The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by buletinapb, 2022-11-10 20:42:18

BULETIN APB EDISI 9

BULETIN APB EDISI 9/2022

Furthermore, the education sector has witnessed It is crucial for stakeholders in our education
various measures implemented to address the sector to play their role in ensuring Malaysia is
issue of digital divide, from Community Internet heading in the right direction in handling the
Centres to subsidized and free devices such as issue of digital divide. Regardless of several
laptops and tablets in order to ensure everyone hiccups along the way, we believe Malaysia is
has access and equal opportunity to experience heading in the right direction.
quality online learning. However, we need to
accept that all these measures, although effective
and beneficial, could not eradicate the digital
divide once and for all, since the core issue of its
existence is much more complex than online
learning and providing connectivity or devices for
everyone.

Jan van Dijk, a prominent Dutch researcher in the
field of digital inequalities, concluded that digital
divide exists due to differences in the economy,
social, political, cultural and personal capabilities
of an individual or a society. Each of these aspects
contributes to the effectiveness in narrowing the
gap in digital divide in education. Therefore, it is
undeniable that the issue of digital divide differs
from one country to another, since the reasons
and available variables that contributed to each
aspect are unique to the features of a country.

43

BULETIN APB EDISI 9/2022

BULI?

NUR HAKIMAH MD SALLEHUDDIN & NORLIZA AMIN

AKADEMI PENGAJIAN BAHASA, UiTM KAMPUS SEREMBAN
&

UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR

Definisi
Buli boleh didefinisikan sebagai perbuatan mendera, mempermainkan seseorang yang lebih lemah
bagi tujuan seperti menggertak, mencederakan atau menakutkan individu tersebut (Kamus dewan,
edisi keempat). Buli boleh berlaku di mana-mana sahaja seperti di sekolah, institusi pengajian, tempat
kerja, tempat awam mahupun di atas jalan raya.

Jenis-jenis buli
Buli boleh berlaku dengan pelbagai cara tanpa kita sedar. Antara jenis-jenis buli adalah seperti dalam
gambarajah berikut:

Jenis buli pertama adalah buli fizikal yang melibatkan sentuhan fizikal kepada seseorang seperti
memukul menggunakan tangan, kaki atau objek secara terus kepada mangsa. Buli fizikal boleh berlaku
samada secara individu, antara pembuli dan juga mangsa sahaja atau dilakukan secara beramai-ramai
di dalam kumpulan. Selain itu, menggugut juga merupakan salah satu bentuk buli secara fizikal. Seperti
contoh, mangsa dipaksa, disuruh untuk melakukan perkara bukan atas kerelaan mangsa seperti
membeli makanan, membasuh baju, dan juga memberi wang secara berkala kepada si pembuli.
Perbuatan seperti menyentuh fizikal seseorang terutama di bahagian sulit tanpa kerelaan ataupun
disebabkan keengganan untuk melaksanakan arahan boleh diklasifikasi sebagai perbuatan mencabul
juga merupakan buli fizikal.

Buli kedua dikategorikan sebagai buli mental. Buli mental amat berkait rapat dengan mental dan emosi
seseorang. Perbuatan mengejek, mencerca seseorang samada rupa paras, fizikal merupakan satu
bentuk buli mental yang boleh memberi kesan yang mendalam terhadap mangsa. Di samping itu, buli
mental juga boleh berlaku apabila seseorang mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, memaki
hamun kepada orang lain. Ini adalah kerana, perbuatan tersebut boleh menyebabkan seseorang
terguris hati hingga hilang keyakinan diri. Gangguan seksual seperti menunjukkan isyarat atau kata-
kata lucah kepada mangsa juga merupakan satu daripada bentuk buli mental yang mampu memberi
tekanan kepada mangsa.

44

BULETIN APB EDISI 9/2022

Selari dengan peredaran zaman yang berlaku, internet bukan lagi kehendak, malah merupakan satu
keperluan yang amat penting pada masa kini yang mampu memberi pelbagai maklumat dan
pengetahuan hanya di hujung jari. Platform-platform media sosial yang tumbuh umpama cendawan
selepas hujan merupakan salah satu medium utama berlakunya buli siber. Komen-komen negatif,
berunsur lucah, serta menjatuhkan maruah seseorang secara terang-terangan dan disaksikan oleh
jutaan pengguna media sosial adalah bentuk buli siber yang mampu memberi kesan yang amat
mendalam kepada mangsa.
Kategori buli yang terakhir adalah buli jalanan yang kebiasaannya dilakukan tanpa disedari bahawa
perbuatan tersebut merupakan salah satu bentuk buli. Pemanduan yang berbahaya dan mengancam
keselamatan pengguna jalan raya yang lain, perbuatan memprovok dengan membunyikan hon atau
menekan minyak mahupun menunjukkan isyarat yang tidak elok boleh menimbulkan salah faham dan
mengakibatkan pergaduhan seterusnya mencetuskan buli jalanan.
Tanda-tanda buli
Antara tanda-tanda buli sedang berlaku adalah pertama, perlakuan dan sikap yang mencurigakan
seperti nampak keletihan akibat kurang tidur. Ini kerana Seseorang yang dibuli lazimnya akan
mengalami trauma yang akhirnya mengganggu waktu tidur mereka. Selain itu juga, selera makan
mereka juga akan berubah menjadi kurang atau berlebihan. Akibatnya mereka kurang fokus, hilang
minat belajar dan takut menghadapi hari esok. Kedua, suka menyendiri dan tidak mahu terlibat dalam
aktiviti, ini kerana mereka cuba mengelakkan diri daripada perkara yang mengakibatkan mereka dibuli.
Ketiga, yang terakhir adalah Emosi tidak terkawal, kemurungan dan nampak sedih. Mangsa buli
kebiasaannya tidak mahu bercerita tentang apa yang terjadi, kadang-kadang tidak dapat mengawal
perasaan dan sentiasa nampak dalam keadaan murung dan sedih.
Kesimpulannya, orang-orang terdekat seperti keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling perlu cakna
dengan perubahan-perubahan yang berlaku kepada mangsa buli. Selain itu, adalah menjadi
tanggungjawab bersama untuk membantu mangsa buli agar mereka boleh pulih daripada trauma
yang dihadapi agar mereka dapat meneruskan kehidupan dalam keadaan yang lebih baik.

45

BULETIN APB EDISI 9/2022

CONVENTIONAL EDUCATIONAL BOARD GAMES

DR TUAN SARIFAH AINI SYED AHAMD, NUR AMIRAH NABIHAH ZAINAL ABIDIN,
NUR HAKIMAH MD SALLEHUDDIN & FATIN ALIYAH HASSAN

AKADEMI PENGAJIAN BAHASA, UiTM KAMPUS SEREMBAN

Have you played Scrabble before? It is an example of a conventional board game which is played for
educational purposes in order to test English vocabulary. It has a set of rules in which players have to
start a new word at a specific place on the board. It also has a winning state to determine the winner
at the end of the game. Another interesting fact about Scrabble is the players will feel challenged to
create words with the alphabet tiles they have to obtain the highest score. The challenge may create
fun in playing Scrabble. Thus, any conventional educational board games should not only be fun and
interesting for the players, but it needs to be educational.

Aspects to be considered

To create a fun and educational board games, two aspects need to be emphasised (refer to Figure 1).
The first aspect involves the design of the board itself to grab players’ attention to play. The design
needs to consider the challenges created in the game which are translated into the images and texts
used to design the board. The second aspect is how the learning content is gamified to create the
challenges or quests in a board game.

As for the learning content, there are two options to choose from: (1) structural gamification or (2)
content gamification. Structural gamification applies game elements to enhance learning without
altering the content. The typical games using structural gamification are quiz games using Quizizz or
Kahoot! to evaluate students’ learning outcomes. The examples of game elements used in Quizizz and
Kahoot! are immediate feedback, leaderbord and badges. Whereas, content gamification is using game
elements to alter a learning content to make the content more game-like. For example, a learning
content may be arranged in completing a mission created in a game.

Figure 1 Two aspects of conventional educational board games

46

BULETIN APB EDISI 9/2022

Important Elements in a board game 47

The first element to be considered in creating a board game is knowing the game rules. According to
Fairway3games (2015), there are several things to keep in mind while creating the game rules in order
to ensure that it is understandable and easy to comprehend by the players. Four important points that
should be taken into consideration when creating game rules are:

i. Short and declarative sentences should be used while creating the rules,
ii. Diagram and pictures are used to reflect the idea of the written descriptions given,
iii. Avoid from using jargon words,
iv. Avoid from using passive tense.

In addition, game rules are seen to be important in making sure the games are being played fair and in
proper terms.

Next, winning state is one of the highlighted elements in which it is known to be a situation or state in
a game or level that indicates a specified task or objective has been completed successfully (Ludogogy,
2022). This element is important in ensuring the players are able to keep on playing the games as they
found it to be more interesting as well as challenging from one level to another. Ludogogy (2022) also
mentioned that scoring is seen to have a big impact on in-game performance as well as the player’s
interest, hence it is likely for the creator of the games to create a scoring mechanism as well as win
states for the players to claim their prizes or be satisfied with the games.

