The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by niksyakirin7, 2021-01-19 10:53:03

Makanan Tradisional

combinepdf

MAKANAN
TRADISIONAL

Malaysia sebuah negara yang terkenal dengan
masyarakat yang berbilang kaum. Setiap kaum
di Malaysia juga bebas mengamalkan budaya
masing – masing selagi ia tidak bertentangan
dengan undang – undang negara. Kaum
Melayu merupakan kaum majoriti di Malaysia.
Ia diikuti pula dengan kaum Cina, India serta
lain – lain kaum minoriti lain. Masyarakat
majmuk di Malaysia membuatkan ramai
pelancong dari luar selesa datang bercuti ke
negara kita. Oleh kerana Malaysia memiliki
rakyat yang berbilang kaum, maka tidak
hairanlah jika makanan orang Malaysia juga
terdiri dari pelbagai jenis makanan yang boleh
dinikmati bersama. Hidangan popular dan
digemari oleh rakyat Malaysia ini boleh
dipecahkan mengikut kaum.

MAKANAN TRADISI KAUM MELAYU

NASI LEMAK
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia
terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi
yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah
rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi
lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Kaum melayu makan
nasi lemak dengan telur kukus, timun, ikan bilis goreng dan sambal.
Tetapi kini, pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti
ayam, daging, sotong, udang, limpa dan hati lembu.

Lemang

Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai.
Lemang hanya terdapat ketika Hari Raya. Lemang telah direkodkan
sebagai hidangan istimewa sejak 1864. Makanan tradisional ini
dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat
daripada beras pulut dan santan. Nasi didalam buluh dibakar dengan
daun pisang. Kaedah memasak yang menggunakan buluh ialah cara
memasak kaum asli di Malaysia.

MAKANAN TRADISI KAUM CINA

Kuih Bulan
Kuih Bulan adalah sejenis kuih kaum Cina yang sering
dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh.
Menurut hikayat Cina, Kuih Bulan berdasarkan sebuah
kisah yang berlaku di Negara Cina semasa pemerintahan
puak Mongol ( Dinasti Yuan ) yang agak tegas dan kejam.
Undang- undang yang tidak munasabah dan pelik
dikenakan kepada rakyat cina supaya tiada satu pun yang
dapat menggugat kuasa mereka. Disebabkan itu, rakyat
cina dengan dorongan Puak Ming, bersepakat untuk
memberontak. Pada suatu malam, semasa bulan sedang
mengambang, mereka membuat kuih yang berbentuk
bulat. Di tengah- tengah kuih tersebut diletakkan
pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak.
Usaha ini berjaya dan kerajaan Mongol berjaya
digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini diraikan pada
setiap tahun oleh Masyarakat Cina dalam perayaan yang
dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.
Kuih Bulan dibuat daripada adunan yang manis dan
memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau
dengan kuning telur masin di tengahanya. Terdapat juga
tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai
persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang
makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan laporan
buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya
terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.

Zong zi

Zongzi atau biasa disebut Ba Tzang adalah makanan

tradisional Tiongkok yang dibuat dari pulut dan

dibungkus dengan daun buluh. Zongzi biasa disajikan

pada tradisi perayaan Duanwu atau Festival Perahu

Naga yang jatuh pada bulan ke lima untuk

memperingati kematian Qu Yuan, seorang penyair dari

zaman kerajaan Chu. Menurut legenda, Qu Yuan gagal

memberi amaran kepada istana untuk menghentikan

perang saudara yang sedang terjadi ketika itu. Qu

Yuan lalu membuat puisi yang berisikan kesedihan

dan kebimbangannya terhadap peperangan di tanah

air mereka. Setelah puisi itu selesai, dia melompat ke

sungai Miluo. Orang-orang mencuba

menyelamatkannya dengan melempari bungkusan-

bungkusan nasi dengan maksud memberi makan para

ikan agar mereka tidak memakan mayat Qu Yuan.

Akhirnya, bungkusan-bungkusan nasi itulah yang

kemudian dikenal dengan nama Zongzi atau Ba Tzang.

MAKANAN TRADISI KAUM INDIA

Muruku
Muruku adalah makanan tradisional
kaum India Malaysia yang resepinya
berasal dari India Selatan terutamanya
dari Tamil Nadu. Muruku telah
mengambil tempat di hati semua
masyarakat berbilang bangsa di
negara ini. Murukku adalah makanan
ringan yang sedap, rangup dan senang
dibuat dan murah kosnya. Murukku
diperbuat dari Tepung Kacang
Tosai/Urad dhal dan Tepung beras dan
perasanya bergantung kepada
penggemar sama ada yang asli atau
pun yang pedas mengunakan serbuk
cili. Murukku biasanya berbentuk
bulatan ataupun halus. Murukku
dibuat menggunakan acuan khas
seperti cara menekan tepung yang
telah uli atau pun cara pemutaran.

Roti Canai
Roti canai atau paratha dan puri ini
pada asalnya ialah makanan
kegemaran kaum India. Pada masa
kini, roti canai berjaya meletakkan
tarafnya sama dengan nasi lemak
kerana diminati oleh sebilangan besar
rakyat Malaysia. Capati yang diolah
dari gandum tulen mempunyai banyak
khasiat dan makanan ini sesuai untuk
penyakit kencing manis dan darah
tinggi. Roti-roti ini sedap dimakan
bersama dal, kari dan sambal.







BUBBLE BEE
"DRIVE
THRU"

Bubble pandu lalu di Kuantan, Pahang

Shuib Bersama isterinya
Siti Sarah

Outlet Bubble Bee yang
dipercayai berada di Kuantan
menjadi yang pertama
mempunyai perkhidmatan drive
thru.

Sofea mula melukis semenjak
umur 4 tahun lagi.

Waktu itu, beliau anggap itu hanyalah
hobi anak perempuannya

sahaja sama seperti anak-anak kecil


Click to View FlipBook Version