PK07 – Pengurusan Mesyuarat
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG RAJA UDA (BBA 0016)
MINIT MESYUARAT GURU
BIL.3 / TAHUN 2021
TARIKH : 4.9.2021
HARI : SABTU
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : PANGKALAN GC MASING-MASING
PENGERUSI : EN. MOHD SA’I BIN MAHMOOD
YANG HADIR :
1. En. Mohd Sa’i Bin Mahmood (Guru Besar)
2. Pn. Norhasmida Binti Mohamad Isa (PK Pebtadbiran)
3. En. Ahmad Saiful Bahri Bin Hj. Haidar (PK Hal Ehwal Murid)
4. En. Ruzlan Bin Mohammad (PK Kokurikulum)
5. Pn. Siti Zaliah Binti Zakaria (PK Petang)
6. En. Khasnol Atoiddin Bin Sulimin
7. En. Ruslan Bin Lah
8. En. Mohd Rosly Bin Amat
9. En. Mohd Fauzan Bin Mohd Daud
10. En. Noor Maamin Bin Ardi
11. En. Mohammad Faiz Bin Mohammad Hassan
12. En. Sabri Bin Mohd Hambali
13. En. Mohd Farid Bin Omar
14. Pn. Suhaini Binti Ahmad
15. Pn. Farah Wahida Binti Mohd Abd Rahman
16. Pn. Hartini Binti Yahya
17. Pn. Asha Pashini A/P Rajandaran Suppaiah
18. Pn. Norjuliani Binti Mohamad
19. Pn. Aminah Binti Sulaiman
20. Pn. Rozana Binti Spian
21. Pn. Nurfadzlin Binti Abdul Salim
22. Pn. Rafida Binti Yusof
23. Pn. Erymawati Binti Baharom
24. Pn. Nor Suraya Binti Ismail
1
PK07 – Pengurusan Mesyuarat
25. Pn. Norazlina Binti Abdullah
26. Pn. Athiratunisa’ Binti Salleh
27. Pn. A’lawiyah Binti Razali
28. Pn. Irmayanty Binti Mohd Simin
29. Pn. Shaza Amira Binti Anuwar
30. Pn. Norhadiana Binti Mohamat
31. Pn. Arnieta Binti Rosli
32. Pn. Noraini Binti Saad
33. Pn. Nur Atiqah Binti Mohd Mansor
34. Pn. Siti Norsafiah Binti Suhaimi
35. En. Jamaluddin Bin Jaffor
36. YM Raja Hafizi Bin Raja Jaafar
37. En. Budiman Bin Sonom
38. Pn. Nadia Binti Mat Rusni
39. En. Mohd Sahlan Bin Badar
40. En. Mohammad Syamel Bin Shatmi
41. En. Mohd Zulazri Bin Hussin
42. Pn. Saudah Binti Tuah
43. Pn. Rozana Binti Abd Rahim
44. En. Wan Rusdi Bin Wan Hassan
45. Pn. Stephanie Ann Silvester
46. Pn. Masriah Binti Mohd Fazil
47. Pn. Hamilah Binti Abu
48. Pn. Nurul Huda Binti Hamid
49. Pn. Wan Zulhairiana Binti Wan Isa
50. Cik Fatin Norhafizah Binti Mahpod
51. Puan Nurul Ain Najiha Binti Mohd Zaid
52. Nur Humairah Aini Binti Mohd Fidzal
TIDAK HADIR (Bersebab):
1. Pn. Fatin Farhana Binti Rosli (Cuti bersalin)
2. Pn. Syarfiqa Salwa Binti Che Abdul Aziz (Cuti Kuarantin)
Urus setia Mesyuarat:
2
1. Pn. Norjuliani Binti Mohamad PK07 – Pengurusan Mesyuarat
2. Pn. Stephanie Ann Silvester
Setiausaha mesyuarat guru
Naib Setiausaha mesyuarat guru
1.0 KATA-KATA ALUAN PENGERUSI
1.1 Tuan Guru Besar mengucapkan salam silaturrahim dan kasih sayang kepada barisan guru
Penolong Kanan, barisan MLT, guru-guru, semoga berada di dalam kerahmatan Allah Taala,
diberikan kesihatan dan kesejahteraan bersama keluarga tercinta.
