PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN
KOLEJ POLY-1TECH MARA
BAB A : PERKHIDMATAN DAN PERJAWATAN
1. PENGAMBILAN DAN PELANTIKAN
2. TEMPOH PERCUBAAN DAN PENGESAHAN DALAM JAWATAN
3. PERTUKARAN DAN PENEMPATAN
4. PENAMATAN PERKHIDMATAN
5. KENAIKAN PANGKAT
6. PERSARAAN DALAM PERKHIDMATAN
7. PEKERJA JAWATAN SEMENTARA
8. PENGURUSAN PRESTASI PEKERJA
9. KENAIKAN GAJI TAHUNAN
10. PENGURUSAN GAJI DAN UPAH
11. KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA
12. PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)
13. BONUS
2
BAB A : PERKHIDMATAN DAN PERJAWATAN
1. PENGAMBILAN DAN PERLANTIKAN
1.1 Syarikat boleh melantik mana-mana calon yang mempunyai kelayakan
dan pengalaman mengikut kategori jawatan sepertimana yang
ditetapkan dari masa ke semasa serta memenuhi syarat-syarat berikut:
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Lulus ujian kelayakan/temuduga yang dijalankan oleh Syarikat;
(iii) Lulus sepenuhnya pemeriksaan kesihatan dari klinik yang
diakui/berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
(iv) Mengesahkan secara bertulis untuk menerima, faham dan
bersetuju mematuhi Terma dan Syarat-syarat Perkhidmatan
Syarikat.
1.2 Calon-calon yang bukan warganegara yang diperlukan oleh sebab
ketiadaan calon-calon warganegara sendiri yang berkelayakan dalam
tugas-tugas tertentu hanya boleh dilantik secara kontrak atau
sementara atas kebenaran dan syarat-syarat khas Kerajaan dan hanya
bagi masa yang terhad sahaja.
1.3 Jika seseorang kakitangan yang telah dilantik didapati telah memberi
maklumat palsu atau mengelirukan dalam kenyataan yang diberikan
dalam dokumen permohonan pekerjaan atau mana-mana borang
maklumat kakitangan yang diperlukan oleh syarikat, maka syarikat
boleh mengambil tindakan memberhentikan beliau serta merta atau
mengambil tindakan tatatertib yang sewajarnya.
3
1.4 Bekas-bekas kakitangan yang telah berhenti, dibuang atau ditamatkan
dari perkhidmatan Syarikat tidak boleh diambil balik berkhidmat dalam
apa jua jawatan melainkan dengan kebenaran khas daripada Lembaga.
1.5 Semua pelantikan ke dalam perkhidmatan Syarikat hendaklah
mengikut skim-skim perkhidmatan yang diluluskan oleh Lembaga.
Sebarang syarat yang berlainan daripada skim perkhidmatan yang
telah diluluskan hendaklah mendapat persetujuan daripada Lembaga.
1.6 Di mana dalam satu-satu skim perkhidmatan atau iklan-iklan
kekosongan ada timbul keraguan tentang maksud kelulusan-kelulusan
(kelayakan akademik) yang setaraf, maka perkara itu hendaklah
dirujuk kepada Lembaga untuk penentuan.
1.7 Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk memastikan Surat
Penerimaan jawatan calon-calon berserta dengan Sijil Akuan Doktor
dan Surat Sumpah yang telah disempurnakan telah diterima daripada
kakitangan berkenaan semasa mereka melapor diri untuk mula
bertugas. Syarikat berhak menahan pembayaran emolumen
kepada kakitangan berkenaan sehingga semua dokumen
tersebut disempurnakan.
1.8 Tarikh perlantikan seseorang pekerja baru adalah tarikh melapor diri
untuk bertugas.
1.9 Seseorang kakitangan yang dilantik buat pertama kalinya oleh syarikat
akan dibayar gaji minimum dalam gred jawatan yang dimasukinya.
Walau bagaimanapun, syarikat boleh menetapkan gaji permulaan yang
lebih tinggi daripada gaji minimum mengikut kesesuaian, kelayakan
atau pengalaman.
4
1.10 Tertakluk kepada peruntukan jawatan yang telah diluluskan oleh
Lembaga, kuasa meluluskan pelantikan bagi kakitangan dalam
kumpulan sokongan ialah Rektor/Ketua Eksekutif. Manakala bagi
kakitangan dalam kumpulan lain, kuasa meluluskan perlantikan adalah
Lembaga.
2. TEMPOH PERCUBAAN DAN PENGESAHAN DALAM JAWATAN
2.1 Seorang kakitangan yang dilantik ke jawatan tetap dalam
perkhidmatan Syarikat dikehendaki menjalani tempoh percubaan
selama enam (6) bulan hingga dua belas (12) bulan.
2.2 Kakitangan yang tamat tempoh percubaan dengan jayanya dan
memuaskan serta diakui oleh Ketua Bahagian masing-masing layak
dipertimbangkan untuk disahkan dalam jawatan setelah mendapat
perakuan daripada Ketua Bahagian masing-masing. Syarikat akan
memaklumkan pengesahan dalam jawatan kakitangan secara bertulis.
2.3 Bagi kes di mana tempoh percubaan yang maksimum telah tamat
(lapsed), kakitangan berkenaan tidak boleh dianggap kakitangan yang
telah disahkan dalam jawatan sehingga memaklumkan oleh syarikat
secara bertulis.
2.4 Kakitangan dalam tempoh percubaan yang tidak menunjukkan prestasi
kerja yang memuaskan boleh ditamatkan dari perkhidmatannya.
2.5 Kuasa mengesahkan dalam jawatan atau menamatkan perkhidmatan
seseorang kakitangan hendaklah sama atau lebih tinggi daripada kuasa
yang telah membuat pelantikannya.
5
3. PERTUKARAN DAN PENEMPATAN
3.1 Kakitangan yang dilantik boleh ditukarkan dan ditempatkan di mana-
mana kampus cawangan, jabatan, bahagian, unit yang difikirkan sesuai
dari semasa ke semasa.
3.2 Pertukaran dan penempatan kakitangan hendaklah diluluskan oleh
Rektor/ Ketua Eksekutif, kecuali bagi pertukaran jawatan-jawatan yang
telah/perlu diluluskan oleh Lembaga. Sebarang pertukaran yang telah
diluluskan oleh Lembaga perlu dikemukakan semula kepada Lembaga
sekiranya terdapat sebarang keperluan untuk membuat pertukaran.
3.3 Tindakan tatatertib boleh diambil ke atas kakitangan yang ingkar
perintah Syarikat untuk bertukar tempat bertugas.
3.4 Seseorang kakitangan boleh dipinjamkan oleh syarikat untuk
berkhidmat dengan mana-mana institusi-institusi atau badan-badan di
bawah kendalian MARA mengikut syarat-syarat khas yang ditetapkan
dan bagi masa yang tertentu.
