MPU1062 (S)INTEGRITI DAN ANTI-RASUAHSKANDAL RASUAHROLLS ROYCEROLLS-ROYCE HOLDINGS PLC
AHLI KUMPULANNURUL IZZAH BINTI GHAZALY300666AYU ASHNISYA BINTI MD ISA300826LEOW KHE XIN300886NUR ILHAM NAJWA BINTI DA’RAZAKI300980TAN WEI LING301008
AHLI KUMPULANHAZIQAH AQILAH BINTISHASINORISHAM @ NOR301039MUHAMMAD AMIR FARIS BINMD ZAIDI301044MUHAMMAD FARIS AIMANBIN AZHAR301123NOR AMIRA HUSNA BINTI MOHAIDIN301306NUR ATHIRAH AYUNI BINTI PIZOL301313
ISI KANDUNGAN01Pengenalan02 Kesalahan dalam KesFaktor Menyebabkan KesBerlaku0304 Huraian KesGaris Masa Peristiwa KesTerkini05Impak terhadap Individu danOrganisasi06Pelajaran yang Diperolehi07Refleksi Berkumpulan08Rujukan091011Perspektif Masa HadapanImplikasi dan Cabaran1345891011121315
Rasuah merupakan salah satu masalah serius yang menjejaskan integritiinstitusi, keadilan sosial serta pembangunan ekonomi sesebuah negara.Berdasarkan SPRM (2020), rasuah merujuk kepada penerimaan ataupemberian suapan sama ada dalam bentuk wang, hadiah, atau faedahtertentu sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu keranamelakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengantugas rasmi. Dalam konteks perniagaan antarabangsa, rasuah sering berlakuapabila syarikat menawarkan suapan kepada pegawai kerajaan atau pihakberkepentingan bagi mempengaruhi keputusan kontrak dan dasar awam,sekali gus menjejaskan prinsip ketelusan dan tadbir urus yang baik.Skandal rasuah Rolls-Royce merupakan salah satu kes rasuah korporatantarabangsa terbesar yang pernah didedahkan. Kes ini melibatkan amalanpenyuapan secara sistematik oleh sebuah syarikat multinasional iaitu RollsRoyce Holdings plc yang terkemuka dalam industri aeroangkasa dankejuruteraan selama lebih dua dekad. Rolls-Royce Holdings plc ialah sebuahsyarikat multinasional yang berpangkalan di United Kingdom dan terkenalsebagai peneraju global dalam bidang aeroangkasa, pertahanan dan sistemtenaga (Rolls-Royce, 2023). Syarikat ini membekalkan enjin pesawat kepadasyarikat penerbangan komersial, pesawat tentera serta kerajaan di pelbagainegara. Dengan reputasi yang kukuh dan teknologi bertaraf tinggi, Rolls-Roycesering dikaitkan dengan kecemerlangan kejuruteraan dan profesionalismekorporat. Namun begitu, reputasi ini tercalar apabila terbongkar penglibatansyarikat tersebut dalam skandal rasuah berskala antarabangsa.01PENGENALAN
Kes ini mula menarik perhatian antarabangsa apabila pihak berkuasa UnitedKingdom dengan melalui Serious Fraud Office (SFO), menjalankan siasatanmendalam terhadap aktiviti perniagaan Rolls-Royce. Hasil siasatan mendapatisyarikat tersebut telah menggunakan ejen perantara untuk menyalurkanrasuah kepada pegawai kerajaan dan pihak berkepentingan di beberapanegara termasuk Indonesia, India, China, Brazil dan Malaysia. Amalan inibertujuan untuk mempengaruhi keputusan kontrak berkaitan pembelian enjinpesawat, sistem pertahanan, dan peralatan tenaga (Belton, 2017).Pada tahun 2017, Rolls-Royce mencapai penyelesaian undang-undangdengan pihak berkuasa di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Brazil melaluimekanisme Deferred Prosecution Agreement (DPA). Syarikat tersebutbersetuju membayar denda dan penalti berjumlah kira-kira USD 800 jutasebagai pengakuan terhadap kegagalan mencegah rasuah serta kelemahandalam tadbir urus korporat (U.S. Department of Justice, 2017). Walaupun RollsRoyce tidak disabitkan secara jenayah melalui perbicaraan penuh, kes inimenjadi contoh jelas bagaimana rasuah korporat boleh berlaku secaraberstruktur dan berpanjangan tanpa kawalan dalaman yang berkesan.Secara keseluruhannya, skandal rasuah Rolls-Royce bukan sahajamencemarkan reputasi syarikat tersebut, malah turut memberi implikasi besarterhadap keyakinan awam, integriti pasaran antarabangsa, serta usaha globaldalam memerangi rasuah. Kes ini sering dijadikan rujukan dalamperbincangan berkaitan etika perniagaan, akauntabiliti korporat dankepentingan pematuhan terhadap undang-undang anti-rasuah di peringkatantarabangsa.02
