ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN........................................................................................................... 2
2.0 PERHUTANAN YANG LESTARI ................................................................................ 3
3.0 ISU SEMASA GLOBAL DARI ASPEK PERHUTANAN............................................... 5
3.1 Perhutanan di dalam negara................................................................................... 5
3.2 Perhutanan di luar negara....................................................................................... 6
3.3 Perbandingan isu semasa perhutanan.................................................................... 7
4.0 ANALISIS PRODUK TEKNOLOGI HIJAU BERDASARKAN ISU SEMASA GLOBAL . 8
4.1 Kaedah perhutanan Miyawaki................................................................................ 8
5.0 KESIMPULAN ............................................................................................................ 9
RUJUKAN........................................................................................................................... 10
1
Topik 9 - Perhutanan
1.0 PENGENALAN
Alam sekitar dapat dikaitkan dengan persekitaran di sekeliling manusia. Alam sekitar juga
merujuk kepada segala benda sama ada bernyawa atau tidak bernyawa yang mana wujud
secara semula jadi di permukaan bumi ataupun sebahagian daripadanya. Ini juga
menunjukkan bahawa alam sekitar pada khususnya merujuk kepada organisma biotik
mahupun abiotik. Ianya lebih sinonim kepada pelbagai sumber yang diperoleh daripada hasil
semulajadi di muka bumi ini. Alam sekitar ini meliputi beberapa komponen utama. Salah satu
daripada komponen tersebut ialah unit landskap yang memiliki fungsi iaitu sebagai sistem
semula jadi tanpa adanya penglibatan manusia, termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan,
batu-bata dan sebagainya serta fenomena semula jadi yang berlaku. Adapun, sumber sejagat
semula jadi dan fenomena fizikal yang tidak memiliki batas yang tertentu seperti air, udara
dan iklim serta tenaga, sinaran, sumber elektrik dan kemagnetan yang mana hasilnya tidak
wujud daripada aktiviti manusia. Dalam konteks ini, alam sekitar merupakan tautan antara
pelbagai sumber iaitu air, angin, api dan tanah sebagai hubungan kitaran dalam proses
kesemulajadian yang berterusan.
Dalam memperkatakan soal alam sekitar dalam kehidupan seharian, kelestarian alam
sekitar juga wajar dititikberatkan sejajar dengan pembangunan alam sekitar yang kondusif,
hal dikatakan demikian kerana kelestarian alam sekitar menjadi tunjang terhadap
pemerolehan pelbagai sumber alam sekitar tanpa menjejaskan sistem semula jadi. Tidak
dinafikan lagi bahawa agenda kelestarian alam sekitar akan mendatangkan banyak manfaat
dan menjamin kestabilan kepada tahap pemulihan negara dalam pelbagai sektor. Maka,
kelestarian alam ini dapat ditakrifkan sebagai suatu tanggungjawab dalam interaksi alam
sekitar untuk mengelakkan daripada pengurangan atau penurunan sumber semula jadi di
samping menggalakkan kualiti persekitan yang baik dalam jangka masa yang panjang. Pada
dasarnya, definisi standard kelestarian alam sekitar sedunia iaiah suatu pembangunan lestari
yang berhubung kait dengan pertumbuhan dan kestabilan ekonomi yang mampan. Jika
sumber alam sekitar ini tidak terjaga dan tercemar, maka tiadalah bentuk pertumbuhan
ekonomi dapat diteruskan untuk pembangunan yang sistematik selama-lamanya. Pada masa
yang sama, kelestarian alam sekitar ini sebagai kadar penuaian sumber yang boleh
diperbaharui memberi impak kepada persekitaran serta wajar dilanjutkan selama-lamanya.
2
2.0 PERHUTANAN YANG LESTARI
Hutan merupakan sebahagian daripada komponen utama alam sekitar fizikal. Alam sekitar
fizikal ini menawarkan pelbagai perkhidmatan yang esensial terhadap kehidupan manusia.
Terdapat beberapa komponen berdasarkan alam sekitar fizikal iaitu atmosfera, litosfera,
hidrosfera dan biosfera. Menurut Goudie (1992) dan Park (1997), setiap komponen tersebut
berkesinambungan antara satu sama lain untuk mewujudkan keseimbangan dinamik.
Pandangan Jamaluddin Md. Jahi dan Ismail Ahmad (1988) serta Jamaluddin Md. Jahi (1989,
1999 & 2000) meyatakan bahawa setiap satu komponen atau subsistem berikut turut memiliki
rangkaian proses-proses fizikal yang mana bertindak balas antara satu sama lain untuk
mencapai keadaan dinamiknya yang seimbang secara tersendiri melalui ruang dan masa.
