The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PAMERAN MAJALAH MASTIKA SEMPENA BULAN BAHASA 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Dak Zai, 2021-10-08 03:24:34

PAMERAN BULAN BAHASA 2021

PAMERAN MAJALAH MASTIKA SEMPENA BULAN BAHASA 2021

PAMERAN BERTEMA
SEMPENA

BULAN BAHASA 2021

ANJURAN
PERPUSTAKAAN PENDETA ZA’BA
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN

MAJALAH MASTIKA
DALAM

INGATAN
1941 - 2018

TERBITAN PERTAMA 1 Jun 1941

BAHASA Bahasa Melayu

KONSEP Kemasyarakatan

SASARAN PEMBACA 15 tahun ke atas

EDARAN 200,000

FREKUENSI Bulanan

PEMBACA 350,000 (Media Index Q4/10)

HARGA RM 4.50 (Semenanjung M’sia)

PENGENALAN

Selama lebih daripada 65 tahun, majalah bulanan MASTIKA dinikmati oleh setiap lapisan
masyarakat, lebih-lebih lagi koleksi kisah yang dipaparkan mengenai pengalaman sebenar namun
sukar dipercayai dalam hidup seseorang serta kisah daripada khazanah cerita rakyat tempatan kita.

Pembongkaran isu-isu panas dan eksklusif melalui penulisan penyiasatan telah membuka
mata masyarakat terhadap gejala sosial seperti Black Metal, kekejaman, isu moral dan ajaran sesat. Ini
semua bertujuan memberi pengajaran dan nasihat untuk semua. Hal inilah yang telah meletakkan
MASTIKA sebagai majalah yang paling tinggi jualannya di Malaysia selama ini.

SEJARAH BERMULANYA KARYA
MASTIKA

Mastika merupakan majalah pertama yang dikeluarkan Kumpulan Utusan sejak 1 Jun 1941.
Pengarang pertamanya ialah Abdul Rahim Kajai serta turut menjadi editor Utusan Melayu dan edisi
mingguannya, Utusan Zaman yang mula terbit pada 5 November 1939.

Majalah Mastika telah dikemudi dan diperkemas oleh beberapa orang tokoh. Tokoh-tokoh
tersebut terdiri daripada Abdul Rahim Kajai sebagai pengarang pertama, kemudian diikuti oleh Tan Sri
Abdul Samad Ismail, Munir Ghazali, A. Samad Said dan Zainol Fakir. Majalah ini mendapat sambutan
yang baik daripada masyarakat seterusnya memegang rekod jualan tertinggi selama 10 tahun berturut-
turut. Setakat 2016, majalah Mastika memegang rekod sebagai majalah tertua dan tertinggi edarannya di
Malaysia.

KOLEKSI MAJALAH
MASTIKA

Majalah Mastika pada Mastika yang lahir pada 1 Jun 1941 menggunakan tulisan jawi
tahun 1941 dan berharga 50 sen, mengandungi 76 muka surat di mana isi
kandungannya terdiri daripada cerpen, artikel ilmiah dan syair
gurindam.

Ia bertujuan menghiburkan pembaca tetapi secara sinis dan
jelas, mengkritik anak bangsa. Gambar muka hadapan majalah ialah
seorang lelaki meniup tetuang udara.

Sejak itu Rahim Kajai dan rakan-rakan seangkatannya seperti
Zabha, Ramli Tahir dan anak muda yang baru beberapa bulan bekerja
dengan Utusan, A. Samad Ismail namanya, mengisi majalah tersebut
dengan nukilan masing-masing.

Majalah Mastika diterbitkan di dalam bilik tanpa
penghawa dingin, iaitu di dalam sebuah pejabat kecil (di
Cecil Street, Singapura) yang panas dan berbau busuk.
Pengarang pertamanya, Rahim Kajai.

Kalamnya diatur dengan huruf timah. Biliknya
panas membahang. Pengatur huruf pula sentiasa comot
dengan minyak. Riwayat hidup Mastika ini perlu
diketahui supaya kita tahu mengapa Mastika adalah
sebuah majalah yang menjadi kebanggaan semua, tidak
kira apa bangsa.