4. PENAMATAN PERKHIDMATAN
4.1 Seseorang kakitangan yang ingin menamatkan perkhidmatan
(meletakkan jawatan) perlu menghantar notis berhenti kerja/
membayar ganti notis seperti berikut:
Status Jawatan Tempoh Notis/Bayaran Ganti Notis
Tetap Tiga (3) bulan notis atau membayar tiga (3)
bulan gaji
Kontrak / Satu (1) bulan notis atau membayar satu (1)
Sementara bulan gaji ATAU mengikut syarat-syarat yang
dinyatakan dalam surat tawaran/ kontrak
perkhidmatan
6
4.2 Walau bagaimanapun, kakitangan yang mempunyai ikatan/kontrak
perkhidmatan dengan syarikat seperti syarat dikehendaki berkhidmat
bagi sesuatu tempoh masa tertentu yang belum selesai lagi atau
mempunyai hutang-piutang dengan syarikat dikehendaki
menyelesaikan segala urusan ikatannya sebelum notis-notis seperti di
Peraturan 4.1 boleh diluluskan.
4.3 Kakitangan yang sama ada tertakluk atau tidak di bawah Akta
Kerja 1955 adalah dianggap menamatkan perkhidmatannya sekiranya
beliau tidak hadir bertugas di tempat kerjanya selama lebih dari tiga
(3) hari bekerja berturut-turut tanpa sebarang kelulusan untuk bercuti
dari penyelianya tanpa menghubungi atau cuba menghubungi pihak
syarikat mengenai ketidakhadirannya itu dengan kadar yang paling
segera.
4.4 Notis berhenti kerja hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan yang
akan memanjangkannya kepada Rektor/Ketua Eksekutif.
4.5 Syarikat berhak untuk memberhentikan kakitangannya atas sebab
pengecilan syarikat dan/atau lebihan perkhidmatan. Pemberhentian
tersebut hendaklah dengan memberi notis kepada kakitangan tersebut
berdasarkan jangka masa berikut:
Tempoh Perkhidmatan Notis
Kurang dari 2 tahun 4 minggu
2 hingga 5 tahun 6 minggu
5 hingga 10 tahun 8 minggu
Lebih dari 10 tahun 10 minggu
4.6 Selain daripada pemberian notis menurut Peraturan 4.5, kakitangan
hendaklah juga dibayar faedah pemberhentian secara sekaligus (lump
sum) berasaskan pengiraan berikut:
7
Tempoh Gantirugi
Perkhidmatan
Kurang dari 2 tahun 10 hari gaji akhir setiap genap setahun
perkhidmatan dan prorata bagi perkhidmatan tidak
genap setahun.
2 hingga 5 tahun 15 hari gaji akhir setiap genap setahun
perkhidmatan dan prorata bagi perkhidmatan tidak
genap setahun.
5 hingga 10 tahun 20 hari gaji akhir setiap genap setahun
perkhidmatan dan prorata bagi perkhidmatan tidak
genap setahun.
Lebih dari 10 tahun 30 hari gaji akhir setiap genap setahun
perkhidmatan dan prorata bagi perkhidmatan tidak
genap setahun.
5. KENAIKAN PANGKAT
5.1 Syarikat dengan budi bicaranya boleh mempertimbangkan kenaikan
pangkat kakitangan yang berkelayakan apabila berlakunya kekosongan
jawatan.
5.2 Keutamaan bagi syarikat dalam membuat pertimbangan bagi kenaikan
pangkat akan diberikan kepada kakitangan syarikat yang mempunyai
kelayakan, pengalaman dan potensi bagi mengisi jawatan di gred
jawatan yang lebih tinggi.
5.3 Kenaikan pangkat hanya diguna pakai bagi kakitangan yang telah
melalui penilaian prestasi kerja tahunan berdasarkan kepada kriteria
berikut:
(i) Telah disahkan dalam jawatan.
(ii) Mencapai sekurang-kurangnya prestasi kerja yang baik atau
cemerlang untuk dua (2) tahun berturut-turut dalam penilaian
8
prestasi kerja tahunan dan/atau memiliki rekod perkhidmatan
yang baik dengan sokongan daripada penyelia pekerja (Ketua
Bahagian).
(iii) Memiliki kemahiran dan kebolehan yang sesuai dengan jawatan
yang kosong.
(iv) Kekananan di dalam perkhidmatan hanya akan diambilkira
apabila terdapat dua atau lebih pekerja yang didapati
mempunyai kebolehan yang sama.
5.4 Kakitangan yang dinaikkan pangkat ke satu jawatan yang lebih tinggi,
peletakan ke tangga gaji baru itu hendaklah mengikut peraturan ini :
(i) Jika gaji akhir dalam tangga gaji gred lamanya adalah lebih
rendah daripada gaji permulaan dalam tangga gaji gred
barunya, ia akan menerima gaji permulaan dalam tangga gaji
gred barunya.
(ii) Jika gaji akhir dalam tangga gaji gred lamanya adalah sama
atau lebih tinggi daripada gaji permulaan dalam tangga gaji
gred barunya, dia akan mendapat gaji di mata tertinggi yang
berhampiran dalam tangga gaji gred barunya itu.
(iii) Walau bagaimanapun, perletakan ke tangga gaji yang berlainan
daripada Peraturan (a) & (b) boleh ditentukan oleh Lembaga.
5.5 Kakitangan yang dinaikkan pangkat dikehendaki menjalani tempoh
percubaan selama enam (6) hingga dua belas (12) bulan. Jika
kakitangan berkenaan gagal disahkan dalam jawatan baru tersebut,
maka kakitangan berkenaan perlu kembali ke gred jawatan yang asal
pada tangga gaji akhir yang diterima pada jawatan tersebut.
9
5.6 Tarikh kekananan seseorang kakitangan akan ditentukan mengikut
tarikh perlantikannya. Seseorang kakitangan yang dikembalikan ke
jawatan lamanya, akan terus memegang kekananan asalnya dalam
jawatan lamanya itu.
6. PERSARAAN DALAM PERKHIDMATAN
6.1 Umur bersara wajib bagi kakitangan adalah 56 tahun.
7. PEKERJA JAWATAN SEMENTARA
7.1 Syarikat boleh mengambil kakitangan jawatan sementara (tiada
peruntukan jawatan yang telah diluluskan ole Lembaga) untuk
jangkamasa pendek misalnya syarikat menghadapi situasi di mana
wujud pertambahan beban kerja yang luar biasa. Dimana syarat-syarat
perkhidmatan tidak terkandung dalam Peraturan Perkhidmatan
KPTMSB, ianya akan ditentukan oleh Rektor/Ketua Eksekutif.
8. PENGURUSAN PRESTASI KERJA / KENAIKAN GAJI TAHUNAN
8.1 Pergerakan gaji tahunan ialah pergerakan gaji daripada matagaji
semasa ke matagaji berikutnya di peringkat sama tertakluk kepada
syarat mencapai prestasi yang memuaskan dan diperakukan oleh
Ketua Jabatan.
8.2 Prestasi seseorang pekerja akan dinilai berdasarkan kepada tugas dan
tanggungjawab semasa yang ditentukan mengikut jawatan dan gred
jawatan di mana kakitangan berkenaan ditempatkan.
8.3 Kakitangan dalam perkhidmatan sementara/sambilan tidak layak
menerima kenaikan gaji tahunan. Walau bagaimanapun, bagi
10
kakitangan kontrak, kenaikan gaji tahunan hanya boleh diluluskan
tertakluk kepada kelulusan Rektor/Ketua Eksekutif.
8.4 Tarikh kenaikan gaji tahunan kakitangan yang berjawatan tetap akan
ditentukan seperti berikut:
Tarikh Lantikan Tarikh Kenaikan Gaji
1 Januari – 31 Mac 1 Januari
1 April – 30 Jun 1 April
1 Julai – 30 September 1 Julai
1 Oktober – 31 Disember 1 Oktober
8.5 Bagi kakitangan kontrak yang diluluskan kenaikan gaji tahunan, tarikh
kenaikan gaji tahunan adalah tarikh ulang tahun perkhidmatannya.
