The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yusran.aziz, 2021-08-20 01:59:28

BUKU MESYUARAT MAT KOPERASI KE-17 2021

23 OGOS 2021

Kandungan

Bil Perkara Muka Surat

1. Atur Cara Majlis 3

2. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan 4

3. Maklumat Koperasi 5

4. Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-16 7

5. Laporan Tahunan Lembaga Pengarah 1 Januari hingga 31 Disember 2020 15

6. Lampiran 1 (Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2020) 22

7. Lampiran 2 (Anggaran Belanjawan Tahun akan datang) 27

2

ATUR CARA MAJLIS

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-17
KOPERASI MRSM KUALA KUBU BERHAD
TARIKH/HARI: 23 OGOS 2021 (ISNIN)

--------------------------------------------

3.00 ptg : Platform dibuka
3.15 ptg
3.30 ptg : Pendaftaran

: Majlis bermula

: Bacaan doa

: Ucapan Alu-aluan Penasihat Koperasi MRSMKKB Berhad
Puan Hazlina binti Jaafar
Pengetua
Maktab Rendah Sains MARA
Kuala Kubu Bharu

: Ucapan Perasmian oleh
Encik Aminuddin bin Yahya
Pengarah
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Cawangan Negeri Selangor

: Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-17

: Bersurai

3

AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-17
KOPERASI MAKTAB RENDAH SAINS MARA
KUALA KUBU BHARU BERHAD

1. Ucapan alu-aluan oleh Penasihat Koperasi MRSM Kuala Kubu Bharu Berhad.

2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-16.

3. Menimbang laporan Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman.

4. Menimbang dan meluluskan akaun teraudit koperasi termasuk pembahagian keuntungan
bersama dengan laporan juruaudit.

5. Menimbang dan meluluskan belanjawan tahunan bagi tahun kewangan akan datang.

6. Memilih Anggota Lembaga bagi sesi 2021/2022.

7. Membentang laporan berkenaan dengan penerimaan deposit dan pinjaman anggota dan
bukan anggota.

8. Meluluskan elaun kepada anggota lembaga.

9. Meluluskan pelantikan satu panel yang terdiri daripada 2 orang juruaudit yang diluluskan oleh
suruhanjaya dan seorang pegawai suruhanjaya untuk mengaudit koperasi.

10. Menimbang dan meluluskan ruang lingkup dan had pelaburan yang dibiayai oleh wang lebihan
koperasi.

11. Menimbang dan meluluskan surat cara deposit atau pinjaman.

12. Menentukan had maksimum keterhutangan.

13. Melantik Jawatankuasa yang terdiri daripada 6 orang anggota dan 4 orang anggota lembaga
untuk menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi.

14. Mengisytihar atau menerbitkan syer bonus, jika ada.

15. Mendengar, menimbang atau memutuskan apa-apa cadangan atau urusan perniagaan lain
koperasi yang baginya suatu notis kurang daripada 7 hari telah diberikan.

16. Menimbang dan meluluskan apa-apa cadangan pindaan kepada undang-undang kecil
koperasi.

17. Mendengar dan memutuskan apa-apa aduan yang baginya suatu notis yang tidak kurang
daripada 7 hari telah diberikan kepada koperasi ini yang dikemukakan oleh mana-mana
anggota yang terkilan dengan keputusan Lembaga.

18. Menimbang dan meluluskan apa-apa laporan yang dikehendaki supaya dikemukakan
mengikut peraturan, jika ada.

19. Penutup.

4

MAKLUMAT KOPERASI MAKTAB RENDAH SAINS MARA
KUALA KUBU BARU BERHAD

A. ANGGOTA LEMBAGA PENGARAH 2020/2021

Penasihat : Pn. Hazlina binti Jaafar

Pengerusi : En. Faizal bin Hamid

Naib Pengerusi : Pn. Azlinda binti Jahiman

Setiausaha : Pn. Suziyanti binti Adanan

Bendahari : Pn. Wan Zarina binti Wan Harun

Anggota Lembaga Ahli Lembaga Pengarah
1. Pn. Nurul Ain binti Sudin Ahli Lembaga Pengarah
2. CIk Azilah binti Othman Ahli Lembaga Pengarah
3. En. Yusran bin Abdul Aziz Ahli Lembaga Pengarah
4. Pn. Siti Rohaya binti Sahat Ahli Lembaga Koperasi
5. Nafisuddin bin Hishammudin Ahli Lembaga Koperasi
6. Noor Zaidahtul Aleeya binti Mohd Zaini Ahli Lembaga Koperasi
7. Fatin Nor Lisa binti Ashar Ahli Lembaga Koperasi
8. Nur Amira Farisha binti Zamil Ahli Lembaga Koperasi
9. Nurhadira Aliah binti Ahmad Azizan Ahli Lembaga Koperasi
10. Muhammad Haziq Hakimi bin Jamian Ahli Lembaga Koperasi
11. Nurin Najwa binti Bbadrul Qamar

Ahli Jawatankuasa Jawatan
Bil. Nama Presiden
1. Nafisuddin bin Hishammudin Naib Presiden
2. Noor Zaidahtul Aleeya binti Mohd Zaini Bendahari
3. Fatin Nor Lisa binti Ashar - bendahari Setiausaha
4. Nur Amira Farisha binti Zamil Naib Setiausaha
5. Nurhadira Aliah binti Ahmad Azizan AJK Jualan
6. Muhammad Haziq Hakimi bin Jamian AJK Jualan
7. Nurin Najwa binti Bbadrul Qamar AJK Pengurusan Rumah
Tamu
8. Putra Ameer Faisal bin Isam AJK Pengurusan Rumah
Tamu
9. Muhammad Amirul Aiman bin Muhammad AJK Stok dan Belian
AJK Stok dan Belian
10. Aleeya Batrisyah bin Mohammad Shah AJK Dobi dan kafeteria
11. Ajmal Ihssas bin Adnan AJK Dobi dan kafeteria
12. Aiman Arif bin Amirul Baharin AJK Komunikasi dan
13. Amirul Hilman bin Mohd Yazid Promosi
AJK Komunikasi dan
14. Muhammad Ayman Haziq bin Muhammad Hafizai Promosi

15. Nayli Naqiyah binti Rosli

5

B. JURUAUDIT DALAMAN Pn. Maizatul Akma binti Muhamed
Pn. Nurul Liyana binti Abdullah

C. JUMLAH AHLI AKHIR 737 orang
31 DISEMBER 2020

D. BANK-BANK UTAMA Maybank Cawangan Kuala Kubu Bharu

E. JURUAUDIT LUAR Mohamad Farid bin Abd Samad
(Farid Associates)

F. PEJABAT/ALAMAT BERDAFTAR Maktab Rendah Sains Mara

Kuala Kubu Bharu
KM 8, Jalan Ampang Pecah
44000 Kuala Kubu Bharu
Selangor Darul Ehsan.

