JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI JOHOR  epedracuramna
Edisi Jul-Dis 2016 Bil : 2/2018
MUAFAKAT KORBAN
Kejohanan Sukan
Pelancaran Buku CSR
JIM JOHOR
INFO DAN LAWATAN
Anugerah KIK & Inovasi
                  PERHIMPUNAN SETIABERJASA
                         JIM JOHOR Disember 2018
                                      Program CSR Jabatan
                                       KURSUS & SEMINAR
ISI KANDUNGAN
04
RENUNGAN UNTUK
SAHABAT
05
PERUTUSAN
PENGARAH IMIGRESEN NEGERI JOHOR
06
LAWATAN KERJA
EXCO PEMBANGUNAN WANITA
07
LAWATAN KERJA
PENGARAH SUMBER MANUSIA JIM
08
SUDUT KESIHATAN
PEMINDAHAN JANTUNG PERTAMA
09
SESI BUAL BICARA
BERSAMA KSN
10-11
MUAFAKAT KORBAN
JIM JOHOR 2018
                                 12-13
                                 KURSUS PEMERIKSAAN DOKUMEN TAHAP 1
                                 BSI
                                 14-15
                                 SEMINAR INTEGRITI
                                 DAN PENCEGAHAN RASUAH
                                 16
                                 INFO SAINS & TEKNOLOGI
                                 ROBOTIK & KEPERLUAN MASA KINI
                                 17
                                 TOWN HALL DISCUSSION
                                 PERINGKAT IPD JB UTARA
                                 18-19
                                 PROGRAM CSR
                                 STULANG LAUT
                                 20-21
                                 HARI SUKAN NEGARA
                                 JIM JOHOR
22-23                                 SidangEDITORIAL
KEJOHANAN BOWLING                     PENAUNG
PIALA PINJ 2018                       DATO` ROHAIZI BIN BAHARI
24-25                                 PENASIHAT
                                      PN. MAEJ MASTURA BINTI MOHAMED
MAULIDUR RASUL 2018/1440H
PERINGKAT NEGERI JOHOR                KETUA PENGARANG
                                      KTPP MUNIRAH BINTI SENIK
26-27
                                      PEN. KETUA PENGARANG
PERHIMPUNAN SETIA BERJASA JIM JOHOR   TPPI FARAHIDA BINTI KARUDDIN
BERSAMA KETUA PENGARAH IMIGRESEN
                                      SIDANG PENGARANG
28                                    PIK MOHD HANAFI BIN JONET
                                      PI SHAH RITA BINTI JALAL
PERTANDINGAN KOIR                     PI MOHD HAZLEY BIN SULTAN MOHD
PERMATA SELATAN 2018                  PI SHARIFAH RABAZILAH BINTI SYED RASHID
29                                    JURUKAMERA
                                      PIT SULAIMAN BIN ROSNAN
MAJLIS SANJUNGAN BUDI                 PI RONNY BIN ASUN
30                                    GRAFIK
                                      PIK HASNI BIN SAHAR
SUDUT AGAMA – PUASA
31
SUDUT SEJARAH
EMPAYAR LANGKASUKA
32-33
INTERNATIONAL BEACH CLEANUP DAY 2018
34-35
PROGRAM CSR BAHAGIAN PASPORT
36-37
SOROTAN DAN GALERI GAMBAR
                                                             TERBITAN
                                      BAHAGIAN KOMUNIKASI & KHIDMAT
                                                                   KORPORAT
                                      BLOK 1, ARAS 13, KOMPLEKS KDN
                                                              SETIA TROPIKA
                                                               JOHOR BAHRU
Renungan Untuk Sahabat
                               Ini sebagaimana diriwayatkan daripada Ibnu Umar R.A.
                            katanya: “Aku mendatangi majlis Rasulullah yang sedang
                                                       berkumpul bersama 10 sahabat.
   Mendokong azam dan       Seorang sahabat Ansar dalam kalangan mereka bertanya,
   iltizam atas tugas dan   wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling cerdas dan
   amanah yang             pemurah itu? Baginda menjawab, mereka ialah yang selalu
   dipertanggungjawabkan.                                          mengingat kematian
                                          dan melakukan persiapan menghadapinya.
   Justeru, Integriti tonggaIktulah orang cerdas yang akan memperoleh kehormatan di
   dan tunjang utama kita.                dunia dan kemuliaan
                                          di akhirat kelak.”
   .. Berkhidmat dan                      Hadis Riwayat Tirmizi
   bernafas di JIM dengan
   Duty, Joy and Passion.
   DATO’ SRI HJ. MUSTAFAR BIN HJ. ALI
   Ketua Pengarah Imigresen Malaysia
                    Petikan Ucapan
            Sempena Hari Imigresen
                      1 Disember 2 0 1 6
4
Perutusan
               PENGARAH
           IMIGRESEN NEGERI JOHOR
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran
ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya sekali lagi
Jendela Selatan edisi ke-2/2018 dapat direalisasikan untuk
tatapan warga JIM Johor. Saya selaku Penaung sidang redaksi
mengucapkan ribuan terima kasih kepada sidang warga JIM
Johor, ahli sidang redaksi serta semua pihak yang bersama-
sama menyumbangkan tenaga sehingga terbitnya majalah
e-buletin pada kali ini.
Pelbagai peristiwa mewarnai sepanjang enam bulan sebelum
berakhirnya tahun 2018. Program Muafakat Korban 2018 terus
diadakan sepertimana tahun-tahun lalu bagi memahami erti
pengorbanan dan perit getir insan yang serba kekurangan.
Sesi bual bicara KSN bersama ketua-ketua Jabatan yang
diadakan di Dewan Konvensyen, Persada Johor membicarakan
harapan kepimpinan baru negara dalam membawa jentera
pentadbiran negara ke tahap perkhidmatan negara yang
membanggakan dan memenuhi hasrat rakyat yang inginkan
perubahan yang lebih baik.
Istimewanya perhimpunan Setia Berjasa Disember 2018 kali ini
adalah dengan kehadiran Ketua Pengarah Imigresen Malaysia,
Dato’ Seri Haji Mustafa bin Haji Ali dalam lawatan kerjanya
sebelum berundur dari JIM. Ingatan dan amanat mantan tidak
akan dilupakan atas jasa dan kepimpinan beliau mencorakkan
JIM di persada dunia.
JIM Johor sentiasa dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti
kesukanan mahupun kemasyarakatan. Tahniah bagi pasukan
Kesatria Hitam yang mewakili JIM Johor muncul sebagai naib
johan perbarisan kategori badan kerajaan dan tempat ketiga
sepanduk terbaik di majlis Maulidur Rasul Peringkat Negeri
Johor. Tahniah juga kepada pasukan Setia Bakti, Koir JIM Johor
dalam meraih persembahan terbaik di Pertandingan Koir
Permata Selatan. Tahniah juga kepada peserta-peserta
Kejohanan Bowling Piala PINJ dan juga peserta Hari Sukan
Negara yang menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi di
pertandingan tersebut.
Buat rakan seperjuangan warga JIM Johor pada masa akan
datang didoakan agar tuan-tuan dan puan-puan dapat terus
menyumbangkan tenaga serta idea dalam merealisasikan
majalah Jendela Selatan dengan lebih kreatif lagi. Selamat
datang tahun 2019 dengan penuh harapan kejayaan yang lebih
untuk kita semua.
Sekian, terima kasih.