Other than the two elements mentioned, immunity is one of the important elements to be considered
in a board game. Immunity prevents the players from losing the game by having the privilege to be in
the game. The more immunity the player get, the higher the chances to stay in the game and winning.
This element encourages and motivates the player to collect the immunity as many as possible in
order to win the game. Besides, immunity also exposes the player to strategise their movement and
plan in the game. Undoubtedly, with immunity element presents in the game, not only the players will
make use of their problem-solving skills, but also critical thinking skills.

Last but not least, the fourth important element of a board game is penalty. The player has to be
cautious in playing the game in order to avoid penalty as points will be deducted from player’s score in
penalty challenge. This element helps the players to choose the best and wise decision while
considering other aspects of the board game. As for example, in Scrabble board game, players need to
plan carefully to create a word from the alphabet tiles without making any mistakes (ie. spelling) which
can lead to the deduction of points or score. Hence why penalty is considered as one of the important
elements in a board game as it also encourages the desire to learn.

In conclusion, these are the aspects in which need to be analysed and considered to create a fun and
educational board game. It is important to think of the different aspects as well as the content of the
game in designing board games to guarantee its relevance. This is also to ensure that by playing the
game, it will be part of the learning process as educational board game transforms the learning
process from exercises or practices to an activity while having fun.

Reference

fairway3games. (2015, December 3). Writing Game Rules – A Recipe. Fairway3games.
https://www.fairway3games.com/writing-rules-a-recipe/

Ludogogy. (2022). Win States in Games to Keep Players Playing. Ludogogy.
https://ludogogy.co.uk/article/designing-win-states-in-games-to-keep-players-playing/

LAEPdOisRi AinNi

48

BULETIN APB EDISI 9/2022

HARI DWIBAHASA ANTARABANGSA
(INTERNATIONAL BILINGUAL DAY)

NOOR AZILLAH MOHAMAD ALI, PM DR SOO KUM YOKE,
SUTINA JUNOS & AFIZAN AMER

FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN & AKADEMI PENGAJIAN BAHASA,
UiTM KAMPUS REMBAU

Universiti Teknologi MARA telah menyasarkan untuk menjadi sebuah universiti terkenal di seluruh
dunia (Globally Renowned University) menjelang tahun 2025, aspirasi ini ditumpukan melalui tiga (3)
teras strategik yang dikaitkan dengan Tema Strategik (ST) yang ditetapkan dengan sewajarnya bagi
memacu Pendidikan Berkualiti, Kecemerlangan Global dan Prestasi Didorong dengan Nilai.

Menyedari usaha di atas, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan dan Akademi Pengajian Bahasa UiTM
Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau telah bekerjasama dengan Lembaga Pengembangan
Bahasa, Universiti Hasyim Asy'ari, Tebuireng, Jombang Indonesia dan telah menganjurkan satu
pertandingan yang melibatkan pembangunan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab pada tahun 2022.

Pertandingan sempena Hari Dwibahasa
Antarabangsa telah melibatkan pertandingan bagi
dua bahasa, iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa
Arab. Di samping itu, pertandingan ini telah
dibuka kepada pelajar sekolah menengah di
Malaysia dan Indonesia. Terdapat empat (4) acara
yang telah dipertandingkan, iaitu Kuiz secara
Langsung dalam Talian Bahasa Inggeris,
Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris, Kuiz secara
Langsung dalam Talian Arab, Pertandingan Pidato
Bahasa Arab.

Usaha ini dilihat sebagai salah satu cara untuk
menyokong usaha Universiti Teknologi MARA
melakar pelan strategik lima tahun, UiTM2025,
yang ditujukan untuk mengubah landskap
universiti menjadi sebuah Universiti terkenal di
seluruh dunia. UiTM2025 merupakan dokumen
rangka kerja selama lima tahun bermula dari
tahun 2020 hingga tahun 2025. Dokumen ini juga
telah menjadi rujukan dalam menggariskan
agenda transformasi universiti untuk memacu
UiTM menjadi sebuah universiti yang terkenal di
arena global yang berteraskan sains, teknologi,
kemanusiaan dan keusahawanan menjelang
tahun 2025.

49

BULETIN APB EDISI 9/2022

Program ini juga dilihat sebagai satu inisiatif
tanggungjawab social (Corporate Social
Responsibility-CSR) universiti dengan membawa
sekolah-sekolah di Malaysia ke pertandingan di
peringkat antarabangsa. Usaha ini juga turut
menyediakan satu platform pertandingan
peringkat antarabangsa yang membuka peluang
kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di
Malaysia. Pelajar-pelajar ini juga telah
menunjukkan prestasi yang sangat baik dengan
mencatat markah tertinggi dalam Pentaksiran
Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum (PAJSK)
Kementerian Pendidikan Malaysia yang kini amat
penting dalam pembelajaran dan pengajaran di
peringkat sekolah.

Kebelakangan ini, telah menjadi lumrah bagi
sesebuah organisasi untuk mengembangkan
usaha yang memberi fokus kepada CSR yang juga
merupakan salah satu fungsi utama sebuah
organisasi. Aktiviti CSR ini juga dilihat selari
dengan usaha dan strategi UiTM dalam melakar
pelan strategik bagi tempoh lima tahun,
UiTM2025.

Melalui pertandingan ini, dua wakil dari Malaysia iaitu saudari Aleya Maisara bt Mohd Ghazali dan
saudari Aina Maisarah bt Azman dari Sekolah SMK Dato’ Haji Mohd Redza telah berjaya mendapat
tempat pertama dalam kategori syarahan Bahasa Inggeris dan tempat kedua dalam kategori kuiz atas
talian Bahasa Inggeris.

Walaupun matlamat utama UiTM adalah untuk memberi tumpuan kepada peningkatan dan kualiti
pendidikan di peringkat universiti, namun tidak dinafikan bahawa pendidikan di universiti bermula
seawal dari pendidikan di sekolah. Pelajar-pelajar di peringkat sekolah merupakan sumber rujukan dan
penanda aras bagi pengupayaan kualiti para pelajar di peringkat pendidikan tinggi. Oleh itu, proses
pembangunan sahsiah diri dan bakat perlu diberi penekanan sejak dari bangku sekolah. Terdapat
banyak bukti yang menunjukkan kualiti bagi seorang pelajar yang berbakat di peringkat sekolah
merupakan persediaan yang penting dalam melahirkan para mahasiswa yang berketerampilan di
peringkat seterusnya. Oleh itu, adalah penting bagi UiTM untuk kekal sebagai sebuah institusi
pendidikan yang menyediakan platform pendidikan terbaik untuk pelajar-pelajar. Komitmen dan
tanggungjawab sosial korporat UiTM kepada masyarakat membawa kesan positif kepada kualiti
perkembangan bakat para graduan di UiTM. Ini dapat dilihat melalui pencapaian para graduan UiTM
yang tidak hanya terhad di dalam negara malah mereka juga menunjukkan pencapaian cemerlang di
peringkat antarabangsa.

50

BULETIN APB EDISI 9/2022
Program ini telah dirasmikan pada 13 Ogos 2022 yang lalu oleh Rektor UiTM Negeri Sembilan, Prof Dr
Yamin Yasin, dan juga Penolong Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau serta
Rektor Universiti Hasyim Asy'ari, Tebuireng, Jombang, Surabaya, Indonesia, Prof Dr H. Haris Supratno.
Program ini juga telah mendapat liputan media dalam talian di Kota Surabaya, Indonesia. Rakaman
program iniboleh diikuti di link tersebut: (https://tebuireng.online/deretan-juara-3-besar-international-
bilingual-day-ke-7-lb-unhasy/),(https://tebuireng.online/gelar-bilingual-day-ke-7-lembaga-bahasa-
unhasy-go-internasional/amp/) .
Program ini juga telah mendukung aspirasi UiTM untuk menjadi sebuat institusi pengajian tinggi yang
berprestasi tinggi. Program seperti ini diharap dapat menyediakan serta melengkapkan ekosistem
yang konstruktif kepada pelajar dan pensyarah sebagai satu usaha untuk meningkatkan daya saing di
peringkat antarabangsa. Selain itu, program sekecil ini juga mampu mendorong nilai murni dalam
menyokong UiTM untuk menjadi pemacu ke arah menjadi universiti terkemuka di dunia.