6

MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-16
KOPERASI MAKTAB RENDAH SAINS MARA

KUALA KUBU BARU BERHAD

TARIKH : 18 SEPTEMBER 2020 (JUMAAT)
MASA : 3.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN BESAR AL-GHAZALI

MRSM KUALA KUBU BHARU

PERASMI : ENCIK HAFIEZ SYAFRAN BIN AHMAD SIDI
KEHADIRAN PENOLONG PENGARAH
SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKM)

: 636 ORANG

1. UCAPAN ALU-ALUAN OLEH TIMBALAN PENGETUA PEMBANGUNAN BAKAT MRSM
KUALA KUBU BHARU

Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat (TPPB) MRSM Kuala Kubu Bharu,
Encik Faizal bin Hamid mengucapkan terima kasih atas kesudian En. Hafiez sebagai
wakil dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk menghadirkan diri beliau bagi
merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi MRSM Kuala Kubu Bharu Berhad kali ke-16
dan beliau juga berharap bahawa mesyuarat ini akan berjalan dengan lancar.

Encik Faizal bin Hamid telah menggantikan Puan Khotrun Nada binti Ariffin
sebagai Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat MRSM Kuala Kubu Bharu yang
baharu. Oleh itu, beliau berharap agar komitmen yang jitu daripada para pelajar
MRSM Kuala Kubu Bharu dapat diberikan oleh mereka. Hal ini adalah kerana,
Koperasi MRSM Kuala Kubu Bharu berpotensi untuk meraih keuntungan pada tahun
2020 ini, tetapi perkara ini bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai. Untuk
mengatasi cabaran tersebut, para pelajar digalakkan untuk mengambil bahagian
dalam memajukan Koperasi MRSM Kuala Kuala Kubu Bharu. Beliau ada menyatakan
bahawa koperasi di maktab-maktab yang lain sudah meraih keuntungan melebihi
RM 1,000,000.00 manakala koperasi di MRSM Kuala Kubu Bharu hanya meraih
keuntungan tidak melebihi RM 500,000.00 pada tahun 2019. Oleh itu, para pelajar
dikehendaki untuk menjadikan koperasi MRSM Kuala Kubu Bharu sebagai pilihan
utama mereka.

Pengakhiran ucapan beliau, beliau meletakkan harapan yang tinggi kepada
para pelajar, AHli Lembaga Pengarah (ALP) dan Ahli Lembaga Koperasi (ALK) untuk
memajukan lagi Koperasi MRSM Kuala Kubu Bharu agar koperasi tersebut dapat
berkembang dan bersaing dengan jayanya.

2. UCAPAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG KOPERASI TAHUNAN KALI KE-16 MRSM
KUALA KUBU BHARU OLEH WAKIL SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Penolong Pengarah SKM Hulu Selangor mengucapkan terima kasih atas
kesudian untuk menjemput beliau sebagai perasmi Mesyuarat Agung Koperasi

7

MRSM Kuala Kubu Bharu kali ke-16. Beliau menerangkan tujuan koperasi sekolah
ditubuhkan bagi memenuhi keperluan pelajar. Selain itu, koperasi juga dapat
memberi dedahan dan pengalaman aktiviti koperasi dalam kalangan para pelajar.

Encik Hafiez mengingatkan agar ALP dan ALK sentiasa mengiklankan
perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi. Hal ini kerana didapati sewaan rumah
tamu kurang mendapat sambutan oleh pelawat. Selain itu, penglibatan dalam
koperasi merupakan satu platform untuk para pelajar berniaga, menjadi usahawan,
mentadbir dan mengurus koperasi serta mendapat kemahiran- kemahiran lain yang
tidak diajar di dalam kelas. Model kepimpinan yang diterapkan melalui koperasi
sekolah selari dengan salah satu anjakan yang dibentuk melalui Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2020 iaitu memastikan kepimpinan berprestasi tinggi
ditempatkan di setiap sekolah.

Beliau juga yakin bahawa Koperasi MRSM Kuala Kubu Bharu Berhad dapat
menunjukkan potensi yang cemerlang sehingga mendapat perolehan sebanyak
ratusan ribu dan jutaan ringgit. Perkara ini telah dicapai oleh beberapa buah MRSM.
Hal ini tidak mustahil untuk dikecapi kerana keuntungan yang diperoleh pada tahun
2019 amat tinggi.

Akhir kata beliau berharap agar semua pelajar dan guru-guru dapat
melibatkan diri dalam menjayakan aktiviti- aktiviti yang dijalankan oleh koperasi. Hal
ini demikian kerana, lebih banyak keuntungan yang diperolehi seterusnya dapat
diagihkan untuk kepentingan bersama.

3. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-16 TAHUN 2020
Puan Azlinda Binti Jahiman, Setiausaha Ali Lembaga Pengarah MRSM Kuala Kubu
Bharu Berhad sesi 2019/2020 membentangkan minit Mesyuarat Agung Koperasi
MRSM Kuala Kubu Bharu Berhad kali Ke-15 sebagaimana yang terdapat dalam buku
program.

Minit mesyuarat disahkan atas cadangan Muhd Hafiy bin Abdul Halim (BK160257)
dan disokong oleh Haziq Zikry (BK160276).

4. MENIMBANG LAPORAN LEMBAGA DAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN

i. Ketua Bahagian pengurusan kedai MRSM Kuala Kubu Bharu Berhad sesi
2019/2020, Cik Azilah binti Othman telah membentangkan laporan tahunan
bahagian kedai 2019. Laporan bahagian pengurusan kedai adalah
sebagaimana terdapat dalam buku program.

ii. Ketua bahagian pengurusan dobi MRSM Kuala Kubu Bharu Berhad sesi
2019/2020, Puan Nurul Ain binti Mohd Sudin melaporkan laporan tahunan
2019 untuk bahagian pengurusan dobi sebagaimana yang terdapat dalam
buku program. Beliau memberitahu bahawa terdapat sebilangan pelajar

8

tidak mengikut peraturan penghantaran dobi dengan tidak melengkapi
maklumat pada resit penghantaran dobi.

iii. Ketua bahagian pengurusan kafeteria dan parkir kereta MRSM Kuala Kubu
Bharu sesi 2019/2020, Puan Ain binti Mohd Sudin membentangkan laporan
tahunan 2019 sebagaimana yang terdapat dalam buku program.

