KOD SUBJEK: MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN TAJUK E-FOLIO : SUKAN SEBAGAI PLATFOM PERPADUAN NAMA PENSYARAH: PUAN NORAINI BINTI NAWAWI SESI: 2 2023/2024
ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1. PENDAHULUAN 1 2. MAKSUD SUKAN 2 3. MAKSUD PERPADUAN 2 4. PERANAN SUKAN DARI SEGI PERPADUAN 2 5. CONTOH - CONTOH SUKAN 3-5 6. TOKOH-TOKOH ATLET NEGARA DAN PENCAPAIAN YANG DICAPAI 6-8 7. FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN 8 8. BAGAIMANA SUKAN MEMUPUK PERPADUAN 9 9. CADANGAN-CADANGAN MEMUPUK PERPADUAN DALAM BIDANG SUKAN 9 10. IMPAK SUKAN TERHADAP PERPADUAN KAUM 10 11. SUKAN DAN PERPADUAN MELALUI PENDIDIKAN 10 12. PERANAN SUKAN DALAM MENYATUPADUKAN PERPADUAN KAUM 11 13. PENGAJARAN SUKAN DALAM PERPADUAN KAUM 11 14. KESIMPULAN 12 15. RUJUKAN 12 16. LAMPIRAN 13
1 PENDAHULUAN Sukan sebagai alat perpaduan dan perpaduan antara bangsa. Malaysia terdiri daripada berbagai kaum dan kumpulan etnik. Aktiviti sukan melibatkan pelbagai etnik menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling memahami di samping mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Selain itu, kegiatan sukan juga boleh menyumbang ke arah perpaduan serta dapat mengikis segala gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan negara seperti diskriminasi, pengasingan dan sebagainya. Pada peringkat antarabangsa pula, pelancaran aktiviti sukan secara global juga dapat mewujudkan hubungan diplomatik antara sebuah negara dengan negara yang lain. Keamanan Negara dapat dicapai jika setiap negara menitikberatkan fungsi sukan dalam membentuk perhubungan global yang baik. Selain itu, dasar ini dapat memupuk perpaduan antara kaum. Penglibatan dalam satu, satu jenis sukan akan melibatkan ramai pelajar lain yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, bangsa dan agama seperti yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Keadaan ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan sensitiviti mereka dan juga menambah pengetahuan masing-masing akan budaya pelbagai kaum. Pendek kata, "takkenal maka tak cinta”. Malahan, pemahaman mereka terhadap sesuatu bangsa atau agama akan lebih meningkat di samping itu, sukan merupakan salah satu instrumen penting untuk mengeratkan hubungan perpaduan dan integrasi masyarakat. Hal ini demikian kerana, kegiatan sukan dapat melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan untuk meraih kemenangan. Setiap bersatu padu juga dapat dipupuk melalui penglibatan dalam kegiatan sukan kerana bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muat akal. &antaran itu, hubungan yang erat dapat melahirkan sebuah pasukan yang kuat. Para penyokong juga dapat menyatu padukan masyarakat berbilang kaum di samping berkongsi minat dalam sukan yang sama. Engan ini, nilai-nilai perpaduan seperti bekerjasama, bertoleransi dan meletakkan kepentingan negara dan pasukan melebihi kepentingan diri dapat dilahirkan melalui penglibatan diri dalam bidang sukan. “Justeru, kegiatan sukan dapat mendidik masyarakat bekerjasama dan bersatu padu serta mengeratkan hubungan. Sukan juga dapat memupuk persahabatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat di sesebuah negara. Apabila sesuatu jenis sukan diwakili oleh peserta daripada pelbagai kaum, mereka sudah tentu akan bekerjasama dan saling membantu untuk mencapai satu matlamat, iaitu kejayaan. Semasa berada dalam satu kumpulan, timbul perasaan kekitaan atau espirit de corp dalam kalangan mereka. Semangat ini amat penting bagi mewujudkan perpaduan.