KESALAHAN DALAM KESMemberi rasuah kepada pegawai kerajaan dansyarikat berkaitan kerajaan bagi memperolehiprojek serta kontrak pembekalan enjin pesawat.Tindakan ini melibatkan penyalahgunaan kedudukan rasmi untukmendapatkan kelebihan dalam perolehan kontrak, yangmenyalahi undang-undang anti-rasuah.Menyalurkan bayaran komisen secara sulit melaluiejen dan syarikat proksiMenyembunyikan pembayaran melalui rekodperakaunan palsu dan tidak telus.Gagal melaporkan aktiviti jenayah ini kepada pihakberkuasa pada peringkat awal.Kelewatan atau pengabaian laporan menjejaskan keupayaanpihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera danmenghalang kerugian negara.Dengan memanipulasi akaun syarikat, aliran wang haram sukardikesan, menunjukkan penipuan kewangan yang disengajakan.Kaedah ini digunakan untuk menyembunyikan transaksi rasuahdan mengelak pengesanan pihak berkuasa.0102030403
04FAKTOR MENYEBABKANKES BERLAKU1. Tekanan untuk Memperoleh KontrakPersaingan yang sangat ketat dalam sektor aeroangkasamendorong sesetengah syarikat mengambil jalan pintasyang tidak beretika untuk memastikan mereka berjayamendapatkan kontrak daripada pihak kerajaan atauswasta.3. Kelemahan dalam Pengawasan Dalaman2. Penglibatan Ejen dan PerantaraRolls-Royce melibatkan pihak ketiga sebagai perantarabagi membantu mereka memenangi kontrak di pasaranantarabangsa, walaupun kaedah ini kadang-kadangdisalahgunakan untuk aktiviti rasuah.Sistem pemantauan dan kawalan dalaman yang tidakmencukupi menyebabkan penyelewengan sukar dikesan.Proses audit yang kurang menyeluruh juga membolehkanpembayaran mencurigakan dan manipulasi akaunberterusan tanpa disedari.
12Kes ini berkait dengan usaha RollsRoyce mendapatkan kontrak kerajaanbernilai tinggi, khususnya dalampembekalan enjin pesawat, peralatanketenteraan dan projek tenaga. Skandalini kemudiannya menjadi antara kesrasuah korporat terbesar yang pernahdisiasat oleh pihak berkuasa UnitedKingdom.Rolls-Royce Holdings plc merupakansebuah syarikat multinasional dariUnited Kingdom yang beroperasi dalamindustri aeroangkasa, pertahanan dantenaga. Skandal rasuah yangmelibatkan syarikat ini berlaku dalamtempoh yang panjang, iaitu antara1989 hingga 2013, dan melibatkanbeberapa buah negara di peringkatantarabangsa.05HURAIAN KESskandal rasuah ROLLS ROYCELatar Belakang Kes
12Modus Operandi RasuahRolls Royce menggunakan ejen perantarasebagai orang tengah untuk berurusandengan pegawai kerajaan dan pihakberkepentingan di negara sasaran dalammelaksanakan aktiviti rasuah. Ejen-ejen iniberperanan mempengaruhi prosespembuatan keputusan bagi memastikankontrak diberikan kepada syarikattersebut.06Bayaran tidak sah disalurkan melaluikomisen tersembunyi dan transaksikewangan yang tidak telus, termasukpenggunaan akaun luar pesisir. Kaedahini digunakan bagi menyembunyikanaliran wang rasuah serta mengelakkanpengesanan oleh pihak berkuasa dansistem audit dalaman syarikat.HURAIAN KESCARA AMALANRASUAH
1Hasil siasatan oleh Serious Fraud Office(SFO) United Kingdom, Jabatan KehakimanAmerika Syarikat (DOJ) dan pihak berkuasaBrazil, Rolls-Royce telah bersetuju untukmenyelesaikan kes rasuah tersebut melaluisatu Perjanjian Pendakwaan Tertangguh(Deferred Prosecution Agreement).Pada tahun 2017, Rolls Royce dikenakandenda berjumlah kira-kira £671 juta kepadapihak berkuasa di United Kingdom, AmerikaSyarikat dan Brazil. Mahkamahmemutuskan bahawa penyelesaian inisesuai memandangkan syarikat tersebutmengakui kesalahan, bekerjasamasepenuhnya dengan siasatan serta berjanjiuntuk memperkukuhkan sistem pematuhandan kawalan dalaman bagi mencegahrasuah pada masa hadapan.(BBC News, 2017; Serious Fraud Office, 2017)HURAIAN KESKEPUTUSAN MAHKAMAH DANPENYELESAIAN KES07Pemutusan kes
