PERPUSTAKAAN PENDETA ZA’BA
PAMERAN RAJA KITA
PENGERTIAN RAJA DAN KERAJAAN
Apakah maksud Kerajaan?
Kerajaan bermaksud negeri atau negara
yang ditadbir secara sah
Apakah maksud Raja atau Sultan?
Raja atau Sultan merupakan pemerintah
tertinggi bagi sesebuah kerajaan berdaulat
Penubuhan Majlis Raja-raja
Majlis Raja-raja ditubuhkan secara formalnya dalam tahun
1948 sebagai menggantikan Mesyuarat Raja-raja Negeri-
negeri Bersekutu yang dikenali sebagai Majlis Raja-raja
Melayu (Durbar). Ianya pertama kali diadakan di Kuala
Kangsar pada tahun 1897. Majlis ini dianggotai oleh empat
orang Raja dari Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan
Pahang. Mesyuarat Majlis Raja-raja yang pertama diadakan
ialah pada 18 Februari 1948. Mesyuarat ini dibuat pertama
kali dihadiri oleh semua Sembilan orang Raja-Raja Melayu.
Antara tahun 1948 hingga 1957, Mesyuarat Majlis Raja-raja
diadakan sebanyak 50 kali. Antara sumbangan yang dibuat
untuk kebajikan orang Melayu adalah seperti yang berikut:
1.Penubuhan Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi
Majlis Raja-raja (Mesyuarat ke-8, 1949)
2.Mengehadkan kemasukan tenaga buruh dari negeri China
dan India
3.Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
walaupun bukan sebagai bahasa kebangsaan.
Sidang Durbar Kedua pada tahun 1903
Mesyuarat Durbar 1897
Pada awalnya, Dato' Onn Jaafar, Dato' Panglima Bukit Gantang, Dato' Abdul Wahab, Dato' Nik
Ahmad Kamil Mahmood dan Dato' Hamzah bin Abdullah yang masing-masing merupakan Menteri
besar Johor, Perak, Kelantan dan Selangor telah memainkan peranan penting dalam Mesyuarat
Majlis Raja-raja.
"Majlis ini merupakan perhimpuan yang paling agung di negara ini. Meskipun Majlis ini tidak
mempunyai kuasa menggubal undang-undang atau mengenakan cukai ataupun menyekat
perbelanjaan awam, ia sangat berpengaruh. Majlis ini merupakan badan penghubung yang erat
antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri pada tahap yang tertinggi. Mesyuarat yang
dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri bagi pihak Kerajaan Persekutuan, dan
Raja-raja dan Yang di-Pertua Negeri bersama-sama dengan Menteri Besar atau Ketua Menteri
masing-masing ini, memberikan peluang kepada mereka untuk membincangkan masalah bersama
yang mungkin dihadapi oleh mana-mana negeri dan memandangkan Mesyuarat sebegini biasanya
diadakan secara sulit, mereka boleh berterus terang secara hormat. Bagi Perdana Menteri pula,
Mesyuarat sebegini merupakan forum yang bernilai untuk menerangkan dengan lebih lanjut lagi
tentang dasar-dasar persekutuan yang telah dan akan ditetapkan."
Majlis Raja-raja bukan sahaja agung tetapi juga unik kerana Majlis ini merupakan
satu-satunya institusi yang sedemikian rupa yang wujud di dunia pada masa kini.
Majlis Raja-raja juga unggul dari beberapa segi, kerana sesetengah peruntukan dalam
Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipinda oleh Parlimen sahaja, kerana
persetujuan haruslah diperoleh daripada Majlis Raja-raja terlebih dahulu. Peruntukan
tersebut ialah:
1.Pindaan terhadap Perkara 153 mengenai kedudukan istimewa orang Melayu dan
Bumiputera dan juga hak kaum yang lain-lain.
2.Pindaaan Perkara 152 mengenai kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi.
3.Pindaan bagi peruntukan yang lain-lain.