8.6 Tarikh kenaikan gaji bagi kakitangan yang dinaikkan pangkat adalah
mengikut tarikh kenaikan pangkatnya.
9. PENGURUSAN GAJI DAN UPAH
9.1 Semua kakitangan akan menerima gaji bulanan tidak lebih daripada
hari ke tujuh (7) pada bulan berikutnya. Selain daripada pemakluman
oleh Syarikat, gaji bulanan akan dikreditkan dalam akaun bank
kakitangan seperti yang dinyatakan oleh Syarikat.
9.2 Jika berlaku sebarang kes seperti kakitangan berhenti atau
diberhentikan, syarikat berhak untuk menahan gaji kakitangan pada
bulan tersebut sehingga kakitangan tersebut menyelesaikan segala
hutang atau memulangkan harta milik syarikat.
11
10. KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)
10.1 Syarikat dan kakitangan dikehendaki mencarum dalam Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atas kadar minima yang ditetapkan
oleh Akta KWSP 1991.
10.2 Caruman syarikt dan kakitangan adalah seperti berikut:
Tempoh perkhidmatan Kadar Caruman
Majikan Pekerja
Kurang 10 tahun 12 % 11 %
10 hingga 15 tahun 13 % 11 %
Lebih 15 tahun 14 % 11 %
11. PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)
11.1 Syarikat dan kakitangan dikehendaki mencarum kepada Pertubuhan
Kebajikan Sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
12. BONUS
12.1 Pembayaran bonus adalah tertakluk kepada budi bicara Lembaga
Pengarah Syarikat sepenuhnya.
12
BAB B – ELAUN – ELAUN KAKITANGAN DALAM PERKHIDMATAN
1. BERTUGAS RASMI DI DALAM NEGARA
1.1 Bertugas Rasmi di dalam Negara
1.2 Elaun Makan (Elaun Sara Hidup)
1.3 Elaun Harian
1.4 Bayaran Sewa Hotel
1.5 Elaun Perjalanan Kenderaan
1.6 Tambang Gantian
1.7 Tambang Pengangkutan Awam
1.8 Belanja Pelbagai
1.9 Pendahuluan Diri
2. BERTUKAR TEMPAT BERTUGAS
2.1 Bertukat tempat bertugas dan berpindah rumah.
3. BERTUGAS RASMI DI LUAR NEGARA
3.1 Bertugas Rasmi di luar negara
3.2 Elaun Makan dan Elaun Harian
3.3 Bayaran Sewa Hotel
3.4 Tiada Elaun Bila Disediakan Makanan/Lojing
3.5 Belanja Pelbagai
3.6 Elaun Pakaian Panas
4. ELAUN – ELAUN PELBAGAI
4.1 Elaun Memangku
4.2 Elaun Menanggung Kerja
5. KEMUDAHAN – KEMUDAHAN LAIN YANG DIPERUNTUKKAN
5.1 Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kerana Hadir di Mahkamah
5.2 Kemudahan Pinjaman Membeli Komputer
5.3 Kemudahan Pengurusan Jenazah
13
BAB B – ELAUN – ELAUN KAKITANGAN DALAM PERKHIDMATAN
1. BERTUGAS RASMI DI DALAM NEGARA
1.1 Bertugas Rasmi di dalam Negara
(i) Kelulusan bertugas rasmi dalam negara hendaklah diperolehi
daripada Ketua Jabatan masing – masing atau pegawai yang
diberi kuasa.
(ii) Seseorang kakitangan yang dikehendaki menjalankan tugas
rasmi di luar pejabatnya di dalam negara adalah layak
menuntut elaun, kemudahan dan bayaran mengikut kadar –
kadar dan syarat – syarat dibawah.
1.2 Elaun Makan (Elaun Sara Hidup)
(i) Seseorang Kakitangan yang menjalankan tugas rasmi di luar pejabatnya bagi
tempoh 24 jam atau lebih (bermalam) yang dikira mulai waktu bertolak adalah
layak menuntut elaun makan (sara hidup) mengikut kadar – kadar seperti
berikut.
Gred / Kategori PENAMBAHBAIKAN Sabah (termasuk
Semenanjung Malaysia, Labuan) / Sarawak
Gred M3
Gred M1-M2 Kalimantan dan RM165.00
Selatan Thailand RM130.00
RM115.00
RM100.00
14
Gred E/W/L/F/A/AN 4 - 6 RM85.00 RM115.00
Gred E/W/L/F/A/AN 1 – 3 RM70.00 RM80.00
SN1 – SN3
D1 – D3 RM50.00 RM55.00
AA P1 – AA P3 RM40.00 RM45.00
AAN P1 – AAN P3
S1 – S5
(ii) Elaun Makanan tidak layak disediakan jika kemudahan makan disediakan ole
syarikat, penganjur atau lain – lain badan.
1.3 Elaun Makan (Tambahan)
(i) Seseorang kakitangan yang menjalankan tugas rasmi di luar
waktu pejabat bagi tempoh melebihi 8 jam tetapi kurang dari 24
jam adalah layak menuntut elaun makan (tambahan) seperti
berikut:
KUMPULAN SOKONGAN (GAJI MELEBIHI RM2,000.00)
ISNIN – JUMAAT Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Bagi kerja melebihi 2 jam Lebih 5 jam Lebih 8 jam
RM10.00 RM25.00 RM50.00
KUMPULAN PENSYARAH / EKSEKUTIF DAN KE ATAS
Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Lebih 5 jam Lebih 8 jam
RM25.00 RM50.00
15
1.4 BAYARAN SEWA HOTEL
Seseorang kakitangan yang menjalankan tugas rasmi di luar pejabatnya dan perlu
menginap adalah layak menuntut bayaran sewa hotel yang disokong dengan resit
tertakluk kepada had maksimum atau elaun lojing mengikut kadar – kadar seperti
berikut:
(a) Semenanjung Malaysia, Kalimantan dan Selatan Thailand
(Dalam Negara)
Gred / Kategori PENAMBAHBAIKAN Elaun Lojing
Bayaran Sewa Hotel RM80.00
Gred M3 RM80.00
(Maksimum) RM60.00
Gred M1-M2 Kos Sebenar RM60.00
(Standard suite)
Gred E/W/L/F/A/AN 4 - 6 Kos Sebenar RM40.00
(Bilik Deluxe) RM35.00
Gred E/W/L/F/A/AN 1 – 3 Kos Sebenar
SN1 – SN3 (Bilik Standard) Elaun Lojing
D1 – D3 RM85.00
AA P1 – AA P3 RM200.00
AAN P1 – AAN P3
S1 – S5 RM160.00
RM140.00
(b) Sabah dan Sarawak
Gred / Kategori PENAMBAHBAIKAN
Gred M3 Bayaran Sewa Hotel
(Maksimum)
Kos Sebenar
16
Gred M1-M2 (Standard suite) RM85.00
Kos Sebenar RM75.00
Gred E/W/L/F/A/AN 4 - 6 (Bilik Deluxe) RM65.00
Kos Sebenar
Gred E/W/L/F/A/AN 1 – 3 RM45.00
SN1 – SN3 (Bilik Standard) RM40.00
D1 – D3 RM220.00
AA P1 – AA P3
AAN P1 – AAN P3 RM180.00
S1 – S5
RM160.00
1.5 Elaun Perjalanan Kenderaan
(i) Seseorang kakitangan yang menggunakan kenderaan sendiri
bagi menjalankan tugas rasmi sama ada di dalam atau di luar
pejabatnya adalah layak menuntut elaun perjalanan kenderaan
mengikut kadar – kadar seperti berikut:
JENIS KENDERAAN KADAR
Kereta • 80 sen/km untuk 500km pertama
• 70 sen/km untuk kilometer
Motorsikal
seterusnya
40 sen/km
(ii) Kelayakan Kelas tempat duduk penerbangan dalam dan luar
negara bagi kakitangan adalah seperti berikut :
17
KATEGORI KELAS
Ketua Eksekutif Gred M2/Pengurusan
Tertinggi Gred M1 Bisnes
Kakitangan Lain Ekonomi
1.6 Tambang Gantian
(i) Seseorang kakitangan yang menggunakan kenderaan sendiri
untuk bertugas di satu tempat sahaja yang jaraknya melebihi
240km daripada pejabatnya dan terdapat perkhidmatan terus
kapal terbang atau keretapi layak menuntut tambang gantian
mengikut kadar tambang pengangkutan yang sesuai dengan
kelayakan.
