The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SOP pembukaan sekolah SMKSA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shhazwa, 2021-04-01 21:31:09

SOP SMKSA

SOP pembukaan sekolah SMKSA

SMK SERI AMPANG
JALAN AMPANG, 55000 KUALA LUMPUR

HEBAHAN GARIS PANDUAN DAN SOP
PEMBUKAAN SEKOLAH DALAM
NORMA BARU

UNTUK SEMUA MURID DAN
IBU BAPA/PENJAGA

TARIKH : 5 APRIL 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Garis panduan ini diberi bertujuan untuk hebahan tentang peranan ibu bapa dan makluman penting sesi persekolahan
yang akan bermula pada 5 April 2021. Justeru, adalah diharapkan agar para ibu bapa dapat sama-sama membantu
pihak sekolah membuat persediaan yang sewajarnya demi kebaikan, keselamatan serta kesihatan anak-anak.

SOP DAN PERANAN IBUBAPA/PENJAGA

1  Memantau suhu badan anak-anak sebelum mereka ke sekolah
 Sekiranya suhu 37oC dan ke atas DILARANG ke sekolah
 Memastikan anak TIDAK ke sekolah jika bergejala serius batuk, bersin,
selsema, asma atau sesak nafas.

2  Sentiasa mengamalkan kebersihan seperti kerap membasuh tangan dengan sabun
atau guna pensanitasi tangan (‘hand sanitizer’) setiap masa.

 Memberikan motivasi kepada anak/anak jagaan untuk terus belajar.

3  Pastikan anak-anak memakai pelitup muka sepanjang waktu berada dalam
kawasan sekolah. Pelitup muka bercorak TIDAK DIBENARKAN.

 WAJIB memakai pelitup muka ke sekolah .

4  Memberi kesedaran kepada anak/anak jagaan berkaitan penjarakan fizikal
 TIDAK berjabat tangan (bersalaman) atau bersentuhan antara satu sama lain
sama ada guru, rakan-rakan atau orang sekeliling
 TIDAK berkongsi alat tulis, buku, botol minuman, makanan dan barangan dirian
persendirian yang lain.
 Menasihatkan anak/anak jagaan agar tidak berkongsi makanan dan minuman
dengan murid lain.
 Digalakkan membawa bekalan makanan dan minuman serta peralatan makan
seperti sudu dan garpu dari rumah.
 Jika membuat pesanan makanan dari kantin, bantu anak membuat pesanan
melalui wassap kelas masing-masing terlebih awal.

5  Memastikan anak telah bersarapan sebelum ke sekolah
 Ibu bapa / penjaga digalakkan membekalkan / menyumbang makanan kering,
berbungkus, berkhasiat dan tahan lama ( contoh: biskut dalam pembungkusan
yang kecil) sebagai kudapan segera anak-anak terutama waktu pagi sebelum
PdPc.

6  Bekalkan anak dengan pensanitasi tangan, pelitup muka, tisu basah dan wang
saku mencukupi (untuk bayaran makanan yang dipesan di kantin).

7  Menjaga kebersihan dan keselamatan anak/anak jagaan sebelum dan selepas
pulang dari sekolah dengan kerap membasuh tangan dan mandi.

8  Menggalakkan ibu bapa / penjaga sendiri yang menghantar dan mengambil
anak/anak jagaan

 Menguruskan kenderaan anak dan menurunkan serta mengambil anak/anak
jagaan dengan segera di tempat yang telah ditetapkan.

 Menasihati anak untuk terus pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan
 Murid TIDAK DIBENARKAN berada di sekolah selepas pukul 2.30 petang.

9  KEMASKINI nombor telefon bimbit dengan guru kelas.
 SEGERA menjawab panggilan telefon daripada pihak sekolah (0321487065) jika
dihubungi.

Penghantaran Pesanan Makanan melalui Grab Food / `Food Panda” atau Berkongsi
Bekalan Makanan Dan Minuman TIDAK DIBENARKAN Sama Sekali
Penjualan Makanan Dalam Kalangan Murid Juga TIDAK DIBENARKAN Sama Sekali

MAKLUMAN SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2021 UNTUK IBU BAPA/PENJAGA

1. (a) Waktu persekolahan bagi murid tingkatan 1 hingga 5 SMK Seri Ampang ialah seperti berikut:

TINGKATAN WAKTU MULA PPKI 1,2 DAN 3 TINGKATAN 4A 4 R DAN 4B 4S
PERSEKOLAHAN 5
HARI 1.00 PETANG
ISNIN 7.20 PAGI 1.00 PETANG WAKTU TAMAT PERSEKOLAHAN
SELASA 7.20 PAGI 2.00 PETANG
RABU 7.20 PAGI 2.00 PETANG 1.00 PETANG 2.30 pm 2.30 pm 1.30 pm 2.30 pm
KHAMIS 7.20 PAGI 1.30 pm 2.00 pm
JUMAAT 7.20 PAGI 1.00 PETANG 2.30 pm 2.30 pm 1.00 pm 1.30 pm
1.00 pm 1.30 pm
1.00 PETANG 1.30 pm 1.30 pm 12.30 pm 12.30 pm

1.00 PETANG 1.30 pm 1.30 pm

12.30 PETANG 12.30 PETANG 12.30 pm 12.30 pm

 Murid beragama Islam akan menunaikan solat zohor di rumah masing-masing.
(b) Laluan Pintu Pagar masuk dan Keluar sekolah. ( LAMPIRAN B1)

PPKI TINGKATAN 1-5 PINTU 3

BERJALAN KAKI PINTU 1
BERKENDERAAN SENDIRI PINTU 2
BERKENDERAAN IBU BAPA/PENJAGA PINTU 1 & 2
BAS/VAN SEKOLAH PINTU 1

2. Bersama-sama ini disertakan Pelan kedudukan Kelas anak masing-masing (LAMPIRAN A).

3. Pelan masuk dan keluar sekolah turut disertakan (LAMPIRAN B1). Hanya laluan sehala untuk datang
dan balik sekolah. Laluan murid masuk ialah di pintu utama (1) dan pintu kedua (2)
Pintu 3 khusus untuk murid PPKI .

