Perkembangan Tulisan Jawi Disediakan oleh Muhammad Haiqal Firdaus bin Khairul Azmi
Isi Kandungan Pengenalan Tulisan Jawi Perkembangan Tulisan Jawi Perkembangan Tulisan Rumi Perbandingan Tulisan Jawi dan Tulisan Rumi Langkah memelihara tulisan Jawi
p e n g e n a l a n TULISAN Jawi mempunyai sejarah yang panjang di negara ini. Ia antara testimoni kedatangan Islam di alam Melayu dan menjadi nadi penting penyebaran ilmu di rantau ini. Jawi digunakan bukan sahaja sebagai medium berkongsi ilmu, terutama agama dan kesusasteraan, malah ia turut digunakan dalam urusan rasmi misalnya surat menyurat antara Sultan di alam Melayu dengan penguasa Eropah. Jawi adalah sistem tulisan kepada bahasa Melayu dan menjadi identiti, juga lambang jati diri serta warisan peradaban. Bagaimanapun kedudukan Jawi mula tergugat apabila sistem tulisan rumi diterima pakai dalam sistem pentadbiran dan pendidikan di Malaysia secara rasmi sekitar 1960-an. Tindakan itu meskipun tidak mematikan Jawi sepenuhnya, tetapi menyebabkan ia terpinggir secara perlahan-lahan.
Mempelajari tulisan Jawi sebenarnya dapat membantu umat Islam membaca al-Quran dengan lebih baik. Di samping itu, sekolah juga perlu mengadakan aktiviti pembacaan prosa atau puisi dalam tulisan Jawi sebagai bahan bacaan wajib dengan memperkenalkan penilaian peperiksaan. Melalui usaha ini, ia akan menjadikan orang awam, terutama masyarakat Melayu lebih cakna dan berusaha untuk mempelajari warisan ketamadunan silam. Secara tuntas, dalam usaha mengangkat memartabatkan tulisan Jawi yang semakin terpinggir bukan kerja mudah. Namun, ia juga seharusnya dianggap sebagai cabaran untuk diatasi bagi memastikan tulisan Jawi tidak pupus. Legasi tulisan Jawi perlu terus terpelihara dan kedudukannya juga perlu dipulihkan di negaranya sendiri.
Tulisan jawi mula berkembang di Tanah Melayu sejak kedatangan Islam pada abad 10 menerusi aktiviti perdagangan Arab yang datang berniaga di kepulauan Melayu. Perkembangan tulisan jawi di Nusantara adalah seiring dengan penyebaran agama Islam yang menjadi pegangan orang Melayu (Hashim Hj Musa, 1995). Selain menjalankan aktiviti perniagaan, peniaga Arab juga menyebarkan dakwah Islam. Antara kesan penyebaran dakwah Islamiah ialah penggunaan hurufhuruf Arab sebagai medium untuk berkomunikasi di Tanah Melayu (Hamdan Abd Rahman,1999). Tulisan yang diperkenalkan kepada penduduk Nusantara adalah huruf-huruf Arab atau sekarang ini dikenali dengan nama tulisan Jawi. Pada abad ke sebelas hingga ke empat belas, tulisan jawi digunakan dengan meluas di seluruh Tanah Melayu dan Nusantara (Mohd Alwee Yusoff, 2005). Orang Melayu yang celik huruf pada waktu itu merupakan golongan yang celik jawi. Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi
Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi berasal ) جاوي“ ) Berdasarkan sejarah Bahasa Melayu (Kang Yong Seock, 1990) perkataan “Jawi Kemudian, orang Melayu menyelaraskan perkataan- . جاوة“ ) ) daripada bahasa Arab “Jawah perkataan Arab tersebut agar sesuai digunakan dalam Bahasa Melayu. Berdasarkan catatan Sejarah Melayu (Hashim Hj Musa, 1999) perkataan Jawi adalah diadaptasikan oleh Bahasa Melayu daripada tulisan Arab. Kemudiannya dibuat beberapa penyelesaian dan tambahan agar kegunaan tulisan ini menjadi mantap sebagai medium asas komunikasi bertulis seperti yang kita fahami sekarang ini. Berdasarkan kata adjektif dalam Bahasa Arab, perkataan Jawah atau Jawi merujuk kepada semua bangsa dan kaum yang menjadi peribumi di Asia Tenggara malah merangkumi seluruh rumpun bangsa Melayu, Campa, Patani, Aceh, Jawa, Minangkabau, Mandailing, Sunda, Bugis, Banjar, Lombok, Filipina dan negeri-negeri lain (Mohd Alwee Yusoff, 2005)