(Jamaluddin Md. Jahi & Ismail Ahmad 1988; Jamaluddin Md. Jahi 1989, 1999 & 2000). Oleh
hal yang demikian, perhutanan ini merujuk kepada alam sekitar yang menjurus kepada sistem
semula jadi. Hutan memainkan pelbagai fungsi terhadap alam sekitar dan kehidupan seharian
bagi organisma hidup. Hal ini dapat dilihat daripada Dasar Perhutanan Negara yang telah
diluluskan pada tahun 1977 dan telah disahkan oleh Majlis Tanah Negara pada tahun 1978
serta telah dipinda pada November, 1992, beberapa aspek penting yang digariskan adalah
seperti berikut;
1. Galakan terhadap usaha penghasilan serta penggunaan sumber secara cekap dari
kawasan hutan berhasil bagi kebaikan terhadap ekonomi yang maksimum bagi
seluruh jenis pengeluaran daripada hutan serta mengalakkan perkembangan
perindustrian hutan yang bersesuaian dengan aliran sumber dan pelbagai peluang
pekerjaan.
2. Penekanan terhadap penglibatan masyarakat tempatan untuk bergiat aktif dalam
bermacam-macam projek pembangunan perhutanan dan mengekalkan penglibatan
masyarakat sejagat dalam program-program hutan tani.
3. Pengendalian dan sokongan pelbagai program penyelidikan yang intensif dalam
bidang perhutanan dan keluaran hutan yang mempunyai tujuan tersendiri untuk
menambahkan lagi faedah-faedah hutan secara maksimum.
4. Pembentukan satu program perhutanan dalam kalangan masyarakat bagi
membendung kehendak masyarakat sama ada di dalam bandar ataupun di luar
bandar.
5. Jalinan kerjasama antarabangsa dengan lebih erat dalam sektor perhutanan bagi
memperoleh manfaat melalui pelbagai alternatif seperti pemindahan teknologi dan
pertukaran maklumat yang saintifik.
3
6. Penubuhan ladang hutan dari pelbagai spesies tempatan dan juga luar negeai bagi
menampung sumber bekalan kayu dari hutan yang asli.
7. Perlindungan yang wajar diberikan kepada kepelbagaian biologi dan pengekalan
beberapa kawasan yang mempunyai spesies flora dan fauna yang unik.
Sungguh, terdapat banyak lagi aspek-akpek penting yang digariskan dalam Dasar
Perhutanan Negara selain yang dinyatakan di atas. Ianya secara tidak langsung menunjukkan
perancangan yang telah dibuat oleh pihak yang bertanggungjawab bagi mewujudkan
kelestarian dari aspek perhutanan. Menelusuri aspek perhutanan yang lestari, ia
membabitkan penanaman semula benih pokok balak bermutu tinggi pertama di negara ini. Ini
merupakan salah satu usaha yang dipamerkan dalam pelan Tindakan Strategik FRIM tahun
2004 2013 sebagai model pengurusan hutan secara lestari dan penanaman intensif pokok
balak. Di samping itu, perhutanan yang lestari juga berhubung kait dengan pengurusan hutan
secara mapan (Sustainable Forest Management- SFM) yang berkonsepkan kaedah dalam
menguruskan hutan untuk pelbagai kegunaan yang akan memberi kebaikan dari segi ekologi,
ekonomi, alam sekitar, sosial dan nilai budaya untuk generasi sekarang dan pada masa
hadapan. Pengurusan hutan yang mapan isi adalah berpandukan prinsip kemampanan. Salah
satu daripada prinsip tersebut adalah mengenal pasti kawasan ‘Hutan Pengeluaran’ dalam
kawasan hutan kekal untuk pengeluaran balak yang terpelihara secara terkawal.
