DEDIKASI
PENAUNG
YAB TUAN CHOW KON YEOW
KETUA MENTERI PULAU PINANG
PENASIHAT
DATO' AHMAD RIZAL BIN MOHD HANAPIAH
TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI
DATO’ AZMAN BIN IBRAHIM
PENGARAH PEMBANGUNAN NEGERI
PN. ELMARIAH CHUNG
PENGARAH AADK PULAU PINANG
PENGGUBAL GARIS PANDUAN
PASUKAN AADK NEGERI PULAU PINANG
EN. MOHD ZAKI BIN ABLAH
PN. AINA RAFIDA BINTI ABU BAKAR
PN. SUHADA BINTI MIOR ARIS
EN. MOHD AZRUL BIN ABDULLAH
EN.HAZAHARI BIN ALI
PN. JUNAIDAH BINTI HASAN
PN. SURIATI BINTI AHMED RASIDI
EN AZAD FAHIMAN BIN AZIZ
PASUKAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN
NEGERI PULAU PINANG
EN. MOHD FAIZAL BIN CHE MEH
PN. LENY MARLINA BINTI MUHAMAD
PN. NOORHARIZAH AZFAR BINTI ALI BAHRUN
PERUTUSAN
Y.A.B KETUA MENTERI PULAU
PINANG
Salam Sejahtera
Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya ingin mengucapkan syabas
dan tahniah atas kolaborasi antara Agensi Antidadah
Kebangsaan (AADK) Negeri Pulau Pinang dan Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP) dalam
menghasilkan Buku Garis Panduan program Tempat Kerja
Bebas Dadah (TEKAD).
Dengan objektif utama difokuskan kepada semua sektor awam di negeri ini, buku ini
sudah pasti akan menjadi sebagai rujukan dan panduan kepada para Ketua Jabatan dan
kakitangan awam untuk mencakna isu ini dengan serius bagi menjayakan program
Tempat Kerja Bebas Dadah, sekaligus ke arah mewujudkan persekitaran tempat kerja
yang sihat dan selamat untuk semua.
Selari dengan matlamat Penang Lawan Ancaman Dadah dan Dadah Terkawal 2025,
adalah diharapkan Buku Garis Panduan TEKAD ini akan memberi manfaat ke atas
usaha-usaha pencegahan dadah selaras dengan Visi Penang2030 – Negeri Pintar dan
Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara dan juga visi negara untuk melahirkan
pekerja dan masyarakat yang bebas daripada cengkaman dadah.
Barisan kepimpinan Kerajaan Negeri tekad untuk memastikan agenda ini sentiasa
diberikan keutamaan, selain memberikan sokongan penuh kepada AADK Negeri Pulau
Pinang dan semua pihak berkaitan yang berusaha untuk membentuk masyarakat yang
lebih selamat dan sejahtera khususnya di tempat kerja.
Sekian, terima kasih.
YAB Tuan Chow Kon Yew
Ketua Menteri
Negeri Pulau Pinang
KATA ALUAN
TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI
PULAU PINANG
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulliah syukur atas rahmat dan inayah Allah Subhanahu
Wata’ala, Garis Panduan program Tempat Kerja Bebas Dadah
(TEKAD) telah berjaya dihasilkan dan dibukukan. Saya
mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan panel
penggubal yang terdiri daripada pegawai Agensi Antidadah
Kebangsaan (AADK) Negeri Pulau Pinang dan Unit Integriti,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP) di
atas kejayaan ini.
Program TEKAD ini bertujuan untuk memastikan kawasan tempat kerja bebas daripada
dadah. Majlis Tindakan Membanteras Dadah Negeri Pulau Pinang Bil. 1 Tahun 2021, telah
meluluskan syor berkaitan pelaksanaan Fokus 5 Tahun: Inisiatif Pelaksanaan Program
TEKAD di semua Jabatan Peringkat Persekutuan dan Peringkat Negeri di Negeri Pulau
Pinang. Selain itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 25 Mei 2022 telah
meluluskan cadangan pelaksanaan program TEKAD di semua jabatan / agensi di negeri
Pulau Pinang.
