The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 998-15-diniy, 2022-05-27 10:41:44

PALS Tugasan 3 (1)

PALS Tugasan 3 (1)

NAMA: NUR DINIY BINTI SUHAINI
KELAS: TESL 4
ANGKA GILIRAN: 2021292310317

Tenaga adalah sebahagian besar daripada kehidupan kita. Untuk menyejukkan dan
memanaskan ruang rumah kita, ia juga menggunakan tenaga atau elektrik. Untuk memandu ke
tempat kerja dari rumah dan melakukan sebarang aktiviti luar yang lain seperti membeli-belah,
bercuti dan sebagainya juga memerlukan penggunaan sumber tenaga. Sumber utama tenaga
yang digunakan oleh orang ramai ialah bahan api fosil. Namun begitu, pada masa hadapan,
generasi akan datang mungkin akan menghagdapi kesukaran dan kesusahan kerana
ketersediaan sumber tersebut mempunyai tarikh tamat dan akan habis. Seperti yang
ditunjukkan oleh kajian, terdapat sumber bahan api yang boleh diperbaharui dan peralatan lain
yang digunakan untuk tenaga seperti angin, loji kuasa nuklear dan hidroelektrik solar. Terdapat
banyak kebaikan dan keburukan semua bentuk sumber tenaga, dan semuanya mempunyai
keguaan mereka sendiri. Selain itu, sumber tenaga yang digunakan oleh orang ramai
mempunyai banyak keburukan dan boleh menyebabkan kesan negatif terhadap alam sekitar
dan manusia. Jadi, oleh hal yang demikian, matlamat yang paling penting kepada kita semua
ialah untuk mengurangkan penggunaan keseluruhan sumber tenaga supaya sumber tenaga di
dunia ini tidak akan habis dan kekal lebih lama seterusnya dapat digunakan oleh generasi yang
akan datang iaitu anak, cucu dan cicit kita semua.Tenaga elektrik dijana melalui penggunaan
tenaga. Tidak dapat disangkal lagi bahawa semua aktiviti kita di atas dunia ini memerlukan
bantuan tenaga elektrik tidak kiralah dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara.

Sebelum topik ini dikupas secara lebih jauh dan terperinci, kita perlu mengetahui terlebih
dahulu apakah yang dimaksudkan dengan sumber tenaga. Tenaga didefinisikan sebagai
kebolehan atau keupayaan untuk membuat kerja. Manakala, sumber tenaga pula boleh
dibahagikan kepada dua kategori iaitu sumber yang boleh diperbaharui dan tidak boleh
diperbaharui. Tenaga yang boleh diperbaharui adalah tenaga yang dijana daripada sumber
semula jadi seperti cahaya matahari, angin, hujan dan geoterma. Manakala sumber yang tidak
boleh diperbaharui adalah seperti petroleum, gas asli dan arang batu. Contoh bahan api pula
terdiri daripada arang batu, minyak dan gas asli. Oleh kerana bahan api ini mengambil masa
berjuta-juta tahun untuk terbentuk, terdapat kebimbangan yang semakin meningkat, ia telah pun
menjadi suatu topik hangat atau buah mulut semua masyarakat di segenap empat penjuru
dunia. Ia tidak dapat diperbaharui. Ini bermakna perhatian perlu dialihkan kepada tenaga boleh
diperbaharui untuk menangani masalah tersebut pada masa hadapan kerana bahan api fosil ini
pada masa ini membekalkan hampir 80% daripada penggunaan tenaga semasa dunia.
Berbanding dengan minyak dan gas asli, arang batu agak sukar untuk diangkut, disimpan atau
digunakan. Ia menghasilkan sehingga dua kali ganda jumlah karbon dioksida dan ia memberi
kesan yang tidak diingini kepada alam sekitar. Tetapi walaupun dengan kemusanahan dan
memberi kesan buruk kepada alam sekitar, arang batu masih lagi digunakan secara meluas
sehingga kini. Oleh yang demikian, dalam meniti kehidupan pada marcapada, langkah

penyelesaian mestilah diambil dengan segera supaya kita dapat memelihara alam sekitar serta
dapat meminimumkan serta mengurangkan penggunaan sumber tenaga yang tidak boleh
diperbaharui. Sebaliknya, sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan tidak akan habis seperti
cahaya matahari, angin, hujan dan geoterma adalah perlu untuk menggantikan penggunaan
sumber tenaga bahan api. Selain daripada tidak akan habis, ia juga merupakan hasil semula
jadi yang tidak akan mencemarkan alam sekitar kita.