Undang-undang yang berkaitan dengan pindaan sempadan negeri digubal oleh
Parlimen, selain undang-undang yang digubal oleh perundangan negeri berkenaan.
Walau bagaimanapun, undang-undang ini juga memerlukan persetujuan daripada
Majlis Raja-raja terlebih dahulu. Hal ini dinyatakan dalam Perkara 2, Perlembagaan
Persekutuan.
Mengikut sejarah negara kita, peruntukan Perkara 2 yang berkaitan dengan pindaan
sempadan negeri telah digunakan sebanyak 3 kali.
1.Penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 1973, yang diambil dari
negeri Selangor.
2.Penyelesaian masalah sempadan antara negeri Kedah dan Pulau Pinang.
3.Pewujudan Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 1984.
MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU
DURBAR
Pembentukan Durbar
Pada 1 Julai 1896, pihak British membentuk Negeri - Negeri Melayu
Bersekutu dan menetapkan dengan serta - merta bahawa suatu mesyuarat
antara Raja-raja Melayu dengan pihak British hendaklah diadakan bagi
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh Negeri-Negeri Tanah Melayu.
Pihak British menamakan mesyuarat ini sebagai Durbar. Nama ini timbul
daripada perkataan Urdu-Parsi (Darbar membawa maksud istana raja)
Durbar juga membawa maksud perjumpaan atau persidangan umum yang
diadakan oleh Raja Negeri berkenaan, ataupun Gabenor atau Wizurai
British. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi tali
persahabatan antara Raja - Raja dengan pihak British.
Durbar yang pertama dijadual diadakan pada penghujung tahun 1896 tetapi
terpaksa ditunda kerana Sultan Abdul Samad (Selangor) jatuh gering dan
pada akhirnya mesyuarat diadakan di Kuala Kangsar pada 13 Julai 1897.
Mesyuarat tersebut berlangsung selama empat hari dan dihadiri oleh Sultan
Idris Murshidul'adzam Shah dari Perak, Sultan Ahmad dari Pahang, Sultan
Abdul Samad dari Selangor dan Yamtuan Besar Muhammad dari Negeri
Sembilan.
Pihak British pula diwakili oleh Sir Charles Mitchell (Gabenor Negeri - Negeri
Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri - Negeri Melayu Bersekutu), Frank
Swettenham (Residen Jeneral Negeri - Negeri Melayu Bersekutu), Hugh
Clifford (Residen British di Pahang), J.P. Rodger (Residen British di Selangor)
dan W.H. Treacher (Residen British di Perak). Negeri Sembilan tidak diwakili
kerana Residennya Martin Lister meninggal dunia pada bulan Februari 1897.
Kuala Kangsar dipilih sebagai tempat mesyuarat Durbar yang pertama atas
keyakinan pihak British terhadap Sultan Idris. Perhubungan yang baik antara
Sultan Idris dengan pihak British ini terhenti pada tahun 1916, berikutan
kemangkatan Sultan Idris. Sebelum ini, pendapat Baginda memang selalu
diminta oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan dijadikan sebagai Raison d'etre
bagi pembentukan pelbagai polisi.
Mesyuarat Durbar yang kedua diadakan pada Julai 1903 di Kuala
Lumpur, Ibu Negeri Persekutuan. Gabenor Negeri-Negeri Selat
pada masa itu ialah Sir Frank Swettenham yang juga merupakan
Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Berikut
adalah ringkasan yang dibuat oleh Sir Frank Swettenhem
mengenai kedua-dua mesyuarat tersebut. Mengenai mesyuarat
Durbar yang pertama, beliau menulis dalam laporan rasmi beliau:
Sekiranya dilihat dari pelbagai sudut, mesyuarat ini boleh
dikatakan suatu kejayaan dan kini sukar untuk meramalkan
kepentingan semasa dan masa hadapan mesyuarat antara Raja -
Raja Melayu ini. Mesyuarat yang diadakan ini merupakan sesuatu
yang tidak pernah dibayangkan dalam sejarah Tanah Melayu.
