Perkhemahan unit beruniform ini merupalam antara saluran pendidikan luar bilik darjah yang sangat berkesan. Usaha ini adalah bertujuan untuk menangani masalah gejala sosial. Perkhemahan ini diharap dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, murid akan didedahkan dengan pengalaman-pengalaman pembelajaran yang sukar diperolehi ketika di dalam bilik darjah. Ia menanam sifat keberanian dan kepercayaan interpersonal. Diharapkan program ini akan dapat memberi peluang kepada muridmurid menonjolkan kemampuan diri mereka disamping mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan murid dan guru-guru serta komuniti (PIBG). Perkhemahan unit beruniform ini diharap dapat membina keyakinan diri murid apabila berhadapan dengan situasi kehidupan yang mencabar, disamping menerapkan sikap hormatmenghormati di antara satu sama lain. Ia juga merupakan satu aktiviti pengukuhan ilmu pendidikan luar serta perkongsian ilmu dan pengalaman antara unit persatuan Pengakap, Tunas Puteri dan Bulan Sabit Merah. Pada akhir program ini, para peserta akan dapat : → Memperolehi pengalaman yang berguna dalam kehidupan seharian → Menyemai semangat bekerja dalam kumpulan → Mengukuhkan semangat jati diri → Membina keyakinan dan ketrampilan diri 117 orang murid tahap dua SK Tempasuk II - 32 ahli Pengakap - 45 ahli Tunas Puteri - 40 ahli Bulan Sabit Merah Malaysia
Pengerusi : Pn. Roslilah bt. Kadir. Guru Besar SK Tampasuk II Timbalan Pengerusi : Pn. Rosnah bt. Sepah Pen. Kanan Kokurikulum Naib Pengerusi 1 : En. Jemir Kinsom Pen. Kanan Kurikulum Naib Pengerusi 2 : En. Jame Sungkit Pen. Kanan Hal Ehwal Murid Setiausaha : Pn. Nor Ahayati bt. Gan Setiausaha Kokurikulum Bendahari : Pn. Junaidah Satuh Kem Komandan : En. Jinnius Maintum Pen. Kem Komandan : En. Md. Rozaidi Ab Rahman
MASA AKTIVITI TINDAKAN CATATAN 10:00 ● Taklimat Perkhemahan Cikgu Jinnius Projektor ● Bengkel/Ceramah Ikatan dan Simpulan Guru Penasihat ● Bengkel/Ceramah Gajet Unit Pengakap 12:30 ● Pulang Guru Penasihat →Unit Pengakap Meja →Unit T. Puteri Pendaftaran →Unit BSMM Semua Khemah Guru Kayu/Buluh Penasihat Tali ● Solat ● Rehat [Minum Petang] 17:00 ● Aktiviti Rekreasi / Pembahagian Kumpulan Cikgu Ramlah ● Kemas Diri Ustaz Rozaidi ● Solat / Kuliah Moral Cikgu Frydora 19:00 ● Makan AJK PIBG Guru Penasihat Unit BSMM 21:00 ● Malam Penghayatan [Video] Semua ● Refleksi (LDK) Guru Penasihat 22:00 ● Taklimat Pendek Cikgu Jinnius Sentri Malam : Kem Kom Pen. Kem Kom Guru Sekuriti AJK PIBG Sukarelawan 18:00 20:00 ● Bengkel/Ceramah Bantu Mula Projektor Projektor 22:15 ● Tidur 16:30 AJK PIBG Projektor 14:30 ● Mendirikan Khemah dan Membina Gajet 14:00 ● Pendaftaran Peserta Perkhemahan 10:45
