The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by raichococake, 2021-04-08 09:50:11

mat

mat

Mesyuarat AgungPIBGKali ke-10 2021

ATUR CARA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 10

SM SAINS BANTING

Tarikh : 10 April 2021 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Google Meet (Lokasi masing-masing)

Masa Aktiviti
9.15 pagi
10.00 pagi – Pautan google meet dibuka kepada semua ibu bapa dan guru.

Tayangan multimedia.

Pendaftaran kehadiran Guru dan Ibu bapa melalui google form
yang disediakan.

Guru dan ibu bapa bersedia dalam pautan Google Meet

10.00 pagi – Ucapan alu-aluan daripada pengacara majlis

12.00 tengahari

Bacaan Doa

Ucapan aluan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SM
Sains Banting
Dato’ Muzamir bin Mustafa

Ucapan Pengetua
En. Rijaludin bin Che Mat

Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG 2020

Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan PIBG Sesi
2020

Pembahasan Usul
Hal-hal lain
Pemilihan AJK PIBG tahun 2021

Ucapan Penangguhan Tuan Yang Dipertua 1

SM SAINS BANTING

Mesyuarat AgungPIBGKali ke-10 2021

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 TAHUN 2020
SM SAINS BANTING

Tarikh : 22 Januari 2020
Masa : 9.00 pagi–1.00 petang
Tempat : Dewan Al-Khawarizmi, SM Sains Banting
Kehadiran
: 404 orang

KEHADIRAN

1. Mejar Ir. Haji Abdul Kadir bin Mohd Nor
Yang Dipertua (YDP) PIBG
SM Sains Banting

2. Puan Norsham Binti Noordin
Pengetua
SM Sains Banting

3. Ahli Jawatankuasa PIBG
SM Sains Banting

4. Barisan Pengurusan dan Pentadbiran
Guru-Guru
SM Sains Banting

5. 404 Orang Ibu Bapa / Penjaga

Agenda:

1.0 Ucapan alu-aluan
Pengerusi majlis mengalu-alukan kedatangan para ibu bapa yang hadir ke
Mesyuarat PIBG kali ke-9 SM Sains Banting. Seterusnya, Pengerusi majlis
menjemput Yang Dipertua PIBG SM Sains Banting, Mejar Ir. Hj Abdul Kadir
bin Mohd Nor diikuti oleh Pengetua SM Sains Banting, Puan Norsham bt
Noordin untuk memberikan ucapan.

SM SAINS BANTING 2

Mesyuarat AgungPIBGKali ke-10 2021

2.0 Ucapan Yang Di Pertua PIBG 2019
-Mejar Ir. Hj Abdul Kadir bin Mohd Nor

2.1 Mejar Ir. Hj Abdul Kadir bin Mohd Nor mengucapkan jutaan terima
kasih kepada Pengetua, barisan pengurusan dan pentadbiran, barisan
ahli jawatankuasa PIBG, guru-guru dan ibu bapa.

2.2 Yang Dipertua PIBG mengucapkan tahniah atas kehadiran ahli
mesyuarat ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-9 tahun 2020 SM Sains
Banting.

2.3 Mejar Ir. Hj Abdul Kadir bin Mohd Nor mengungkapkan kegembiraan
beliau dan mengucapkan tahniah kepada guru-guru dan ibu bapa atas
keputusan yang cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun
2019.

2.4 Mejar Ir. Hj Abdul Kadir bin Mohd Nor berharap agar keputusan Sijil
Peperiksaan Malaysia (SPM) tahun 2019 juga akan mencatatkan
pencapaian keputusan yang membanggakan.

2.5 Yang Dipertua PIBG menekankan bahawa jawatankuasa PIBG SM
Sains Banting adalah hanya bertujuan membantu pihak sekolah dalam
menjayakan aktiviti-aktiviti sekolah yang telah dirancang.

2.6 Mejar Ir. Hj Abdul Kadir bin Mohd Nor memaklumkan bahawa
sejumlah besar kutipan pembayaran ibu bapa pada tahun 2019 telah
BUKU digunakan terutama dalam program-program sekolah dari segi
akademik, kokurikulum dan penyelenggaraan sekolah.