Laporan lembaga disahkan atas cadangan Husna Nabila (BK160027) dan
disokong oleh Nur Dalilatul Dilaila (BK160138).

5. MENIMBANG DAN MELULUSKAN AKAUN TERAUDIT KOPERASI TERMASUK
PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN BERSAMA DENGAN LAPORAN JURUAUDIT

Bendahari Koperasi MRSM Kuala Kubu Bharu Berhad sesi 2019/2020, Puan Wan
Zarina binti Wan Harun membentangkan Akaun Teraudit Koperasi Termasuk
Keuntungan Bersama Dengan Laporan Juruaudit sebagaimana terdapat dalam buku
program.

Laporan lembaga disahkan atas cadangan Adieb Ramzy bin Rushdan (BK160083)
dan disokong oleh Umar Al-Farouq bin Mohd Nor Azmi (BK160291).
6. MEMILIH ANGGOTA LEMBAGA BAGI SESI 2020/2021
Fazrul Hafizi (BK160106) mencadangkan pemilihan anggota Lembaga sesi 2020/2021
diserahkan kepada pihak pengurusan maktab dan disokong oleh Hazman Hilmi
(BK195008).

7. MENIMBANG DAN MELULUSKAN BELANJAWAN TAHUNAN BAGI TAHUN
KEWANGAN AKAN DATANG

Nurlin Saliha binti Sallehuddin (BK160167) mencadangkan agar belanjawan
tahunan bagi tahun kewangan akan datang yang dibentangkan oleh Pn Wan Zarina
binti Wan Harun diterima. Muazzam Hazmi bin Sukhaimi (BK160126) menyokong
cadangan tersebut.

8. MEMBENTANG LAPORAN BERKENAAN DENGAN PENERIMAAN DEPOSIT DAN
PINJAMAN ANGGOTA DAN BUKAN ANGGOTA
Agenda ini tidak dibincangkan.

9. MELULUSKAN ELAUN KEPADA ANGGOTA LEMBAGA

Danish Bin Ruzaiin (BK170263) mencadangkan elaun dengan kadar yang dipersetujui
dalam mesyuarat ALP diluluskan dan disokong oleh Muhammad Zakwan bin
Zainizam (BK160030).

9

10. MELULUSKAN PELANTIKAN SATU PANEL YANG TERDIRI DARIPADA 2 ORANG
JURUAUDIT YANG DILULUSKAN OLEH SURUHANJAYA DAN SEORANG PEGAWAI
SURUHANJAYA UNTUK MENGAUDIT KOPERASI
Pengerusi majlis menjemput para ahli mesyuarat untuk mencadangkan pelantikan
juruaudit luar.

Nafisuddin bin Hishammudin (BK170164) mencadangkan pelantikan satu panel yang
terdiri daripada 2 orang juruaudit yang diluluskan oleh suruhanjaya atau seorang
pegawai suruhanjaya untuk mengaudit koperasi diluluskan.

Farha Zulfa Umeiyra binti Jafrikhairi (BK170155) menyokong cadangan pelantikan
satu panel yang terdiri daripada 2 orang juruaudit yang diluluskan oleh suruhanjaya
atau seorang pegawai suruhanjaya mengaudit koperasi diluluskan.

11. MENIMBANG DAN MELULUSKAN RUANG LINGKUP DAN HAD PELABURAN YANG
DIBIAYAI OLEH WANG LEBIHAN KOPERASI

Bendahari Koperasi MRSM Kuala Kubu Bharu Berhad sesi 2019/2020, Puan Wan
Zarina binti Wan Harun membentangkan untuk membuat pendepositan Kumpulan
Wang Rizab Statutori (KWRS) dalam bentuk pelaburan deposit tetap seperti dalam
Laporan Juruaudit sebagaimana terdapat dalam buku program.

Laporan lembaga disahkan atas cadangan Anis Humaira binti Abdul Hafiz
(BK160253) dan disokong oleh Amira Maisarah binti Shariman (BK160001).

12. MENIMBANG DAN MELULUSKAN SURAT CARA DEPOSIT ATAU PINJAMAN
Agenda ini tidak dibincangkan.

13. MENENTUKAN HAD MAKSIMUM KETERHUTANGAN
Agenda ini tidak dibincangkan.

14. MELANTIK JAWATANKUASA YANG TERDIRI DARIPADA 6 ORANG ANGGOTA DAN 4
ORANG ANGGOTA LEMBAGA UNTUK MENENTUSAHKAN DRAF MINIT MESYUARAT
AGUNG TAHUNAN KOPERASI

Pengerusi majlis menjemput ahli-ahli mesyuarat untuk mencadangkan untuk
melantik jawatankuasa yang terdiri daripada 6 orang anggota dan 4 orang anggota
lembaga untuk menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
dilantik.

Nur Liyana Balqis binti Ozar Sainuddin (BK160101) mencadangkan jawatankuasa
yang terdiri daripada 6 orang anggota dan 4 orang anggota lembaga untuk
menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi dilantik.

Kamal Luqman Fariq bin Kamal Azlan (BKL 160087) menyokong cadangan untuk
melantik jawatankuasa yang terdiri daripada 6 orang anggota dan 4 orang anggota

10

lembaga untuk menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
dilantik.

15. MENGISYTIHAR ATAU MENERBITKAN SYER BONUS, JIKA ADA

Agenda ini tidak dibincangkan.

16. MENDENGAR, MENIMBANG ATAU MEMUTUSKAN APA-APA CADANGAN ATAU
URUSAN PERNIAGAAN LAIN KOPERASI YANG BAGINYA SUATU NOTIS KURANG
DARIPADA 7 HARI TELAH DIBERIKAN (USUL)

a. Aadarsh Ramanathan (5C) mencadangkan kepada Koperasi MRSM Kuala Kubu
Bharu Berhad untuk:

- Menambah barang-barang keperluan untuk dijual kepada para pelajar. (E.g:
Pencuci rambut)

- Menjual minuman ‘Heaven and Earth’ di koperasi.

Iffatul Hadhirah binti Shahairul Izam (5C) menyokong usul yang telah
dicadangkan oleh Aadarsh Ramanathan.

b. Puteri Nur Shakyrah binti Saifulhazly (5D) mencadangkan kepada Koperasi
MRSM Kuala Kubu Bharu Berhad untuk:

- Menambah bilangan microwave di koperasi agar proses pemanasan makanan
sejuk beku berjenama CP dapat dicepatkan.