MASA AKTIVITI TINDAKAN CATATAN Ustaz Rozaidi Cikgu Hamimi 05:30 ● Kemas Diri 06:00 ● Taklimat Pagi Kem Kom 06:30 ● Senam Robik AJK PIBG 07:15 ● Sarapan AJK PIBG 08:00 ● Kemas Diri 08:30 ● Bengkel/Ceramah Kawad Kaki Cikgu Jinnius Semua Guru Penasihat 10:00 ● Rehat Semua Cikgu Zulkifli Semua Guru Penasihat ● Makan ● Solat ● Rehat ● Masakan Survival Guru Penasihat Bahan Masakan ● Masakan Ringkas Unit T. Puteri Arang AJK PIBG Semua 15 peserta Guru Penasihat 1 komandan 16:30 ● Pertandingan Kawad Kaki Semua PK Pengadil 17:00 ● Rehat [Minum Petang] AJK PIBG 17:20 ● Rekreasi Cikgu Ramlah Sukaneka ● Kemas Diri Ustaz Rozaidi ● Solat / Kuliah Moral Cikgu Hamimi 19:00 ● Makan AJK PIBG Semua Guru Penasihat 22:00 ● Taklimat Pendek Kem Kom Sentri Malam : Kem Kom Pen. Kem Kom Guru Sekuriti AJK PIBG Sukarelawan 20:00 ● Malam Riang Ria / Malam Bakat AJK PIBG 13:30 15:30 ● Latihan Kawad Kaki 18:00 22:15 ● Tidur 04:45 ● Solat / Kuliah Moral 09:00 ● Latihan Kawad Kaki 10:30 ● Kembara Berpasukan 12:30
MASA AKTIVITI TINDAKAN CATATAN Ustaz Rozaidi Cikgu Hamimi 05:30 ● Kemas Diri 06:00 ● Taklimat Pagi Kem Kom 06:30 ● Senam Robik AJK PIBG ● Sarapan AJK PIBG ● Kemas Diri ● Majlis Perasmian Penutupan ● Nyanyian Lagu Kebangsaan dan Lagu Negeri Pengacara ● Ucapan Guru Besar JK Hadiah ● Ucapan Perasmi ● Penyampaian Hadiah ● Menurunkan Khemah Semua ● Aktiviti Mengemas Guru Penasihat 10:30 ● Jamuan AJK PIBG 11:00 ● Bersurai 08:30 Cikgu Lucilla 10:00 04:45 ● Solat / Kuliah Moral 07:15
AKTIVITI : BENGKEL/CERAMAH IKATAN DAN SIMPULAN & GAJET PERKHEMAHAN PENYELARAS : GURU PENASIHAT PENGAKAP [CIKGU ZULKIFLI, CIKGU RAMLAH, CIKGU SALAMAH, USTAZ ROZAIDI, CIKGU JASMI] MASA : 1 JAM 45 MINIT (CERAMAH) 2 JAM (MEMBINA GAJET) OBJEKTIF : - Mengenal beberapa jenis ikatan dan simpulan. - Memberi pengetahuan dan pengalaman baru dalam aktiviti mengikat dan menyimpul tali. - Mengenal beberapa jenis gajet yang biasa digunakan dalam perkhemahan. - Menghasilkan gajet dengan menggunakan kayu/buluh. LANGKAH PELAKSANAAN : 1. Taklimat oleh guru tentang ikatan dan simpulan. (tayangan slide) 2. Taklimat oleh guru dan paparan gambar jenis-jenis gajet perkhemahan.(tayangan slide) 3. Peserta menghasilkan gajet dan dipantau oleh guru penasihat unit masing-masing. 4. Peserta mencuba untuk membuat ikatan dan simpulan pada gajet ciptaan. AKTIVITI : MENDIRIKAN KHEMAH DAN MEMBINA GAJET PERKHEMAHAN PENYELARAS : SEMUA GURU PENASIHAT UNIT MASA : 2 JAM OBJEKTIF : - Memberi pengetahuan dan pengalaman baru dalam pemasangan khemah. LANGKAH PELAKSANAAN : 1. Taklimat dan demonstrasi pemasangan khemah. 2. Peserta memasang khemah dan dipantau oleh guru penasihat unit masing-masing. 3. Peserta membina gajet perkhemahan dengan bimbingan guru penasihat dan PIBG. AKTIVITI : BENGKEL/CERAMAH KAWAD KAKI PENYELARAS : KEM KOMANDAN DAN PENOLONG KEM KOMANDAN MASA : 30 MINIT OBJEKTIF : - Memberi pengetahuan dan pengalaman baru dalam aktiviti kawad. - Mempraktikkan hukum-hukum kawad asas. LANGKAH PELAKSANAAN : 1. Taklimat berkaitan dengan kawad. 2. Tayangan video akTiviti kawad. 3. Demonstrasi hukuman asas kawad kaki.