2.7 Yang Dipertua PIBG juga memohon agar ibu bapa terus memberi
sokongan padu dalam apa jua program yang telah dirancang oleh pihak
sekolah untuk meningkatkan lagi prestasi akademik, kokurikulum dan
sahsiah pelajar SM Sains Banting.
Tindakan :
Makluman

3.0 Ucapan Puan Pengetua, SM Sains Banting
- Puan Norsham bt Noordin

3.1 Puan Norsham bt Noordin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

Pengerusi Majlis, Yang Dipertua PIBG, Timbalan Yang Dipertua

SM SAINS BANTING 3

Mesyuarat AgungPIBGKali ke-10 2021

PIBG, Ahli-ahli Jawatankuasa, barisan pentadbir, guru-guru dan ibu
bapa yang sudi hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-9 ini.

3.2 Pengetua merakamkan penghargaan atas kehadiran ahli mesyuarat ke
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-9 2020 SM Sains Banting.

3.3 Pengetua menarik perhatian ahli mesyuarat terhadap visi dan misi
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu bagi membangunkan potensi
murid yang mampu memimpin kemajuan negara ke peringkat
antarabangsa.

3.4 Enrolmen pelajar di SM Sains Banting adalah yang tertinggi
berbanding Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang lain iaitu seramai
818 orang pelajar yang merangkumi sebanyak 30 buah kelas.

ASPEK KURIKULUM

3.5 Pengetua turut memaklumkan bahawa Sekolah Berasrama Penuh
(SBP) bukan hanya berfokus kepada peperiksaan akhir tetapi juga turut
merangkumi peperiksaan pertengahan tahun.

3.6 SM Sains Banting berjaya mencapai sasaran Sekolah Berasrama Penuh
(SBP) secara keseluruhan bagi tahun 2019 dengan memperoleh
kesemua butang hijau bagi pencapaian setiap tingkatan.

3.7 SM Sains Banting telah menerima penarafan lima bintang pada tahun
2019 dan tersenarai pada kedudukan ke-9 daripada 19 buah sekolah
yang turut menerima penarafan yang sama.

3.8 Pengetua memaklumkan bahawa SM Sains Banting berada pada
kedudukan ke-23 daripada 2,436 buah sekolah di seluruh Malaysia
bagi pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2018 di
peringkat kebangsaan.

3.9 Pencapaian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada tahun 2019
merupakan antara yang terbaik berbanding tahun sebelumnya dengan
gred purata 1.29.

3.10 Pengetua menegaskan bahawa program akademik perlu dilaksanakan
bermula dari tingkatan satu bagi mengekalkan kecemerlangan murid
dan seterusnya meningkatkan pencapaian sekolah.

3.11 Pengetua mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa
pelajar Tingkatan 3 atas sarana dan sokongan ibu bapa serta guru-guru

SM SAINS BANTING 4

Mesyuarat AgungPIBGKali ke-10 2021

atas keputusan Pencapaian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2019 yang
cemerlang.

3.12 Sasaran Gred Purata Sekolah (GPS) pada Tahun 2020 adalah seperti
berikut:

Peperiksaan Peratus GPS
T1 100 2.54
T2 100 2.66
PT3 100 1.27
T4 100 3.58
SPM 100 1.72

3.13 Pengetua memaklumkan bahawa sasaran sekolah bagi tahun 2020
adalah meningkatkan pencapaian akademik bagi mendapatkan GPS
yang lebih rendah bagi tahun 2020.

3.14 Pengetua menyatakan bahawa pelbagai program akademik dengan
penyeliaan guru telah disediakan untuk tingkatan satu hingga lima
bermula dari bulan Januari tahun 2020.

3.15 Program pengantarabangsaan ke negara Jepun masih dalam
perancangan pihak sekolah dan dijangka akan dilaksanakan pada bulan
April atau November 2020.