Oleh kerana tenaga elektrik sangat penting di dalam kehidupan seharian kita, kita dapat
menggantikan tenaga elektrik menggunakan tenaga solar. Tenaga suria atau tenaga solar
adalah teknologi untuk mendapatkan tenaga berguna daripada cahaya matahari. Tenaga
matahari telah digunakan dalam banyak teknologi tradisional sejak beberapa tahun malahan
abad dan telah digunakan secara meluas ketika ketiadaan bekalan tenaga lain, seperti di
kawasan terpencil dan di angkasa lepas. Tenaga matahari sekarang digunakan dalam beberapa
pengunaan termasuklah untuk tujuan pemanasan dan penjanaan elektrik. Matahari telah
membekalkan tenaga selama berbilion-billion tahun. Tenaga suria adalah sinaran-sinaran
Matahari yang sampai ke bumi dan tenaga ini boleh ditukarkan menjadi bentuk tenaga yang lain
seperti tenaga haba dan elektrik. Tenaga suria boleh ditukarkan menjadi tenaga elektrik dalam
dua cara iaitu kepada Alat Voltan Foto (PV) serta Loji Kuasa Suria. Alat Voltan Foto (PV)
berfungsi dengan menukarkan cahaya Matahari terus kepada tenaga elektrik. Setiap sel suria
dikumpulkan menjadi panel dan susunan panel boleh digunakan secara meluas, dari sel-sel
kecil yang hanya mencas kalkulator dan bateri jam, sehinggalah kepada loji janakuasa yang
merangkumi beberapa ekar. Hal ini berfungsi kerana cahaya Matahari mengandungi foton, atau
lebih dikenali sebagai zarah-zarah tenaga suria. Foton-foton ini terdiri daripada pelbagai jumlah
tenaga yang bergantung kepada perbezaan panjang gelombang cahaya spektrum suria.
Apabila foton mengenai sel suria, ia akan dipantulkan semula, terus menembusi, atau diserap.
Hanya foton yang diserap membekalkan tenaga untuk menjana elektrik. Apabila cukup tenaga
dari cahaya Matahari yang diserap oleh bahan semikonduktor, elektron akan terkeluar daripada
atom bahan, oleh itu elektron secara semulajadi bergerak menuju ke permukaan. Apabila
elektron meninggalkan kedudukan mereka, ia membentuk lubang. Apabila banyak elektron
yang bercas negatif bergerak menuju ke permukaan sel, hasilnya ialah berlaku
ketidakseimbangan cas antara sel-sel pada permukaan hadapan dan belakang yang
membentuk potensi voltan sama seperti terminal negatif dan positif sesebuah bateri.
Seterusnya, dua permukaan tersebut disambungkan dengan beban luaran, seperti alatan
elektrik, arus elektrik akan mengalir.

Sebagai contoh, kini negara Taiwan telah rancak dan semakin terkenal dalam
menggunakan panel tenaga solar sebagai menggantikan sumber bahan api. Malahan di negara
itu sendiri iaitu Taiwan, terdapat banyak bangunan yang kian menggunakan cara tersebut
sebagai sumber tenaga diperbaharui kerana ia lebih menjimatkan kos. Bukan sekadar itu
sahaja, negara itu juga semakin maju ke hadapan menjadi negara pembekal sel dan panel suria
yang bertaraf antarabangsa seterusnya menjadi tumpuan negara-negara maju yang lain di
persada dunia. Malahan, dengan kemunculan syarikat Neo Solar Power (NSP) dalam
memenuhi permintaan yang semakin meningkat yang mahukan kepakaran kepulauan kecil itu
dalam memenuhi permintaan proses perniagaan. Dengan tujuan menyediakan tenaga lebih
bersih, boleh diperbaharui dan lebih murah, NSP diwujudkan pada Disember tahun 2005. Ia