2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT
2.1 Minit mesyuarat Bil. 2/2021 diterima setelah semakan dibuat.
2.2 Dicadang untuk disahkan oleh En. Mohd Sahlan Bin Badar.
2.3 Disokong oleh En. Sabri Bin Hambali.
3.0 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tuan Guru Besar memaklumkan mengenai peruntukkan RM50,000.00 yang diterima
daripada YB Abdul Rashid Bin Asari (Adun Selat Klang). Projek yang dilaksanakan ialah :
3.1.1 Membaiki pagar yang rosak akibat penebangan pokok
3.1.2 Membaiki pintu pagar di hadapan dan belakang sekolah
3.1.3 Menyediakan tapak pembuangan sampah di pintu pagar belakang sekolah
3.1.4 Membaiki susur gajah dari kantin ke Speaker Corner, dan susur gajah daripada
bangunan A ke kantin
3.1.5 Membaiki bahagian dalam dan luar makmal komputer
3.1.6 Membaiki pintu pusat sumber
3.1.7 Pemasangan tile di antara bangunan A dan bangunan B. Jika tidak dapat, akan diganti
dengan membaiki tingkap nako yang telah rosak.
4.0 PERKARA BAHARU
4.1 Perkara yang disampaikan oleh Guru Besar, En Mohd Sa’i Bin Mahmood.
4.1.1 Tuan Guru Besar membentangkan slaid mengenai PBD iaitu “Memperkasakan PBD,
Landskap Dunia Pendidikan Berubah, Membina Watak Membangunkan Saksiah”.
Antara kandungan utama ialah :
4.1.1.1 PBD menekankan perkembangan individu dengan pelbagai kecerdasan
4.1.1.2 Pelaporan ialah satu maklumbalas apa yang murid boleh buat
4.1.1.3 Memberi maklumat murid berkaitan ilmu, kefahaman, kemahiran dan nilai
3
PK07 – Pengurusan Mesyuarat
4.1.1.4 PBD menilai pelbagai kecerdasan, perkembangan emosi, sahsiah murid, nilai
dan kompetensi yang releven dengan dunia hari ini, perkembangan kognitif,
afektif dan psikomotor seperti dalam DSKP.
4.1.1.5 SKPMg2 Standard 4 - pencerapan boleh dibuat secara dalam talian atau
rakaman video. Terdapat 6 aspek peranan guru dalam pdpc yang perlu
dipatuhi supaya pencerapan lebih bermakna iaitu :
4.1.1.5.1 Guru sebagai perancang
4.1.1.5.2 Guru sebagai pengawal (proses pembelajaran dan suasana
pembelajaran)
4.1.1.5.3 Guru sebagai pembimbing
4.1.1.5.4 Guru sebagai pendorong (minda dan emosi)
4.1.1.5.5 Guru sebagai penilai
4.1.1.5.6 Murid sebagai pembelajar aktif
4.1.1.6 Pentaksiran PBD dilaksanakan bersandarkan 3 domain utama iaitu
Pengetahuan, Kemahiran dan Nilai.
4.1.1.7 Tafsiran Tahap Penguasaan (TP) setiap subjek :
4.1.1.7.1 TP1 - Mengetahui
4.1.1.7.2 TP2 - Memahami
4.1.1.7.3 TP3 - Mengaplikasi
4.1.1.7.4 TP4 - Menganalisis
4.1.1.7.5 TP5 - Menilai
4.1.1.7.6 TP6 - Merekacipta
4.1.1.8 Apabila guru mengajar dan murid mengikutinya, secara tidak langsung murid
layak mendapat TP1. Guru juga boleh membacakan objektif pada hari itu
bersama murid untuk melayakkan mereka mendapat TP1 atau TP2.
4.1.1.9 PBD boleh dilaksanakan melalui aktiviti pembelajaran seperti kuiz,
permainan, bercerita, projek mudah, main peranan, dan aktiviti lain yang
bersesuaian.
4.1.1.10 Melalui aktiviti pembelajaran, pemberian TP boleh dilaksanakan melalui 3
kaedah pentaksiran iaitu pemerhatian, lisan dan penulisan.