(ii) Elaun perjalanan kenderaan dari tempat penginapan ke tempat
bertugas rasmi adalah layak dituntut.
1.7 Tambang Pengangkutan Awam
Seseorang kakitangan yang tidak menggunakan kenderaan sendiri atau
kenderaan yang disediakan oleh syarikat atau penganjur bagi menjalankan
tugas rasmi sama ada di dalam atau di luar pejabatnya adalah layak
menuntut tambang pengangkutan awam mengikut syarat – syarat seperti
berikut :
(i) Teksi/kereta sewa/bass/jenis pengangkutan lain dalam kategori ini;
(a) Tambang sebenar yang dikenakan bagi sesuatu perjalanan
tersebut.
(ii) Kereta api/kapal laut/jenis pengangkutan lain dalam katgori ini;
18
(a) Kategori Pensyarah/Eksekutif dan ke atas – Kelas Satu
(b) Kategori Sokongan – Kelas Dua
1.8 Belanja Pelbagai
Seseorang kakitangan sama ada bertugas di dalam atau diluar pejabatnya adalah
layak menuntut belanja pelbagai mengikut senarai belanja yang ditetapkan.
1.9 Seseorang kakitangan yang dikehendaki bertugas rasmi di luar pejabat
sama ada di dalam atau luar negara adalah layak memohon pendahuluan diri
tertakluk kepada syarat – syarat tertentu.
2. BERTUKAR TEMPAT BERTUGAS
Seseorang kakitangan yang bertukar tempat bertugas dan berpindah rumah adalah
layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran bagi membiayai perbelanjaan
pertukaran tersebut mengikut syarat – syarat dan kadar – kadar yang telah
ditetapkan.
(i) Kadar Bayaran
(a) Jika pertukaran tempat bertugas dan berpindah rumah yang melebihi
100km dari tempat bertugasnya yang terdahulu, kadar bayaran elaun
pertukaran adalah seperti berikut.
19
Keluarga
PENAMBAHBAIKAN
Gred / Elaun Makan Sewa Hotel Elaun Elauan
Kategori Pengangkutan
(dengan resit) Pemberian
Sebenar dengan
Pindahan resit tetapi tidak
Gred M3 RM600 RM3000 RM1000 melebihi
Gred RM420 RM2,000.00
M1-M2 RM315 RM1800 RM900
Gred RM280
E/W/L/F/A RM1600 RM800
/AN 4 - 6 RM245
Gred RM224 RM1250 RM700
E/W/L/F/A
/AN 1 – 3 RM800 RM600
SN1 – SN3 RM700 RM500
D1 – D3
AA P1 –
AA P3
AAN P1 –
AAN P3
S1 – S5
Bujang
PENAMBAHBAIKAN
Gred / Elaun Makan Sewa Hotel Elaun Elauan
Kategori Pengangkutan
RM300 (dengan resit) Pemberian
Gred M3 RM210
Gred RM160 Pindahan
M1-M2
Gred RM1500 RM500
RM900 RM450
RM620 RM400
20
E/W/L/F/A RM140 RM600 RM350 Sebenar dengan
/AN 4 - 6 RM120 RM400 RM300 resit tetapi tidak
Gred RM110 RM350
E/W/L/F/A melebihi
/AN 1 – 3 RM1,000.00
SN1 – SN3
D1 – D3 RM250
AA P1 –
AA P3
AAN P1 –
AAN P3
S1 – S5
(b) Jika pertukaran tempat bertugas dan berpindah rumah yang jaraknya
kurang dari 100km tetapi diluar stesen, kadar bayaran elaun pertukaran
adalah seperti berikut.
Keluarga
PENAMBAHBAIKAN
Gred / Elaun Makan Sewa Hotel Elaun Elauan
Kategori Pengangkutan
RM240 (dengan resit) Pemberian
Gred M3 RM160 Sebenar dengan
Gred RM126 Pindahan resit tetapi tidak
M1-M2
Gred RM112 RM1200 RM750
E/W/L/F/A
/AN 4 - 6 RM720 RM675
Gred
E/W/L/F/A RM640 RM600
/AN 1 – 3
RM500 RM525
21
SN1 – SN3 melebihi
D1 – D3 RM1,500.00
AA P1 –
AA P3 RM98 RM320 RM450
AAN P1 – RM89 RM280
AAN P3 RM375
S1 – S5
Bujang
PENAMBAHBAIKAN
Gred / Elaun Makan Sewa Hotel Elaun Elauan
Kategori Pengangkutan
(dengan resit) Pemberian
Sebenar dengan
Pindahan resit tetapi tidak
Gred M3 RM120 RM600 RM375 melebihi
Gred RM80 RM750.00
M1-M2 RM60 RM360 RM340
Gred RM50
E/W/L/F/A RM320 RM300
/AN 4 - 6 RM45
Gred RM40 RM250 RM260
E/W/L/F/A
/AN 1 – 3 RM160 RM220
SN1 – SN3 RM140 RM180
D1 – D3
AA P1 –
AA P3
AAN P1 –
AAN P3
S1 – S5
22
3. BERTUGAS RASMI DI LUAR NEGARA
3.1 kelulusan bertugas rasmi di luar negara bagi kakitangan hendaklah diperolehi
daripada Ketua Eksekutif/Rektor, kelulusan bertugas rasmi ke luar negara hendaklah
diperolehi daripada Pengerusi/Lembaga Pengarah KPTMSB.
3.2 ELAUN MAKAN DAN ELAUN HARIAN
PENAMBAHBAIKAN
Gred / Kadar Sehari
Kategori
Gred M3 RM370.00
Gred RM340.00
M1-M2 RM320.00
Gred E/W/L/F/A/AN 6 RM270.00
Gred E/W/L/F/A/AN 4 - 5 RM200.00
Gred E/W/L/F/A/AN 1 – 3
SN1 – SN3 RM160.00
D1 – D3
AA P1 – AA P3 RM140.00
AAN P1 – AAN P3
S1 – S5
3.3 Bayaran Sewa Hotel Bilik Suite Biasa (Standard Suite)
Ketua Eksekutif Bilik Biasa
Kakitangan Lain
3.4 Elaun pakaian panas
Seseorang kakitangan yang dikehendaki atau diarahkan oleh syarikat untuk
bertugas di luar negara yang beriklim sederhana atau sejuk adalah layak mendapat
elaun pakaian panas sebanyak RM1,500.00. Elaun ini hanya layak dibayar setiap tiga
tahun sekali.