4
3.0 ISU SEMASA GLOBAL DARI ASPEK PERHUTANAN
3.1 Perhutanan di dalam negara
Isu perhutanan ini berhubung kait dengan implikasi alam sekitar yang wujud pada
masa ini dan ke hadapan. Di Malaysia, isu perhutanan yang perlu diambil serius adalah
terhadap kegiatan pembalakan yang haram secara meleluasa dari hari ke hari. Hal ini
menyebabkan sumber hutan terhadap rantaian makanan semakin tipis untuk pelbagai
kehidupan di muka bumi ini. Kegiatan pembalakan secara tidak sah ini juga merujuk kepada
penerokaan hasil atau sumber hutan yang akan mendatangkan pelbagai impak negatif
terhadap pelbagai hidupan termasuklah manusia. Dalam konteks yang sama, penerokaan
hutan dalam kegiatan pembalakan ini memiliki tujuan tersendiri sama ada ke arah positif iaitu
untuk tujuan perladangan dan perkebunan, mahupun ke arah negatif iaitu seperti
penyahhutanan, perlombongan dan penukaran tanah untuk kegunaan lain secara berlebihan.
Hal ini akan mendatangkan akibat yang buruk iaitu berlakunya kerosakan hutan dan tanah.
Sebenarnya, perhutanan di Malaysia menghadapi kekangan berkaitan hasil pengeluaran
hutan yang mana melebihi had kapabiliti yang sewajarnya. Masalah kemerosotan hutan yang
semakin membimbangkan ini menjadi salah satu yang berpunca daripada industri
perhutanan.
Rajah 1 : Hutan Merapoh
Berdasarkan Rajah 1 yang menunjukkan keadaan Hutan Merapoh pada tahun 2017,
dapat dilihat bahawa kegiatan pembalakan secara haram telah menjejaskan sumber alam
seitar di kawasan perhutanan seperti berikut. Permukaan dan bentuk muka bumi mengalami
kerosakan yang menjejaskan ekosistem perhutanan. Terdapat sebilangan aktivis yang tidak
bertanggungjawab bertindak meneroka hutan tanpa permit yang sah. Ini menunjukkan suatu
ancaman kepada kemusnahan alam sekitar yang tidak diinginkan sama sekali. Pada ketika
itu, Jabatan Perhutanan Pahang menyifatkan bahawa isu pembalakan tersebut melibatkan
pembukaan hutan seluas 668 hektar di Mukim Batu Yon, Merapoh, Lipis. Hal ini
mendatangkan kebimbangan kerana boleh menjejaskan sektor eko pelancongan dan
5
pelbagai khazanah alam seperti flora dan fauna unik. Namun begitu, pihak kerajaan mula
mengadakan pelbagai alternatif untuk membendung masalah ini. Jadi, bermula tahun 2018,
terdapat sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menjalankan kempen bagi memulihara
kembali hutan Merapoh yang pada ketika itu diancam kemusnahan akibat aktiviti pembalakan
yang tidak terkawal. Maka, pihak kerajaan yang sedar akan perkara itu telah
menguatkuasakan undang-undang iaitu seluruh kegiatan pembalakan pada ketika itu
dihentikan serta merta dan dipulihara sehingga kini dan menjadi Hutan Simpan Kekal
Tadahan Air yang pertama di Pahang.
3.2 Perhutanan di luar negara
Adapaun isu yang berlaku berkaitan dengan perhutanan di luar negara.
Sesungguhnya, isu yang dihadapi di dalam negara dan dl luar negara ini adalah tidak sama
berhubung dengan punca yang menyebabkan berlakunya sesuatu isu atau permasalahan
terhadap perhutanan. Hal ini dapat dibezakan melalui beberapa aspek seperti cuaca, musim
dan iklim yang dialami oleh sesebuah negara. Jenis hutan yang terdapat di sesebuah negara
juga menjadi salah satu faktor terhadap isu yang timbul. Secara amnya, terdapat beberapa
jenis hutan yang ada di muka bumi ini. Jenis-jenis hutan ini dapat dibahagukan kepada empat
iaitu Hutan Monsun Tropika, Hutan Hujan Tropika atau juga dinamakan sebagai Hutan
Khatulistiwa, Hutan Konifer, Padang Rumput Steppe dan Padang Rumput Savana. Setiap
item yang dinyatakan berikut diklasifikasikan sebagai jenis-jenis hutan yang wujud di muka
bumi ini. Dalam pada itu, setiap hutap mempunyai ciri masing-masing dan mempunyai
peranan dalam mengimbangi ekosistem yang terdapat di sesebuah negara itu. Hal ini
membuktikan bahawa isu perhutanan yang berlaku di luar negara terjadi berdasarkan faktor
hutan yang boleh diambil kira.
