The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SEKOLAH KEBANGSAAN SRI MERSING

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MUHAMAD SYAHIR SILMIE BIN ZAINUDDIN KPM-Guru, 2024-03-04 18:59:56

BUKU PENGURUSAN PPKI SKSM SESI 2024/2025

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SEKOLAH KEBANGSAAN SRI MERSING

Keywords: PPKI SKSM

ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Rukun Negara 4 2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 5 3 Tatasusila Profesian Keguruan 6 – 8 4 Surat Aku Janji 9 5 Teras Perkhidmatan awam & Ikrar Perkhidmatan Awam 10 - 11 6 Fokus pengurusan pendidikan 12 7 I-Thing, Pembelajaran Abad ke-21, Kurikulum Persekolahan 2027 13 – 15 8 Surat Pekeliling Ikhtisas 16 - 27 9 Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Khas di Johor 28 10 Pentaksiran Pendidikan Khas 29 - 31 11 Visi KPM, Misi KPM, Visi Sekolah, Misi Sekolah & Moto Sekolah 32 - 33 12 Falsafah Pendidikan Khas Kebangsaan 34 13 Visi/Misi Pendidikan Khas 35 14 Misi/Objektif Unit Pendidikan Khas 36 15 Program Transformasi Sekolah 2025 37 16 Fokus Pengurusan Pendidikan 38 17 Profil Sekolah SK Sri Mersing 39 18 Kalendar Akademik & Cuti Perayaan 2024/2025 40 - 41 19 Pengurusan Pendidikan Khas PPKI SKSM 2024/2025 42 20 Senarai Tugas & Tanggungjawab 43 - 48 21 Sasaran Program Pendidikan Khas PPKI SK Sri Mersing 49 22 Peraturan-peraturan Pendidikan Khas 50 - 52 23 Tatacara Kemasukan Murid Ke PPKI 53 - 55 24 Peruntukan Masa & Nisbah Murid/Guru/PPM 57 25 Nama Guru dan Pembantu Pengurusan Murid PPKI SKSM 58 26 Jawatankuasa Induk, Carta Organisasi PPKI SKSM 59 - 60 27 Jawatankuasa Panatia, RPI, Program Pendidikan Inklusif & Kebajikan 61 – 64 28 Jawatankuasa Pengurusan, Kurikulum, HEM, Kokurikulum, Aktiviti luar, & Bilik-bilik Khas 65 – 67 29 Senarai Guru Mengikut Matapelajaran 68 – 69 30 Senarai Nama Guru Kelas & Murid 70 – 71 31 Takwim Pendidikan Khas SK Sri Mersing 2024/2025 72 32 Perancangan Aktiviti Tahunan 73 - 76 33 Sekian Terima Kasih 77 2


RUKUN NEGARA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN TATASUSILA PROFESIAN KEGURUAN SURAT AKU JANJI TERAS PERKHIDMATAN AWAM IKRAR PERHIDMATAN AWAM DAN IKRAR INTEGRITI PERHIDMATAN AWAM FOKUS PENGURUSAN PENDIDIKAN PROSES PEMIKIRAN I-THINK PEMBELAJARAN ABAD KE-21 ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN / MURID KURIKULUM PERSEKOLAHAN 2027 SURAT PEKELILING IKHTISAS VISI / MISI KPM VISI / MISI SEKOLAH 3


4


5


TATASUSILA PROFESION KEGURUAN 6 Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arahpembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yangmenyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh – penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya I. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR 1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. 2. Bersikap adil kepada pelajar pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, keturunan atau agama. 3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. 5. Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. 6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.


7 II. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA 1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. 2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. 3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. 5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. 6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan sesuatu kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka III. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA 1. Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan prinsip Rukun Negara. 2. Memupuk dalam diri setiap pelajar dengan sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. 3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. 4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. 5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat. 6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.


8 IV. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN 1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. 2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. 3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. 4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan. 5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. 6. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru. (Catatan): Guru yang dimaksudkan dalam konteks Talasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah lnstitusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlalih yang bertugas dalam pentadbiran organisasi dan penyeliaan pendidikan.