- Mempelbagaikan jenama pen yang dijual di koperasi. (e.g: PILOT)

Wan Nur Afrina binti Wan Nikma (5D) menyokong usul yang telah dicadangkan
oleh Puteri Nur Shakyrah binti Saifulhazly.

c. Izz Irfan Amani bin Ainol Safuan (5E) mencadangkan kepada Koperasi MRSM
Kuala Kubu Bharu Berhad untuk:

- Menambahkan bilangan duit syiling di koperasi agar proses pembelian di
koperasi dapat berjalan dengan lebih lancar.

- Menyediakan mesin penukaran duit kertas ke duit syiling.

Puteri Nur Batrisyia binti Megat Suffian (5E) menyokong usul yang telah
dicadangkan oleh Izz Irfan Amani (5E).

d. Ikmal Haziq (4E) mencadangkan kepada Koperasi MRSM Kuala Kubu Bharu
Berhad untuk:

- Menjual peranti-peranti elektronik di koperasi. (E.g: Pengecas telefon pintar)
11

- Menaik taraf tempat beratur di kafe untuk memudahkan para pelajar membeli
makanan di kafe.

Aleesya Hani (4A) menyokong usul yang telah dicadangkan oleh Ikmal Haziq.

e. Mohd Ziqry (4E) mencadangkan kepada Koperasi MRSM Kuala Kubu Bharu
Berhad untuk:

- Membuka semula koperasi di blok akademik agar para pelajar tidak perlu turun
ke bawah pada waktu rehat pagi untuk membeli di koperasi.

- Menambahkan jenama aiskrim yang dijual di koperasi. (E.g: NESTLE/WALLS).

Siti Adriana (4E) menyokong usul yang telah dicadangkan oleh Mohd Ziqry.

f. Mohammad Nazmi (4D) mencadangkan kepada Koperasi MRSM Kuala Kubu
Bharu Berhad untuk:

- Menjual peranti-peranti elektronik di koperasi. (e.g: wayar pengecas telefon
pintar, telefon telinga).

Syazwani Idayu (4D) menyokong usul yang telah dicadangkan oleh Mohammad
Nazmi.

g. Aiman Syahmi (4E) mencadangkan kepada Koperasi MRSM Kuala Kubu Bharu
Berhad untuk:

- Menjual songkok untuk pelajar lelaki dan stokin di koperasi.

Irdina Khairunisa (4E) menyokong usul yang telah dibawa oleh Aiman Syahmi.

h. Muhd Akif (3A) mencadangkan kepada Koperasi MRSM Kuala Kubu Bharu
Berhad untuk:

- Menjual roti bakar di koperasi dengan menyediakan beberapa unit pembakar
roti.

Aleesha Bishree (3A) menyokong usul yang telah dicadangkan oleh Muhd Akif.

i. Ragunathan (2E) mencadangkan kepada Koperasi MRSM Kuala Kubu Bharu
Berhad untuk:

- Menyediakan servis gunting rambut untuk pelajar lelaki.

Siti Maryam (2A) menyokong usul yang telah dicadangkan oleh Ragunathan.

12

j. Hafiz Hakim (2E) mencadangkan kepada koperasi MRSM Kuala Kubu Bharu
Berhad untuk:

- Menjual minyak wangi di koperasi.
- Menjual peranti elektronik di koperasi. (e.g: wayar pengecas).

Muhammad Syahmi (2E) menyokong usul yang telah dicadangkan oleh Hafiz
Hakim.

k. Haziq Firdaus (2B) mencadangkan Kepada koperasi MRSM Kuala Kubu Bharu
Berhad untuk:

- Membuka pendingin hawa di koperasi semasa proses urus niaga berjalan.

Muhd Raqib (2C) menyokong usul yang telah dicadangkan oleh Haziq.

l. Abdul Muaz (3D) mencadangkan kepada Koperasi MRSM Kuala Kubu Bharu
Berhad untuk:

- Menambah stok kertas graf di koperasi untuk kegunaan para pelajar.

Liyana Maisarah (3E) menyokong usul yang telah dicadangkan oleh Muaz.

m. Muhd Sufiuddin (1B) mencadangkan kepada Koperasi MRSM Kuala Kubu Bharu
Berhad untuk:

- Mengadakan jualan potongan harga barang pada setiap akhir bulan untuk
penghabisan stok.

- Mewujudkan servis penghantaran atau ‘Cash on Delivery’ untuk penjualan
makanan sejuk beku CP.

Siti Aishah (1E) menyokong usul yang telah dicadangkan oleh Muhd Sufiuddin.

n. Daniel Hakimi (2D) mencadangkan Kepada koperasi MRSM Kuala Kubu Bharu
Berhad untuk :

- Menjual air batu dan serbuk minuman di koperasi.
- Mewujudkan penggunaan e-wallet di koperasi.

Hanani Zafirah (2D) menyokong usul yang telah dicadangkan oleh Daniel
Hakimi.

17. MENIMBANG DAN MELULUSKAN APA-APA CADANGAN PINDAAN KEPADA
UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI

Agenda ini tidak dibincangkan kerana tiada cadangan diterima.

13

18. MENDENGAR DAN MEMUTUSKAN APA-APA ADUAN YANG BAGINYA SUATU NOTIS
YANG TIDAK KURANG DARIPADA 7 HARI TELAH DIBERIKAN KEPADA KOPERASI INI
YANG DIKEMUKAKAN OLEH MANA-MANA ANGGOTA YANG TERKILAN DENGAN
KEPUTUSAN LEMBAGA.

Agenda ini tidak dibincangkan kerana tiada ahli mesyuarat yang tampil ke hadapan.

19. MENIMBANG DAN MELULUSKAN APA-APA LAPORAN YANG DIKEHENDAKI SUPAYA
DIKEMUKAKAN MENGIKUT PERATURAN, JIKA ADA

Agenda ini tidak dibincangkan.

20. MENIMBANG DAN MELULUSKAN CADANGAN PERMOHONAN BANTUAN
PEMBANGUNAN.

Puan Azlinda binti Jahiman telah membentangkan cadangan permohonan bantuan
pembangunan sebanyak RM 85,000.00 kepada pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia
(SKM) bagi membiayai kos pembinaan mini kafe, pembesaran kedai koperasi yang
melibatkan pemasangan tile dan penyaman udara, pembelian mesin basuh baru
untuk bilik dobi dan pembelian smart tv untuk rumah tamu.
Pn Siti Rohaya binti Sahat menyokong usul yang telah dicadangkan oleh Pn Azlinda
binti Jahiman.