3.16 Pengetua berharap agar ibu bapa menyokong segala usaha pihak
sekolah dalam program akademik bagi mencapai sasaran gred purata
yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

3.17 Antara program kecemerlangan akademik 2019 yang telah dijalankan

adalah seperti berikut:

3.17.1 Program Intervensi Prep Terancang bermula pada jam
3.17.2 3.00–4.30 bersama guru subjek.
Program Sahabat Mentor bermula jam 8.00–9.00 malam

diurus oleh guru muda dalam kalangan pelajar iaitu Head of

Department (HOD).

3.17.3 Program Perkasa Panitiaku pula pada setiap hari Sabtu
bermula jam 8.00–12.00 tengah hari.

3.17.4 Pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5 pulang lewat bercuti

berbanding pelajar tingkatan lain kerana terlibat dengan

Program Mukhayyam Ilmi.

3.17.5 Perjumpaan dengan Pengetua setiap kali selesai peperiksaan

dalam Dialog Prestasi bagi semua tingkatan.

SM SAINS BANTING 5

Mesyuarat AgungPIBGKali ke-10 2021

3.17.6 Kelas Fajar iaitu kelas pagi bermula seawall jam 6.50 pagi.
3.17.7 Program Pengulangan Peperiksaan dilakukan bagi setiap
pelajar yang gagal dalam mata pelajaran sehingga mereka
3.17.8 lulus.
Target Aku Janji ialah program ibu bapa pelajar Tingkatan
3.17.9 3 dan 5 berjumpa dengan guru-guru kelas dan pelajar
menandatangani sasaran yang akan dicapai dalam
3.17.10 peperiksaan SPM dan PT3.
3.17.11 Program ‘On-Call’ ialah program seminggu sebelum
peperiksaan, semua pelajar dikumpulkan di satu tempat dan
merujuk guru-guru subjek untuk bertanya sebarang soalan.
Program Seminar Tingkatan 3
Program Restu Ilmu

3.18 Pihak sekolah mengiktiraf pelajar yang cemerlang (HOD dan COD)
dengan mengadakan Majlis Penyampaian Sijil dan ‘Button Badge’ dan
Majlis Penyampaian Anugerah Pengetua yang menawarkan baucer
pulang bermalam untuk Anugerah Platinum selama 3 hari 2 malam
serta Anugerah Emas iaitu keluar bandar.

3.19 Pada 21 Februari 2020 akan diadakan Program Penetapan Target untuk
pelajar Tingkatan 3 dan 5.

3.20 Pada 17 Januari 2020 telah diadakan Program Pengantarabangsaan
Sumatera dengan SM Sains Banting.

ASPEK KOKURIKULUM

3.21 SM Sains Banting berjaya mengekalkan kejuaraan keseluruhan dalam
bidang kokurikulum daerah Kuala Langat bagi 3 tahun berturut-turut.

3.22 SM Sains Banting juga berjaya mengekalkan johan keseluruhan bagi
Merentas Desa peringkat daerah Kuala Langat untuk 3 tahun berturut-
turut.

SM SAINS BANTING 6

Mesyuarat AgungPIBGKali ke-10 2021

ASPEK HAL EHWAL MURID

3.23 Antara program Hal Ehwal Murid tahun 2019 yang telah dijalankan
seperti:
a) Perjumpaan Warden
b) Halaqah Pelajar
c) Program Hafazan
d) Kuliah Maghrib
e) Program Pembersihan Kad Outing
f) Halaqah Perdana Maal Hijrah

3.24 Pengetua memaklumkan bahawa sasaran Hal Ehwal Murid bagi tahun
2020 ialah membanteras salah laku pelajar terutama kesalahan berat
seperti mencuri dan membuli.

3.25 Pengetua mengingatkan ibu bapa untuk memaklumkan kepada pihak
sekolah sekiranya berlaku kes kecurian untuk tindakan selanjutnya.
Pelbagai program pencegahan telah dilaksanakan untuk membendung
salah laku murid sepanjang tahun 2019.

3.26 Pengetua turut memaklumkan bahawa tong sampah tidak disediakan di
dalam dan luar kelas bagi menerapkan aspek kebersihan di samping
menjadikan persekitaran yang bersih sebagai amalan kepada murid.
Usaha ini telah menunjukkan impak yang positif ke atas kebersihan
kelas.