SURAT AKU JANJI 9


TERAS PERKHIDMATAN AWAM 10 1. Bekerja dengan penuh tanggungjawab. 2. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri. 3. Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan. 4. Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara. 5. Berpegang teguh kepada ajaran agama. 6. Bekerjasama membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara. BUDAYA KERJA SEKOLAH 1. Memahami dan menghayati : 1.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1.2 Falsafah, Matlamat dan Objektif Sekolah 2. Memelihara dan mempertingkatkan imej Sekolah, Jabatan dan Kementerian Pelajaran setiap masa. 3. Mementingkan mutu dan kesan pendidikan. 4. Menentukan Objektif ( setiap tugas ). 5. Mengamalkan kerja sepasukan secara bermesyuarat. 6. Sentiasa bekerja dengan bersih , cekap dan amanah. 7. Mengamalkan sikap jujur , ikhlas, amanah , seta adil. 8. Mengamalkan perkhidmatan penyayang. 9. Kepimpinan melalui teladan. 10. Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri. 11. Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran. 12. Kerja adalah ibadah.


11 IKRAR PERKHIDMATAN AWAM Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini bahawa semasa dan selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan, kami akan patuh dengan mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas. Ke arah ini kami : ▪ Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan; ▪ Bekerja dengan penuh tanggungjawab; ▪ Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri; ▪ Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan; ▪ Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara; ▪ Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara; dan ▪ Berpegang teguh kepada ajaran agama. IKRAR INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM Kami, pegawai awam Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan memperkukuhkan integrity perkhidmatan awam dengan mencegah dan membenteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan yang berikut : • Pertama, Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah; • Kedua, Menutup semua ruang dan peluang yang memdedahkan kepada amalan rasuah; • Ketiga, Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undangundang, peraturan dan etika jabatan; • Keempat, Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah; • Kelima, Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej pegawai awam; dan • Keenam, Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilainilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.


12 FOKUS PENGURUSAN PENDIDIKAN PENGETUA DAN GURU BESAR YANG BERKESAN SEKOLAH YANG BERKESAN 03 GURU YANG PROFESIONAL KURIKULUM YANG RELEVAN 2 3 4 5 6 7 8 9 10 1 SISTEM PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN PEMBINAAN INFRASTRUKTUR SOKONGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PEMBINAAN INSTITUSI PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN PEMBINAAN SISTEM INSTITUSI PERLAKSANAAN DAN PEMANTAUAN YANG BERKESAN : SISTEM PENTADBIRAN PEMBANGUNAN STAF YANG KOMPREHENSIF PEMBINAAN HUBUNGAN LUAR DAN MASYARAKAT


13 LAPAN PROSES PEMIKIRAN Lapan Proses Pemikiran dibangunkan melalui alat berfikir visual, iaitu Peta Pemikiran yang memudahkan murid-murid dalam memahami konsep, menganalisis masalah dan mencari penyelesaian


14 ABAD KE-21 PEMBELAJARAN PEMIKIRAN KRITIS Pemikiran kritis adalah sebahagian daripada kemahiran berfikir yang dapat membantu manusia menyelesaikan sesuatu masalah dengan berkesan dan menyesuaikan diri dengan persekitaran. Manusia mempunyai kecenderungan untuk menggunakan proses kognitif apabila berhadapan dengan sesuatu keaadaan atau masalah, tetapi tidak atau kurang mempunyai kemahiran untuk mengaplikasikan kecenderungan tersebut PEMIKIRAN KREATIF Pemikiran kreatif adalah kecekapan menggunakan minda untuk menghasilkan idea yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai. Komponen pemikiran kreatif juga termasuk kebolehan seseorang berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah. KOLABORASI Kolaborasi adalahsatu proses yang melibatkan kerjasama oleh beberapa individu dalam satu kumpulan atau pasukan untuk mencapai hasil yang diiginkan dan sekaligus melahirkan kepercayaan antara ahli-ahli yang terlibat. Pendek kata, kolaborasi merupakan satu bentuk kerjasama yang melibatkan dua atau sekelompok individu dalam melengkapkan sesuatu aktiviti atau menyelesaikan sesuatu permasalahan PERWATAKAN Watak adalah satu corak tingkah laku, fikiran dan perasaan berdasarkan prinsip-prinsip kekuatan moral dan integriti. Perwatakan yang baik adalah perkara yang paling berharga yang boleh dimiliki oleh seseorang kerana ia mencermin jati diri dan sahsiah peribadi KOMUNIKASI Kemahiran Komunikasi adalah penting dalam proses Penyampaian maklumat, perkongsian pendapat dan interaksi antara dua pihak. Dengan adanya kemahiran Komunikasi yang berkesan, perkongsian maklumat menjadi lebih mudah dan afektif


