TEKS PENGACARA MAJLIS
PROGRAM VAKSIN MENURUT PANDANGAN ISLAM
TARIKH: 10 JUN 2021 (KHAMIS)
MASA: 2.00 p.m. – 3.45 p.m.
PLATFORM: APLIKASI FACEBOOK LIVE ‘Meltech UiTM’
PENGACARA: HAJAR HANANI
MASA AGENDA TEKS
2.00 p.m. - 2.15 p.m. Pembukaan majlis Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera saya ucapkan
kepada para hadirin sekalian,
● Peserta
menyertai Sebelum majlis dimulakan, pihak majlis ingin memohon
Facebook Live agar para hadirin dapat bersabar sementara menunggu
di page ketibaan tetamu kehormat.
Meltech UiTM
Puncak Alam. Majlis akan bermula sebentar sahaja lagi. Kerjasama dan
kesabaran anda amat dihargai.
● Menunggu
ketibaan Terima kasih.
tetamu
jemputan.
2.15 p.m. – 2.20 p.m. Bacaan doa dan Bismillahirrahmanirrahim
salutasi
(SALUTASI)
1. Yang Berbahagia, Dr Mohd. Hapiz bin
Mahaiyadin selaku penceramah pada petang ini,
2. En. Romizan bin Jathin, Timbalan Dekan Hal
Ehwal Pelajar Fakulti Sains Kesihatan,
3. Profesor Madya Dr. Siti Nazrina
Camalxaman, Timbalan Dekan Hal Ehwal
Akademik Fakulti Sains Kesihatan,
4. Yang Berusaha, saudari Ainur Izzati Binti
Shahrudin , Pengarah Program Ceramah Vaksin
Menurut Pandangan Islam,
5. Yang Dihormati, pensyarah- pensyarah, ibu bapa,
para pelajar serta hadirin sekalian.
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.
Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, pihak majlis
ingin menjemput saudara Muhammad Arif Mukhri Bin
Rafidi/Muhammad Asyraf bin Shahabudin untuk
memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
(BACAAN DOA)
Aamin aamin ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan
kepada saudara Arif Mukhri/Asyraf atas bacaan doa
sebentar tadi. Semoga majlis kita pada hari ini mendapat
limpahan rahmat dan keberkatan dari-Nya, in shaa Allah.
2.20 p.m. – 3.20 p.m. Ceramah VAKSIN Hadirin sekalian.
MENURUT
Izinkan saya untuk memperkenalkan sedikit sebanyak
PANDANGAN mengenai penceramah kita pada hari ini. Nama diberi DR
ISLAM disampaikan MOHD. HAPIZ BIN MAHAIYADIN. Beliau
merupakan Pensyarah Kanan Academy of Contemporary
oleh DR MOHD Islamic Studies (ACIS) di UiTM Shah Alam, Selangor.
HAPIZ Beliau pernah menuntut di Universiti Al-Azhar selama 5
tahun dan menamatkan pengajian dalam Pengajian Islam
MAHAIYADIN, Kontemporari peringkat PhD di UiTM pada tahun 2016.
Pensyarah Kanan Beliau juga memegang jawatan sebagai salah seorang
Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.
Academy of
Contemporary Islamic
Studies (ACIS).
Tanpa melengahkan masa lagi, majlis menjemput DR
MOHD. HAPIZ untuk menyampaikan ceramah beliau
yang berjudul ‘VAKSIN MENURUT PANDANGAN
ISLAM’. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
(SESI CERAMAH BERLANGSUNG)
3.20 p.m. – 3.40 p.m. Sesi soal jawab Ribuan terima kasih diucapkan kepada DR MOHD.
HAPIZ atas ceramah yang menarik itu tadi. Jadi pada
minit-minit terakhir ini, saya akan membacakan
soalan-soalan yang dikemukakan oleh para hadirin
sekalian sepanjang sesi ceramah sebentar tadi. Hadirin
masih boleh mengemukakan sebarang soalan pada
ruangan komen.
(SESI SOAL JAWAB)
Terima kasih saya ucapkan kepada DR MOHD. HAPIZ
atas jawapan yang telah diberikan dan tidak lupa juga
kepada hadirin yang sudi mengajukan soalan.
Alhamdulillah segala persoalan kini sudah terjawab.
3.40 p.m. – 3.45 p.m. ● Mengedarkan Para hadirin diminta untuk mengisi Google Form
pautan Google pendaftaran yang disediakan di ruangan komen.
Form pada
ruang komen Hadirin sekalian, nampaknya masa cukup mencemburui
Facebook Live kita. Sesungguhnya, perkongsian ilmu yang diberikan
Page Meltech oleh DR MOHD HAPIZ amatlah menarik dan mudah
UiTM Puncak untuk difahami. Terima kasih saya ucapkan kepada DR
Alam bagi MOHD HAPIZ kerana sudi hadir dan sudi
tujuan menyampaikan ceramah pada hari ini. Moga apa yang
pendaftaran kita dapat pada hari ini dapat dipraktikkan dengan baik
dan sijil dan bermanfaat buat semua.
peserta.
Dengan ini, berakhirlah program ceramah VAKSIN
● Majlis tamat MENURUT PANDANGAN ISLAM kita pada hari ini.
Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang
kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini. Yang baik
itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari
saya sendiri. Saya sudahi majlis ini dengan tasbih
kaffarah dan surah al-Asr. Dengan ini majlis bersurai.