KOKO YANG SOMBONG KOKO YANG SOMBONG Aisha BalqisBUKU CERITA KANAK-KANAK
HAK CIPTA Buku cerita ini adalah karya asli Aisha Balqis binti Mohd Zuki. Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dari penerbitan ini untuk diterbitkan semula dalam apa bentuk sekalipun sama ada secara elektronik, fizikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya, tanpa izin dahulu dari penulis.
Di sebuah sungai kecil yang jernih, tinggal seekor memerang bernama Koko. Koko memang sangat tampan dan gagah. 1
Setiap hari, dia akan berenang-renang sambil berteriak, “Aku memerang paling hebat. Semua memerang di kolam ini harus mengakui kehebatanku.” Dia selalu merasa dirinya hebat daripada memerang-memerang yang lain. 2
Namun, Koko suka mengejek kawankawannya. “Lihatlah tubuhmu yang kecil itu, lemah” , kata Koko kepada katak yang baru belajar melompat. Hah??? Lemahnya kau ni! 3
“Dan kamu, Memerang Kecil, berenang sangat lambat.” “Jangan bermimpi kau dapat menandingi kehebatanku.” Koko terus sahaja meremehkan mereka. Kau pula berenang perlahan sangat!!! 4
Pada suatu hari, Koko terdengar cerita tentang sungai yang lebih besar di seberang hutan. Sungai itu penuh dengan makanan dan airnya lebih jernih. Dia bercadang untuk berpindah ke sana. Sungai tu penuh dengan makanan Mesti seronok kalau kita dapat pergi sana! 5
Tanpa berfikir panjang, Koko memutuskan untuk berpindah ke sana seorang diri. Kawan-kawannya menasihatinya supaya tetap tinggal di sini. “Jangan sombong Koko, engkau tak tahu tempat tu macam mana. Tempat ini sudah cukup baik”, kata Hijo. Koko, kau tak tahu tempat tu macam mana 6
Tetapi Koko tetap tidak peduli. “Ah, kau hanya takut. Aku lebih kuat daripada engkau ” , jawab Koko dengan angkuhnya. Maka, dia pun berjalan jauh meninggalkan kolam kecil itu, menuju ke sungai besar. Aku boleh hidup sendiri laaa!!! 7
Dalam perjalanannya ke sungai besar, Koko melalui hutan yang amat sunyi. Dia berasa takut. ‘’Apakah aku buat keputusan yang betul?” Koko mula berfikir. Namun, dia segera mengusir rasa ragu-ragu itu. 8
Tiba-tiba, dia terdengar bunyi geseran di semak-semak. Seekor singa besar muncul dengan tatapan yang tajam. “Hmm…makan malam datang sendiri, ” kata singa itu. 9
Hari semakin gelap, Koko ketakutan. “Aku tak nak mati di sini” , bisiknya dalam hati. Dia melarikan diri daripada serangan singa tersebut. Dia hampir ditangkap, tetapi dengan sisa tenaga yang ada, dia berlari laju dan berjaya bersembunyi di belakang batu besar. 10
Singa itu akhirnya pergi, kecewa kerana mangsanya telah hilang. “ Argh, hampir sahaja aku mendapatnya! Memerang itu licik, aku akan menunggu mangsa lain yang lebih lemah" desis singa itu. Hmm terlepas lagi! 11
Dengan nafas tercungap-cungap, Koko menyedari sesuatu. “Mungkin aku tidak sekuat yang aku sangka.” Namun, dia tetap degil. Perjalanan ke kolam besar tetap diteruskan. 12
Setelah berjam-jam berjalan, akhirnya Koko tiba di sungai besar. Pemandangannya sangat indah. Airnya jernih dan ikan berenang di mana-mana. Koko tersenyum penuh kepuasan. Wah,banyaknya makanan di sini! 13
Dia mula makan sebanyakbanyaknya. Setiap kali dia makan, dia merasa lebih kenyang dan puas. “Ini baru kolam yang sesuai dengan aku ” , katanya dengan penuh kepuasan. 14
Hari demi hari, dia makan tanpa henti. Dia mula menikmati hidup tanpa perlu berusaha. Perutnya pula semakin buncit. Dia sudah tidak mampu untuk berenang dengan pantas seperti dahulu. 15
Makanan yang melimpah di kolam itu membuat dia semakin lupa diri. “Seronoknya hidup macam ni, aku tak payah susah-susah cari makanan”. Dia berasa sangat bahagia dengan kehidupannya yang sekarang. 16
Pada suatu pagi, setelah makan dengan gelojoh sekali, Koko tercekik ikan. Dia cuba untuk meminta tolong dengan berteriak “Tolong! Tolong! Tolong!” Namun, tiada sesiapa pun yang datang. 17
Pada saat itu, dia teringat akan nasihat Hijo yang menyuruhnya supaya tidak menjadi sombong. Koko mula menyedari kesalahannya. 18
Dia sombong, terlalu asyik dengan kesenangannya sehingga melupakan kawan-kawannya. Koko akhirnya mati dengan perut buncit, tak mampu bergerak lagi. 19
Sejak dari itu, haiwan-haiwan di sungai kecil belajar daripada kesilapan Koko. Mereka mulai faham bahawa kesombongan diri tidak mendatangkan apa-apa kebaikan. 20
PENGAJARAN Kita mestilah mengelakkan diri daripada bersikap sombong kerana ianya dapat mendatangkan keburukan kepada diri sendiri. Kita seharusnya mendengar nasihat yang diberikan sebelum melakukan sebarang keputusan agar tidak menyesal pada masa akan datang. Kita tidak boleh meremehkan orang lain kerana setiap individu mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Kita harus belajar untuk bersyukur dengan apa yang kita miliki. kita perlu berfikir dengan matang sebelum membuat sesuatu keputusan besar.