Keluaran terakhir dalam tulisan
jawi

KRONOLOGI MAJALAH MASTIKA

TAHUN 1941 TAHUN 2018

TAHUN 1964 TAHUN 1975

TAHUN 1967

PENULIS PERTAMA

MAJALAH MASTIKA

Nama sebenarnya Abdul Rahim Bin Haji Pada tahun 1931, Abdul Rahim menjadi Pengarang
Salim dikenali sebagai Bapa Kewartawanan untuk akhbar Majlis. Dari situ, beliau berpindah pula ke akhbar
Melayu Dilahirkan di Selangor, Malaysia, Abdul Rahim mendapat Warta Malaya juga sebagai Pengarang. Pemilik Warta Malaya, Syed
pendidikan awal sehingga darjah lima di Sekolah Melayu Setapak, Kuala Husin al-Sagaf kemudiannya menerbitkan dua majalah, iaitu Warta
Lumpur. Beliau kemudiannya dihantar oleh bapanya melanjutkan Ahad dan Warta Jenaka dan Abdul Rahim ditugaskan untuk
pelajaran agama dan Bahasa Arab di Makkah sehingga tahun 1909. Pada menulis rencana pengarangnya dan juga cerita-cerita humor untuk
tahun 1925 Abdul Rahim berkhidmat sebagai wartawan di akhbar kedua-dua majalah itu.Abdul Rahim pernah juga berkhidmat di
mingguan Edaran Zaman yang berpusat di Pulau Pinang. Selepas itu, Utusan Melayu dan Utusan Zaman sebagai Pengarang. Begitu juga
beliau berpindah ke akhbar Saudara pimpinan Syed Sheikh Al-Hadi. sebagai Pengarang majalah Mustika (sekarang di sebut Mastika).
Dalam penulisannya ketika itu, beliau menggunakan nama pena "Abdul Pada tahun 1943 semasa Perang Dunia II, Abdul Rahim bertugas di
Rahim Kajai". Kajai adalah nama sebuah kampung di Minangkabau, akhbar Berita Malai. Abdul Rahim meninggal dunia pada tahun
Sumatera, iaitu kampung halamannya. 1943. Dalam hidupnya, beliau pernah mengarang 48 buah cerpen
dengan pelbagai tema.

SUMBANGAN DALAM BIDANG
PENULISAN - ABDUL RAHIM KAJAI

1. Menyusun tiga jilid Hikayat Dzul- Ruhain Antara karya yang dihasilkan ialah:
 Rahsia dalam rahsia DBP , 2005.
2. Menerbitkan akhbar Majlis di Kuala Lumpur  Satira Kajai : cerpen pilihan Abdul Rahim Kajai ,

3. Menerbitkan akhbar perubahan Baharu Selenggara oleh Hashim Awang,Fajar Bakti, 1985.
 Pak Lacuk. Singapura: Qalam, 1949.
4. Menghasilkan karya bertajuk Satira Kajai  Pusaka Kajai – No.1, 3, 4. Singapura: Dihai Sing

5. Menyumbang dari segi mendidik wartawan Press, 1949.
pelapis seperti A Samad Ismail dan ramai  Telatah Kajai. Singapura: Qalam, 1950.
lagi.  Abdul Rahim Kajai, wartawan dan sasterawan

Melayu /oleh Abdul Latiff Abu Bakar : Dewan

Bahasa dan Pustaka , Kementerian Pelajaran

Malaysia, 1984

PENULIS KEDUA
MAJALAH MASTIKA

Tan Sri Abdul Samad Ismail
Ketika berumur 16 tahun selepas tamat Senior Cambridge, beliau menjadi pemberita kadet di Utusan

Melayu di Singapura. Dari situ, Samad Ismail mendapat bimbingan daripada Abdul Rahim Kajai . Semasa
pendudukan Jepun dari tahun 1941 hingga 1945, Tan Sri Samad pernah menjadi ketua pengarang Berita Malai
iaitu gabungan Utusan Melayu dan Warta Melayu .

Di dalam zaman penjajahan Jepun , beliau bekerjasama dengan wartawan Ibrahim Yaakob dan Kesatuan
Melayu Muda bagi memperjuangkan kemerdekaan Indonesia . Beliau juga menjadi ahli pengasas Parti
Kebangsaan Melayu yang menuntut kemerdekaan Malaya ketika itu.

