SEKOLAH KEBANGSAAN LAHAR YOOI,
13300 TASEK GELUGOR.
MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-19 DAN KALI KE-20
DIRASMIKAN OLEH :
YG. BHG. TUAN ZAHAR BIN ZAINUL
PENGGERAK INSTITUT KESEDARAN RAKYAT PULAU PINANG
TARIKH : 2 OKTOBER 2021 (SABTU)
MASA : 3.00 PETANG
PLATFORM : GOOGLE MEET
TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN LAHAR YOOI
13300 TASEK GELUGOR
SEBERANG PERAI UTARA
Ruj. Kami : Bil ( 144 ) dlm. PIBG SKLY Tarikh : 24 September 2021
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kepada:
Semua AJK PIBG/Waris Murid
Sekolah Kebangsaan Lahar Yooi
Melalui:
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Lahar Yooi
Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19 DAN KE-20 TAHUN 2021
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-19 dan ke-20 Sekolah Kebangsaan Lahar Yooi akan diadakan pada:
Tarikh : 2 Oktober 2021
Hari : Sabtu
Masa : 3.00 petang
Tempat : Kediaman masing-masing
Platform : Google Meet
Agenda mesyuarat:
2.1 Ucapan Yang Dipertua PIBG.
2.2 Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-18.
2.3 Membentang dan menerima laporan jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020.
2.4 Membentang dan mengesahkan penyata kewangan yang berakhir pada 31.12.2019 dan 31.12.2020.
2.5 Membincang dan membahaskan usul.
2.6 Melantik ahli jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021.
2.7 Hal-hal lain.
3. Kehadiran dan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan/puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, wassalam.
Saya yang menjalankan tugas,
…………………………….
(Mohd Khairilizam b Ismail)
Setiausaha PIBG
Sekolah Kebangsaan Lahar Yooi
s.k Yang Dipertua PIBG SK Lahar Yooi
ATUR CARA MAJLIS
2.30 petang : Pendaftaran Ibu Bapa dan Waris melalui Google Form
3.00 petang : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
3.10 petang : Bacaan Doa
3.20 petang : Ucapan Aluan Yang Dipertua PIBG
(En. Mohd Noorkhamal bin Mohamad Khalib )
3.35 petang : Ucapan Aluan Guru Besar SK Lahar Yooi
(En. Mohd Asri bin Abdul Rahman)
3.50 petang : Persembahan Multimedia
4.00 petang : Ucapan Perasmian
Yg. Bhg. Tuan Zahar bin Zainul
(Penggerak Institut Kesedaran Rakyat Pulau Pinang)
4.20 petang : Mesyuarat Agung
Ucapan Yang Dipertua PIBG.
Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-18.
Membentang dan Menerima Laporan Jawatankuasa PIBG Sesi 2019/2020 .
Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan yang berakhir pada 31.12.2019 & 31.12.2020
Membincang dan Membahaskan Usul.
Melantik Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022.
Hal-hal Lain.
Ucapan Penangguhan.
5.45 ptg : Bersurai
JAWATANKUASA KECIL MESYUARAT AGUNG
KALI KE 19 DAN 20 TAHUN 2021
Jawatankuasa Sambutan JK Persiapan & Peleraian Tempat Juruacara Majlis
Mohd Noorkhamal bin Mohamad Khalib (K)- Hibrid (SOP Bilik Mesy.) Ibrahim bin Mat Said(K)-Hibrid
Mohd Asri bin Abdul Rahman-Hibrid Mohd Hairi bin Abu Hasan (K) Siti Nor Ferdzus bt Mat Zain-Hibrid
Nor Azizah bt Mustaffa Md Yusof bin Ashari
Zulkurnain bin Hussain Mazli bin Mohamad Bacaan Doa
Rozita bt Lazim Semua Pekerja Am (Kontrak) Izzuddin bin Abu Bakar
AJK PIBG :
Jawatankuasa Pendaftaran (GF) Harun bin Bukhari Jawatankuasa Persembahan Multimedia
Rokiah bt Abu Samah (K) Mohd Akhir bin Odin Lilli Zuriana bt Mesron(K)-Hibrid
Norain bt Ahmad Norlizawati binti Mohd Bakri Kanising
Noor Azmah bt Hj Hasan Jawatankuasa Pengiraan Undi Online Abdul Rahim bin Ramli
Juriah bt Othman Renuka A/P Kuna Saikaran(K)
Alissa bt Mohd Azmi Siti Norima bt Ahmad Jurugambar/Dokumentasi
Musitoh bt Abdullah Siti Jamilah bt Bukhari Ronizah bt Mohd Dahalan(K)
Rodiyah bt Halid Noor’Aini bt Hashim Salmah bt Ismail
AJK PIBG: Noor Sabbihih bt Mohd Salleh Farizah bt Ahmad
Rubiah bt Hashim Norfizah bt Saad AJK PIBG:
AJK PIBG : Nur Zura bt Saad
Jawatankuasa Pencatat Minit Noor Eshah bt Chek Pi
Saadiah bt Abd Majid (K) -Hibrid Hadiah,Cenderahati & Sijil
Ruslina bt Saad- Hibrid Jawatankuasa Teknikal (GM) Hafiza Salwa bt Abdul Hadi(K)-Hibrid
Maznah bt Mat Isa Khairul Azahar bin Abdul Manaf(K)-Hibrid Noor Aina bt Ismail
Mustakimah bt Mohamed Mokhsin bin Abdul Ghaffar -Hibrid Noorliza bt Ismail
Noor Azalizam bin Ahmad AJK PIBG :
Jawatankuasa Buku Program/Flip Book Mariana bt Abdul Majid Wan Suhaida bt Wan Hassan
Suhana bt Samsuddin(K) Zurida bt Romli Noorkhamalia bt Mohamad Khalib
Nor Hashimah bt Mohd Hanafiah AJK PIBG :
Suhairi bin Othman-Hibrid Mohamad Daniyal bin Khairuddin-Hibrid
Mohd Khairilizam bin Ismail-Hibrid
Umi Kalsom binti Ahmad-Hibrid
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG SK LAHAR YOOI
KALI KE-19 & 20 TAHUN 2021
•UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG.
•MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-18.
•MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2019/2020.
•MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN YANG BERAKHIR PADA
31.12.2019 DAN 31.12.2020.
•MEMBINCANG DAN MEMBAHASKAN USUL.
•MELANTIK AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022.
•HAL-HAL LAIN.
•UCAPAN PENANGGUHAN.
SENARAI AHLI JAWATANKUASA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK LAHAR YOOI
SESI 2019/2020
Penasihat : Mohd Asri bin Abdul Rahman
Yang Dipertua : Mohd Noorkhamal bin Mohamad Khalib
Naib Yang Dipertua : Mohamad Daniyal bin Khairuddin
Setiausaha : Mohd Khairilizam bin Ismail
Pen. Setiausaha (PIBK) : Maznah bt Mat Isa
Bendahari : Umi Kalsom bt Ahmad
AJK Waris AJK Guru
1. Harun bin Bukhari 1. Suhairi bin Othman (AJK)
2. Siti Azlina bt Abu Mansor
3. Rubiah bt Hashim 2. Mariana bt Abdul Majid (AJK)
4. Norzura bt Saad
5. Wan Suhaida bt Wan Hassan 3. Rokiah bt Abu Samah (AJK)
6. Noor Eshah bt Chek Pi
7. Mohd Jamsani bin Mat Salleh 4. Ronizah bt Mohd Dahalan (AJK)
8. Noorkhamalia bt Mohamad Khalib (Wakil Prasekolah)
9. Mohd Akhir bin Odin 5. Mohd Hairi bin Abu Hasan (AJK)
10. Zunaidin bin Abdullah
11. Nazrul bin Hashim 6. Rodiyah bt Halid (Pemeriksa Kira-Kira)
MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE -18 TAHUN 2019
1. UCAPAN
MOHD ASRI BIN ABDUL RAHMAN
PENASIHAT PIBG
GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN LAHAR YOOI
Assalamualaikum w.b.t
Penasihat PIBG, Tuan Guru Besar memulakan aluan kepada Pengerusi Majlis, Pengerusi PIBG, barisan AJK PIBG serta melahirkan
rasa syukur dan mengalu-alukan kehadiran ibubapa pada Mesyuarat Agung kali ke 18 ini. Beliau megucapkan terima kasih kepada Encik Yusri bin
Isahak, Pegawai Penyelaras Kadun Sungai Dua. Penghargaan juga diberikan kepada waris Prasekolah yang sudi meluangkan masa menghadiri
mesyuarat pada kali ini. Beliau memaklumkan aktiviti prasekolah boleh bergerak di bawah PIBG sekolah.
Guru Besar memaklumkan bahawa peranan dan tugas PIBG sangat penting dalam membantu kelancaran program dan aktiviti-aktiviti
sekolah. Antara aktiviti yang diadakan adalah mewujudkan pondok bacaan, penyediaan water cooler dan sumbangan dalam penyediaan bilik Abad
21. Pada hari anugerah 2018, PENPAC telah merasmikan pondok bacaan hasil sumbangan daripada PIBG . Pihak Perpustakaan Desa Lubuk
Meriam juga turut menyumbangkan buku-buku ilmiah untuk bacaan di foyer.
Sepanjang tahun 2019, Guru Besar memaklumkan banyak pencapaian akademik terutamanya dalam pencapaian matapelajaran UPSR.
Berlaku silang lulus , akan tetapi pencapaian SK Lahar Yooi masih berada dalam kedudukan yang baik. Maklumat berkaitan pencapaian ko akademik
boleh dirujuk pada mukasurat 17 ( Buku Minit Mesyuarat Agung Kali ke-18). Dalam bidang kokurikulum, Pasukan Sepak Takraw sekolah yang terdiri
daripada 3 orang murid telah mewakili Zon Butterworth. Pada tahun 2018 juga, Pasukan Bola Jaring telah menjadi johan di peringkat negeri dan 2
orang murid telah terpilih untuk mewakili Pulau Pinang ke MSSM. Pada tahun 2019 pula, pasukan hoki yang baru ditubuhkan telah menyertai
pertandingan di peringkat negeri. Pihak sekolah mengalu-alukan waris yang mempunyai kepakaran agar dapat membantu pihak sekolah dalam
melatih murid.
