The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 480-1-noryasmin, 2021-12-25 02:36:54

TUGASAN 3 BMMB2092M

TUGASAN 3 BMMB2092M

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KAMPUS PERLIS, 01000 KANGAR
PERLIS

BMMB2092M
KESUSASTERAAN MELAYU DALAM PENDIDIKAN

BAHASA MELAYU

Nama : Nor Yasmin Binti Nordin

No. K/P : 910520025256

Angka Giliran : 2021232420006

Program : Program Diploma Pendidikan Pascasiswazah
Ambilan (PDPP)

: Jun 2021

Unit : Bahasa Melayu (Menengah)

Nama Pensyarah : Puan Nooraini Binti Ab Latif

Tarikh Hantar : 20 Dec 2021

PENGAKUAN PELAJAR

Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : 20 Dec 2021

PEMERIKSA MODERATOR

Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop
Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

2

HALAMAN PENGAKUAN

Bahawasanya dengan ini saya mengaku bahawa semua pelaksanaan tugasan kerja kursus
untuk mata pelajaran ini adalah cetakan asli setelah saya menjalankan analisis menggunakan
perkataan saya sendiri dan tidak mengambil mana-mana bahagian karya orang lain untuk
menyiapkannya sebagai ciptaan sendiri dan saya juga tidak mengambil mana-mana bahagian
daripada kerja kursus yang pernah saya hantar. Saya mengaku dan membenarkan bahawa saya

Semakan

1 Memperoleh semua maklumat,pengetahuan dari /
kajian berasaskan media cetak dan elektronik

2 Tidak meniru mana-mana idea dan hasil kerja pelajar /
lain

3 Tidak membenarkan mana pelajar meniru hasil kerja /
saya

Oleh itu, saya memahami bahawa jika sebarang pernyataan di atas didapati tidak benar, tindakan
disiplin boleh dikenakan terhadap saya termasuklah menggagalkan tugasan kerja kursus ini.
Sekian.

..............................................
NOR YASMIN BINTI NORDIN

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t, syukur ke hadrat Allah kerana dengan izinnya saya
berjaya menyiapkan tugasan ini dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Ribuan terima
kasih saya ucapkan kepada Puan Nooraini Binti Ab Latif selaku pensyarah BMMB2092M
kerana dengan berkat pertolongan dan tunjuk ajar daripada beliau maka dapatlah saya
menyiapkan tugasan ini. Pensyarah banyak membantu saya untuk menghasilkan cerpen
yang mengikut format dan isi-isi yang perlu ada dalamnya.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan semua
rakan kerana banyak memberikan kata-kata semangat serta berkongsi idea-idea,
cadangan dan bantuan kepada saya supaya saya dapat menyelesaikan masalah yang
saya hadapi semasa menghasilkan penulisan ini.

Sebagai penutup kalam, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
semua pihak yang telah membantu saya secara langsung mahupun tidak langsung
sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Segala tunjuk ajar yang diberikan saya dahului
dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

TERIMA KASIH IBU AYAH

Hari ini merupakan hari pertama aku memulakan sesi persekolahanku sebagai seorang pelajar
tingkatan 1 di sebuah sekolah yang agak terkenal di kawasan tempat tinggalku. Suasana yang
agak baru bagi aku kerana ini merupakan kali pertama aku tinggal di asrama jauh dari ibu dan
ayahku. Suasana sekolah kelihatan sangat suram pada pandangan mataku. Mungkin kerana aku
rindu kepada kedua ibu dan ayahku.

Namun aku yakin bukan aku sahaja yang mempunyai perasaan seperti ini tetapi orang lain juga
begitu. Aku berjalan di sekitar kawasan sekolah sementara menunggu sesi interaksi bermula.
Aku agak bosan kerana tidak mempunyai rakan untuk berbual. Mungkin sahaja disebabkan oleh
sifat aku sendiri yang agak mengambil masa untuk mencari kawan baru.