4.1.1.11 Perekodan boleh dicatat di dalam dokumen seperti buku rekod mengajar,
buku catatan guru, senarai semak atau templat pelaporan.
Makluman dan tindakan: Semua guru
4
PK07 – Pengurusan Mesyuarat
4.1.2 Tuan Guru Besar menerangkan mengenai amalan terbaik (TS25). Beliau menyatakan
semua guru adalah terbaik tetapi sering terlalai dengan hobi. Beliau berharap guru
tidak gagal dalam melaksanakan kerja hakiki.
Makluman: Semua guru
4.1.3 Tuan Guru Besar memberi beberapa peringatan kepada guru iaitu :
4.1.3.1 Guru perlu berterusan menambah ilmu dan kemahiran selari dengan
perubahan era teknologi
4.1.3.2 Guru perlu memperkayakan diri dengan trend semasa. Guru boleh berkursus
secara online.
4.1.3.3 Amalan refleksi. Guru membuat diari untuk meningkatkan profesionalisme
guru.
4.1.3.4 Guru berkarya untuk meningkatkan prestasi seperti melukis, bersajak dan
sebagainya.
4.1.3.5 Guru meningkatkan kualiti melalui jiwa, cinta dan semangat terhadap kerja
yang dilakukan.
4.1.3.6 Guru membudayakan diri dengan membaca untuk meningkatkan kefahaman
kepada perkara baharu.
4.1.3.7 Amalan belajar seumur hidup untuk menajamkan kecekapan, membuat
penyelidikkan, meluaskan pengalaman dengan benda baharu.
4.1.3.8 Mentor-mentee. Guru berbincang dengan rakan untuk berkongsi pengalaman.
4.1.3.9 Guru membuat PLC untuk menyelesaikan masalah berkaitan murid dan
sebagainya.
Makluman dan tindakan : Semua guru
4.2 Perkara yang disampaikan oleh Pn. Siti Zaliah Binti Zakaria (PK Petang)
4.2.1 Pn. Siti Zaliah memaklumkan SKKRU telah terpilih untuk 4 kategori Amalan Terbaik
iaitu :
4.2.1.1 Kepimpinan
4.2.1.2 Guru berkualiti
4.2.1.3 Murid
4.2.1.4 Komuniti PIBG
Makluman : Semua guru
4.2.2 Pn. Siti Zaliah menerangkan 11 amalan terbaik kategori Kepimpinan.
4.2.2.1 Memperkasa MLT dan guru melalui LADAP dan Coaching and Mentoring
5
PK07 – Pengurusan Mesyuarat
4.2.2.2 Membudayakan PLC di antara MLT dan guru
4.2.2.3 Taklimat 5 minit sebelum memulakan tugas
4.2.2.4 Pengurusan Learning Walk
4.2.2.5 Penghargaan kepada guru
4.2.2.6 Ucapan Hari Lahir kepada guru dan staf
4.2.2.7 Kata-kata motivasi kepada guru pada setiap hari Isnin
4.2.2.8 Jaringan antara sekolah (perkongsian ilmu)
4.2.2.9 Lawatan Penanda Aras
4.2.2.10 Amalan 6P
4.2.2.11 Menangani murid cicir
Makluman : Semua guru
4.2.3 Pn. Siti Zaliah menerangkan 13 amalan terbaik kategori Guru Berkualiti :
4.2.3.1 Memperkasa Pdpc guru melalui PLC
4.2.3.2 Meningkatkan Pdpc berkesan melalui PAK21
4.2.3.3 Pdpc berkesan dikongsi dan disebarluas
4.2.3.4 KPI pencapaian murid dalam PBD (Dialog Prestasi)
4.2.3.5 Pengurusan Panitia Terbaik melalui program panitia setiap bulan
4.2.3.6 Amalan Guru Penyayang
4.2.3.7 Pengurusan kelas yang sistematik
4.2.3.8 Inovasi guru pemangkin kecemerlangan sekolah
4.2.3.9 Peningkatan kemajuan guru melalui Teacher’s Voice
4.2.3.10 Amalan 6P
4.2.3.11 Pengurusan disiplin dirancang dengan baik
4.2.3.12 Jaringan antara sekolah (Kokurikulum)