3.27 Pengetua memohon kerjasama ibu bapa untuk membawa keluar
bungkusan sampah bersama jika melawat anak pada hujung minggu
bagi menjaga kebersihan sekolah.

3.28 Pengetua memaklumkan bahawa penyelenggaran sekolah telah
dilakukan sepanjang cuti persekolahan tahun 2019 terutama bagi
tandas-tandas yang tersumbat.

3.29 Pengetua memaklumkan bahawa pihak sekolah sentiasa melaksanakan
penambahbaikan agar murid dapat belajar dalam keadaan selesa dan
mengharapkan ibu bapa dapat memberi komitmen dalam
merealisasikan impian sekolah.

3.30 Program ‘Tandas Angkat’ telah diadakan bagi setiap rumah
membersihkan tandas mengikut aras. Insentif dan markah merit akan
diberikan kepada rumah jika mencapai tahap kebersihan.

SM SAINS BANTING 7

Mesyuarat AgungPIBGKali ke-10 2021

3.31 Kelas-kelas yang tidak mencapai tahap kebersihan akan didenda
mencuci tandas di blok akademik.

3.32 Lebih 60% pelajar lelaki terlibat dalam penyakit Influenza berikutan
tidak menjaga kebersihan.
Tindakan :Makluman

4.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG
Kali Ke-9 2019

4.1 Mejar. Ir. Yusmini bin Yunus mencadangkan agar minit mesyuarat
Agung Tahunan PIBG Kali Ke-9 Tahun 2019 disahkan tanpa sebarang
pindaan. Ini disokong sepenuhnya oleh En. Saiful Fauzi bin Yusan.

4.2 Jawapan usul telah disediakan oleh pihak sekolah untuk rujukan ibu
bapa bagi mengelakkan usul yang sama diutarakan pada mesyuarat kali
ini

5.0 Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan PIBG 2019

5.1 Pn. Noor Syida bt Md Hassan membentang penyata kewangan PIBG
SM Sains Banting bermula dari 1 Januari 2019 sehingga 31 Disember
2019. Penyata kewangan PIBG SM Sains Banting terbahagi kepada
dua bahagian iaitu Sumbangan PIBG dan Kecemerlangan Akademik.

5.2 Perincian penyata kewangan bagi sumbangan kecemerlangan
akademik bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2019 mengikut
tingkatan adalah seperti berikut:

Tingkatan Pendapatan Perbelanjaan Baki
(RM) (RM) (RM)
Satu 14,475.18
Dua 25,842.00 11,366.82 17,938.34
Tiga 30,882.88 12,944.54 1,359.35
Empat 34,604.05 33,244.70 7,320.61
Lima 51,185.89 43,865.28 5,547.99
66,374.75 60,826.76

5.3 Pn. Noor Syida bt Md Hassan membentang kutipan PIBG 2019

mengikut tingkatan seperti berikut:

SM SAINS BANTING 8

Mesyuarat AgungPIBGKali ke-10 2021

Tingkatan Kutipan
(RM)
Satu
Dua 31,400.00
Tiga 30,856.00
Empat 32,350.00
Lima 35,000.00
JUMLAH 30,600.00
160,206.00

5.4 Perincian penyata kewangan bagi lain-lain pendapatan adalah seperti
berikut:

Perkara Kutipan
(RM)
Hafazan
Bioclean 35,560.00
Gerai jualan PIBG sempena 9,173.20
Kejohanan Olahraga dan Padang
Sumbangan Kumbahan Ibu Bapa 600.00
Sumbangan Umum Ibu Bapa
Sumbangan Air Coway 4,295.00
Hibah Bank 6,162.01
635.00
JUMLAH 215.21
56,640.42

5.5 Ringkasan penyata kewangan bagi sumbangan kecemerlangan
akademik bagi tempoh 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2019
adalah seperti berikut:

Perkara Jumlah (RM)

Baki pada 1 Januari 2019 41,605.57
Kutipan 2019 167,284.00

Jumlah kutipan 2019 208,889.57

(Jumlah Perbelanjaan 2019) 162,248.10
Baki bawa ke hadapan 46,641.47
pada 31 Disember 2019
(CIMB Bank)

