The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Minggu 15 - ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 988-16-mohamad, 2022-05-15 23:06:47

Minggu 15 - ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI

Minggu 15 - ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI

LITERASI MEMBACA
● AKTIVITI PRABACAAN
● AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN
● AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN
● AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN MATA

Aktiviti Prabacaan

● Aktiviti prabacaan merujuk kepada aktiviti yang dijalankan
untuk tujuan memberikan asas kepada murid-murid sebelum
mereka boleh membaca. Walaupun kemahiran-kemahiran
prabacaan dapat dipelajari secara semulajadi di rumah atau di
prasekolah, kemahiran ini adalah penting dalam
perkembangan kemahiran membaca murid-murid.

● Kemahiran ini melibatkan pengamatan penglihatan,
pendengaran dan pergerakan mata serta tangan.

2

❖ Kemahiran pengamatan penglihatan.

❖ Kemahiran pengamatan penglihatan dapat dipupuk dalam pelbagai jenis aktiviti
seperti aktiviti memadan dan juga arah.

❖ Aktiviti memadan adalah sebahagian daripada membaca kerana semasa
murid-murid membaca, sebenarnya mereka sedang memadankan huruf atau
perkataan dengan bunyi yang sesuai.

❖ Pada peringkat permulaan murid-murid boleh diperkenalkan dengan memadan
bentuk, diikuti corak, huruf dan akhirnya perkataan. Aplikasi permainan seperti
permainan "jigsaw puzzle" boleh digunakan.

❖ Manakala aktiviti arah ini lebih merujuk kepada menyesuaikan murid-murid dengan
membaca arah ayat dimulakan daripada kiri ke kanan untuk tulisan rumi.

❖ Dalam situasi sebenar murid-murid tidak tahu arah ayat dimulakan. Oleh itu, semasa
guru hendaklah mengajar atau membacakan ayat-ayat tersebut, mereka juga harus
tunjuk pada huruf yang dibaca.

CONTOH
AKTIVITI :

Contoh : Aktiviti menggunakan buku gambar

● Beli salinan buku kegemaran kanak-kanak yang murah dan memisahkan
halaman dari pengikatnya.

● Teks dipotong daripada ilustrasi.
● Letakkan gambar dan teks secara bercampur.
● Kemudian kanak-kanak tersebut di minta untuk mencantumkan gambar

dan teks seterusnya dapat mencipta cerita dari ingatannya.
● Mungkin kanak-kanak itu tidak dapat membacanya, tetapi jika anda telah

membaca buku bersama-sama dengan cukup masa, dia pasti mengenali
tampilan kata-kata untuk setiap halaman.

AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN

AKTIVITI 1
✘ Mengelaskan gambar yang sama jenis, benda dan saiz
✘ Bahan yang digunakan :

Pelbagai gambar kereta, buku, baju dan sebagainya
✘ Aktiviti murid :

-Murid mengelaskan gambar yang telah
dicampuradukkan oleh guru
-aktiviti ini boleh dijalankan secara individu atau
kumpulan

6

AKTIVITI 2

✘ Menampal berbagai-bagai gambar mengikut jenis di papan putih
✘ Bahan yang digunakan:

Gambar benda hidup, gambar bukan benda hidup, benda yang boleh
dimakan, benda yang tidak boleh dimakan, dan alat tulis yang sesuai
✘ Aktiviti Guru/Murid

-Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda
bukan hidup.
-Murid menyebut “benda hidup” atau “benda bukan hidup” sebagai
respons terhadap kad benda yang diimbaskan oleh guru.
-Guru memberi murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu di
papan kenyataan mengikut tajuknya seperti benda hidup, pakaian,
alat tulis-menulis dan lain-lain

7

Aktiviti Pengamatan Pendengaran

1. Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan membantu mengecam
bunyi.