merupakan pengeluar sel suria terkemuka dunia yang khusus dalam penyelidikan, pembuatan
dan pengeluaran sel serta panel suria berkemampuan tinggi. Ekoran penggabungan dengan
syarikat DelSolar pada tahun 2013, SNP kini menjadi pengeluar sel suria terbesar negara
berkenaan. Ia tersenarai sebagai antara 10 pengeluar sel suria terbesar dari segi kapasiti pada
tahun 2013. Dalam usaha menghasilkan produk mesra alam, NSP berikrar untuk meningkatkan
kecekapan penjimatan tenaga, tanpa menggunakan bahan terlarang dan menyimpan setiap
jenis tenaga. Ia memilih secara berhati-hati bahan mentah dan pembekal bagi mengurangkan
pencemaran demi memelihara alam sekitar dan membuat produk berteraskan amalan hijau.
Sebagai pengasas dalam penggabungan disiplin pengeluaran dan pembangunan teknologi
suria berpengalaman, NSP menyasarkan untuk terus menjadi peneraju dalam menukar tenaga
photovoltaic (PV) (berasaskan cahaya matahari) kepada sumber tenaga berdaya saing dan
berpanjangan untuk kegunaan manusia sejagat.

Selain itu, tenaga solar juga telah banyak digunakan secara meluas di negara kita
sendiri, Malaysia. Tenaga solar juga kini digunakan bukan sahaja di kilang-kilang besar,
malahan juga turut digunakan sebagai peralatan di rumah. Sebagai contoh, menjelang tahun
2022, dalam mengejar kemajuan, kini terdapat pelbagai alatan rumah yang berasaskan tenaga
solar termasuklah pendingin hawa menggunakan panel solar. Terdapat banyak faedah dalam
menggunakan solar berbanding elektrik biasa kerana ia lebih menjimatkan kos serta tidak
mencemarkan alam sekitar. Selain itu, kipas-kipas angin yang berasakan tenaga solar juga
telah dijual secara meluas di aplikasi-aplikasi membeli belah di atas talian. Jika dahulu ia adalah
susah untuk didapatkan, namun kini produk-produk ini lebih senang untuk didapati demi
menjaga bumi dan alam sekitar kita. Barangan rumah yang diguna pakai setiap hari seperti
lampu juga turut wujud. Terdapat banyak kelebihan alatan-alatan ini antaranya ialah kos
penyelenggaraan rendah. Secara umumnya, penggunaan sistem lampu solar ini tidak
memerlukan begitu banyak penyelenggaraan. Selepas menampung kos awal sistem solar,
pengguna hanya perlu perbelanjaan yang rendah untuk kerja penyelenggaraan seperti menukar
baterinya setiap lima hingga tujuh tahun sekali. Dalam masa yang sama, pengguna juga hanya
perlu untuk memastikan panel lampu solar ini sentiasa bersih. Proses pembersihannya
sebanyak 5 atau 6 kali dalam setahun telah memadai. Namun begitu jika kita masih ragu-ragu,
kita juga boleh bergantung kepada syarikat pembersihan yang khusus, dengan caj mampu
bayar. Pengeluar panel yang boleh dipercayai juga selalunya memberikan jaminan kualiti
sehinga 20 hingga 25 tahun.

Pada waktu yang sama juga, sistem solar juga kian meluas digunakan dalam bidang
pendidikan. Sebagai contoh, sistem panel solar turut akan digunakan di Universiti Putra
Malaysia (UPM) yang bakal memiliki sistem solar fotovoltaik (PV), sekali gus mampu
menjimatkan RM114 juta bil elektrik universiti itu dalam tempoh 25 tahun. Projek solar yang
paling besar di universiti itu dilaksanakan dengan bantuan syarikat Tenaga Nasional Berhad
(TNB) menerusi cawangan syarikat milik penuhnya GSPARX Sdn Bhd (GSPARX) dalam usaha
meluaskan lagi ciri-ciri kelestarian universiti tersebut. Pelaksanaan projek oleh TNB ini adalah
untuk memenuhi hasrat penjimatan tenaga kerana bil elektrik UPM yang setiap tahun
mencecah sebanyak RM40 juta meliputi semua kampus Serdang serta Hospital Pengajar.
Justeru itu, pemasangan solar itu kemudian boleh membantu pihak universiti menggunakan

