IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT
TUGASAN KERJA KURSUS
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
NAMA : NUR BALQIS AQILAH BINTI YUNOS
ANGKA GILIRAN : 2022292310015
NO. TELEFON : 018-7833349
OPSYEN : BAHASA MELAYU 1
AMBILAN : PPISMP AMBILAN JUN 2022
KOD KURSUS : BMMB1074
NAMA KURSUS : SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
NAMA PENSYARAH : EN.MOHAMED SHAHREN BIN ABDULLAH
JABATAN/UNIT : JABATAN PENGAJIAN MELAYU
TARIKH SERAHAN : 24 SEPTEMBER 2022
Pengakuan Pelajar:
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Catatan (jika ada):
Tandatangan pelajar: Tarikh: 24 SEPTEMBER 2022
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DAN
PASCAMERDEKA
3.0 CABARAN DAN BAHASA DEPAN BAHASA MELAYU
PENGENALAN
Istilah ‘Melayu’ digunakan dalam pengertian yang luas dan juga sempit. Dalam pengertian
luas, istilah ini merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di semenanjung
Tanah Melayu dan kawasan secara tradisional disebut gugusan pulau-pulau Melayu, iaitu
pulau-pulau yang meliputi Indonesia yang ada sekarang ini. Penggunaan istilah ‘Melayu’ yang
lebih am ialah yang merujuk kepada suku bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami di
Semenanjung Tanah Melayu, pantai timur Sumatera, Brunei dan beberapa tempat lagi yang
berdekatan.
Bahasa sering dikaitkan dengan salasilah bangsa. Asal-usul orang Melayu, iaitu penutur asli
bahasa Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan
mendalam. Walau bagaimanapun, kita dapat mengetahui secara kasar latar belakang dan
pergerakan masyarakat Melayu kuno, iaitu nenek moyang orang Melayu.
Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur bahasa Melayu berasal daripada golonan
manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan menjelajah ke
Selatan, dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia, dan menduduki wilayah
Asia Tenggara. Ini berlaku sejak tahun 2500 sebelum Masihi, iaitu dengan kedatangan
golongan pertama yang disebut Melayu Proto. Kira-kira dalam tahun 1500 sebelum Masihi,
datang pula gelombang yang kedua , golongan yang disebut Melayu Deutro. Mereka ini telah
menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara serta telah memperlihatkan
kepandaian belayar dan bercucuk tanam.
Namun, ada teori terbaharu yang menyatakan tempat asal orang Melayu ialah Pulau Borneo
dan mereka telah merebak dari situ dalam tiga kelompok yang besar melalui tiga arah, iaitu ke
barat, arah ke Sumatera Utara. Ke timur Laut menghala ke Kepulauan Filipina dan Taiwan,
dan satu kelompok turun ke Sulawesi dan kalimantan Timur dan ke Barat Daya iaitu Sumatera
Selatan dan Jawa Barat. Oleh sebab masyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh
Kepulauan Malaya dan lautan Pasifik, maka berkembanglah tiap-tiap bahasa di dearah
masing-masing. Walau bagaimanapun, antara bahasa yang berlainan hari ini, masih dapat
dilihat unsur persamaannya.
Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang tergolong dalam satu keluarga bahasa
besar yang bernama keluarga bahasa Austris. Di samping itu, terdapat dua rumpun lain dalam
keluarga ini iaitu rumpun bahasa Austroasia dan rumpun bahasa Tibet-China. Rumpun bahasa
Austronesia pula terbahagi kepada empat cabang, iaitu kumpulan bahasa di Kepulauan
Melayu atau Nusantara, kumpulan bahasa Polinesia, antaranya bahasa Hawaii, Tonga dan
Maori; kumpulan bahasa Melanesia antaranya bahasa di kepulauan Marianna, Marshall,
Carolina dan Gilbert.
Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu
Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu
Kuno merupakan keluarga bahasa Nusantara. Kegemilangannya ialah dari abad ke-7 hingga
abad ke-13 pada zaman kerajaan Srivijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.
Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera. Bahasa Melayu Kuno adalah
bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Tidak terikat kepada perbezaan
susun lapis masyarakat. Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa
Jawa. Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal
pasti menyumbang kepada pengayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuan (kesarjanaan) Bahasa
Melayu.
Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana pengaruh agama Hindu. Bahasa Sanskrit
terletak dalam kelas bangsawan dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi. Sifat bahasa
Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan. Bahasa Melayu Kuno pada
batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf pallava manakala Bahasa Melayu
Kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.
Peralihan bahasa Melayu Kuno ke bahasa Melayu Klasik dikaitkan dengan pengaruh agama
Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13. Selepas itu, bahasa Melayu
mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Bahasa Melayu
Klasik kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu zaman kerajaan
Melaka, zaman kerajaan Acheh dan zaman kerajaan Johor-Riau. Tokoh-tokoh penulis yang
penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan
Abdul Rauf al-Singkel.