21. PENUTUP

Pada pengakhiran mesyuarat, Pengerusi majlis mengucapkan ribuan terima kasih
atas kerjasama anggota dalam mengendalikan mesyuarat pada hari tersebut. Ahli
lembaga juga mengharapkan Ahli Lembaga Koperasi yang akan dilantik pada sesi
seterusnya akan menjalankan tugas dengan amanah agar dapat membangunkan
Koperasi MRSM Kuala Kubu Bharu Berhad. Mesyuarat Agung Koperasi MRSM Kuala
Kubu Bharu Berhad kali ke-16 pada 5.00 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(PUAN SUZIYANTI BINTI ADANAN) (FAIZAL BIN HAMID)
SETIAUSAHA PENGERUSI
KOPERASI MRSM KUALA KUBU BHARU BERHAD KOPERASI MRSM KUALA KUBU
BHARU BERHAD

14

Koperasi Maktab Rendah Sains MARA
Kuala Kubu Bharu Berhad
(Akta Koperasi 1993)

No. Pendaftaran: JPK/SEL/(PEND)/357/(1)

LAPORAN TAHUNAN LEMBAGA PENGARAH
DARI 1 JANUARI 2020 HINGGA 31 DISEMBER 2020

Anggota-anggota yang dihormati,
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Saya bagi pihak Lembaga Pengarah, Koperasi Maktab Rendah Sains MARA Kuala Kubu Bharu
Berhad membentang Laporan Tahunan Ahli Lembaga Pengarah dari 1 Januari 2020 hingga
31 Disember 2020 untuk makluman anggota-anggota sekalian. Laporan Ahli Lembaga
Pengarah ini adalah hasil satu sesi Mesyuarat Pra-mesyuarat Agung Koperasi Maktab
Rendah Sains MARA Kuala Kubu Bharu Berhad telah diadakan iaitu pada 17 Ogos 2021
(Selasa) di atas talian ‘Microsoft Teams’ yang dihadiri oleh Pengerusi Koperasi.

A. LAPORAN AKTIVITI 1 JANUARI 2020 HINGGA 31 DISEMBER 2020

1. MESYUARAT

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah diadakan apabila diperlukan untuk
membincangkan dan membuat keputusan tentang hal-hal yang berkaitan dengan
pengurusan koperasi. Mesyuarat ini dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah (ALP) dan
Ahli Lembaga Koperasi (ALK). Jika diperlukan kakitangan akan dijemput hadir dan
sesekali Penasihat Koperasi iaitu Pengetua akan hadir untuk mengetahui
perkembangan koperasi atau sekiranya ada perkara yang melibatkan keputusan
pengurusan maktab. Biasanya mesyuarat diadakan sekali dalam 3 bulan.

2. KURSUS-KURSUS

Kursus Pembangunan Perniagaan Koperasi MRSM Se-Malaysia
Pada 6 dan 7 Februari 2020 di Melaka, Pn. Wan Zarina binti Wan Harun dan Cik
Azilah binti Othman telah menghadiri Program Pembangunan Perniagaan Koperasi.

3. PENGURUSAN KEDAI KOPERASI

3.1 Laporan Perkhidmatan Kedai Koperasi MRSM KKB Berhad

3.1.1 Kedai Koperasi yang merupakan sebahagian daripada perkhidmatan yang
telah ditawarkan oleh Koperasi MRSM Kuala Kubu Bharu Berhad. Kedai
koperasi telah diuruskan oleh 2 orang ALP Koperasi dan dikendalikan oleh 2

15

orang pekerja dengan dibantu oleh ALK Koperasi. Dalam meningkatkan mutu
perkhidmatan kepada warga MRSM Kuala Kubu Bharu, kedai koperasi telah
menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan menaiktaraf fasiliti yang ada
di kedai.

3.1.2 Kedai Koperasi menyediakan pelbagai jenis barangan runcit keperluan harian
pelajar seperti sabun mandi, sabun basuh, baldi, gayung, berus gigi dan
sebagainya. Turut disediakan adalah alat tulis. Selain itu, pelbagai jenis
minuman dan aiskrim dijual yang dibekalkan oleh Nestle, Fruit 10 dan
Pemanis di samping kerepek dan keropok turut dijual.

3.1.3 Untuk menggalakkkan keusahawanan dikalangan warga MRSM KKB kami juga
menerima pembekal makanan dari kalangan warga pekerja MRSM KKB.

3.14 Kedai Koperasi juga ada menawarkan perkhidmatan pembelian dan
penghantaran makanan dan minuman serta tempahan jambangan bunga dan
hadiah sempena sambutan harijadi etc.

3.2 Laporan Bulanan Kedai

JANUARI
1. Kedai koperasi telah menguruskan penyediaan dan pembelian barang-barang
keperluan pelajar yang akan mendaftar masuk untuk sesi persekolahan sesi 2020
termasuk barang kelengkapan pakaian dan alat tulis.
2. Mesyuarat telah bersetuju dengan cadangan pengurus kedai koperasi untuk
membeli mesin waffle bagi memenuhi permintaan pelajar dan mempelbagaikan
barang jualan di kedai koperasi.

FEBRUARI

1. Urusan jual beli dikedai seperti biasa.
2. Kedai koperasi dalam usaha untuk memperbanyakkan cenderamata-cenderamata

yang berlogokan MRSM Kuala Kubu Bharu yang boleh dibeli oleh pengunjung luar
yang datang ke MRSM Kuala Kubu Bharu.
3. Penambahan stok tie, selimut, sampin, tshirt outing dan baju batik.

MAC
1. Hasil jualan sedikit perlahan kerana PKP.
2. Semua pelajar berpdpr dari rumah.

APRIL
1. Hasil jualan sedikit perlahan kerana PKP.
2. Semua pelajar berpdpr dari rumah.

MEI
1. Hasil jualan sedikit perlahan kerana PKP.
2. Semua pelajar berpdpr dari rumah.

16

JUN
1. Semua pekerja dan pelanggan perlu mematuhi SOP PKP yang telah ditetapkan oleh
KKM dan hanya 5 pelanggan dibenarkan masuk ke dalam kedai dalam masa yang
sama. Pelanggan dan pekerja juga telah mengenakan penutup muka sepanjang
berada dalam kedai dan menjaga jarak.
2. Bagi melancarkan proses jualan pada waktu malam kerana waktu yang terhad,
pelajar-pelajar yang ingin membeli di kedai koperasi boleh membuat pesanan order
melalui ALK dan barang akan dihantar terus kepada pelajar.
3. Mesyuarat telah menetapkan supaya kedai koperasi mengadakan promosi melalui
aplikasi wassap dan telegram untuk menggalakkan para pelajar dan warga maktab
berbelanja di kedai koperasi.