23
4. ELAUN – ELAUN PELBAGAI
4.1 Elaun Memangku
Seseorang kakitangan yang dikehendaki memangku secara penuh
jawatan yang lebih tinggi daripada peringkat jawatan hakikinya boleh
dibayar elaun tertakluk kepada kadar – kadar dan syarat – syarat
tertentu.
4.2 Elaun Menanggung Kerja
Seseorang kakitangan yang diarahkan menanggung kerja seseorang
kakitangan lain adalah tertakluk kepada syarat – syarat dan kadar
bayaran tertentu.
5. KEMUDAHAN – KEMUDAHAN LAIN YANG DIPERUNTUKKAN
5.1 Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kerana Hadir di Mahkamah
Seseorang kakitangan yang disapina (subpoena) oleh mahkamah
untuk memberi keterangan bagi pihak syarikat atau keterangan pakar
adalah layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran lain seolah –
oleh ia bertugas rasmi. Segala bayaran yang biasanya dibuat oleh
mahkamah ataupun pihak – pihak lain kepada kakitangan tersebut
hendaklah diserahkan kepada syarikat kecuali yang dibenarkan di
bawah Fees (Public Officers) Regulation 1953.
5.2 Kemudahan Pinjaman Membeli Komputer
Pinjaman Membeli Komputer sebanyak RM1,000.00 diberi kepada
kakitangan untuk memiliki komputer peribadi supaya dapat
meningkatkan keupayaan menjalankan tugas selaras dengan
perkembangan pesat dalam teknologi pengurusan maklumat.
Pemberian kemudahan pinjaman membeli komputer ini hanya diberi
sekali saaja sepanjang tempoh perkhidmatan.
24
5.3 Kemudahan Pengurusan Jenazah
Kemudahan Mengurus jenazah bagi kakitangan yang meninggal
dunia semasa dalam perkhidmatan diberi sebagai tanda
penghormatan terakhir dan untuk menghargai bakti mereka kepada
syarikat. Kemudahan ini diberi dengan syarat berikut :
(i) Jumlah sebanyak RM1,500.00 diberi kepada keluarga bagi tujuan
menguruskan jenazah;
(ii) Kemudahan ini tidak meliputi ahli keluarga yang meninggal dunia.
25
BAB C – CUTI
1. CUTI TAHUNAN
2. CUTI TAHUNAN YANG TIDAK DIHABISKAN SEBELUM PERSARAAN
3. CUTI SEPARUH GAJI
4. CUTI TANPA GAJI (ATAS SEBAB PERSENDIRIAN)
5. CUTI SAKIT
6. CUTI WAD
7. CUTI SAKIT LANJUTAN
8. CUTI BERSALIN
9. CUTI ISTERI BERSALIN
10.CUTI MENGHADIRI PEPERIKSAAN
11. CUTI HAJI
12. CUTI GANTIAN
13. CUTI KECEMASAN AM
14. CUTI KHAS
15. KEBENARAN BERCUTI DI LUAR NEGARA
16. TIDAK HADIR BERTUGAS TANPA CUTI
26
BAB C – CUTI
1. Cuti Tahunan
1.1 Kadar kelayakan cuti tahunan dalam satu – satu tahun yang boleh
diluluskan oleh Ketua Jabatan adalah seperti berikut:
TEMPOH PERKHIDMATAN
KATEGORI KAKITANGAN Kurang 5 tahun 5 tahun & ke
Ketua Eksekutif Gred M2 atas
Pengurusan Tertinggi Gred M1
Pengurusan/Pensyarah Gred 3 & 4 32 Hari 35 Hari
Eksekutif/Pensyarah Gred 1 & 2
Sokongan I 30 Hari 32 Hari
Sokongan II
30 Hari 32 Hari
25 Hari 27 Hari
25 Hari 27 Hari
20 Hari 22 Hari
2. Cuti Tahunan Yang Tidak Dihabiskan Sebelum Persaraan
Cuti tahunan yang tidak dihabiskan boleh diganti dalam bentuk pembayaran
wang tunai mengikut kadar gaji pokok terakhir seseorang kakitangan sebelum
persaraan beliau, dan tertakluk kepada maksima 30 hari sahaja.
3. Cuti Separuh Gaji
3.1 Cuti separuh gaji boleh diberikan atas sebab – sebab kesihatan ahli
keluarga kakitangan.
3.2 Syarat minimum untuk memohon cuti separuh gaji adalah seperti
berikut:
(i) Telah berkhidmat secara terus – menerus tidak kurang daripada
12 bulan;
27
(ii) Tiada baki cuti tahunan yang ia berkelayakan; dan surat
(iii)Hendaklah disertakan dengan lapoan atau
sokongan/pengesahan daripada hospital/klinik.
3.3 Kadar kelayakan cuti separuh gaji yang boleh diluluskan ialah sebanyak
30 hari termasuk cuti rehat mingguan, cuti umum dan hari tidak
bekerja bagi tiap – tiap genap tahun perkhidmatan yang melayakkan
tetapi tidak melebihi 180 hari termasuk cuti reha mingguan, cuti umum
dan hari tidak bekerja sepanjang tempoh perkhidmatan.
3.4 Permohonan cuti separuh gaji hendaklah mengikut peraturan seperti
berikut:
TEMPOH CUTI SEPARUH GAJI KUASA MELULUSKAN
14 hari dan ke bawah Ketua Eksekutif / Rektor
Lembaga atau Jawatankuasa lain yang
Lebih daripada 14 hari diberi kuasa oleh Lembaga.
4. Cuti Tanpa Gaji (Atas Sebab Persendirian)
4.1 Cuti tanpa gaji boleh diluluskan atas budi bicara syarikat atas sebab –
sebab persendirian yang mustahak dengan syarat tiada baki cuti
tahunan yang ia berkelayakan dan disokong oleh Ketua Jabatan.
4.2 Kadar kelayakan cuti tanpa gaji yang boleh diluluskan adalah tidak
melebihi 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatan, termasuk hari
rehat mingguan, cuti umum dan hari tidak bekerja.
4.3 Kuasa meluluskan cuti tanpa gaji adalah Ketua Eksekutif/Rektor.
28
5. Cuti Sakit
5.1 Kadar kelayakan cuti sakit yang tidak memerlukan rawatan di wad bagi
semua kakitangan yang boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan adalah
sebanyak 25 hari dalam tiap – tiap tahun dalam jangka masa 2 tahun
berturut – turut boleh diarahkan ole syarikat untuk diperiksa
kesihatannya oleh sebuah Lembaga Perubatan atau mana – mana
Pegawai Perubatan dari mana – mana hospital/klinik yang diiktiraf oleh
syarikat, tidak kira sama ada ia telah melaporkan dirinya masih sakit
atau tidak. Tindakan selanjutnya akan diputuskan oleh Lembaga.