Bermula pada abad ke-19, hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai perrmulaan
zaman bahasa Melayu Moden. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai
kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan
dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British
merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.
Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152
menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Akta Bahasa Kebangsaan
1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956
mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.
ERA PRAMERDEKA
Era pramerdeka merupakan zaman sebelum merdeka yang boleh dibahagikan kepada dua
peringkat ataupun tahap iaitu zaman sebelum kolonialisme dan zaman kolonialisme. Zaman
sebelum kolonialisme pada tahun 1400-1786. Manakala zaman kolonialisme pula terbahagi
kepada dua zaman iaitu zaman sebelum perang dunia ke-2 (1786-1941) dan zaman selepas
perang dunia ke-2 (1941-1956). Zaman pramerdeka secara khususnya berlaku pada sekitar
tahun 1950-1957 iaitu zaman di mana tertubuhnya asas 50. Asas 50 (ANGKATAN SASTERA
50) yang ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 merupakan pertubuhan yang pertama sekali
ditubuhkan yang giat mempertingkatkan kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Selepas
wujudnya pertubuhan ini wujud pulak Lembaga Bahasa Melayu yang giat dalam
menghidupkan bahasa Melayu. Kedua-dua pertubuhan inilah yang menitikberatkan soal
kedudukan bahasa sebelum menjelang merdeka.
TOKOH-TOKOH PENULIS ERA PRAMERDEKA
Abdullah bin Abdul Kadir Raja Ali Haji Mejar Dato’ Haji Mohd. Zainal Abidin
Munsyi (1854-1976) (1808-1873) Said bin Haji Sulaiman Ahmad (Za’ba)
Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi menulis karya yang terkenal iaitu Hikayat Abdullah, Kisah
Pelayaran Abdullah ke Kelantan, Kisah Pelayaran Abdullah ke Jedah dan Syair Singapura
Terbakar. Beliau merupakan Bapa Kesusasteraan Melayu Moden yang merupakan perintis
penggunaan bahasa dan pengungkapan kisah yang baharu. Beliau merupakan kerani,
pengumpul naskhah Melayu lama dan jurutulis kepada Stamford Raffles serta guru Bahasa
Melayu kepada sepoi India dan paderi di Melaka sehingga digelar munsyi (guru bahasa).
Raja Ali Haji mengajarkan ilmu tatabahasa gaya Arab dan ulama yang mengajarkan ilmu
syaraf, usuluddin, fekah dan tasauf. Beliau merupakan penasihat kerajaan dalam bidang
keagamaan. Kitab Pengetahuan Bahasa diisytiharkan oleh beliau sebagai pegangan bahasa
gelaran atau nasional Indonesia dan Kongres Pemuda Indonesia (1928). Gelaran Pahlawan
Nasional daripada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (2004). Karya-karya yang dihasilkan
oleh beliau adalah Tuhfat al-Nafis(1865) yang berkaitan dengan sejarah raja-raja Melayu dan
Bugis. Salasilah Melayu dan Bugis dan Sekelian Rajanya (1860) dan Gurindam Dua Belas.
Mejar Dato’ Haji Mohd. Said bin Haji Sulaiman (1876-1955) menunjangi Pakatan Bahasa
Melayu Persuratan Buku Diraja Johor dan menerbitkan majalah dan buku iaitu Buku Katan
PBMPB Diraja Johor (1936), Jalan Bahasa Melayu (1937), Penokok dan Penambah (1939),
Buku Ketetapan ejaan Melayu (1941), Hikayat Queen Victoria (1904), Hikayat Johor dan
Tarawikh Almarhum Sultan Ibrahim (1951) dan Pohon Agama Islam (1946). Beliau merupakan
bintang kebesaran Seri Mahkota Johor dan Seri Paduka Mahkota Johor. Beliau mendapat
Anugerah Kerabat Diraja daripada DYMM Sultan Ibrahim.
Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) merupakan guru Bahasa Melayu di English College, Johor Bahru.