5.6 Ringkasan penyata kewangan bagi sumbangan umum PIBG bagi
tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2019 adalah seperti berikut:

SM SAINS BANTING 9

Mesyuarat AgungPIBGKali ke-10 2021

Perkara Jumlah (RM)
41,419.80
Baki pada 1 Januari 2019 222,055.75
Kutipan 2019 263,475.55
256,240.39
Jumlah kutipan 2019 7,235.16

(Jumlah Perbelanjaan 2019)
Baki bawa ke hadapan
pada 31 Disember 2019
(CIMB Bank)

5.7 Jumlah baki keseluruhan di CIMB Bank berakhir 31 Disember 2019
adalah sebanyak RM 53,876.63.

Tindakan : Makluman

5.8 Mesyuarat mengambil maklum bahawa kesemua baki daripada CIMB
bank telah dipindahkan ke Bank Rakyat dan semua sumbangan PIBG
boleh dibuat secara atas talian melalui jomPAY. Resit sumbangan
hendaklah dikemukakan kepada guru kelas bagi tujuan perekodan.

Tindakan : Ibu Bapa

5.9 Mesyuarat turut mengambil maklum bahawa bayaran duit makan
masih lagi perlu dibuat secara tunai kerana menggunakan akaun
sekolah.

Tindakan : Ibu Bapa

5.10 Yang Dipertua menjelaskan bahawa agihan peruntukan bagi aktiviti
kokurikulum telah ditetapkan secara sama rata. Walau bagaimanapun,
sekiranya terdapat keperluan tambahan bagi mana-mana aktiviti
kokurikulum, peruntukan akan diambil daripada lebihan peruntukan
oleh aktiviti kokurikulum yang kurang aktif.

5.11 Laporan Penyata Kewangan PIBG Tahun 2019 dicadang untuk
disahkan tanpa sebarang pindaan oleh En. Tarmiti bin Kasiron dan
disokong sepenuhnya oleh En. Mohd Helmi bin Mahat.

Tindakan : Makluman

SM SAINS BANTING 10

Mesyuarat AgungPIBGKali ke-10 2021

6.0 PEMBAHASAN USUL

6.1 Mesyuarat mengambil maklum akan usul akademik yang
dikemukakan oleh wakil ibu bapa untuk penyediaan lebih banyak buku
di pusat sumber sekolah. Walau bagaimanapun, buku-buku cerita dan
novel pelbagai genre telah disediakan di pusat sumber sekolah untuk
rujukan.

6.2 Mesyuarat mengambil maklum akan usul hal ehwal murid oleh wakil
ibu bapa dan maklum balas oleh pihak sekolah yang telah disediakan
seperti berikut:

i. Usul: Penyediaan tabung kecemasan bantuan dan kewujudan
akaun/ tabung infaq kepada murid.

Maklum balas: Tabung kebajikan telah disediakan di surau bagi
tujuan kebajikan dan tabung kecemasan telah diwujudkan bagi
tujuan derma kilat (kematian, sakit kronik dan sebagainya).

ii. Usul: Penyediaan peti cadangan di dewan makan bagi tujuan
penambahbaikan perkhidmatan dewan makan.

Maklum balas: Peti cadangan sekolah telah disediakan di kaunter
pejabat sekolah bagi sebarang aduan, pandangan serta idea untuk
penambahbaikan infrastruktur sekolah.

iii. Usul: Pelaksanaan spring cleaning setiap 2 minggu sekali bagi
membasmi penyakit ‘scabies’.

Maklum balas: Murid menjalani rutin ‘General Inspection’ setiap
hujung minggu di asrama.

iv. Usul: Memberi kebenaran membawa telefon bimbit ke asrama.

Maklum balas: Murid tidak dibenarkan untuk membawa telefon
bimbit ke sekolah selaras dengan surat Pekeliling Ikhtisas Bil
2/2009 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

v. Usul: Memberi kebenaran membawa alat elektronik Media Player
(MP3) ke asrama.