4.2.3.13 Satu hari Kata Berhikmah
Makluman : Semua guru
4.2.4 Pn. Siti Zaliah menerangkan 10 amalan terbaik kategori Murid :
4.2.4.1 Program Cintai Alam Sekitar (seminggu sekali)
4.2.4.2 Program Kebersihan Diri (aktiviti selepas rehat)
4.2.4.3 Speaker Corner (Bakat Murid)
4.2.4.4 Wartawan Cilik
4.2.4.5 Guru Kecil
4.2.4.6 Amalan “Minum Air Masak”
4.2.4.7 Murid sebagai pemimpin (Pengacara, Bacaan doa)
6
PK07 – Pengurusan Mesyuarat
4.2.4.8 Amalan menjaga buku teks (Lost and Found)
4.2.4.9 Program Murid Contoh (kelakuan dan sahsiah baik)
4.2.4.10 Bacaan Yassin pada setiap pagi hari Jumaat
Makluman : Semua guru
4.2.5 Pn. Siti Zaliah menerangkan 5 amalan terbaik kategori Komuniti & PIBG :
4.2.5.1 Ziarah Cakna
4.2.5.2 Gotong-royong
4.2.5.3 Penglibatan ibubapa meningkat (perjumpaan program)
4.2.5.4 Pengurusan Biro-Biro
4.2.5.5 Pengurusan hubungan luar (penglibatan pihak luar)
Makluman : Semua guru
4.2.6 Pn. Siti Zaliah memaklumkan mengenai Showcase (KMR sekolah). Projek utama
yang akan ditonjolkan ialah projek Kincir Angin. Showcase akan menunjukkan
proses murid menyiapkan kincir angin bermula dengan menyimen, membina,
mengecat, memaku, dengan dibimbing oleh guru. Panitia yang akan terlibat dalam
kertas kerja kincir angin ialah Panitia Bahasa Melayu, Panitia Matematik, Panitia
RBT, Panitia PSV dan Panitia Muzik. Murid yang akan terlibat mestilah fasih
berbahasa Inggeris. Murid juga akan membuat pembentangan dengan membuat
model kecil kincir angin dan membuat refleksi.
Tindakan : Semua guru
4.2.7 Projek kedua ialah projek tanaman seperti buah markisa, yang akan dijalankan di
sepanjang laluan Gate B. Pentadbir telah memilih beberapa orang guru untuk
menjalankan projek ini. Projek ini akan berjalan seiring dengan projek kincir angin
Tindakan : Semua guru
4.2.8 Projek ketiga ialah Tugu. Penambahbaikan dari aspek kertas kerja dan pembinaan
model. Ia juga akan dijadikan model pembentangan. Ketiga-tiga projek perlu
dilakukan dengan segera. Semua guru perlu bersedia dengan tugas-tugas yang akan
diagihkan untuk Showcase.
Tindakan : Semua guru
4.3 Perkara yang disampaikan oleh Pn. Norhasmida Binti Mohamad Isa (PKP)
4.3.1 Pn. Norhasmida memaklumkan semua guru telah dapat mengisi Spdpr dengan baik.
Beliau juga berharap guru dapat menguruskan kehadiran murid dalam Spdpr.
7
PK07 – Pengurusan Mesyuarat
Kehadiran dikira melalui respon yang diberikan di dalam group kelas samada kerja
bertulis, menghantar modul atau membaca mesej yang diberikan oleh guru. Guru
diberi tempoh 14 hari untuk mengisi kehadiran murid.
Makluman : Semua guru
4.3.2 Pn. Norhasmida memaklumkan secara sistemnya tiada murid cicir sepanjang
pelaporan Spdpr kerana mereka telah berada di dalam group kelas.. Maksud murid
cicir ialah murid tidak melibatkan diri langsung dalam Pdpr. Dapatan yang diperolehi
ialah murid cicir dari aspek tidak menghantar tugasan atau tidak memberi respon.
Intervensi diperlukan untuk menyelesaikan masalah ini.