Rasa saya, belum pernah kita mendengar seorang Raja
sesebuah negeri itu mengadakan lawatan rasmi ke negeri lain,
tetapi kejayaan mengumpulkan kesemua Sultan dari Perak,
Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan di satu tempat pertemuan
merupakan sesuatu kejayaan besar yang mungkin dianggap
mustahil.
Sungguhpun pada keseluruhannya mesyuarat ini telah meningkatkan
perasaan muhibah antara ahli-ahlinya, namun ia tidak memberi kesan dari
segi pentadbiran. Mesyuarat tersebut hanya bertujuan sebagai majlis
penasihat semata-mata. Perkara yang dibincangkan terhad dan hanya
merupakan salah satu agenda dalam atur cara yang merangkumi
penangkapan ikan, sukan air, teater amatur, perkelahan di kawasan air terjun,
pertunjukkan bunga api dan juga bentuk hiburan lain. Walaupun kepentingan
mesyuarat Durbar ini ditegaskan oleh Swettenhem, namun jarak antara
mesyuarat pertama dengan yang kedua adalah enam tahun kerana
Swettenhem berpendapat bahawa mesyuarat sebegini tidak wajar diadakan
pada setiap tahun.
Mesyuarat Durbar yang kedua lebih bermakna. Walaupun Sultan Idris memuji
usaha pihak British pada akhir mesyuarat itu, baginda sebenarnya meluahkan
perasaan tidak puas hati semasa mesyuarat berlangsung. Baginda
menggesa agar lebih banyak orang Melayu dilantik untuk berkhidmat dengan
kerajaan dan agar mereka ini dilantik ke jawatan yang lebih tinggi. Baginda
juga membantah kecenderungan terhadap penggabungan. Baginda tidak
menyenangi akan perkara persekutuan dan memetik peribahasa Melayu
yang menyebut tidak perlu ada dua nakhoda dalam sebuah kapal; oleh sebab
itu, mustahil bagi empat orang Raja-raja Melayu memerintah sebuah negara.
Baginda juga mengingatkan pihak British bahawa Perjanjian Pangkor
memperuntukkan bahawa Residen - Jeneral hanya boleh bertindak sebagai penasihat,
dan bahawa urusan setiap negeri itu haruslah ditadbir oleh pegawai dari negeri
berkenaan dan bahawa kerajaan sesebuah negeri harus kekal sebagai satu entiti yang
berlainan. Tetapi pihak British tidak begitu mengendahkan masalah yang diajukan oleh
Sultan Idris. Rancangan untuk menyerapkan orang Melayu ke dalam perkhidmatan
awam hanya dilaksanakan pada tahun 1910, tetapi tindakan ini bukanlah hasil
daripada Mesyuarat Durbar. Pada tahun 1927 dasar pengagihan kuasa pusat
diisytiharkan, tetapi pelaksanaan dasar ini tertangguh sehingga pertengahan tahun
1930-an.
Selain itu, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan juga mengajukan satu usul yang
amat penting iaitu agar bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi Persekutuan,
bukannya bahasa Inggeris. Ini lebih sesuai memandangkan bahasa Melayu
merupakan bahasa yang digunakan secara meluas, baik oleh rakyat jelata mahupun
mereka yang berdarah raja: "penggunaannya secara lisan dan dalam dokumen rasmi
akan membawa kebaikan dan kesejahteraan penduduk."
W.H. Treacher (Residen-Jeneral) pada masa itu membangkang dengan lembut.
Menurutnya, bahasa Inggeris merupakan bahasa perkhidmatan awam, bahasa
kebanyakan penduduk bukan Melayu, bahasa India British yang berdekatan, bahasa
ahli perniagaan tempatan, dan juga di Eropah dan Amerika. Pada akhirnya keputusan
dicapai yang berpihak kepada penggunaan bahasa Inggeris.