Beliau merupakan penterjemah di Maktab Melayu Kuala Kangsar , Pejabat Pelajaran Negeri-
Negeri, dan Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. Beliau merupakan pensyarah
Bahasa Melayu di School of Oriental and African Studies di London. Beliau menubuhkan
Pejabat Karang Mengarang di SITC bersama dengan pengetuanya , O.T. Dussek (1924) dan
penasihat Persaudaraan Sahabat Pena (Paspam) sehingga 1942. Beliau juga mempunyai
buku peraturan bahasa Melayu yang menjadi rujukan utama . Antara buku yang diterbitkan
adalah ilmu Mengarang Melayu (1934) , hal karang mengarang, gaya bahasa Melayu dan
bukan Melayu, pemindahan bahasa, ragam bahasa, peribahasa, puisi dan prosa, kata-kata
daripada bahasa asing, dan loghat daerah. Pelita Bahasa Melayu Penggal I, Penggal II dan
Penggal III (1940). Beliau mempunyai pencapaian Doktor Persuratan daripada Universiti
Malaya (1959) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (Jun 1973). Beliau juga merupakan
Bintang Panglima Bangku Negara (bergelar Tan Sri) daripada Yang di-Pertuan Agong (1962).
ERA PASCAMERDEKA
Era selepas merdeka atau pascamerdeka bermula selepas 31 Ogos 1957 hinggalah tahun
1967. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Bahasa Melayu
melalui peruntukan undang-undang. Antara akta akta berkaitan pelaksanakan bahasa
Melayu adalah Perkara 152 Perlembagaan, Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, Akta
Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan 1996.
Perkara 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa kebangsaan merupakan
bahasa Melayu . Walau bagaimanapun, perlembagaan menjamin kebebasan pembelajaran
dan pengggunaan bahasa bahasa lain, kecuali di atas tujuan tujuan rasmi. Tujuan-tujuan rasmi
di sini bermakna apa-apa tujuan kerajaan, sama ada negara atau negeri, dan termasuklah
apa-apa tujuan penguasaan awam. Untuk penguatkuasaan ini, semua prosiding mahkamah
dan dokumen-dokumen parlimen serta mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan di dalam bahasa
Melayu.
Melalui fasal ini, bahasa Melayu telah diberikan taraf istimewa berbanding bahasa-bahasa lain
di Malaysia dan dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan bagi seluruh
rakyat Malaysia berbilang kaum. Bahasa Melayu menjadi simbol identiti masyarakat dan
negara Malaysia kerana bahasa Melayu digunakan oleh semua individu yang menjadi
warganegara Malaysia khususnya dalam urusan rasmi negara. Disamping itu, pelaksanaan
dasar ini penting dalam mewujudkan persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia bagi
mengelakkan timbul salah faham semasa interaksi antara kaum lain.
Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 (PINDAAN 1995)
Akta ini adalah untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) dalam
semua bidang termasuk sains dan teknologi. Selain itu, memperkembangkan bakat sastera ,
khususnya dalam bahasa kebangsaan. Mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam
percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk
kesusaasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa lain. Membakukan ejaan dan
sebutan serta membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.
Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul dan menggalakkan penggunaan
bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut
undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
Akta bahasa Kebangsaan ini juga turut disokong oleh seksyen 5 akta Dewan Bahasa dan
Pustaka 1959 (disemak 1978) [akta 213] dan diperluas melalui akta Dewan Bahasa dan
Pustaka1995. Tujuan akta ini adalah untuk memperkukuh dan untuk memperkayakan bahasa
kebangsaan. Melalui akta ini, maka Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai sebuah institusi yang
diberi autonomi telah menyusun pelbagai program bagi membina dan mengembangkan
bahasa dan sastera Melayu. Selain itu, DBP juga banyak menerbitkan buku, khususnya buku
sekolah dan buku ilmiah dalam bahasa kebangsaan.
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dikenali juga sebagai akta 32 yang merupakan satu akta
yang ditubuhkan bagi menyatukan undang-undang berhubungan dengan penggunaan bahasa
kebangsaan. Ia mengandungi 9 seksyen iaitu dari tajuk ringkas, pemakaian dan mula berkuat
kuasa hinggalah ke seksyen terakhirnya iaitu borang. Akta ini mengandungi 11 seksyen iaitu:
1. Tajuk ringkas, pemakaian dan mula berkuat kuasa .
2. Bahasa kebangsaan digunakan bagi maksud-maksud rasmi
3. Menggunakan terjemahan
4. Penggunaan bahasa Inggeris dibenarkan dan dilanjutkan
5. Penggunaan bahasa Inggeris dibenarkan dalam Parlimen dan Dewan Undangan.
6. Teks yang sahih bagi undang-undang
7. Undang-undang bertulis yang dikanunkan sebelum 1 September 1967
8. Bahasa mahkamah
9. Tulisan bagi bahasa kebangsaan
10. Bentuk angka
11. Borang
Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi secara khusus diwartakan dalam Akta
Bahasa Kebangsaan 1967. Seksyen 2 akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menghendaki
bahasa kebangsaan digunakan untuk mmaksud rasmi. Akta ini menunjukkan bahasa semua
urusan rasmi kerajaan, sama ada urusan tersebut dilaksanakan secara lisan atau tulisan, perlu
menggunakan bahasa kebangsaan. Akta ini juga secara langsung menuntut agar bahasa
melayu dipelihara, dibina, diperkembangkan, dipupuk dan dibudayakan dalam semua situasi
rasmi.
