The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dkasni1973, 2021-03-01 10:06:36

RPH PDPR PBL MATEMATIK TAHUN 6 (2) (1)

RPH PDPR PBL MATEMATIK TAHUN 6 (2) (1)

BAHAN PDPR PBL MATEMATIK TAHUN 6

Nama Guru DK ASNI BINTI AG AHMAD

Tahun Tahun 6

Sekolah SK GUDON MENGGATAL, KOTA KINABALU

MAKLUMAT PDP

Subjek Matematik

Bidang Sukatan dan Geometri

Topik Panjang, Jisim dan Isipadu cecair

Tempoh pelaksanaan 120 minit

KANDUNGAN KURIKULUM

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

7.1. Penyelesaian i. Menyelesaikan masalah harian melibatkan panjang, jisim
masalah melibatkan dan isipadu cecair
panjang, jisim dan isipadu
cecair.

Objektif Pembelajaran Murid dapat:-
1. Menimbang jisim bahan menggunakan alat penimbang

gram dengan betul.
2. Menyukat isipadu bahan menggunakan bikar / silinder

dengan betul.
3. Menukarkan unit gram kepada kilogram dengan betul.
4. Menukarkan unit mililiter kepada liter dengan betul.
5. Mengukur bahan menggunakan unit cm dengan betul.

NOTA

Nota Jisim 1. Penukaran unit jisim menggunakan kaedah darab dan
bahagi (teknik gerak titik)

2. Penukaran unit jisim menggunakan petak Transformers
(garisan pemisah adalah tempat menulis titik perpuluhan)

3. Penukaran unit isipadu cecair menggunakan kaedah
darab dan bahagi (teknik gerak titik)

Nota Isipadu Cecair

4. Penukaran unit isipadu cecair menggunakan petak
Transformers (garisan pemisah adalah tempat menulis
titik perpuluhan)

AKTIVITI

Aktiviti permulaan ● Guru menerangkan tugasan PBL kepada murid.
● Guru melakukan perbincangan dengan murid tentang

tentang tajuk PBL ( CHEF CELIK MATEMATIK )
● Murid diarahkan untuk menonton video menerusi laman

sesawang https://youtu.be/ceCejhSOPZg
● Murid menyalin resepi kek batik dan cara-cara membuat

kek batik.

Aktiviti semasa ● Murid mula menghasilkan pelaporan / membuat
menjalankan tugasan dokumentasi.(mengambil gambar untuk setiap bahan
yang diberi oleh guru dan aktiviti yang dilakukan)

● Murid menyediakan bahan-bahan yang diperlukan.
(ambil gambar semua bahan)

● Murid melengkapkan soalan pentaksiran sambil
melakukan projek / aktiviti.

● Dengan menggunakan alat penimbang gram , murid
perlu menimbang bahan-bahan yang digunakan,
Catatkan berat dalam gram dan ambil gambar
penimbang. Pastikan bacaan pada penimbang betul.

● Dengan menggunakan alat penyukat (bikar / silinder),
sukat isipadu bahan yang berbentuk cecair. Catatkan
bacaan isipadu dalam mililiter dan ambil gambar bikar /
silinder.

● Murid mula memasak kek mengikut langkah-langkah
yang terdapat dalam video sehingga selesai dan kek
tersedia untuk dipotong. Gunakan loyang berbentuk
segiempat . Ukur dengan menggunakan pembaris,
catatkan ukuran panjang dan lebar loyang yang
digunakan dalam cm.

● Potong kek kepada bentuk segiempat sama yang sama
saiz . Sekali lagi, ukur dan catatkan panjang dan lebar
potongan kek dalam cm.

Aktiviti setelah projek ● Murid menghantar hasil pelaporan/projek melalui atas
selesai talian ( Whatsapp ) kepada guru pembimbing.

● Guru pembimbing memberikan maklum balas kepada
hasil murid untuk ditambah baik (jika berkaitan).

Pelaporan murid Powerpoint/ Video/Buku skrap

Bahan Sumber yang RUJUKAN
boleh digunakan oleh 1. https://youtu.be/4PyYM7V6A1s - penukaran unit jisim

murid perpuluhan.
2. https://youtu.be/VRnYGIyylCY - penukaran unit

menggunakan kotak ajaib.
3. Buku nota matematik.

SOALAN UNTUK PENTAKSIRAN

1. Lengkapkan jadual di bawah berdasarkan resepi kek batik yang telah anda buat.

• Jisim dalam gram dan kilogram (penukaran unit gram kepada kilogram)

Bahan Jisim dalam gram Jisim dalam kilogram
Mentega
Biskut Marie

Telur
Serbuk koko

Milo
Susu pekat

• Isipadu cecair dalam mililiter dan liter. (penukaran unit mililiter kepada liter)

Bahan Isipadu dalam mililiter Isipadu dalam liter
Esen vanilla
Susu pekat

Air panas
Telur yang telah dipecahkan

• Panjang dalam cm Panjang Lebar

Bahan
Loyang
Potongan kek

2. Penggabungjalinan tajuk wang

(5.1. Penyelesaian masalah melibatkan wang. (ii) Menyelesaikan masalah harian
melibatkan untung dan rugi, diskaun, harga kos, harga jual, bil, invois, rebet, aset dan
liabiliti, faedah dan cukai perkhidmatan.

Jika anda ingin menjual kek batik yang telah anda buat, selesaikan soalan berikut.

• Tentukan harga kos bagi setiap bahan yang telah digunakan.(senaraikan dan
jumlahkan)

• Tentukan harga jual kek batik anda.(harga jual sepotong kek dan keseluruhan)
• Hitung keuntungan yang akan anda perolehi.

CADANGAN SKEMA JAWAPAN

1. Jawapan bergantung kepada sukatan dan ukuran bahan-bahan yang digunakan oleh
murid.

2. Guru boleh membuat penilaian berdasarkan gambar-gambar penimbang, bikar/
silinder dan pembaris yang digunakan semasa membuat aktiviti timbang dan sukat.

3. Guru membuat penilaian langkah kerja murid dalam menghitung harga kos, harga jual
dan keuntungan.


Click to View FlipBook Version