AKTIVITI : MALAM PENGHAYATAN (LDK) PENYELARAS : CIKGU SALAMAH DAN SEMUA GURU PENASIHAT MASA : 1 JAM OBJEKTIF : - Menanam sifat inginkan kawan dalam diri peserta. - Menyatukan peserta menjadi satu kelompok yang Bersatu. - Membina semangat setiakawan dalam diri peserta. LANGKAH PELAKSANAAN : 1. Peserta berbaris dalam kumpulan mengikut tahun. 2. Setiap peserta akan mengambil sekeping kertas (gambar haiwan) dalam kotak yang disediakan. 3. Peserta akan mencari kumpulan masing-masing mengikut gambar haiwan yang diperolehi dengan hanya membunyikan bunyi atau meniru gaya pergerakan haiwan. 4. Apabila kumpulan dibentuk, aktiviti seterusnya membina bendera kumpulan dan seterusnya mempersembahkan bendera yang dihasilkan kepada kumpulan lain. 5. Guru penasihat/fasilitator membimbing murid semasa aktiviti kumpulan. AKTIVITI : BENGKEL/CERAMAH BANTU MULA PENYELARAS : GURU PENASIHAT BULAN SABIT MERAH MALAYSIA [CIKGU NUIS, CIKGU HAMIMI, CIKGU FRYDORA, CIKGU RINAWATI, CIKGU JINNIUS] MASA : 1 JAM OBJEKTIF : - Memberi pengetahuan kepada peserta tentang bantu mula. - Menambah pengetahuan dan cara melakukan bantu mula. CADANGAN LANGKAH PELAKSANAAN : 1. Tayangan slide. 2. Demonstrasi bantu mula. 3. Peserta mempraktikkan bantu mula berdasarkan situasi yang diberi.
AKTIVITI : KEMBARA BERPASUKAN PENYELARAS : CIKGU ZULKIFLI DAN SEMUA GURU PENASIHAT MASA : 2 JAM OBJEKTIF : - Menyemai semangat Kerjasama dan setiakawan serta membentuk hubungan sosial di kalangan peserta. LANGKAH PELAKSANAAN : 1. Aktiviti dijalankan dalam kumpulan. 2. Kumpulan peserta akan menyelesaikan tugasan di stesen-stesen yang disediakan secara bergilir. 3. Aktiviti yang dilakukan berdasarkan arahan bertulis. AKTIVITI : MASAKAN SURVIVAL DAN MASAKAN RINGKAS PENYELARAS : GURU PENASIHAT TUNAS PUTERI [CIKGU NORSIAH, CIKGU LUCILLA, CIKGU NOR AHAYATI, USTAZAH JAINUN, AJK PIBG] MASA : 2 JAM OBJEKTIF : - Membina keyakinan diri boleh melakukan kerja-kerja memasak. - Memberi peluang kepada peserta melakukan aktiviti memasak. - Membina semangat berpasukan. LANGKAH PELAKSANAAN : 1. Peserta di dalam kumpulan akan dibantu oleh seorang fasilitator. 2. Kumpulan peserta akan menyediakan makanan berdasarkan apa yang ditaklimatkan. 3. Peserta menikmati makanan yang mereka sediakan. AKTIVITI : MALAM RIANG RIA/MALAM BAKAT PENYELARAS : CIKGU FRYDORA MASA : 2 JAM OBJEKTIF : - Memberi peluang kepada peserta untuk menunjukkan bakat masing-masing. - Membina keyakinan diri peserta. CADANGAN LANGKAH PELAKSANAAN : 1. Menyanyikan lagu-lagu perkhemahan 2. Permainan kumpulan (passing puzzle/pisang goreng/pick up bom dll) 3. Persembahan bakat secara spontan.