Jernih – Bersih ataupun bebas daripada kekotoran. Tampan – Kacak atau elok rupa paras. Mengejek – Mengeluarkan kata-kata atau perbuatan untuk menghina seseorang. Menandingi – Bersaing atau bertanding dengan seseorang dalam sesuatu perkara. Meremehkan – Memandang rendah seseorang atau sesuatu perkara. Seberang – Bahagian yang bertentangan atau di hadapan sesuatu tempat. Berfikir panjang – Mempertimbangkan sesuatu dengan teliti sebelum membuat keputusan. Memutuskan – Membuat keputusan atau ketetapan terhadap sesuatu perkara. Kencang – Bergerak dengan laju atau deras. Menggema – Bunyi yang bergema atau berulangulang di suatu tempat. GLOSARI
Pepohonan – Sekumpulan atau banyak pokok. Mengusir – Menolak atau menyingkirkan sesuatu. Bermonolog – Bercakap seorang diri dalam hati. Tatapan – Pandangan atau renungan mata. Sisa – Bahagian terakhiratau yang masih tersisa selepas sesuatu berlaku. Desis – Ucapan perlahan yang hampir berbisik. Tercungap-cungap – Keadaan bernafas dengan susah kerana keletihan, ketakutan, atau kekurangan udara. Kenangan indah mula berputar di kepala – Mengingat kembali pengalaman atau peristiwa manis yang pernah dialami secara berulang-ulang dalam fikirannya.
Guru, perajurit yang tidak bernama, Menabur ilmu dan bakti tanpa jemu, Mengajar dengan hati yang tulus, Masa, tenaga dan jiwa dikorbankan. Di balik senyummu yang terkuntum manis, Tersorok seribu kelelahan yang tak terungkap, Demi setiap anak didikmu, Segalanya sanggup engkau korbankan. Malam-malam dingin menjadi panjang, Berkorban waktu tidurmu untuk kami, Demi menyediakan pelajaran yang terbaik, Agar kami mampu terbang tinggi. Dalam setiap nasihat dan peringatan, Terselit hasrat yang tidak terucap, Engkau ingin kami menjadi insan yang berguna, Menjadi pelita dalam dunia yang gelap. Guru, engkau memberi lebih dari sekadar ilmu, Engkau memberi kehidupan, inspirasi dan harapan, Tanpa pengorbananmu, kami bukan siapa-siapa, Terima kasih atas segala bakti yang ditabur. SAJAK: PENGORBANAN SEORANG GURU
Perajurit – Pejuang atau seseorang yang berjuang tanpa mengharapkan balasan. Menabur – Menyebarkan atau memberikan sesuatu. Tulus – Ikhlas dan jujur tanpa mengharapkan balasan. Dikorbankan – Sesuatu yang diberikan atau dilepaskan demi kebaikan orang lain. Kelelahan – Rasa letih atau kepenatan yang mendalam. Anak didik – Murid atau pelajar yang menerima bimbingan daripada seorang guru. Terbang tinggi – Metafora yang bermaksud mencapai kejayaan dan cita-cita yang tinggi Nasihat – Kata-kata panduan atau teguran yang diberikan untuk kebaikan seseorang. Peringatan – Kata-kata yang bertujuan untuk menyedarkan atau memberi amaran terhadap sesuatu. GLOSARI
Pelita – Simbol cahaya atau harapan. Inspirasi – Sesuatu yang memberi semangat dan dorongan untuk berjaya. Guru bukan sahaja mengajar ilmu tetapi juga memberi inspirasi kepada muridnya. Bakti – Sumbangan atau jasa yang diberikan dengan penuh keikhlasan. Harapan – Keinginan atau impian yang ingin dicapai. Guru memberikan harapan kepada murid agar mereka mempunyai masa depan yang cerah. Tanpa jemu – Dengan penuh kesabaran dan usaha yang berterusan tanpa rasa bosan atau letih.
Kita hendaklah menghargai jasa guru kerana mereka telah banyak berkorban demi mendidik dan membimbing kita. Kita mestilah menghormati guru dengan mendengar nasihat dan tunjuk ajar mereka kerana mereka ingin melihat kita berjaya. Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran sebagai tanda penghargaan atas usaha dan pengorbanan guru. Kita hendaklah sentiasa berterima kasih kepada guru kerana tanpa mereka, kita mungkin tidak akan mencapai kejayaan. Kita mestilah mengambil ilmu yang diajar oleh guru dengan penuh kesungguhan kerana ilmu adalah kunci kepada masa depan yang cerah. Kita hendaklah menjadi insan yang berguna kepada masyarakat agar pengorbanan guru tidak sia-sia dan kita dapat menyumbang kembali kepada bangsa dan negara. PENGAJARAN