Oleh sebab itulah, maka para ulama dari Asia Tenggara sering meletakkan nama al-Jawi sebagai gelaran, pada hujung nama mereka sekalipun mereka terdiri daripada suku bangsa berlainan seperti Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri al-Jawi, Syeikh Abdul Samad al-Falimbani al-Jawi, Syeikh Daud al-Fatani al-Jawi dan lain-lain (Ismail Hussein, 1981). Selain itu, kata Jawi digunakan juga untuk ungkapan-ungkapan seperti bahasa Jawi, masuk Jawi dan bangsa Jawi. Sampai kini orang-orang Vietnam menamakan orang di Kepulauan Nusantara sebagai orang Jawa (Amat Juhari Moain, 1996). Istilah “tulisan Jawi” hanya dikenali di Malaysia, Singapura, Thailand Selatan dan Brunei Darussalam dan Sri Lanka (bagi rumpun Melayu). Tulisan jawi di Indonesia terkenal dengan nama “tulisan Melayu Huruf Arab” atau “tulisan Melayu Arab”.
Penggunaan jawi (atau apa sahaja istilah yang semakna dengannya) digunakan di banyak tempat di Asia Tenggara. Tulisan Jawi bukan hanya digunakan oleh orang Melayu untuk bahasa Melayu tetapi juga oleh suku-suku bangsa Melayu yang lain. Antara suku bangsa Melayu yang menggunakannya ialah Campa di Indo-China, Patani di selatan Thailand, Jawa, Banjar, Bugis, Aceh, Minangkabau, Bengkulu dan juga lain-lain (Lutfi Abas et. al, 1979). Bagi tulisan Jawa yang menggunakan huruf Arab dikenal dengan nama atau tulisan Pegon, yang sekarang ini masih dipakai atau digunakan untuk menulis kitab-kitab terutama yang digunakan di pesantren-pesantren atau pondok-pondok pengajian agama di Jawa. Contohnya ialah kitab Tafsir al-Ibriz dan al-Munjiyat bahasa Jawa (Amat Juhari Moain 1996: 18).
Tulisan Jawi ialah tulisan Melayu huruf Arab. Tulisan Jawi ini asalnya daripada tulisan Arab yang dipinjam oleh orang Melayu . . Qieh sebab huruf-huruf Arab mempunyai kekurangan dari sudut lambang-lambang untuk fenom Melayu, maka orang-orang Melayu telah meminjam beberapa huruf Arab yang telah diParsikan. Dengan itu bertambahlahjumlah huruf Jawi. Dari batu-batu bersurat dan lain-lain tinggalan sejarah yang dijumpai di merata tempat dalam Gugusan Pulau-pulau Melayu (nama dahulu bagi Malaysia), dapat diketahui bahawa orang-orang Melayu telah mempunyai tulisan mereka sendiri sejak beribu-ribu tahun dahulu lagi. Dua jenis tulisan mereka yang terkenal ialah tulisan Rencong dan tulisan Kawi. Semua tulisan purba orang-orang Melayu ini mempunyai unsur-unsur Hindu. Kedatangan Islam membawa aJaran baru, agama baru, kehidupan baru dan kebudayaan baru kepada orang Melayu. Ajaran Islam menggantikan ajaran yang lama. Unsur-unsur Hindu-Buddha dan animisme terhakis sedikit demi sedikit, dan orang Melayu mula menampakkan jati dirinya sendiri. Antara unsur Islam yang masuk ke dalam kebudayaan Melayu ialah bahasa dan tulisannya. Dalam bahasa Melayu, terdapat banyak perkataan Arab setelah datang Islam, samada untuk Iaras agama, pemerintahan mahupun lain-lain.