Guru Besar turut memaklumkan bahawa tangki kumbahan telah selesai ditukar baharu. Semakan pendawaian hampir RM30 ribu telah selesai dibuat pada
akhir tahun 2018. Pada tahun ini, Guru Besar telah memohon peruntukan untuk membaiki longkang di seluruh bangunan sekolah ekoran mendapan tanah.
Sesi persekolahan bagi tahun 2019 telah berjalan dengan lancar. Pemakaian kasut putih dibenarkan sehingga tahun 2021. Manakala isu beg
berat,sekolah telah menyediakan penimbang beg di bawah tangga di hujung bangunan blok A. Beg murid mesti kurang daripada 5 kg dan murid hendaklah
menyemak jadual waktu setiap hari. Bagi murid tahun 1 pula, semua buku teks telah dikumpul dan diletakkan di bawah meja dalam kelas masing-masing.
Guru Besar turut memaklumkan bahawa Menteri Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan sebuah infografik mengenai 12 iniasitif terbaru di
peringkat sekolah . Bermula 2019, setiap sekolah akan ada Manual Nilai yang akan dibacakan pada setiap kali perhimpunan. Perhimpunan alaf baru akan
dikendalikan oleh murid dan akan adanya persembahan daripada murid. ‘Speakers Corner’ diadakan pada waktu rehat tahap 1 dan tahap 2 . Murid-murid akan
berpidato di atas pentas, yang bertujuan untuk melatih murid berani bercakap di khalayak ramai. Selain itu, sekolah menyediakan kotak ‘ parking OKU’ ke
arah menjadikan sektor Pendidikan sebagai ‘OKU friendly’. Sekolah juga akan turut menyediakan bilik rehat guru.
Guru Besar turut memaklumkan mengenai kelas pemulihan. Kelas pemulihan akan dibuka seawal jam 7.00 pagi untuk menggantikan program
LINUS. Menteri telah mengumumkan bahawa tidak ada peperiksaan untuk murid tahap 1, iaitu tiada peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun. Guru
akan lebih memberikan tumpuan dalam kelas. Pada peringkat awal, guru akan menitikberatkan kepada pembentukan nilai murid, pembelajaran dan
pembinaan kemahiran serta sahsiah murid. Murid bakal bebas daripada tekanan belajar ,sekaligus mewujudkan budaya belajar yang seronok dan
bermakna.Maklumat berkaitan ini boleh dirujuk pada muka surat 21 ( Buku Minit Mesyuarat Agung Kali ke-18). Peperiksaan adalah salah satu bentuk penilaian
atau pentaksiran. Walau bagaimanapun, pentaksiran terdapat dalam pelbagai bentuk. Pentaksiran akan dilakukan secara berterusan dan ia sebahagian
daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Aspek penilaian merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai. Ibubapa boleh mengetahui kekuatan dan
kelemahan anak-anak dan menentukan bentuk sokongan yang perlu diberikan. Pihak sekolah akan membentangkan pelaporan murid kepada waris sebanyak
2 kali setahun.
Seterusnya Guru Besar memaklumkan bahawa Penilaian dan pentaksiran yang berasaskan sekolah dan bilik darjah akan
dijalankan. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), merangkumi aspek akademik dan bukan akademik. PBS merupakan satu bentuk
pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) .PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang
dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah
dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Komponen PBS
terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, serta Pentaksiran Psikometrik.
Manakala, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan
maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap
murid dan membantu guru membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa serta merancang
pengubahsuaian kaedah pengajaran.
Seterusnya Guru Besar memaklumkan SK Lahar Yooi telah dipilih sebagai sekolah tranformasi untuk kohort ke 4. Program
Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian usaha kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid
dan sekolah berkualiti. Sekolah memerlukan sokongan ibubapa dan PIBG untuk menghasilkan kemenjadian murid mengikut kecenderungan
murid selain mewujudkan persekitaran suasana pembelajaran yang berkesan dan kondusif. Guru Besar berharap agar kelas abad ke 21 dapat
dilengkapkan dengan prasarana yang lebih baik untuk kegunaan guru dan murid SK Lahar Yooi.
Seterusnya Guru besar memaklumkan pendaftaran untuk murid Tahun 1 bagi sesi 2020/2021 telah di buka mulai 1/3/2019. Para
waris yang mempunyai masalah untuk mengisi maklumat pendaftaran tahun 1 secara online, boleh hadir ke pejabat sekolah.
Guru Besar juga memohon agar ibu bapa dapat memantau kehadiran murid-murid ke sekolah, terutamanya dari segi disiplin serta
keselamatan semasa pergi dan balik.
2. UCAPAN
MOHD NOORKHAMAL BIN MOHAMAD KHALIB
YANG DIPERTUA PIBG
SESI 2019/2020
Assalamualaikum w.b.t
YDP mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua waris pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke 18 ini.
Beliau turut mengalu-alukan sumbangan daripada waris untuk aktiviti yang akan diadakan oleh pihak sekolah.
Beliau berharap agar semua waris dapat memberikan sokongan kepada setiap aktiviti sekolah. Beliau turut
mengucapkan tahniah kepada pasukan Bola Jaring yang telah terpilih ke Peringkat Negeri dan Pasukan Sepak Takraw
yang telah menjadi johan. Pihak sekolah boleh memohon dana dan sumbangan daripada pihak KADUN Sungai Dua dalam
melaksanakan aktiviti sekolah.