Makluman : Semua guru
4.3.3 Pn. Norhasmida memaklumkan Verifikasi Murid Cicir akan diisi selepas sebulan
Pdpr dijalankan. Ia akan dijana oleh admin Spdpr. Guru kelas akan mengisi verifikasi
tersebut sekiranya terdapat murid cicir di dalam kelas mereka.
Tindakan : Guru kelas
4.3.4 Pn. Norhasmida memaklumkan tempoh pencerapan guru ialah sehingga 30
September 2021. Guru boleh berbincang dengan Pegawai Penilai masing-masing
mengenai kaedah yang akan digunakan untuk pencerapan. Beliau memaklumkan
terdapat guru yang berkemahiran menggunakan ICT dan mahir menggunakan BBM
interaktif semasa pencerapan.. Beliau berharap guru-guru yang mahir dapat
mengadakan Ladap agar dapat disebarluaskan kepada guru lain.
Tindakan : Guru yang terlibat
4.3.5 Pn. Norhasmida mengingatkan semua Ketua Panitia terutama subjek teras agar
sentiasa memastikan guru-guru mengadakan perbincangan atau PLC untuk
penambahbaikan kaedah Pdpr. Panitia juga boleh mewujudkan kelas tutorial yang
melibatkan 3 atau 4 kelas.
Tindakan : Ketua Panitia
4.3.6 Pn. Norhasmida berharap semua guru faham mengenai PBD yang telah disampaikan
oleh Tuan Guru Besar. Guru-guru perlu berbincang sebelum memberi TP kepada
murid.
Tindakan : Semua guru
4.3.7 Pn. Norhasmida memaklumkan akan menggerakkan jawatankuasa murid cicir dalam
Pdpr. Jawatankuasa ini akan melibatkan guru kelas yang terlibat dengan murid cicir.
Jawatankuasi ini akan mengadakan program intervensi bersama unit kaunseling untuk
8
PK07 – Pengurusan Mesyuarat
menyelesaikan masalah murid cicir. Program mestilah berjalan lancar dan perlu ada
dokumentasi.
Tindakan : Guru yang terlibat
4.3.8 Pn. Norhasmida mendapat makluman mengenai SEGAK telah dijalankan cuma tidak
pasti adakah SKKRU sudah melaksanakannya. En. Sabri memberi respon mengikut
surat arahan yang dikeluarkan pada Mac, SEGAK boleh dijalankan pada bulan Ogos.
Namun disebabkan sekolah ditutup, PPD memaklumkan belum ada surat arahan baru
dikeluarkan.
Makluman : Guru yang terlibat
4.3.9 Pn. Norhasmida memaklumkan pengisian portal SKPMg2 sudah dibuka. Beliau
meminta semua Ketua Panitia mengisi portal tersebut sebelum hujung bulan Oktober.
Begitu juga dengan unit-unit Hem dan Kokurikulum.
Tindakan : Ketua Panitia dan Ketua Unit
4.3.10 Pn. Norhasmida memaklumkan jawatan baharu bagi menggantikan Pn. Norhadiana
yang telah bertukar sekolah. Penyelaras PBD/PLC diambil alih oleh Pn. Hamilah
Binti Abu manakala Ketua Panitia PSV diambil alih oleh Pn. Nadia Binti Mat Rusni.
Makluman : Semua guru
4.4 Perkara yang disampaikan oleh En. Ahmad Saiful Bahri Bin Haidar (PK HEM)
4.4.1 En. Saiful Bahri memaklumkan terdapat guru kelas yang telah mengisi kehadiran
murid dalam sistem APDM semasa tempoh Pdpr. Beliau mengingatkan guru kelas
membetulkannya semula kerana kehadiran murid dalam APDM sepanjang Pdpr
adalah 100 peratus. Guru kelas tidak perlu mengisi kehadiran dalam APDM.
Makluman : Guru kelas
4.4.2 En. Saiful Bahri memaklumkan terdapat kriteria tambahan dalam sistem APDM iaitu
pelaporan murid, guru dan staf yang positif Covid 19. Beliau akan melaporkan terus
di dalam sistem APDM yang akan dipantau JPN. Oleh itu beliau meminta kerjasama
semua guru sekiranya mendapat tahu kes positif supaya memaklumkan kepadanya
kerana perlu melaporkannya segera.