20232010 2015 20172014 2016Peristiwa ini bertujuan membolehkan pihak berkuasaIndia, khususnya Central Bureau of Investigation (CBI),mengambil tindakan undang-undang yang lebih tegasterhadap dakwaan rasuah melibatkan Rolls-Royce.Pemfailan aduan jenayah pada tahun 2023memfokuskan siasatan terhadap aliran bayaran luarnegara yang disyaki digunakan untuk mempengaruhiproses perolehan pertahanan, termasuk kontrak enjinpesawat Hawk. Langkah ini juga bertujuanmemperkukuh usaha anti-rasuah, meningkatkanketelusan dan akauntabiliti dalam perolehan kerajaan,serta memberi isyarat bahawa amalan rasuah akanterus disiasat walaupun kontrak tersebut telah lamadimeterai. 08GARIS MASA PERISTIWAKES TERKINI :Rolls Royce dan Skandal Rasuah En jin Jet IndiaRolls-Roycemembekalkan enjinuntuk pesawat HawkTentera Udara danLaut India.India meneruskanprojek Hawk dengansyarikat lain tanpapenglibatan utamaRolls-Royce.Siasatan rasuahdimulakan olehKementerianPertahanan Indiaterhadap Rolls-Royce.Jan: Rolls-Royce menandatanganiDPA dan membayar denda besarakibat rasuah global. Feb: India menggantungpembelian baharu daripada Rolls- Royce.Laporan BBCPanoramamendedahkan buktibayaran rasuah danejen perantara.Rolls-Roycemembekalkan enjinuntuk pesawat HawkTentera Udara danLaut India.
IMPAK TERHADAPINDIVIDU DANORGANISASISkandal rasuah Rolls-Royce yang didedahkan pada 2017mendedahkan penglibatan kakitangan dan pengurusan syarikat dalamamalan rasuah sejak 1989 hingga 2013 di beberapa negara sepertiIndonesia, Thailand, India dan Brazil. Akibat pendedahan ini, beberapaeksekutif kanan dan kakitangan telah dikenakan tindakan disiplindalaman, termasuk pemecatan, penggantungan tugas dan penamatankontrak. Selain itu, individu yang terlibat juga berdepan siasatanundang-undang antarabangsa, yang menjejaskan reputasi dan kerjayamereka. Kes ini menunjukkan bahawa pelanggaran integriti bolehmembawa kesan serius dan jangka panjang kepada individu, walaupunmereka berada pada kedudukan tinggi dalam organisasi.Akibat tindakan disiplin dan siasatan undang-undang, individu yangterlibat dalam skandal rasuah Rolls-Royce menghadapi kehilangankerjaya dan ketidakpastian masa depan profesional. Pemecatan danrekod penglibatan dalam rasuah menyebabkan mereka sukarmendapatkan pekerjaan baharu, terutamanya dalam industriaeroangkasa dan pertahanan yang mempunyai standard etika dankeselamatan tinggi. Reputasi mereka tercalar bukan sahaja di peringkatnasional, tetapi juga antarabangsa, menjadikan peluang untukmemegang jawatan kepimpinan, konsultansi atau jawatan strategiksemakin terhad. Kes ini menunjukkan bahawa penglibatan dalamrasuah bukan sahaja kesalahan sementara, tetapi boleh merosakkanperjalanan kerjaya individu dalam jangka panjang.Tindakan Disiplin Terhadap Individu Terlibat 12 Kehilangan Kerjaya dan Peluang Profesional093 Denda Kewangan yang Sangat TinggiRolls-Royce dikenakan denda keseluruhan sekitar £671 juta oleh pihakberkuasa dari United Kingdom, Amerika Syarikat dan Brazil,menjadikannya salah satu penalti antirasuah terbesar dalam sejarahkorporat global. Denda ini memberi tekanan besar terhadap prestasikewangan syarikat dan memaksa organisasi menyalurkan danatambahan untuk memperkukuh sistem kawalan dalaman dan programpematuhan antirasuah. Kes ini membuktikan bahawa kos akibat rasuahjauh lebih tinggi berbanding kos pencegahan awal, sekaligus memberipengajaran bahawa integriti dan pematuhan undang-undang adalahpelaburan penting bagi kelestarian organisasi.
