MPU 23032
PENGAJIAN ISLAM
TAJJUK:
PEMBANGUNAN ALAM SEKITAR
PENSYARAH : PN KHODZIRAH BINTI AHMAD
NAMA AHLI KUMPULAN 2
FARAH HUSNA BINTI SHAFIEE (03DPR21F1052)
NURUL HANIS BINTI HAFIZI (03DPR21F1088)
NURAIN SHAHIRAH BINTI ZAIDI (03DPR21F1113
NOR SYAHWANI EZZATI BT ARHAM (03DPR21F1043)
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA M/S
1. PENGENALAN 1
2. STATISTIK PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI 2
MALAYSIA
3. KESAN PEMBANGUNAN KEPADA ALAM 3-4
SEKITAR
4. KESAN PELUPUSAN UBAT KEPADA ALAM 5-6
SEKITAR
5. KOLEKSI GAMBAR DAN KERATAN AKHBAR 7-8
6. HADIS/DALIL 9-10
7. KESIMPULAN 11
8. RUJUKAN 12
PENGENALAN
Ibnu Abd. Rabbihi pula menyatakan takrif alam sekitar ini didalam kitabnya al-Jumanah
dengan penjelasannya bahawa :
“Alam sekitar ialah yang merujuk kepada kehidupan ciptaan Ilahi dan kebudayaan yang
wujud di mana manusia dapat menjalani kehidupan di dalamnya”.
(Rujuk: Muhammad Abd al-Qadir Al-Fiqqiyy. 1993. Al-Bi’ah Musykiluha wa Qadayaha.
Kaherah: Maktabah Ibn Sina. Hal. 9.)
Alam adalah ciptaan Tuhan yang tidak ternilai harganya.Keindahan flora dan fauna di
Malaysia merupakan salah satu daya tarikan pelancongan yang mampu mendatangkan
pulanganyang tinggi kepada pendapatan negara negara.walau bagaimanapun, keindahan
yang dicipta suatu masa dahulu kini dicemari oleh tangan-tangan manusia yang sibuk
mengejar pembangunan tanpa mengambil kira akan kesan sampingan yang akan
diperolehi sama ada pada masa sekarang mahapun pada masa akan datang.
Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini,kita sering dihebahkan dengan cerita –
cerita mengenai pencemaran alam di negara kita. Masalah alam sekitar seperti
pencemaran air dan udara bukanlah suatu yang asing bagi kita. Sejak dekad yang lalu ,
peristiwa seperti tumpahan minyak Exxon pada tahun 1990 telah memusnahkan
kehidupan liar dan sebahagian pinggiran laut Alaskan.Pada tahun 1991 pula, pembakaran
telaga minyak di Kuwait telah membebaskan 200 juta tan gas karbon dioksida ke
atmosfera (Whinchip 2003).Kemusnahan alam sekitar ini sangat berkaitan rapat dengan
perbuatan manusia sendiri .Pembangunan oleh manusia yang mengutamakan
pertumbuhan ekonomi semata-mata telah menyebabkan penyusutan sumber alam dan
pencemaran.
Berita berkaitan dengan pencemaran alam sekitar sering mendapat paparan meluas
sama ada melalui media cetak ataupun elektronik.kini ramai individu yang berani tampil
bagi menyuarakan pendapat masing-masing mengenai alam sekitar.Terdapat juga
masyarakat yang kecewa apabila mendengar cerita tentang kemusnahan alam sekitar
seperti pembakaran terbuka dan pembalakan haram yang dilakukan oleh individu yang
tidak bertanggungjawab.Oleh itu,isu ini perlu dibincangkan dan ditangani bersama-sama .
1.
STATISTIK PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI MALAYSIA
❑ STATISTIK DARIPADA KESAN
PENCEMARAN ALAM SEKITAR
DARI SELURUH NEGERI DI
MALAYSIA
❑ STATISTIK PENCEMARAN AIR
❑ CATATAN IPU
PENCEMARAN
UDARA
2.
KESAN PEMBANGUNAN KEPADA ALAM SEKITAR
➢ HABITAT FLORA DAN FAUNA MUSNAH
Proses penebangan pokok untuk projek pembangunan akan menyebabkan habitat flora
dan fauna menjadi musnah . Hal ini boleh menyebabkan Flora dan Fauna pupus dan
ianya akan menjadi satu kerugian yang sangat besar kepada negara ini kerana ianya
tidak dapat dilihat oleh generasi yang akan datang.