2 Sukan adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh seseorang individu untuk memantapkan staminanya. Sukan adalah sejenis latihan gerak badan dan permainan. Sukan juga boleh ditafsirkan sebagai aktiviti rekreasi jika ia dilakukan pada waktu lapang ataupun dengan motif menjaga kesihatan. Sukan terbahagi kepada dua iaitu sukan ‘indoor’ dan ‘outdoor’. Sukan ‘indoor’ ialah sukan yang menggunakan tenaga tetapi banyak menggunakan minda contohnya catur, badminton dan lain-lain. Sukan ‘outdoor’ pula ialah sukan yang banyak menggunakan tenaga dan anggota badan contohnya bola sepak,berenang dan lainlain. Perpaduan merupakan penyatuan dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan. Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas ataupun biasa ia mungkin berdasarkan hubungan dalam kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi. MAKSUD SUKAN MAKSUD PERPADUAN Berperanan sebagai alat perpaduan dan dapat menyemarakkan semangat patriotik di kalangan rakyat. Mewujudkan hubungan diplomatik antara sesebuah negara dengan negara lain. Memupuk semangat kerjasama antara masyarakat. Menyediakan peluang untuk masyarakat bekerjasama dan saling memahami antara satu sama lain. Dapat membentuk masyarakat yang berdisplin melahirkan masyarakat yang harmoni. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Membina masyarakat yang berkeyakinan dan bersefahaman. PERANAN SUKAN DARI SEGI PERPADUAN
3 CONTOH-CONTOH SUKAN → BOLA SEPAK Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serius untuk kembali memperluaskan sukan bola sepak sebagai ejen paling ampuh dalam pernyatuan, perpaduan dan membina negara untuk semua kegunaan lapisan masyarakat. Presiden FAM iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin berkata dan percaya perkara itu dapat dilihat melalui pembentukan pasukan kebangsaan pada er 1950-an hingga 90-an. Beliau pecaya dengan kerjasama seluruh masyarakat yang pelbagai bangsa. Zaman kegemilangan itu akan dapat dikembalikan. Beliau juga telah mengajak masyarakat Cina untuk menyemarakkan semula penyertaan mereka dalam bola sepak tempatan bagi menawarkan dimensi berbeza terhadap landskap sedia ada di samping menjadikan bola sepak sebagai satu kerjaya pilihan anak-anak mereka di setiap negara mempunyai setiap tarikan mereka tersendiri tetapi di Malaysia bola sepak telah menjadi raja sukan dan sukan utama hingga masa kini. Hal ini dapat dilihat pada suka SEA 2017, negara kita telah menjadi tuan rumah dan telah mendapat juara keseluruhan. Tetapi untuk pasukan bola sepak negara ketika itu walaupun tidak berjaya memenangi perlawanan tetapi mereka berjaya membawa pasukan itu hingga ke peringkat akhir walaupun mempunyai ahli dari berbilang kaum. Hal ini juga dapat dilihat dari rakyat Malaysia yang setia memberi semangat kepada permain Malaysia tanpa mengira kaum. Ini sedikit sebanyak telah membuktikan perpaduan melalui permainan bola sepak.
4 → BADMINTON Nama Datuk Lee Chong Wei bukan lagi satu yang nama yang ganjil bagi rakyat di negara kita. Beliau malahan dikenali sebagai pemain badminton di dunia. Walaupun beliau berbangsa Cina, namun semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa menyokong dan meminati beliau dalam setiap perlawanan yang beliau pertandingkan. Kini legasi beliau diteruskan oleh pemain-pemain muda Malaysia seperti Lee Zii Jia sebagai permain individu dan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik sebagai pasukan beregu Malaysia tak dilupakan juga dengan Nur Izzuddin, dan Goh Sze Fei yang telah berjaya memenangi perlawanan 2022 German Open sebagai satu pasukan. Melalui mereka kita dapat melihat perpaduan dan semangat kerjasama antara pasukan walaupun mereka berbeza bangsa, perkara itu tidak menahan mereka untuk memenangi pertandingan tersebut. Walaupun terdapat sedikit halangan bahasa tetapi mereka berjaya menjuarai pertandingan tersebut. Melalui permainan badminton juga kita dapat melihat interaksi antara kaum yang berlainan dalam media masa kini. Kerana era yang lebih moden pemainpemain dapat berinteraksi dengan peminat dengan lebih mudah melalui live stream yang mereka lakukan. Dari aktiviti kita dapat melihat mereka berinteraksi dengan bahasa kebangsaan bersama peminat mereka, kerana itulah bahasa yang dapat semua rakyat Malaysia faham tanpa mengenal bangsa dan agama. Pemain juga mengetahui bahasanya perminat mereka bukan lah dari kalangan bangsa Cina sahaja.