YDP juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru, staff dan pekerja yang telah berjaya menyiapkan
Pondok Bacaan Sekolah. Beliau bercadang untuk menjalankan aktiviti mengacau bubur Asyura pada tahun ini bersama
AJK PIBG dan pihak sekolah. Pihak PIBG juga akan menyediakan mesin fotostat yang tidak terhad penggunaannya
kepada semua guru bagi kemudahan PdP.
YDP mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua guru dan waris dalam menjayakan program
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 18 ini.
3. UCAPAN
ENCIK YUSRI BIN ISAHAK (PERASMI)
PEGAWAI PENYELARAS KADUN SUNGAI DUA BUTTERWORTH.
En. Yusri bin Isahak memulakan ucapan dengan melahirkan syukur kepada Allah S.W.T. Beliu turut mengucapkan tahniah kepada En. Mohd
NoorKhamal dan Guru Besar kerana berjaya mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-18 dengan baik.
En Yusri memaklumkan bahawa setiap aktiviti atau program yang dijalankan amatlah baik sekiranya mendapat sokongan dan penglibatan daripada
ibu bapa. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua waris yang hadir.
Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah dan ibu bapa yang bekerja keras untuk meningkatkan pencapaian sekolah supaya lebih
cemerlang dan kejayaan 3 orang murid yang telah mendapat keputusan 6A dalam UPSR. Beliau juga menyatakan bahawa penyertaan sekolah dalam
bidang kokurikum sangat penting supaya pelajar ini cemerlang dalam semua bidang. Ini juga penting untuk badan yang sihat dan otak yang cerdas.
Beliau juga menekankan kerjasama yang kuat dan erat antara PIBG dan sekolah, dapat melahirkan murid yang cemerlang. Beliau juga
mengucapkan tahniah kepada pihak PIBG dan sekolah yang berjaya mewujudkan sudut bahasa dan pondok ilmu yang baik. Di pihak kerajaan, mereka
akan berusaha menyediakan semua prasarana yang sesuai untuk kemajuan sekolah.
Beliau akan berusaha untuk mendapatkan pemasangan penghawa dingin untuk surau sekolah. Beliau juga berharap agar dapat membina pagar
bata bagi melindungi kawasan sekolah daripada ancaman binatang berbisa. Sempena pdpc yang berkonsepkan abad ke 21, beliau akan berusaha untuk
menyediakan smart board dalam kelas dan web cam yang lengkap dalam bilik abad 21. Beliau berkata, pada peringkat KADUN akan dilancarkan kempen
“PENDIDIKAN KU MASA DEPAN KU” . Moga semua sekolah akan dapat memberikan sokongan dalam kempen ini.
Akhirnya ,dengan lafaz yang mulia Bismillahirrahmanirrohim beliau merasmikan Mesyuarat Agung Sekolah Kebangsaan Lahar Yooi kali ke -18.
MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2019/ 2020
AGENDA 3
Membentang dan mengesahkan Minit mesyuarat Agung PIBG kali ke 18
3.1 Setiausaha PIBG, En. Mohd Khairilizam bin Ismail membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-18 untuk diteliti dan
disahkan.
Cadangan : Rosmawati bt. Hussin
Sokongan : Haniza bt. Zainal Abidin
AGENDA 4
Membentang dan mengesahkan Laporan Jawatankuasa PIBG kali ke 18
4.1 Setiausaha PIBG, En. Mohd Khairilizam bin Ismail membentangkan laporan PIBG kali ke-18 untuk diteliti dan disahkan.
Cadangan : Noor Sabbihih bt Mohd Salleh
Sokongan : Mustakimah bt Mohamed
AGENDA 5
Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan PIBG kali ke 18
5.1 Bendahari PIBG, Cik Umi Kalsom bt Ahmad membentangkan Penyata Kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2018
untuk diterima dan disahkan.
Cadangan : Zalilah bt Abu Bakar
Sokongan : Noorkhamalia bt Mohamad Khalib
AGENDA 6
Membincang dan membahaskan usul
6.1 Menerima waris Prasekolah sebagai ahli bersekutu PIBG dan melantik seorang wakil prasekolah sebagai AJK PIBG serta
waris perlu membayar sumbangan PIBG sebanyak RM 25 bagi waris yang tidak mempunyai anak di aliran perdana.
Cadangan : Llly Zuriana bt Mesron
Sokongan : Mushitoh bt Mohd Hussin
• Setuju sebulat suara
6.2 Sumbangan 1 keluarga 1 Rim A4 diteruskan.
Cadangan : Mohd Noorkhamal bin Mohamad Khalib
Sokongan : Rosmawati bt Husin
• Setuju sebulat suara
6.3 Bayaran sumbangan PIBG sebanyak Rm 50.00 dikekalkan.
Cadangan : Zainin bt Mustafa
Sokongan : Rosila bt Abdul Latip
• Setuju sebulat suara
6.4 Segala kutipan wang yang berkaitan dengan aktiviti sekolah seperti lawatan, kem dan lain-lain hendaklah melalui tabung
PIBG.Setiausaha mengusulkan persetujuan semua waris supaya dapat memberikan sumbangan ikhlas sekiranya anak mereka
terlibat dengan program sekolah yang akan diadakan pada tahun ini.