Bagi tujuan tersebut, satu Garis Panduan Pelaksanaan program TEKAD Sektor Awam
Negeri Pulau Pinang telah dirangka bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan
secara menyeluruh mengikut tatacara dan kriteria yang telah ditetapkan. Garis panduan
ini akan bertindak / berfungsi sebagai rujukan utama kepada majikan dalam
mengendalikan program TEKAD di jabatan / agensi masing-masing. Selain itu, ia juga
dapat meningkatkan kefahaman majikan akan kepentingan program TEKAD dalam
menangani permasalahan berkaitan penyalahgunaan dadah. Penyediaan garis panduan
dan rujukan yang komprehensif serta menyeluruh diharapkan dapat mendokong strategi
5 Tahun Penang Lawan Ancaman Dadah ke arah merealisasikan sasaran misi Dadah
Terkawal 2025.
Akhir kalam, Kerajaan Negeri Pulau Pinang amat berterima kasih dan menerima baik
inisiatif AADK dalam memperkenalkan program TEKAD. Pentadbiran ini menyokong
sepenuhnya usaha ini untuk dilaksanakan oleh semua jabatan / agensi di bawah
pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Sekian, terima kasih.
DATO' AHMAD RIZAL BIN MOHD HANAPIAH
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan)
Negeri Pulau Pinang
KATA ALUAN
PENGARAH PEMBANGUNAN
NEGERI PULAU PINANG
Bismillahirrahmanirrahim
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan
keizinanya-Nya hasrat untuk mewujudkan buku Garis Panduan
Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) dapat disempurnakan.
Garis Panduan TEKAD ini merupakan satu panduan kepada semua Sektor Awam Negeri
Pulau Pinang khususnya kepada majikan untuk menggerak dan melaksanakan program
pendidikan pencegahan dadah di tempat kerja.
Garis Panduan ini juga amat berguna untuk meningkatkan pengetahuan semua pekerja
tentang dadah dan bagaimana mereka boleh menjauhinya. Pendidikan pencegahan
dadah adalah elemen penting dalam strategi pencegahan awalan. Tanggungjawab
majikan ialah untuk mendidik dan melindungi pekerja daripada ancaman dadah yang
boleh menjejaskan produktiviti, kemampuan pekerja untuk menumpukan tumpuan di
tempat kerja malah mereka yang terlibat dengan dadah tidak boleh berfikir secara
rasional dan boleh melakukan sesuatu di luar kawalan yang boleh menjejaskan dan
membahayakan pekerja yang lain.
Saya menyokong penuh usaha pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Agensi Antidadah
Kebangsaan Negeri Pulau Pinang menjayakan program TEKAD ini dilaksanakan kepada
kakitangan di bawah pentadbiran Jabatan & Agensi Kerajaan di Negeri Pulau Pinang.
Akhir sekali, dengan adanya penyediaan garis panduan Program TEKAD yang lebih
komprehensif ini dapat menjadikan diri dan tempat kerja bebas daripada dadah
seterusnya merealisasikan usaha kerajaan kearah mencapai visi Dadah Terkawal 2025.
Sekian, terima kasih
Dato’ Azman bin Ibrahim
Pengarah Pembangunan Negeri
Negeri Pulau Pinang
KATA ALUAN PENGARAH
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN
NEGERI PULAU PINANG
Salam Sejahtera
Syukur kepada Tuhan akhirnya Garis Panduan Tempat Kerja
Bebas Dadah (TEKAD) Sektor Awam Negeri Pulau Pinang terhasil
dengan jayanya.
Selaras dengan Visi AADK iaitu Masyarakat Malaysia Bebas Dadah dan Pendekatan Penang
Lawan Ancaman Dadah, inisiatif menerbitkan Buku Garis Panduan ini bermula daripada
cadangan Fokus 5 Tahun: Inisiatif Pelaksanaan Tempat Bebas Dadah di Jabatan/ Agensi
Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pertimbangan tersebut telah diluluskan dalam Majlis
Tindakan Membenteras Dadah Negeri Pulau Pinang Bil 1/2021 seterusnya mengangkat
cadangan Garis Panduan Pelaksanaan Tempat Kerja Bebas Dadah Sektor Awam Negeri
Pulau Pinang dalam Majlis Tindakan Membanteras Dadah Negeri Pulau Pinang Bil 2/2021.