6. Cuti Wad
6.1 Cuti wad boleh diberikan atas sebab – sebab seperti berikut:
(i) Kecederaan akibat kemalangan
(ii) Komplikasi akibat mengandung
(iii) Penyakit lain yang memerlukan kakitangan berkenaan menerima rawatan
di wad.
6.2 Dalam keadaan di mana seseorang kakitangan disahkan oleh Pegawai
Perubatan untuk dimasukkan ke wad tetapi memilih untuk tidak duduk
di wad, maka kakitangna berkenaan akan dianggap sebagai cuti wad.
7. Cuti Sakit Lanjutan
Seseorang kakitangan yang telah disahkan oleh Pegawai Perubatan menghidap
penyakit ‘Pulmonary Tuberlculosis’ atau ‘Kanser’ atau ‘Lukaemia’ atau ‘Cerebral
Thrombosis’ atau lain – lain penyakit yang mengakibatkan ketidakhadiran kerja
yang berpanjangan boleh diberi cuti sakit lanjutan seperti berikut:
(i) Cuti sakit bergaji penuh selama 6 bulan;
29
(ii) Cuti sakit separuh gaji bagi tempoh 6 bulan berikutnya dan;
(iii)Cuti tanpa gaji bagi 12 bulan berikutnya.
8. Cuti Bersalin
8.1 Kakitangan wanita yang telah berkhidmat dengan syarikat yang tidak
kurang daripada 3 bulan sebelum bersalin adalah layak diberi cuti
bersalin bergaji penuh sebanyak 60 hari termasuk cuti rehat mingguan,
cuti umum dan hari tidak bekerja.
8.2 Cuti bersalin boleh dikira bermula 14 hari sebelum tarikh dijangka
bersalin atau tarikh sebenar bersalin.
8.3 Seseorang kakitangan wanita hendaklah memberitahu syarikat tarikh
dijangka bersalin 60 hari sebelum memulakan cuti bersalin.
8.4 Cuti bersalin hanya boleh diberi sebanyak 5 kali sahaja sepanjang
tempoh perkhidmatan.
8.5 Kakitangan wanita yang bersalin kali ke 6 dan seterusnya boleh diberi
cuti mengikut pertimbangan syarikat seperti memberi cuti tahunan dan
sebagainya.
9. Cuti Isteri Bersalin
Cuti isteri bersalin layak diberikan kepada kakitangan lelaki secara automatik
selama 7 hari berturut – turut sebagai cuti tanpa rekod untuk membantu isteri
bersalin. Kemudahan ini adalah dihadkan kepada 5 kali kelahiran anak
sepanjang tempoh perkhidmatan.
10. Cuti Menghadiri Peperiksaan
Sila rujuk Skim Melanjutkan Pelajaran.
30
11. Cuti Haji
11.1 Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti haji bergaji penuh kepada
kakitangan beragama Islam untuk menunaikan fardhu haji di Mekah
tidak melebihi 40 hari termasuk cuti rehat mingguan, cuti umum dan
hari tidak bekerja. Kakitangan yang memerlukan cuti lebih daripada
jumlah ini boleh memohon cuti tahunan atau cuti tanpa gaji.
11.2 Cuti haji hanya boleh diluluskan sekali sahaja sepanjang tempoh
perkhidmatan kepada semua kakitangan tetap yang beragama Islam
dan telah berkhidmat tidak kurang daripada 2 tahun.
12. Cuti Gantian
12.1 Kakitangan yang tidak berkelayakan mendapat bayaran lebih masa
yang diarahkan untuk bekerja lebih masa pada hari bekerja biasa atau
pada hari cuti rehat mingguan, cuti umum dan hari tidak berkerja,
boleh diberi cuti gantian dengan syarat kerja lebih masa tersebut
melebihi 8 jam dalam satu – satu masa dan tidak membuat tuntutan
bayaran kerja lebih masa.
12.2 Kakitangan yang menghadiri majlis, aktiviti/program atau kursus
jangka pendek yang dianjurkan/diluluskan oleh syarikat pada hari cuti
rehat mingguan, cuti umum, hari tidak bekerja, atau diluar waktu
pejabat pada hari bekerja biasa boleh diberi cuti gantian tertakluk
kepada budi bicara syarikat yang akan diputuskan oleh Rektor atau
pegawai lain yang diberi kuasa.
31
13. Cuti Kecemasan Am
13.1 Cuti kecemasan am adalah hari cuti tidak rekod yang boleh diluluskan
oleh Rektor atau Pendaftar sebanyak 7 hari bekerja dalam satu – satu
tahun. Cuti ini boleh diambil tidak lebih daripada 3 hari berturut – turut
dalam satu – satu masa.
13.2 Cuti kecemasan am boleh diberikan atas sebab – sebab tertentu
seperti kematian ahli keluarga, malapetaka, dan perintah berkurung.
13.3 Setiap permohonan cuti kecemasan am hendaklah disertakan dengan
dokumen sokongan atau surat pengesahan yang mengesahkan
kejadian tersebut seperti sijil kematian, surat pengesahan dari pihak
polis, dan sebagainya.
14. Cuti Khas
Rektor/Ketua Eksekutif boleh meluluskan cuti khas (tanpa rekod) tidak melebihi
7 hari bekerja dalam satu – satu tahun atas sebab – sebab berikut.
(i) Mewakili negara/negeri melalui persatuan – persatuan sukan, seminar
atau persidangan yang diiktiraf oleh syarikat sama ada sebgai peserta
atau petugas.
(ii) Menghadiri latihan atau khemah tahunan pasukan sukarelawan yang
diakui oleh syarikat.
15. Kebenaran Bercuti Di Luar Negara
Kakitangan yang hendak bercuti di luar negara dikehendaki memohon cuti
tahunan dan mendapatkan sokongan daripada Ketua Jabatannya dan boleh
diluluskan oleh Rektor/Ketua Eksekutif.
32
16. Tidak Hadir Bertugas Tanpa Cuti
16.1 Jika seseorang kakitangan tidak hadir bekerja bagi sesuatu tempoh
tanpa sesuatu sebab yang pada pendapat Ketua Jabatan adalah satu
sebab yang munasabah, maka kakitangan itu tidaklah berhak
mendapat apa – apa gaji atau lain – lain emolumen bagi tempoh tidak
hadir bekerja itu.
16.2 Sesuatu perakuan oleh Ketua Jabatan memperakui tempoh yang bagi
kakitangan itu itu berhak mendapat gaji dan emolumen di bawah
Peraturan 16.1 kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi
membayar gaji dan lain – lain emolumen kakitangan itu adalah satu
kuasa yang mencukupi bagi memotong gaji dan emolumen bagi
tempoh tidak hadir bekerja itu.
33
BAB E – PERUBATAN
1. KELAYAKAN
2. PENDAFTARAN KELUARGA KAKITANGAN
3. KLINIK/HOSPITAL
4. SURAT PENGESAHAN DIRI
5. BAYARAN KEMUDAHAN PERUBATAN YANG TIDAK DIBIAYAI OLEH SYARIKAT
6. BAYARAN KEMUDAHAN PERUBATAN YANG DIBIAYAI OLEH SYARIKAT
7. RAWATAN – RAWATAN LAIN
8. KADAR PERUNTUKAN RAWATAN PESAKIT LUAR DI KLINIK/HOSPITAL YANG
BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)
9. BAYARAN WAD HOSPITAL KERAJAAN
10.BAYARAN BERSALIN
11.RAWATAN PAKAR
12.RAWATAN PERGIGIAN, MATA DAN TELINGA
13. HOSPITALISASI
14.BELANJA PERUBATAN
34
BAB E – PERUBATAN
1. Kelayakan
1.1 Kakitangan dan keluarga kakitangan adalah layak untuk mendapatkan
kemudahan perubatan dari hospital kerajaan atau klinik yang berdaftar
dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
1.2 Kakitangan yang menjalankan tugas rasmi, berkursus atau bercuti di
luar negara dengan kelulusan syarikat boleh mendapatkan rawatan
perubatan/pesakit luar dari klinik yang diakui atau dicadangkan oleh
Jabatan Kedutaan/Perwakilan Malaysia di negara berkenaan atas
kesesuaian hospital/klinik di mana rawatan akan diperlehi mengikut
taraf jawatan kakitangan itu.
