The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1012-6-azwina, 2022-03-22 11:32:00

Penghasilan Produk BMMB1104

Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

14 MAC 2022
14 MAC 2022

TUGASAN 1 : Penghasilan produk (30%):

Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran
pengarangnya.Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya
yang ingin dikongsi bersama pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan
gabungan daya rasa, kepekaan dan keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan
dialami oleh masyarakat.

Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki menghasilkan produk iaitu e-book
dengan menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta
memanifestasikan akal budi dalam
sebuah pantun, sebuah syair, sebuah seloka dan sebuah gurindam.

Anda dikehendaki menyiapkan e-book tersebut mengikut kreativiti masing-masing
yang merangkumi
tajuk-tajuk berikut:

• takrif, jenis, bentuk dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu.
• fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan
kritikan sosial.
• manifestasi akal budi dalam sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam.

Isi Kandungan
Takrif kesusasteraan Melayu................................................................................................. 3
Bentuk-bentuk kesusasteraan Melayu................................................................................. 6
Ciri-ciri kesusasteraan Melayu...............................................................................................7
Fungsi sastera Melayu............................................................................................................ 8

Fungsi kesusasteraan dalam aspek hiburan............................................................... 9
Fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek pendidikan.........................................10
Fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek dakwah.............................................. 11
Fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek kritikan sosial.................................... 12
Manifestasi akal budi masyarakat Melayu dalam karya Puisi Tradisional....................13
Manifestasi akal budi dalam sebuah pantun............................................................. 14
Manifestasi akal budi dalam sebuah syair................................................................. 15
Manifestasi akal budi dalam sebuah seloka..............................................................16
Manifestasi akal budi dalam sebuah gurindam.........................................................17
Rujukan................................................................................................................................... 18

Takrif kesusasteraan Melayu

Hashim Awang (1987) mengatakan bahawa kesusasteraan itu adalah ciptaan
seni yang disampaikan melalui bahasa. Terdapat dua ciptaan seni yang disampaikan
melalui bahasa iaitu seni yang dituturkan atau digelar sebagai sastera lisan serta
seni yang ditulis iaitu disebut sastera tulisan. Kedua-dua sastera ini mempunyai
keindahannya yang tersendiri dalam aspek isi atau daya pengucapannya. Selain itu,
Ali Ahmad (1994) pula mentakrifkan kesusasteraan Melayu berdasarkan asal-usul
kata sastera yang telah beliau kupas. Menurut beliau, sastera ini berasal daripada
bahasa Sanskrit iaitu castra atau disebut sebagai syastra yang bermaksud kitab suci.

Jenis kesusasteraan Melayu
Kesusasteraan Melayu boleh dibahagikan kepada dua jenis jika dikategorikan

secara semantik iaitu dari segi isi. Jenis kesusasteraan Melayu tersebut ialah naratif
dan juga bukan naratif.

Kesusasteraan naratif merupakan hasil sastera yang mengandungi
perkembangan plot atau dikenali juga sebagai bahan sastera yang menceritakan
suatu peristiwa yang mengandungi beberapa iaitu watak, masa berlaku dan juga
tempat berlaku. Kesusasteraan naratif ini kebiasaannya dilahirkan dalam bentuk
prosa tetapi boleh juga dilahirkan dalam bentuk puisi iaitu syair naratif dalam
keadaan yang tertentu. Selain itu, kesusasteraan naratif merupakan satu hiburan
biasa yang terdapat dalam kehidupan manusia. Cerpen, komik, filem dan juga drama
merupakan kesusasteraan naratif yang dapat dijumpai dalam masyarakat moden.

Kesusasteraan bukan naratif pula adalah merujuk kepada hasil
kesusasteraan yang tidak mengandungi plot. Di samping itu, bahan sastera yang
digunakan pada kesusasteraan naratif ini lebih banyak kepada eksperesi pengarang.
Kesusasteraan ini juga lebih banyak dilahirkan dalam bentuk puisi yang menjelaskan
emosi atau kritikan pengarang tersebut.