Rajah 2: Kebakaran Taman Negara Blue Mountains di Australia
Isu perhutanan di luar negara ini tertumpu kebakaran hutan yang terjadi di sesebuah
negara. Jadi, berdasarkan Rajah 2, terdapat satu bencana alam yang berlaku terhadap hutan
simpanan di Australia pada sekitar tahun 2020 yang lalu. Kebakaran hutan di Australia ini
merupakan satu fenomena kebakaran tahunan dan bermusim dialami oleh negara berkenaan.
6
Difahamkan punca berlakunya kebakaran hutan tersubut adalah disebabkan oleh beberapa
faktor. Antara faktor-faktornya ialah pembakaran serpihan objek, landasan kereta api, unggun
api, kilat, penggunaan alatan elektrik, rokok dan sebagainya. Faktor-faktor ini memberi
kemungkinan besar terhadap bermulanya kebakaran di samping cuaca ketika itu adalah
panas dan adanya angin yang meniupkan ke persekitaran kawasan yang kering. Hal ini
secara tidak langsung mengakibatkan peningkatan suhu yang mendadak sejurus membawa
kepada kebakaran yang tidak dapat dijangkakan. Namun begitu, pihak kerajaan segera
bertindak bagi membendung kebakaran yang berlaku supaya tidak melarat. Jalinan
kerjasama antara negara lain menunjukkan beberapa negara bersatu padu menangani
masalah tersebut. Pihak penguatkuasa alam sekitar pula menegaskan untuk memperketatkan
lagi undang-undang agar perkara sama tidak berlaku dan hutan tersebut dapat dipulihara
dengan sebaiknya mengikut pelbagai alternatif yang berkesan.
3.3 Perbandingan isu semasa perhutanan
Secara keseluruhan berkaitan isu perhutanan ini sama tempatan atau di luar negara,
dapat dilihat bahawa kedua-duanya mengambil langkah yang proaktif dalam menbendung
segala kerosakan yang dialami dalam sektor perhutanan terhadap alam sekitar yang terjejas.
Sememangnya, banyak implikasi yang dialami oleh negara-negara tersebut akibat daripada
isu dan masalah yang timbul berkaitan dengan perhutanan. Namun, pihak kerajaan setiap
negara dilihat sentiasa cakna dalam mengatasi permasalahan yang berlaku. Pada masa yang
sama, punca yang membawa kepada isu dan masalah berkaitan hutan di kedua-dua negara
tersebut adalah disebabkan faktor-faktor yang berlandaskan dasar yang sama iaitu berpunca
daripada kegiatan aktivis manusia yang negatif di mana mendatangkan kesan buruk terhadap
alam sekitar sejurus menjejaskan pelbagai hidupan di muka bumi ini. Perbezaan antara
kedua-dua isu perhutanan ini pula dilihat dari segi kejadian yang berlaku. Jika diperhatikan,
isu perhutanan yang berlaku di Malaysia ialah hutan yang semakin nipis akibat pembalakan
secara haram yang tidak terkawal daripada aktivis manusia secara langsung. Manakala, isu
perhutanan di luar negara iaitu di Australia memperlihatkan kejadian kebakaran hutan yang
juga berpunca daripada kegiatan pasif manusia tetapi secara tidak langsung selain
disebabkan faktor iklim di negara itu.
7
4.0 ANALISIS PRODUK TEKNOLOGI HIJAU BERDASARKAN ISU SEMASA GLOBAL
Berdasarkan huraian berkaitan isu semasa global dari aspek perhutanan yang terjadi,
dapat dilihat bahawa isu yang timbul jelas memberi kesan yang negatif terhadap alam sekitar
serta menyebabkan hidupan di muka bumi ini terjejas. Maka, pelbagai alternatif wajar
dijalankan untuk memulihara kembali sistem persekitaran yang terjejas khususnya kepada
sektor perhutanan. Dalam mendepani era globalisasi ini, semua pihak mestilah memikirkan
kaedah-kaedah terbaik untuk memastikan kelestarian alam sekitar sentiasa terjaga. Kaedah
pemuliharaan dan pemuliharaan alam sekitar hendaklah bertetapan dengan aspirasi
pembangunan sistem semula jadi yang menekankan aspek kelestarian alam. Jadi berikut
merupakan salah satu produk teknologi hijau yang boleh diaplikasikan oleh semua pihak
dalam menghadapi isu semasa global dari aspek perhutanan ini.