Cabaran dalam Mencegah Rasuah KorporatSalah satu cabaran utama dalam mencegah rasuahkorporat ialah saiz dan skop operasi yang dijalankansyarikat multinasional seperti Rolls-Royce yang beroperasidi banyak negara. Perbezaan undang-undang, budayakerja dan tahap penguatkuasaan menjadikan pemantauanaktiviti syarikat lebih sukar untuk dilakukan secaramenyeluruh. Keadaan ini membuka ruang kepadaberlakunya penyalahgunaan kuasa sekiranya kawalandan penguatkuasaan tidak dilaksanakan dengan tegas.Implikasi moral dan etika perbuatan rasuahKes rasuah Rolls-Royce menunjukkan bagaimanaperbuatan rasuah boleh merosakkan nilai etika danmoral dalam sesebuah organisasi. Syarikat yangsebelum ini dipercayai telah kehilangan kepercayaanorang ramai apabila integriti dan kejujuran diketepikandemi kepentingan tertentu. Keadaan ini membuktikanbahawa rasuah bukan sahaja melanggar undangundang, tetapi turut mencerminkan kegagalanmemegang tanggungjawab moral dalam perniagaan.10IMPLIKASIDAN CABARANSelain itu, kes ini menunjukkan kurangnya sikap bertanggungjawab dalampengurusan syarikat apabila ejen perantara digunakan tanpa kawalan yang baik.Dari sudut masyarakat, perbuatan rasuah seperti ini boleh menyebabkan orangramai mula meragui keadilan dan ketelusan sistem, sekali gus melemahkan nilaikepercayaan masyarakat.Selain itu, penggunaan ejen dan pihak ketiga dalam urusan perniagaan turut menjadicabaran besar. Kekurangan pemantauan yang rapi boleh menyebabkan ejen bertindakdi luar kawalan syarikat. Tekanan untuk mencapai keuntungan juga mendorongsesetengah pihak mengambil jalan pintas tanpa memikirkan kesan jangka panjang.Pembentukan budaya kerja yang berintegriti juga adalah satu cabaran. Tanpa nilaiintegriti yang kuat dalam kalangan pekerja dan pengurusan, usaha mencegah rasuahakan menjadi sukar walaupun peraturan telah diperketatkan.
Pelajaran Berkaitan Reputasi dan KepercayaanSelain itu, pelajaran yang diperolehi adalah daripada reputasiindividu dan organisasi yang tercemar akibat skandal ini, kitadapat belajar bahawa menjaga kejujuran dan reputasiadalah sangat penting bagi kelangsungan kerjaya danorganisasi. Reputasi yang tercalar menjejaskan kepercayaanpelanggan, pelabur dan masyarakat serta mengurangkanpeluang profesional dan perniagaan. Kes ini menunjukkanbahawa integriti individu dan imej organisasi saling berkaitkerana tanpa kepercayaan dan reputasi yang baik, peluanguntuk berjaya dalam arena profesional dan perniagaanglobal menjadi terhad.Pelajaran berkaitan dengan kepentingan integritidan etika profesionalAntara pelajaran utama yang diperolehi daripada skandal rasuahRolls-Royce ialah kepentingan integriti dan etika profesional.Skandal Rolls-Royce mengajar bahawa integriti dan etikaprofesional adalah asas utama dalam kerjaya seseorang. Tindakandisiplin dan kehilangan kerjaya yang dialami oleh individu yangterlibat menunjukkan bahawa keputusan tidak beretika bolehmemberi kesan jangka panjang terhadap reputasi dan masa depanprofesional. Skandal ini mengingatkan bahawa walaupun berada dikedudukan tinggi individu mestilah menolak amalan rasuah dansentiasa mematuhi prinsip etika kerana kesalahan peribadi bolehmerosakkan kestabilan kerjaya dan peluang masa depan.11PELAJARAN YANGDIPEROLEHI
Berdasarkan kes rasuah Rolls-Royce ini, kami berpendapat bahawa rasuahboleh berlaku dalam mana-mana organisasi, tidak kira sebesar mana atauterkenal mana sesebuah syarikat itu. Kes ini menunjukkan bahawa namabesar dan kejayaan sesebuah organisasi itu tidak semestinyamencerminkan amalan kerja yang beretika. Apabila keuntungan dankepentingan tertentu diutamakan, prinsip kejujuran dan amanah bolehdiabaikan.Melalui kes ini, kami menyedari bahawa nilai etika dan moral sangat pentingdalam membuat keputusan terutamanya dalam dunia pekerjaan danperniagaan. Integriti dan tanggungjawab bukan sekadar perkara yangdipelajari dalam teori tetapi perlu diamalkan dalam situasi sebenar. Kes