51

BULETIN APB EDISI 9/2022

PROGRAM GOTONG- ROYONG SUNGAI SERTING,
BANDAR JEMPOL, NEGERI SEMBILAN

DR DEVIKA KRISHNAN

FAKULTI SAINS PENTADBIRAN DAN PENGAJIAN POLISI, UiTM KAMPUS SEREMBAN

Sungai merupakan sumber alam semula jadi yang Seramai 20 orang pelajar EVA515 di bawah
paling berharga di atas muka bumi. Penjagaan seliaan Dr Devika Krishnan, penasihat program
sungai adalah penting untuk memastikan bahawa telah menjayakan aktiviti gotong- royong pada 26
manusia mendapat bekalan air yang bersih Jun 2022 dari jam 9.00 pagi hingga jam 12.00
secara mencukupi. Oleh itu, pembersihan sungai tengah hari. Program ini dijalankan dengan
harus dijalankan secara kerap untuk mengekalkan kerjasama dari komuniti di Kampung Dato’ Johan,
kualiti air yang bersih dan selamat serta boleh Bandar Seri Jempol, Jawatankuasa Pembangunan
digunakan oleh penduduk setempat. Walau dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP)
bagaimanapun, orang ramai terutamanya di serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan.
kawasan pedalaman dan kawasan kampung Ratusan penduduk telah melibatkan diri dalam
kurang diberi pendedahan mengenai penjagaan program gotong-royong ini seterusnya
sungai yang betul. Hal ini kerana, masyarakat mencerminkan inisiatif masyarakat setempat
masih beranggapan bahawa sungai yang ada di untuk menjaga ekosistem sungai Serting. Ini
kawasan mereka bukanlah sungai komersil merupakan satu permulaan yang amat baik bagi
seperti yang tersedia di bandar-bandar besar. memupuk kesedaran terhadap pemeliharaan
Justeru itu, pelbagai program telah diadakan alam sekitar dalam kalangan masyarakat di
untuk memberi kesedaran dan membantu para Kampung Dato’ Johan, Bandar Seri Jempol.
penduduk setempat dalam mengimarahkan lagi
aktiviti pembersihan sungai di tempat mereka. Projek ini dirancang bagi tujuan untuk
mendedahkan kepada komuniti Kampung Dato’
Dalam pada itu, mahasiswa daripada kursus Johan tentang kesedaran penjagaan sungai
Peraturan dan Advokasi Alam Sekitar (EVA515) di secara holistik agar bekalan air dari sungai
bawah program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran tersebut dapat dijamin kualitinya. Mahasiswa
Alam Sekitar (AM226) Kampus Seremban, telah daripada kursus Peraturan dan Advokasi Alam
mengambil inisiatif daripada konsep Service- Sekitar (EVA515) berpendapat bahawa adalah
Learning Malaysia (SULAM) untuk mengadakan penting untuk memberi kesedaran mengenai
program aktiviti gotong-royong membersihkan penjagaan sungai yang betul dan konsisten
Sungai Serting yang terletak di Bandar Jempol, supaya ekosistem sungai dapat dipelihara dan
Negeri Sembilan. dikekalkan. Jika sungai tidak diuruskan dengan
betul, ia akan memudaratkan kehidupan yang
hidup di dalam sungai dan juga memberi impak 52
yang besar kepada hidupan yang bergantung
kepada sungai tersebut. Program ini dijalankan
bukan sahaja untuk memenuhi kehendak kursus
Peraturan dan Advokasi Alam Sekitar (EVA515),
tetapi juga untuk berkhidmat kepada masyarakat
dengan berkongsi ilmu yang telah diajarkan di
dalam kuliah sebagai sebahagian daripada
tanggungjawab sosial sebagai seorang
mahasiswa. Semoga program yang diadakan ini
dapat memberikan impak yang besar terhadap
kewujudan dan kesinambungan Fakulti Sains
Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) dan
UiTM di Negeri Sembilan.

BULETIN APB EDISI 9/2022

11TH UNNES VIRTUAL INTERNATIONAL CONFERENCE
ON ENGLISH LANGUAGE, LITERATURE,
AND TRANSLATION (ELTLT)

DR WAN ZUMUSNI WAN MUSTAPHA

AKADEMI PENGAJIAN BAHASA, UiTM KAMPUS SEREMBAN

The English Language and Literature Department, The conference took place online on Saturday
Faculty of Languages and Arts, Universitas Negeri and Sunday, August 13th to 14th, 2022, via Zoom.
Semarang (UNNES) recently organized an annual The presentations at the two-day ELTLT
event that brings together leading linguists, Conference covered various topics, namely
researchers, scholars, and lecturers worldwide. English Language Teaching and Linguistics,
The 11th UNNES Virtual International Conference Literature, and Translation. The plenary speakers
on English Language, Literature, and Translation are Prof. Emerita Juliane House (University of
(ELTLT) Conference has become one of the Hamburg, Germany), Associate Professor Pamela
greatest annual events for the faculty, with an Allen (University of Tasmania, Australia), Professor
increasing number of participants and presenters Utami Widiati (Universitas Negeri Malang,
compared to the previous year. Indonesia), Dr Roberto Santiago de Roock
(University of California Santa Cruz, USA) and Dr
The objectives of the 11th UNNES International Wan Zumusni (Universiti Teknologi MARA,
Conference on ELTLT are to exchange and share Malaysia). Dr Wan Zumusni Hj Wan Mustapha,
ideas as well as research findings from all from the Academy of Language Studies, UiTM
presenters. In addition, it provides an Kampus Seremban, Negeri Sembilan, presented
interdisciplinary forum for practitioners to on “Cushioning the impacts of teaching and
present and discuss the most recent innovations, learning loss in ODL second & foreign language
trends, concerns, practical challenges classrooms during the Covid19 pandemic”.
encountered, and the solutions adopted in
English Language Teaching, Literature, and Other information on the conference, such as
Translation. The theme of this year’s conference is guidelines, conference fees, and important dates,
“The Roles of English Language Teaching, can be accessed through our website
Literature, and Translation in Addressing the https://seminar.unnes.ac.id/event-
Pandemic - Era Learning Loss”, with several eltlt2022/page/home/0. The papers submitted
subthemes for participants to send their papers are in English and sent to at least two reviewers
to, namely English Language Teaching and and evaluated based on originality, technical or
Linguistics, Literature, and Translation. research content or depth, correctness, relevance
to the conference, contributions, and readability.
All selected papers will be published in
proceedings by a reputable and indexed
international publisher.

53

BULETIN APB EDISI 9/2022

PAMERAN KERJAYA SEMPENA MINGGU SAINS DAN
TEKNOLOGI, PERINGKAT DAERAH REMBAU,
NEGERI SEMBILAN

AHMAD AZMAN MOHAMAD RAMLI

FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT, UiTM KAMPUS REMBAU

Pada tarikh 12 September 2022, hari Isnin, bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, dua orang
pensyarah daripada Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau
iaitu Encik Ahmad Azman Bin Mohamad Ramli dan Encik Mohd Ridzuan Bin Ibrahim telah
mewakiliUiTM Kampus Rembau mengadakan pameran kerjaya dalam bidang Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang diadakan bersempena dengan Minggu Sains dan Teknologi
Peringkat Daerah Rembau di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Undang Haji Adnan, Kota, Rembau,
Negeri Sembilan. Minggu Sains dan Teknologi Peringkat Daerah Rembau ini pula diadakan
bersempena dengan Program Bulan STEM di peringkat Daerah Rembau. Selain daripada UiTM,
terdapat beberapa institusi pendidikan tinggi lain dan agensi-agensi kerajaan yang turut serta
menyertai pameran kerjaya ini.

Gambar 1: Petugas pameran di meja pameran Objektif utama UiTM Kampus Rembau menyertai
pameran kerjaya ini ialah untuk mempromosi
serta memberi pendedahan awal kepada pelajar-
pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar
Daerah Rembau tentang kursus-kursus di
peringkat pra diploma, diploma, ijazah sarjana
muda, sarjana dan doktor falsafah yang sedang
ditawar di UiTM Kampus Rembau secara
khususnya dan di UiTM seluruh Malaysia secara
amnya. Selain itu, pameran ini juga bertujuan
untuk memberi pendedahan mengenai peluang-
peluang pekerjaan yang boleh mereka ceburi
selepas menamatkan pengajian di UiTM. Oleh itu,
para petugas pameran telah menerangkan secara
terperinci kepada para pelajar tentang nama-
nama kursus pengajian yang ditawarkan, syarat-
syarat kelayakan untuk memohon mengikuti
sesuatu kursus pengajian dan peluang kerjaya
selepas menamatkan pengajian. Di samping itu
juga, pameran ini diadakan bertujuan untuk
memberi motivasi kepada para pelajar dalam
mempelajari kursus-kursus berkaitan bidang
STEM di UiTM dan seterusnya menceburi bidang
kerjaya berkaitan STEM.

Gambar 2: Petugas pameran sedang melayani pengunjung Bagi membantu para pelajar supaya lebih
memahami penerangan lisan yang diberikan, para
petugas pameran juga telah mengedar bahan 54
pameran iaitu risalah-risalah berkaitan kursus-
kursus pengajian yang sedang ditawarkan di UiTM
di seluruh Malaysia kepada para pelajar yang
mengunjungi pameran.

Berdasarkan sambutan atau maklum balas yang BULETIN APB EDISI 9/2022
diterima daripada para pelajar yang mengunjungi
pameran tersebut, didapati ramai dalam kalangan Gambar 3: Bahan-bahan pameran
mereka yang berminat untuk menyambung
pengajian di UiTM. Semoga minat tersebut berjaya
direalisasikan terutamanya selepas mereka
menamatkan pengajian di peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.

Kesimpulannya, pameran kerjaya ini telah berjaya
menarik minat ramai pelajar menyambung
pengajian mereka pada peringkat tinggi di UiTM,
terutamanya dalam bidang pengajian yang
berkaitan STEM. Pameran kerjaya ini juga
dianggap telah berjaya meningkatkan lagi imej
UiTM sebagai universiti terbesar di Malaysia
kepada para pengunjung di pameran ini.