Makluman : Semua guru
4.4.3 En. Saiful Bahri meminta semua guru kelas memaklumkan kepada ibubapa untuk
mengemaskini pendapatan dalam APDM terutamanya yang terjejas pendapatan
kerana pandemik Covid 19. Perangkaan daripada KPM dan JPN pada tahun hadapan
9
PK07 – Pengurusan Mesyuarat
ramai individu yang akan terlibat dengan bantuan. Oleh itu data pendapatan terkini
sangat diperlukan. Bagi yang tiada slip gaji jangan dibiarkan kosong. Perlu diisi juga
pendapatan. Guru kelas tidak perlu menyiasat ketelusan ibubapa yang mengemaskini
pendapatan mereka.
Tindakan: Guru kelas
4.4.4 En. Saiful Bahri memaklumkan ujian psikometrik akan dijalankan pada hari Sabtu
atau Ahad. Diharapkan guru kelas terutamanya tahun 6 memberi galakkan kepada
murid mengambil ujian ini kerana ia diperlukan untuk dibawa ke Tingkatan 1. Begitu
juga Extra Kokurikulum untuk tahun 4,5,6 di dalam PAJSK. Mohon guru kelas
mengisi perjawatan murid seperti ketua kelas, penolong ketua kelas, ketua kebersihan,
pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, dan pembimbing rakan sebaya. Demikian
juga dengan penyertaan dan pencapaian murid peringkat negeri atau kebangsaan.
Tindakan : Guru kelas tahun 4,5 dan 6
4.4.5 En. Saiful Bahri meminta guru kelas tahun 6 menyediakan sijil berhenti sekolah untuk
murid tahun 6.
Tindakan : Guru kelas tahun 6
4.5 Perkara yang disampaikan oleh En. Ruzlan Bin Mohammad (PK Kokurikulum)
4.5.1 En. Ruzlan memaklumkan aktiviti kokurikulum dalam talian telah selesai dijalankan
iaitu minimum 5 kali perjumpaan. Murid masih boleh menghantar tugasan untuk
dinilai guru penasihat masing-masing.
Makluman: Semua guru
4.5.2 En. Ruzlan juga memaklumkan sekiranya sekolah dibuka, adakah aktiviti koko perlu
dijalankan walaupun telah selesai 5 kali perjumpaan, PPD akan maklumkan samada
perlu dijalankan atau ditiadakan.
Makluman: Semua guru
4.5.3 En. Ruzlan meminta guru kelas mendaftar dan log in sistem PAJSK. Terdapat
beberapa kelas yang belum selesai mendaftar. Beliau akan membuat pengesahan pada
hujung Oktober.
Tindakan : Guru kelas
4.5.4 En. Ruzlan mengucapkan terima kasih Ajk sambutan bulan kemerdekaan
terutamanya ajk pemasangan bendera.
Makluman : Semua guru
10
PK07 – Pengurusan Mesyuarat
4.5.5 En. Ruzlan memaklumkan unit sukan di bawah kelolaan En. Sabri telah
mengadakan taklimat penyelarasan yang telah diadakan pada 21/8/2021 untuk
memilih calon-calon bagi menghasilkan video pertandingan kemahiran atas talian
yang dihadiri 50 orang murid termasuk guru. Ada 7 jenis sukan yang dipertandingkan.
Satu lagi aktiviti akan dijalankan ialah program Mywalk dan Myride peringkat negeri
dan kebangsaan .Beliau berharap aktiviti dapat dijalankan untuk menambah markah
murid dlm PAJSK.
Tindakan : Guru yang terlibat
4.5.6 En. Ruzlan memberi respon mengenai banyak pertandingan atas talian yang
dijalankan sepanjang bulan Ogos. Antaranya melibatkan pertandingan kemahiran
sukan, sambutan kemerdekaan, panitia Pendidikan Islam dan Program Amal Islami.
Beliau mencadangkan diadakan penyelarasan agar tidak berkecamuk dan murid tidak
terbeban.