5 → BOLA JARING Bola jaring adalah sukan berpasukan tanpa sentuhan yang berasal daripada Amerika Syarikat yang menyerupai dan berasal daripada sukan bola keranjang. Sukan ini merupakan sukan yang dimainkan oleh kalangan wanita. Perkembangan dan pembangunannya yang pesat telah meletakkannya sebagai salah satu sukan bertaraf antarabangsa yang diminati khasnya di negara-negara Komanwel. Sukan bola jaring juga sedikit sebanyak dapat mengukuhkan lagi hubungan perpaduan antara kaum di dalam negara, walaupun di Singapura untuk sukan ini hanya fokus kepada permain wanita sahaja. Hal ini dapat dililhat apabila pasukan bola jaring negara sendiri yang mempunyai pemain dari pelbagai bangsa dan agama. Pasukan bola jaring negara telah membuktikan kelainan bangsa tidak akan menjadi penghalang untuk mereka layak untuk ke Kejohanan Bola Jaring Dunia pada edisi 2011.
6 TOKOH-TOKOH ATLET NEGARA DAN PENCAPAIAN YANG DICAPAI DATO’ LEE CHONG WEI -Olahraga paling berjaya di Malaysia -Memenangi anugerah olahragawan negara sebanyak empat kali -Memenagi lima pingat emas dalam sukan komanwel -Menjadi pemain badminton nombor satu dunia selama 348 tiga kali -Pemenang pingat perak sukan olimpik sebanyak tiga kali -Memenangi 69 kejohanan antarabangsa DATO’ MOKHTAR DAHARI -Gelaran yang diberi adalah Supermokh -167 kali mewakili negara di peringkat antarabangsa dengan 89 gol -Juara Piala Kejohanan Pestabola Merdeka 1973,1974 dan 1976 -Penjaring gol terbanyak dunia (Ke tiga pada tahun 2021)
7 DATO’ MUHAMMAD AZIZULHASNI BIN AWANG -Dikenali sebagai The Pocket Rocketman -Meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro,Brazil -Memenangi pingat emas dalam Kejohanan Dunia Berbasikal Trek UCI 2017 di Hong Kong -Meraih pingat perak pada kejohanan dunia 2009 dalam kategori pecut dan pingat perak pada Kejohanan Dunia 2010 dalam kategori keirin AN NAJWA AZIZAN -Diangkat sebagai most valuable player ketika pasukan bola jaring negara merangkul juara dalam kejohanan bola jaring asia 2016 di Bangkok. -Pemain bola jaring pertama berkelana ke luar negara.
8 MIRNAWAN NAWAWI -Beliau merupakan kapten pasukan kebangsaan Malaysia dari tahun 1998 hingga tahun 2002 -Beliau dikenali sebagai “The Boss” -Telah memenangi empat beregu dengan empat pasukan yang berbeza pada 1991- 1992 -Pada tahun 2004,beliau merangkul kejuaraan liga dengan Sapura -Beliau dipilih sebagai pembawa bendera kontinjen Malaysia untuk majlis perasmian sukan olimpik Sydney 2000 dalam penampilan olimpik terakhirnya. FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN - PERINGKAT INDIVIDU Menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing, peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi masa lapang secara berfaedah. - PERINGKAT MASYARAKAT Meyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan antara pelbagai kaum, peningkatan tahap kesihatan komuniti, peningkatan semangat kesukarelaan, kerjasama dan sokongan. - PERINGKAT ANTARABANGSA Meyumbang kepada pemupukan jalinan dan Kerjasama antarabangsa, peningkatan ketahanan dan daya saing.