15 KURIKULUM PERSEKOLAHAN 2027


16 SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3 / 1981 SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 6 / 1985 SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4 / 1986 SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3 / 1987 SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3 / 1999 SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7 / 2001 SURAT PEKELILING IKHTISAS


17 SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3 / 1981 Ruj. Fail. KP.8591/(80) 14hb. September, 1981 Pengarah Pelajaran, Semua Negeri. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1981 PENGGUNAAN WAKTU TIDAK MENGAJAR / WAKTU LUANG (FREE PERIODS) OLEH GURU-GURU._______ Guru-guru di sekolah biasanya mempunyai waktu-waktu tidak mengajar/waktu luang (free periods) seperti yang ditetapkan perlu bekerja. Anggapan ini adalah salah dan perlu dibetulkan. 2. Oleh itu Tuan/Puan diminta memberitahu semua Guru Besar supaya: 2.1 Mengingatkan semua guru bahawa waktu tidak mengajar / waktu luang (free periods) itu adalah masa bekerja. 2.2 Guru Besar boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu antara lain untuk: 2.2.1 Menggantikan guru yang tidak hadir mengajar di sesebuah darjah. 2.2.2 Membuat persediaan-persediaan untuk mengajar seperti membaca buku-buku tambahan, membuat nota mengajar, menyediakan alat-alat mengajar dan sebagainya. 2.2.3 Memeriksa buku-buku latihan murid. 2.2.4 Mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah mengenai pelajaran yang diajar. 2.2.5 Penyediaan aktiviti-aktiviti gerakerja Kokurikulum. 2.2.6 Lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh Guru Besar. Tegasnya, waktu tidak mengajar itu mestilah diisi dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada muridmurid, khasnya dan sekolah, amnya. 3. Harap dapat Surat Pekeliling ini disampaikan kepada semua Guru Besar Sekolah Menengah dan Rendah untuk panduan dan tindakan mereka. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA“ Saya yang menurut Perintah, (DATO’ HJ. IDRIS BIN TAIN) b.p. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia.


18 SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 6 / 1985


19


20 SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4 / 1986


21


22 SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3 / 1987


23 SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3 / 1999


24 SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7 / 2001


25 PEKELILING WAKTU BEKERJA BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MEMPUNYAI ANAK-ANAK KURANG UPAYA


26 GURU PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


27


28 PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS DI JOHOR PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS DI PROGRAM-PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI NEGERI JOHOR 1. Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Bab 8, Perkara 41 (3), kurikulum yang dilaksanakan berhubungan dengan pendidikan khas hendaklah mematuhi kehendak Kurikulum Kebangsaan setakat yang semunasabahnya praktik. 2. Pada masa itu tidak ada kurikulum khusus untuk pendidikan khas dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagaimanapun akta pendidikan membenarkan penggunaan mana-mana yang munasabah/sesuai/ praktikal untuk digunakan. 3. Peraturan Pendidikan 1997 (Pendidikan Khas) menjelaskan pelaksanaan kurikulum bagi murid pendidikan khas. Perkara 4 menyatakan 4. Peraturan ini bermaksud proses P & P murid pendidikan khas boleh dilaksanakan tanpa perlu mengikuti kurikulum kebangsaan sepenuhnya. Sebaliknya P & P boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian kecacatan murid pendidikan khas. 5. Kurikulum khusus untuk murid pendidikan khas hanya dilaksanakan pada tahun 2004 melalui SPI 7/2004: Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah. 6. Kurikulum ini berasaskan kepelbagaian keupayaan dan keperluan individu murid pendidikan khas dengan matlamatnya ialah kehidupan bermakna. 7. Perkara 5, SPI 7/2004 menyatakan ‘bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan kurikulum ini, Rancangan Pendidikan Individu (RPI) hendaklah disediakan.’ 8. Berdasarkan peraturan-peraturan di atas, P & P murid pendidikan khas perlu dirancang mengikut keperluan individu dengan menyediakan RPI bagi setiap murid. Ini juga bermakna mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada sesuatu Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) yang dibekalkan oleh Bhg Pembangunan Kurikulum, KPM ke sekolah-sekolah. 9. Isu penting yang perlu diberi perhatian ialah dalam pelaksanaan transformasi pendidikan, Pengetua dan Guru Besar hendaklah mengambil kira situasi murid pendidikan khas. Mereka harus diberi peluang mengikuti kurikulum yang bersesuaian dengan keupayaan dan keperluan secara individu. Murid pendidikan khas tidak wajar dikerah mengikuti kurikulum aliran perdana sepenuhnya jika mereka tidak mampu. 10. Peraturan membenarkan pengubahsuaian dilakukan sehingga mengubah mata pelajaran itu sendiri dalam melaksanakan P & P murid pendidikan khas.