JULAI
1. Urusan jual beli dikedai seperti biasa.
2. Kedai koperasi dalam usaha untuk menyediakan kemudahan pembelian makanan
segera seperti KFC dan Secret Resipi kepada pelajar

OGOS Mesyuarat telah bersetuju untuk membeli kipas untuk diletakkan di kedai koperasi.
1. Mesyuarat telah mencadangkan untuk menggunakan duit honorarium untuk
2. membeli mesin “waffle”.

SEPTEMBER
1. Urusan jual beli dikedai seperti biasa.
2. Mesyuarat mencadangkan kedai koperasi untuk membuat kaji selidik / maklum balas
dan cadangan penambahbaikan perkhidmatan kedai koperasi.
3. Mesyuarat telah meluluskan pembelian mesin waffle baru iaitu RM 980.
4. Kedai juga telah bersetuju untuk memasang 3 plug 3-pin di kedai untuk kegunaan
mesin waffle, pengukus jagung dan “kettle” untuk jualan air panas dan sejuk.
5. Kedai koperasi telah menangani surat perjanjian dengan “runner” pembelian
makanan segera iaitu En. Muhammad Kamaruzzaman.

OKTOBER
1. Urusan jual beli dikedai seperti biasa.

NOVEMBER
1. Kedai koperasi telah mula menjual waffle, jagung cawan dan air panas dan telah
mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pelajar dan warga maktab yang lain.
2. Kedai koperasi telah menguruskan pembelian alat tulis, buku dan kelengkapan pelajar
untuk kegunaan sesi persekolahan tahun hadapan.Kedai akan membuat pembelian
keperluan barang asrama pada bulan Disember untuk kegunaan tahun 2020.

DISEMBER
1. Urusan jual beli dikedai seperti biasa.

17

4. PERKHIDMATAN DOBI

4.1 Pekhidmatan dobi disediakan untuk kemudahan para pelajar menghantar pakaian
mereka untuk dicuci. Penghantaran boleh dibuat dua kali seminggu mengikut giliran
hari antara pelajar lelaki dan perempuan. Hari Sabtu dikhaskan untuk penghantaran
baju uniform sekolah sahaja dan giliran dibuat setiap minggu megikut jantina. Setiap
pelajar dikehendaki membayar yuran dobi ini sebanyak RM12 sebulan untuk 10 bulan.
dan bayaran ini adalah wajib untuk semua pelajar. Bayaran ini amat berpatutan bagi
para pelajar yang sememangnya menghadapi kekangan masa dalam menguruskan
pakaian mereka.

4.2 Jadual Kadar pakaian dihadkan kepada 10 helai pakaian sahaja bagi setiap kali
penghantaran dengan mengisi resit penghantaran yang disediakan. Perkhidmatan dobi
harian dikendalikan oleh 3 orang pekerja wanita bermula dari pukul 8.00 hingga pukul
5.00 petang. Kadar upah pekerja adalah berasakan Gaji Minimum RM1100 sebulan
bagi setiap pekerja.

4.3 Perkhidmatan DOBI MESIN BERBAYAR, dikendalikan oleh syarikat luar dan kini hanya
diletakkan di asrama perempuan sahaja dengan bayaran RM 2.50 sekali cucian.

4.4 Laporan bulanan Unit Dobi

JANUARI
1. 2 buah mesin basuh di dobi rosak dan proses pembaikian telah dibuat yang
melibatkan kos sebanyak RM 680.
2. Sebanyak 150 botol sabun basuh untuk kegunaan unit dobi juga ditempah.
3. Harga jualan sabun kepada warga maktab dikemaskini dan harga jualan baru adalah
seperti berikut:
i. ALK & staf koperasi – RM 23 sebotol
ii. Guru & staf MRSM – RM 25 sebotol

FEBRUARI

1. Aktiviti dobi berjalan seperti biasa.
2. Pelajar menghantar baju megikut jadual giliran yang baru bagi memudahkan urusan

dobi. Jadual penghantaran yang baru ini mengambil kira bilangan pelajar lelaki yang
lebih ramai berbanding pelajar perempuan.

MAC
1. Proses kemaskini rekod bayaran dobi 2020.
2. Urusan dobi berjalan seperti biasa sehingga cuti pertengahan semester 1, 2020.

APRIL & MEI
1. Akitiviti unit dobi terhenti seketika kerana pelajar diarahkan pulang ke rumah
berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada Mac 2020.

18

JUN
1. 2 buah seterika dibeli untuk kegunaan servis kering, lipat dan gosok yang akan
diperkenalkan kepada para pelajar bermula Julai 2020.
2. Tempahan 150 tong sabun basuh dibuat untuk kegunaan unit dobi.

JULAI
1. Unit dobi memperkenalkan servis kering, lipat dan gosok baju bagi para pelajar yang
berminat. Kos yang dikenakan adalah seperti berikut:
i. Servis kering dan lipat – RM 5/baldi
ii. Servis gosok – RM 5/helai
2. Unit dobi juga telah membeli 3 buah ampaian untuk kegunaaan semasa proses
pengeringan baju.
3. 3 buah mesin basuh jenama Toshiba berkapasiti 9kg dibeli untuk menampung
keperluan unit dobi yang melibatkan kos sebanyak RM 1497. Setakat 15 Julai, hanya
2 buah mesin basuh yang berfungsi sepenuhnya dan situasi ini telah menyulitkan
proses pembasuhan baju pelajar.

OGOS Proses pemindahan lokasi mesin dobi layan diri di asrama lelaki dan perempuan
1. untuk memenuhi kriteria MQS. Pihak pembekal juga menambah sebuah lagi mesin
basuh di asrama lelaki.

SEPTEMBER
1. Sesi perbincangan bersama wakil syarikat Cleanpro berkenaan pemasangan mesin
dobi layan diri di koperasi.

OKTOBER
1. Urusan dobi hanya melibatkan pelajar Tigkatan 4 sahaja.

NOVEMBER
1. Proses tandatangan perjanjian mesin dobi layan diri antara Koperasi MRSM Kuala
Kubu Bharu Berhad dan syarikat Cleanpro.