9 BAGAIMANA SUKAN MEMUPUK PERPADUAN Sukan dikenali sebagai alat perpaduan yang paling berkesan kerana dapat menyatukan rakyat Malaysia yang terkenal mempunyai pelbagai kaum. Sebagai contoh, hubungan silaturahim dapat dieratkan dengan melakukan aktiviti-aktiviti sukan sekaligus dapat membentuk rakyat yang berdisiplin dan berintegriti. Selain itu, program sukan iaitu Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) diadakan setiap 2 tahun sekali yang dapat mewujudkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan pemain dan penonton. Apabila rakyat mempertahankan perpaduan antara satu lain tanpa mengira bangsa, agama dan budaya, kesannya kita dapat mempertahankan kedaulatan negara. Akhir sekali, semangat perpaduan ini diteruskan di negara kita, kemajuan negara mesti dapat bersaing dengan negara-negara luar yang maju. CADANGAN-CADANGAN MEMUPUK PERPADUAN DALAM BIDANG SUKAN Pelbagai pihak perlulah mendedahkan kebaikan dan manfaat sukan dalam kehidupan kepada masyarkat. Hal ini penting kerana bersukan boleh meningkatkan kesihatan, kecergasan badan dan mengurangkan risiko penyakit seperti diabetes, kanser dan sebagainya. Pihak Kerajaan boleh memperbanyakkan program dalam bidang sukan supaya dapat menarik minat masyarakat untuk terlibat supaya wujud perpaduan dalam negara Malaysia. Selain itu, dengan melakukan poster atau mendedahkan tentang sukan dalam media social juga salah satu cara terbaik untuk menarik minat orang ramai. Selain itu, pihak sekolah bertanggungjawab mengenalkan bidang sukan kepada para pelajar agar mereka dapat mengetahui kebaikan sukan dan manfaat yang didapat ketika mengamalkan sukan sekaligus bersukan dapat memupuk perpaduan antara satu sama lain. Akhir sekali, masyarakat perlu bekerjasama dalam menyemarakkan usaha-usaha pelbagai pihak supaya bidang sukan dapat memupuk perpaduan antara masyarakat yang berbilang kaum di negara Malaysia.
10 IMPAK SUKAN TERHADAP PERPADUAN KAUM Satu realiti yang berlaku dalam bidang sukan dilihat masih mampu menjadi landasan memupuk perpaduan antara kaum. Walaupun berlainan kefahaman dari segi politik, berbeza agama dan bangsa namun ketika atlet negara kita bertanding, semua batasan yang menghalang interaksi pemain, penyokong dan pengurusan runtuh. Sukan juga menjadi alat untuk tempat penyatuan negara-bangsa yang boleh bersama biarpun mempunyai latar belakang pemerintahan dan struktur takbir urus yang berbeza. Disamping itu, Malaysia mengutamakan dasar dan pembentukan agenda pembangunan sukan. Sukan Malaysia (SUKMA) adalah Temasya Sukan yang dianjurkan oleh pihak Majlis Sukan Negara Malaysia dengan Kerjasama Majlis Olimpik Malaysia. Ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan dan menaik taraf kemudahan sukan secara keseluruhan di Malaysia. Terdapat pelbagai anjuran sukan yang dijalankan di Malaysia. Antaranya, program yang bertemakan ‘Sukan Menjana Perpaduan’ oleh SUKMA yang diadakan di Pahang. Maka, perpaduan bukan sekadar dalam kalangan masyarakat tetapi segenap lapisan organisasi yang dijadikan benteng pembinaan jati diri. Hal ini kerana sukan merupakan perkara yang penting yang membantu kita melentur ‘semangat kekitaan’ sekaligus membangun prestasi sukan yang dapat usaha memupuk penerimaan ke atas kepelbagaian sukan yang wujud dari masyarakat pelbagai etnik. SUKAN DAN PERPADUAN MELALUI PENDIDIKAN Kerajaan telah mewujudkan kokurikulum di sekolah-sekolah bertujuan melengkapi pendidikan formal dengan membantu pelajar mengembangkan kemahiran dan nilai-nilai lain seperti kerjasama, komunikasi dan kepimpinan. Secara tidak langsung perkara ini dapat memupuk perpaduan antara pelajar-pelajar sekolah. Ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk mengekspesikan minat dan bakat di luar bidang akademik. Di samping itu, mengadakan aktviti sukan di sekolah boleh menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperbadian yang sama. Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan dan kerjasama berpasukan. Pada hari sukan, semua pelajar akan terlibat dalam sesuatu permainan, mengadakan perarakan dan menghias khemah serta memberi sorakan dengan bersepadu tanpa mengira apa-apa jua keadaan dalam satu pasukan yang majmuk.