55

BULETIN APB EDISI 9/2022

LAPORAN FESTIVAL BAHASA 5.0

NURULNABILAH ABDUL AZIZ, SYAHIRAH ALMUDDIN, NORSHIDA HASHIM
& SITI NUR DINA HAJI MOHD ALI

AKADEMI PENGAJIAN BAHASA, UiTM KAMPUS KUALA PILAH

Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah sekali lagi telah
meneruskan tradisi dengan mengadakan program Festival Bahasa 5.0. Program ini merupakan sebuah
program akademik dengan tujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan bahasa dalam kalangan
pelajar dengan lebih efektif dan menyeronokkan. Program kolaborasi antara Eagles English Club dan
Persatuan Bahasa Arab UiTM Kampus Kuala Pilah ini dilaksanakan pada setiap semester.
Pada semester Mac - Ogos 2022, Persatuan Bahasa Arab (PBA) UiTM Cawangan Negeri Sembilan,
Kampus Kuala Pilah di bawah pimpinan Puan Syahirah Almuddin dan Puan Norshida Hashim selaku
penasihat Persatuan Bahasa Arab (PBA) bersama dengan ahli jawatankuasa pelaksana Festival Bahasa
5.0 telah menjadi teraju utama bagi program kali ini. Ahli jawatankuasa pelaksana adalah di bawah
pimpinan Mohamad Anas Syahmi bin Asrul Iskandar selaku pengarah program dan Nur Shuhada binti
Ikhwan selaku timbalan pengarah program. Program ini turut dijayakan Puan Nurulnabilah Abdul Aziz
dan Puan Siti Nur Dina Haji Mohd Ali selaku penasihat Kelab EAGLES merangkap penyelaras bersama
bagi festival bahasa ini khususnya bagi aktiviti-aktiviti yang melibatkan kategori Bahasa Inggeris.
Program Festival Bahasa 5.0 telah diadakan pada 4 April hingga 24 Jun 2022 iaitu selama dua bulan
bagi membolehkan setiap peserta membuat persediaan rapi dan menghantar hasil tugasan yang
lengkap terutamanya video bagi kategori pertandingan yang telah disertai. Penganjuran program kali
ini merupakan penganjuran kali kedua dijalankan secara dalam talian rentetan daripada program
Festival Bahasa 4.0 yang telah diadakan secara dalam talian buat julung kalinya pada semester
sebelum ini. Sebelum ini, program ini telah dijalankan secara bersemuka di sekitar kampus UiTM Kuala
Pilah sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

56

BULETIN APB EDISI 9/2022

Sebanyak lapan (8) aktiviti bahasa telah
dipertandingkan di bawah kategori Bahasa
Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Mandarin.
Program ini telah berjaya menerima 70
penyertaan daripada pelajar UiTM kampus Kuala
Pilah. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti
berikut:

Bahasa Inggeris
Storytelling
Film Review
Singing

Bahasa Arab
Hayya Natakallam (Perbualan Bahasa
Arab)
Video Tasrif (Video Kata Kerja Bahasa
Arab)
Video Kaligrafi

Bahasa Mandarin
Singing
Video Kaligrafi

Walaupun terdapat sedikit trend penurunan
daripada segi penyertaan berbanding Festival
Bahasa 4.0 pada tahun lepas, namun ahli
jawatankuasa dan peserta Festival Bahasa 5.0
sangat komited dalam memberi yang terbaik bagi
menjayakan program ini.

Pihak penganjur sangat berharap agar Festival Bahasa akan datang dapat dijalankan secara
bersemuka agar para pelajar dapat merasai sendiri kemeriahan program ini sekaligus memupuk
semangat untuk bersaing sesama mereka secara positif.

Majlis penutup program Festival Bahasa 5.0 telah diadakan pada 24 Jun 2022 secara langsung di
saluran YouTube Akademi Pengajian Bahasa Kuala Pilah. Majlis ini dimulakan dengan ucapan Timbalan
Rektor Hal Ehwal Akademik Dr. Noorlis Ahmad, ucapan Ketua Pusat Pengajian Akademi Pengajian
Bahasa Dr Sharifah Sheha Syed Aziz Baftim dan pengarah program. Pada majlis penutup ini,
pengumuman pemenang bagi setiap kategori telah dijalankan dengan cara menyiarkan video senarai
pemenang yang terlibat. Majlis ini dapat ditonton oleh semua pelajar dan pensyarah secara langsung
tidak kira di mana mereka berada. Hal Ini merupakan salah satu inisiatif dan matlamat program ini
dijalankan dengan melibatkan penggunaan aplikasi teknologi dalam menjayakan program festival
bahasa secara dalam talian. Justeru, semua pelajar yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan Festival Bahasa 5.0 kali ini sedikit sebanyak diberi pendedahan mengenai aplikasi
teknologi dalam pembelajaran bahasa secara khusus dan pembelajaran secara umum serta dapat
meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif para pelajar dalam menyelesaikan masalah
atau tugasan yang diberikan selain daripada meningkatkan kemahiran dalam penggunaan bahasa
Inggeris, Arab dan Mandarin dalam kalangan pelajar.

57

BULETIN APB EDISI 9/2022

APB DAN KOMUNITI: DARI SEKOLAH KE SEKOLAH

RODHIAH AMZAH, NIK MAHFUZAH NIK MAT, ASMAHANIM HAJI MOHAMMMAD
YUSUF, NORASHIKIN MOHD MOKHTAR & MOHD IKRAM MOHD NOR RIZAN

AKADEMI PENGAJIAN BAHASA, UiTM KAMPUS SEREMBAN

Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Bank
Negeri Sembilan Kampus Seremban tidak asing Rakyat, YB Dato’ Hj Adnan bin Hj Abu Hassan,
lagi dengan penganjuran program-program dan Koordinator APB Kampus Seremban, En Mohd
aktiviti bertemakan komuniti. Setelah dua (2) Ikram bin Nor Rizan, Penasihat 2 GPMS Kampus
tahun berlalu angkara covid 19, pihak APB Seremban, Puan Rodhiah binti Amzah, guru-guru
Kampus Seremban telah kembali aktif di dalam dari SMK Senawang, beberapa pensyarah dari
memberikan segala keringat dan sumbangan APB Kampus Seremban, fasilitator GPMS dan juga
terhadap Universiti dan juga komuniti setempat. para peserta program. Sesi penyerahan murid
Sebuah program dengan kerjasama Gabungan sekolah kepada pihak UiTM Kampus Seremban
Persatuan Melayu Semenanjung (GPMS) juga telah diadakan dan amanat daripada pihak
Cawangan Khas UiTM Negeri Sembilan Kampus sekolah kepada para peserta juga telah
Seremban dan juga SMK Senawang iaitu “Program disampaikan di dalam majlis perasmian. Setelah
Perkampungan Ilmu” telah diadakan dengan itu, para peserta program telah dibawa melawat
jayanya pada 2 September 2022 hingga 4 kawasan kampus “campus tour” sebelum mereka
September 2022. Program ini melibatkan 89 berehat dan “check-in” kolej kediaman masing-
pelajar calon SPM 2023 dari SMK Senawang, masing.
guru-guru bagi subjek SPM, 9 orang pensyarah
APB dan juga 15 fasilitator daripada GPMS
Kampus Seremban. Para peserta program telah
bermalam di kolej penginapan Mayang Selida dan
segala aktiviti telah diadakan di Dewan Toh Puan
Sungai Ujong (TPSU) 2 dan juga Dewan Annexe.

Program ini diadakan adalah untuk membantu Majlis perasmian Program “Perkampungan Ilmu” pada 2
dan memberi pendedahan kepada para peserta September 2022 bersama barisan tetamu kehormat dan para
mengenai teknik menjawab soalan SPM oleh
guru-guru SMK Senawang sambil dibantu oleh peserta program.
pihak fasilitator pelajar daripada GPMS Kampus
Seremban. Selain itu juga, pihak sekolah berharap Beberapa aktiviti telah diatur oleh pihak APB
agar dengan program ini para peserta mendapat Kampus Seremban dengan kerjasama fasilitator
pendedahan awal terhadap kehidupan dan GPMS Kampus Seremban bagi memastikan para
suasana pembelajaran di universiti sekaligus peserta mendapat pendedahan yang secukupnya
menjadi motivasi buat mereka untuk belajar sebelum mereka mengorak langkah ke alam
bersungguh-sungguh dan menanam impian universiti. Aktiviti bersama telah bermula pada
untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih hari Sabtu 3 September 2022 di mana aktiviti
tinggi selepas peperiksaan SPM. Program ini “Language Explorace” yang melibatkan 5 orang
bermula dengan majlis perasmian pada hari pensyarah APB dan para fasilitator GPMS. Para
Jumaat, 2 September 2022 yang dihadiri oleh peserta telah berjaya menjalankan aktiviti ini
Pengetua Cemerlang SMK Senawang YM Tengku dengan semangat dan gembira kerana para
Adnan Bin Raja Daud, Yang Dipertua PIBG SMK pemenang telah diberikan hadiah saguhati
Senawang, En Marzuki Bin Abdul Manap, Ahli- daripada pihak APB Kampus Seremban.