     Dato’ Rohaizi bin Bahari
            Pengarah Imigresen Negeri Johor
                                                         5
LAPORAN : PI NABIHAH MOHAMMAD
                                                                                                                                   JURUGAMBAR : PI NOOR REDZUAN & PI RONNY
LAWATAN KERJA
EXCO PEMBANGUNAN WANITA
 DAN PELANCONGAN NEGERI JOHOR
    Laporan & Jurugambar : PI Firdaus Irwan bin Tasim
    (Kompleks Sultan Abu Bakar)
   Pada 7 Jun 2018, Pejabat Imigresen Kompleks Sultan
   Abu Bakar, Gelang Patah telah menerima kunjungan
   daripada Exco Pembangunan Wanita Dan Pelancongan
   Negeri Johor, YB Liow Cai Tung.
   YB Liow dan rombongan hadir dalam sesi lawatan kerja
   bagi meninjau keadaan di Kompleks Sultan Abu Bakar
   khususnya berkenaan isu-isu berkaitan kesesakan dan
   perjalanan sistem Mbike yang mana objektif lawatan
   berkenaan sebagai mengenalpasti masalah kesesakan
   yang berlaku di Kompleks Sultan Abu Bakar.
   Rombongan telah disambut oleh Pengarah Imigresen
   Negeri Johor, YH Dato’ Rohaizi bin Bahari dan Timbalan
   Pengarah Imigresen Negeri Johor iaitu Pn. Maej Mastura
   binti Mohamed manakala sesi penerangan ringkas
   sepanjang tinjauan telah disampaikan oleh Ketua
   Pejabat Imigresen KSAB, Puan Azura binti Muhammed
   Kifli.
   Kehadiran beliau mendapat perhatian daripada semua
   kakitangan dan pegawai imigresen KSAB. Selain
   membuat lawatan ke kaunter-kaunter pemeriksaan,
   beliau secara terbuka memberi perhatian sepenuhnya
   berkaitan kebajikan dan keselesaan pegawai semasa
   bertugas.
   Pihak pengurusan Pejabat Imigresen KSAB
   merakamkan jutaan terima kasih di atas keprihatinan
   YB Liow Cai Tung kerana dapat meluangkan masa
   melawat ke Pejabat Imigresen KSAB dan berharap
   program lawatan ini dapat diteruskan dari masa ke
6 semasa.
Disediakan : PI Hasni Sahar
Jurugambar : PI Ronny Asun
LAWATAN KERJA
PENGARAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
KE BANGUNAN SULTAN ISKANDAR
Pada 26 Julai 2018 JIM Johor telah menerima
kunjungan daripada Pengarah Bahagian Pengurusan
Sumber Manusia iaitu Tuan Syamsul Badrin bin
Mohshin.
Lawatan kerja selama sehari dimulakan dengan
tinjauan ke Bangunan Sultan Iskandar (BSI) bagi
melihat kesesakan terutama di waktu pagi. Tuan
Syamsul Badrin telah di bawa melawat sekitar
kaunter pemeriksaan di laluan motosikal, bas serta
pemeriksaan keretapi JB Sentral. Taklimat ringkas
telah disampaikan oleh Tuan Dairin Unsir selaku
Ketua Imigresen BSI.
Pada jam 10.00 pagi sesi lawatan PBC diteruskan lagi
ke Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas dan sesi
penerangan ringkas telah disampaikan oleh Timbalan
Komandan iaitu Tuan Sarbini bin Kamari. Selepas
hampir sejam di Depot Tahanan Imigresen Pekan
Nenas rombongan PBC terus di bawa melawat ke
Pejabat Imigresen Kukup.
Rombongan PBC tiba di Pejabat Imigresen Kukup
tepat jam 1.15 petang dan telah di bawa meninjau
sekitar pejabat operasi serta kaunter pemeriksaan di
Terminal Feri. Sepanjang lawatan di Pejabat
Imigresen Kukup taklimat pejabat telah di sampaikan
oleh Tuan Yusdi bin Morshidi selaku Ketua Imigresen
Kukup. Sesi lawatan Pengarah PBC tamat pada jam
3.30 petang.
                                                                                                            7
SUDUT
Kesihatan
DR. CHRISTIAAN BARNARD
Pemindahan Jantung
Pertama DiDunia
DISEDIAKAN : PI Mohd Hazley Sultan Mohd
SUMBER : Http://www.Sentiasapanas.Com/2018/04/pemindahan-jantung-pertama-di-dunia
   Pada 3 Disember 1967, di bilik bedah          Karier awal                                       Persaraan dan kematian Christiaan
   Hospital Groote Schuur di Cape Town, Afrika   Pada tahun 1956, beliau menerima biasiswa dua     Barnard bersara sebagai Ketua Jabatan
   Selatan, Dr. Christiaan Barnard menjalankan   tahun untuk latihan pasca siswazah dalam          Pembedahan Kardiotorasik di Cape Town
   pembedahan pemindahan jantung pertama di      pembedahan kardiotorasik (jantung) di Universiti  pada tahun 1983 selepas menghidap
   dunia apabila memindahkan jantung Denise      Minnesota, Minneapolis, Amerika Syarikat (AS) di  artritis reumatoid (gangguan keradangan
   Darvall, 25, yang maut akibat kemalangan      bawah pakar jantung, Dr. Walt Lillehei. Pada      kronik yang menjejaskan banyak sendi)
   jalan raya kepada Louis Washkansky, 55.       tahun 1958, beliau menerima Ijazah Sarjana        di bahagian tangan, yang sekali gus
                                                 Sains Pembedahan dan dianugerahkan Ijazah         menamatkan kariernya. Christiaan
   “Pemindahan jantung bukan perkara besar       Doktor Falsafah pada tahun sama. Christiaan       Barnard meninggal dunia pada 2
   dalam pembedahan. Hakikat yang lebih          Barnard menyifatkan tempoh dua tahun yang         September 2001, semasa bercuti di
   penting adalah saya bersedia mengambil        dihabiskan di AS adalah yang paling menarik       Paphos, Cyprus. Laporan awal
   risiko. Falsafah saya ialah risiko terbesar   dalam hidupnya. Sekembalinya di Afrika Selatan    menunjukkan beliau meninggal dunia
   dalam hidup adalah tidak mengambil risiko.”   pada tahun 1958, beliau dilantik sebagai pakar    akibat serangan jantung, tetapi hasil
   – Christiaan Barnard.                         bedah kardiotorasik di Hospital Groote Schuur,    bedah siasat menyatakan kematiannya
                                                 dan mewujudkan unit jantung pertama di            adalah disebabkan serangan asma yang
   Latar belakang.                               hospital itu. Selama beberapa tahun selepas itu,  teruk.
   Christiaan Neethling Barnard dilahirkan pada  beliau kerap dinaikkan pangkat dan terkenal
   8 November 1922 di sebuah kampung di          sebagai seorang pakar bedah terbaik yang          Antara buku tulisan Christiaan Barnard:
   Beaufort West di Afrika Selatan dan           banyak menyumbang kepada rawatan penyakit
   dibesarkan dalam keadaan miskin bersama       jantung.                                          The Donor
   empat lagi adik beradiknya yang lain.                                                           Your Healthy Heart
   Bagaimanapun, salah seorang adik              Pemindahan jantung pertama di dunia.              The Best Medicine
   beradiknya meninggal dunia akibat masalah     Selepas lebih 10 tahun menjalankan                50 Ways to a Healthy Heart
   jantung ketika berusia 5 tahun. Selepas       pembedahan jantung, Christiaan Barnard            Body Machine
   tamat Sekolah Tinggi Beaufort West pada       bersedia menerima cabaran yang lebih besar
   tahun 1940, beliau melanjutkan pelajaran      iaitu pemindahan jantung manusia. Seorang
   dalam bidang perubatan di University of Cape  pesakit Louis Washkansky yang mengalami
   Town Medical School, di mana beliau           masalah jantung bersetuju untuk menjalani
   memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perubatan      pembedahan pemindahan jantung selepas
   dan Sarjana Muda Pembedahan (MBChB)           menemui penderma yang sesuai. Pembedahan
   pada 1953. Dengan harapan untuk mengejar      pemindahan jantung pertama di dunia dilakukan
   kepentingan penyelidikan dan mendapat         pada 3 Disember 1967 dalam satu operasi yang
   kemahiran baru serta pengalaman, beliau       dibantu adiknya Marius Barnard. Pembedahan
   mendaftar University of Minnesota Medical     mengambil masa selama sembilan jam bersama
   School in 1955. Selepas dua tahun pengajian,  pasukan yang terdiri daripada 30 orang doktor
   beliau dianugerahkan ijazah kedoktoran dan    pakar dan pembantu perubatan. Kejayaan
   kembali ke negara asalnya untuk memulakan     pembedahan itu diraikan di seluruh dunia dan
   kerjaya sebagai pakar bedah jantung.          beliau mendapat perhatian media serta menjadi
                                                 terkenal pada ketika itu. Daripada tahun 1967
8                                                hingga 1973, beliau telah melakukan 10
                                                 pemindahan orthotopic dan Barnard juga
                                                 merupakan orang pertama yang melakukan
                                                 pemindahan jantung heterotopic. Sebanyak 49
                                                 pemindahan jantung heterotopic dilakukan di
                                                 Cape Town antara tahun 1975 dan 1984.