4. Ibu bapa perlu menurunkan murid di had ‘Drop Zone’ iaitu di antara pintu 1 dan pintu 2 sekolah dalam tempoh
30 saat untuk mengelakkan kesesakan

5. Suhu badan murid akan diambil di stesen pengambilan suhu murid dan murid akan bergerak terus
masuk ke kelas masing-masing selepas suhu diambil melalui laluan yang telah ditetapkan.

6. Pada hari pertama sahaja (5/4/2021) , murid Tingkatan 1 akan transit sementara di Dewan Sekolah
(duduk di atas kerusi) selepas suhu diambil sebelum dibawa oleh guru-guru ke kelas masing-
masing.

7. Murid yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5 0C atau yang bergejala akan diminta untuk balik
dengan segera jika ibu bapa masih berada di luar sekolah. Ibu bapa diminta untuk tidak menghantar
anak yang bergejala atau yang tidak sihat ke sekolah. Jika ibu bapa telah bergerak balik, murid
tersebut akan ditempatkan di bilik isolasi buat sementara waktu dan pihak sekolah akan
menghubungi ibu bapa agar mengambil anak untuk dibawa pulang dengan SEGERA. Jika ibu bapa
tidak dapat mengambil anak/anak jagaan, pihak sekolah akan menghubungi Pusat Kesihatan Daerah
(PKD) untuk dibawa ke hospital.

8. Di dalam kelas, murid akan duduk di meja yang telah ditampalkan nama masing-masing dan akan
duduk di meja yang sama setiap hari sepanjang sesi persekolahan. Murid tidak dibenarkan bertukar-
tukar tempat duduk.

9. Waktu rehat murid adalah secara berperingkat iaitu 3 waktu rehat bergilir :

Rehat 1 - 9.00 pg – 9.30 pg ( PPKI )
Rehat 2- 9.30 pg – 10.00 pg (Tingkatan 1 – 3)
Rehat 3 - 10.00 pg – 10.30 pg (Tingkatan 4 dan 5)

10. Pengusaha kantin hanya menyediakan makanan berbungkus. Penggunaan kerusi, meja dan ruang
makan di kantin tidak dibenarkan. Murid akan turun membeli makanan di kantin atau melalui pesanan dan
makan di dalam kelas masing- masing di bawah seliaan guru pada waktu rehat.
Menu makanan murid akan disediakan pada setiap minggu. Pilihan menu adalah terhad bagi tujuan
mempercepatkan pergerakan murid.

11. Murid digalakkan membawa bekalan makanan dari rumah. ( bukan yang dibeli)
Murid memilih untuk membeli makanan di kantin hendaklah membawa peralatan sendiri seperti sudu dan
garpu. Murid juga digalakkan untuk membawa bekalan air minuman sendiri.
Tempahan menu makanan melalui Guru Tingkatan yang akan dihantar ke wassap ibu bapa dan kelas
untuk tujuan pesanan awal. Bayaran dibuat pada waktu pertama.

12. Laluan pergerakan murid ke kantin dan tandas sila rujuk LAMPIRAN B2

13 . Waktu balik murid adalah seperti Perkara 1 di atas.

14. Ibu bapa diminta untuk tidak meletakkan kenderaan di kawasan hadapan atau berhampiran pintu
keluar untuk mengambil anak bagi mengelakkan kesesakan dan perkumpulan.

15. Ibu bapa juga diharap dapat mengingatkan anak masing-masing tempat letak kenderaan ibu bapa secara
konsisten agar anak dapat menuju ke tempat tersebut dengan segera.

16. Ibu bapa diharapkan agar dapat menjemput anak-anak tepat pada masanya untuk mengelakkan anak-anak
berada terlalu lama di luar sekolah. Ini kerana murid-murid tidak dibenarkan untuk berada di dalam kawasan
sekolah selepas waktu balik. Murid boleh menunggu ibu bapa di bangku yang disediakan di kantin sekolah.

17. Bagi murid Tingkatan 1 – 3 yang berbasikal , murid akan diminta menunggu sebentar selama 10 minit di ruang
menunggu di kantin sebelum dibenarkan balik bagi mengelakkan kesesakan di hadapan sekolah.

18. Bagi murid Tingkatan 4 dan 5 yang bermotosikal, murid diminta untuk tunggu sebentar selama 10 minit di di
Ruang menunggu di kantin sebelum dibenarkan balik bagi mengelakkan kesesakan dan perkumpulan di luar
pagar sekolah. (Rujuk LAMPIRAN C)

19. Guru Bimbingan dan Kaunseling akan melaksanakan Ujian Minda Sihat secara berkala bagi mengenal
pasti murid yang terkesan dengan norma baharu di sekolah.

20. Semua aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka tidak dilaksanakan sehingga ke suatu tarikh
yang akan dimaklumkan.

21. Kelas tambahan untuk Tingkatan 5 secara bersemuka akan dimaklumkan dengan kebenaran ibu bapa.

HARAP MAKLUM DAN TERIMA KASIH

LAMPIRAN A

LAMPIRAN B1

LAMPIRAN B2

LAMPIRAN C


Click to View FlipBook Version
Previous Book
รวมแบบสรุปกิจกรรม ปี 2563
Next Book
bakery 003 (1)