29 Pentaksiran di bilik darjah penting bagi mengetahui tahap penguasaan dan pemahaman murid tentang apa yang telah dipelajari. Pentaksiran boleh dijalankan secara formatif dan sumatif. Maklumat yang diperoleh akan membantu guru untuk menambah baik kaedah pengajaran dan hasil pentaksiran di bilik darjah juga dapat memberi maklum balas awal kepada guru untuk merancang tindakan susulan dan penyediaan RPI bagi meningkatkan lagi penguasaan dan pemahaman murid. Antara kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh dijalankan termasuk: 1. Pemerhatian : Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek kemahiran, sikap dan nilai murni. Pentaksiran secara pemerhatian hendaklah disertakan dengan senarai semak. ii. Ujian/ Kuiz : Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan objektif atau subjektif manakala kuiz boleh dijalankan dalam bentuk lisan. iii. Persembahan secara lisan : Persembahan secara lisan adalah penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan pengetahuan murid tentang konten yang dipelajari. iv. Senarai semak : Senarai semak merupakan laporan individu tentang penguasaan pengetahuan, kemahiran serta sikap dan nilai murni. v. Folio : Folio adalah kompilasi hasil kerja murid secara individu atau kumpulan. Contoh folio adalah buku skrap dan laporan. vi. Esei : Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk menyampaikan maklumat secara saintifik. PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KHAS


30 PENTAKSIRAN ALTERNATIF PWNDIDIKAN RENDAH (PAPR)


31


32 VISI KPM PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA. MISI KPM MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.


33 VISI SEKOLAH PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA. MISI SEKOLAH MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA. MOTO SEKOLAH SKSM D’PUNCAK KEJAYAAN


34 FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS KEBANGSAAN Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.


35 VISI PENDIDIKAN KHAS MISI PENDIDIKAN KHAS


36 MISI UNIT PENDIDIKAN KHAS OBJEKTIF UNIT PENDIDIKAN KHAS


37


38 FOKUS PENGURUSAN PENDIDIKAN PEMBINAAN HUBUNGAN LUAR DAN 10 MASYARAKAT 09 PEMBANGUNAN STAF YANG KOMPREHENSIF PEMBINAAN SISTEM INSTITUSI PERLAKSANAAN DAN 08 PEMANTAUAN YANG BERKESAN : SISTEM PENTADBIRAN PEMBINAAN INSTITUSI PERANCANGAN 07 DAN PENYELIDIKAN PEMBINAAN INFRASTRUKTUR SOKONGAN 06 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 05 SISTEM PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN 04 KURIKULUM YANG RELEVAN 03 GURU YANG PROFESIONAL 02 SEKOLAH YANG BERKESAN 01 PENGETUA DAN GURU BESAR YANG BERKESAN


39 ALAMAT SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SRI MERSING JALAN MAHKOTA, MERSING KECIL, 86800 MERSING, JOHOR BANDAR : MERSING KOD SEKOLAH : JBB4014 NO. TELEFON : 077991355 NO.FAXS : 077996461 EMAIL : [email protected] NAMA GURU BESAR : EN. KHAIRUDDIN BIN YA’ACOB JENIS SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN JENIS BANTUAN : BANTUAN PENUH KERAJAAN GRED SEKOLAH : A LOKASI : BANDAR SESI : PAGI KAWASAN PKG : BANDAR MERSING KAWASAN DUN : DUN TENGGAROH KAWASAN PARLIMEN : MERSING JUMLAH MURID : 800 ORANG JUMLAH GURU : 56 ORANG JUMLAH AKP : 8 ORANG PENGAWAL KESELAMATAN : 4 ORANG PROFIL SEKOLAH