Bentuk-bentuk kesusasteraan Melayu

Kesusasteraan Melayu ini dapat dilahirkan dalam pelbagai bentuk bahasa
dan juga boleh dikategorikan kepada dua kategori yang besar menurut bentuk
bahasa yang digunakan iaitu prosa dan juga puisi. Prosa ialah hasil kesusasteraan
yang ditulis dalam ayat-ayat biasa serta menggunakan tatabahasa-tatabahasa yang
mudah. Kebiasaannya ayat dalam prosa ini akan disusun dalam bentuk karangan
dan lebih difahami berbanding ayat di dalam puisi. Contoh-contoh kesusasteraan
prosa ialah cerpen, novel, skrip drama, esei dan banyak lagi. Puisi pula ialah hasil
kesusasteraan yang ditulis tanpa mematuhi peraturan-peraturan tatabahasa. Ayat-
ayat yang terdapat dalam puisi kebiasaannya terdiri daripada ayat-ayat yang tidak
lengkap. Secara lazimnya, puisi ini merupakan sebuah bahasa yang berirama serta
pembaca akan merasai rentaknya apabila puisi tersebut dibaca. Antara contoh bagi
kesusasteraan puisi ialah sajak, syair, pantun, gurindam, seloka dan banyak lagi.

Ciri-ciri kesusasteraan Melayu

Terdapat empat ciri kesusasteraan Melayu iaitu keindahan, mencerminkan
pengalaman, pengalaman seni dan juga karya seni.
 Keindahan

 Dapat dilihat melalui gaya yang digunakan dalam karya sastera
 Hasil karya yang digunakan juga dikatakan indah jika memenuhi empat

syarat berikut: keutuhan, keselarasan, keseimbangan dan fokus kepada
sesuatu unsur
 Mencerminkan pengalaman
 Ciri ini merujuk kepada suatu tindak balas yang utuh dari jiwa manusia yang
digambarkan secara realiti
 Pengalaman yang diungkapkan menerusi bahasa dalam karya sastera
 Pengalaman seni
 Pembaca dapat memahami dan merasai fikiran serta perasaan penulis
melalui karya yang mereka hasilkan
 Penulis karya dapat kepuasan sekiranya hasil karya yang mereka hasilkan
mendapat komen yang positif daripada pembaca
 Nilai karya sastera adalah terletak pada perkara yang disampaikan, cara
dan juga bentuk penyampaian karya terse but
 Hasil karya yang dihasilkan dapat memberi pengalaman serta nilai-nilai
murni kepada pembaca
 Karya seni
 Karya sastera dan karya bukan sastera dapat dibezakan melalui beberapa
perkara iaitu sifat fiksyen, nilai-nilai estetik dan juga penggunaan gaya
bahasa yang khusus
 Fiksyen bermaksud karya sastera yang dihasilkan adalah melalui imaginasi
penulis berdasarkan pengalaman ataupun tindak balas mereka terhadap
alam realiti
 Nilai-nilai estetik pula ialah membolehkan pengkarya mengungkapkan isi
hati mereka dengan jelas dan mendalam

Fungsi sastera Melayu

Sastera merupakan hasil daripada kesedaran dan juga keinginan seseorang
pengarang atau masyarakat dalam berkongsi sesebuah maklumat serta hal-hal yang
berkaitan dengan kehidupan mereka. Oleh itu, sesebuah karya tidak dihasilkan
secara kosong tanpa sebab yang tertentu. Mohd Mokhtar Hassan (2005)
berpendapat bahawa karya sastera merupakan rakaman imaginasi pengarang yang
mempunyai pelbagai maklumat. Setiap karya sastera yang dipaparkan tersebut
mempunyai tujuan dan juga fungsinya yang tersendiri. Tujuan dan juga fungsi
tersebut adalah berdasarkan pertimbangan dan pengamatan pengarang karya itu
sendiri.

Fungsi kesusasteraan dalam aspek hiburan

Kelahiran karya sastera yang membawa kepada keseronokan yang indah
merupakan sebuah keperluan yang. Hiburan daripada karya sastera terhasil
daripada keindahan kata yang diungkapkan, irama atau rentak yang indah.
Keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama atau rentak yang tersusun merupakan
satu kemampuan sastera yang dapat membelai emosi pembaca atau pendengar.
Kepentingan fungsi hiburan menjadikan karya sastera diterima dan diminati oleh
masyarakat seperti cerita penglipurlara yang pernah menjadi karya yang digilai oleh
orang ramai pada suatu ketika dahulu. Selain itu, pantun juga merupakan salah satu
karya sastera yang sangat popular dalam masyarakat pada zaman dahulu kerana
keupayaannya yang membawa keindahan serta menghiburkan itu. Di samping itu,
pantun juga terkenal kerana dapat disampaikan dalam pelbagai variasi yang
menyebabkan fungsi hiburan semakin bertambah. Antara variasi penyampaian
pantun adalah dengan menjadikan pantun tersebut sebagai lirik dikir barat, lirik lagu
popular dan pelbagai bentuk lain lagi. Kemampuan pantun bertahan menjadi karya
sastera membuktikan bahawa pantun merupakan salah satu karya sastera yang
paling banyak memasukkan unsur hiburan.

Fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek pendidikan

Karya sastera bukan sahaja memberi hiburan semata-mata malah fungsi lain
karya sastera adalah untuk memberi pengajaran, nasihat atau pesanan kepada
masyarakat. Oleh disebabkan itu, karya sastera ini berfungsi sebagai suatu bahan
yang dapat memberi kesedaran, mengubah pemikiran serta memberi ruang kepada
masyarakat untuk menyerap nilai-nilai moral yang dibawa dalam karya sastera
tersebut. Sebagai contoh, cerita Sang Kancil dengan Buaya sangat terkenal kerana
ceritanya yang menghiburkan. Walaupun begitu, cerita ini juga mempunyai
keupayaan yang tersendiri iaitu menunjukkan nilai, unsur moral dan juga pengajaran
yang berguna kepada masyarakat yang menonton cerita tersebut. Oleh hal yang
sedemikian, tanpa kita sedari kita sudah dibesarkan dalam asuhan moral serta
diserap dengan kepentingan pelbagai nilai dalam diri yang dibawa oleh cerita-cerita
tersebut.

Fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek dakwah

Seterusnya, karya sastera juga berfungsi dalam aspek dakwah yang
bermaksud proses penyampaian pesan suci Tuhan kepada manusia. Kebiasaannya
proses penyampaian dakwah ini disampaikan melalui medium-medium atau saranan
yang difahami sebagai objek dakwah atau lebih dikenali juga sebagai mad’u. bahasa
merupakan satu-satunya saluran medium atau saranan dakwah kerana bahasa
sebagai saranan komunikasi dakwah telah menunjukkan kesan yang positif dan
efektif pada masa itu. Oleh disebabkan itu, karya sastera juga berfungsi sebagai
medium untuk menyampaikan pelbagai dakwah pada ketika itu. Fungsi bahasa
kesusasteraan dalam dakwah dapat menyembunyikan pesan-pesan yang hendak
disampaikan kepada para pembaca melalui pelbagai bentuk dan ragam estetika,
metafora, simbol-simbol, subjek dan juga objek yang terdapat dalam kehidupan.

Fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek kritikan sosial

Sastera merupakan rakaman kehidupan yang menyelongkar serta menggali
kehidupan manusia daripada pelbagai dimensi dan sudut pandangan yang berbeza-
beza. Setiap kisah yang dipaparkan dalam karya sastera merupakan sesuatu
perkara yang berlaku dan terjadi dalam realiti kehidupan manusia. Hal ini demikian
kerana, Usman Awang, A. Samad Said dan Dharmawijaya menegaskan bahawa
sastera merupakan sebuah gambaran kehidupan manusia. Selain itu, karya sastera
ini bukan sahaja merakamkan sesuatu yang luar biasa malah perkara yang biasa
juga tetap diolah dalam bentuk karya kreatif serta mempunyai sifat yang indah. Karya
sastera ini juga berfokus kepada tiga entiti yang saling berkaitan dari segi hubungan
dan juga pertalian iaitu masyarakat, kehidupan dan juga manusia. Hal ini akan
mempengaruhi tindakan serta susila adab sama ada bagi tujuan menegur, mengkritik
ataupun menyampaikan mesej.

Manifestasi akal budi masyarakat Melayu dalam karya Puisi Tradisional

Puisi tradisional merupakan salah satu elemen yang penting bagi
mengungkapkan pemikiran serta akal budi orang Melayu ketika berkomunikasi. Puisi
tradisional ini telah digunakan sejak sekian lama kerana masyarakat terdahulu amat
mengamati kejadian alam sekeliling, tingkah laku, norma hidup, adat dan juga
budaya yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh disebabkan itu, puisi tradisional ini
digelar sebagai cerminan kehalusan budi dan juga ketinggian ilmu pemikiran
masyarakat terdahulu ketika berkomunikasi antara satu sama lain. Selain itu, akal
budi juga mencerminkan perbuatan, pemikiran serta sikap seseorang manusia
tersebut. Bentuk penghasilan karya seni seperti seni sastera merupakan salah satu
cara yang boleh digunakan untuk menterjemahkan perbuatan, pemikiran dan sikap
seseorang itu.