58

BULETIN APB EDISI 9/2022

Aktiviti “Haluan Kerjaya” juga telah disampaikan
oleh 2 pensyarah APB Kampus Seremban yang
memberi penerangan dan maklumat yang
diperlukan para peserta berkenaan dengan
kemasukan ke UiTM. Pihak APB juga telah
menjemput Puan Nur Izzati Binti Syamsuri,
kaunselor UiTM Kampus Seremban pada sesi
petang untuk slot ceramah motivasi.

Majlis penutup dan sesi penyerahan pulang pelajar
SMK Senawang

Sesi bergambar selepas aktiviti “Language Explorace”

Secara keseluruhannya, program ini telah
berlangsung dengan jayanya kerana mendapat
banyak sokongan daripada semua pihak
terutamanya Koordinator APB Kampus Seremban
dan juga para pensyarah APB khusunya.
Perlaksanaan program ini juga telah berjaya
mengutip sejumlah RM1365 bagi bayaran
penginapan peserta di Kolej Mayang Selida.

Walaupun program ini telah dirancang dalam
masa yang singkat dan terdapat beberapa
kekangan sewaktu program berlansung, namun
semua masalah telah dapat diatasi berkat usaha
sama para pensyarah APB Kampus Seremban
dengan kerjasama fasilitator GPMS Kampus
Seremban yang telah menggembleng tenaga dan
minda bagi menjayakan program ini. Semoga
program-program komuniti dan kerjasama
dengan pihak sekolah dapat dianjurkan lagi di
masa hadapan bagi memberi peluang kepada
pihak Akademi Pengajian Bahasa Kampus
Seremban untuk berkongsi kepakaran serta
menyumbang kepada masyarakat setempat
khususnya. Objektif program ini telah dapat
dicapai dan para peserta serta pihak sekolah
amat berbesar hati dan gembira akan
perlaksanaan program.

59

BULETIN APB EDISI 9/2022

AKTIVITI BAHASA ARAB UITM KAMPUS REMBAU
2022

MASHITAH NORDIN & NUR AINI ARIFFIN

AKADEMI PENGAJIAN BAHASA, UiTM KAMPUS REMBAU

Bermula 17 sehingga 20 Mei 2022, APB UiTM Rembau telah mengadakan program Language and
Culture Fair 2022 secara dalam talian. Pelbagai aktiviti bahasa yang dijalankan yang merangkumi 3
bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Mandarin. Semua aktiviti dalam program ini
dijalankan secara dalam talian kerana pelajar belum sepenuhnya kembali ke kampus. Namun begitu, ia
tidak menjadi penghalang untuk mengadakan program bersama pelajar.

Dalam program ini, terdapat dua aktiviti atau pertandingan melibatkan Bahasa Arab telah dijalankan
pada 18 Mei 2022. Aktiviti tersebut ialah Khattab Milenia dan Pertandingan Video Pendek Bahasa Arab.
Aktiviti ini melibatkan pelajar-pelajar yang mengambil kursus Bahasa Arab pada semester Mac 2022-
Ogos 2022 sahaja.

Khattab Milenia merupakan pertandingan kategori individu. Pertandingan ini menyediakan platform
kepada pelajar untuk mempamerkan dan mengembangkan kemahiran komunikasi secara individu di
samping memperkasakan kebolehan untuk mengorganisasikan syarahan yang akan disampaikan.
Saudari Nur Humaiza Fadlizam daripada kumpulan N5BA1112E dengan syarahan bertajuk ‫اَألْخاَل ُق‬
‫( الَكِرْيَم ُة‬akhlak yang mulia) muncul johan bagi pertandingan ini. Naib johan disandang oleh saudara
Shadiq Khadzri daripada kumpulan N5IM2445A dengan syarahan bertajuk ‫( َدْو ُر الَم ْس ِج ِد‬peranan masjid)
dan tempat ketiga, saudara Muhammad Arif Safwan Azmani daripada kumpulan N5BA1192D dengan
syarahan bertajuk ‫( الَّص اَل ُة‬solat).

Pertandingan Video Pendek Bahasa Arab pula merupakan pertandingan kategori berkumpulan. Tema
video adalah berkaitan dengan Hari Raya bersempena dengan bulan Syawal semasa program
dijalankan. Pelajar-pelajar perlu membuat video tentang sunnah-sunnah Hari Raya yang berkonsepkan
santai dan sampai. Peserta dikehendaki menyampaikan sebuah konsep persembahan dalam bentuk
video yang jelas daripada aspek visual dan audio berdurasi 4 hingga 5 minit sahaja. Johan bagi
pertandingan ini dimenangi oleh kumpulan N5BA1112E (Nur Nadia Abdullah, Raja Sharifah Nor Alia
Raja Shoib dan Wan Natasha Abdul Malek). Manakala naib johan adalah daripada kumpulan
N5BA1112D (Maizatul Aisyah Nazarudin, Nur Farah Qistina Syahrizal dan Siti Aisyah Zaini) dan tempat
ketiga pula dimenangi oleh kumpulan N5BA1111A (Afnan Mohd Dzafer dan Nurain Syafiqah Ramlie).

60

BULETIN APB EDISI 9/2022

Aktiviti Bahasa Arab ini telah mendapat sambutan yang baik daripada para pelajar dan telah mencapai
objektifnya hasil kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah Bahasa Arab dan
para pelajar di mana pembelajaran Bahasa Arab dapat dijalankan menerusi medium yang berbeza.
Aktiviti seperti ini juga dapat membantu para pelajar untuk memantapkan lagi penguasaan Bahasa
Arab dan kemahiran lain seperti penggunaan teknologi dan lain-lain.

61

BULETIN APB EDISI 9/2022

LET’S EXPLORE LIFE CHANGING OPPORTUNITY
WITH LINKEDIN

NUR SYAZA FARHANAH YUSRIN, AMELIA FARZANA ZOLLKIFFLI
& SHARIFAH FAATIHAH SYED MOHD FUZI

FAKULTI SAINS PENTADBIRAN DAN PENGAJIAN POLISI, UiTM KAMPUS SEREMBAN

Pada 16 April 2022, Persatuan Corporate LinkedIn boleh diakses dari laman sesawang,
Administration Student Society (CASS) dan ataupun aplikasi mudah alih LinkedIn. Aplikasi
Persatuan Bachelor of Environmental LinkedIn juga boleh digunakan bagi mengatur
Administration (BEVA) di bawah Fakulti Sains acara di luar talian, menulis artikel, memaparkan
Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Kampus gambar atau video serta pelbagai lagi fungsi yang
Seremban telah mengadakan program “Let’s lain. LinkedIn dilihat sebagai salah satu cara yang
Explore Life Changing Opportunity with LinkedIn”. mudah dalam menempatkan setiap individu
Program ini bertujuan untuk memberi dalam kalangan golongan profesional serta
pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar menjimatkan kos.
tentang aplikasi LinkedIn serta tatacara
penggunaannya. Aplikasi LinkedIn ini dijangka Penceramah jemputan yang dipilih adalah mereka
dapat membantu pelajar dalam mencari yang aktif dalam menggunakan aplikasi LinkedIn.
pekerjaan atau latihan industri. Ini kerana, masih Penceramah pertama, Encik Aziph Mustapha
terdapat segelintir pelajar yang belum merupakan Ketua Transformasi Budaya dan
mempunyai pengetahuan mengenai aplikasi Penglibatan Pekerja di Celcom Axiata. Manakala,
tersebut. Oleh yang demikian, pelaksanaan penceramah kedua, Encik Nazrul Irfanradi
program ini amat diperlukan bagi meningkatkan merupakan LinkedIn Freelance Speaker. Ilmu
pengetahuan pelajar dalam menyiapkan diri pengetahuan daripada pakar amat diperlukan
mereka sebelum menempuh alam pekerjaan. bagi memastikan kepentingan dan cabaran
semasa menggunakan aplikasi LinkedIn dapat
Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan diketahui dan diatasi oleh peserta program.
para pelajar dengan salah satu jaringan kerjaya
terkemuka yang digunakan oleh ahli profesional.
Wakil pihak profesional dalam industri telah
dijemput bagi menerangkan dan menjawab
segala pertanyaan daripada pelajar mengenai
proses menghasilkan profil diri yang sesuai dan
berpotensi dalam menarik minat majikan.
Program ini telah dijalankan di aplikasi Youtube
Live di saluran kelab CASSFSPPP serta Google
Meet.

Apakah itu LinkedIn?

LinkedIn merupakan rangkaian profesional yang
terbesar di dunia di Internet. Aplikasi LinkedIn ini
digunapakai dalam mencari pekerjaan, latihan
industri, menyambung dan mengukuhkan
hubungan profesional, serta mempelajari
kemahiran yang diperlukan dalam kerjaya.