Akta Pendidikan 1996
Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi
pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang
ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain oleh menteri
daripada subseksyen ini. Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi adalah selain
daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata
pelajaran wajib di institusi itu.
Pada tahun 1956, kerajaan berusaha untuk mendaulatkan bahasa Melayu menerusi sistem
pendidikan negara . usaha ini dilakukan menerusi Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956. Ia
menetapkan bahawa dasar pendidikan kebangsaan adalah berteraskan penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Usaha jawatankuasa tersebut yang dikenali
sebagai Penyata Razak diperkukuh lagi oleh Jawatankuasa Pelajaran Abdul Rahman Talib
1960. Usaha ini telah menjadi asas penggubalan Akta Pelajaran 1961.
Selepas 35 tahun diluluskan pula Akta Pendidikan 1996. Seksyen 17 dalam akta ini masih
mempertahankan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem
pendidikan negara. Akta ini pula umumnya masih mempertahankan kedudukan bahasa
Melayu. Walaubagaimanapun, perkataan kecuali dalam akta ini memberikan implikasi kepada
bahasa Melayu kerana sekolah jenis kebangsaan boleh menggunakan bahasa ibunda mereka
sebagai bahasa pengantar pendidikan. Di samping itu, institusi pendidikan yang tidak
menggunakan bahasa Melayu boleh terus menggunakan bahasa lain sebagai bahasa
pengantar.
Bahasa Melayu pascamerdeka mengutamakan perancangan bahasa iaitu usaha memupuk
bahasa ke arah taraf yang lebih maju . Perancangan bahasa telah dilaksanakan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) setelah ditubuhkan pada 22 Jun 1956. DBP berperanan untuk
memajukan bahasa kebangsaan dan kesusasteraan, mencetak dan menerbitkan buku,
menyusun dan menerbitkan kamus dan menyeragamkan sebutan, ejaan dan istilah.
Di Malaysia, bahasa Melayu telah diangkat tarafnya menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa
rasmi negara melalui Perlembagaan. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta
Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi.
TOKOH-TOKOH BAHASA PASCAMERDEKA
Asmah Haji Omar Nik Safiah Karim Hassan Ahmad
Profesor Emeritus Dato’ Dr. Asmah Haji Omar dilahirkan di Jitra, Kedah pada 5 Mac 1940.
Beliau merupakan pakar nahu bahasa Melayu dan tokoh terkenal dalam bidang perancangan
bahasa. Beliau juga pernah menyandang jawatan Dekan Fakulti Bahasa dan Linguistik serta
Timbalan Naib Canselor di Universiti Malaya. Beliau pernah menjadi Pengarah dan
penyandang pertama kerusi Za’ba, Institut Peradaban Melayu di Universiti Pendidikan Sultan
Idris, Tanjung Malim, Perak dari Disember 2001 hingga Ogos 2005. Beliau merupakan
anggota Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu yang banyak menghasilkan kajian dan
penyelidikan bahasa melayu. Pada tahun 1968, Morfologi-Sintaksis Bahasa Melayu dan
bahasa Indonesia: satu perbandingan pola. Pada tahu 1975, Essays on Malaysian Linguistic.
Pada tahun 1981, The Iban Language of Sarawak: A Grammatical Description. Pada tahun
1982, Nahu Melayu Mutakhir dan pada tahun 1987, Bahasa Melayu Saintifik.
Profesor Emeritus Datuk Nik Safiah Karim dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 17
Disember 1939. Beliau merupakan tokoh dan cendekiawan tanah air yang aktif
memperjuangkan Bahasa Melayu. Beliau bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Sastera dan
Sains Sosial Universiti Malaya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah
Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau pernah menjadi presiden linguistik Malaysia selama 18
tahun. Beliau banyak menghasilkan penulisan Bahasa Melayu antaranya ialah Bahasa
Malaysia Syntax (1978), Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu (1981), Bahasa
Melayu: Persoalan dan Pergolakan (1986), Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan Pengajaran
(1988), Tatabahasa Dewan (karya bersama dengan Farid M. On, Hashim Hj Musa dan Abdul
Hamid Mahmood) (1993), Malay Grammar for Academics and Profesionals (1995), Yang
Indah itu Bahasa (1999) dan Liku-liku Bahasa (2007).