Manifestasi akal budi dalam sebuah pantun

Pantun merupakan manifestasi terbaik dalam seni sastera orang Melayu.
Oleh hal yang sedemikian, Ungku Aziz (2011) menyatakan bahawa pantun tidak
akan wujud dalam kekosongan ataupun vakum. Menerusi pantun, masyarakat boleh
mengkaji struktur sosial bangsa Melayu lama, akal budi, sikap, pemikiran, aktiviti
kehidupan dan juga falsafah hidup yang mereka anuti. Pantun merupakan kaedah
rangkapan yang tertua dalam menyampaikan pemikiran serta perasaan seseorang.
Pantun juga merupakan seni sastera yang berasal daripada masyarakat Melayu itu
sendiri. Hal ini demikian kerana, orang Melayu telah pandai berpantun dan sentiasa
berbalas-balas pantun sesama sendiri sejak sebelum mereka mengetahui kaedah
surat-menyurat. Ketinggian akal budi dalam pantun jelas dapat dilihat daripada cara
nasihat yang disampaikan melalui pantun itu sendiri.

Manifestasi akal budi dalam sebuah syair

Syair merupakan sebuah bentuk puisi tradisional yang dicipta oleh orang
Melayu sendiri. Syair yang dihasilkan oleh orang Melayu adalah merupakan
pengaruh daripada Arab dan Parsi. Menurut Mohd Yusuf Md. Nor (1985), syair
dikatakan berasal daripada puisi Arab iaitu syi’ir. Namun begitu, bentuk syair Melayu
amat berbeza dengan bentuk syair yang terdapat dalam kesusasteraan Arab. Bentuk
syair dalam puisi Melayu tradisional ini dikatakan berkembang pada sekitar abad ke-
16 oleh Hamzah Fansuri dengan tujuan memperkembangkan dakwah agama Islam.
Pada awalnya, syair juga digunakan secara meluas di Nusantara untuk
menyebarkan ajaran tasawuf atau digelar juga sebagai ajaran sufi selain digunakan
untuk bercerita. Dalam aspek akal budi, penulis syair pertama iaitu Hamzah Fansuri
mencipta syair adalah untuk memperbetulkan perjalanan manusia di dunia agar
dapat hidup dengan sejahtera di akhirat kelak.

Manifestasi akal budi dalam sebuah seloka

Seloka berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu shloka yang bermaksud
berseloroh, berjenaka atau menyindir. Selain itu, seloka juga dipercayai berkembang
di alam Melayu sejak kedatangan agama Hindu ke Asia Tenggara. Menurut Harun
Mat Piah (1989) teks Mahabhrata dan Ramayana dipercayai merupakan naskhah
terawal yang tertulis dalam bentuk seloka. Seloka tidak seperti puisi tradisional lain
yang bercorak rangkap atau bahasa, malah seloka lebih kepada pepatah, bidalan
atau perumpamaan yang mengandungi unsur-unsur jenaka, gurau senda, olokan,
ejekan dan juga sindiran. Salah satu ciri penting yang terdapat pada seloka ialah
seloka mempunyai maksud mengejek, menyindir secara serius atau jenaka serta
mengkritik sifat-sifat yang negatif. Walaupun begitu, sindiran-sindiran yang dibuat
adalah berguna untuk dijadikan pengajaran dan teladan kepada pendengar dan
pembaca.

Manifestasi akal budi dalam sebuah gurindam

Perkataan gurindam berasal daripada bahasa Tamil iaitu iradam atau
kiradam yang bermaksud puisi secara terbuka dan mengutarakan idea yang saling
melengkapi serta terkandung petua, nasihat dan juga pengajaran. Gurindam
merupakan satu bentuk puisi Melayu tradisional yang diperkenalkan oleh Raja Ali
Haji melalui Gurindam Dua Belas yang dikarang pada tahun 1846. bentuk gurindam
adalah terikat iaitu terdiri daripada dua baris serangkap serta mengandungi tiga
hingga enam patah perkataan. Seterusnya,skema rima akhir mestilah sama iaitu ‘a’,
‘a’. Setiap isi yang terdapat dalam gurindam kebiasaannya mengandungi nasihat,
pengajaran, kebenaran serta pernyataan perasaan cinta kepada seseorang. Menurut
Kamus Dewan (1984), gurindam merupakan sebuah puisi yang terdiri daripada dua
baris dan mempunyai isi yang terdiri daripada pelbagai pengajaran yang berguna.
Selain itu, isi gurindam juga mengandungi fikiran yang bernas dengan menggunakan
bahasa yang riang dan perlu dinyanyikan.