SESI BUAL BBeICrsAaRmAa
                                 KETUA SETIAUSAHA NEGARA
Laporan : PIK Mohd Hanafi Jonet
Jurugambar : PI Ronny Asun
Pada 7 Oktober 2018, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa
Persada Johor telah berlangsung Sesi Bual Bicara Bersama Penjawat
Awam Negeri Johor bersama YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail bin Haji
Bakar, Ketua Setiausaha Negara.
Majlis yang bermula pada jam 2.00 petang itu telah di hadiri oleh
penjawat-penjawat awam Negeri Johor yang terdiri daripada kalangan
kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan.
Salah satu isu yang diketengahkan adalah berkaitan kenaikan gaji
yang dijanjikan kerajaan sebelum ini. YBhg. Datuk Seri KSN
menjelaskan isu sedemikian akan di lihat semula memandangkan
bebanan hutang (negara) yang tinggi.
Pada April lepas, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-16 (Mappa XVI)
di Putrajaya, mengumumkan kenaikan satu gaji tahunan untuk kira-
kira 1.6 juta penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai lepas.
Pemberian kenaikan gaji itu sebagai menghargai jasa dan
pengorbanan serta penat lelah para penjawat awam sebagai kawan
setia kerajaan dan kenaikan tersebut melibatkan implikasi kewangan
sebanyak RM1.46 bilion.
YBhg. Datuk Seri juga menjelaskan berkaitan cadangan kerajaan
untuk mengecilkan beberapa agensi-agensi kerajaan melalui
beberapa buah fasa yang mana pada fasa ke dua ini kerajaan akan
melihat dari segi fungsi beberapa agensi yang terlibat.
                                                                      9
Korban danAqiqah
 PERDANA 1439H
 IMIGRESEN JOHOR
 23 Ogos 2018
10
11
Laporan : PI Shah Rita Jalal
                                                                                                                                                               Jurugambar : PI Ronny Asun
                                  KURSUS
                           PEMERIKSAAN
                               DOKUMEN
                                 TAHAP 1, BANGUNAN SULTAN ISKANDAR
    Pada 27-29 Ogos 2018, Bahagian Komunikasi & Khidmat
    Korporat melalui Unit Pemeriksaan Dokumen menganjurkan
    Kursus Pemeriksaan Dokumen Tahap 1, Siri : 02/2018.
    Kursus yang berlangsung di Bilik Taklimat Unit Kualiti dan
    Latihan, Pejabat Imigresen Bangunan Sultan Iskandar telah
    dirasmikan pembukaannya oleh Tuan Abd. Rahim Chung,
    Timbalan Ketua Imigresen Bangunan Sultan Iskandar.
    Seramai 25 orang kakitangan JIM Johor pelbagai gred (KP19
    hingga KP29) telah diberi peluang mengikuti kursus tersebut
    yang telah berlangsung selama 3 hari.
    Seperti kursus-kursus pemeriksaan dokumen yang telah
    dijalankan, para peserta telah diberikan tunjuk ajar berkenaan
    topik Profiling & Impostor, teknik pemeriksaan dokumen
    khususnya mengenal pasti bentuk penyamaran dan
    pemalsuan sesuatu dokumen perjalanan / pasport. Disamping
    itu juga, mereka didedahkan dengan aspek-aspek
    keselamatan yang khusus terdapat di dalam sesuatu
    dokumen perjalanan / pasport.
    Bagi mengenal pasti keberkesanan kursus, peserta telah
    dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi tujuan latihan
    amali serta diwajibkan menduduki ujian tahap 1, ini adalah
    bertujuan menguji pemahaman aspek berkaitan dan ciri-ciri
    keselamatan dan corak pemalsuan yang terdapat dalam
    sesuatu dokumen perjalanan atau pasport.
    Sesi latihan dan amali juga dijalankan bagi dimana setiap
    kumpulan telah mempamerkan hasil perbincangan mereka
    berkaitan aspek keselamatan dan juga unsur-unsur
    penyamaran di dalam sesi latihan dan amali yang dijalankan.
12
KURSUS PEMERIKSAAN DOKUMEN
TAHAP 1, BANGUNAN SULTAN ISKANDAR
                                                    13
&SEPMEINNCAERGIANHTEAGNRRITAISUAH
 DISEDIAKAN : UNIT INTEGRITI JIM JOHOR
         “Individu yang berintegriti akan tetap mematuhi            Puan Nurhidayah binti Nordin, Penguasa daripada
         peraturan, kerana takrif integriti memerlukan individu     Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dibantu
         bertingkah laku berdasarkan prinsip moral dan nilai-nilai  dengan beberapa penceramah SPRM telah memulakan
         etika, tanpa mengambil kira sama ada dilihat ataupun       taklimat pada pagi tersebut dengan tajuk “Rasuah
         tidak. Justeru, untuk menjadi manusia yang berintegriti    Bilakah Akan Berakhir”. Beliau memberi pendedahan
         memerlukan seseorang individu itu menjadi manusia          kepada peserta berkaitan fungsi SPRM, Akta SPRM dan
         yang bermoral dan beretika dalam semua aspek               beberapa contoh kesalahan dan hukuman yang telah
         kehidupan pada setiap masa malah usaha                     diterima oleh pesalah rasuah selain berkongsi
         pembudayaan integriti perlu dipertingkatkan dalam          pengalaman beliau semasa bertugas di Bahagian
         pengurusan pentadbiran agar menjadi pemangkin              Siasatan SPRM.
         kecemerlangan dalam organisasi”.
                                                                    Beliau turut menasihatkan agar JIM Johor selaku salah
         Pada 9 September 2018, Unit Integriti Jabatan Imigresen    satu agensi penguatkuasaan sentiasa menjaga nama
         Malaysia Negeri Johor telah menganjurkan Seminar           baik dan imej jabatan agar tidak terjebak dengan
         Integriti Pencegahan Rasuah Jabatan Imigresen Malaysia     sebarang bentuk perlakuan rasuah, penyelewengan dan
         Negeri Johor. Seminar yang berlangsung selama satu hari    salah guna kuasa.
         telah berlangsung di Auditorium Aras 6 dan Dewan
         Serbaguna, Kompleks KDN Setia Tropika. Objektif utama      Pada sebelah petang pula, telah diadakan sesi latihan di
         seminar yang diadakan setiap tahun ini adalah bertujuan    mana setiap peserta dibahagikan kepada beberapa
         bagi memupuk sikap integriti serta akauntabiliti           kumpulan bagi pembentangan kertas kerja. Aspek
         khususnya dikalangan penjawat awam prinsip yang perlu      perbincangan adalah merangkumi kajian akta atau kes
         ada dalam setiap penjawat awam dalam melaksanakan          berkaitan kesalahan rasuah. Penyampaian cenderahati
         tugas dan tanggungjawab mereka.                            telah disempurnakan oleh KTPP Puan Fadlin binti Atan
                                                                    selaku ketua Unit Integriti JIM Johor.
