INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
Semester 1 Tahun 1 (2021)
EDUP 3033
MURID DAN PEMBELAJARAN
PENULISAN AKADEMIK
NAMA
LIM JUN YAO
ANGKA GILIRAN
2021232340034
NO. KAD PENGENALAN
021030-03-0095
KUMPULAN/ UNIT
BAHASA MELAYU (SJK C)
Pengakuan Pelajar :
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan : Tarikh : 23_._0_3_.2_0_2_2________
Nama Pensyarah PN. NOR HAIZAN BINTI ABDUL HAMID
Tarikh Serahan
23.03.2022 Tarikh Terima
(Diisi oleh Pensyarah)
Pengesahan Pelajar :
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.
Tandatangan :______________ ____________ Tarikh : __________________
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS
PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS
Nama : LIM JUN YAO Angka Giliran : 2021232340034
Kod : EDUP 3052 Nama Kursus : MURID DAN PEMBELAJARAN
Pensyarah : PN NOR HAIZAN BINTI ABDUL HAMID
Tarikh Hantar : 23.03.2022 Tarikh Terima :
Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tanda tangan Pelajar : Tarikh : 23.03.2022
Perincian Maklum Balas Kerja Kursus Aspek yang boleh diperbaiki :
Pemeriksa
Kekuatan :
Moderator (jika berkaitan) Aspek yang boleh diperbaiki :
Kekuatan :
Tandatangan : Tarikh : Tandatangan : Tarikh :
Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.
Catatan
Tandatangan Pelajar : Tarikh :
i
SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT
i
BIL KANDUNGAN ii
Borang maklum balas kerja kursus iii
Senarai kandungan iv
Judul
Penghargaan 1
2-5
1.0 Pengenalan
2.0 Isi-isi penting 6
3.0 Penutup
Rujukan
Lampiran
i
JUDUL
Tugasan 2: Penulisan Akademik (25%)- Diintegrasikan dalam Big Idea KPPB.
Pengajaran dan pembelajaran yang baik lagi berkesan tidak akan berlaku tanpa
perancangan yang rapi. Perancangan yang rapi pula perlu berlandaskan sesuatu yang
kukuh dan wajar. Perancangan itu merupakan sesuatu yang terbukti boleh dan benar.
Sesuatu yang dimaksudkan itu dikenali sebagai teori. Oleh itu, kerja amali atau
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang baik serta wajar perlu berdasarkan teori
yang terbukti keupayaan dan kejayaannya.
Sumber: Murid dan Pembelajaran (Noriati, Boon dan Syarifah,2017)
Secara individu, pelajar perlu:
1. Menulis penulisan akademik yang menganalisis satu teori pembelajaran yang dapat
membantu guru menangani perbezaan individu dalam bilik darjah.
2. Beri contoh dan justifikasi bagaimana teori pembelajaran tersebut dapat
dilaksanakan di bilik darjah.
3. Hujah mesti disokong dengan sumber rujukan dan bukti.
4. Panjang penulisan akademik ialah 800 patah perkataan.
ii
PENGHARGAAN
Bersyukur kepada Tuhan kerana berkat Tuhan saya mampu menyempurnakan tugasan kerja
kursus yang diberi untuk kursus Murid dan Pembelajaran dengan baik serta menepati masa yang diberi.
Pelbagai ilmu-ilmu yang baru telah saya pelajari melalui proses menyempurnakan tugasan kerja kursus
ini.
Selain itu, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah subjek saya,
Puan Nor Haizan binti Abdul Hamid yang telah banyak memberi bimbingan serta tunjuk ajar kepada
saya sepanjang menjalankan tugasan ini. Penerangan yang diberikan oleh beliau tentang cara-cara untuk
memperkemaskan serta memperbaiki hasil kerja saya mengikut format terkini telah banyak membantu
saya bagi menghasilkan kerja kursus yang lebih tersusun dan sistematik.
Di samping itu, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan saya yang banyak
membantu serta memberikan sokongan yang padu kepada saya bagi menyelesaikan tugasan ini dengan
penuh jayanya. Saya mungkin akan menghadapi banyak cabaran dan kesukaran untuk menyelesaikan
tugasan ini tanpa sokongan mereka.