40 PPKI SKSM


41 PPKI SKSM


42 PPK PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS SKSM 2024


43 SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SK SRI MERSING 2024/2025 Bertanggungjawab Kepada Guru besar, dan Sekolah kebangsaan Sri Mersing Di Dalam Merancang, Menyelaras, Melaksana Dan Mengambil Tindakan Susulan Ke Atas Perkara-Perkara Berikut: 1.Pentadbiran Umum 1. Membentuk dan menggerakkan Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah. 2. Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum, Kokurikulum dan Kewangan peringkat sekolah. 3. Menyediakan takwim kelas pendidikan khas bersama dengan guru-guru pendidikan khas. 4. Memberikan taklimat kepada pihak pentadbir sekolah, guru-guru aliran perdana dan guru-guru pendidikan khas (yang baru khasnya) tentang pengurusan kelas pendidikan khas. 5. Menyampaikan maklumat dan dapatan mesyuarat Penolong Kanan / Penyelaras Pendidikan Khas bersama Jabatan Pelajaran Negeri JOHOR dan Pejabat Pelajaran Daerah kepada pihak pentadbir sekolah dan guruguru pendidikan khas. 6. Mempastikan fail-fail kelas pendidikan khas seperti berikut disediakan dan sentiasa dikemaskini. 7. Mengadakan perjumpaan bulanan dengan semua guru pendidikan khas. 8. Menguruskan perjumpaan guru pendidikan khas dengan ibu bapa / penjaga murid pendidikan khas. 9. Mengendalikan aduan ibu bapa / penjaga bersama-sama dengan guru pendidikan khas. 10.Merancang, melaksana dan menyelia Program Inklusif (jika ada). 11.Merancang , melaksana dan menyelia Program Disleksia (jika ada). 12.Mempastikan aktiviti kokurikulum kelas pendidikan khas dilaksanakan. 13.Mempastikan semua guru dan murid pendidikan khas serta PPM berada di perhimpunan pagi pada setiap hari (tertakluk kepada amalan sekolah dan keupayaan murid pendidikan khas).


44 2. Pengurusan Kurikulum 1. Menyediakan satu peraturan kelas pendidikan khas dan mendapatkan persetujuan daripada pihak pentadbir sekolah sebelum diedarkan kepada ibu bapa / penjaga. 2. Mempastikan suasana kelas pendidikan khas kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. 3. Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru pendidikan khas untuk menyediakan jadual waktu mengikut opsyen sebelum sesi persekolahan tahun semasa berakhir. 4. Menyerahkan sesalinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing (u.p. Pegawai Khas Pendidikan Khas). 5. Menyediakan jadual pencerapan dan mencerap pengajaran guru pendidikan khas mengikut jadual. 6. Mempastikan Buku Persediaan Mengajar dan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) sentiasa berada bersama dengan guru pendidikan khas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan dikemaskini. 7. Mempastikan rekod prestasi dan laporan pencapaian akademik murid pendidikan khas dikemaskini sebelum diedarkan kepada ibu bapa / penjaga. 8. Menubuhkan Jawatankuasa Inklusif untuk menginklusifkan murid pendidikan khas yang berpotensi untuk belajar di kelas aliran perdana. 9. Berhubung dengan Setiausaha Peperiksaan sekolah untuk mendaftarkan murid pendidikan khas yang bersedia untuk menduduki peperiksaan awam. 10.Merancang pembelian BBM untuk kegunaan guru-guru pendidikan khas. 11.Memastikan Ketua Panitia melengkapkan Fail Panitia masing-masing.


