DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN DSK1B KONSEP PERPADUAN DI MALAYSIA PUAN FAYZATOL JAMIYAAH BT. ABDULL RAHIM ALISHA MASNI BINTI RAHMATULLAH 20DSK22F2065 MOHAMMAD FITRI HAFIZAN BIN BOHARI 20DSK22F2029 MOHAMAD AQIFFY IZZANI BIN MOHAMAD ZELMI 20DSK22F2033 MOHAMAD FADILLAH BIN ABDULLAH SAMSUDIN 20DSK22F2035 IKER CASSLLAS SAMBANG ANAK TINGGI 20DSK22F2025
Prakata Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Syukur ke hadrat Ilahi kerana kami dapat menyelesaikan penulisan buku Konsep Perpaduan Negara ini. Konsep Perpaduan Negara merupakan perkara yang tidak asing lagi di seluruh negara. Buku ini dihasilkan oleh barisan pelajar yang berpengalaman dalam mengendalikan kursus ini. Buku ini mengandungi lima bab utama yang membincangkan setiap topik secara komprehensif. Pembaca didedahkan dengan konsep perpaduan negara dari perspektif yang berbeza. Buku ini bertujuan bagi mengenal pasti sistem,tahap perkembangan,kemajuan dan kebudayaan merentas bangsa dan agama dalam mengukuhkan konsep perpaduan di Malaysia. Buku ini diharapkan dapat memberi manfaat dan sumbangan ke arah membangunkan sebuah negara yang aman dan harmoni. Dengan memiliki minda dan konsep perpaduan yang baik akan menggalakkan masyarakat dalam menghayati kehidupan secara aman dan harmoni. Usaha mengukuhkan perpaduan menjadi keutamaan kami bertepatan dengan keperluan dalam mengukuhkan perpaduan di Malaysia. Alisha Masni Iker Cassilas Sambang Mohammad Fadillah Mohamad Aqiffy Izzani Mohammad Fitri Hafizan
PENDAHULUAN Konsep perpaduan nasional Malaysia, juga dikenali sebagai "Rukun Negara, " ialah satu set prinsip yang menjadi asas kepada perpaduan dan integrasi nasional di Malaysia. Ia mula diperkenalkan pada 31 Ogos 1970, sempena sambutan Hari Kebangsaan negara, dan ia telah dianggap sebagai salah satu simbol negara yang paling penting di Malaysia sejak itu. Rukun Negara mengandungi lima prinsip iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Menjunjung Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang, dan Kesopanan dan Kesusilaan. Prinsipprinsip ini menjadi panduan kepada rakyat Malaysia untuk memahami tanggungjawab mereka terhadap negara, untuk hidup harmoni antara satu sama lain, dan untuk berusaha ke arah mencapai Malaysia yang bersatu dan progresif. Konsep perpaduan nasional di Malaysia amat penting kerana negara ini merupakan rumah kepada pelbagai kumpulan etnik dan agama, termasuk Melayu, Cina, India, dan lain-lain. Rukun Negara bertujuan untuk menggalakkan persefahaman dan toleransi di kalangan masyarakat yang berbeza ini dan menggalakkan mereka bekerjasama ke arah matlamat yang sama. Secara keseluruhannya, konsep perpaduan nasional Malaysia adalah aspek penting dalam identiti negara dan berfungsi sebagai peringatan tentang nilai dan prinsip bersama yang mengikat rakyat Malaysia
Antara faktor yang membawa kepada pencapaian konsep perpaduan di malaysia ialah pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai aktiviti dan program bertujuan untuk mencapai perpaduan di Malaysia. Antara program dan aktiviti yang telah dijalankan ialah melaksanakan sekolah wawasan. Ini bertujuan untuk melahirkan generasi yang bersatu padu. kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, seluruh rakyat negara Malaysia yang tediri daripada pelbagai kaum memberi komitmen yang tinggi. Mereka menghadirkan diri dan berhubung dengan satu sama lain dengan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang. Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia. Tuntasnya, kemajuan negara kita bergantung kepada perpaduan kaum seperti kata pepatah “bersatu teguh, bercerai roboh”. Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Rentetan daripada ketidakpuasan hati itu, maka setiap perkara yang menjurus kepada hak-hak keistimewaan orang Melayu dipertikaikan khususnya oleh kaum Cina. Perkara ini semakin ketara apabila di dalam kempen Pilihanraya 1969, tanpa menghiraukan sensitiviti serta isu-isu yang boleh mencetuskan kontroversi di kalangan kaum, orang-orang Cina telah mencabar hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Keadaan kempen yang tidak dikawal ini merupakan punca tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Tarikh yang mencetuskan sejarah paling hitam negara bermula apabila timbul perasaan bongkak satu kaum kerana memenangi kerusi pilihan raya. Mengenang peristiwa 13 Mei adalah punca utama kepada pengukuhan kaum agar peristiwa berdarah tersebut tidak berulang lagi di masa yang akan datang. Faktor yang membawa kepada perpaduan dan kemasyarakatan di Malaysia ialah sejarah atau peristiwa 13 Mei 1969. Seperti sedia maklum, peristiwa 13 Mei 1969 adalah sejarah hitam atau merupakan Tragedi Berdarah yang berlaku di Malaysia, iaitu masalah perpaduan di Malaysia pada 1969 .Apabila satu kaum telah menyinggung perasaan kaum yang lain, maka tercetuslah pertelingkahan besar, seperti peristiwa 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur.Tiada siapa yang dapat menyangka api kebencian itu telah bertukar menjadi tragedi yang sukar dilupakan. Walau bagaimanapun, bibit-bibit perpecahan kaum ini wujud sejak negara ini telah mencapai kemerdekaan lagi, disebabkan perasaan ketidakpuas hati kaum lain terhadap hak-hak keistiemwan orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan terutamanya yang menyentuh mengenai bahasa dan pelajaran.
MAKANAN DETIK PERPADUAN Kepelbagaian makanan menyatukan perpaduan di antara kaum.Buktinya,apabila sesuatu makanan itu disajikan,tidak kira apa bangsa sekalipun, semua kaum boleh menikmati makanan itu bersama-sama.Contohnya,nasi lemak yang disajikan oleh kaum melayu juga turut digemari oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum Bukan itu sahaja, Nasi Vanggey yang sangat popular sejak 1957 juga menjadi salah satu tarikan menu yang digemari oleh masyarakat di Malaysia.Uniknya, kedai nasi kandar di Ipoh itu dimiliki orang berbangsa india muslim, memulakan operasi jualanya di sebuah restoran milik keluarga Cina iaitu Kedai Kopi Yang Suan
KEBAJIKAN DETIK PERPADUAN Membantu orang susah dan memerlukan pertolongan juga adalah salah satu daripada sikap yang dapat mewujudkan perpaduan kaum.Hal ini dikatakan demikian kerana, tanpa mengira latar belakang atau warna kulit serta budaya kita akan bersama-sama membantu Tanggungjawab masyarakat terhadap kerja kerja masyarakat seperti gotong royong bersama jiran yang berlainan bangsa dapat membantu mengeratkan hubungan kedua pihak dan disemai sebagai satu budaya yang menjadi teras kemakmuran negara
Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan mengamalkan kebebasan beragama.Oleh hal demikian,rakyat Malaysia juga mempunyai kepelbagaian budaya dan cara hidup yang berbeza Budaya masyarakat Malaysia dapat dilihat melalui perayaan yang disambut oleh kaum yang tertentu.Uniknya perayaan ini juga turut disambut oleh kaum yang lain secara bersama sama. Di sinilah mulainya detik perpaduan yang harmoni diamalkan oleh setiap rakyat Malaysia Di samping itu,perayaan dan pelbagai kaum dalam negara adalah salah satu khazanah yang tidak ternilai dan tidak boleh didapati di tmpat lain KEBUDAYAAN DETIK PERPADUAN
Antara kesan jika negara kita tidak harmoni ialah negara kita akan dipandang serong oleh negara luar. Hal ini kerana negara luar akan menyalahkan kerajaan kerana tidak mamapu untuk menjaga rakyat di negara sendiri. Selain itu ia juga akan menjejaskan keharmonian di negara kita. Kesannya rakyat tidak mempunyai matlamat yang serupa dan tidak dikongsikan bersama. Keharmonian akan menjadi sia-sia tanpa usaha daripada rakyat dan kerajaan kerana mereka memainkan peranan yang penting dalam menggekalkan perpaduan kaum. Selain itu,keadaan masyarakat sekeliling berasa tidak tenteram, bebas dan maju dengan keyakinan diri sendiri serta bangga dengan apa yang dicapai disebabkan tiada perpaduan dan integrasi di dalam negara. Ketidakwujudan perpaduan dan integrasi menyebabkan rakyat berasa terkongkong dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah terhad. Hal ini menyebabkan perasaan tidak puas hati akan wujud di kalangan rakyat dan akhirnya mencetus kepada pertelingkahan dalam etnik.