Setelah selesai sesi interaksi aku kembali ke asrama untuk mandi, makan dan merehatkan diri
sebelum memulakan aktiviti lain yang telah diatur oleh pihak sekolah untuk para pelajar baru.
Semasa berehat aku disapa oleh seorang pelajar senior,

“Dah kenapa kau masih terbaring atas katil lagi? Sepatutnya sekarang kau dah turun ke bawah
untuk aktiviti seterusnya?”

Mulut aku agak laju menjawab “Awal lagi kan. Dah kenapa nak kena turun awal-awal?”.

Tahniah diucapkan ke atas kelancaran mulutku menjawab kerana kelancaran tersebut
membuatkan aku berjaya mencipta seteru pada hari pertama persekolahan.

***

Kesukaran menyesuaikan diri dengan suasana baru menyebabkan aku nekad untuk
membebaskan diri dari sekolah tersebut tanpa memikirkan kesan daripada perbuatan aku itu.

Sekitar pukul 5.30 pagi ketika semua pelajar berada di surau untuk mengerjakan solat Subuh,
aku mengambil peluang tersebut untuk melarikan diri daripada asrama dengan memanjat pagar
di bahagian belakang sekolah yang aku telah kenal pasti selamat semasa melakukan rondaan di
sekitar kawasan sekolah semenjak hari pertama persekolahan. Aku mengambil masa selama
dua jam berjalan kaki untuk sampai ke rumah.

Ketika aku menjejakkan kaki di rumah, ibuku menangis melihatku.

“Berapa kali ibu nak kena pesan dekat angah, belajar rajin-rajin jangan buat perangai, jangan
malukan ibu. Kenapa angah tak pernah nak peduli? Kenapa angah tak pernah nak senangkan

hati ibu? Tolonglah angah, ibu penat. Penat sangat! Penat nak dengar kata-kata orang kampung
yang anak ibu degil, bermasalah!,” ujar ibu sambal menangis teresak-esak.

Betapa hancurnya hatiku
ketika melihat ibu menangis
Betapa ibu mengharapkanku menjadi orang yang berjaya
Setiap kali ibu menutup telefon dengan berkata
”Belajar dengan rajin ya!”

Buat pertama kalinya aku melihat ibuku begitu kecewa dengan tindakanku. Luka di hati ibu makin
bertambah dengan kata-kata jiran yang seakan-akan sengaja menabur garam pada luka ibu.

“Anak kau ni memang bermasalah. Patutnya dari awal lagi jangan di hantar ke sekolah tu
walaupun keputusan UPSR dia cemerlang. Tengok sekarang dia dah malukan kau satu keluarga”
kata mak cik Najah, jiran sebelah rumahku kepada ibu.

Tidak cukup dengan jiran tetangga, saudara mara aku juga banyak mengeluarkan kata-kata yang
mengguris hati.

Iya. Aku tahu aku telah melakukan kesilapan namun aku masih kecil. Aku tidak tahu dan tidak
pernah terfikir akibat daripada perbuatan aku itu akan memalukan dan mengecewakan ibu dan
ayahku sebegitu rupa.

Ayah aku tidak banyak bicara. Walaupun ayah membisu namun aku tahu jauh ke dalam sudut
hatinya, ayah sangat kecewa dengan tindakanku. Mata ayah yang berkaca-kaya menahan air
mata sangat menyentuh jiwa kecilku.

Aku menangis kerana telah memalukan dan menghancurkan harapan mereka untuk melihat aku
bersekolah di sekolah yang terbaik dan memperoleh keputusan yang cemerlang kerana bagi
mereka walaupun tidak mampu memberi kemewahan dari segi wang ringgit namun mereka
berusaha memberi pendidikan yang terbaik kepadaku supaya aku boleh gunakan pada masa
hadapan.

Kesedihan dan kekecewaan kedua ibu bapaku serta tohmahan daripada orang sekeliling
membuatkan aku nekad untuk berjaya. Aku ingin membuatkan kedua orang tuaku bangga
terhadapku walaupun aku telah meninggalkan seribu kedukaan dan kekecewaan kepada
mereka.