         Para peserta yang terdiri daripada kakitangan JIM Johor
         pelbagai pangkat mula mendaftar seawal jam 7.45 pagi       Ucapan penghargaan dan tahniah kepada semua peserta
         dan tepat jam 8.30 pagi program dimulai dengan bacaan      yang hadir pada seminar tersebut. Semoga program
         doa oleh PIK Azha bin Nawi.                                seperti ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan.
14
15
INFO               Disediakan : PIK Hasni Sahar
                       Sumber : Https://Mediawanitamaya.Com
    Sains & Teknologi  Dan Portal:robotik/Pengenalan
Robot adalah sebuah elektro-mekanik atau               Antara bidang yang banyak menggunakan robotik adalah mempercepat
biomekanik peranti yang boleh melakukan autonomi       proses rawatan perubatan. Dalam bidang ini, robotik membantu
atau tugas terancang. Dalam erti kata lain Robot       manusia untuk menganalisis dan mendiagnosis pelbagai jenis penyakit
membawa maksud sebuah alat mekanik yang dapat          seperti pertumbuhan kanser. Selain itu, penggunaan robotik juga penting
melakukan tugas secara fizikal, baik menggunakan       dalam membantu doktor menjalankan pembedahan dalam bahagian
pengawasan dan kawalan manusia, ataupun                tubuh manusia yang sensitif dan sukar dijalankan dengan tangan.
menggunakan program yang telah didefinisikan
terlebih dulu.                                         Penggunaan ini turut membawa kepentingan dalam bidang ketenteraan.
                                                       Jelas sekali bahawa teknologi ini membantu tentera mengesan bom,
Peranan robot merujuk kepada pelbagai mesin, ciri-     periuk api dan sebagainya. Selain itu, ianya juga memainkan peranan
ciri umum iaitu bahawa mereka semua mampu              penting sebagai ejen perisikan dan mengesan segala pergerakan yang
melakukan tugas secara fizikal. Robot mengambil        dirancang oleh musuh.
berbagai bentuk, mulai dari humanoid, yang meniru
bentuk manusia dan cara bergerak, ke industri, yang    Apa yang menarik teknologi ini juga adalah dapat meningkatkan
penampilan ditentukan oleh fungsi mereka untuk         ketahanan dan pertahanan negara kerana ianya penting dalam bidang
melakukan. Robot boleh dikumpulkan pada                Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) sekaligus membantu para saintis
umumnya seperti robot bergerak (misalnya               menjalankan penyelidikan saintifik memandangkan teknologi ini
kenderaan autonomi), robot manipulator (misalnya       berfungsi dengan lebih cepat, berkesan dan efektif.
industri robot) dan robot konfigurasi semula sendiri,
yang boleh sesuai diri untuk tugas di tangan.          Selain membantu dalam meningkatkan pengeluaran barang, teknologi
                                                       robotik turut meningkatkan mutu dan kualiti keluaran dan setanding
Malaysia tidak ketinggalan memanfaatkan                dengan piawaian antarabangsa.Teknologi seperti pembajak sawah juga
penggunaan robotik sebagai salah satu keperluan        adalah satu satu robotik yang digunakan pada masa kini. Ianya
yang menyokong teknologi di bidang perindustrian       berfungsi sebagai penuai yang amat berkesan pada masa kini.
termasuk sektor pembuatan, pengeluaran serta
perubatan.                                             Jelas sekali, teknologi robotik merupakan satu keperluan yang penting di
                                                       Malaysia bahkan diseluruh dunia. Fakta ini tidak dapat dinafikan. Kita,
Penggunaan robotik dilihat semakin popular kerana      sebagai rakyat Malaysia haruslah bersyukur apabila negara kita bangkit
penggunaannya yang membawa kepentingan dalam           berdiri bersama-sama dengan negara membangun yang lain. Perkara ini
pelbagai bidang. Selain itu, perkembangan ini turut    seharusnya kita banggakan kerana lahir di sebuah negara yang stabil
dapat dilihat dalam kalangan syarikat tempatan yang    dalam setiap aspek kehidupan.
dikatakan berupaya menggantikan sesetengah tugas
yang pada masa ini dilakukan manusia.
Untuk memperkukuhkan kepakaran teknologi
robotik, Malaysia mengambil inisiatif menjalankan
beberapa kerjasama dengan negara seperti China
yang melabur di negara ini untuk penambahan dan
peningkatan kemahiran teknikal serta ilmu berkaitan
teknologi ini.
16
Laporan : PI Hasni Sahar
Jurugambar : PI Ronny Asun
04 November 2018 – YDH Datuk Mohd Khalil bin Kader
Mohd, Ketua Polis Johor telah hadir sebagai Panel bagi
Program “Town Hall Discussion” PDRM Johor yang telah
diadakan di Dewan TNB Kempas, Jalan Dataran Utama,
Taman Kempas.
YDH Ketua Polis Johor dalam dialog tersebut telah
memberi maklum balas berkaitan peranan Polis dan cara
mengatasi isu-isu yang dikemukakan. Program ini
mendapat respon yang baik dari masyarakat setempat.
Program dihadiri oleh, YB Dato’ Haji Osman bin Haji
Sapian, Menteri Besar Johor, YBhg Dato’ Rohaizi bin Bahari
Pengarah Imigresen Johor, YDH DCP Dato’ Mohd
Kamarudin bin Md Din, Timbalan Ketua Polis Johor, YBhg
Tuan Haji Muhd Faizal bin Maksom, Penolong Pengarah
Unit Penguatkuasaan AADK Negeri Johor, YDH ACP Mohd
Taib Mohd, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara dan YDH
ACP Dzulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Daerah Iskandar
Puteri. Turut sama hadir pada majlis tersebut adalah
ketua-ketua jabatan peringkat persekutuan, negeri dan
Majlis Tempatan, ahli-ahli politik, pertubuhan NGO Johor
serta para pengamal media.
                                                                                                          17
Laporan : PIK Hasni Sahar
    Jurugambar : PIK Mohd Hanafi Jonet
 PROGRAM CSR
 PSTEUJALABNATG ILMAIUGTRESEN
   “Secara umumnya, tanggungjawab sosial korporat atau
   Corporate Social Responsibility (CSR) bermaksud
   kewajipan pengurusan sesebuah organisasi untuk
   membuat keputusan dan mengambil tindakan yang
   akan membantu dalam kebajikan dan kebaikan kepada
   masyarakat dan juga organisasi. CSR juga merupakan
   komitmen bagi mempertingkatkan kesejahteraan rakyat
   serta meningkatkan imej organisasi “
   Menyedari hakikat itu, pada 20 Oktober 2018 telah
   berlangsung Program CSR Membersihkan Kawasan
   Perkuburan Kebun Teh, Taman Kurnia, Johor Bahru,
   anjuran bersama Pejabat Imigresen Stulang Laut dan
   penduduk Kampung Kurnia berserta Jawatankuasa
   Surau Kurniawati.
   Program pada pagi tersebut dimulakan dengan ucapan
   alu-aluan Pengerusi Surau Kurniawati dan ucapan balas
   daripada Ketua Imigresen Stulang Laut, PPI Puan Hayati
   binti Baharom
   Seramai 25 orang kakitangan Pejabat Imigresen Stulang
   Laut dan 30 orang penduduk Kampung Kurnia
   mengambil bahagian dalam kerja-kerja pembersihan
   sekitar surau serta kawasan perkuburan.
