The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zulinah4080, 2021-08-22 05:10:08

UNIT 8 CAMPURAN

UNIT 8 CAMPURAN

Isnin 23 Ogos 2021
UNIT 8 – CAMPURAN

1. Terdapat 5 kaedah mengasingkan campuran:
a) Menyisih
b) Mengayak
c) Menggunakan magnet
d) Mengapung
e) Menuras

2. Menyisih ialah mengasingkan dua bahan yang
bersaiz besar. Contohnya mengasingkan maruku
dengan kacang.

3. Mengayak ialah mengasingkan bahan bersaiz
halus dan bahan bersaiz besar. Contohnya
mengasingkan campuran tepung dan kismis.

4. Menggunakan magnet ialah mengasingkan
bahan yang boleh ditarik oleh magnet. Contoh
mengasingkan campuran klip kertas dengan
pasir.

5. Mengapung ialah mengasingkan bahan yang
boleh terapung daripada bahan yang tenggelam

Isnin 23 Ogos 2021

Contohya mengasingkan campuran pasir dan
serpihan kayu.

6. Menuras ialah mengasingkan bahan pepejal
daripada bahan cecair. Contoh mengasingkan
Serbuk teh dengan air.

Bahan larut dan bahan tidak larut

1. Bahan larut contohya gula dan garam.

2. Bahan tidak larut contohnya tepung dan serbuk
Kopi.

Cara melarutkan bahan dengan cepat

1. Menggunakan air panas
Bahan cepat larut jika menggunakan air panas
Berbanding air sejuk.

2. Diaduk
Bahan cepat larut jika bahan tersebut diaduk
berbanding bahan yang tidak diaduk.

Isnin 23 Ogos 2021

3. Bersaiz kecil
Bahan cepat larut jika bahan tersebut bersaiz
kecil contohnya gula pasir lebih cepat larut
berbanding gula kiub.


Click to View FlipBook Version