***

Pagi ini aku memulakan persekolahan di sekolah harian biasa setelah ayahku selesai
menguruskan urusan pertukaran sekolahku.

“Ibu. Maafkan angah sebab dah musnahkan harapan ibu untuk melihat angah bersekolah di
sekolah yang cemerlang. Tetapi angah berjanji angah akan tebus kesalahan angah dengan
berjaya dalam pelajaran. Tolong doakan angah walaupun angah dah banyak buat salah pada
ibu.”

Ibu masih enggan untuk berbicara denganku. Namun aku tidak mengambil hati kerana
sememangnya aku yang bersalah.

“Ayah, angah minta maaf sebab dah memalukan ayah. Terima kasih ayah sebab masih
sayangkan angah. Angah janji akan belajar rajin-rajin dan masuk universiti. Nanti masti ibu dan
ayah bangga dengan angah.”

“Ya, anak ayah boleh buat. Anak ayah kan pandai. Ayah bangga dengan angah, kakak dan adik.
Tak apalah kalau angah dah ditakdirkan bersekolah di sekolah harian biasa, yang penting angah
belajar rajin-rajin. Hadiahkan ayah segulung ijazah”

Ayah...
Kan kujaga setiap nasihatmu
Di setiap nafasku
Di relung hati akan kuhangatkan namamu
Akan kukobarkan semua impianmu
Hanya untuk menikmati senyummu
Di ufuk senjamu
Ayah.
***
Ku sangkakan panas hingga ke petang tetapi hujan di tengah hari. Ketika menginjak usia 17
tahun dan bakal menduduki peperiksaan SPM, aku alpa dengan keadaan sekeling. Aku
terpengaruh dengan rakan-rakan sehingga aku lupa pada janji yang aku lontarkan kepada ibu
dan ayahku untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan
seterusnya melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading. Aku mula menghabiskan masa
hujung minggu bersama rakan-rakan di bandar. Aku sudah mula pandai bermain cinta dengan
lelaki. Ditambah pula aku yang agak popular di sekolah dan merupakan salah seorang pelajar
yang agak cemerlang menyebabkan aku semakin terbuai dan leka. Aku sudah tidak peduli lagi
mengenai peperiksaan tetapi lebih mementingkan keseronokan sementara. Soal kewangan tidak

menjadi masalah kepadaku kerana teman lelakiku merupakan seorang yang bekerja yang sering
memberi wang saku kepadaku.

***

Hari ini aku ke sekolah bagi mendapatkan keputusan peperiksaan SPM. Keputusan yang tidak
begitu baik membuatkan harapan ibu dan ayahku kembali berkecai. Aku sendiri tidak pasti sama
ada aku dapat menunaikan janji pada kedua ibu bapaku.

“Macam mana dengan keputusan SPM anak kau? Agak-agak dapat ke sambung belajar dekat
universiti?” Tanya jiran kepoci sebelah rumahku.

“Alhamdullillah angah lulus semua. Dapat sambung atau tak itu bergantung pada rezeki. Kalu
dapat sambung Alhamdulillah. Kalau tak dapat mungkin bukan rezeki.”

“Macam mana la nak dapat keputusan elok kalau asyik keluar dengan jantan ja. Lain benar la
perangai anak kau yang ni. Tak sama macam kakak dan adik dia. Lagi satu, cuba kau tengok
anak aku tak pernah keluar, duduk rumah dan belajar ja. Bila SPM dapat keputusan cemerlang.”

Ibu aku hanya tersenyum. Tidak mempedulikan kata-kata tersebut. Namun bagiku kata-kata yang
dilontarkan itu benar-benar seperti minyak yang dicurah ke dalam api. Membakar seluruh jiwa
dan ragaku.