Pada tahun-tahun yang berikutnya, pihak British
mengambil langkah untuk mengukuhkan lagi kedudukan
kerajaan persekutuan dengan menubuhkan Majlis
Mesyuarat Persekutuan pada tahun 1909. Penubuhan
majlis ini dicadangkan oleh pengganti Swettenham, iaitu
Sir John Anderson yang merupakan Gabenor Negeri-
negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri
Melayu Bersekutu. Turut menganggotai Majlis Mesyuarat
Persekutuan tersebut ialah keempat-empat Raja Melayu
pada masa itu. Namun demikian majlis itu diketuai oleh
Pesuruhjaya Tinggi British. Keadaan ini merupakan usaha
untuk menegaskan kedudukannya sebagai Ketua
Eksekutif Persekutuan tersebut, sedangkan sejak tahun
1896, jawatan itu disandang oleh Residen-Jeneral.
Disebabkan penglibatan Raja-raja Melayu dalam Majlis
Mesyuarat Persekutuan, Mesuarat Durbar tidak lagi
diadakan sehingga tahun 1927, apabila majlis itu disusun
semula dan Raja-raja Melayu menarik diri daripada
menganggotai majlis tersebut.
Persidangan Pertama Majlis Raja Raja Melayu
Majlis Raja Raja Melayu Pada Zaman Penjajahan British
Maklumat Umum
Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi di Malaysia. Parlimen terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara, Dewan
Negara dan Dewan Rakyat.
Mengikut Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga
mempunyai kuasa mutlak untuk menghenti atau pun membubarkan Parlimen. Justeru, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diperuntukkan oleh Perlembagaan
untuk menetapkan persidangan Parlimen dalam tempoh masa enam (6) bulan di antara persidangan yang lepas dalam penggal terakhir dan tarikh mesyuarat pertama
dalam persidangan penggal akan datang.
Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis Mesyuarat perlu memastikan tarikh-tarikh persidangan yang akan diadakan pada penggal berkenaan sekurang-
kurangnya dalam tempoh masa dua puluh lapan (28) hari sebelum sesuatu persidangan boleh bermula. Walau bagaimanapun, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis
Mesyuarat boleh meminda tarikh-tarikh yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
Parlimen akan terus bersidang selama lima (5) tahun dari tarikh pertama persidangan diadakan selepas pilihanraya umum kecuali ianya dibubarkan terlebih dahulu.
Setelah genap tempoh masa lima (5) tahun, Parlimen dengan sendirinya terbubar. Dalam tempoh masa enam puluh (60) hari, pilihanraya umum bagi memilih wakil-wakil
Dewan Rakyat mestilah diadakan. Selepas itu persidangan Parlimen hendaklah dtetapkan pada satu tarikh yang tidak melebihi seratus dua puluh (120) hari dari tarikh
pembubarannya.
http://www.majlisraja-raja.gov.my/
YANG DI-PERTUAN AGONG PERTAMA
Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku
Muhammad
Negeri: Negeri Sembilan
Tempoh: 3 Ogos 1957 - 1 April 1960
YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUA
Al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Al-
Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah
Negeri: Selangor
Tempoh: 14 April 1960 -1 September 1960
YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGA
Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan
Jamalullail
Negeri: Perlis
Tempoh: 21 September 1960 - 20 September 1965
YANG DI-PERTUAN AGONG KEEMPAT
Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum Sultan
Zainal Abidin
Negeri: Terengganu
Tempoh: 21 September 1965 - 20 September 1970
YANG DI-PERTUAN AGONG KELIMA
Al-Marhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum
Sultan Badlishah
Negeri: Kedah
Tempoh: 21 September 1970 - 20 September 1975
YANG DI-PERTUAN AGONG KEENAM
Al-Marhum Tuanku Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim
Negeri: Kelantan
Tempoh: 21 September 1975 - 29 Mac 1979
YANG DI-PERTUAN AGONG KETUJUH
Al-Marhum Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'Ayatuddin Al-Mu'adzam
Shah
Negeri: Pahang
Tempoh: 26 April 1979 - 25 April 1984
YANG DI-PERTUAN AGONG KELAPAN
Al-Marhum Tuanku Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail
Negeri: Johor
Tempoh: 26 April 1984 - 25 April 1989
YANG DI-PERTUAN AGONG KESEMBILAN