inijuga mengajar kami bahawa tindakan tidak beretika mungkin memberimanfaat dalam jangka pendek, namun kesannya boleh merosakkanreputasi dan kepercayaan pihak lain dalam jangka panjang.Selain itu, kes ini turut membuatkan kami lebih sedar tentang kepentingansikap berani untuk menolak amalan yang salah walaupun berada dalamsituasi yang mencabar. Kadangkala tekanan daripada pihak atasan ataupersekitaran kerja boleh mempengaruhi keputusan seseorang. Namun, kesini mengingatkan kami bahawa setiap individu mempunyai tanggungjawabmoral terhadap tindakan yang diambil dan pilihan yang dibuat hari ini bolehmemberi kesan besar pada masa hadapan.12REFLEKSI BERKUMPULAN
PERSPEKTIF MASA HADAPANMelihat kepada kes rasuah Rolls-Royce ini, kami percaya bahawa pencegahanrasuah perlu bermula daripada kesedaran dan sikap individu itu sendiri. Dalamkonteks rakan sebaya, kami berharap agar komuniti bersama lebih pekaterhadap isu rasuah dan tidak memandang ringan perbuatan tersebutwalaupun dalam situasi yang kelihatan kecil. Sikap jujur, bertanggungjawabdan berani menolak amalan tidak beretika perlu dibentuk sejak awalterutamanya sebelum memasuki alam pekerjaan.Selain itu, kami melihat bahawa generasi muda memainkan peranan pentingdalam membentuk masa depan yang lebih bersih dan berintegriti. Denganpendedahan terhadap kes-kes rasuah seperti ini serta usaha kesedaranberterusan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM), kami berharap generasi muda dapat menjadikan nilai etika sebagaipanduan dalam membuat sebarang keputusan, sama ada dalam kerjayamahupun kehidupan seharian. Kejayaan tidak seharusnya dicapai melaluijalan pintas yang melanggar prinsip moral.Dari sudut negara pula, kami berharap agar usaha membanteras rasuah terusdiperkukuh melalui penguatkuasaan undang-undang yang tegas dan adil olehpihak berkuasa seperti SPRM. Tindakan tanpa pilih kasih serta sistempemantauan yang lebih ketat dan telus dapat meningkatkan kepercayaanrakyat terhadap institusi negara. Secara keseluruhannya, kami berharapMalaysia dapat melahirkan masyarakat yang lebih berintegriti dan bebasdaripada amalan rasuah demi masa depan yang lebih baik.13
Source : TransparencyInternational14GLOBAL ENFORCEMENT OF FOREIGN BRIBERY
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). (2020). Apa Itu Rasuah?Sprm.gov.my. https://www.sprm.gov.my/index.php?id=21&page_id=75&articleid=478Rolls-Royce. (2023). About. Www.rolls-Royce.com.https://www.rolls-royce.com/about.aspx#/Belton, C. (2017). Rolls-Royce humbled by long list of corruptionoffences. Financial Times. https://www.ft.com/content/5c85eab6-dcd5-11e6-86ac-f253db7791c6U.S. Department of Justice. (2017). Rolls-Royce plc Agrees to Pay $170 MillionCriminal Penalty to Resolve Foreign Corrupt Practices Act Case.Justice.gov. https://www.justice.gov/archives/opa/pr/rolls-royce-plcagrees-pay-170-million-criminal-penalty-resolve-foreign-corruptpractices-actDaily Express newspaper. (2017). Rolls-Royce pays £671 MILLION to settleCORRUPTION CLAIMS. Express.co.uk.https://www.express.co.uk/finance/city/755140/RollsRoyce-fined-bribe-million-corruption-claimsMillard, R. (2017). Rolls-Royce chief probed by fraud squad over corruptionclaims. Daily Mail.https://www.dailymail.co.uk/news/article-4142044/Rolls-Roycechief-probed-fraud-squad-corruption.htmlBBC News. (2017). Rolls-Royce apologises after £671m bribery settlement. BBCNews. https://www.bbc.com/news/business-38644114Serious Fraud Office. (2017). Rolls-Royce PLC enters into a DeferredProsecution Agreement. GOV.UK https://www.sfo.gov.uk/2017/01/17/rollsroyce-plc-enters-deferred-prosecution-agreement/Dell, G., & McDevitt, A. (2022). Exporting Corruption 2022: Assessingenforcement of the OECD Anti-Bribery Convention (Slim version) (ISBN 978-3-96076-228-7). Transparency International.https://files.transparencycdn.org/images/2022-Report-Slim-versionExporting-Corruption-English.pdfRUJUKAN15