Maklum balas: Murid tidak dibenarkan untuk membawa alat
elektronik MP3 ke sekolah kerana akan mengganggu konsentrasi

SM SAINS BANTING 11

Mesyuarat AgungPIBGKali ke-10 2021

murid dan menyebabkan murid cenderung untuk tidak mematuhi
peraturan sekolah.

vi. Usul: Meningkatkan kebersihan tandas.

Maklum balas: Program ’Tandas Angkat’ telah diwujudkan di
mana murid mempunyai rutin membersihkan tandas mengikut
sistem giliran rumah setiap aras.

vii. Usul: Permohonan maklumat berkaitan kerosakan bangunan
sekolah, status tanah sawit di sebelah sekolah dan maklumat
berkaitan program sekolah.

Maklum balas: Penyelenggaraan bangunan sekolah memerlukan
peruntukan hampir RM 300,000. Pihak sekolah telah
mengemukakan permohonan penyewaan tanah sawit, walau
bagaimanapun permohonan tersebut tidak dapat dipertimbangkan.
Maklumat berkaitan program sekolah sentiasa dibuat hebahan
melalui kumpulan ’whatsApp’ sarana ibu bapa dan laman
’Facebook’ sekolah.

6.3 Mesyuarat mengambil maklum akan usul kokurikulum oleh wakil ibu
bapa dan maklum balas oleh pihak sekolah yang telah disediakan
seperti berikut:

i. Usul: Penambahbaikan padang ragbi sekolah.

Maklum balas: Pihak sekolah memerlukan peruntukan yang
tinggi daripada pihak KPM dan SBP untuk tujuan
penambahbaikan padang ragbi sekolah.

ii. Usul: Penganjuran lebih banyak aktiviti sukan untuk pelajar.

Maklum balas: Program sukan telah ditakwimkan mengikut
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah peringkat daerah, SBP, negeri
dan sepanjang tahun (pertandingan terbuka).

Tindakan : Makluman

6.4 Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan YDP berhubung
pengekalan sumbangan umum PIBG sebanyak RM 200 bagi setiap ibu
bapa / penjaga.

Tindakan : Bendahari

SM SAINS BANTING 12

Mesyuarat AgungPIBGKali ke-10 2021

6.5 Mesyuarat juga sebulat suara bersetuju dengan cadangan YDP
berkenaan penyediaan wang runcit ‘petty cash’ sebanyak RM 3,000
sebulan bagi menampung keperluan segera aktiviti.

Tindakan : Bendahari

7.0 HAL-HAL LAIN

7.1 Susulan pertanyaan Puan Shahida bt Yahya berkenaan tindakan pihak
sekolah berkenaan keputusan ujian psikometrik pelajar, Penolong
Kanan Pentadbiran memaklumkan bahawa maklumat tersebut
membantu guru mengesan kecenderungan dan minat murid dalam
melaksanakan penambahbaikan dan penyesuaian PdPc.

Tindakan : Makluman

7.2 En. Mohammad Fa’id bin Bohari memaklumkan bahawa terdapat
keperluan kawalan aliran trafik lalu-lintas semasa pulang bermalam
atau aktiviti melibatkan ibu bapa dilaksanakan. Sehubungan dengan
itu, Yang Dipertua PIBG menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya
mematuhi peraturan parkir yang telah ditetapkan dengan meletak
kenderaan di bahu kenderaan pada satu sisi sahaja, tidak meletak
kenderaan pada kawasan bucu jalan dan kawasan bertanda kuning.

Tindakan : Ibu Bapa

7.3 Berikut merupakan maklum balas susulan pertanyaan En. Saravanan:

i. Pihak sekolah menghubungi kontraktor yang terlibat dengan
kerja-kerja kimpalan bagi penyediaan penghadang katil untuk
keselamatan murid di katil tingkat atas kerana syarikat yang
membekalkan katil tidak membekalkan alat ganti penghadang.

ii. Pada masa yang sama pembekalan katil baharu akan menelan
belanja yang besar dan pihak sekolah mempunyai ruang yang
terhad bagi tujuan penyimpanan katil tersebut.