45 3. Pengurusan Ko-kurikulum 1. Merancang dan melaksanakan aktiviti kokurikulum kelas pendidikan khas sepanjang tahun seperti sukan, kelab atau persatuan dan pasukan beruniform. 2. Mendaftarkan kelab atau persatuan dan unit beruniform murid pendidikan khas dengan pihak-pihak yang berkenaan (rujuk kepada Penolong / Guru Kanan Kokurikulum sekolah untuk prosedur pendaftaran). 3. Mendokumentasikan segala perkara yang berkaitan dengan kelab atau persatuan dan unit beruniform seperti pendaftaran, peraturan, bayaran tambahan, pakaian, masa perjumpaan dan lain-lain. Semua dokumen ini hendaklah disimpan di dalam Fail Kokurikulum Pendidikan Khas. 4. Memastikan guru penasihat menyediakan kertas kerja untuk aktivitiaktiviti kokurikulum yang dirancang. 5. Memastikan guru-guru penasihat menyediakan surat, dokumen dan membuat permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi melaksanakan setiap aktiviti kokurikulum. 6. Memastikan guru-guru penasihat mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa / penjaga murid pendidikan khas sebelum aktiviti dijalankan. 7. Memastikan guru-guru penasihat menyediakan laporan bagi setiap aktiviti kokurikulum yang telah dilaksanakan. 8. Memastikan semua laporan aktiviti kokurikulum dimasukkan ke dalam Fail Kokurikulum Pendidikan Khas.


46 4. Pengurusan Kewangan Pendidikan Khas 1. Mempastikan peruntukan Geran Perkapita (PCG) kelas pendidikan khas tahun berikutnya dituntut berdasarkan enrolmen 31 Oktober tahun semasa. 2. Mempastikan tuntutan pelarasan peruntukan PCG kelas pendidikan khas tahun semasa dibuat apabila terdapat pertambahan bilangan murid pendidikan khas (mengikut syarat pekelilingan kewangan semasa). 3. Membuat Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bersama-sama dengan pihak pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan khas supaya peruntukan PCG pendidikan khas dapat dibelanjakan dengan cekap. 4. Mendapatkan penyata akaun daripada Bendahari Program Pendidikan Khas untuk mengetahui baki peruntukan PCG kelas pendidikan khas pada setiap bulan untuk dimaklumkan kepada semua guru pendidikan khas. 5. Mempastikan Guru Kelas Pendidikan Khas mendapatkan surat kuasa mengutip bayaran tambahan persekolahan dan buku resit daripada Pengetua / Guru Besar sebelum mengutip yuran. 5. Pengurusan Hal Ehwal Guru/PPM Pendidikan Khas 1. Mencalonkan nama guru pendidikan khas yang belum mengikuti kursus pendedahan pendidikan khas kepada Pejabat Pelajaran Daerah masingmasing (u.p. Pegawai Khas Pendidikan Khas) supaya mereka dapat dihantar berkursus. 2. Mempastikan semua guru pendidikan khas di bawah penyeliaannya mendapat bayaran insentif mengajar kanak-kanak cacat. 3. Mempastikan semua guru pendidikan khas di bawah penyeliaannya tidak disalahgunakan oleh pihak pentadbir sekolah.


47 6. Pengurusan Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas 1. Mempastikan murid pendidikan khas dinilai sepanjang tempoh percubaannya (bersama dengan semua guru pendidikan khas) dan keputusannya dicatatkan dalam Lampiran A : Borang Pengesahan Penempatan (Rujuk Lampiran 2). Lampiran A yang telah dilengkapkan mesti dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah bagi tujuan pengesahan penempatan (jika sesuai) atau dilanjutkan tempoh percubaan (tidak sesuai atau dilanjutkan tempoh percubaan). 2. Menghantar permohonan kemasukan dan pertukaran murid pendidikan khas ke Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing (u.p. Pegawai Khas Pendidikan Khas) untuk dipanjangkan ke Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Bagi pertukaran sekolah, setelah diluluskan permohonannya, pastikan Fail Peribadi Murid dan segala dokumen murid berkenaan dihantar ke sekolah baru. 3. Mempastikan semua murid pendidikan khas berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan Kad Orang Kurang Upaya (OKU). 4. Mempastikan setiap murid pendidikan khas mempunyai buku akaun Bank Simpanan Nasional (BSN). 5. Mempastikan borang permohonan segala jenis bantuan kewangan bagi semua murid pendidikan khas yang layak menerimanya diproses dan dihantar sebelum tarikh tutup. 6. Mempastikan murid-murid pendidikan khas (pembelajaran) yang mengikut program inklusif mendapat pinjaman buku teks. 7. Mempastikan sekolah mengeluarkan Sijil Berhenti kepada murid-murid pendidikan khas yang berhenti sekolah atau yang tamat persekolahan. 8. Mempastikan ibu bapa / penjaga yang ingin melanjutkan tempoh persekolahan anak mereka yang berumur melebihi 14 tahun untuk ke sekolah menengah. 7. Pengurusan Data Pendidikan Khas 1. Mempastikan data JPK dan laporan status program pendidikan khas dikemaskini dan dihantar kepada Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing sebelum atau pada 5 haribulan setiap bulan. 2. Memastikan data online dikemaskini mengikut tarikh yang ditetapkan 3. Mempastikan salinan laporan status program pendidikan khas disimpan di dalam Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas.