DISEMBER
1. Perbincangan dan lawatan tapak bersama beberapa kontraktor elektrik untuk tujuan
pemasangan kotak DB di bilik dobi layan diri koperasi. Pemilihan akan dibuat
berdasarkan sebut harga yang dihantar oleh kontraktor-kontraktor tersebut.

19

5. PERKHIDMATAN PARKIR KERETA

5.1 Sebagai menghargai para guru dan kakitangan yang sentiasa memberikan sokongan
kepada Koperasi MRSM Kuala Kubu Bharu Berhad, pihak koperasi telah membina
tempat letak kereta berbumbung sebanyak 12-unit pada tahun 2004. Menjelang
tahun 2006, Koperasi MRSM Kuala Kubu Bharu Berhad menambah bilangan tempat
letak kereta berbumbung sebanyak 8 unit. Manakala pada tahun 2009, sebanyak 10-
unit tempat letak kereta berbumbung dibina bagi memenuhi keperluan warga MRSM
Kuala Kubu Bharu menjadikan jumlah keseluruhan tempat letak kereta berbumbung
sebanyak 32 unit. Pada tahun ini juga, setiap unit disewakan kepada guru-guru dan
kakitangan sokongan pada kadar RM250/RM 230 setahun mengikut kesesuaian.

5.2 Pada tahun 2020, bumbung parkir beberapa kali melalui proses pembaikan kecil
kerana faktor angin yang kuat di Kuala Kubu Bharu sering mendatangkan masalah
kepada keadaan semasa bumbung parkir.

5.3 LAPORAN PENERIMAAN SEWA.

5.3.1 Setakat Disember 2020, semua bayaran sewa parkir telah dilangsaikan dan
undian untuk sewaan tahun 2021 diadakan pada 1 Februari 2021 (Isnin) pada
pukul 10.00 pagi.

6. PENGURUSAN KAFETERIA, RUMAH TAMU DAN PENDIDIKAN DAN PELANCONGAN
6.1 Laporan Rekod Bayaran Sewa Kafeteria

6.1.1 Perkhidmatan kafeteria MRSM Kuala Kubu Bharu adalah menjual makanan,
minuman dan menerima tempahan makanan. Pelbagai makanan dan minuman dijual
6.1.2 seperti nasi lemak, mi goreng, pelbagai jenis air dan sebagainya. Perkhidmatan
6.1.3 Kafeteria ini disediakan untuk kemudahan para guru, kakitangan, para pelajar dan
pelawat-pelawat untuk menjamu selera. Kafeteria dibuka setiap hari mengikut masa
yang telah dipersetujui selari dengan peraturan maktab.
Sewa yang dikenakan bagi tahun 2020 ialah RM 850 sebulan. Bayaran sebanyak RM
150 dikenakan oleh pihak maktab bagi menampung kos bil elektrik dan air dan
dimasukkan ke dalam akaun wang hasil MRSM. Tetapi disebabkan oleh PKP seluruh
Malaysia, kafeteria juga ditutup dalam tempoh ini.
Antara penambahbaikkan yang dilakukan oleh Koperasi MRSM Kuala Kubu Bharu
Berhad untuk Kafeteria adalah seperti menambah 3 set meja makan makan yang
lebih selesa, membuat bumbung tambahan (awning) dan membina semula tempat
membasuh pinggan mangkuk yang baharu.

6.2 Laporan Rumah Tamu

6.2.1 Pihak Koperasi telah mengambil alih pengurusan rumah tamu bermula bulan Mac
2019. Terdapat dua buah rumah tamu yang beroperasi. Setiap buah rumah

20

mempunyai dua buah bilik dan satu bilik air. Pada awal bulan April, sebuah rumah

tamu telah dilengkapi dengan penghawa dingin. Harga sewaan bagi rumah tamu

adalah seperti berikut:

Rumah 1(ada penghawa dingin) : RM 100/malam

Rumah 2 (tiada penghawa dingin) : RM 80/ malam

Deposit sebanyak RM30 dikenakan kepada penyewa. Secara keseluruhannya,

perkhidmatan rumah tamu mendapat sambutan yang menggalakkan.

6.2.2 Hasil mesyuarat pada 8 September 2020 (KOOP/SU/ BIL 5/2020), Kadar sewaan
rumah tamu telah diturunkan kepada RM 60.00 (rumah tamu berhawa dingin) dan
RM 40.00 (rumah tamu tiada hawa dingin).

6.3 Laporan Pendidikan dan Pelancongan

6.3.1 Perjumpaan dengan ALK pelajar berjalan seperti biasa seperti jadual yang ditetapkan.
Pelajar diberi bimbingan untuk menyusun atur barang-barang di dalam kedai dan
pengurusan kedai. Majlis Apresiasi kepada ALK telah diadakan pada 16 Mac 2021
bertempat di Bilik Seminar Al-Zahrawi MRSM Kuala Kubu Bharu.

B. PENGHARGAAN
Saya bagi pihak Pengerusi dan Anggota Lembaga Pengarah Koperasi Maktab Rendah
Sains MARA Kuala Kubu Bharu Berhad ingin mengambil kesempatan ini untuk
merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pegawai Suruhanjaya
Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Selangor, ANGKASA, Maktab Kerjasama
Malaysia dan mana-mana pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung dalam memajukan Koperasi MRSM Kuala Kubu Bharu Berhad. Pihak
koperasi akan berusaha dari masa ke semasa untuk memberikan perkhidmatan yang
terbaik kepada semua ahli-ahli koperasi.

Disediakan oleh,

(SUZIYANTI BINTI ADANAN)
Setiausaha,
Koperasi Maktab Rendah Sains MARA
Kuala Kubu Bharu Berhad

21

22

KOPERASI MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUALA KUBU BHARU BERHAD

AKAUN PERDAGANGAN
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020

Jualan 2020 2019
RM RM
TOLAK: KOS JUALAN
Inventori pada awal tahun 309,337.45 437,677.95
Campur: Belian
150,958.70 84,072.62
Tolak - Inventori pada akhir tahun 316,809.49 433,601.26
KOS JUALAN 467,768.19 517,673.88
(Kerugian) / Keuntungan kasar (119,234.63) (150,958.70)
348,533.56 366,715.18