   Program CSR tamat dengan jayanya pada jam 12.30
   tengahari diikuti dengan dengan sesi bergambar
   bersama penduduk dan Jawatankuasa Surau
   Kurniawati.
   Semoga dengan terlaksananya program dan aktiviti
   sedemikian dapat mewujudkan jalinan silaturahim serta
   ikatan ukhwah antara Imigresen dan penduduk
   setempat.
18
PROGRAM CSR
PEJABAT IMIGRESEN
SPTROUGLRAAMNCGSRLAUT
 PEJABAT IMIGRESEN
STULANG LAUT
                                                                                                         19
Laporan : PIK Hasni Sahar
     Jurugambar : PIK Mohd Hanafi Jonet
HARI SUKAN NEGARA
             JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI JOHOR
     Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan
     pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan
     Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan
     Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian
     Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah
     pro aktif didalam proses transformasi ke arah
     mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai
     sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).
     Pada 13 Oktober 2018 bertempat di Impian Sports
     Johor Bahru telah berlangsung Kejohanan
     Tendangan Penalti Futsal 2018 anjuran bersama
     Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor dan
     Kelab Kebajikan dan Sukan Imigresen Johor
     (KKSIJ). Acara yang bermula pada jam 9.00 pagi
     itu disertai 30 pasukan yang terdiri daripada
     pejabat-pejabat cawangan, bahagian serta unit
     sekitar negeri Johor dan sebanyak 2 (dua) kategori
     telah dipertandingkan iaitu kategori lelaki dan
     wanita.
     Setinggi-tinggi tahniah kepada Pasukan (Kategori
     Lelaki) D’Lipark daripada Kompleks Sultan Abu
     Bakar dan Pasukan Redbook (Kategori Wanita)
     kerana berjaya muncul sebagai johan bagi 2
     kategori yang dipertandingkan. Kejohanan pada
     hari itu tamat dengan jayanya pada jam 1.00
     petang dan diakhiri dengan sesi bergambar bagi
     semua pasukan.
     Adalah diharapkan budaya sukan dan hidup sihat
     dapat dipupuk dikalangan kakitangan JIM Johor
     serta meningkat pembangunan ekonomi negara
     melalui pembangunan industri sukan disamping
     meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan
     kakitangan.
     ‘Majulah Sukan Untuk Negara’
20
21
Laporan : TPPI Nor Hairunnisak bt. Mahadun (Bhg. Pekerja Asing)
      Jurugambar : PIK Hanafi Jonet & PIK Hasni Sahar
                BOWLING
                PIALA
                PINJ 2019
                                                                                          Kejohanan Tenpin Bowling peringkat Jabatan telah
                                                                                          dilaksanakan dengan jayanya di Lite Superbowl, Pelangi Leisure
                                                                                          Mall, Johor Bahru. Kejohanan yang diadakan pada 3 November
                                                                                          2018 itu merupakan anjuran bersama Bahagian Pekerja Asing
                                                                                          dan Kelab Kebajikan Sukan Imigresen Johor dan disertai 120
                                                                                          peserta yang terdiri daripada pasukan-pasukan yang mewakili
                                                                                          pejabat dan bahagian.
                                                                                          Kejohanan ini telah dimulakan pada jam 8.00 malam dengan
                                                                                          bacaan doa oleh PI Mohd Hanafi Shah bin Norman Shah dan
                                                                                          ucapan perasmian oleh Pengarah Imigresen Negeri Johor (PINJ)
                                                                                          Dato’ Rohaizi bin Bahari.
                                                                                          Majlis dimeriahkan lagi dengan penyampaian hadiah cabutan
                                                                                          bertuah serta disusuli dengan upacara penyampaian hadiah
                                                                                          kepada para pemenang yang telah disempurnakan oleh PINJ.
                                                                                          Tahniah dan syabas kepada Johan Kejohanan iaitu pasukan BSI
                                                                                          A, yang membawa pulang wang tunai RM300 dan Piala
                                                                                          Pusingan dan Iringan. Tahniah juga kepada Naib Johan iaitu
                                                                                          pasukan BSI B serta tempat ke-3 pasukan daripada BSI D.
                                                                                          Turut sama dipertandingkan pada kejohanan tersebut adalah
                                                                                          kategori lelaki terbaik dan juga individu wanita terbaik.
22
Kejohanan
BOWLING PIALA
PINJ 2019
                                                                               23
Laporan : PI Asanudin Aripa (Unit Latihan)
    Jurugambar : PI Ronny Asun
       Maulidur Rasul tahun ini disambut di seluruh negara dengan
       pengisian pelbagai program bagi melahirkan kecintaan
       terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
       Pada 20 November 2018 bertempat di Mersing telah
       berlangsung Sambutan Maulidur Rasul 1440H Peringkat
       Negeri Johor. Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor tidak
       ketinggalan menjayakan sambutan tersebut dengan
       menghantar seramai 30 orang pegawai dalam perarakan
       tersebut.
       Seramai 7,000 orang yang mewakili pelbagai agensi dan
       badan-badan kerajaan mula berkumpul seawal jam 6.30 pagi
       bagi acara perarakan yang bermula di hadapan Sekolah
       Menengah Sri Mersing. Perarakan sejauh satu kilometer
       diketuai YAM Tengku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar
       Sultan Ibrahim yang mewakili ayahandanya Sultan Johor
       Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar. YAM Tunku
       Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim
       diiringi oleh Menteri Besar Johor, Datuk Osman bin Sapian,
       exco-exco kerajaan negeri serta ketua-ketua jabatan.
       Perarakan pada pagi itu tamat pada jam 10.00 pagi yang
       berakhir di perkarangan Masjid Jamek Mersing.
       Majlis sambutan diteruskan di Masjid Jamek Bandar Mersing
       dengan selawat, bacaan ayat suci al-quran serta ceramah dan
       diakhiri dengan penyampaian hadiah perarakan dan pakaian
       terbaik.
       Tahniah kepada kontijen JIM Johor kerana mendapat tempat
       Naib Johan dalam perbarisan kategori badan kerajaan serta
       tempat ke-3 Sepanduk Terbaik bagi kategori yang sama.
24
PMeArUinLgIDkUaRt NReAgSeUrLi J14o4h0oHr
                                                                                                           25
Laporan : PIK Mohd Hanafi Jonet
Jurugambar : PI Ronny Asun
                                                                              Disediakan oleh : PI Riszianty Sugiri
                                                                Jurukamera : PI Ronny Asun & PI Noor Redzuan
    16 Disember 2018 – Bertempat di Auditorium Kompleks         Beliau juga menyampaikan amanat agar berterusan
    KDN, Setia Tropika telah diadakan Perhimpunan Setia         mengamalkan budaya integriti dan kertertanggungjawaban
    Berjasa JIM Johor bil : 12/2018 anjuran bersama Pejabat     dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.
    Imigresen Stulang Laut, Bahagian Komunikasi dan Khidmat
    Korporat serta Unit Khas Pengarah.                          Dipentas yang sama juga, telah menyaksikan penampilan
                                                                istimewa Dato’ Seri KP mempersembahkan puisi khusus
    Perhimpunan Setia Berjasa JIM Johor kali ini adalah amat    untuk warga JIM Johor yang mana diakhir persembahan
    bermakna bersempena dengan siri kunjungan Ketua             mendapat tepukan gemuruh dari warga JIM Johor.
    Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, YBhg Dato’ Seri Haji
    Mustafar bin Haji Ali sebelum mengundurkan diri dari JIM.   Dato’ Seri KP juga diberikan penghormatan untuk
    Sudah pasti kehadiran beliau sedikit sebanyak meninggalkan  menyampaikan sijil penghargaan kepada badan-badan
    nostalgia dan amanat terakhir beliau sebelum beliau         kebajikan dan orang perseorangan yang terlibat dalam siri
    mengetuai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional        Khidmat Masyarakat (CSR) JIM Johor. JIM Johor amat
    (NAFCC).                                                    menghargai penglibatan dan sokongan yang telah diberikan
                                                                oleh Persatuan Sinar Sofea, Rumah Amal Baitul Maghfirah,
    Kehadiran beliau disambut oleh Puan Maej Mastura binti      Surau Kurniawati dan Sekolah Kebangsaan Kompleks UDA
    Mohamed, Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Johor dengan    yang telah memberikan ruang kepada program CSR JIM
    lawatan ke Galeri JIM Johor sebelum bergerak ke Auditorium  Johor.
    KDN, Aras 6 bagi merasmikan Perhimpunan Setia Berjasa JIM
    Johor bagi bulan Disember 2018. YBhg Dato’ Seri telah       JIM Johor mengambil kesempatan di atas kunjungan rasmi
    disambut dengan pemeriksaan kawalan kehormat pasukan        Dato’ Seri KP dengan mengadakan pelancaran buku CSR
    kawad Kesatria Hitam, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri     JIM Johor dalam majlis tersebut, Sebagai tanda kenang-
    Johor (JIM Johor).                                          kenangan dan penghargaan atas kepimpinan Dato’ Seri KP,
                                                                Puan Maej Mastura, Timbalan Pengarah Imigresen Negeri
    Majlis perhimpunan Setia Berjasa diserikan lagi dengan      Johor menyampaikan senaskah buku Membina Nilai Insan,
    persembahan “War Cry” oleh Kesatria Hitam JIM Johor yang    Program CSR JIM Johor kepada beliau.
    mana Dato’ Seri KP amat teruja dengan persembahan
    tersebut dan dizahirkan dalam ucapan perasmian              Siri lawatan beliau diakhiri dengan jamuan kudapan pagi
    perhimpunan tersebut.                                       serta lawatan ke setiap bahagian JIM Johor di Kompleks
                                                                KDN pada hari tersebut.
26
PERHIMPUNAN
                      27
Laporan : TPPI Azharuddin Maliki (Koir Setia Bakti)
     Jurugambar : PI Ronny Asun
     Pada 17 Oktober 2018, bertempat di Auditorium
     Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar,
     Johor Bahru telah berlangsung Pertandingan Koir
     Permata Selatan Johor FM. Pertandingan yang juga
     anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah
     Selatan, Majlis Bandaraya Johor Bahru serta Johor FM
     adalah bersempena dengan Gerakan Dekad Bahasa
     Kebangsaan 2018.
     Pertandingan disertai 6 agensi yang mewakili badan
     kerajaan persekutuan, berkanun dan juga kerajaan
     negeri. Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor tidak
     ketinggalan menyertai pertandingan tersebut dengan
     menghantar kumpulan koir Setia Bakti yang dianggotai
     seramai 25 orang kakitangan.
     Kumpulan Koir Setia Bakti yang dipimpin oleh TPPI
     Azharuddin bin Maliki telah membawa 2 lagu iaitu
     Bahasa Jiwa Bangsa dan lagu Perwira.
     Keputusan pertandingan, kumpulan koir Majlis
     Perbandaran Kulai telah muncul sebagai johan
     pertandingan diikuti Kumpulan Koir MBJB ditempat
     kedua, kumpulan koir Jabatan Kastam Diraja Malaysia
     Negeri Johor ditempat ketiga manakala kumpulan koir
     Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor meraih
     tempat keempat.
     Persembahan koir terbaik diberi kepada Jabatan
     Imigresen Malaysia Negeri Johor dengan membawa
     pulang cek RM500 dan piala kemenangan, manakala
     konduktor terbaik adalah dari kumpulan koir Lembaga
     Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). Setinggi-tinggi
     syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta
     dan pemenang.
28
Laporan : PIK Hasni Sahar
Jurugambar : PI Ronny Asun
MAJLIS SANJUNGAN BUDI 2018
Imigresen JOHOR
Bertempat di Brick Café, Johor Bahru telah berlangsung Majlis        29
Lambaian Kasih Sanjungan Budi JIM Johor. Majlis yang diadakan
pada 13 November 2018 itu bagi meraikan pertukaran dan
persaraan pegawai-pegawai kanan JIM Johor.
Antara pegawai yang diraikan adalah Tuan Huzaimi Amir bin
Zainuddin, Puan Noraida binti Nassim, Tuan Ab. Rahim Chung, Tuan
Masri bin Adul, Tuan Sarbini bin Kamari, Tuan Abd. Syukor bin
Mariun serta Pn. Lee Suat Hooi yang bersara wajib berkuatkuasa
Oktober 2018.
Majlis yang bermula pada jam 3 petang dimulai dengan bacaan doa
oleh Tuan Norhisham bin Murujan serta diikuti ucapan alu-aluan oleh
YH. Dato’ Rohaizi bin Bahari, Pengarah Imigresen Negeri Johor. Tuan
Huzaimi Amir telah diberi kesempatan untuk menyampaikan ucapan
sebagai mewakili pegawai-pegawai yang diraikan pada petang
tersebut.
Kemuncak majlis adalah acara penyampaian cenderahati diikuti
dengan jamuan petang yang telah disediakan oleh pihak
jawatankuasa penganjur.
Selamat maju jaya kepada pegawai kanan yang diraikan,
Kuning Emas Masaknya Padi
Mawar Merah Dalam Jambangan
Terima Kasih Daun Keladi
Budi Tuan Jadi Kenangan
Disediakan : PIK Hasni Sahar                                                            SUDAgUamTa
Sumber : Http://Www.Utusan.Com.My 26.06.2016
                                              PUASA
IBADAH puasa memberikan banyak                Rasulullah SAW bersabda:“Berpuasalah      “Perbezaan antara puasa kami dengan
keistimewaan kepada kehidupan yang lebih      nescaya kamu menjadi sihat,”- Riwayat     puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah
sihat. Antaranya dapat merehatkan organ       Tabrani.                                  adanya makan sahur,”- Riwayat Bukhari dan
penghadaman dan pernafasan. Kesemua                                                     Muslim.
organ dalaman ini bekerja dengan gigih        Puasa dapat menghindarkan penyakit yang
sepanjang 11 bulan dan semasa Ramadan         datang daripada makanan yang dimakan.     Sunnah Nabi SAW agar sahur dilewatkan
memberikan peluang kepada ‘jentera’ tubuh     Sabda Rasulullah SAW: “Perut itu adalah   amat signifikan kerana ia menepati waktu
itu untuk memulihkan kembali fungsi dan       rumah penyakit dan banyak makan itu       bersarapan pagi. Kajian menunjukkan
memastikannya mampu bekerja lebih baik.       punca segala penyakit,”- Riwayat Muslim.  makanan paling utama dalam masa 24 jam
                                                                                        ialah sarapan pagi. Menurut laporan BBC
Perut manusia bukan hanya sekadar tempat      HEBATNYA PERINTAH ALLAH                   News pada 7 Mac 2003, bersarapan pagi
                                                                                        penting untuk memelihara kesihatan
menyimpan makanan, bahkan merupakan           Ajaib sekali perintah Allah SWT ini yang  berbanding mengambil makanan pada
                                              menjadikan kita kembali sihat. Menurut    waktu lain.
pusat  menyeimbangkan  makanan.               pandangan ahli biologi, ketika perut dan
                                              usus melakukan proses pencernaan, otak    Kajian oleh Dr. Mark Pereira, pakar
Keseimbangan ini akan mudah rosak jika        tidak berfungsi dengan baik. Ini kerana   perubatan Pusat Perubatan Harvard,
                                              tenaga dan pengaliran darah tertumpu      mendapati mereka yang tidak bersarapan
makan secara berlebihan. Justeru, Rasulullah  kepada kerja-kerja penghadaman makanan.   pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit
                                              Sebab itulah apabila seseorang itu makan  jantung dan menghidap kencing manis.
