ini jelas dilihat daripada setiap arahan yang diberi oleh guru berpandukan tujuan yang ingin dicapai. Buktinya, arahan yang diberikan adalah jelas dan mudah difahami oleh murid berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran. Arahan yang jelas memberi kualiti penilian, pengajaran, pembentangan, penerangan yang baik (Jaafar, 2012). Selain itu, guru memberikan gambaran yang jelas mengikut tahap murid yang telah dikenal pasti. Hal ini memberikan murid untuk merespon dengan mudah terhadap arahan yang telah diberi justeru mencungkil penilaian terhadap pengetahuan tentang turutan nombor 1 hingga 5. 3.2 Penilaian Profesional dari aspek kebolehpercayaan Daripada instrumen yang dilaksanakan mempunyai kebolehpercayaan yang tahap memuaskan. Hal ini kerana senarai semak yang digunakan tidak mempunyai rubrik atau panduan. Guru hanya menilai berdasrkan pemerhatian sahaja tanpa merujuk kepada aspek-aspek yang boleh dinilai berpandukan rubrik. Maka kebolehpercayaan instrument ini ditahap memuaskan sahaja. Namun, terdapat aspek yang baik dalam kebolehpercayaan instrumen ini, iaitu instrumen menggunakan skala lima memberikan kebolehpercayaan yang sangat tinggi terutama kepada MBPK pembelajaran ini. Selain itu, Kebiasaan MBPK mempunyai bilangan yang sedikit dan sering dinilai secara individu memberikan kebolehpercayaan yang tinggi berbanding dibuat secara rawak di dalam kelas atau beramai-ramai. Namun, ia mengambil tempoh masa untuk melaksanakannya.
7 Hal ini jelas menunjukkan, kebolehpercayaan yang rendah terhadap pemerhatian guru dalam mentaksir murid. 3.3 Penilaian Profesional dari aspek kemudahtafsiran Daripada instrumen yang dilaksanakan mempunyai kemudahtafsiran yang sangat tinggi. Penekanan pada arahan pada penilaian kendiri menunjukkan bahawa instrumen ini memberikan kemudahan dalam menafsirkan hasil penilaian. Penggunaan senarai semak dengan skala 1 hingga 5 menunjukkan bahawa terdapat kerangka penilaian yang terstruktur dan objektif. Hal ini memberikan gambaran yang jelas mengenai prestasi murid dalam mencapai matlamat pembelajaran.Dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan senarai semak, guru dapat dengan mudah mengukur dan menafsirkan pencapaian murid. Ini memudahkan proses penilaian profesional guru terhadap kemajuan pembelajaran murid berdasarkan hasil penilaian alternatif jenis penilaian kendiri. 3.4 Kelebihan dan Kekurangan Instrumen Kelebihan Instrumen ini adalah Penilaian kendiri membantu meningkatkan kesedaran diri murid terhadap pencapaian dan kemajuan mereka. Melibatkan mereka secara langsung dalam proses penilaian dapat memberikan pandangan yang mendalam tentang kekuatan dan kelemahan mereka dalam pembelajaran. Contohnya, dalam subjek bahasa, murid yang terlibat dalam penilaian kendiri mungkin lebih peka terhadap kemahiran membaca atau menulis yang perlu mereka tingkatkan. Kaedah pemerhatian pula yang dibuat oleh guru membantu dalam memberi maklum balas secara langsung. Selain itu, Melalui penilaian kendiri, murid dapat membangunkan kemahiran refleksi yang penting untuk pembelajaran sepanjang hayat. Mereka diajak untuk memeriksa pengalaman pembelajaran mereka, mengenal pasti cabaran, dan merancang strategi untuk meningkatkan prestasi. Sebagai contoh, seorang pelajar sains yang merenung kembali tentang eksperimen yang dilakukan dapat memperbaiki pendekatannya pada langkah-langkah berikutnya. Kekurangannya adalah kebolehpercayaan penilaian kendiri melalui kaedah pemerhatian. Berpandukan instrumen yang digunakan, penilaian kendiri adalah tidak sesuai terhadap objektif yang ingin dicapai selepas pengajaran dilakukan. Murid tidak mengetahui tahap pengusaan mereka dengan jelas terutama MBPK masalah pembelajaran tahun 1. Walaupun guru mengetahui tahap kecerdasan mereka, namun mereka sukar untuk menilai tahap kemampuan diri mereka sendiri. Selain itu, ketiadaan rubrik adalah salah satu kebolehpercayaan ditahap