Al-Marhum Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-
Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
Negeri: Perak
Tempoh: 26 April 1989 - 25 April 1994
YANG DI-PERTUAN AGONG KESEPULUH
Al-Marhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Negeri: Negeri Sembilan
Tempoh: 26 April 1994 - 25 April 1999
YANG DI-PERTUAN AGONG KESEBELAS
Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-
Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj
Negeri: Selangor
Tempoh: 26 April 1999 - 21 November 2001
YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUA BELAS
Tuanku Syed Sirajuddin ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra
Jamalullail
Negeri: Perlis
Tempoh: 13 Disember 2001 - 12 Disember 2006
YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGA BELAS
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum
Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal Shah
Negeri: Terengganu
Tempoh: 13 Disember 2006 - 12 Disember 2011
YANG DI-PERTUAN AGONG KEEMPAT BELAS
Al-Marhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum
Sultan Badlishah
Negeri: Kedah
Tempoh: 13 Disember 2011 - 12 Disember 2016
YANG DI-PERTUAN AGONG KELIMA BELAS
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V
Negeri: Kelantan
Tempoh: 13 Disember 2016 - 6 Januari 2019
YANG DI-PERTUAN AGONG KEENAM BELAS
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa
Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in
Billah
Negeri: Pahang
Tempoh: 31 Januari 2019 - Kini
https://www.parlimen.gov.my/yda-senarai-yang-di-pertuan-agong.html?uweb=yg&
Khas Sempena Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong Ke-16: Pakaian
Istiadat Yang Di-Pertuan Agong.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Sesuai dengan ketinggian dan kedaulatan seseorang Raja, pakaian rasmi atau pakaian
istiadat Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong mestilah mempunyai nilai yang kaya
Paduka Baginda Yang di-Pertuan dengan adat resam dan budaya Melayu. Sebagai seorang Ketua Negara, penampilan
baginda ke Istiadat Diraja amat dinantikan. Semenjak merdeka lagi, kerajaan Pesekutuan
Agong XVI Al-Sultan Abdullah telah menetapkan beberapa pakaian yang harus dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang
Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Di-Pertuan Agong. Pakaian rasmi ini akan dipakai dalam Istiadat-istiadat penting seperti
Istiadat Pertabalan Baginda sendiri, Pembukaan Sidang Parlimen, Istiadat
Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Penganugerahan Bintang Persekutuan dan banyak lagi. Pakaian ulu bagi Seri Paduka
Shah Al-Musta’in Billah Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Tengkolok Diraja. Tengkolok Diraja ini merupakan
salah satu simbol terpenting dalam pakaian Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
memandangkan tengkolok merupakan pakaian tradisi turun menurun masyarakat Melayu.
Muskat pula menjadi pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong selepas
merdeka ilham daripada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Selain itu, Mess Kit,
Pending Diraja dan juga Keris Pendek Diraja juga merupakan pakaian rasmi bagi
baginda.
Raja Permaisuri
Agong Tunku
Azizah Aminah
Maimunah
Iskandariah
Salah satu pakaian kebesaran Raja-Raja Melayu ialah Tengkolok Diraja. Semenjak beberapa
kurun lamanya, Raja-Raja Melayu telah memakai kain yang ditenun dengan sutera yang
diikat dengan pelbagai solek di ulunya sebagai pakaian kebesaran. Bentuk ikatan (solek)
dan warnanya adalah berlainan dari sebuah negeri ke sebuah negeri. Kain ulu itu
dinamakan Tengkolok. Tengkolok Diraja yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-
Pertuan Agong pada hari Pertabalan baginda adalah berwarna hitam bersulam benang
emas. Soleknya dinamakan Dendam Tak Sudah yang berasal dari Negeri Sembilan. Di
bahagian hadapan Tengkolok Diraja ini dipasangkan anak bulan dengan bintang pecah
empat belas yang diperbuat daripada emas putih. Di tengah-tengah bintang terdapat
lambang kerajaan Persekutuan yang berwarna warni.