48 8. Pengurusan Stok/Inventori Pendidikan Khas 1. Mempastikan barangan yang dihantar ke kelas pendidikan khas oleh Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri johor diletakkan di dalam kelas pendidikan khas. 2. Mempastikan alatan untuk kelas pendidikan khas tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak. 3. Menyemak Buku Stok dan Fail Kad Harta Modal yang disediakan oleh Guru Stok, 9. Guru Mata Pelajaran 1. Menganggotai Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran yang diajar. 2. Mendapatkan dan menyimpan maklumat Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Buku Panduan, Buku Kerja dan senarai Bahan Bantu Mengajar ( BBM ) bagi mata pelajaran yang diajar. 3. Melengkapkan Buku Persediaan Mengajar setiap hari mengikut format yang ditetapkan. 4. Menjalankan P&P mengikut jadual waktu, 5. Menanda dan merekod latihan / kerja rumah yang dibuat oleh murid bagi mata pelajaran yang diajar. 6. Menggubal soalan penilaian, menjalankan ujian penilaian, menanda kertas soalan dan merekod markah murid bagi mata pelajaran yang diajar dalam Buku Rekod Mengajar Guru dan bilik data sekolah. 7. Melapor prestasi pencapaian murid bagi mata pelajaran yang diajar. 8. Melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI)


49 SASARAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SK SRI MERSING SESI 2024/2025 SASARAN PENDIDIKAN KHAS KURIKULUM • PENGUASAAN 3M DENGAN BAIK • MEMBENTUK DAN MEMBANGUNKAN J.E.R.I.S MURID • MEMBENTUK DAN MEMBINA KEMAHIRAN UNTUK KELANGSUNGAN HIDUP PADA MASA DEPAN KOKURIKULUM • MEMBINA KEYAKINAN DIRI DAN KEMEJADIAN MURID. • BERSAMA MURID ALIRAN PERDANA UNTUK MEGIKUTI SEMUAAKTIVITI YANG DIJALANKAN. PROGRAM INKLUSIF TRANSISI / KERJAYA / MENTOR MENTEE MEMBINA PERGAULAN, KEMAHIRAN DAN MENAMPAKAN HASIL PROGRAM SERTA MENGAPLIKASIKAN KEARAH KERJAYA / KELANGSUNGAN HIDUP UNTUK KEHIDUPAN BERMAKNA KAMIL SAHSIAH BERIMAN TINDAKAN TATATERTIB SIFAR TINDAKAN DISPLIN SIFAR PONTENG SIFAR VANDALISME SIFAR KEMALANGAN SIFAR


50 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS) 2024 AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS) 2024 PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 41 Akta Pendidikan 1996 [Akta 550], Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut: Nama •Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013. Pemakaian •Peraturan-Peraturan ini hendaklah terpakai bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan yang melaksanakan Pendidikan Khas. Tafsiran •Dalam Peraturan-Peraturan ini— “Kod Amalan” ertinya Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas; “Kurikulum Pendidikan Khas” ertinya— •Kurikulum Kebangsaan; •Kurikulum Kebangsaan yang diubah suai oleh Ketua Pendaftar; •kurikulum yang direka bentuk khusus oleh Ketua Pendaftar; atau •apa-apa kurikulum latihan kemahiran yang, pada pendapat Ketua Pendaftar, sesuai dan bermanfaat bagi murid berkeperluan pendidikan khas;


Click to View FlipBook Version