“Mak cik dengar sini! Aku akan buat kau telan semula kata-kata yang kau lontarkan pada aku.
Enam tahun akan datang aku akan tunjukkan aku menamatkan pengajianku dengan cemerlang
dan akan aku pastikan tahap pendidikan aku lagi tinggi dari anak kau. Aku akan dapat kan
pekerjaan yang lebih baik dari anak kau yang kononnya baik sangat tak keluar dengan jantan!”

“Angah! Jaga sikit mulut tu. Jangan cakap kurang ajar dengan orang tua. Ibu tak ajar angah
kurang ajar macam. Kalau angah buat macam ni orang akan cakap ibu yang tak pandai jaga
anak. Tolong la air muka ibu. Jangan nak malukan ibu dan ayah lagi.”

***

Selepas beberapa bulan menunggu aku mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke universiti
yang terkenal dan menduduki tangga teratas di Malaysia. Riak wajah ibu dan ayah ketika aku
menyampaikan berita gembira ini kepada mereka tidak dapat aku lupakan sehingga ke hari ini.
Aku dapat melihhat mereka sangat bangga dengan pencapaianku. Walaupun keputusanku dalam
peperiksaan SPM tidak begitu cemerlang namun berkat doa daripada ibu dan ayah aku berjaya
menempatkan diri di universiti. Ketika di universiti aku berusaha sehabis baik untuk mendapatkan

keputusan yang cemerlang. Setelah tiga tahun bertungkus-lumus aku berjaya menamatkan
pengajianku dengan keputusan yang cemerlang. Aku bersyukur kerana Allah tidak membiarkan
aku leka terlalu lama dengan godaan dunia sehingga mengecewakan kedua ibu dan ayahku.

Setelah aku tamat pengajian peringkat ijazah sarjana muda, aku terus melanjutkan pengajianku
dalam pada peringkat ijazah sarjana kerana aku berpegang pada kata-kata yang aku lontarkan
kepada jiran yang menghina aku untuk mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi daripada
anaknya.

Setelah bertungkus lumus selama satu tahun setengah, aku akhirnya berjaya menamatkan
pengajian pada peringkat ijazah sarjana. Sebaik sahaja menamatkan pengajian, aku berusaha
sehabis baik untuk mendapat pekerjaan agar aku dapat memberi kesenangan kepada kedua ibu
dan ayahku di samping membuat mereka berbangga denganku. Sementara menunggu untuk
mendapatkan pekerjaan yang setara dengan kelulusan yang aku miliki, aku melakukan beberapa
ppeerjaan separuh masa.

Seperti biasa kita tidak dapat menutup mulut manusia dari berkata-kata. Kesukaran
mendapatkan pekerjaan yang setara dengan kelulusan juga menjadi bahan umpatan. Namun aku
abaikan sahaja dan teruskan fokusnya untuk mencari peluang pekerjaan di samping melakukan
kerja separuh masa.

***

Setahun kemudian…

Berkat doa dari seorang ibu yang tiada hijabnya dan doa ayah yang tidak pernah putus harapan
kepada anaknya, aku akhirnya berjaya mendapatkan mendapatkan pekerjaan yang
sememangnya sangat diharapkan oleh kedua ibu dan ayahku. Allah berikan aku peluang utuk
terus menggembirakan hati kedua orang tuaku.

Mak cik kepoci tadi sudah tidak terdaya mengeluarkan kata-kata kerana aku berjaya buktikan
ucapan yang aku lontarkan kepadanya enam tahun lepas. Mungkin ia malu kerana anaknya
masih belum mendapatkan pekerjaan.

Iya. Aku anak yang degil. Aku memberi masalah kepada orang tuaku. Tetapi jika aku lontar
sesuatu kata dan janji aku akan pastikan ianya tertunai. Namun semuanya berlaku atas kehendak
Allah dan doa yang mustajab dari kedua ibu bapaku. Terima kasih Ibu dan ayah kerana tidak
pernah putus harapan terhadapa anakmu ini. Angah sayang ibu dan ayah dunia akhirat.


Click to View FlipBook Version