Dr. Hassan Ahmad dilahirkan di Muar,Johor pada 8 Disember 1936. Beliau merupakan bekas
ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan seorang tokoh yang berpengalaman
luas dalam pelbagai aspek perhubungan. Beliau merupakan seorang ahli bahasa dan pakar
dalam penerbitan buku (Amat Juhari Moain, 2009). Beliau banyak menulis esei tentang
bahasa, sastera dan penerbitan dan telah mengemukakan banyak kertas kerja dalam
persidangan-persidangan bahasa dan penerbitan buku. Beliau pernah menjadi ketua
Persatuan Penulis Nasional (PENA) 1966-1967. Beliau banyak menulis tentang bahasa,
sastera dan penerbitan dalam akhbar,buku, majalah, dan kertas kerja. Antaranya ialah Syair
(1964), Bahasa, Sastera, Buku: Cetusan Fikiran Hassan Ahmad (1988) dan Ke Luar Jendela
(2009).
CABARAN BAHASA MELAYU
Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai pelbagai bangsa yang terdiri
daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Malaysia juga merupakan sebuah
negara yang multibahasa di mana terdapat individu yang boleh memahami dua bahasa atau
lebih seperti Melayu-Inggeris-Cina, Cina-Melayu-Inggeris atau India-Melayu-Inggeris dan
sebagainya. Kebiasaannya, individu tersebut hanya boleh memahami sahaja bahasa tersebut
tetapi tidak boleh bertutur dan menulis dengan baik. Kedwibahasaan lahir dalam masyarakat
majmuk yang mempunyai pelbagai budaya, etnik, agama, bangsa, kaum dan lain-lain.
Penjajahan juga menyebabkan budaya baru dan bahasa asing dimasukkan ke dalam negara
asal. Rakyat peribumi Tanah Melayu dipaksa untuk menggunakan bahasa mereka dalam
sistem pemerintahan walaupun secara paksaan.
Penggunaan dialek sebagai bahasa rasmi seperti di negara Perancis juga menyebabkan
wujudnya kedwibahasaan. Di Malaysia juga, dialek Melayu-Johor digunakan sebagai bahasa
rasmi tetapi masing-masing menggunakan dialek sendiri di rumah antaranya dialek Negeri
Sembilan, Kedah, Penang, Kelantan dan sebagainya. Perkahwinan campur juga merupakan
salah satu unsur yang mewujudkan kedwibahasaan. Apabila kedua ibu bapa menggunakan
bahasa ibunda mereka dalam aktiviti harian, kanak-kanak ini mendapat dua bahasa secara
serentak. Akibat kedwibahasaan ini, maka berlakunya pertukaran kod yang dikenali sebagai
code switching. Ianya adalah berlaku pertukaran daripada satu bahasa kepada satu bahasa
yang lain apabila tajuk berubah atau pertukaran orang. Fenomena ini berlaku meluas di
Malaysia. Contohnya pelajar Cina berbahasa Melayu dengan kawan berbangsa Melayu tetapi
menukar kodnya semula ke dalam bahasa Cina apabila bercakap dengan ibunya di rumah.
Kesan kemajuan global telah mengubah cara hidup yang lama. Manusia menghantar email
dan pesanan dengan pantas melalui pelbagai aplikasi seperti whatsapp dan google. Era siber
membuatkan dunia kelihatan tanpa sempadan. Kita boleh mengetahui tentang negara lain
walaupun tidak pernah mengunjungi ke negara tersebut. Dengan adanya teknologi, dunia
semakin mengecil walaupun jarak beribu batu. Pelbagai kemudahan teknologi maklumat
seperti komputer, telekomunikasi multimedia terhasil disebabkan oleh kemajuan yang pesat
dalam bidang mikroelektrik.
Teknologi juga sudah mampu berdiri teguh membentuk satu revolusi yang baru di negara ini.
Fungsinya sebagai medan rangkaian maklumat yang merangkumi semua dimensi kehidupan
manusia. Malah, sistem perhubungan komunikasi semakin canggih. Kini, boleh dikatakan
semua orang mempunyai telefon mudah alih tanpa mengira had umur. Kita dapat berhubung
dengan seluruh dunia menggunakan telefon mudah alih. Fenomena ini dipanggil sebagai
maklumat di hujung jari sahaja. Malah aktiviti perniagaan juga dilakukan secara dalam talian
melalui internet. Ini bertepatan dengan matlamat teknologi maklumat agar mayarakat boleh
bersaing di peringkat global.
Apabila berlakunya pandemik Covid-19 manusia tidak lagi bebas untuk keluar dan melakukan
aktiviti harian seperti biasa. Maka kita telah menggunakan internet dan media sosial sebagai
aktiviti harian kita. Dalam keghairahan kita mengejar teknologi yang semakin canggih, kita
terlupa kesannya terhadap penggunaan Bahasa Melayu. Noriah Mohamed, 2005
menganggarkan bahawa 80% tapak jejaring yang wujud adalah dalam bahasa Inggeris.