Saya berharap agar ilmu-ilmu yang telah saya pelajari melalui penghasilan kerja kursus ini
boleh saya pratikkan dalam kehidupan seharian saya serta menjadi panduan kepada saya sebagai
seorang bakal guru pada masa yang akan datang.
iii
1.0 Pengenalan
Menurut Khairul Yusri (2007), Perbezaan individu merujuk kepada ketidaksamaan
individu dari segi aspek perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan sosial dalam
kalangan manusia. Jika diperhatikan dalam alam persekolahan, setiap pelajar bukan
sahaja berbeza dari segi jantina, berat, bentuk, malah terdapat juga perbezaan dari
segi kemampuan dalam aktiviti fizikal atau akademik meskipun mereka berada dalam
kumpulan usia yang sama. (Anjali Raju, 2017) Dengan ini, amatlah penting bagi
seseorang guru untuk mengenal pasti perbezaan individu dalam kalangan pelajar
serta mengaplikasikan teori pembelajaran yang sesuai dalam sesi pdp untuk
mengatasi isu tersebut. Dalam penulisan ini, pengkaji telah memilih teori
konstruktivime sosial yang dipelopari oleh Lev Vygotky (1896 - 1934) sebagai teori
yang sesuai untuk diaplikasikan dalam sesi pdp.
1
2.0 Pengaplikasian Teori Konstruktivisme Sosial untuk membantu guru menangani
perbezaan individu dalam bilik darjah
2.1 Menggunakan perencah scaffolding untuk membantu pelajar yang mempunyai
tahap kecerdasan yang berbeza untuk menguasai kemahiran tersebut
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, setiap pelajar mempunyai
perbezaan dari segi akademik atau aktiviti fizikal meskipun mereka berada dalam
lingkungan usia yang sama. Teori konstruktivime sosial yang dipelopari oleh Vygotsky
sesuai untuk membantu guru menyelesaikan isu ini kerana pelajar diberi peluang
untuk menghayati pembelajaran ini sendiri dengan bimbingan guru (Mohd Fuad Sam
et. al, 2016). Amalan pembelajaran ini yang juga dikenali sebagai scaffolding dapat
membantu kesemua pelajar yang berbeza dari segi akademik untuk mengusai
kemahiran tersebut pada maa yang sama. Terdapat lima jenis perancah scaffolding
yang dipelopari oleh Vygotsky dan antaranya adalah perancah pemodelan.
Pengaplikasian perancah pemodelan dalam sesi pdp amatlah berkesan terutamanya
ketika mengajar pelajar mengenai cara pembunyian fonem bahasa Melayu. Hal ini
kerana pengaplikasian perancah pemodelan dalam pengajaran ini dapat membantu
pelajar untuk benar-benar faham terhadap apa yang hendak dipelajarinya. Penjelasan
secara lisan mengenai cara pembunyian fonem agak sukar untuk difahami oleh pelajar
terutamanya kepada pelajar yang masih belum didedahkan lagi dengan kosa kata
yang mendalam serta belum menguasai kemahiran mendengar dengan baik. Dengan
ini, pendemonstrasian oleh guru ini memainkan peranan yang penting agar pelajar
akan mendapat suatu gambaran yang jelas melalui pemerhatian terhadap pergerakan
yang ditunjukkan oleh guru meskipun penguasaan mereka terhadap kemahiran
mendengar dan penggolongan kata masih kurang memberangsangkan.
Menurut Lim Hui Woan & Lim Su Hui (2017), kebanyakan pelajar berbangsa
Cina tidak mampu untuk membunyikan konsonan /r/. Hal ini kerana bahasa Cina tidak
mengandungi konsonan /r/. Untuk membantu pelajar tahun 1 yang berumur 7 tahun
menguasai cara untuk membunyikan konsonan /r/ dengan cara yang betul, guru boleh
mendemostrasikan kepada mereka mengenai cara untuk memnbunyikan konsonan /r/
ini sebelum mengarahkan mereka untuk melafazkan bunyi konsonan /r/. Sebagai
contohnya, guru menunjukkan langkah membunyikan fonem konsonan /r/ iaitu
mengangkat hujung lidah ke arah gusi dan menaikkan lelangit lembut rapat ke
belakang rongka tekak, selepas itu melepaskan udara dari paru-paru untuk
2
menggetarkan hujung lidah dan pita suara. Kemudian, guru meminta pelajar untuk
membunyikan fonem konsonan /r/ ini mengikut langkah-langkah yang telah
ditunjukkan tadi.
2.2 Menyediakan pelbagai bahan sumber yang membolehkan pelajar yang
mempunyai kecerdasan yang berbeza menguasai kemahiran tersebut pada
masa yang sama
Teknik pengajaran yang bersesuaian dengan jenis kecerdasan pelajar ini mampu
membantu pelajar untuk mencapai pencapaian yang baik mengenai suatu kemahiran
tersebut. Oleh itu, guru bolehlah mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran untuk
membantu kesemua pelajar yang memiliki kecerdasan yang berbeza menguasai suatu
kemahiran pada masa yang sama. Kenyataan ini seiras dengan salah satu perinsip
dalam Teori Konstruktivisme iaitu, “menyediakan pelbagai bahan sumber yang
membolehkan pelajar yang mempunyai kecerdasan yang berbeza.” (Mohd Fuad Sam
et. al, 2016)
Antara contoh bahan sumber yang boleh digunakan adalah menyediakan
flahcard kepada pelajar, memberikan kad-kad yang mengandungi gambar berkaitan
dengan kemahiran yang hendak diajarkan serta menggunakan kemudahan TMK untuk
menarik minat pelajar dan sekaligus meningkatkan lagi tahap penguasaan pelajar.
