Selamat Datang
PISMP Ogos 2022 Biodata Diri Nama Sarah Waddina binti Tajul Arus 2022142440022 040901-05-0280 Bahasa Melayu SK Angka : Giliran No Kad Pengenalan Ambilan Opsyen
FALSAFAH PPIM
PPIM adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak pada peringkat Kebangsaan, Negeri, dan Daerah di Institut Pengajian Tinggi,Maktab-maktab Perguruan dan sekolah-sekolah menengah dan rendah.Aktiviti yang dijalankan sebagai Ko-Kurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan Puteri yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada ALLAH S.W.T. Usaha ini adalah bertujuan untuk menterjemahkan ke dalam diri Puteri ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa, masyarakat dan negara selaras dengan ajaran Islam.
MATLAMAT PPIM
Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan. Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteri-puteri. Meningkatkan minat dan bakat puteriputeri di dalam pelbagai bidang gerak kerja kokurikulum sekolah, institut, maktab, kolei dan universiti. Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri. Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan. Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat.
OBJEKTIF PPIM
Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat sekolah rendah dan menengah disusun dengan tujuan seperti berikut1. Melahirkan satu masyarakat muda yang taat kepada Allah SWT, Raja dan Negara, berilmu, berakhlak mulia dan berbakti kepada masyarakat. 2. Membimbing gadis-gadis dari segi akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamil, berilmu, dengan mengajar dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup mereka berasaskan jalan yang diterima Allah SWT dan dapat berbakti untuk agama, nusa dan bangsa. 3. Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan diterima masyarakat. 4. Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua.
LOGO PPIM
Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis dengan huruf jawi Permulaan daripada perkataan “PERGERAKAN PUTERI ISLAM." ( Pa Pa Alif) Di bawah logo ini tertulis perkataan :- “PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri “PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin- Pemimpin PENGERTIAN WARNA Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan Hijau : Agama Taqwa sebagai TERAS Putih : Kesucian Kuning : Kesetiaan dan ketaatan
BENDERA PPIM
Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah jambu, dan ditengahtengah terdapat lencana pergerakan. Ukuran lencana adalah sepertiga daripada ukuran bendera. Kedudukan Bendera dalam Tatacara Perjumpaan :
COGAN KATA PPIM
LAGU PPIM
Puteri Lembaga Islam Riang Gembira Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja Berkorban Untuk Agama Dan Negara Dunia Akhirat Mendapat Bahagia Berusaha Mencari Pengetahuan Berbakti Membuat Kebajikan Belajar Mencapai Kemajuan Bersemangat Penuh Keimanan Puteri Lembaga Islam Riang Gembira Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja Berkorban Untuk Agama Dan Negara Dunia Akhirat Mendapat Bahagia
IKRAR PPIM
Bahawa kami, ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia, berikrar akan; Taat kepada allah, rasul, pemerintah, guru dan ibubapa Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak Membangunkan diri dengan sempurna Mengukuhkan silaturrahim sesama puteri Berkhidmat untuk keluarga, masyarakat dan negara
SULUH KATA PPIM
P - Patuh kepada ibubapa U - Ugama/agama berteraskan Al. Quran dan Al-Hadith T - Taat kepada Allah dan Rasul E - Erat ukhwah Islamiyah R - Rela berbakti kerana Allah I - Iman dipupuk ilmu dituntut I - Insaf diri: Ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali ('inna lillahi wa'inna ilayhi raji'un) S - Solat ditunai setiap waktu L - Larangan Allah dijauhi A - Akhlaq mulia pengukuh keimanan M - Muslimah Mukminah rakyat seperjuangan
SEJARAH & LATAR BELAKANG PPIM
VISI & MISI PPIM
VISI Untuk melahirkan generasi wanita Muslim yang mempunyai ciri-ciri berikut : Beriman dan berakhlak murni berlandaskan prinsip-prinsip Islam Mempunyai kesihatan diri dan mampu membangunkan diri secara bersepadu daripada aspek spritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama ahli pputeri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negaranya
MISI Untuk melahirkan puteri yang mempunyai ciriciri tersebut, puteri dibimbing dengan : Memperlihatkan akan kebenaran Al-Quran dan Hadis dalam program yang dijalankan Memberi bimbingan, latihan dan didikan melalui aktiviti yang mencabar dan menarik. Melengkapkan pengetahuan dan kemahiran yang dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Beriman dan berakhlak murni berlandaskan prinsip-prinsip Islam Mempunyai kesihatan diri dan mampu membangunkan diri secara berpadu daripada aspek spritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama ahli puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negaranya
PERLEMBAGAANPPIM
STRUKTUR ORGANISASI PELBAGAI PERINGKAT
PERANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH PPIM
BIDANG KURIKULUM PPIM
Pengenalan PPIM Kesihatan dan Tugas Pembangunan Diri Kerohanian (Pemahaman & Pengukuhan Al-Quran dan Hadis) Keluarga & Masyarakat Kemahiran Pertolongan Cemas Rekreasi dan Aktiviti Luar Alam sekitar dan agama
Peringkat Daerah Perkhemahan Mewarna Sajak Gubahan Sulaman Sambutan Hari Keluarga Hafazan Dai’E Cilik Hari Kuiz Puteri Tadarus
Peringkat Negeri Perkhemahan Sambutan Hari Keluarga Sukaneka Hari Puteri Memasak Nyanyian
PERSIJILAN JURULATIH & PERSIJILAN PERINGKAT SEKOLAH