Rujukan

Ali, A. H. (2011). Konsep Keindahan dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional. PENDETA,
2(1109), 99–117. http://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1109/794

Awang, H. (2015). Kritikan Sastera dalam Teori, Aplikasi dan Tradisi. In Google Books. PTS
Publications & Distributors Sdn Bhd.
https://books.google.com.my/books?id=STxxCQAAQBAJ&pg=PA220&dq=takrif+k
esusasteraan+Melayu&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwigrJbX_9n2AhWJwTgGHb2wB
TwQ6AF6BAgJEAI#v=onepage&q=takrif%20kesusasteraan%20Melayu&f=false

Hamid, R. A., & Abdullah, N. F. L. (2014). Akal Budi dalam Sastera Rakyat Naratif dan
Bukan Naratif (Sastera) (Penerbit USM). In Google Books. Penerbit USM.
https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=emRoDwAAQBAJ&oi=fnd&pg
=PT5&dq=manifestasi+akal+budi+sastera+Melayu&ots=Rw0jcqeXsS&sig=CrRS-
R2slQovvTLFfUcS8M9By8c&redir_esc=y#v=onepage&q=manifestasi%20akal%20b
udi%20sastera%20Melayu&f=false

Ibrahim, M. (2009). Konteks sastera & budaya Melayu / Maniyamin Ibrahim. In
melayu.library.uitm.edu.my. Karisma Pub. https://melayu.library.uitm.edu.my/427/

Ismail, H. (2019). TEORI PUITIKA SASTERA MELAYU: INTERPRETASI DAN
PRAKTIKALITI: Malay Poetic Theory: Interpretation and Practicality. MANU:
Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa (PPIB), 29(31-49).
https://doi.org/10.51200/manu.v0i0.1867

Nik Muhammad Affendi, N. R. (2013). UNSUR FANTASI SEBAGAI MEDIUM
PENGAJARAN DALAM SASTERA KANAK-KANAK | RUMPUN JURNAL
PERSURATAN MELAYU. Rumpunjurnal.com, 1(210-227).
http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/107/76

Othman, S., Md, A., Lateh, G., Pendidikan Bahasa, J., Kemanusiaan, D., Fakulti, P., &
Pendidikan. (2015). Pemikiran Akal Budi dan Sosiobudaya Melayu dalam Pendidikan
Kesusasteraan Melayu. International Journal of Education and Training (InjET), 1(2),
1–10.
http://www.injet.upm.edu.my/images/journal/issue2/Pemikiran%20Akal%20Budi%20
dan%20Sosiobudaya%20Melayu%20dalam%20Pendidikan%20Kesusasteraan%20Me
layu.pdf

Sikana, M. (2013). BERDIRI DI AKAR DIRI: Kritikan Sastera Melayu Pascamoden. In
Google Books. ITBM.
https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=3Ue2AgAAQBAJ&oi=fnd&pg=
PA173&dq=bentuk+sastera+Melayu&ots=ajrPRvuP2S&sig=sPIWHE-EzO2XbN8Z-
HhUyk5xZyg&redir_esc=y#v=onepage&q=bentuk%20sastera%20Melayu&f=false

Wahab, A., & Abstrak, A. (2009). Perkembangan Cerpen Melayu: Dari Cerita Moyang ke
Dewan Sastera. Perkembangan Cerpen Melayu : Dari Cerita Moyang Ke Dewan
Sastera, 27(123), 109–123. http://journalarticle.ukm.my/1156/1/sari27%281%29-
2009%5B07%5D.pdf

Yusoff, I. (2008). Kesusasteraan Melayu lama dan baru. In repo.uum.edu.my. Penerbit
Universiti Utara Malaysia. https://repo.uum.edu.my/id/eprint/6070/

Zakaria, N., Abdullah, A., Zakaria, S. Z. S., Mutalib, M. H. A., Lambri, A., Jamaldin, S. S.,
Sulaiman, M., & Derak, R. (2017). Akal Budi Dan Cerminan Jati Diri Melayu Dalam
Pantun: Akal Budi and Reflection of Malay Identity in Pantun. The Sultan Alauddin
Sulaiman Shah Journal (JSASS), 4(2), 89–97.
http://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/105/88


Click to View FlipBook Version