Awang Sariyan,2005 pula meramalkan peratusan ini akan menurun dengan perkembangan
bahasa lain seperti bahasa Cina, Latin dan Sepanyol. Ini menunjukkan betapa kurangnya
aktiviti yang melibatkan Bahasa Melayu di alam siber. Malah kebanyakan laman web di
Malaysia juga menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar manakala Bahasa
Melayu digunakan sebagai bahasa alternatif. Mungkin ada sesetengah pihak mengangap
Bahasa Melayu sebagai bahasa yang ‘low class’ dan menyebabkan mereka tidak mahu
menuturkannya di tempat awam. Ini adalah sangat mengecewakan apabila masyarakat
Malaysia sendiri tidak bangga terhadap bahasa ibunda mereka sendiri. Masalah ini telah
menular daripada masyarakat sehingga ke golongan pemimpian. Contohnya golongan pelajar
mempelajari Bahasa Melayu semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan. Malah ada juga
yang menzahirkan persepsi bahawa Bahasa Melayu tidak diperlukan untuk mencari kerja.
Mereka mengatakan graduan yang belajar Bahasa Inggeris atau Mandarin lebih laku dan
cepat mendapat kerja berbanding dengan graduan bahasa Melayu. Kewujudan android dan
ios sebagai penghubung komunikasi menyebabkan penggunaan bahasa yang digunakan
berbentuk ringkas, pendek, dan bersifat ikonik. Perkembangan arus teknologi ini telah
menyebabkan masyarakat kurang mengamalkan kekayaan bahasa sebaliknya penggunaan
bahasa segera semakin popular. Kadangkala perkataan baharu sering memasuki
perbendaharaan kata Bahasa Melayu tanpa perlu ditapis. Masyarakat mula mengamalkan
pertuturan Bahasa Melayu separuh dan Bahasa Inggeris separuh.
Dalam sektor swasta bahasa Inggeris digunakan sebanyak lebih kurang 70% dan 30% lagi
bahasa Melayu digunakan dalam pertuturan. Namun bahasa Inggeris digunakan dalam urusan
pentadbiran secara penuh. Penggunaan bahasa ‘rojak’ telah menjadi kebiasaan. Sebenarnya
mencedok perkataan asing untuk dimuatkan ke dalam sesuatu ayat bahasa melayu tidak
dihalang. Malah terdapat banyak perkataan Bahasa Melayu yang diambil dari bahasa lain
seperti bahasa Sanskrit, Parsi, Belanda, Arab, Inggeris dan sebagainya. Bahasa harian yang
digunakan juga berubah seperti berikut: ‘ Hi, wasap bro?’ ‘Aku ok je’ ‘Hari ni besday I lah’ ‘I
nak yang ni sis’ ‘You tengah buat apa tu?’
Kecanggihan dalam penggunaan telefon bimbit juga sebenarnya memberikan kesan kepada
Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dalam dunia pendidikan menurut Rohaidah
Mashudi dan J. Sham Wahid (2005). Bahasa Melayu banyak diubah suai apabila mereka
menggunakan sistem mesej singkat(sms), Whatsapp, Wechat, Line dan sebagainya. Perkara
ini dilihat sebagai ancaman dan telah mendapat perhatian daripada beberapa pihak. Ada yang
berpendapat fenomena pencemaran bahasa ini sama ada melalui aplikasi perhubungan
internet seperti instagram, facebook, twitter dan lain-lain adalah bersifat sementara dan akan
berakhir apabila teknologi semakin canggih dan berkembang. Sebab itu dasar sesebuah
negara haruslah digubal dan dikuatkuasakan.
Dasar bahasa pendidikan ialah dasar yang dipegang untuk digunakan sebagai bahasa
pengantar di sekolah. Prinsip asas pembuatan keputusan dasar adalah berfokus kepada
perkembangan pembinaan bangsa. Dasar ini seharusnya menekankan penggunaan bahasa
Melayu dalam semua bidang dan semua peringkat seperti bidang pentadbiran, komunikasi,
media massa, undang-undang dan bidang profesional lain. Cabaran persaingan bahasa ini
terbukti apabila dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dilaksanakan
dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003. Ini dibuat atas sebab untuk mempercepatkan
kemajuan dalam sains dan teknologi negara. Keadaan ini seolah-olah menggambarkan
Bahasa Melayu tidak mampu untuk menjadi bahasa pengantar dalam subjek tersebut.
Kini , masalah bahasa lucah juga menjadi isu yang menyumbang kepada pencemaran Bahasa
Melayu. Kebanyakan remaja malah orang dewasa sekarang menggunakan perkataan lucah
di alam maya. Perkara ini adalah sangat memalukan kerana ia membuatkan seseorang berasa
malu untuk membaca setiap posting di laman sosial. Malah ia boleh menjejaskan kualiti
Bahasa Melayu di kalangan masyarakat khasnya para pelajar. Para pelajar akan terpengaruh
dan cenderung untuk menggunakan bahasa-bahasa yang digunakan dalam perbualan
seharian. Ini menunjukkan bahasa dalam media sosial juga boleh mempengaruhi pelajar.