Cadangan : Mohd Khairilizam bin Ismail
Sokongan : Sebulat suara
AGENDA 7
Melantik Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2019 / 2020
7.1 Pengerusi PIBG dikekalkan
Cadangan : Haniza bt Zainal Abidin
Sokongan : Rozita bt Lazim
• Setuju sebulat suara
A. Jawatan: Yang diPertua PIBG
Calon :Mohd Noorkhamal bin Mohamad Khalib
Cadangan : Haniza bt Zainal Abidin
Sokongan : Rozita bt Lazim
Cadangan ditutup Mohd Azahar bin Abd Khadir
Cadangan : Mohamad Daniyal bin Khairuddin
Sokongan :
B. Jawatan :Naib Yang diPertua PIBG
Calon :Mohamad Daniyal bin Khairuddin
Cadangan : Hafizah bt Mohamed
Sokongan : Suhana bt Samsuddin
Cadangan ditutup Noorliza bt Ismail
Cadangan : Juriah bt Othman
Sokongan :
C. Ahli Jawatankuasa PIBG Waris
Senarai nama berikut dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa waris :
1. Harun bin Bukhari
2. Siti Azlina bt Abu Mansor
3. Rubiah bt Hashim
4. Norzura bt Saad
5. Wan Suhaida bt Wan Hassan
6. Noor Eshah bt Chek Pi
7. Mohd Jamsani bin Mat Salleh
8. Noorkhamalia bt Mohamad Khalib (wakil prasekolah)
9. Mohd Akhir bin Odin
10. Zunaidin bin Abdullah
11. Nazrul bin Hashim
Cadangan diterima : Sebulat suara
Sokongan : Mohd Azahar bin Abd Khadir
D. Jawatan : Pemeriksa Kira – Kira
1. Rodiyah bt Halid
Cadangan :Mohd Asri bin Abdul Rahman
Sokongan: :Umi Kalsom bt Ahmad
2. Nor Ashikin bt Md Isa
Cadangan :Musitoh bt Abdullah
Sokongan: :Noor Eshah bt Chek Pi
Cadangan ditutup
Cadangan :Mohd Azahar bin Abd Khadir
Sokongan: :Sebulat suara
E. Ahli Jawatankuasa Guru sesi 2019/ 2020 (Lantikan Guru Besar)
1. Khairilizam bin Ismail (Setiausaha)
2. Maznah bt Mat Isa (Naib Setiausaha)
2. Umi Kalsom bt Ahmad (Bendahari)
3. Mariana bt Abdul Majid (AJK)
4. Rokiah bt Abu Samah (AJK)
5. Ronizah bt Mohd Dahalan (AJK)
6. Mohd Hairi bin Abu Hasan (AJK)
7. Suhairi bin Othman (AJK)
8. Rodiyah bt Halid (Pemeriksa Kira – Kira)
AGENDA 8 : Ucapan Penangguhan
8.1 YDP, En. Mohd Noorkhamal bin Mohamad Khalib berharap barisan
baru AJK akan terus berusaha dan memberikan kerjasama penuh
untuk meningkatkan lagi pencapaian dan kecemerlangan anak-anak
SKLY.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.
Pencatat – pencatat minit:
1. Mazli bin Mohamad
2. Noor ‘Aini bt Hashim
3. Rosnah bt Mat Abidin @ Awang
4. Juriah bt Othman
LAPORAN TAHUNAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN LAHAR YOOI
SESI 2019 / 2020
1.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA
Penasihat : Mohd Asri bin Abdul Rahman
Yang Dipertua : Mohd Noorkhamal bin Mohamad Khalib
Naib Yang Dipertua : Mohamad Daniyal bin Khairuddin
Setiausaha : Mohd Khairilizam bin Ismail
Pen. Setiausaha : Maznah bt Mat Isa
Bendahari : Umi Kalsom bt Ahmad
AJK Waris AJK Guru
1. Harun bin Bukhari 1. Mariana bt Abdul Majid
2. Siti Azlina bt Abu Mansor 2. Rokiah bt Abu Samah
3. Rubiah bt Hashim 3. Ronizah bt Mohd Dahalan
4. Norzura bt Saad 4. Mohd Hairi bin Abu Hasan
5. Wan Suhaida bt Wan Hassan 5. Suhairi bin Othman
6. Noor Eshah bt Chek Pi
7. Mohd Jamsani bin Mat Salleh Pemeriksa Kira-kira
8. Noorkhamalia bt Mohamad Khalib (Wakil Prasekolah) 1. Rodiyah bt Halid
9. Mohd Akhir bin Odin
10. Zunaidin bin Abdullah
11. Nazrul bin Hashim
2.0 MESYUARAT AJK
2.1 Mesyuarat AJK telah diadakan sebanyak 5 kali iaitu pada 5.4.2019, 25.4.2019, 7.10.2019, 16.1.2020 dan 23.1.2020.
Berikut adalah senarai kehadiran ahli:
Kehadiran Mesyuarat AJK PIBG Sesi 2018/2019 5/4 25/4 7/10 16/1 23/1
2019 2019 2019 2020 2020
BIL. NAMA
1 MOHD ASRI BIN ABDUL RAHMAN V VV
2 MOHD NOORKHAMAL BIN MOHAMAD KHALIB V VVVV
3 MOHAMAD DANIYAL BIN KHAIRUDDIN V VVVV
4 MOHD KHAIRILIZAM BIN ISMAIL V VVVV
5 UMI KALSOM BT AHMAD
6 MAZNAH BT MAT ISA V VVVV
7 RODIYAH BT HALID
8 RONIZAH BT MOHD DAHALAN X XVXV
9 ROKIAH BT ABU SAMAH
10 SUHAIRI BIN OTHMAN X XXXV
11 MARIANA BT ABD MAJID
12 MOHD HAIRI BIN ABU HASAN V XXXV
13 NOOR ESHAH BT CHEK PI
14 NUR ZURA BT SAAD X XVXV
15 RUBIAH BT HASHIM
16 WAN SUHAIDA BT WAN HASSAN X VXXV
17 SITI AZLINA BT ABU MANSOR
18 HARUN BIN BUKHARI V VXXV
19 MOHD JAMSANI BIN MAT SALLEH
20 NOR ASHIKIN BT MD ISA V XXVV
21 ZUNAIDIN BIN ABDULLAH
22 NAZROL BIN HASHIM V VVVV
23 MOHD AKHIR BIN ODIN
24 NOORKHAMALIA BT MOHAMAD KHALIB V XXVV
V XXVV
V VVXV
V XXXV
X VVXV
V VXXX V- Hadir
V VVXV
V VXXV X – Tidak hadir bersebab
V XVXV
V XXXV
V XVVV
PENYATA KEWANGAN
YANG BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2019
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN LAHAR YOOI
PENYATA KEWANGAN
YANG BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2020
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN LAHAR YOOI
PENCAPAIAN KURIKULUM
SENARAI MURID TERBAIK DALAM PENCAPAIAN UPSR
TAHUN 2019
BIL NAMA KELAS PENCAPAIAN SEKOLAH TERKINI
1 MOHAMMAD ISHRAF BIN MOHD SHAFIE 6T 6A MRSM BALIK PULAU
2 NOR FATINI BT MOHD REJAB 6T 4A 2B SMK DATUK HAJI AHMAD SAID
3 NAJLA BT JALALUDDIN 6T 5A 1C
4 NUR ALYA QISTINA BT ASSADHULLAH 6T 3A 2B SMKA (P) AL-MASHOOR
SMKA ABDULLAH FAHIM
AKTIVITI UNIT HAL EHWAL MURID
TAHUN 2019
BIL TARIKH MASA AKTIVITI CATATAN
1 29.04.2019 2.00 petang Sumbangan kematian ibu-Nur Imanina bt Jafferi Jumlah sumbangan RM300.
(5T)
2 15.05.2019 11.30 pagi Sumbangan Inspirasi Ramadhan bersama YaPIEM Seramai 10 orang murid terlibat
menerima wang tunai RM150.
3 23.05.2018 9.00 pagi Sumbangan Hari Raya untuk murid miskin dan 10 murid miskin dan 11 anak yatim
anak yatim. terlibat.
4 18.06.2019 1.00 petang Sumbangan kematian bapa – Jumlah sumbangan RM350.
Muhd Alif Syafiq b Mohd Redzuan (1G)
5 24.10.2019 8.00 pagi Sumbangan Bantuan Persekolahan 10 orang murid menerima wang
Yayasan Pelajaran Mara tunai RM50.
AKTIVITI UNIT HAL EHWAL MURID
TAHUN 2019
BIL TARIKH MASA AKTIVITI CATATAN
6 30.10.2019 2.00 petang Penyerahan kutipan DermaTabung Pahlawan Telah diserahkan.
7 08.11.2019 10.00 pagi Kutipan Amal Kanak-Kanak Spastik Telah diserahkan.
8 14.11.2019 8.00 pagi Bantuan Pakaian Sekolah Tun Sardon Foundation 10 orang murid terpilih.
9 18.11.2018 2.00 petang Sumbangan atas kematian bapa Sumbangan berjumlah RM 173.
Nurul Alia Damia bt Rosli (3C)
10 19.11.2019 9.30 pagi Penyerahan baucer zakat untuk 50 orang Telah diserahkan.
murid asnaf dan yatim.
AKTIVITI UNIT HAL EHWAL MURID
TAHUN 2020
BIL TARIKH MASA AKTIVITI CATATAN
1 16/1/2020 3.00 ptg Bantuan wang persekolahan Bank Rakyat Cawangan Kepala Batas. 5 orang murid.
2 5/3/2020 10.30 pagi Zakat Perseorangan. RM 250 kepada 10 orang murid.
3 30/05/2020 2.00 petang Sumbangan kematian ayah kepada Mohd Danish dan Mohd Danial ( 6C ). Jumlah sumbangan RM1300.
4 28/9/2020 11.00 pagi Penghantaran senarai nama murid untuk bantuan Pakaian Seragam Sekolah dari 50 org murid.
Zakat Pulau Pinang.
5 30/11/2020 9.00 pagi Bantuan Pakaian seragam Sekolah melalui sistem pembelian tanpa tunai di 50 org murid berjaya menerima bantuan
kedai2 terpilih Daerah Seberang Perai Utara. ZPP.