62

BULETIN APB EDISI 9/2022

Sebab Utama Program Dijalankan Di samping itu, dapat dilihat bahawa peserta
berminat untuk meneroka dengan lebih
Pengangguran merupakan antara fokus utama mendalam dan menggunakan aplikasi ini bagi
yang perlu diberi perhatian terutamanya semasa memudahkan proses mereka mencari pekerjaan
pemulihan pasca COVID-19. Semasa pandemik dan memberikan mereka peluang untuk
COVID-19, peningkatan jumlah pengangguran menonjolkan diri dengan lebih proaktif.
dan rakyat yang hilang pekerjaan dilihat telah
meningkat. Situasi tersebut meninggalkan impak Sebagai rumusan, aplikasi LinkedIn merupakan
yang tinggi terutamanya kepada sektor ekonomi salah satu platform yang signifikan dalam
negara serta individu. Tambahan pula, terdapat menyerlah bakat serta menarik perhatian pihak
isu-isu yang melibatkan graduan universiti di profesional dan majikan. Penganjuran program
antaranya adalah peluang pekerjaan baharu seperti ini dapat membantu pelajar bagi
semakin berkurangan serta gaji yang ditawarkan menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan
pula tidak setimpal dengan kelayakan dan latar potensi diri dengan literasi kemahiran digital.
belakang kelayakan pengajian pelajar. Keadaan ini Justeru, aplikasi LinkedIn ini mempunyai banyak
akan menjejaskan daya produktiviti graduan manfaat kepada semua lapisan masyarakat
memandangkan para graduan tidak dapat terutamanya graduan dalam menangani isu
menerapkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kebolehpasaran.
tinggi mereka dalam bidang pekerjaan. Namun
demikian, graduan dilihat sebagai sumber tenaga
berkemahiran tinggi yang dapat memberikan
impak secara langsung dan tidak langsung
kepada pertumbuhan ekonomi negara. Dengan
adanya program seperti ini, ia dapat
meningkatkan kebolehpasaran graduan dengan
meningkatkan kemahiran serta mengumpul data
atau profil graduan yang lebih berpusat dan
cekap. Pendedahan dan galakan kepada pelajar
untuk mengikuti program seperti ini juga boleh
meningkatkan nilai tambah serta kualiti diri
pelajar. Ianya juga sejajar dengan inisiatif
pembangunan mapan yang mementingkan
kemajuan negara dengan arus teknologi masa
kini.

Maklumbalas Peserta Program

Melalui program yang telah dijalankan, ianya telah
memberi impak yang positif kepada peserta
secara umumnya serta pelajar universiti yang
terlibat khususnya. Sepanjang program ini
berlangsung, maklumbalas yang diterima adalah
pengisian yang menarik dan bermanfaat daripada
kedua-dua penceramah jemputan, peserta dapat
menyediakan profil diri dan mempromosi kualiti
diri mereka. Peserta juga dapat mempelajari ilmu
baharu dengan aplikasi LinkedIn yang dipelajari.

63

BULETIN APB EDISI 9/2022

PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN PASUKAN AUDIT
DALAM UITM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

WAN ELINA FARADILLA WAN KHALID*1, TENGKU SHARIFELEANI RATUL MAKNU
TENGKU SULAIMAN 2, ALIA NADIRA ROSLE 3, NURUL AUNI ZAINAL ABIDIN1 ,
SITI NOOR DINA AHMAD 4, & SITI ZAHARAH MOHD RUSLAN 4

2 1 FAKULTI SAINS GUNAAN, UiTM KAMPUS KUALA PILAH
FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN, UiTM KAMPUS SEREMBAN
3 JABATAN SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK, UiTM KAMPUS REMBAU
4JABATAN SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK, UiTM KAMPUS KUALA PILAH

International Organization for Standardization (ISO) mendefinisikan pengauditan sebagai proses yang
sistematik, bebas dan didokumenkan untuk mendapatkan bukti objektif dan menilainya secara objektif
untuk menentukan sejauh mana kriteria audit dipenuhi. Audit dalaman dijalankan oleh organisasi
melalui juruaudit terlatih bagi memastikan organisasi mematuhi kepada sistem pengurusan piawai
(Lenning & Gremyr, 2022). Audit dalaman di UiTM Cawangan Negeri Sembilan (UiTMCNS) dijalankan
sekurang-kurangnya sekali dalam setahun adalah berdasarkan ISO 9001:2015 dan Code of Practice for
Institutional Audit (COPIA). Kaizen merupakan terminologi Jepun untuk usaha penambahbaikan
berterusan yang melibatkan pengurangan kos, peningkatan kualiti dan kepuasan hati pelanggan (Balaji
& Gopal, 2021; Suárez-Barraza et al. 2011). Secara umumnya, penambahbaikan berterusan
merupakan salah satu cara untuk mencapai kecemerlangan dalam kualiti di mana penglibatan semua
individu dalam satu organisasi yang bekerja bersama-sama bagi melakukan penambahbaikan (Singh &
Singh, 2015).

Jawatankuasa Pasukan Audit Dalam UiTMCNS sentiasa mengamalkan penambahbaikan berterusan
pasukan audit yang merupakan salah satu elemen penting dalam ISO 9001:2015 (Seksyen 10). Untuk
itu, satu bengkel pelaporan audit telah dijalankan pada 1 Jun 2022 oleh Unit Sistem Audit dibawah Unit
Pengurusan Kualiti, UiTMCNS bagi meningkatkan kefahaman dan memantapkan ilmu berkaitan audit.
Bengkel ini telah dijalankan melalui platform dalam talian (Cisco-Webex) dan telah dihadiri oleh
seramai 60 peserta yang terdiri daripada auditor Kampus Kuala Pilah, Seremban dan Rembau. Bengkel
ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran auditor dalaman terutamanya bagi penulisan
laporan audit dan seterusnya dapat menghasilkan laporan audit yang lebih berkesan dan
komprehensif bagi setiap sesi audit dalaman yang dijalankan.

Bengkel Pelaporan Audit yang dijalankan pada 1 Jun 2022
melalui platform Cisco-Webex

64

BULETIN APB EDISI 9/2022

Sesi perbincangan bersama Puan Hairani Wahab berkenaan
templat pelaporan audit

Penceramah bagi bengkel ini ialah Puan Hairani Wahab, Ketua Unit Kualiti Fakulti Pengurusan
Maklumat, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Perdana. Lanjutan daripada bengkel ini juga,
satu sesi perbincangan di antara penceramah dan Ketua Sistem Audit (KSA) UiTMCNS telah diadakan
untuk membincangkan templat dokumen pelaporan audit dalaman UiTMCNS. Sesi perbincangan ini
diadakan khusus bertujuan untuk menambahbaik templat pelaporan audit yang telah dibangunkan
oleh Jawatankuasa Pelaporan Pasukan Audit Dalaman yang diketuai oleh KSA dan tiga orang Timbalan
KSA (Kampus Kuala Pilah, Seremban dan Rembau).
Bagi menambahbaik dan melancarkan proses penyediaan laporan audit dalam, Pasukan Audit Dalam
UiTMCNS juga sedang dalam proses untuk membangunkan proses pelaporan audit yang lebih
sistematik yang dinamakan eLaporan Audit UiTM Cawangan Negeri Sembilan (eLANS). Proses
penyediaan eLANS ini telah bermula sejak tahun 2020 bagi mencari kaedah atau mekanisma terbaik
penyediaan laporan audit. Idea pembangunan eLANS diperolehi rentetan penutupan sistem e-
Pelaporan Audit Dalam UiTM (SePADU). Selain itu juga, idea pembangunan eLANS diperolehi daripada
maklumbalas auditor yang menyatakan tempoh menganalisa penemuan audit yang mengambil masa
yang lama. Pembangunan eLANS diharap dapat mempercepatkan proses penyediaan laporan audit
dalam terutamanya di UiTMCNS.

Rujukan
Balaji, K. C. & Gopal, P. (2021). Continuous Improvement in Just in Time Manufacturing (Jit),

A Systematic Literature Review. International Journal of Engineering Applied Sciences and Technology, 6(2), 77-94
Lenning, J. & Gremyr, I. (2022) Unleashing the Potential of Internal Audits: A Review and

Research Agenda. Total Quality Management & Business Excellence, 33(9), 994-1010.
Singh, J. & Singh, H. (2015). Continuous improvement philosophy – literature review and

directions. Benchmarking: An International Journal, 22(1), 75-119.