Sejarah Perkembangan Tulisan Palava Penggunaan jawi (atau apa sahaja istilah yang semakna dengannya) digunakan di banyak tempat di Asia Tenggara. Tulisan Jawi bukan hanya digunakan oleh orang Melayu untuk bahasa Melayu tetapi juga oleh suku-suku bangsa Melayu yang lain. Antara suku bangsa Melayu yang menggunakannya ialah Campa di Indo-China, Patani di selatan Thailand, Jawa, Banjar, Bugis, Aceh, Minangkabau, Bengkulu dan juga lain-lain (Lutfi Abas et. al, 1979). Bagi tulisan Jawa yang menggunakan huruf Arab dikenal dengan nama atau tulisan Pegon, yang sekarang ini masih dipakai atau digunakan untuk menulis kitab-kitab terutama yang digunakan di pesantren-pesantren atau pondok-pondok pengajian agama di Jawa. Contohnya ialah kitab Tafsir al-Ibriz dan al-Munjiyat bahasa Jawa (Amat Juhari Moain 1996: 18).
Oleh sebab kewujudan huruf dan sistem tulisan bahasa Melayu pada zaman awal pertumbuhannya itu, sekadar anggapan ahli sejarah, dapat dirumuskan bahawa bahasa Melayu bukan bahasa yang penting tetapi “hanyalah merupakan satu daripada lebih kurang 200 bahasa dalam kepulauan Melayu sahaja”. Perkembangan bahasa Melayu kuno dapat dianggap bermula pada abad ketujuh Masehi (Hashim Hj Musa, 1997). Ada empat batu bersurat tinggalan abad ini. Batu bersurat yang pertama, dijumpai di Kedukan Bukit di kaki Bukit Siguntang, bertarikh 683 Masehi; batu bersurat yang kedua dijumpai di Talang Tuwo, Palembang, bertarikh 684 Masehi; batu bersurat yang ketiga dijumpai di Karang Brahi, Jambi, bertarikh 686 Masehi; dan batu bersurat yang keempat ditemukan di Kota Kapur, Bangka, bertarikh 686 Masehi juga. Kesemua batu bersurat itu tertulis dengan huruf Pali (Pallava) iaitu huruf orang Pallava di selatan India (Hashim Hj Musa, 1992,1992). Bahasa yang terdapat pada batu-batu bersurat itu terlalu jauh berbeza daripada bahasa Melayu kini. Para sarjana menganggapnya sebagai contoh bahasa Melayu kuno. Sebuah batu bersurat lagi dijumpai di Gandasuli, Jawa Tengah. Batu bersurat itu ditulis dengan huruf Nagiri. Huruf ini berasal dari utara India dan mempunyai hubungan rapat dengan agama Buddha. Batu bersurat itu dianggap sebagai penyata “betapa jauhnya pengaruh bahasa Melayu ketika itu, sehingga sudah sampai ke tengah-tengah Pulau Jawa, satu tempat yang bahasa daerahnya amat berlainan sama sekali”.
Batu Bersurat Kedukan Bukit Talang Tuwo Karang Brahi
Perbandingan Tulisan Jawi dan Rumi
Tulisan Jawi ialah sejenis sistem tulisan yang ditulis dari kanan ke kiri. Sistem tulisan ini tidak mempunyai huruf besar atau huruf kecil. Yang ada cuma perubahan bentuk kepada huruf-huruf apabila ditulis secara tunggal atau berangkai. [DBP] Menulis Jawi memang lebih cepat berbanding Rumi kerana bentuk hurufnya banyak serta pendek dan garis lurus saja, tidak bertakuk atau berkelok. Rupanya banyak yang serupa, sekadar dibezakan dengan titik sahaja. Orang dulu memang senang belajar dan mengingati huruf Jawi. Jika ditulis dengan tangan, huruf Jawi senang dikecilkan. Tetapi apabila dibawa kepada tulisan bercap atau bertaip, hurufvRumi dianggap lebih baik kerana hurufnya tidak banyak seperti Jawi.
Analisa Tulisan Jawi (mula) Bahasa Melayu (akhir) (akhir (بهاس ماليو (mula(( )mula )ماكن روتي)akhir) (mula) Makan Roti (akhir)
Mengapa Tulisan Rumi Lebih Maju daripada Jawi?