6 18/12/2020 12.00 tgh Sumbangan kepada keluarga Mohd Airell Danish bin Mohamad Ridzuan di Jumlah sumbangan RM1062.00
atas kematian ibu.
PENCAPAIAN KOKURIKULUM TAHUN 2019 DAN 2020
TAHUN NAMA PERTANDINGAN PENCAPAIAN PERINGKAT
2019 KEJOHANAN SEPAK TAKRAW (BERPASUKAN) 12TKB JOHAN DAERAH
2019 KETIGA DAERAH
2019 KEJOHANAN BOLA JARING MSSPP 12TKB DAERAH
2019 KEJOHANAN BOLA SEPAK 7-SEBELAH 11TKB KPM/BANK RAKYAT KEEMPAT DAERAH
2019 JOHAN DAERAH
2019 KARNIVAL BAHASA MELAYU - BERCERITA TAHAP SATU KETIGA DAERAH
2019 KARNIVAL BAHASA MELAYU - BICARA BERIRAMA DAERAH
2019 KARNIVAL BAHASA MELAYU - PIDATO NAIB JOHAN
2019 KETIGA KEBANGSAAN
2019 PERTANDINGAN BINTANG AULAD - SEBERANG PERAI UTARA KEBANGSAAN
2019 SAMBUTAN HARI GURU MALAYSIA ANUGERAH GURU ADIWIRA
2019 PENYERTAAN NEGERI
2019 DENDANGAN SYAIR SEKOLAH RENDAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA PENYERTAAN NEGERI
PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW (REGU) 12 TKB MSSPP PENYERTAAN NEGERI
KEJOHANAN HOKI 12TKB MSSPP PENYERTAAN NEGERI
KARNIVAL OLIMPIK PULAU PINANG PENYERTAAN
KEJOHANAN BOLA JARING MSSPP 12TKB
2019 PERTANDINGAN KOAKADEMIK BAHASA MELAYU – NYANYIAN SOLO KETIGA NEGERI
2019 PERTANDINGAN IDOLA HIJAU-SAJAK NAIB JOHAN NEGERI
2019 NAIB JOHAN NEGERI
2019 PERTANDINGAN VIDEO PENDEK PERBADANAN PERPUSTAKAAN NAIB JOHAN NEGERI
2019 PERTANDINGAN INOVASI ANJURAN IPG SAGUHATI NEGERI
2020 DAERAH
EARTH DAY CELEBRATION - POEM RECITAL KETIGA
2020 KEJOHANAN BOLA JARING MSSPP 12TKB 1 EMAS 2 PERAK 1 DAERAH
2020 KEJOHANAN OLAHRAGA MSSPP GANGSA DAERAH
2020 KEENAM DAERAH
2020 KEJOHANAN OLAHRAGA MSSPP SAGU HATI KEBANGSAAN
2020 PERTANDINGAN BERCERITA MURID PEMULIHAN NAIB JOHAN NEGERI
2020 PROGRAM JAGUH BAHASA MELAYU KEBANGSAAN PENYERTAAN NEGERI
2020 KELIMA NEGERI
2020 KEJOHANAN MEMANAH MAJLIS SUKAN JOHAN NEGERI
PROGRAM JAGUH BAHASA-BERCERITA TAHAP 1 SAGU HATI
BERCERITA TAHAP 2
PIDATO
2020 MENULIS ESEI BAHASA MELAYU PENYERTAAN NEGERI
2020 MENGARANG SAJAK PENYERTAAN NEGERI
2020 POETRY RECITATION SAGU HATI NEGERI
2020 PUBLIC SPEAKING PENYERTAAN NEGERI
2020 PENYERTAAN NEGERI
2020 MENULIS ESEI BAHASA INGGERIS PENYERTAAN NEGERI
2020 KUIZ PASUKAN BERUNIFORM KPM SAGU HATI NEGERI
2020 PENYERTAAN NEGERI
2020 TARIAN TRADISIONAL SAGU HATI NEGERI
NYANYIAN IRAMA MALAYSIA
PROJEK RAHMAH UNTUK SEMUA
PENCAPAIAN TERBAIK KOKURIKULUM
TAHUN 2019 DAN 2020
BIL NAMA KELAS PENCAPAIAN TAHUN
2019
1 MUHAMMAD HAZIEQ DAMIAN BIN HASBULLAH 6G KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSM 2020
PERINGKAT KEBANGSAAN
2 HANISAH BINTI MUHAMMAD HUSAIRI 6T
NAIB JOHAN BERCERITA TAHAP 2
PROGRAM JAGUH BAHASA MELAYU
PERINGKAT KEBANGSAAN
SENARAI USUL / CADANGAN
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19
TAHUN 2021
Maklumbalas yang diterima oleh Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Lahar Yooi sesi 2019/2020 mendapati
bahawa terdapat usul/cadangan yang diutarakan oleh ibu bapa/ waris untuk Mesyuarat Agung PIBG kali ke-19 ini.
Berikut adalah cadangan-cadangan tersebut:
Usul Waris Mesyuarat Agung kali ke – 19
BIL USUL CATATAN DIPILIH/ TIDAK
Waris dari prasekolah diterima masuk sebagai AJK PIBG
1 (ahli bersekutu).