65

BULETIN APB EDISI 9/2022

BENGKEL OVERLEAF – PERISIAN LATEX EDITOR
UNTUK SUNTINGAN ARTIKEL

JULIANA HAMKA KAMARODDIN, ROZIANIWATI YUSOF, NORMAZIAH ABDUL
RAHMAN, SUZANA BAHARUDIN, HASLINDA NORADZAN

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK, UiTM KAMPUS SEREMBAN

Anda biasa menyiapkan kertas kerja, tesis, jurnal Bengkel Overleaf telah diadakan pada 28
menggunakan perisian Microsoft Word, tetapi September 2022 dan penyertaan telah dibuka
kadangkala kerja-kerja penyuntingan dokumen, kepada semua pensyarah di UiTM Kampus
jadual, gambarajah dan penggunaan simbol Seremban. Sesi perkongsian selama 3 jam ini
matematik memeningkan anda? Apa kata anda disertai oleh seramai 29 pensyarah dari pelbagai
cuba menggunakan perisian percuma Overleaf fakulti dan telah dilaksanakan sepenuhnya secara
secara dalam talian menerusi pautan dalam talian dengan menggunakan aplikasi
www.overleaf.com. Overleaf adalah perisian Webex. Puan Juliana Hamka Kamaroddin yang
penyuntingan Latex berasaskan web dan juga merupakan pensyarah Jabatan Sains
mempunyai pelbagai ciri-ciri istimewa. Perisian ini Komputer merupakan penceramah bagi bengkel
boleh diakses di mana-mana sahaja ini.
menggunakan akses Internet kerana ia
menggunakan storan dalam talian. Ia juga sangat Rajah 1: Poster program
mudah, menjimatkan masa, mesra pengguna,
serta membolehkan pengguna berkolaborasi Rajah 2: Sesi Webex Program
bersama rakan dalam menghasilkan suntingan
pada fail atau projek yang sama. Antara kelebihan
Overleaf yang lain ialah ia mampu membuat
figurasi cerdik terhadap sistem penomboran yang
terdapat dalam dokumen, mempunyai
kemudahan untuk membuat rujukan kerana
terdapat pautan yang membolehkan item-item
dalam dokumen seperti sections, figures, tables
dan bibliografi yang boleh dihubung dan dirujuk
dengan mudah. Paling menarik, Overleaf juga
mempunyai pelbagai templat tesis, kertas kerja,
slaid pembentangan dari pelbagai universiti di
seluruh dunia yang boleh terus diguna pakai dan
dikongsi bersama.

Kemahiran digital dalam penulisan dan suntingan
artikel merupakan satu kemahiran yang penting
bagi seorang pensyarah dalam melaksanakan
tugasan pengajaran, penyelidikan dan penulisan.
Oleh itu, Jabatan Sains Komputer Cawangan UiTM
Negeri Sembilan (UiTMCNS) Kampus Seremban
telah mengambil inisiatif menganjurkan satu
bengkel untuk memperkenalkan perisian Overleaf
untuk membantu pensyarah menyunting hasil
penulisan dengan cara yang lebih mudah dan
menarik sejajar dengan saranan dan galakan
universiti untuk meningkatkan lagi bilangan
penerbitan dalam kalangan pensyarah.

66

BULETIN APB EDISI 9/2022

Menerusi program ini, penceramah telah Rajah 4: Penilaian Peserta Selepas Kursus
berkongsi pengalaman beliau menggunakan
perisian Overleaf dalam penulisan artikel semasa Berikutan penganjuran bengkel ini telah
beliau melanjutkan pengajian di United Kingdom. mendapat maklum balas yang positif, maka
Bengkel ini dimulakan dengan pengenalan Jabatan Sains Komputer merancang untuk
terhadap latar belakang perisian dan bahasa meneruskan lagi siri bengkel Overleaf ini dengan
Latex, seterusnya penjelasan terhadap keperluan membincangkan elemen-elemen yang lebih
penggunaan aplikasi dan demonstrasi menarik pada masa akan datang. Adalah
penggunaan Overleaf dilaksanakan. diharapkan bengkel seperti ini dapat membantu
para pensyarah dalam menghasilkan penerbitan
Bagi menjayakan bengkel ini, seramai 12 orang dengan lebih efisien sekaligus mengangkat nama
ahli jawatankuasa telah bekerjasama UiTM Cawangan Negeri Sembilan ke peringkat
melaksanakan tugasan mereka bagi memastikan yang lebih tinggi.
kelancaran bengkel. Borang maklum balas
peserta turut diedarkan dan hasil maklum balas
telah dianalisa bagi mengkaji keberkesanan
program serta mendapat cadangan
penambahbaikan untuk masa akan datang. Rajah
3 dan 4 di bawah menunjukkan analisis maklum
balas daripada peserta iaitu pengetahuan
sebelum dan selepas menghadiri bengkel.
Kebanyakan peserta berpuas hati dan berjaya
menguasai cara penggunaan aplikasi Overleaf.
Mereka juga mencadangkan agar bengkel ini
diteruskan lagi dengan siri ke-2 iaitu mengadakan
bengkel secara “hands on” untuk menghasilkan
satu suntingan yang lengkap. Selain itu, para
peserta juga memohon supaya bengkel seperti ini
diteruskan dengan memberi fokus kepada
aplikasi serta menghasilkan satu templat secara
terperinci.

Rajah 3: Penilaian Peserta Sebelum Kursus

67

BULETIN APB EDISI 9/2022

A BRIEF REPORT ON THE CANADIAN CHAPTER:
SIGNING OF THE MOU BETWEEN UITM AND THE

UNIVERSITY OF OTTAWA, CANADA.

PM KHAS DR ANGELINE RANJETHAMONEY VIJAYARAJOO

AKADEMI PENGAJIAN BAHASA, UiTM KAMPUS SEREMBAN

This memorable and historical journey began on the 15th of August, 2022. 68
The members of the team who left for Canada on government service comprised the following people:

Prof Yamin Yasin (our Rector, UiTMCNS)
Ts Dr Noorlis Ahmad ( Deputy Rector,Academic Affairs, UiTMCNS)
Dr Siti Nor Atika Baharin ( Liaison Officer, UiTM Global, UiTMCNS)
Associate Professor Dr Angeline Ranjethamoney Vijayarajoo (UiTMCNS, APB Seremban,)

We began our journey from Kuala Lumpur to Canada, with a transit stop- over at Doha. After this, our
first point of entry to Canada was Montreal, where we had a connecting flight to Toronto.

Toronto was where our first official duties began on the 15th of August, 2022.
However, the focus of this article is the signing of the MoU between the University of Ottawa and
Universiti Teknologi MARA, Malaysia. Hence, this article will only focus on the MoU Ceremony between
Universiti Teknologi MARA (UiTM) and the University of Ottawa (UO).

Our second point of the visit, which is the highlight of the entire trip, is the visit to the University of
Ottawa, where the MoU was signed. Just a little background before this was that the Letter of Intent
was signed between the two Universities on May 25th 2022, in UiTM Shah Alam, Malaysia. This
document was signed by the President of the University of Ottawa, Jacques Fremont and our Vice
Chancellor, Professor Datuk Dr Ts Hajjah Roziah Janor.

The MoU ceremony was like a déjà vu moment, with the same people signing a document, this time, a
far more important one – the Memorandum of Understanding, with some differences that will be
mentioned.

Firstly, what was significant was the attendance and presence of the Malaysian High Commissioner to
Canada, to witness this special moment in the lives of both Universities. Her Excellency Datin Paduka
Anizan Siti Hajjar Adnin added a sense of grandeur to this historic event. An added difference was that
we were on Canadian soil, so to speak. Right at the Telfar Business School Hall, where Prof Yamin
Yasin, Rector of UiTMCNS, was the witness to our Vice Chancellor, while Prof Sanni Yaya, the Vice
President of the University of Ottawa, was the witness to the President of the University of Ottawa.
Prof Sanni Yaya was not present in Malaysia for the signing of the Letter of Intent ceremony, hence
another difference.

As for the time of day, the MoU ceremony was held at noon, while the Letter of Intent Ceremony in
Malaysia, was held in the morning.

We are very thankful to Her Excellency, the Malaysian High Commissioner to Canada, The President
and the team from the University of Ottawa Team, our Vice Chancellor and the UiTMCNS team and the
Academy of Language Studies Team for making this event a reality.

After the signing ceremony, we were served refreshments, and by evening, the event was over with
many photographs of smiles.

BULETIN APB EDISI 9/2022

Behind those smiles, we were all aware of the work ahead, collaborating effectively to bring about
mutual benefit to both countries.

Behind those smiles, we were also aware of the work that went into these negotiations months earlier,
leading up to this point, with our team headed by Professor Dr Yamin Yasin, our Rector of UiTMCNS,
Ts.Dr Noorlis Ahamd, our Deputy Rector of Academic Affairs, UiTMCNS, Dr Siti Nor Atika Baharin, Dr
Nor Monika Ahmad, Mohd Ikram Mohd Nor Rizan, the Coordinator of the Academy of Language
Studies, Seremban, Abdul Fattah Abdul Ghani, Aeimi Ruzana Abu Kassim, Razif Sazali and I. Behind
those smiles, we were tired but relieved of accomplishing a feat.

In conclusion, this journey was a long but fruitful one, with the first mark in terms of direction, towards
concrete academic collaboration between the two universities. On behalf of APB Seremban, I would
like to thank our Vice Chancellor, Professor Datuk Dr Ts Hajjah Roziah Janor, Prof Yamin Yasin and the
management of UiTM for making this trip possible. Our special thanks to our Vice Chancellor,
Professor Datuk Ts Dr Hajjah Roziah Janor, Prof Yamin, Dr Noorlis Ahmad, Dr Siti Nor Atika Baharin
(Liason officer, UiTM Global, UiTMCNS) and Dr Nor Monika Ahmad, (Coordinator, Corporate
Communication Unit UiTMCNS), for being great partners with APB during this physical journey whilst in
Canada. (We were constantly contacting Dr Nor Monika Ahmad, days and nights).