iii. Pekerja kebersihan hanya bekerja sehingga tengah hari pada
hari sabtu pada setiap minggu. Sehubungan dengan itu, pihak
sekolah akan membentuk jawatankuasa dalam kalangan murid
bagi pengurusan sampah di kawasan asrama pada hujung
minggu dan ibu bapa turut disarankan untuk membuang
sampah yang ada pada hujung minggu di luar kawasan sekolah.
Tindakan : Ibu bapa dan Pihak Pengurusan Sekolah

7.4 Jadual keluar bermalam dan ’outing’ telah disusun mengikut
kesesuaian program di sekolah dan cuti tahunan Malaysia. Murid tidak

SM SAINS BANTING 13

Mesyuarat AgungPIBGKali ke-10 2021

dibenarkan untuk keluar pada setiap minggu atas kekangan
melaksanakan program sekolah.

Tindakan : Makluman

8.0 PEMILIHAN AJK PIBG BAGI SESI 2020/2022

8.1 Peletakan jawatan secara rasmi oleh Yang Dipertua PIBG dan AJK
PIBG sesi 2018/2019.

8.2 Mantan Yang Dipertua PIBG dilantik sebagai pengerusi sementara
bagi melancarkan proses pemilihan AJK PIBG yang baharu.

8.3 Peletakan jawatan dan keputusan pemilihan AJK PIBG baharu bagi
sesi 2020/2022 adalah seperti berikut:

JAWATAN PELETAKAN JAWATAN PELANTIKAN BAHARU

YDP Mejar Ir. Haji Abdul Kadir Dato’ Muzamir bin Mustaffa
NYDP bin Mohd Nor Puan Noridham bt Mohamad
Puan Norizan bt Mustapha
S/U Puan Daniah Sellamah
bt Jamaludin

Cik Norfarizan bt Mohamad

Penolong Nurul Ashikin bt Abd Rahim Nurul Ashikin bt Abd Rahim
S/U
Puan Noor Syida bt Md Puan Siti Zaharah bt Che
Bendahari Hassan Nan

Penolong Cik Siti Alia bt Ismail Cik Siti Alia bt Ismail
Bendahari
Dato’ Muzamir bin Mustaffa En. Wan Zamzuri bin Wan
AJK T1 Zaini

AJK T2 Puan Hajah Siti Zaiton bt
Koan
Puan Mornizawati bt
Abdullah En Tarmiti bin Kasiron

AJK T3 Puan Noridham bt Mohamad Puan Mornizawati bt
Abdullah

AJK T4 En. Muntazar bin Hj Mohd Puan Khairuziana bt Mohd

Yusoff Mahmud

AJK T5 En. Ahmad Shahzi bin Datin Juvita bt Ahmad
Ahmad

JURUAUDIT Lt. Kol. Heikal bin En Badrul Hisham bin Abu
Mohamad Hairi Hassan
SM SAINS BANTING
14

Mesyuarat AgungPIBGKali ke-10 2021

9.0 UCAPAN PENANGGUHAN

9.1 Dato’ Muzamir bin Mustafa merakamkan ucapan terima kasih kepada
ahli mesyuarat atas kepercayaan dan pelantikan terhadap beliau selaku
Yang Dipertua PIBG baharu. Beliau berharap agar semua ahli
jawatankuasa baharu PIBG dapat bersama-sama bekerjasama dengan
pihak sekolah dalam melancarkan dan menjayakan setiap program
sekolah yang telah dirancang. Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam
1.00 tengah hari.

Disediakan oleh: Disediakan oleh:

……………………………………………………………….. (NOR SAPURA BINTI AHMAD)
…………………………………………………………. Pencatat minit 2,
(NURUL ASHIKIN BINTI ABD RAHIM) Mesyuarat Agung PIBG Ke-9
Pencatat minit 1,
Mesyuarat Agung PIBG Ke-9.

Dipersetujui oleh:

...............................................................
(DATO’ MUZAMIR BIN MUSTAFFA)

Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,

SM Sains Banting.

Diperakui oleh:

…………………………………………… 15
(NORSHAM BINTI NOORDIN AAP)
Pengetua,
SM Sains Banting.

SM SAINS BANTING


Click to View FlipBook Version