Bahan-bahan yang disediakan ini boleh dijadikan sebagai bahan untuk melaksanakan
aktiviti-aktiviti kelas. Dengan adanya aktiviti ini, pelajar mendapat peluang menikmati
proses pembelajaran tersebut dan mereka juga akan dapat menyerlahkan lagi jenis
kecerdasan yang dimiliki oleh mereka. Oleh itu, mereka tidak akan merasakan diri
mereka tersisih dan dapat menghayati keseronokan dalam pembelajaran.
(Mohammad Haziq Irsyad, 2021) Ini sekaligus dapat menarik minat pelajar untuk
memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa kelas dijalankan.
Sebagai contohnya, guru hendak mengajar mengenai kata nama. Guru
bolehlah menyediakan bahan iaitu kad-kad bergambar berkaitan dengan kata nama
hidup. Kemudian guru melaksanakan aktiviti “saya, lakon, awak teka” setelah
membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan. Pelajar akan beratur menghadap
arah kanan dan hanya pelajar pertama akan diminta untuk menghadap guru yang
berada di kiri dan diberikan kad yang mengandungi gambar berkaitan dengan kata
nama hidup. Pelajar seterusnya diminta untuk melakonkan kata nama tersebut secara
bergilir dan kemudian pelajar yang berada di barisan terakhir akan meneka jawapan
3
kepada kata nama tersebut. Kad-kad yang mengandungi gambar manusia dan haiwan
yang mampu menarik minat perhatian bagi pelajar yang memiliki kecerdasan ruang-
visual manakala teknik perlakonan pula dapat meninggalkan ingatan yang mendalam
kepada pelajar yang memiliki kecerdasan kinestetik terhadap kata nama am yang
diajarkan. (Syazayasmini Ismail, 2010)
Gambar 1.0 menunjukkan contoh-contoh kad bergambar yang boleh digunakan
sebagai bahan
2.3 Memilih pelajar yang mempunyai kemahiran yang lebih tinggi untuk membantu
pelajar lain menguasai kemahiran tersebut
Di samping itu, teori konstruktivisme sosial juga menyatakan bahawa pelajar dapat
menguasai sesuatu kemahiran tersebut dengan bimbingan rakan-rakan yang lebih
berpengetahuan. Teknik ini dianggap sesuai untuk membantu pelajar yang kurang
berkemahiran kerana mereka lebih mengingati apa yang diujarkan oleh rakan-rakan
mereka di samping mendapat peluang untuk melibatkan diri dalam pembelajaran
tersebut. Selain daripada itu, pelajar juga akan berasa lebih seronok sekiranya mereka
diberi peluang untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran bersama rakan-rakan. (Siti
Khairun Nisa bt Zakaria et.al, 2020) Keseronokkan yang diperolehi ini juga akan
membangkitkan lagi minat mereka untuk mempelajari sesuatu kemahiran tersebut.
Menurut Abu Zahari (1987), minat seseorang pelajar adalah penting dalam
pembelajaran kerana minatlah yang akan dapat menentukan pencapaian seseorang
pelajar itu. Oleh itu, guru bolehlah mengamanahkan pelajar yang lebih berkemahiran
4
untuk membantu pelajar yang masih belum dapat menguasai kemahiran yang
diajarkan oleh guru dengan baik.
Sebagai contohnya, seorang guru bahasa Melayu yang hendak mengajar
pelajar mengenai cara untuk menulis karangan mengenai tajuk “Satu kemalangan
jalan raya yang pernah saya saksikan”, namun kelasnya mengandungi hanya
beberapa orang pelajar yang memiliki kecerdasan linguistik yang tinggi manakala
pelajar yang lain kurang menguasai kecerdasan tersebut. Dengan ini, guru bolehlah
membahagikan pelajar kepada beberapa buah kumpulan dan setiap kumpulan
tersebut akan mengandungi sekurang-kurangnya seorang pelajar yang mempunyai
kecerdasan linguistik yang tinggi. Setiap kumpulan tersebut akan diedarkan gambar
bersiri berkaitan dengan kemalangan jalan raya dan kemudian diberi masa selama
lima belas minit untuk berbincang mengenai idea mengenai gambar bersiri tersebut.
Selepas itu, setiap kumpulan akan diminta untuk mencatat idea-idea tersebut dalam
sekeping kertas mahjong. Pelajar akan membentangkan hasil karya mereka di
hadapan kelas manakala guru akan menambah baiki idea-idea pelajar tersebut
sekiranya adanya sebarang kekurangan.