➢ BERLAKUNYA PEMANASAN GLOBAL
Kegiatan pembangunan pastinya akan menggunakan banyak jentera berat bagi proses
pengangkutan yang akan mengeluarkan banyak asap beracun seperti karbon
monoksida . pembangunan fizikal yang dilaksanakan secara tidak seimbang hingga ke
peringkat tidak lagi dapat memelihara kelestarian alam sekitar telah menyebabkan
dunia berhadapan ancaman perubahan iklim dan pemanasan global yang serius.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah,
Keadaan bertambah meruncing dengan berlakunya pelbagai projek pembangunan
yang melibatkan kawasan tanah gambut, pembalakan tidak terkawal, pembakaran
berskala besar, arang batu, petroleum dan bahan bakar fosil. Pokok dan hutan tidak
lagi dihargai berdasarkan peranan utama kewujudannya kerana semakin dilihat sebagai
bahan komersial menghasilkan kayu dan kawasan hutan dilihat sebagai tanah untuk
dijadikan ladang tanaman komersial.
"Justeru itu, kegiatan penebangan hutan terus berleluasa, didorong nafsu haloba
manusia, pembalakan dan penerokaan secara haram semakin berlaku.
"Kajian terkandung dalam NATURE yang diterbitkan pada 2015 melaporkan bilangan
pokok sejak menyingsingnya fajar pertanian 12,000 tahun lalu, hanya tinggal separuh.
Data menunjukkan secara purata, sepuluh bilion pokok dimusnahkan setiap tahun,"
titah baginda.
3.
➢ BERLAKUNYA FENOMAENA PULAU HABA
Bangunan pencakar langit giat dibina sekaligus mengurangkan kawasan hijau.
Sebagai contoh pulau haba berlaku di bandar-bandar Kuala Lumpur, Georgetown
dan Johor Bahru mencatatkan suhu lebih tinggi diantara 2 hingga 3 darjah celsius
berbanding bandar-bandar di kawasan pinggiran.
Faktor-faktor yang menyebabkan fenomena pulau haba :
a. Bangunan konkrit dan permukaan berturap menyerap dan menyimpan haba
lebih cepat daripada tanah dan tumbuhan di luar bandar
b. Susunan bangunan yang rapat menghalang laluan tiupan angin
c. Sisa haba daripada penyaman udara, kilang dan kenderaan bermotor
d. Kekurangan tumbuh-tumbuhan untuk menyerap haba matahari.
➢ GANGGUAN TERHADAP PENEMPATAN ORANG ASLI
Penebangan hutan dan penggondolan bukit dalam pembangunan turut
mempengaruhi kehidupan masyarakat orang asli yang hidup dalam kawasan
tersebut . Pelbagai impak timbul terhadap masyarakat orang asli di kawasan ini
ekoran daripada pembangunan yang dijalankan . Walaupun kehidupan orang asli
sudah moden seperti masyarakat lain tetapi kelompok mereka masih juga
memerlukan kawasan hutan untuk sumber ekonomi mereka .
4.
KESAN PELUPUSAN UBAT TERHADAP ALAM SEKITAR
o KEHIDUPAN AKUATIK AKAN TERANCAM
-Sisa farmaseutikal dari ubat yang diambil manusia akan
dikeluarkan melalui sisa kumuh manusia atupun efluen
(sisa buangan) kerana tidak semua ubat -ubatan yang
duambil manusia akan dicerna sepenuhnya didalam
badan. Sebagai contoh apabila sisa ubat keluar melalui
najis, ia seterusnya akan disalurkan ke loji rawatan
kumbahan untuk diproses lalu disalurkan kepada sungai.
Justeru , sisa - sisa ubat-ubatan dalam efluen air
kumbahan yang tudak terurai akan dilepaskan dalam
sumber air sungai ataupun laut sekaligus boleh memberi
kesan kepada hidupan akuatik.
o KEPUPUSAN HAIWAN BERLAKU
Disebabkan haiwan-haiwan akuatik mati menjadi bangkai ,
terdapat haiwan seperti burung Hering yang tidak
meninggalkan peluang untuk menjadikan bangkai tersebut
menjadi makanannya.Namun bangkai – bangkai tersebuat
masih mempunyai sisa –sisa ubat dari pencemaran air
yang berlaku.Ini mampu mempengaruhi burung Hering
untuk terjangkit dari penyakit tetapi jika dirawat dengan
kadar segera dengan menggunakan bahan diclofenac
sodium burung tersebut mampu terhindar dari ancaman
kepupusan .