SAW menyarankan supaya bersederhana           sehingga terlalu kenyang, otak menjadi    Kajian sama juga menunjukkan, mereka
                                              lemah untuk berfikir dan tubuh terasa     yang sentiasa bersarapan pagi menanggung
dalam mengambil makanan dan minuman           mengantuk serta malas.                    risiko 50 peratus lebih rendah diserang
                                                                                        masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar
iaitu satu pertiga makanan, satu pertiga air  Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran    gula dalam darah berbanding yang jarang
                                              darah tertumpu kepada otak. Ini           bersarapan pagi.
dan satu pertiga udara. Sabda baginda SAW     menjadikan otak dapat bekerja dengan
                                              lancar dan memberi peluang untuk          Ini bermaksud mereka yang selalu
daripada Miqdad bin M’adikarib mafhumnya:     melaksanakan aktiviti-aktiviti yang       bersarapan pagi, risikonya rendah untuk
                                              menggunakan mental serta fizikal yang     menghidap kencing manis. Kajian terkini
“Tidaklah memenuhkan anak Adam itu            berkesan.                                 menunjukkan paras glukosa dalam darah
sebuah bekas yang lebih jahat (hina)                                                    yang rendah selepas bangun tidur akan
melainkan bagi memenuhi perutnya,                                                       berterusan jika tidak bersarapan pagi yang
sekiranya dia makan memadai dengan                                                      memberi kesan kepada kanak-kanak
suapan kecil yang mampu menguatkan                                                      terutama dalam memberi tumpuan kepada
tulang sulbinya. Sekiranya dia dikuasai oleh                                            pelajaran.
nafsunya, maka hendaklah diisi perutnya
dengan sepertiga makanan, sepertiga                                                     Inilah realitinya beberapa kajian yang
minuman dan sepertiga nafasnya.” - Riwayat                                              menyatakan pentingnya bersarapan pagi
Ahmad, Tirmizi, Nasa’ie dan Ibnu Majah.                                                 dan kurangnya risiko mendapat penyakit
                                                                                        bagi mereka yang selalu bersarapan pagi
Puasa mendidik dan membantu sistem            Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur     dan sebaliknya boleh dikiaskan dalam
penghadaman menerima makanan serta            merupakan amalan sunat yang digalakkan.   sunnah bersahur bagi Muslim yang
minuman pada waktu yang ditetapkan            Setiap perkataan dan perbuatan sunnah     berpuasa.
sahaja. Sedangkan pada kebiasaannya,          Nabi SAW mempunyai hikmah dan
seseorang itu sentiasa menikmati hidangan     ganjarannya. Kelebihan bagi mereka yang
makanan tanpa mengira waktu dan menu. Ini     bersahur antaranya Rasulullah SAW
menjadikan perut bekerja memproses            bersabda:
makanan tanpa rehat. Para penyelidik dan
pakar ilmu perubatan menyatakan bahawa        “Makan sahur adalah barakah, maka
puasa mampu mengurangkan kadar toksin         janganlah kalian meninggalkannya
dalam badan dan secara tidak langsung         meskipun seorang antara kalian hanya
meningkatkan imunisasi melawan penyakit.      minum seteguk air,”- Riwayat Ahmad.
30
SUDUT                                               Disediakan : PI Sharifah Rabazilah Syed Rashid
                                                    Sumber : Https://Sirnakalammaya.Wordpress.Com
Sejarah
ELamnpgakaysaurka                                                                                      Langkasuka   mengamalkan  sistem
Sumber gambar                                       “Dalam buku sejarah negeri Kedah, Hikayat
Filem Queens of Langkasuka 2008                     Merong Mahawangsa, ada menyebut bahawa             pemerintahan beraja. Raja-rajanya beragama
                                                    negeri Langkasuka terbahagi kepada dua:
Langkasuka merupakan kerajaan terawal di            Sebahagian terletak di negeri Kedah iaitu          Hindu atau Buddha dan mempunyai hubungan
Tanah Melayu yang wujud sejak tahun 100             terletak di kawasan tebing sungai Merbok.
Masehi. Ia merupakan sebuah kerajaan maritim,       Sebagian lainnya terletak di sebelah timur         yang rapat dengan Kerajaan India. Raja yang
iaitu kerajaan yang terletak di persisiran pantai   Kedah, yaitu di pantai Laut China Selatan.”
dan berasaskan kegiatan ekonomi perdagangan.        (Lelaman maya: Wikipedia, 2009).                   menjadi ketua kerajaan dan dibantu oleh
Ia juga merupakan sebuah kerajaan berunsur
keindiaan dan keletakkan kerajaan Langkasuka        Empayar Langkasuka diasakan oleh putera Raja       golongan pembesar. Langkasuka tidak pernah
tidak dapat ditetapkan kerana ada beberapa          Marong Maha Wangsa, iaitu Raja Marong Maha
pendapat yang berbeza.                              Pudisat yang mungkin berasal dari India            dikuasai oleh orang lain. Pemerintah yang
                                                    (Lelaman Maya: Sabri Zain). Manakala, menurut
“Indian and Javanese texts also suggest a           Abdullah Hj. Musa Lubis, Raja Marong Maha          masyhur adalah seperti Mahawangsa dan
western kingdom. Ilangasoka is named as one of      Wangsa berasal dari suku bangsa yang lebih
Rajendra Chola’s conquests in his expedition        dekat iaitu Bangsa Burma, Khmer atau Thai. Ini     Bhagadatta.
against the Srivijaya Empire, described as a         dapat diketahui dari pelayaran Raja Marong
kingdom that that was “undaunted in fierce          Maha Wangsa bersama putera Raja Rum (Rome)         Langkasuka merupakan sebuah pusat
bales”. The Majapahit epic of 1365, the             ke negara cina untuk mengahwinkan putera           perdagangan entreport. Ia menjalankan
Nagarakartagama, described Lengkasuka as a          Raja Rum bersama tuan puteri anak Raja Cina        kegiatan perdagangannya menerusi jalan laut.
west coast state subject to the overlordship of     yang mana tidak bermula dari India. Selain         Ia juga menjadi pusat persinggahan yang
Majaphit (though it is more likely that, at the     daripada itu, beliau juga menyatakan bahawa        utama bagi pedagang-pedagang dari Arab,
time, Langkasuka was part of the territory of       nama Marong berkemungkinan besar satu              China dan negeri-negeri Kepulauan Melayu.
Majaphit’s arch-enemy Sri Vijaya).                   pindahan dari nama tempat seperti nama             Kemasyhurannya dapat dilihat dalam catatan
                                                    tempat dari kerajaan Awa (kerajaan yang jatuh      Sejarah China dimana ia dikenali sebagai Lang
Langkasuka then mysteriously disappears from        pada abad ke-15), negeri Mrohaung                  Ya-Hsiu. Bagi India, ia dikenali sebagai
wrien history – leaving only a legendary name to    (Abdullah Hj. Musa Lubis, 1964).                   Langasoka, manakala bagi Arab ia dikenali
peasant mythology.” “This account, and that of                                                         sebagai Langashuka.