SUMBANGAN DALAM BIDANG PENULISAN –
TAN SRI ABDUL SAMAD ISMAIL

• Pak Samad merupakan penulis yang kaya dengan idea dan • Kerajaan Malaysia menganugerahkan Hadiah Pejuang
cukup prolifik ketika meniti zaman kemuncak kerjayanya Sastera, sementara pada 1987, beliau dianugerahkan
dalam bidang penulisan. Dalam tempoh antara tahun 1966 Ijazah Kehormat Doktor Falsafah oleh UKM, sementara
hingga 1975, Pak Samad telah menghasilkan 11 buah novel Institut Akhbar Malaysia(IAM) memberikannya gelaran
dan empat buku bimbingan penulis dan wartawan. Tokoh Wartawan Negara kepada beliau di atas jasa
dalam bidang kewartawanan.
• Menjadi penyokong kuat penggunaan Bahasa Melayu
sebagai Bahasa Rasmi dan antara tonggak yang membantu Antara novel yang dihasilkan:
dalam penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) 1. Patah Sayap Terbang Jua(1966)
pada 1968. 2. Tembok Tidak Tinggi(1967)
3. Kail Panjang Sejengkal(1967)
• Menjadi pengasas Angkatan Sasterawan 50(Asas 50) di 4. Detik-Detik Cemas(1969)
Singapura dan Persatuan Penulis Nasional (Pena) di Kuala 5. Hussen Zet(1960)
Lumpur. Pada tahun 1971, Pak Samad dilantik sebagai ahli 6. Sutinah(1975)
panel Hadiah Karya Sastera anjuran kerajaan dan beliau
terpilih untuk menerima Anugerah Ramon Magsaysay pada
tahun 1974.

ERA PERKEMBANGAN
MAJALAH MASTIKA

1. Dekad Era 40- an
 Menggunakan tulisan Jawi
 Isi kandungan merangkumi cerpen, artikel ilmiah, syair dan gurindam serta nukilan penulis.

2. Dekad Era 50-an
 Memfalsafahkan seni untuk masyarakat
 Medan penulisan sastera
 Tema dan idealism untuk memerdekakan bangsa dan negara dari penjajahan

3. Dekad Era 60- an
 Peralihan konsep dari sastera kepada bacaan umum dengan informasi tambahan mengenai

persekolahan dan politik yang berlaku di luar negara.
 Isi kandungan semakin padat dan serius

ERA PERKEMBANGAN
MAJALAH MASTIKA

4. Dekad Era 70- an
 Peralihan dari bacaan umum kepada sastera
 Saiz ditukar daripada A4 kepada kelompok

5. Dekad Era 80- an
 Kemerosotan Majalah Mastika adalah kerena rentetan tema dan isi kandungannya yang terlalu padat dan isu yang tidak serius.
 Pembaca lebih meminati bahan bacaan berkonsepkan hiburan dan lawak jenaka.

6. Dekad Era 90- an
 Bersaiz kecil seperti majalah antarabangsa Reader’s Digest pada 1995.
 Memparkan kisah tema misteri dan aneh.

7. Dekad Era 2000
 Edaran Mastika mula jatuh persaingan daripada portal atas talian dan amalan kurang minat membaca dalam kalangan generasi

muda.

MUKA HADAPAN MAJALAH MASTIKA
DARI TAHUN 1941 - 2018

1941 JAN 1967 FEB 1967

FEB 1968 APRIL 1968 SEP 1968

JAN 1969 FEB 1969 MEI 1969

JUN 1969 OKT 1969

JAN 1971 FEB 1971 DIS 1971

MEI 1972 MEI 1988

MAC 1991 OGOS 1993

2000 2001 2002

2003 2005

2006 2007 2008

2009 2010 2011

2012 2013 2014

2015 2016 2017

2018

RUJUKAN

Majalah No.1 Tertua Di Malaysia Bakal Tutup Nov 8, 2018
https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/majalah-no-1-tertua-di-malaysia-bakal-tutup/
Profil majalah Wednesday, December 14, 2011

http://utusankarya.com.my/
Tokoh Negara Malaysia: Tan Sri Abdul Samad Ismail, Februari 24, 2014

http://penatokoh.blogspot.com/2014/02/tan-sri-abdul-samad-ismail.html
Tokoh Negara Malaysia: Abdul Rahim Kajai, 28 Februari 2014

http://penatokoh.blogspot.com/2014/02/abdul-rahim-kajai.html


Click to View FlipBook Version