Gambar 2.0 menunjukkan gambar bersiri mengenai kemalangan jalan raya
5
3.0 Penutup
Kesimpulannya, teori konstruktivisme sosial yang dipelopari oleh Vygotsky amatlah
sesuai untuk dijadikan sebagai panduan kepada guru-guru untuk merangka teknik
pengajaran yang bersesuaian bagi mengatasi isu perbezaan individu dalam bilik
darjah. Hal ini kerana teori ini menumpukan kepada pengajaran bertumpukan pelajar
dan guru sebagai pembimbing untuk membantu mereka menguasai kemahiran
tersebut. Dengan ini, pelajar diberi peluang untuk melibatkan diri dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di kelas. Keadaan ini membantu untuk membangkitkan
minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran tersebut. Penglibatan ini juga dapat
mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang menarik yang mampu
membenarkan pelajar untuk menghayati proses pembelajaran dengan seronok.
(937 patah perkataan)
6
RUJUKAN
Anjali Raju (Mac 28, 2017). Perbezaan Individu. Scribd.
https://www.scribd.com/document/343238017/Perbezaan-Individu
Abu Zahari Abu Bakar (1987). Memahami Psikologi Pembangunan Jasmani. Edisi Pertama.
Fajar Bakti
Lim Hui Woan, Lim Su Hui (Dis 2, 2017). SEBUTAN BAHASA MELAYU OLEH
PENUTUR CINA (CHINMALAY) BERDASARKAN LATAR BELAKANG
PERSEKOLAHAN. Jurnal Bahasa, 17(2), 334-358.
https://www.researchgate.net/publication/322263510_SEBUTAN_BAHASA_MELAY
U_OLEH_PENUTUR_CINA_CHINMALAY_BERDASARKAN_LATAR_BELAKANG_
PERSEKOLAHAN_Chinese_Speakers'_Pronunciation_of_Malay_ChinMalay_Based
_on_School_Background
Mohammad Haziq Irsyad bin Che Mohd Zahari (Aug 09, 2021). Kelebihan Teori Kecredasan
Pelbagai. Scribd
https://www.scribd.com/document/519455525/Kelebihan-teori-kecerdasan-pelbagai
Siti Khairun Nisa bt Zakaria, Nik Hasna bt Ahmad Fauzi & Siti Nabilah bt Mohamad (Dec 21,
2020). TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM PEMBELAJARAN DAN APLIKASI.
anyflip
https://anyflip.com/dbsus/qyhy/basic
Mohd Fuad Sam, Marina Hj. A. Malid, Hjh. Rosnah A. Razak & Nordin Mohd Yusof (2016),
Murid dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Sasbadi
Khairul Yusri. (2007). Pelan Induk Pendidikan (PIPP), Kementerian Pelajaran Malaysia,
Malaysia.
LAMPIRAN
Anjali Raju (Mac 28, 2017). Perbezaan Individu. Scribd.
https://www.scribd.com/document/343238017/Perbezaan-Individu
Lim Hui Woan, Lim Su Hui (2017, Disember 2). SEBUTAN BAHASA MELAYU OLEH
PENUTUR CINA (CHINMALAY) BERDASARKAN LATAR BELAKANG
PERSEKOLAHAN. Jurnal Bahasa, 17(2), 334-358.
https://www.researchgate.net/publication/322263510_SEBUTAN_BAHASA_M
ELAYU_OLEH_PENUTUR_CINA_CHINMALAY_BERDASARKAN_LATAR_B
ELAKANG_PERSEKOLAHAN_Chinese_Speakers'_Pronunciation_of_Malay_
ChinMalay_Based_on_School_Background
Syazayasmini Ismail (Mar 15, 2010). Teori Kecerdasan Pelbagai & Seni Dalam Pendidikan.
Scribd
https://www.scribd.com/doc/28374972/Teori-Kecerdasan-Pelbagai-Seni-dalam-
Pendidikan
Mohammad Haziq Irsyad bin Che Mohd Zahari (Aug 09, 2021). Kelebihan Teori Kecredasan
Pelbagai. Scribd
https://www.scribd.com/document/519455525/Kelebihan-teori-kecerdasan-pelbagai
Mohd Fuad Sam, Marina Hj. A. Malid, Hjh. Rosnah A. Razak & Nordin Mohd Yusof (2016),
Murid dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Sasbadi
Siti Khairun Nisa bt Zakaria, Nik Hasna bt Ahmad Fauzi & Siti Nabilah bt Mohamad (Dec 21,
2020). TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM PEMBELAJARAN DAN APLIKASI.
anyflip
https://anyflip.com/dbsus/qyhy/basic