11 PERANAN SUKAN DALAM MENYATUPADUKAN PERPADUAN KAUM Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang boleh menghalang interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan dan massa. Zaman bola sepak negara tahun 1980-an pasti tidak akan lupa kepada Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani, V Arumugam, Soh Chin Aun, James Wong, Torai Raju, Wan Jamak, V Gunalan, Zainal Abidin dan Khalid Ali. Walaupun tidak dinafikan sukan juga menjadi ancaman provokasi perkauman sebagaimana yang berlaku dalam liga bola sepak luar negara, namun sering kali kita melihat sukan akan menjadi alat perpaduan dalam kalangan masyarakat umum walaupun mempunyai pelbagai perbezaan termasuk fahaman politik masing-masing. Di samping mengutamakan dasar dan pembentukan agenda pembangunan sukan, Malaysia juga berjaya dari penganjuran sukan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini termasuklah Sukan Malaysia yang diperkenalkan olehnya dan kini menjadi temasya sukan terbesar dalam negara. Sukma XIV baru-baru ini diadakan di Perak bertemakan 'Wow Kita Hebat'. Perpaduan dalam negara yang rencam menjadi indikator penting agar sukan tidak menjadi alat politik tetapi menjadi alat 'penghubung' keseluruhan warganya. PENGAJARAN SUKAN DALAM PERPADUAN KAUM Rakyat Malaysia perlulah menghormati dan mendukung atlet negara kerana atlet perlu mengorbankan masa lapang bersama-sama keluarga, rakan-rakan, masa rehat, melalui fasa kesakitan dan kepenatan demi menjadi atlet bertaraf dunia dan dapat membanggakan negara Malaysia. Oleh itu, kita sebagai rakyat perlulah menjadi penyokong dengan memberi sorakan dan kata- kata semangat ketika berlangsungnya perlawanan sukan negara agar atlet kita dapat bersaing dengan penuh semangat perjuangan dalam sesuatu sukan. Dengan menjadi penyokong atlet negara, rakyat Malaysia dipandang tinggi di negara asing kerana negara Malaysia yang unik dengan pelbagai kaum dan boleh mewujudkan keharmonian dan sikap saling sokong-menyokong antara satu sama lain.
12 KESIMPULAN Kesimpulannya, terbukti bahawa sukan merupakan platform yang terbaik untuk menyatukan perpaduan yang berbilang kaum di negara Malaysia. Hal ini kerana rakyat Malaysia akan menyokong atlet tanpa mengira bangsa, budaya dan agama. Selain itu, sukan perlu dijadikan sebagai teras perpaduan negara yang perlu dihayati, diamalkan dan dipupuk dalam kehidupan oleh semua rakyat Malaysia agar dapat menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum, menanam rasa cinta akan negara dan sanggup membantu dalam mempertahankan kedaulatan negara. Seterusnya, sukan dapat memberi peluang kepada yang terlibat untuk menjadi masyarakat yang bekerja keras, bertanggungjawab dan berintegriti. Bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim antara kaum, sukan juga dapat meningkatkan kesihatan diri dan mental diri seseorang individu. Di samping itu, Malaysia dapat melahirkan individu yang aktif dan mempunyai bakat-bakat dalam bidang sukan yang boleh kita membantu mengasah bakat mereka supaya mereka dapat berkembang dalam bidang sukan dan menjadi atlet Malaysia yang bertaraf dunia. Kesannya, ramai atlet baru di dalam negara Malaysia yang bakal mewakili negara pada masa hadapan.Oleh sebab itu, Malaysia telah menubuhkan Sekolah Sukan bagi mengumpul atlet murid yang berpotensi supaya bakat cemerlang mereka dapat dipupuk serta dipertingkatkan di bawah bimbingan jurulatih yang berdedikasi serta guru-guru akademik yang terpilih. Bak kata yang lebih mudah dan ringkas penubuhan Sekolah Sukan adalah satu langkah yang baik dan berkesan dalam melestarikan pembangunan negara disamping melahirkan modal insan yang berpotensi untuk saingan diperingkat global. RUJUKAN 1) Siti Zaharah Setapa,(2022),Penghayatan Etika dan Peradaban, Ehsan (M) Sdn. Bhd. : Subang Jaya Selangor. 2) https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sukan-sebagai-platform-satukanrakyat-anas-zubedy-293913 3)https://harimaumalaya.com.my/50189/sukan-adalah-platform-perpaduan-untuknegara-berbilang-kaum-seperti-malaysia-sharon-wee/ 4) https://prezi.com/nnjhwaep5psi/sukanplatform-perpaduan-amp-keharmonian/ 5) http://journalarticle.ukm.my/17103/1/44781-144105-1-SM.pdf
13 LAMPIRAN