8 memuaskan. Ibu bapa akan berpendapat bahawa instrumen ini dijalankan tanpa pemerhatian yang betul atau berkemungkinan guru mentaksir secara pilih kasih. Hal ini dapat menjejaskan instrumen yang dijalankan oleh guru terhadap anak mereka. 3.5 Cadangan Penambahbaikkan Untuk meningkatkan kebolehpercayaan penilaian kendiri dengan kaedah pemerhatian, guru perlu memastikan pentaksiran ini dijalankan secara berkala. Contohnya, instrumen ini dijalankan sebulan 4 kali agar guru dapat mengetahui perkembangan murid dan ini jelas penilaian kendiri pada murid juga turut berjalan. Rubrik juga perlu disediakan oleh guru dalam melakasanakan instrument ini. Rubrik juga dapat membantu guru menjimatkan masa dalam menilai dan memberi markah kepada pelajar (Zaidon et al., 2014). Ini dapat dicapai dengan menyusun rubrik penilaian yang terperinci dan mudah ditaksir. Sebagai contoh, dalam subjek seni visual, rubrik penilaian boleh mencakup kriteria seperti penggunaan warna, teknik melukis, dan ekspresi kreatif. Guru perlu memberikan contoh visual dan penerangan terperinci untuk setiap tahap skala penilaian (misalnya, dari 1 hingga 5). Ini membantu memastikan konsisten dalam penilaian di antara pelajar dan juga meningkatkan objektiviti, kerana kriteria menjadi lebih jelas dan terukur. Melalui latihan berkala, guru dapat memastikan agar penilaian kendiri murid dan guru mencapai tahap konsisten yang tinggi. 4.0 Kesimpulan Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa pelaksanaan PBD ini dapat dilihat mempunyai potensi untuk terus maju ke hadapan untuk mencapai tahap pendidikan setanding dengan negara-negara maju. Pada permulaannya tidak dapat dinafikan bahawa terdapat beberapa kelemahan tetapi apabila kita memandang sesuatu yang baru dari sudut positif secara perlahan-lahan, masyarakat akan mula untuk menerimanya apabila hasil yang baik dapat dilihat. Untuk memantapkan lagi sistem PBD ini, golongan pelaksana iaitu guru haruslah komited dengan tugas dan tanggungjawab untuk mendidik murid. Murid juga haruslah mengambil kesempatan ini dengan memanfaatkan penilaian yang bermanfaat dalam pendidikan mereka. Ibu bapa dan masyarakat juga perlu memainkan peranan yang penting dalam membantu pelaksanaan ini agar segala pengurusan dapat dipermudahkan. Dengan ini, PBD dapat merealisasikan falsafah pendidikan negara yang merangkumi perkembangan potensi secara holistik dari segi kognitif, afektif dan psikomotor. Ini juga dapat melahirkan generasi yang berpengetahuan, berkemahiran berfikir, memimpin, berkomunikasi, beradab dan beretika, dan juga seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
9 RUJUKAN Faizal, M., Lee, N., Leow, A., & Wei, T. (2017). Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Penilaian Kendiri Pembelajaran Geometri Tingkatan Satu (Learning Form One Geometry: Validity And Reliability Of A Self-Evaluation Instrument). Malaysian Journal of Learning and Instruction, 14(1), 211–265. https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29469/1/MJLI%2014%2001%202017%20211-265.pdf Jaafar, A. B. (2012). Kualiti Dalam Memberi Penerangan Dan Arahan. Jurnal Arahan Yang Jelas, 1(2). Mahmad Khory, H. H., Abdul Rahman, M. N., & Zailaini, M. A. (2021). Pengurusan Pentaksiran Bilik Darjah Mata Pelajaran Bahasa Arab Berasaskan Keperluan Pembelajaran Murid. Jurnal Kepimpinan Pendidikan , 8(2), 41–57. Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri. (2019). Pentaksiran bilik darjah. Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. https://jpnselangor.moe.gov.my/?id=8765:pentaksiran-bilik-darjah&catid=2 Zaidon, S., Ayob, A., & Ikhsan, O. (2014). Pembinaan Rubrik Penilaian Penulisan Kanak-Kanak. EJournal UPSI, 7(1).