Guru :Lilli Zuriana bt Mesron
(Prasekolah)
AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/ 2021
Penasihat : MOHD ASRI BIN ABDUL RAHMAN
Yang Dipertua : ……………………………………………………..
Naib Yang Dipertua : …………………………………………………….
Setiausaha : MOHD HAIRI BIN ABU HASAN
P/Setiausaha : MAZLI BIN MOHAMAD
P/Setiausaha (PIBK) : MAZNAH BT MAT ISA
Bendahari : ZURIDA BT ROMLI
AJK Waris : AJK Guru
1) HAFIZA SALWA BT ABDUL HADI
1) …………………………………………………. 2) NORAIN BT AHMAD
3) ABDUL RAHIM BIN RAMLI
2) …………………………………………………. 4) NOOR AZALIZAM BIN AHMAD
5) MOHD KHAIRILIZAM BIN ISMAIL
3) ………………………………………………….
Pemeriksa Kira-kira :
4) ………………………………………………….
5) ………………………………………………….
6) ………………………………………………….
7) ………………………………………………….
8) …………………………………………………. : 1)........................................................................
9) …………………………………………………. 2) …………………………………………………...
INFO WARIS….
Apakah maksud kementerian apabila mengumumkan tiada peperiksaan untuk murid tahap satu yang akan
bermula pada tahun 2019?
• Tiada peperiksaan bermaksud tiada peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun.
• Guru akan memberi lebih tumpuan untuk mengajar, membina kemahiran karektor dan sahsiah murid. Murid
bebas daripada tekanan belajar untuk peperiksaan. Wujudnya budaya belajar yang seronok dan bermakna.
Jika tiada lagi peperiksaan, bagaimana cikgu akan menilai anak saya?
• Peperiksaan adalah salah satu bentuk penilaian atau pentaksiran. Sementara, pentaksiran ada dalam pelbagai
bentuk.
• Pentaksiran dilakukan secara berterusan dan ia sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
• Aspek penilaian merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai.
• Ibubapa boleh mengetahui kekuatan dan kelemahan anak di samping menentukan bentuk sokongan yang
perlu diberikan.
Bagaimana saya nak tahu laporan pencapaian pembelajaran anak saya?
• Perkembangan pembelajaran dilapor dalam bentuk tahap penguasaan.
• Merangkumi kekuatan dan kelemahan murid-murid.
• Perjumpaan bersama-sama ibu bapa sekurang-kurangnya dua kali setahun.
• Guru akan membuat ulasan tambahan tentang perkembangan potensi, kemahiran dan sahsiah murid.
Bagaimana kementerian hendak memastikan guru tidak bersikap pilih kasih dalam melaksanakan PBD?
• Guru telah dilatih untuk menjadi guru yang beretika dan profesional.
• Pertimbangan profesional merupakan satu bentuk keputusan berkaitan pembelajaran murid yang dibuat
oleh guru secara beretika.
• Jadi diharapkan guru dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan amanah dan penuh integriti.
SEKALUNG PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah
memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-19 dan ke-20 ini.
khususnya kepada:
YG. BHG. TUAN ZAHAR BIN ZAINUL
Penggerak Institut Kesedaran Rakyat Pulau Pinang
Guru-guru Sekolah Kebangsaan Lahar Yooi
AJK PIBG Sesi 2019/2020
Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG
Ibu bapa/ Waris/ Jemputan yang hadir
dan
Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
TERIMA KASIH
LAMPIRAN A : SUMBANGAN LAIN-LAIN
MAKLUMAN SUMBANGAN LAIN-LAIN TAHUN 2020/2021 UNTUK DIPERSETUJUI DALAM MESYUARAT AGUNG PIBG
Mesyuarat Agung PIBG SK Lahar Yooi yang diadakan pada 2 Oktober 2021 telah mempersetujui sumbangan lain-lain tahun 2020
adalah seperti berikut :
BIL. PROGRAM/AKTIVITI KADAR KUTIPAN/ CADANGAN KEBENARAN/
SEKELUARGA TARIKH KELULUSAN
1. Kutipan A4 Paper
2. Perkhemahan Perdana 1 RIM 2021
3. Pendaftaran Persatuan RM 15 Jun 2021
4. Lawatan Sekolah RM 5 Mei 2021
5. Ahli Bersekutu PIBG RM 150 Oktober 2021
RM 25 2021
6. Dana Tahun 6 RM 120 2021
Ogos 2021
7. Kem Motivasi RM 10 Julai 2021
April 2021
8. Kem Bestari solat RM 5 Jun 2021
November 2021
9. Kem Perkampungan Ilmu Tahun 6 RM20
10. Kem Sahsiah Terpuji Tahap 2 RM10
11. Aktiviti Escape tahun 6 RM89
*format ini tidak boleh diubah(senaraikan aktiviti/program)kecuali majalah dan sumbangan PIBG.
Sumbangan hanya boleh dipungut selepas mendapat kelulusan.
Semua kutipan sumbangan hendaklah dimasukkan ke dalam akaun SUWA.
Disahkan oleh, Diakui oleh,
........................................... .........................................
Pengetua/Guru Besar Yang Dipertua PIBG