2. Pedaftaran Keluarga Kakitangan
Kakitangan yang hendak mendapatkan kemudahan perubatan hendaklah terlebih
dahulu mendaftarkan nama – nama keluarga kakitangan dengan syarikat.
Kakitangan hendaklah memaklumkan kepada syarikat sekiranya terdapat
pertambahan atau pengurangan bilangan keluarga kakitangan.
3. Klinik/Hospital
Kakitangan dan keluarga boleh mendapatkan rawatan pesakit luar dari
hospital kerajaan atau klinik yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) tertakluk kepada jumlah sebagaimana di Peraturan 8.
Manakala rawatan wad/hospitalisasi hanya boleh diperolehi dari hospital
kerajaan sahaja.
4. Surat Pengesahan Diri
Untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, kakitangan atau keluarga
kakitangan mestilah membawa Surat Pengesahan Diri.
35
5. Bayaran Kemudahan Perubatan yang tidak dibiayai oleh Syarikat
Bayaran – bayaran kemudahan rawatan perubatan berikut adalah tidak
dibiayai oleh Syarikat.
(i) Pembekalan gigi palsu;
(ii) Pembekalan cermin mata dan pemeriksaan bagi tujuan membeli
cermin mata;
(iii)Alat mendengar (hearing aid);
(iv)Berkhatan;
(v) ‘Scanning’ atau ‘ultrasound’ yang dibuat di klinik – klinik swasta; dan
(vi)Rawatan kesuburan atau perancang keluarga yang dibuat di klinik –
klinik swasta.
6. Bayaran Kemudahan Perubatan yang dibiayai oleh Syarikat
(i) Bayaran pemeriksaan dan rawatan di hospital kerajaan dan klinik
swasta yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);
(ii) Perbelanjaan rawatan kecemasan di hospital/klinik swasta seperti di
Persturan 7(c);
(iii)Ubat – ubat, bercacar dan pembekalan alat – alat otropedik dang
anggota palsu;
(iv)Rawatan pergigian yang dianggap mustahak disebabkan oleh penyakit
dan dilakukan di hospital Kerajaan dan ianya hanya terhad kepada
rawatan mencabut dan menampal sahaja;
(v) Bayaran pembedahan dan pemeriksaan makmal di hospital kerajaan;
(vi) Caj sebenar rawatan bersalin seperti peraturan 10;
(vii) Syarikat jugak akan membayar (menanggung) bayaran wad di
hospital kerajaan sahaja mengikut kadar maksima kelayakan
kakitangan.
36
(viii) Rawatan kesuburan atau perancang keluarga ianya hanya boleh
diperolehi di hospital kerajaan sahaja dan ditanggung untuk
kakitangan sahaja (lelaki dan wanita).
7. Rawatan – rawatan lain
Syarikat akan membiayai kos rawatan perubatan seperti dibawah yang tidak
akan disediakan di hospital – hospital kerajaan dengan syarat kakitangan
hendaklah mematuhi tatacara permohonan perbelanjaan rawatan serta
mendapat kelulusan daripada pihak yang di beri kuasa.
(i) Perbelanjaan bagi ubat, alat ortpedik dan anggota palsu perkhidmatan
perubatan dan rawatan penyakit buah pinggang,
[Haemodialysis/Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD)]
hendaklah mengikut tatacara tertentu.
(ii) Perbelanjaan bagi rawatan diluar negara dilaksanakan mengikut
tatacara yang telah ditetapkan.
(iii)Perbelanjaan bagi rawatan kecemassan di hospital/klinik swasta
hendaklah dilaksanakan mengikut tatacara yang telah ditetapkan.
(iv) Perbelanjaan rawatan di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. (IJNSB)
dilaksanakan mengikut tatacara yang telah ditetapkan.
8. Kadar Peruntukan Perubatan Pesakit Luar di Klinik/Hospital yang
berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
8.1 Had kadar peruntukan rawatan perubatan pesakit luar di klinik/hospital yang
berdaftar dengan KKM bagi setiap kakitangan dan semua ahli keluarganya
yang layak untuk tempoh setahun adalah RM1,800.00. Bagi kakitangan
yang mempunyai pasangan (spouse) yang juga berkhidmat dengan
KPTMSB, kelayakan ini adalah dikira sekali sahaja.
37
8.2 Peruntukan perubatan ini adalah diberi untuk kakitangan bertaraf tetap dan
kontrak sahaja, dan akan diberi secara prorata bagi kakitangan yang tidak
cukup setahun perkhidmatannya dengan KPTMSB.
9. Bayaran Wad Hospital Kerajaan
Kakitangan akan dikenakan bayaran wad hospital kerajaan sebagaimana
kadar yang dinyatakan seperti berikut:
KUMPULAN / GRED KELAYAKAN/WAD BAYARAN WAD
SEHARI
Ketua Eksekutif Gred Kelas 1 RM30.00
M2/Pengurusan tertinggi (bilik seorang) RM30.00
Gred M1 RM15.00
Pengurusan/Pensyarah Kelas 1 RM10.00
Gred 3 & 4 (bilik seorang) RM5.00
Eksekutif/Pensyarah
Gred 1 & 2 Kelas 1
Sokongan I (bilik berdua)
Sokongan II Kelas 1
(bilik berempat)
Kelas 1
(bilik berempat)
38
10. Rawatan Bersalin
10.1 Kakitangan wanita/issteri kakitangan syarikat yang berjawatan
tetap/kotrak adalah layak untuk mendapat bayaran kos rawatan bersalin
di mana – mana hospital/klinik tertakluk kepada kos sebenar tetapi tidak
melebihi RM2,500.00 bagi setiap kelahiran. Bagi urusan tuntutan,
kakitangan dikehendaki mengemukakan resit/dokumen berkaitan.
10.2 Sebarang bayaran rawatan yang melebihi daripada jumlah seperti di
Peratursn 10.1, lebih bayaran tersebut adalah dibawah tanggungan
kakitangan itu sendiri.
11. Rawatan Pakar
11.1 Rawatan pakar yang disokong oleh doktor dari klinik yang berdaftar
dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hendaklah dibuat di
hospital.
11.2 Jika seseorang kakitangan atau ahli keluarga didapati memerlukan rawatab
pakar di luar negara dengan syarat memenuhi Peraturan 7, kakitangan itu
atau ahli keluarganyaboleh dipertimbangkan oleh syarikay untuk
mendapatkan rawatan tersebut atas perbelanjaan syarikat dan jika betul –
betul diperlukan, termasuk seorang lain yang dikehendaki mengiringinya.