(39,196.11) 70,962.77

23

KOPERASI MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUALA KUBU BHARU BERHAD
AKAUN UNTUNG RUGI

Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020

PENDAPATAN NOTA 2020 2019
Pendapatan daripada aktiviti: RM RM
Perdagangan - Kedai 11
12 309,337.45 437,677.95
(Rujuk Akaun Perdagangan) 13 85,852.60 89,868.00
Perkhidmatan Dobi (Rujuk Penyata Akaun) 4,850.00 7,000.00
Perkhidmatan Kafe 14 1,190.00
Perkhidmatan Rumah Tamu 870.00 32,059.70
Kendalian Program - 567,795.65

Pelbagai Pendapatan: 400,910.05 280.00
Fi Masuk 16,187.40
Pelbagai Pendapatan 14.00 16,467.40
58,401.44 584,263.05
Amaun Pendapatan 58,415.44
459,325.49

TOLAK: PERBELANJAAN

Kos Jualan/Kos Aktiviti:

(Rujuk Akaun Perdagangan) 348,533.56 366,715.18

Perkhidmatan Dobi (Rujuk Penyata Akaun) 20,780.03 9,716.60

Perkhidmatan Kafe 11 1,767.00 1,650.00

Perkhidmatan Rumah Tamu 12 620.00 1,030.00

Kendalian Program 13 - 16,137.07

Perbelanjaan Am:

Perbelanjaan Lembaga 15 6,000.00 4,570.00

Susutnilai Harta Tanah, Loji dan Peralatan 4 23,420.63 23,287.45

Belanja Mesyuarat Agung - 456.00

Gaji Pekerja 16 64,780.89 63,719.42

Pelbagai Perbelanjaan 17 27,097.81 25,887.70

121,299.33 117,920.57

Amaun Perbelanjaan 492,999.92 513,169.42

(Kerugian) / Keuntungan Bersih (33,674.43) 71,093.63

Nota-nota berserta dengan akaun ini adalah sebahagian daripada akaun dan
hendaklah dibaca bersama-sama dengannya.

24

KOPERASI MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUALA KUBU BHARU BERHAD

AKAUN PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020

NOTA 2020 2019
RM RM

(Kerugian) / Keuntungan Bersih Tahun Ini (33,674.43) 71,093.63

TOLAK: PEMBAHAGIAN LAIN 10(a) - 5,318.00
10(c) - 7,000.00
Dividen dicadangkan - 20% 10(d) - 3,000.00
Honorarium dicadangkan 10(e) - 8,000.00
Peruntukan Zakat - 8,000.00
Kumpulan Wang Kebajikan Am - 8,000.00
Tabung Keraian - 8,000.00
Tabung Sukan dan Rekreasi - 47,318.00
Tabung Keceriaan (33,674.43) 23,775.63

Baki Keuntungan Selepas Dibahagikan 5,183.70 13,886.00
Pelarasan Bukan Operasi : 46,201.06
Pelarasan - Dividen 2017 yang telah dibayar dalam 67,781.62 30,119.99
tahun 2018 85,491.95 67,781.62

Pelarasan - Kumpulan Wang

Baki Keuntungan Terkumpul Pada Awal Tahun

Baki Keuntungan Terkumpul Pada Akhir Tahun

25

KOPERASI MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUALA KUBU BHARU BERHAD
(Didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993)

KUNCI KIRA-KIRA PADA 31 DISEMBER 2020

NOTA 2020 2019
RM RM

HARTA TANAH, LOJI DAN PERALATAN 4 1,359.20 949.00
Komputer 4 3,341.02 5,553.41
Perabot & Kelengkapan 4 1.00 15,677.26
Ubahsuai 4 2,128.00
Kelengkapan Kafe 4 9,076.90 -
Aset-aset Lain 4 3,072.00 10,804.20
Peralatan Dobi
18,978.12 -
ASET SEMASA 32,983.87
Inventori
Pelbagai Penghutang 119,234.63 150,958.70
Wang di Bank
Wang di Tangan 5 32,824.00 8,660.00

Tolak: LIABILITI SEMASA 6 119,109.00 205,855.04
Dividen
Honorarium Lembaga 1,250.00 9,289.10
Pemiutang Perdagangan
Pelbagai Pemiutang 272,417.63 374,762.84

Aset Semasa Bersih - 5,318.00

Dibiayai oleh: - 7,000.00
Modal Syer Anggota
Lain-lain Kumpulan Wang 7 17,043.14 -
Akaun Untung Rugi Terkumpul
KUMPULAN WANG ANGGOTA 8 93,685.24 191,400.61
Kumpulan Wang Rizab Statutori
110,728.38 203,718.61

161,689.25 171,044.23

180,667.37 204,028.10

9(a) 31,720.00 26,590.00
10 8,000.00 54,201.06
67,781.62
85,491.95 148,572.68
125,211.95 55,455.42
55,455.42
204,028.10
180,667.37

Nota-nota berserta dengan akaun ini adalah sebahagian daripada akaun dan hendaklah
dibaca bersama-sama dengannya.

26

27

KOPERASI MRSM KUALA KUBU BHARU BERHAD
PENYATA BELANJAWAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022

BIL BUTIRAN 2022

(A) ANGGARAN PENDAPATAN TAHUNAN: RM RM
1 JUALAN KEDAI 450,000.00 566,500.00
2 PERKHIDMATAN DOBI
3 PERKHIDMATAN CAFÉ 80,000.00
4 PERKHIDMATAN RUMAH TAMU 10,000.00
5 SEWAAN GARAJ KERETA 3,000.00
7 FI MASUK DAN SAHAM 5,200.00
8 LAIN-LAIN PENDAPATAN 3,300.00
15,000.00
JUMLAH ANGGARAN PENDAPATAN

(B) ANGGARAN PERBELANJAAN 382,500.00
1 KOS JUALAN 8,000.00
2 PERKHIDMATAN DOBI 2,000.00
3 PERKHIDMATAN CAFÉ 300.00
4 PERKHIDMATAN RUMAH TAMU 15,000.00
5 SUSUT NILAI ASET TETAP 1,000.00
6 BELANJA MESYUARAT AGUNG 49,689.00
7 GAJI PEKERJA, KWSP DAN PERKESO 5,000.00
8 KOS PENYELENGARAAN 4,000.00
9 BAYARAN ZAKAT 12,000.00
10 KADARBAYARAN 5,000.00
11 SEWAAN MESIN PHOTOSTAT 5,000.00
12 ELAUN ALP DAN ALK 4,000.00
13 FI AUDIT 2,000.00
14 SUMBANGAN 4,000.00
15 KOS PENYELENGARAAN 4,500.00
16 LAIN-LAIN PERBELANJAAN
503,989.00
JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN 62,511.00
ANGGARAN KEUNTUNGAN

28


Click to View FlipBook Version