Naly dan Si
Penjaja
Jalanan
ahmad zulhikmi
Di sebuah perkampungan, tinggal seorang budak perempuan
bernama Naly yang perlu menjalani hidup tanpa ayah dan
ibunya. Ibu dan ayah Naly telah meninggal dunia akibat
kemalangan sejak Naly berumur tiga tahun. Kehidupan Naly
tidak mudah seperti yang disangkakan. Sejak dari itu, Naly
tinggal bersama atuknya yang uzur jauh di pedalaman
kampung. Seperti kebiasaan harinya, Naly akan melakukan
kerja rumah sebelum pergi ke sekolah. Naly tidak pernah
mengeluh walaupun terpaksa melakukannya sejak dari kecil
disebabkan atuknya yang uzur. Setelah selesai, barulah Naly
akan berangkat ke sekolah yang terletak jauh dari rumahnya.
Pada hari itu, Naly terpaksa berjalan kaki ke sekolah
disebabkan rantai basikal miliknya putus. Kehidupan harian
Naly bermula begitu memenatkan pada hari itu.
Setelah selesai sesi persekolahan, seperti biasa Naly akan
menyiapkan kerja sekolahnya terlebih dahulu. Hal ini
kerana Naly merupakan seorang pelajar yang rajin dan
cemerlang di sekolahnya. Naly juga komited dengan
pelajarannya. Walaupun Naly seorang yang susah namun
dia kelihatan seperti orang yang biasa. Bajunya sentiasa
bersih dan tidak berkedut kerana sikapnya yang rajin.
Semasa berjalan kaki pulang, Naly berasa teramat lapar.
Mana tidaknya, berjalan jauh amat memenatkan dan
menyebabkan perut lapar. Dia terlihat sebuah gerai bakso
yang terletak di tepi jalan tidak jauh dari sekolahnya.
Bakso memang makanan kegemaran Naly.
Gerai tersebut kepunyaan Cik Senah. Beliau telah menjual bakso
sejak 20 tahun yang lalu. Cik Senah seorang yang suka tersenyum
dan sentiasa positif. Apabila sedang sibuk menyiapkan semangkuk
bakso yang dipesan, Cik Senah terlihat seorang budak perempuan
berdiri memegang perutnya sambil melihat kearah gerai Cik Senah.
Anak perempuan tersebut adalah Naly.
“Nak, apa yang kamu berdiri di situ. Meh ler datang kesini”. Cik
Senah memanggil.
Naly pun pergi kearah Cik Senah. Cik Senah ingin menawarkan
semangkuk bakso secara percuma kepada Naly namun ditolak.
“Maaf makcik saya tak ada duit untuk membayarnya. Atuk saya
pesan jangan mengambil apa-apa barang jika kita tidak mempunyai
barang yang bernilai untuk ditukarkan”. Walau susah macam
manapun Naly tetap akan mengingati pesan atuknya itu.
Cik Senah mendapat satu idea yang baik supaya Naly menerima
baksonya itu.
“Tak apa, kamu ambil ini dulu esoknya kamu datang ke kedai makcik,
kamu tolong makcik jual bakso”. Ternyata ideanya itu dipersetujui
Naly.
“Ok”. kata Naly dengan penuh gembira sambil mengambil bungkusan
bakso diberikan oleh Cik Senah. Naly pulang kerumah dengan sangat
seronok.
Keesokan harinya, setelah pulang dari sekolah, Naly terus
pergi ke gerai bakso Cik Senah untuk membantu menjual
bakso. Perkara ini berlanjutan sekian lamanya. Gelagat
mereka seperti seorang ibu dan anak sehinggakan ada
pelanggan yang mengusik Cik Senah, “hai Cik Senah,
anak ke tu”. Ini kerana sepanjang perkahwinannya, Cik
Senah tidak mempunyai anak kandung. Sejak dari itu,
hubungan mereka lebih akrab serta layanan Cik Senah
kepada Naly bagaikan anaknya sendiri. Kehidupan Naly
juga berubah dari seorang anak kecil yang pendiam
kepada lebih ceria. Namun, pertemuan mereka bertahan
selama 3 tahun disebabkan Naly terpaksa berpindah ke
rumah anak yatim selepas kematian atuknya.
Naly kelihatan agak sedih. Sudahlah atuknya
meninggal, dia juga terpaksa berpindah dan berpisah
dengan Cik Senah yang Naly sudah anggap seperti
ibunya sendiri. Namun, demi kehidupan yang lebih
selesa, Naly akur dengan keputusan tersebut untuk
berpindah ke Rumah Anak Yatim Sri Sentosa.
Hubungan mereka masih berjalan dengan hantaran
surat menyurat namun setelah beberapa bulan,
balasan surat dari Naly tidak diterima oleh Cik Senah.
Hal ini kerana Naly mendapat tawaran untuk
menyambung pelajarannya di sekolah berasrama
penuh. Secara tidak langsung hubungan mereka
terputus. Cik Senah berasa amat sedih disebabkan
tidak dapat mendengar khabar dari Naly yang
dianggapnya sebagai anak kandung sendiri.
Hari berganti hari, tahun berganti tahun, umur
mereka pun meningkat. Naly sudah mempunyai
kerjayanya sendiri dan Cik Senah masih lagi menjual
baksonya. Sedang Cik Senah berehat di rumahnya,
satu bungkusan misteri telah dihantar ke rumahnya.
Namun Cik Senah tidak kelihatan terkejut kerana
bungkusan misteri tersebut dihantar oleh orang yang
sama hampir setiap bulan. Rupa-rupanya bungkusan
tersebut daripada Naly yang menghantarnya tanpa
pengetahuan Cik Senah. Bungkusan tersebut
adakalanya berisi duit, baju, alatan dapur dan
macam-macam lagi.
Seperti kebiasaan harinya, Cik Senah bersiap-siap mahu ke
gerainya, sepucuk surat telah diterima oleh Cik Senah. Ia
adalah notis amaran untuk gerainya berpindah kerana projek
untuk memperbesarkan jalan. Cik Senah amat sedih dengan
berita tersebut. Jirannya timah berkata “Senah, kamu tu dah
tua. Duit simpanan pun sudah banyak. Buat apa mahu
meniaga lagi?” Lalu Cik Senah berkata sambil tersenyum
“bukan aku tak mahu berhenti, tapi aku masih meniaga ni
kerana aku menunggu seseorang”. Ternyata Cik Senah masih
mrngingati akan Naly. Berita tentang projek tersebut sampai
ke pengetahuan Naly. Tanpa membuang masa, Naly terus
bergegas ke rumah Cik Senah.
“Assalamualaikum, Cik Senah”. Ucap Naly dengan penuh
lemah lembut.
Suara itu sepertinya sudah dikenali oleh Cik Senah “Yaa Allah,
Naly”. jerit Cik Senah sambil menangis teruja. Mereka
berpelukan dengan penuh emosi. Akhirnya mereka
dipertemukan kembali setelah bertahun lamanya. Naly
menasihati Cik Senah untuk berhenti meniaga dan mengajak
Cik Senah untuk tinggal bersama. Cik Senah bersetuju dan
Naly berjanji untuk menjaga Cik Senah hingga akhir hayatnya.
TAMAT