Keluarga Pertamanya, tulisan jawi tidak berkembang kerana kurangnya kesedaran dalam keluarga hari ini untuk mengajar atau mendidik anak-anak menggunakan tulisan jawi. Kesannya, anak-anak zaman ini semakin kurang mengenali tulisan jawi dan mungkin tulisan jawi ini akan pupus pada masa akan datang.
Persekitaran Selain daripada itu, faktor persekitaran juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan anak-anak zaman kini kurang minat terhadap tulisan jawi. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka lebih didedahkan kepada tulisan rumi. Kesannya mereka lebih sering menggunakan tulisan rumi setiap hari berbanding tulisan rumi.
Sistem Pendidikan Tambahan pula. sistem pendidikan pada zaman kini lebih menggunakan tulisan rumi berbanding tulisan jawi. Oleh kerana hal demikian, murid-murid akan menganggap tulisan jawi ini tidak penting kerana tidak akan digunakan semasa peperiksaan dan perkara ini akan menyebabkan tulisan jawi dilupakan.
Peredaran Zaman Akhir sekali, tulisan rumi pada hari ini berkembang pesat jika ingin dibandingkan dengan tulisan jawi kerana sesuai dengan peredaran zaman. Perkara ini dikatakan demikian bukan kerana ingin mengatakan bahawa tulisan jawi itu lapuk namun ini merupakan realiti sekarang bahawa ramai yang menganggap tulisan jawi ini ketinggalan zaman.
Langkah Pelihara Jawi Museum
Langkah memartabatkan semula tulisan jawi wajar dilaksanakan supaya seni warisan ini tidak hanyut ditelan & aman. Banyak pendapat mahupun cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh para sarjan atau orang perseorangan berkenaan langkah perlindungan tulisan Jawi.Antaranya ialah melalui sistem pendidikan negara. Melalui sistem pendidikan ini kemahiran menulis dan membaca tulisan jawi mestidijadikan teras dalam mata pelajaran pendidikan agama Islam di sekolah-sekolah seluruh negara. Pendidikan
Selain daripada itu, kedua ibu bapa di rumah hedaklah memainkan peranan dalam usaha memartabatkan tulisan jawi. Sebagai contohnya, ibu bapa bolehlah membeli buku-buku latihan jawi untuk memupuk minat anak-anak dalam menulis menggunakan tulisan jawi sejak di rumah lagi. Hal ini demikian kerana, melentur biarlah dari rebungnya. Peranan di Rumah
Contoh Buku Latihan Jawi Latihan Jawi Museum
Target Audience #1 Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Duis vulputate nulla at ante rhoncus, vel efficitur felis condimentum. Proin odio odio. Target Audience #2 Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Duis vulputate nulla at ante rhoncus, vel efficitur felis condimentum. Proin odio odio. Target Audience #3 Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Duis vulputate nulla at ante rhoncus, vel efficitur felis condimentum. Proin odio odio. Buku Latihan Menarik
Kerajaan Di samping itu, pihak kerajaan juga hendaklah memainkan peranan dalam membantu untuk memelihara tulisan jawi terus terpelihara di negara kita. Kerajaan hendaklah menjalankan kempen-kempen untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang penggunaan tulisan jawi. Hal ini pasti dapat memberikan kesan terhadap penggunaan tulisan jawi di dalam negara kita.
ekmudian, kawan-kawan juga dapat membantu dalam mengekalkan tulisan jawi dalam negara kita. Rakan-rakan yang mahir menulis dalam jawi bolehlah membantu kawan-kawan yang lemah dalam menggunakan tulisan jawi. Sekiranya perkara ini diaplikasikan, ia sudah tentu dapat membantu lebih ramai anak muda di negara kita menggunakan tulisan jawi. Rakan Sebaya
Tuntasnya, semua pihak hendkalh berganding bahu dalam mengekalkan tulisan jawi dalam negara kita. Hal ini demikian kerana tulisan jawi merupakan sebuah peninggalan yang berharta nenek moyang kita kepada kita. Saya berharap tulisan jawi ini akan terus kekal sehingga akhir zaman. Kesimpulan
70% Rujukan Rasyidah Ibrahim et. all. (2019). Pemerkasaan Jawi Dahulu dan Kini. Bitara.
Sekian Terima Kasih