The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PdPR 1- KOKURIKULUM
Minggu 1 (Sukan & Permainan)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-23027232, 2021-07-26 21:33:28

PENGENALAN DAN KENALI SEJARAH SUKAN BOLA TAMPAR

PdPR 1- KOKURIKULUM
Minggu 1 (Sukan & Permainan)

Keywords: Bola Tampar,Volleyball

PdPR KO-KURIKULUM

PENGENALAN
SUKAN BOLA TAMPAR

Di sampaikan oleh:
Cikgu Yusliza dan Ust Eezan
Tarikh : 28/7/2021

1. Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik
di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh
satu jaring tinggi menggunakan tangan atau
bahagian badan lain untuk memukul atau
menampar sebiji bola melangkaui jaring
kepada lawan.

2. Setiap pasukan yang mempunyai enam
pemain dibenarkan memukul bola tersebut tiga

kali berturut-turut.

3. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam
gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan
atau lawan gagal mengembalikan bola dengan

betul.

SEJARAH
SUKAN BOLA TAMPAR

Permainan bola tampar telah direka oleh Professor William G. Morgan
(1870 – 1942) pada 9 Februari, 1895 di Young Men’s Christian Association
(YMCA) Holyoke, Massachusetts, Amerika Syarikat. Permainan ini direka
berdasarkan permainan tenis (jaring) dan bola keranjang (bola), dan beliau
menamakan permainan baru ini sebagai ”Mintonette”.

Pada tahun 1896, nama tersebut telah ditukar kepada “Volley Ball” setelah
cadangan dibuat oleh Professor Alfred T. Halstead, dan diterima oleh
Morgan dalam persidangan. Pada tahun 1952, Jawatankuasa Pentadbiran
United States Volleyball Association (USVBA) telah memutuskan supaya
nama permainan ini dieja sebagai satu perkataan, “Volleyball”.

Persekutuan bola tampar antarabangsa (Federation Internationale de
Volleyball – FIVB) telah ditubuhkan pada tahun 1947.Kejohanan bola
tampar sedunia bahagian lelaki yang pertama telah diadakan di Prague
pada tahun 1949 manakala Kejohanan bola tampar sedunia yang
pertama untuk wanita telah berlangsung di Paris pada tahun 1951.

Pada tahun 1957, sukan bola tampar telah diperkenalkan sebagai sukan
berpasukan Olimpik dan kemudiannya buat pertama kali dipertandingkan
di Sukan Olimpik yang ke-18 di Tokyo pada tahun 1964. Rusia berjaya
dalam bahagian lelaki manakala pasukan Jepun mendapat pingat emas
dalam acara wanita.

SEJARAH DI MALAYSIA

Pada awal tahun 1930-an, pasukan bola tampar dari universiti
Hong Kong dan China telah melawat ke Tanah Melayu untuk
mengadakan perlawanan persahabatan di bandar-bandar yang
besar seperti Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Pada
ketika itu, perlawanan bola tampar dianjurkan oleh Persatuan
Olahraga Cina (Chinese Athletics Association) mengikut negeri
masing-masing.

MAVA (Persatuan Bola Tampar Malaysia) terus memainkan
peranan terhadap perkembangan sukan bola tampar dengan
penaja 4 Kejohanan Bola Tampar Kebangsaan dari 1960
hingga 1963 yang dianjurkan oleh negeri Pulau Pinang, Perak,
Selangor dan Pahang. Ketika itu, sistem 9 orang pemain
sebelah masih digunakan. Mulai tahun 1965, MAVA telah
memperkenalkan sistem 6 pemain sebelah mengikut sistem
antarabangsa pada kejohanan kebangsaan yang pertama
berlangsung di Singapura. Acara wanita hanya diperkenalkan
dalam tahun 1966.

SOALAN:

1.Siapakah yang mereka permainan bola tampar?
2.Apakah nama asal permainan bola tampar?
3.Bilakah nama permainan ini ditukar ke Volleyball?
4.Pasukan manakah yang telah memenangi

pertandingan bola tampar pertama kali
dipertandingkan di Sukan Olimpik?

TUGASAN MINGGU INI

• Lukis/print gambar bola tampar dan warnakan.
• Salin semula nota pengenalan sukan bola tampar.
• Jawab 4 soalan berkaitan sejarah sukan bola tampar.

SEKIAN ,
TERIMA KASIH.

JUMPA LAGI


Click to View FlipBook Version