Pihak berkuasa perlu mengambil inisiatif untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Pelbagai
aktiviti yang boleh dilakukan untuk mempromosikan Bahasa Melayu di peringkat kebangsaan
mahupun antarabangsa. Selain itu, tanggungjawab tersebut haruslah dikongsi bersama oleh
ibubapa dan masyarakat. Anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapa yang akan
mencorakkannya.
Selain daripada bertutur menggunakan dialek negeri masing-masing, ibu bapa perlu
memastikan anak-anak menggunakan bahasa baku dengan betul. Ibu bapa perlu menegur
dan membetulkan kesalahan mereka. Maka anak-anak akan dapat membiasakan
penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam komunikasi. Selain itu, kita juga boleh
menambah perbendaharaan kata-kata dengan menyediakan bahan bacaan berbentuk ilmiah
di rumah. Selain itu, guru juga memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak. Para
pelajar akan didedahkan dengan pelbagai kesalahan yang wujud dari segi pertuturan dan
penulisan oleh guru Bahasa Melayu. Galakan dari para guru untuk pelajar menyertai aktiviti
dan pertandingan syarahan, bersajak, syair, pantun dan sebagainya juga akan membantu
pelajar untuk mempraktikkan penggunaan bahasa baku dengan betul. Pihak Dewan Bahasa
dan Pustaka(DBP) juga boleh membantu dalam pengembangan dan peningkatan kualiti
bahasa Melayu dengan menghasilkan pelbagai istilah baru. Hal ini dapat mengelakkan
pengaruh bahasa Inggeris dalam ayat Bahasa Melayu.
MASA DEPAN BAHASA MELAYU
Kemahiran abad ke-21 boleh meyediakan generasi baru untuk berhadapan dengan sebarang
kemungkinan yang timbul dalam warga industri, ekonomi global, perubahan pesat teknologi,
limpahan maklumat dan penggunaan komputer sebagai satu keperluan dalam kehidupan
harian seperti yang dinyatakan oleh NCREL: enGauge 21st century skills [14].
Dalam usaha menerapkan kemahiran abad ke-21 pada setiap murid, guru berhadapan dengan
cabaran hebat memandangkan terdapat banyak kemahiran abad ke-21 yang perlu diterapkan
dalam tempoh pengajaran dan pembelajaran yang singkat. Usaha memupuk kemahiran abad
ke-21 dalam kalangan murid agak sukar kerana murid-murid mempunyai perbezaan dari segi
pengetahuan sedia ada, minat, motivasi dan gaya pembelajaran adalah menjadi
tanggungjawab guru untuk mengambil inisiatif dalam mengekalkan minat dan motivasi murid
dengan mengaplikasikan pelbagai teknik dan pendekatan yang bermakna dalam pengajaran
dan pembelajaran [16]. Pendekatan pengajaran yang berkesan memainkan peranan penting
dalam meningkatkan keupayaan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran yang mereka
perlukan. Walau bagaimanapun, guru berhadapan dengan kurikulum yang padat dan isu
peperiksaan berpusat, dimana guru perlu menghabiskan silibus dan memberikan persediaan
kepada murid untuk peperiksaan.
Hala tuju baru pengajaran dengan perancangan kreatif boleh meningkatkan kefahaman murid.
Oleh yang demikian, guru perlu berubah dari amalan pengajaran berteraskan kaedah
tradisional kepada pembelajaran berpusatkan murid serta mengaplikasikan pengajaran kreatif
dengan memberi tumpuan pada kemahiran berfikir serta pembelajaran kendiri berasaskan
TMK. Walau bagaimanapun, satu kajian telah mengenal pasti kelemahan dalam pengajaran
adalah berpunca dari kurangnya kepakaran guru dalam strategi pengajaran dan memahami
visi kurikulum baru.
Dapatan kajian yang telah dijalankan membuktikan bahawa pendekatan dan strategi
pengajaran memainkan peranan penting dalam melahirkan minat murid terhadap sesuatu
mata pelajaran dan mampu mengubah persepsi mereka terhadap mata-mata pelajaran yang
dianggap sukar sebelum ini. Strategi, teknik, dan pendekatan yang terhad digunakan oleh guru
yang menjerumus kepada kemerosotan minat murid terhadap proses pembelajaran .
kegagalan guru memupuk kemahiran abad ke-21 menyebabkan murid tidak berupaya
mengintegrasikan kemahiran abad ke-21 dalam proses pembelajaran mereka. Masih ramai
guru yang melaksanakan pengajaran tradisional berpusatkan guru. Ini bermaksud proses
penyampaian pengetahuan berlaku secara pasif mengakibatkan penglibatan murid dalam
aktiviti pembelajaran menjadi terbantut. Seterusnya, penguasaan kemahiran-kemahiran yang
terkandung dalam dokumen standard termasuklah kemahiran 4K tidak dapat dicapai pada
tahap optimum oleh kebanyakan murid.