Pihak AADK amat terharu dan sangat berbesar hati atas kesudian pihak Kerajaan Negeri
Pulau Pinang meluluskan cadangan tersebut. Ini menunjukkan komitmen dan
kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam bersama-sama menggembleng usaha
memerangi permasalahan dadah bagi mencapai Dadah Terkawal 2025.
Semoga dengan adanya Buku Garis Panduan ini, semua majikan Sektor Awam Negeri
Pulau Pinang dapat merancang dan melaksanakan Program tujuh langkah Tempat Kerja
Bebas Dadah dengan efisien dan berkesan. Kami berharap semua majikan dan pekerja
dapat memahami dan menyedari akan bahaya dadah, seterusnya dapat mencegah
daripada penyalahgunaan dadah di tempat kerja.
Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutamanya kepada
Tuan Sutekno Ahmad Belon Ketua Pengarah AADK atas sokongan dan dorongan dalam
menghasilkan Buku Garis Panduan Pelaksanaan Tempat Kerja Bebas Dadah Sektor Awam
Negeri Pulau Pinang. Seterusnya para pegawai AADK Negeri Pulau Pinang dan Unit
Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang ( PSU KPP) di atas usaha dan
bakti yang dicurahkan dalam menghasilkan Buku Garis Panduan ini.
Sekian, terima kasih
Elmariah Chung
Pengarah Agensi Antidadah Kebangsan
Negeri Pulau Pinang
ISI KANDUNGAN
BAHAGIAN 1 GARIS PANDUAN PROGRAM TEMPAT KERJA BEBAS 1
DADAH (TEKAD) 1
1.0 2
2.0 Tujuan 2
3.0 Latar Belakang 2
4.0 Punca Kuasa 2
5.0 Matlamat 3
6.0 Objektif 3
7.0 Kumpulan Sasar 4
8.0 Kaedah Pelaksanaan 4
9.0 Penilaian, Persijilan Dan Pemantauan 4
10.0 Anggaran Kos 5
11.0 Impak Program 5
12.0 Rujukan Program
13.0 Kesimpulan
Tarikh Kuatkuasa
BAHAGIAN 2 PANDUAN 7 LANGKAH PROGRAM TEMPAT KERJA
BEBAS DADAH (TEKAD)
LANGKAH 1
LANGKAH 2 Kepimpinan Dan Komitmen Pengurusan Atasan 7
LANGKAH 3 Mewujudkan Polisi Antidadah Di Tempat Kerja 12
Latihan Untuk Penyelia 16
LANGKAH 4 Program Pendidikan Dan Kesedaran Kepada Pekerja 19
LANGKAH 5 Program Tanggungjawab Sosial Korporat 21
LANGKAH 6 Program Rawatan Dan Pemulihan Dadah 23
LANGKAH 7 Integrasi Semula Ke Tempat Kerja 25
ISI KANDUNGAN
BAHAGIAN 3 SENARAI SEMAK PERLAKSANAAN PROGRAM 27
TEMPAT KERJA BEBAS DADAH (TEKAD) 30
1.0
2.0 Borang Senarai Semak
Penilaian dan Pengiktirafan
BAHAGIAN 1
GARIS PANDUAN PROGRAM
TEMPAT KERJA BEBAS DADAH
(TEKAD)
BAHAGIAN 2
PANDUAN 7 LANGKAH PROGRAM
TEMPAT KERJA BEBAS DADAH
(TEKAD)
BAHAGIAN 3
SENARAI SEMAK PERLAKSANAAN
PROGRAM TEMPAT KERJA BEBAS
DADAH (TEKAD)
PENILAIAN DAN PENGIKTIRAFAN
Penilaian Kendiri
Penilaian Urusetia
Sijil Digital (Setiap Langkah)
Sijil Digital “Bebas Dadah”
Jika melengkapkan
langkah 1-langkah 5
PENILAIAN DAN PENGIKTIRAFAN
Laksana Langkah 1
(Sijil Digital)
Laksana Langkah 2
(Sijil Digital)
Laksana Langkah 3
(Sijil Digital)
Laksana Langkah 4
(Sijil Digital)
Laksana Langkah 5
(Sijil Digital & Sijil
Bebas Dadah)
Laksana Langkah 6&7
(Sijil Digital)