Behind those smiles, we all knew how much of our hearts, minds, time and energy was well invested
into a great project with work in progress.

The Team that went to Canada from The signing of the MoU by the President of
UiTMCNS. UO, Jacques Fremont and the Vice Chancellor

of UiTM, Professor Datuk Ts Dr Hajjah Roziah

From left: Ts.Dr Noorlis Ahmad, Dr Siti Nor Janor. Looking on are Prof Sanni Yaya from
Atika Baharin, AP Dr Angeline Ranjethamoney UO, Her Excellency Datin Paduka Anizan Siti

Vijayarajoo and Prof Dr Yamin Yasin. Hajjar Adnin, the Malaysian High
Commissioner to Canada in Ottawa and Prof

Yamin Yasin from UiTMNS.

69

BULETIN APB EDISI 9/2022

The Witnesses to the MoU, Prof Sanni Yaya Prof Yamin and our Vice Chancellor at UO
from UO, and Prof Yamin Yasin from UiTMNS,
signed the document. Standing behind and Note: our VC purchased and is wearing the
UO t-shirt. This is camaraderie, and
looking on are President Jacques Fremont, collaboration!
Her Excellency Datin Paduka Anizan Siti Hajjar

Adnin, the Malaysian High Commissioner to
Canada in Ottawa and Vice Chancellor of
UiTM, Professor Datuk Ts Dr Hajjah Roziah
Janor.

The UiTMCNS team at UO

70

BULETIN APB EDISI 9/2022

PROGRAM UITM@CITRA LORONG SENI 71
SEREMBAN (UITM & MBS @ CLAS)

SHARINA SALMI AZMI, NOOR SHAHARIAH SALEH, FATIN ALIYAH HASSAN
& NIK MAHFUZAH NIK MAT

AKADEMI PENGAJIAN BAHASA, UiTM KAMPUS SEREMBAN

Tanggal 11 September 2022 bersamaan hari
Ahad, buat julung kalinya telah berlangsung Majlis
Perasmian Program UiTM & MBS @ Lorong Seni
Seremban (UiTM & MBS @ CLAS). Program ini
adalah kerjasama di antara Bahagian
Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat &
Alumni (PJIM &A) UiTM Cawangan Negeri
Sembilan dan Unit Pelancongan Majlis Bandaraya
Seremban (MBS). Lorong Seni Seremban
merupakan salah satu inisiatif tarikan pelancong
yang diusahakan oleh Majlis Bandaraya Seremban
(MBS) bagi membangkitkan minat dan keterujaan
pengunjung apabila menyusuri lorong serta
bangunan – bangunan lama sekitar bandar
Seremban.

UiTM Cawangan Negeri Sembilan selaku universiti
awam terbesar di Negeri Sembilan melihat
kerjasama ini sebagai satu usaha yang positif dan
membawa kebaikan kepada banyak pihak. Di
samping itu, pihak universiti ingin mengambil
peluang ini membantu pihak Majlis Bandaraya
Seremban (MBS) dengan menjadikan program ini
satu platform bagi mempromosikan Lorong Seni
dan UiTM Cawangan Negeri Sembilan secara
amnya.

Untuk makluman, program ini berlangsung
selama tiga bulan bermula dengan Majlis
Perasmian oleh YBhg. Datuk Bandar Seremban
yang berlangsung pada 11 September 2022
sehingga Majlis Penutup pada 18 Disember 2022.
Pelbagai aktiviti telah dirancang yang melibatkan
pelbagai unit, jabatan dan fakulti dari UiTM
Cawangan Negeri Sembilan.

Majlis perasmian pada 11 September 2022 telah
dimulakan pada pukul 9.30 pagi dengan
kehadiran tetamu jemputan diikuti dengan
ketibaan YBhg. Prof Dr. Yamin Yasin, Rektor UiTM
Negeri Sembilan. Acara perasmian telah
disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Masri bin Haji
Razali selaku Datuk Bandar Majlis Bandaraya
Seremban.

BULETIN APB EDISI 9/2022

Meskipun cuaca agak mendung, acara perasmian pada pagi itu telah diserikan dengan gimik
Perasmian Art Street Digital Mural dan juga persembahan tarian oleh pelajar-pelajar dari Unit
Kebudayaan UiTM Cawangan Negeri Sembilan.
Usai gimik perasmian dan persembahan yang memikat hati penonton, acara diteruskan dengan
aktiviti-aktiviti menarik di bawah kelolaan Akademi Pengajian Bahasa Cawangan Negeri Sembilan.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti permainan congkak dan batu Seremban, Sing
Along, khat dan kaligrafi serta pameran Bahasa. Aktiviti-aktiviti ini ternyata telah menarik kedatangan
dan sambutan ramai pengunjung yang bukan sahaja sebagai hiburan akan tetapi memberi manfaat
dari segi ilmu pengetahuan am di samping menghabiskan masa bersama keluarga.
Secara keseluruhannya, program ini adalah kejayaan yang besar dan menjadi titik permulaan bagi
kerjasama antara kedua pihak. Diharapkan kerjasama dua hala ini dapat memberi pendedahan dan
impak kepada pelajar dan warga UiTM yang terlibat dan seterusnya dapat menonjolkan lagi aktiviti dan
kegiatan di Lorong Seni Seremban dan menarik lebih ramai pengunjung untuk berkunjung ke lokasi ini.

72

BULETIN APB EDISI 9/2022

LAPORAN PROGRAM MICROSOFT TEAMS DAN
STRATEGI PENGGUNAAN TEAMS UNTUK
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

FATIN ALIYAH HASSAN, DR TUAN SARIFAH AINI SYED AHMAD, NUR HAKIMAH MD
SALLEHUDDIN & NUR AMIRAH NABIHAH ZAINAL ABIDIN

AKADEMI PENGAJIAN BAHASA, UiTM KAMPUS SEREMBAN

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran di Institut
Pengajian Tinggi secara amnya telah dijalankan
secara dalam talian akibat daripada penularan
wabak koronavirus yang tular pada tahun 2020.
Universiti Teknologi MARA (UiTM) juga tidak
terkecuali, di mana sistem pendidikan yang
dahulunya bersemuka digantikan dengan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran secara dalam
talian.

Sebagai satu usaha bagi memastikan pelajar tidak
ketinggalan dalam mengikuti aktiviti
pembelajaran, para pensyarah telah menambah
baik cara pengajaran yang digunakan di dalam
kelas. Para pensyarah juga sentiasa menambah
baik proses pengajaran yang dijalankan serta
sentiasa mencari resolusi terbaik bagi
memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran untuk semua pelajar dapat
diteruskan.

Oleh yang demikian, pada 1 April 2022 yang lalu, Selain itu, penganjuran program ini juga diharap
pihak Akademi Pengajian Bahasa Kampus dapat membantu UiTMCNS dalam memperkasa
Seremban telah menganjurkan program webinar sumber manusia sedia ada dengan pengetahuan,
bertajuk “Microsoft Teams dan Strategi latihan dan kemahiran yang bersesuaian bagi
Penggunaan Teams untuk Pengajaran dan meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja warga
Pembelajaran”. Program ini dijalankan atas inisiatif UiTM terutamanya dalam bidang pengajaran dan
pihak APB UiTMCNS Kampus Seremban dalam pembelajaran.
usaha meningkatkan pengetahuan, kemahiran
dan kualiti kerja warga APB khususnya dalam Program ini dijalankan menggunakan aplikasi
memperkasa strategi pengajaran dan Microsoft Teams sebagai platform utama. Ini
pembelajaran Bahasa. membolehkan para pensyarah yang menyertai
program ini dapat menyesuaikan diri serta dalam
masa yang sama memberi pendedahan kepada
penggunaan aplikasi Microsoft Teams.

73

BULETIN APB EDISI 9/2022
Selain itu, penganjuran program ini juga diharap dapat membantu UiTMCNS dalam memperkasa
sumber manusia sedia ada dengan pengetahuan, latihan dan kemahiran yang bersesuaian bagi
meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja warga UiTM terutamanya dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran.
Program ini dijalankan menggunakan aplikasi Microsoft Teams sebagai platform utama. Ini
membolehkan para pensyarah yang menyertai program ini dapat menyesuaikan diri serta dalam
masa yang sama memberi pendedahan kepada penggunaan aplikasi Microsoft Teams.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya menepati objektif yang ingin dicapai iaitu:
1. Meningkatkan kemahiran penggunaan Microsoft Teams kepada para pensyarah bagi tujuan
pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian.
2. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT para pensyarah.

Program ini juga mendapat sokongan yang amat baik daripada warga Akademi Pengajian Bahasa
dengan kehadiran peserta yang memuaskan. Semoga usaha murni dalam meningkatkan dan
menambah baik pengetahuan dan kemahiran ICT para pensyarah akan diteruskan.

74

Ainn kinnovwesltemdgenet
payisnttehreest.best

BENJAMIN FRANKLIN

TERIMA KASIH

Hak Cipta Terpelihara

AKADEMI PENGAJIAN BAHASA
UiTM CAWAWANGAN NEGERI SEMBILAN

KAMPUS SEREMBAN

SIRI 2 / 2022


Click to View FlipBook Version