Amalan pedagogi dan pengajaran terbaik seharusnya mengaplikasikan pelbagai kaedah,
strategi, teknik, pendekatan dan resos yang diadun dengan sebaiknya bagi memastikan
kombinasi harmonis antara pemusatan guru, murid dan bahan serta berupaya membantu
murid kekal fokus sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Dapatan suatu kajian
menunjukkan bahawa guru perlu berpengetahuan mendalam tentang pedagogi, mata
pelajaran dan keperluan pembelajaran murid. Lebih daripada itu, guru bukan sahaja mesti
menguasai kandungan mata pelajaran semasa malah kandungan mata pelajaran terdahulu
juga.
Kesimpulannya, bahasa Melayu telah diperincikan kepada asal usulnya dan sejarah
perkembangannya. Bahasa Melayu muncul adalah disebabkan oleh pengaruh bahasa-bahasa
lain dan meyebabkan bahasa Melayu menjadi sebuah bahasa yang lengkap maknanya dan
tepat. Oleh itu, kita perlulah menghargai asal-usul dan sejarah perkembangan bahasa Melayu
dengan baik dan diteladani serta digunakan dalam kehidupan seharian. Bahasa Melayu
adalah satu bahasa rasmi yang sangat penting untuk berhubung dan berkomunikasi dengan
baik antara setiap individu. Oleh hal yang demikian, kita sebagai pewaris dan penutur Bahasa
Melayu pada zaman ini perlulah memelihara kedudukan bahasa kebangsaan ini sama ada di
peringkat serantau atau antarabangsa. Masyarakat Melayu perlu mengambil iktibar daripada
sejarah ketamadunan Jepun,Korea dan China yang mencipta kemajuan sains dan teknologi
dalam bahasa ibunda mereka sendiri. Oleh yang demikian, semua pihak perlu berganding
bahu untuk kembali memartabatkanBahasa Melayu. Langkah ini perlu dilakukan agar generasi
akan datang dapat mengetahui keaslian dan ketulenan bahasa ibunda mereka.
RUJUKAN
Rozita Che Hodi & Hashim Musa. (2014). Bahasa Melayu bahasa negara bangsa
Malaysia.JurnalBahasa, Budaya dan Warisan Melayu, 1(2), 257-272 Awang Sariyan.(2010).
Pemartabatan Bahasa Kebangsaan dalam Pembinaan Negara Bangsa.Syarahan bahasa
anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka wilayah timur dan IPG Tengku AmpuanAfazan: Kuala
Lipis
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Asmah Haji Omar.(2007). Teori Linguistik dan Aplikasinya dalam Memartabatkan
KajianDialek Melayu. Kertas Kerja Seminar Dialektologi Melayu (SEDIA) Anjuran Program
PengajianMelayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nurm Mustaffa,(2022). Cabaran Bahasa Melayu Dalam Era Globalisasi, International Islamic
University College Selangor
https://www.researchgate.net/publication/360723497_CABARAN_BAHASA_MELAYU_DALA
M_ERA_GLOBALISASI
Norazlin Mohd Rusdin, Siti Rahaimah Ali (2019). Amalan dan Cabaran Pelaksanaan
Pembelajaran Abad Ke-21, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan
Idris
https://www.tatiuc.edu.my/assets/files/ICTM19-Papers/ICTM-09.pdf
Linn Othman Rulz Munchoii, (2010). Keluarga Bahasa Austronesia
https://www.slideshare.net/Berly169/asal-usul-b
Nur Farah Amira Zaidi,(2017), Tokoh-tokoh Tempatan Era Pascamerdeka
https://prezi.com/i3qrgeuys59c/sumbangan-tokoh2-tempatan-era-pascamerdeka/
Eddy Terinisip, (2018). Bahasa Melayu Pramerdeka
https://www.slideshare.net/EddyTerinisip1/bahasa-melayu-pramerdeka
Sharifah Darmia,(2014). Cabaran Bahasa Melayu
https://www.researchgate.net/publication/263281756_Cabaran_Dan_Reaksi_Pelaksanaan_
Bahasa_Kebangsaan_Dalam_Bidang_Pentadbiran_Dan_Pendidikan_di_Malaysia_1957-
1966