5.
o BERLAKU PENCEMARAN AIR
-Daripada sisa kumbahan manusia yang diproses akan
dilepaskan kedalam laut ataupun sungai . Apabila sisa
tersebut dilepaskan bahan yang terkandung dalam sisa
tersebut belum tentu terurai dengan baik.Ia mampu
membuatkan kandungan air menjadi tidak sihat dan
kesannya dapat dilihat dari penukaran warna daripada air
itu sendiri .Selain itu ,ketumpatan air juga meningkat dan
mampu mengurangkan kadar oksigen dalam air untuk
hidupan akuatik bernafas.
o BERLAKU PENGURANGAN BEKALAN AIR
- Apabila pencemaran air berlaku bekalan air kepada
manusia akan berkurangan kerana proses penguraian sisa
ubat akan mengambil masa yang lama untuk sumber air
pulih sepenuhnya.Jika proses tidak dilakukan terhadap air
yang tercemar air yang diminum mungkin akan
menyebabkan keracunan ataupun mampu memberikan
kesan yang serius kepada tubuh badan manusia kerana
tidak menampung komposisi kandungan air yang
tercemar.Individu yang telah minum mungkin akan
mendapat kesan samping dahulu seperti muntah ataupun
pingsan.
6.
KOLEKSI GAMBAR
❖ PEMBANGUNAN YANG PESAT ❖ KESAN DARI PEMANASAN GLOBAL
FAKTOR BERLAKUNYA PULAU
HABA
❖ ORANG ASLI BERPINDAH KERANA ❖ PEMBUANGAN UBAT SECARA
PEMBANGUNAN DIJALANKAN TIDAK TERATUR
❖ CONTOH
PEMBUANGAN
SISA UBAT KE
DALAM LAUT
DARI KILANG
7.
KERATAN AKHBAR
― Irene M. Pepperberg
8.
HADIS/DALIL
Semua perkara yang diciptakan adalah untuk ‘berkhidmat’ kepada Tuhan
Yang Esa yang memberi kelestarian selain mengawal kitaran hidup dan
mati.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah jualah yang
membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-
buahan). Ia mengeluarkan yang hidup daripada yang mati dan
mengeluarkan yang mati daripada yang hidup. Yang sedemikian itu
kekuasaannya ialah Allah. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan
daripada menyembah-Nya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutu-
Nya)?” (Surah al-An’am, ayat 95)
Adalah menjadi tanggungjawab setiap umat manusia untuk memelihara
alam sekitar ini kerana kita telah diamanahkan melalui sabda Rasulullah
SAW yang membawa maksud :
"Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai
pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan." (Hadis riwayat
Muslim).
9.
َج َزا ُك ُم اللهُ َخ ْي ًرا َكثِ ْي ًرا َو َج َزا ُك ُم اللهُ اَ ْح َس َن ا ْل َج َزاء
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
"Telah berlaku kerosakan di darat dan di laut kesan daripada perbuatan manusia,
demikian (supaya Allah) merasakan kepada mereka terhadap (kerosakan) yang mereka
lakukan, semoga mereka kembali bertaubat." (Surah Al-Rum ayat 41)
10.
KESIMPULAN
Selagi minda masyarakat tidak berubah , selagi itu
masalah seperti pemanasan global , pencemaran
sungai , perbalakan dan sebagainya tidak akan dapat
diatasi . oleh itu , kesedaran masyarakat untuk
mengurangkan berlakunya masalah yang akan
mengancam nyawa dan kehidupan kita adalah amat
penting . menghargai , memulihara dan memelihara
alam sekitar merupakan tanggungjawab kita . kita
semua hidup dalam satu bumi dan langit yang sama ,
kita hendaklah sama - sama berusaha untuk membina
satu bumi dan kehidupan yang lebih berkualiti , bersih ,
segar dan cantik dengan bermula menghargai dan
memulihara alam sekitar .
11.
SUMBER RUJUKAN
http://hardrockassignment.blogs
pot.com/2017/07/kegiatan-
pembangunan-membawa-
kesan.html
https://www.bharian.com.my/kol
umnis/2014/12/23675/keseimba
ngan-pembangunan-alam-
sekitar-perlu-diutama
https://www.sinarharian.com.my/
article/141597/KHAS/Pendapat/
Mencari-titik-perdamaian
http://belajarmengarang.blogspo
t.com/2012/06/contoh-karangan-
pmr-kesan-kesan-negatif.html
https://selangorkini.my/wp-
content/uploads/2017/05/pemba
karan.jpg
https://www.utusanborneo.com.
my/2021/01/26/buang-ubat-
kesan-jangka-masa-panjang-
terhadap-alam-sekitar
12.
TERIMA KASIH….