Muskat merupakan pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Rekabentuk asal
baju ini dari ibu negara Oman, Muskat yang merupakan negara Islam yang terletak berhampiran
negara Iran. Pakaian rasmi ini mula dipakai pada tahun 1960, iaitu semasa Pertabalan Seri Paduka
Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-3 Tuanku Syed Putra Jamalullail. Pakaian ini diilhamkan oleh
YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Pertama. Baju ini telah diubahsuai daripada
pakaian rasmi pegawai-pegawai kerajaan Negeri Kedah. Baju ini diperbuat daripada benang bulu
berwarna hitam yang dijahit dengan sulaman benang emas bercorak awan larat dan bunga raya
yang melambangkan bunga kebangsaan Malaysia. Baju ini labuh hingga ke paras peha dan
berlengan panjang. Pada kebiasaannya, baju ini dipakai bersekali dengan seluar panjang berwarna
hitam dan bersulam di kaki dan juga Tengkolok Diraja. Pakaian ini dipakai sempena Hari Pertabalan
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Hari Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong,
lawatan-lawatan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong Ke Negeri-Negeri Seluruh Malaysia dan juga
Perasmian Persidangan Penggal Parlimen.
DYMM YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir
TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11
DK, DMN, DK(PERAK), DK(PERLIS), DK(SELANGOR),
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz diputerakan pada 14 Januari 1948
DK(KEDAH),DK(KELANTAN), DK(JOHOR), dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Tuanku Muhammad, Kuala
DK(TERENGGANU), DKYR, PPT Pilah. Kemudian di Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin dan Sekolah
Menengah King George V di Seremban dan seterusnya meneruskan
DYMM TUNKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN pelajaran baginda di Aldenham School, United Kingdom. Baginda
TUANKU AISHAH ROHANI BINTI ALMARHUM TENGKU BESAR memperolehi ijazah Undang-Undang dari Kolej Universiti Wales,
Aberystwyth, Britain. Daripada aspek kerjaya, Baginda adalah seorang
MAHMUD ahli perniagaan yang dihormati.
DK, DPTJ
DYMM Tuanku Muhriz telah berkahwin dengan Duli Yang Maha Mulia
Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti
Almarhum Tengku Besar Mahmud yang berasal dari Terengganu dan
dikurniakan tiga orang putera iaitu Tunku Ali Redhauddin, Tunku Zain
Al’Abidin dan Tunku Alif Saifuddin. Baginda dimasyurkan sebagai Yang
di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 pada 29 Disember 2008 di
Balairung Seri, Istana Besar Sri Menanti, Negeri Sembilan.
Daeng berlima dari Makasar,
Di Tanah Melayu membuka negeri,
Menjadi Raja membangun bangsa,
Gagah pertiwi menjadi besar,
Kasihnya rakyat tiada terperi,
Daulatlah Raja sepanjang masa.
Rujukan:
1) https://www.ns.gov.my
2) https://www.mkn.gov.my
3) http://warisanpermaisuri.blogspot.com
4) http://www.arkib.gov.my
5) https://www.malaysiatopnews.com
6) https://www.istananegara.gov.my
7) https://lmns.ns.gov.my/my/
PENGHARGAAN
Penaung : Tuan Izehari bin Basar (Pengarah)
Penasihat : Puan Hasnani binti Hamil (Penolong Pustakawan)
Penyelaras program : Puan Siti Zaimah binti Ahmad (Pembantu Pustakawan)
Ketua bertindak : Puan Suhaizah binti Ibrahim (Pembantu Pustakawan)
Penyediaan bahan : En. Wan Hilmi bin Wan Yaacob (Pembantu Pustakawan)
Ajk kenderaan : En Zulkarnain bin Mohd Yusof (Pembantu Pustawakan)
Persiapan tempat : 1. En Shahril bin Md Radzila (Pembantu Pustakawan)
2.Tengku Baharudin bin T Mahamed (Pembantu Pustakawan)