Makluman : Semua guru
4.5.7 En. Ruzlan memaklumkan tempahan baju sukan untuk tahun ini mungkin tidak dapat
dilaksanakan. Duit baju sukan yang telah dibayar akan dibawa ke tahun hadapan.
Makluman : Semua guru
4.5.8 En. Ruzlan memaklumkan kejayaan yang telah diperolehi di bawah Kokurikulum.
Antaranya Pandu Puteri Tunas, 2 org murid akan mewakili negeri Selangor di
peringkat kebangsaan. Pengakap naib johan pertandingan kuiz peringkat daerah.
Ko-akademik sajak,telah mendapat tempat kedua dan mewakili Klang di peringkat
negeri Selangor. Beliau mengucapkan syabas kepada guru yang terlibat.
Makluman: Semua guru
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Pn. Norhasmida meminta semua guru yang telah mengambil vaksin dos 1 dan dos 2 supaya
memaklumkan kepadanya untuk dikemaskini di dalam sistem e-operasi.
Makluman : Semua guru
5.2 Pn. Irmayanti memaklumkan Skkru telah menghantar 9 orang murid PPT ke Program
Semarak Bulan Kebangsaan Pandu Puteri Tunas Daerah Klang 2021. 3 kategori pertandingan
yang disertai ialah Poster Digital, Mengarang Pantun, dan Swafoto Kemerdekaan. Selain itu
Pertandingan Pandu Puteri Tunas Connect, Idola Tunas Peringkat Negeri.10 murid PPT
terlibat. Pada bulan Oktober pula Pertandingan Gajet. Muhammad Taufik Ilahi dari Tahun 6
11
PK07 – Pengurusan Mesyuarat
telah mewakili daerah Klang ke Pertandingan Ko- akademik Karnival Bahasa Melayu
Peringkat Negeri.
Makluman : Semua guru
5.3 En. Ruzlan bertanya mengenai status guru Skkru yang belum divaksin. Guru besar
memaklumkan belum ada surat makluman mengenai hal tersebut.
Makluman : Semua guru
5.4 Tuan Guru Besar mengucapkan tahniah kepada En. Ruslan Bin Lah yang telah dinaikkan
pangkat sebagai Guru Penolong Kanan Petang di Sekolah Kebangsaan Amanah, Pulau Indah.
Makluman : Semua guru
5.5 Tuan Guru Besar memaklumkan sekolah mesti ada kumpulan persembahan terdiri daripada
koir Bahasa Melayu, koir Bahasa Inggeris dan Nasyid. Untuk Showcase beliau mahu
mengenengahkan Panitia Agama Islam yang akan melatih kumpulan nasyid.
Tindakan : Semua guru
5.6 Tuan Guru Besar berharap guru dapat bergerak sendiri, tidak perlu menunggu arahan.
Contohnya mengadakan PLC. Pentadbir juga memerlukan idea daripada guru-guru untuk
kejayaan sekolah.
Makluman : Semua guru
5.7 Guru Besar mengingatkan berkenaan inovasi. Guru boleh mengubah idea orang lain untuk
dijadikan benda baharu. Guru maklumkan kepada beliau sekiranya ada inovasi.
Makluman : Semua guru
5.8 Tuan Guru Besar berharap guru dapat update aktiviti sekolah ke dalam Facebook Sekolah
Makluman : Semua guru
5.9 Pn. Norhasmida mengingatkan Ketua Panitia supaya menghantar laporan Dialog Prestasi
sebelum 30 September 2021.
Tindakan : Ketua Panitia
5.10 Pn. Hamilah memaklumkan beliau berhasrat menyambung projek fertigasi kerana
mempunyai kontak dengan pegawai jabatan pertanian. Beliau mencadangkan buat permulaan
menanam pokok cili.
Tindakan : Pn. Hamilah
5.11 Tuan Guru Besar memaklumkan sekolah mendapat peruntukan daripada bank iaitu
sumbangan meja dan kerusi murid dan guru.bernilai 49,600.00.
Makluman : Semua guru
6.0 PENUTUP
12
PK07 – Pengurusan Mesyuarat
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.48 pagi.
Setiausaha
Mesyuarat Guru
Sk Kg Raja Uda
Tarikh: 11.3.2021
14
13