4.1 Kaedah perhutanan Miyawaki
Rajah 3: Kaedah Perhutanan Miyawaki
Rajah 3 menunjukkan satu kaedah perhutanan yang dinamakan sebagai Kaedah Perhutanan
Miyawaki. Ini merupakan salah satu alternatif yang boleh dijalankan oleh ramai pihak bagi
memulihkan kembali sistem perhutanan di setiap negara. Jadi, Kaedah Perhutanan Miyawaki
merupakan salah satu kaedah penanaman pokok yang paling efektif untuk mewujudkan
kembali sebuah hutan dengan cepat di tanah terdegradasi yang mana telah digunakan untuk
tujuan sebelumnya iaitu seperti pertanian atau pembinaan. Kaedah ini juga
dikatakanberkesan kerana ia berpandukan prinsip penghutanan semula yang lestari iaitu
menggunakan pokok asal di kawasan tersebut dan mereplikasi proses penjanaan semula
hutan secara semula jadi. Di samping itu, kaedah ini mempunyai beberapa faedah yang ketara
berbanding kaedah perhutanan yang lebih tradisional apabila mengaplikasikan projek
8
penanaman hutan yang lebih kecil dan amat berkesan terhadap persekitaran bandar. Prinsip
penting kaedah Miyawaki ialah penggunaan spesies pokok yang akan berlaku secara semula
jadi di kawasan itu serta bekerjasama untuk mewujudkan komuniti hutan yang berbagai-bagi
dan berlapis-lapis. Ini mewujudkan ekosistem hutan yang berdaya tahan dan berkembang
maju dengan spesies yang saling melengkapi antara satu sama lain sejurus memulihkan
hutan oleh pokok tulen.
5.0 KESIMPULAN
Secara rumusnya, isu semasa global dari aspek perhutanan ini memperlihatkan pelbagai
perkara yang perlu dititikberatkan bagi menjamin kelestariam alam yang berterusan. Setiap
isu ini memberi kesedaran terhadap setiap individu dalam kalangan masyarakat untuk
berusaha mencari jalan penyelesaian bagi membendung segala masalah yang timbul bagi
kebaikan bersama. Analisis produk teknologi hijau berdasarkan isu semasa global dari aspek
perhutanan ini memberi satu gambaran dan panduan terhadap ramai pihak sebagai suatu
kaedah yang releven untuk digunakan dalam mengembalikan kelestarian alam sekitar
khususnya dari aspek perhutanan. Jadi, jelaslah bahawa setiap isu yang timbul memiliki jalan
penyelesaian melalui pelbagai kaedah yang dijalankan. Tidak dinafikan lagi, setiap satu
kaedah yang dijalankan akan memberi impak yang besar terhadap pemulihan sistem semula
jadi sejurus memberi manfaat kepada pelbagai hidupan di muka bumi ini serta berpeluang
menikmati pelbagai sumber semula jadi dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, semua
pihak mempunyai peranan masing-masing untuk menjaga dan memulihara sumber semula
jadi alam sekitar sebaiknya demi kebaikan sejagat pada masa ini serta kepada generasi akan
datang.
9
RUJUKAN
Abassalimi, M. (2019, April 1). Pendidikan Mengenai Hutan Penting Untuk Kelestarian Hutan
Negara. Malaysia Aktif. Diambil daripada https://malaysiaaktif.my/53000
Ahmad, H. F. (2022, March 26). Urus hutan untuk kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan
rakyat Pahang. Utusan Digital. Diambil daripada
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/03/urus-hutan-untuk-kelestarian-alam-
sekitar-kesejahteraan-rakyat-pahang/
Goudie, A.S. 1992. Environmental Change. Oxford: Oxford University Press.
Jamaluddin Md. Jahi. 1989. Pengantar Geomorfologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Jamaluddin Md. Jahi. 1999. Striking a Balance between Environment and Development: Is
Malaysia Prepared to Manage the Environment to Face Challenges in the Next
Millennium. Bangi: Centre for Graduate Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jamaluddin Md. Jahi. 2000. Pengurusan alam sekitar di Malaysia: isu dan cabaran. Dlm.:
Jamaluddin Md. Jahi (ed.). Pengurusan Persekitaran di Malaysia: Isu dan Cabaran. Bangi:
Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 9-27
Jamaluddin Md. Jahi & Ismail Ahmad. 1988. Pengantar Geografi Fizikal. Kuala Lumpur:
Tropical Press
Malaysian Investment Development Authority. (2021, April 25). Pengurusan Alam Sekitar.
MIDA | Malaysian Investment Development Authority. Diambil daripada
https://www.mida.gov.my/ms/setting-up-content/pengurusan-alam-sekitar/
Park, C. 1997. The Environment: Principles and Applications. London: Routledge
10