other Chinese histories, describe a kingdom that    Langkasuka dikatakan mempunyai kedudukan
began in the second century A.D., located           yang strategik iaitu terletak di Timur Laut        “She was also known as the ‘great queen of
somewhere along the east coast of the Malay         Semenanjung Tanah Melayu berhampiran               Patani’. According to Jacob van Neck’s writing
Peninsula.                                          dengan Paani yang merupakan tengah-tengah          in 1604, he reported a relatively prosperous
                                                    laluan perdagangan antarabangsa. Ia telah          state under Ratu Hijau, who was “one well-
The most important piece of evidence as to its      menjadi tumpuan bagi pedagang-pedagang             disposed to merchants”. The Malay monarchy
location is provided by the Wu-pei-chih, which      sama ada dari China, India ataupun Alam            under her rule absorbed diversity of foreign
firmly places a Lang-hsi-chia to the south of       Melayu.                                            traders into a polyglot elite united by the royal
Songkla (Singora), up to the Patani River.” “Early                                                     person, a Malay lingua franca, and a paern of
Malay literature, however, is quite explicit in     “This account, and that of other Chinese           rules and sacred regalia passed down from
indicating a location on the west coast. From the   histories, describe a kingdom that began in the    courts such as Melaka and Pasai. The majority
Hikayat Marong Mahawangsa (a king who is            second century A.D., located somewhere along       of the merchants were said to be Chinese
said to have sailed from India)…”                   the east coast of the Malay Peninsula. The most    merchants, of which the most important of
(Lelaman Maya: My Malaysia wordpress, 2006)         important piece of evidence as to its location is  them, such as the leading commercial official
                                                    provided by the Wu-pei-chih, which firmly places   Datu Sirinara, had converted to Islam and
                                                    a Lang-hsi-chia to the south of Songkla            adopted Malay court etiquee. She was
                                                    (Singora), up to the Patani River.” (Lelaman       succeeded by her younger sister Ratu Biru.”
                                                    Maya: Sabri Zain)                                  (Lelaman maya: Wikipedia, 2008).
                                                                                                                                                          31
Disediakan : PIK Mohd Hanafi bin Jonet
                                                                                                                                Jurugambar : PIT Sulaiman bin Rosnan
  International Beach
  Cleanup Day 2018
         Pemeliharaan alam sekitar membawa maksud memelihara, perawatan
         dan pemuliharaan bagi mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Amalan
         kitar semula merupakan salah satu inisiatif bagi menjayakan usaha
         pemeliharaan alam sekitar untuk mencapai pembangunan lestari,
         berkualiti dan seimbang.
         Menyedari kepentingan ini, Pada 22 September 2018, bertempat di Pantai
         Rapang, Pulau Besar, Mersing telah berlangsung Program Pembersihan
         Pantai sempena International Beach Cleanup Day 2018. Program yang
         disertai seramai 17 kakitangan JIM Johor dan komuniti tempatan telah
         bersama-sama bergotong-royong membersihkan pantai serta diberikan
         pendedahan mengenai kaedah kitar semula.
         Tujuan utama program dijalankan adalah bagi memupuk jati diri serta
         mendidik masyarakat untuk menghargai dan memulihara khazanah
         pantai. Melalui program pembersihan yang dijalankan, sedikit sebanyak
         membantu mengurangkan pencemaran di samping memulihara hidupan
         marin dan mengimbangi ekosistem setempat. Di samping itu juga, ikatan
         silaturahim antara JIM Johor, komuniti tempatan dan pihak konservasi
         dapat diperkukuhkan.
32
Batu Batu Resort merupakan sebuah resort yang beroperasi di Pulau Tengah sejak tahun 2014. Resort ini juga
antara yang pertama memulakan program pemuliharaan penyu di daerah Mersing. Di lokasi ini juga
terletaknya Pusat Konservasi Tunku Abdul Jalil. Pusat itu dikendalikan secara sepenuh masa oleh beberapa
saintis, pelatih biologi serta sukarelawan yang menjalankan projek konservasi sepanjang tahun.
                                                                                                            33
Program CSR
BAHAGIAN PASPORT
        Disediakan : PIK Hasni b. Sahar                             Aktiviti pengagihan makanan dimulakan pada jam 8.30
        Jurugambar : PIT Sulaiman b. Rosnan                         malam yang mana tumpuan lokasi agihan adalah sekitar
                                                                    hadapan bangunan KTM dan Jalan Segget. Seramai 100
       “Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor sentiasa            orang golongan gelandangan telah menerima agihan
       menyokong usaha murni CSR dalam membantu golongan            makanan beserta pakaian yang disediakan oleh kakitangan
       gelandangan untuk menikmati kehidupan ke arah lebih          Bahagian Pasport Malaysia. Sumbangan yang diberikan
       baik”.                                                       bukan sahaja bertujuan untuk membantu sahabat jalanan ini
                                                                    bahkan menggunakannya sebagai platform untuk mendekati
       Menyedari hakikat ini, pada 9 November 2018, Jabatan         golongan ini secara lebih dekat.
       Imigresen Malaysia Negeri Johor melalui Bahagian Pasport
       telah menganjurkan program CSR Menyantuni Golongan           Sudah menjadi tanggungjawab untuk ambil peduli dan
       Gelandangan di sekitar bandaraya Johor Bahru. Program        menghulurkan tangan membantu mereka dengan cara yang
       yang juga kerjasama dengan Persatuan Kebajikan Sinar Sofia   difikirkan sesuai. Program pada malam itu berakhir pada jam
       disertai seramai 40 orang kakitangan Bahagian Pasport serta  11.00 malam.
       dibantu oleh 4 orang daripada Persatuan Kebajikan Sinar
       Sofia.                                                       Adalah menjadi harapan program seperti ini memberi
                                                                    peluang kepada para sukarelawan khususnya Imigresen
       Program bermula pada jam 8.00 malam, di mana satu            Johor untuk mengenali golongan ini secara lebih dekat
       taklimat ringkas telah disampaikan oleh En. Rosli Ismail,    sambil memberi kesedaran kepada mereka untuk
       selaku Pengerusi Persatuan Kebajikan Sinar Sofia serta       mensyukuri nikmat yang ada dan sentiasa ada kemahuan
       dibantu oleh isteri beliau, Puan Rahayu Rahmat (Setiausaha   untuk merubah kehidupan ke arah yang lebih baik.
       Kebajikan Sinar Sofia).
34
PROGRAM CSR       35
BAHAGIAN PASPORT
8 Ogos 2018 – Mesyuarat Khas
                                                  Bersama Angkatan Tentera Malaysia
29 Jul 2018 - Pameran Kerjaya                     Galeri gambar
Sek. Men. Putra Kulai
                                                  29 Ogos 2018 – Perhimpunan Setia Berjasa
                                                  Anjuran Pejabat Imigresen Kulai
13 Ogos 2018 – Program Mencari Ketengan AKPK
Anjuran Unit Integriti
                                                  30 Ogos 2018 – VC Perhimpunan JIM, KSAB.
   25 September 2018 – Perhimpunan Setia Berjasa  13 September 2018 – Pengauditan Sistem MBike
   Anjuran Bahagian Kewangan
36
28 Oktober 2018 – Program CSR Komuniti India JIM Johor
                                                        31 Oktober 2018 – Kursus Pemanduan Berhemah
3 Oktober 2018 – Lawatan Kerja daripada King Fahd
Causeway Authority
                                                        7 Oktober 2018 – Lawatan Kerja badan PUSPANITA
                                                        Negeri Johor
16 Oktober 2018 – Penyerahan bendera dan Jersi pasukan  22 November 2018 – Latihan Kerja Bhg. Sumber Manusia
bagi Kejohanan Bola Tampar Piala KP.                    UTM Semarak, Kuala Lumpur
29 November 2018 – Program CSR                          12 Disember 2018 – Kunjungan hormat daripada Dewan Bahasa  37
Bahagian Pentadbiran                                    Dan Pustaka, Wilayah Selatan, Johor.
TERBITAN
BAHAGIAN KOMUNIKASI & KHIDMAT KORPORAT
             BLOK 1, ARAS 13, KOMPLEKS KDN
                                 SETIA TROPIKA
                                   JOHOR BAHRU
http://www.imi.gov.my/~johor/  Jabatan Imigresen Malaysia  Media Korporat Imigresen Johor  @jim_johor
                               Negeri Johor
