PSV
2611/2
SEPT 2021
PEPERIKSAAN PENILAIAN ONLINE 2021
TINGKATAN 4
SMK ST MARK, 13000 BUTTERWORTH
PENDIDIKAN SENI VISUAL
KERTAS 2
(SENI HALUS)
Masa : 3 jam
1. Kertas soalan ini mengandungi 6 soalan
2. Jawab satu soalan sahaja
Arahan kepada calon.
(a) Kertas soalan ini akan diedarkan secara online selewat-lewatnya 5 hari sebelum
peperiksaan bermula.
(b) Calon perlu memastikan semua peralatan melukis dan mewarna termasuk kertas lukisan
saiz 27cm x 38cm disediakan sendiri sebelum peperiksaan bermula.
(c) Calon mestilah menyertai Google Meet melalui link yang akan diberikan 15 minit sebelum
peperiksaan bermula
(d) Bagi memastikan jawapan calon ada keesahan dan dilakukan sendiri oleh calon, kamera
webcam atau telefon mestilah terpasang dan akan dikawal selia oleh guru pengawas
peperiksaan online yang bertugas.
(e) Calon diperuntukkan masa untuk menjawab soalan selama 3 jam.
(f) Arahan cara penghantaran skrip jawapan akan diberitahu oleh guru mata pelajaran
semasa peperiksaan nanti.
(g) Pastikan anda mendengar taklimat peperiksaan dengan teliti.
1
2611/2 SULIT
Arahan kepada calon
(a) Kertas soalan ini hendaklah dibawa ke tempat peperiksaan pada hari yang
ditetapkan. Tuliskan dengan terang Nombor Kad Pengenalan, Tingkatan, Angka
Giliran, Kod Mata Pelajaran, Nombor Soalan dan Ruang Markah mengikut
susunan yang ditetapkan di sudut kanan sebelah atas muka belakang kertas
lukisan anda. (Lihat gambar rajah di bawah).
Sudut Kanan Sebelah Atas Muka Belakang Lukisan.
5 cm NO. KAD PENGENALAN: ……..
TINGKATAN: ……………………..
ANGKA GILIRAN: ……………...
KOD MATA PELAJARAN: …….
NO. SOALAN: …….……………..
MARKAH : ………..……………..
8 cm
(b) Hasil kerja anda hendaklah yang asli.
(c) Hasil kerja anda hendaklah memenuhi atau hampir memenuhi kertas lukisan .
(d) Anda tidak boleh menggunakan bahan pengilat atau syelek pada permukaan
hasil kerja yang sudah siap.
(e) Anda bebas menggunakan apa jua teknik kecuali teknik semburan dan asemblaj.
Jika teknik kolaj digunakan, anda hendaklah menggunakan kertas berwarna atau
bahan terbuang yang nipis seperti kulit majalah, perca kain dan lain-lain yang
dibawa sendiri.
(f) Hasil kerja anda hendaklah dalam bentuk 2D (Dua Dimensi) sahaja.
2611/2 SULIT
2
2611/2 SULIT
Seni Halus
Pilih satu soalan sahaja
1. Di satu sudut sebuah stor kayu, kelihatan satu bekas berisi dengan alatan tukang. Beberapa alat
tukang bertaburan di dalam bekas tersebut. Sebahagian lagi alatan tukang kelihatan pada lantai stor
berkenaan.
Gambarkan suasana tersebut dari jarak dekat.
2. Sedang anda mengembara di dalam sebuah hutan simpan. Tiba-tiba di hadapan anda kelihatan
satu pemandangan yang amat indah. Kelihatan sebuah pemandangan air terjun yang sangat tinggi
dan deras airnya sedang mengalir dari puncak yang curam. Di kiri kanan air terjun tersebut terdapat
batu-batu besar yang bertindan-tindan. Kawasan tersebut berlatarkan rimbunan pohon-pohon
menghijau.
Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk , jalinan dan ruang .
3. Satu kumpulan tentera sedang menjalankan operasi di dalam hutan tebal . Kelihatan mereka
sedang berjaga-jaga sambil menyandang senjata. Mereka juga sedang menggalas beg pada
bahagian belakang masing-masing.
Gambarkan suasana berikut dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan ruang.
4. Anda sedang berjalan di satu kawasan yang sunyi. Di hadapan anda kelihatan satu pemandangan
yang amat mengagumkan. Di hadapan anda terdapat sebuah bukit pada puncaknya kelihatan satu
istana lama yang terbiar. Bangunan istana itu sangat besar dengan struktur bumbung yang curam.
Gambarkan suasana tersebut dengan perspektif yang sesuai.
5. Kelihatan seorang pemuda sedang menjalankan aktiviti sukan memanjat bukit batu. Dalam
keadaan cemas kelihatan tangan pemuda tersebut sedang mencengkam pada batu bagi
mengelakkan dari terjatuh. Kelihatan juga beberapa peralatan mendaki terikat kemas pada badan
pemuda tersebut.
Gambarkan suasana yang cemas itu.
6. Pada waktu petang di sebuah dahan kayu kelihatan seekor ibu burung sedang menjaga sarangnya.
Sarang tersebut diperbuat dari lalang-lalang kering bercampur dengan beberapa ranting kayu.
Kelihatan juga beberapa biji telur di dalam sarang burung tersebut.
Gambarkan suasana tersebut dari jarak dekat.
2611/2 KERTAS SOALAN TAMAT SULIT
3