bumbung solar sebagai salah satu tenaga alternatif utama untuk menampung penggunaan
tenaga elektrik harian di universiti tersebut. TNB juga menyokong penuh agenda kerajaan untuk
mencapai pengurangan intensiti pelepasan karbon yang mana ia bertepatan dengan hala tuju
kelestarian TNB untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang tahun 2050. Hasrat itu
disokong komitmen untuk mengurangkan intensiti pelepasan karbon sebanyak 35 peratus serta
pengurangan sebanyak 50 peratus kapasiti penjanaan tenaga menerusi arang batu menuju
tahun 2035. Melalui pemasangan solar ini, UPM bakal menikmati penjimatan kos bil elektrik
sebanyak RM114 juta untuk tempoh 25 tahun. Ini semua dicapai tanpa sebarang kos dari UPM.
Dari aspek alam sekitar pula, pemasangan panel solar itu mampu mengurangkan kadar
tahunan 14,655 tan metrik karbon dioksida yang bersamaan dengan pemerangkapan gas
rumah hijau oleh 242,320 batang pokok dalam tempoh 10 tahun atau mengelakkan
pembebasan karbon dari 3,187 buah kenderaan dalam setahun. Penjimatan itu sekali gus
dapat membantu pihak UPM untuk mengekalkan kelestarian sumber kewangan di samping
boleh menggunakannya untuk perkara lain yang lebih penting. Malahan jika dilihat dari sudut
yang lain pula, pelaksanaan projek solar PV ini secara tidak langsung menyokong inisiatif yang
digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi)
atau PPPM (PT) di bawah Lonjakan 5, iaitu Kemampanan Kewangan.

Sebagai kesimpulannya, dalam memelihara sumber bumi dan alam sekitar, kita mestilah
berkorban dan mencipta sesuatu yang baharu supaya bumi kekal terjaga untuk kegunaan
generasi yang akan datang. Oleh hal hyang demikian, semua pihak perlulah berganding bahu
dan berpegangan tangan dalam bekerjasama mencapai hasrat menjaga bumi ini. Contohnya,
pihak kerajaan perlulah memberi peruntukan kepada semua rumah untuk menggunakan tenaga
solar ini supaya sekurang-kurangnya tenaga elektrik dapat dijimatkan. Selain itu, penggunaan
tenaga solar di sekolah-sekolah juga adalah perlu kerana penggunaan tenaga elektrik di
sekolah adalah meluas meliputi kipas-kipas dan lampu di dalam bilik darjah, makmal kantin dan
sebagainya. Selain itu, pihak bukan kerajaan juga perlulah menguar-uarkan kepentingan
penggunaan tenaga ini supaya masyarakat tahu kepentingannya. Kepentingan itu boleh
disiarkan melalui media massa seperti di kaca televisyen, media sosial dan sebagainya.
Kempen kesedaran juga perlulah turut diadakan bagi memberi kesedaran penuh kepda rakyat
Malaysia bahawa sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui bakal memberikan kesan buruk
keoada alam sekitar kita.

(1885 patah perkataan)

References

(n.d.). TENAGA.
https://tenaga.weebly.com/

KEMAJUAN TEKNOLOGI DALAM PENGGUNAAN TENAGA SOLAR - Sabah Creative
Economy and Innovation Centre. (2021, December 13). Sabah Creative Economy and
Innovation Centre (SCENIC).
https://scenic.my/kemajuan-teknologi-dalam-penggunaan-tenaga-solar/

Pengunaan Penghawa dingin di rumah. (2019, October 6). Cerita dari Lipis.
https://lipis-zaini.blogspot.com/2019/10/pengunaan-penghawa-dingin-di-rumah.html

Tenaga suria ganti elektrik di Taiwan. (2016, April 13). Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/04/143513/tenaga-suria-ganti-elektrik-di-tai
wan

UPM guna sistem solar hasilkan elektrik. (2022, January 6). Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2022/01/908594/upm-guna-sistem-solar-h
asilkan-elektrik


Click to View FlipBook Version