12. Rawatan Pergigian, Mata dan Telinga
12.1 Kakitangan adalah dibenarkan untuk mendapatkan rawatan pergigigan
dari hospital kerajaan. Rawatan pergigian ini hanya terhad kepada
mencabut dan menampal sahaja.
39
12.2 Kakitangan adalah dibenarkan untuk mendapatkan rawatan sakit mata dan
telinga dari hospital kerajaan, tetapi rawatan ini tidak termasuk
pemeriksaan bagi tujuan pembelian cermin mata dan alat pendengar
(hearing aid).
13. Hospitalisasi
13.1 Untuk hospitalisasi, seseorang kakitangan hendaklah terlebih dahulu
mendapatkan Surat Pengesahan Diri daripada pegawai yang diberi kuasa.
13.2 Kakitangan yang dihospitalisasi secara kecemasan endaklah mendapatkan
Surat Pengesahan Diri dengan kadar seberapa segera yang boleh setelah
dihospitalisasi.
14. Belanja Perubatan di Luar Negara
Seseorang kakitangan yang jatuh sakit semasa bertugas rasmi di luar negara
dan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan perubatab adalah layak menuntut
Belanja Perubatan tertakluk kepada syarat – syarat yang telah ditetapkan.
40
BAB F – WAKTU BEKERJA, KERJA LEBIH MASA DAN PERATURAN PAKAIAN
1. WAKTU BEKERJA
1.1 Waktu Bekerja biasa
1.2 Mematuhi Waktu Bekerja
1.3 Keluar Pejabat Dalam Waktu Bekerja
2. WAKTU BEKERJA BUKAN PEJABAT
2.1 kerja sehari biasa
2.2 kerja Seminggu
3. LEBIH MASA
3.1 Kuasa Melulus Bagi Kerja Lebih Masa
3.2 Kakitangan yang Layak Mendapat Bayaran Lebih Masa
4. PELBAGAI
4.1 Permulaan dan Akhir Tugas
4.2 Masa dalam Perjalanan
5. PERATURAN PAKAIAN
5.1 Pakaian ke pejabat, semasa menghadiri mesyuarat dan majlis rasmi.
41
BAB F – WAKTU BEKERJA, KERJA LEBIH MASA DAN PERATURAN PAKAIAN
1. WAKTU BEKERJA PEJABAT
1.1 Waktu Bekerja Biasa
(i) Kecuali dengan kebenaran daripada Pegawai diberi kuasa semua pejabat
hendaklah memakai waktu bekerja pejabat seperti berikut:
(a)Di negeri – negeri di mana hari Jumaat adalah cuti mingguan, waktu
bekerja pejabat adalah:
HARI WAKTU BEKERJA WAKTU REHAT
1.00 tengahari – 2.00
Ahad - Khamis 8.30 pagi – 5.15 petang petang
(b) Di negeri – negeri dimana hari Ahad adalah cuti mingguan, waktu
bekerja pejabat adalah:
HARI WAKTU BEKERJA WAKTU REHAT
1.00 tengahari – 2.00
Isnin – Khamis 8.30 pagi – 5.30 petang petang
12.30 tengahari -2.45
Jumaat 8.30 pagi – 5.30 petang petang
1.2 Mematuhi Waktu Bekerja
Semua kakitangan, termasuk Ketua-ketua Jabatan sendiri, hendaklah
mematuhi waktu – waktu bekerja dan hadir di pejabat – pejabat
dalam masa yang ditetapkan.
42
1.3 Keluar Pejabat Dalam Waktu Bekerja
Seseorang kakitangan tidak digalakkan keluar pejabat semasa waktu
bekerja. Walau bagaimanapun jika terdapat alasan yang munasabah,
maka syarikat dengan budi bicara boleh memberi kebenaran untuk
keluar pejabat dengan syarat hendaklah terlebih dahulu mendapatkan
kebenaran daripada pegawai yang diberi kuasa.
2. WAKTU BEKERJA BUKAN PEJABAT
2.1 Kerja sehari biasa.
Apabila seseorang kakitangan dikehendaki bekerja sehari biasa, maka
ini akan meliputi satu masa bekerja atau giliran bekerja sebanyak 8
jam melainkan seperti dinyatakan dalam peraturan 2.2. Bila sesuatu
jenis kerja itu tidak bersambung terus menerus maka waktu bekerja
sehari biasa itu tidak boleh jadi lebih daripada 8 jam tetapi tidak boleh
melebihi 12 jam.
2.2 Kerja seminggu
Pekerjaan dalam seminggu hendaklah mengandungi lima masa bekerja
atau giliran bekerja. Seseorang kakitangan hendaklah diberi 2 hari
dalam seminggu sebagai hari rehat.
3. LEBIH MASA
3.1 Kuasa Meluluskan Kerja Lebih Masa
Kerja lebih masa hanya boleh dilaksanakan oleh seseorang kakitangan
seperti di Peraturan 3.2, selepas mendapat kelulusan Pegawai yang
diberi kuasa.
43
3.2 Kakitangan yang layak mendapat bayaran lebih masa.
(i) Semua kakitangan dalam kumpulan sokongan yang upahnya
kurang dari RM1,500.00 sebulan adalah layak mendapat
bayaran kerja lebih masa.
3.3 Kadar bayaran lebih masa
(i) Perkiraan kadar bayaran kerja lebih masa di Peraturan ini adalah
seperti berikut:
Upah x kadar Gandaan x Jumlah Jam Bekerja
26 hari x 8 jam
(ii) Kadar Gandaan adalah seperti berikut:
PERKARA KADAR GANDAAN
Hari Biasa 1.5
Hari Rehat/Cuti Mingguan 2.0
Hari Cuti Umum 30
3.4 Kadar bayaran lebih masa bagi anggota sambilan.
Kadar bayaran satu jam bagi anggota sambilan yang bekerja lebih
masa adalah mengikut jawatan Kumpulan Sokongan yang disandang.
Perkiraannya adalah seperti berikut:
Gaji Harian x 27 hari bekerja x 12 bulan = kadar satu jam
313 x 8 jam
44
4. PELBAGAI
4.1 Permulaan dan akhir tugas.
Di mana tempat bekerja adalah jauh daripada tempat melaoprkan diri,
kakitangan adalah dianggap mulai bekerja di tempat melaoprkan diri
dan dianggap menamatkan kerja di tempat yang sama.
4.2 Masa dalam perjalanan.
Apabila seseorang kakitangan diarahkan membuat perjalanan, maka
dia hendaklah dianggap sebagai menjalankan tugas rasminya. Tetapi
tiap – tiap hari yang dihabiskan berjalan itu hendaklah dianggap
sebagai satu hari bekerja biasa yang tidak melayakkan mendapat
bayaran lebih masa, walaupun memakan masa lebih daripada 8 jam.
Walau bagaimanapun kakitangan ini akan berkelayakan mendapat
elaun makan dan lain - lain elaun seperti yang diperuntukkan dalam
Peraturan Bab B.
5. PERATURAN PAKAIAN
Peraturan pakaian ke pejabat, semasa menghadiri mesyuarat dan majlis rasmi
adalah ditekankan kepada semua kakitangan (lelaki/wanita) KPTMSB untuk
mematuhi syarat – syarat yang telah termaktub dalam Peraturan Pakaian.
Berpakaian kemas dan tidak menjolok mata perlu diambil kira bagi menjaga
nama baik syarikat.
45