Bahan
❖ Meja
❖ Tin
❖ Paku
❖ Tempurung
❖ Batu
Aktiviti Guru dengan Murid
❖ Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi seperti tin, meja, tempurung

dan paku
❖ Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid mendengarnya
❖ Guru mengetuk dua benda berlainan. Contohnya, meja dengan batu, meja dengan tin dan

sebagainya. Murid menyatakan sama ada bunyi benda itu sama atau tidak
❖ Murid menyanyikan lagu “Mari Bergembira” dengan mengikut nyanyian guru.
❖ Murid menyanyi sambil menghentak kaki, menepuk tangan dan sebagainya

8

Aktiviti Pengamatan Pendengaran

2. Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi-bunyi alam seperti bunyi air mengalir, air menitik,
angin kencang, petir, hujan lebat, ombak, bunyi haiwan dan sebagainya.
Bahan
❖ Pita rakaman yang megandungi bunyi-bunyi tersebut.
❖ Beberapa gambar carta yang dapat disesuaikan dengan bunyi-bunyi yang diperdengarkan.
Aktiviti Guru dengan Murid
❖ Guru memperdengarkan bunyi-bunyi daripada pita rakaman. Pada mulanya, guru

menyatakan bunyi-bunyi tersebut
❖ Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan sekali lagi dan murid menyatakan jenis bunyi itu.
❖ Kemudian murid memilih gambar yang sesuai dengan bunyi yang diperdengarkan

9

AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN
MATA

✘ Kemahiran ini dapat dipupuk melalui aktiviti motor tangan seperti mewarna.

Perkembangan motor tangan adalah amat penting kerana pada peringkat awal, motor
halus kanak-kanak belum matang lagi.

✘ Guru harus mengalakkan kanak-kanak untuk menggunakan kreativiti untuk melukis dan

mewarna mengunakan peralatan yang berbeza. Ini bertujuan untuk melatih kanak-kanak
memegang pensel atau objek yang seumpama seperti crayon atau pensel warna dengan
cara yang betul dan pada masa yang sama melatih motor halus.

✘ Selain itu guru juga boleh memberi permainan yang menggunakan objek kecil seperti set

bongkah yang dapat membantu dalam perkembangan motor. Kalau tidak terdapat set
bongkah, guru juga dapat melakukan aktiviti seperti menggunting tetapi harus diingatkan
untuk berhati-hati semasa menggunakannya.

10

AKTIVITI PERGERAKAN MATA DAN TANGAN

CONTOH AKTIVITI : MELAKUKAN ORIGAMI
● Antara bahan yang boleh digunakan dalam

aktiviti ini adalah kertas warna
● Cara aktiviti ini dilaksanakan : Murid

dikehendaki membuat origami bersama guru.
Guru perlu menunjukkan satu persatu langkah
bagi membuat origami dan murid perlu
mengikutinya
● Bentuk origami tersebut haruslah bentuk yang
mudah agar ia tidak menyukarkan murid
dalam proses membuat origami tersebut
● Contoh origami yang sesuai adalah model
kepala arnab

11

CONTOH AKTIVITI : LACING CARDS
● ‘Lacing cards’ tidak semestinya dibuat menggunakan

kertas, tetapi ia juga boleh diubahsuai dengan
menggunakan fabrik seperti kain felt. Sediakan
pelbagai bentuk ‘lacing cards’ mengikut kreativiti guru
dan minat anak. Kemudian, tebuk lubang di sekeliling
bentuk tersebut. Potong tali atau benang mengikut
panjang yang bersesuaian untuk dimasukkan ke
dalam lubang yang telah ditebuk tadi.

● Ajar murid untuk melakukan aktiviti ala-ala menjahit

ini dengan memasukkan serta mengeluarkan tali atau
benang melalui lubang-lubang di sepanjang bahagian
tepi bentuk tersebut.

Contoh aktiviti tangan:
Murid dikehendaki:

● Menggenggam dan membuka tangan. Hendaklah dilakukan beberapa kali
● Menggenggam dan menghancurkan atau meronyokkan sehelai daun atau kertas.
● Melukis bentuk-bentuk di dalam bekas yang mengandungi pasir atau tanah.
● Memasang butang baju, menanggalkan dan memasang semula.
● Membuka tali kasut dan mengikat semula.
Contoh aktiviti mata:
Murid dikehendaki:
● Menutup kedua-dua mata dengan tangan, membuka mata,melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau

dipegang oleh guru
● Menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. lakukan latihan

yang sama pada mata yang sebelah lagi
● Menyebutkan nama benda-benda kecil yang dipegang oleh guru seperti getah pemadam, pengasah pensel,

mancis, dan seterusnya benda-benda sederhana besar dan benda-benda yang besar.
● Menyebutkan warna benda atau alat yang ditunjukkan oleh guru.
● Menyebut bentuk blok-blok geometri yang diperbuat daripada kad bod atau plastik sama ada segi empat, segi

tiga, bulat, separuh bulat,bu"ur dan sebagainya.

13

SEKIAN,
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version