Seterusnya jika negara kita tidak harmoni ia akan memberi kesan kepada pembangunan ekonomi di negara kita yang menyebabkan ekomomi tidak stabil. Menurut Joseph Stiglitz yang merupakan ketuan ahli ekonomi bank dunia, kunci bagi survival Malaysia ialah hubungan etnik yang harmonis atau dalam erti kata yang lain perpaduan rakyat dalam negara. Beliau menyatakan sekiranya hubungan etnik tergugat maka survival Malaysia sebagai satu negara bangsa juga turut terjejas. Peristiwa 1969 jelas membuktikan hubungkait ekonomi dan etnik dimana wujugnya stereotaip di kalangan etnik pada masa itu. Sehubungan itu, dalam penyelesaian ekonomi ahaja tidak mencukupi seperti yang kita sedia maklum dimana hubungan ekonomi dan etnik adalah sangat rapat. Masalah ekonomi terjadi maka masalah ini akan menjadi masalah etnik. Oleh itu, sebarang penyelesaian masalah ekonomi mesti diambil kira dalam etnik. Hal ini jelas dimana perpaduan dan integrasi rakyat adalah amat penting untuk memastikan pembangunan ekonomi yang lancar dan konsisten.
PENUTUP S e b a g a i p e n u t u p , p e r p a d u a n d a n n i l a i k e m a s y a r a k a n a m a t l a h p e n t i n g b a g i s e s e b u a h n e g a r a u n t u k m e n j a m i n k e h a r m o n i a n h i d u p . k i t a j a g a p a t u t m e n g e t a h u i p e r k a r a - p e r k a r a y a n g b o l e h m e m p e r k u k u h k a n l a g i p e r p a d u a n d a n k e m a s y a r a k a t a n d i n e g a r a M a l a y s i a . I a n y a j a g a p a t u t d i p r a k t i k k a n o l e h s e l u r u h r a k y a t M a l a y s i a . P e r p a d u a n k a u m p a t u t d i p r a k t i k k a n o l e h s e l u r u h r a k y a t m a l a y s i a k e r a n a i a d a p a t m e m b e r i k e s a n y a n g p o s i t i f k e p a d a k e m a k m u r a n n e g a r a k i t a .
AKTIVITI PENGUKUHAN QUIZIZZ https://quizizz.com/admin/quiz/643e8 046794fb9001ef829a0? source=quiz_share
RUJUKAN INTERNET https://www.slideshare.net/mthyz/implikasi-tidakwujud-perpaduan-kaum-dan-integrasi-nasional-dimalaysia https://mohdemrankhan.wordpress.com/2014/12/2 4/faktor-faktor-yang-membawa-kepada-perpaduandan-kemasyarakatan-di-malaysia/ https://issuu.com/shadriana/docs/detik_perpaduan
Konsep perpaduan di Malaysia adalah usaha untuk memelihara keharmonian dan kebersamaan antara pelbagai kaum, agama dan budaya yang wujud di negara kita. Konsep ini menekankan pentingnya kerjasama dan toleransi antara masyarakat yang berbeza dalam mencipta keamanan dan kemakmuran negara. Terdapat banyak elemen-elemen menarik yang berkaitan dengan perpaduan di Malaysia seperti detik-detik perpaduan yang kita alami sebagai rakyat Malaysia. Untuk mencapai konsep perpaduan ini, setiap warga Malaysia perlu mempunyai kesedaran tentang pentingnya menghormati perbezaan dalam segala aspek kehidupan, termasuk dalam agama, bahasa, adat istiadat, serta kebiasaan harian. Dalam era globalisasi dan perkembangan teknologi yang pesat, konsep perpaduan di Malaysia semakin penting untuk memastikan kestabilan dan kesejahteraan negara. Oleh itu, setiap warga Malaysia perlu memainkan peranan aktif dalam memperkuat konsep perpaduan dengan membangun toleransi, menghargai perbezaan dan membanteras serta menolak segala unsur-unsur pemecahbelaan di kalangan rakyat Malaysia yang sering dimainkan oleh ahli-ahli politik.