The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nassahbasri, 2023-01-26 02:13:27

LAPORAN BERKUMPULAN

LAPORAN BERKUMPULAN

WAU SOBEK WARISAN BERZAMAN P E N U L I S F A I Z A B U L A Q M A N F A R H A N M EGAT M AYUZ I F Gallery Wau Laman Warisan Seni Kampung Laut, Kelantan


WAUSOBEK


ISI KANDUNGAN Sejarah Tokoh Biodata Tokoh Sumbangan Tokoh Anugerah Tokoh Cadangan 4 5 8 9 12


WAU BULAN KELANTAN SEJARAH Asal Usul Wau Bulan Kelantan Wau Bulan adalah wau yang terkenal di negeri Kelantan. Wau Bulan telah mendapat pengiktirafandaripada Majlis Pelayang Malaysia sebagai wau kebangsaan Malaysia bersama-sama wau kucing dan wau jala budi. Selain digunakan sebagai wau yang diterbangkan. Wau bulan juga sering kali dijadikan 'wau cantik' iaitu wau yang digunakan untuk pertandingan keindahan corak dan motifnya. Permainan wau ini telah dijadikan pesta tahunan yang dapat memberi peluang setiap masyarakat bertemu dan bergembira. Wau Bulan dikatakan telah bermula pada zaman kerajaan Srivijaya, yang mengikut legenda, mula digunakan oleh seorang putera bernama Dewa Muda, Corak bunga dan daun pada wau Dewa Muda dikatakan merupakan peta daerah 6ang dikuasainya. CIRI-CIRI Bentuk jenis wau menyerupai bulan sabit pada bahagian hadapan dan separa bulatan pada bahagian ekornya. Justeru, wau tersebut kelihatan seperti bulan yang terbit di angkasa apabila diterbangkan. Dari segi saiznya, wau bulan dibentuk dengan saiz yang lebih besar berbanding wau lain. Bidang biasa adalah sepanjang 2.5 meter dengan tinggi 3.5 meter. Ini untuk memastikan corak yang terdapat pada wau tersebut kelihatan jelas dan menyerlah. Bagi menyerlahkan daya tarikan jenis wau ini, pemilihan warna yang terang dqn corak yang lebih besar menjadi pilihan. WARISAN WAU BULAN LAMBANG KEBUDAYAAN Wau bulan juga telah menjadi lambang kebudayaan Melayu kerana dicetakan pada wang kertas satu ringgit Malaysia dan duit syiling untuk memperingati Sukan SEA ke-9 pada tahun 1977 dan wang syiling li a pulu sen pada bahagian belakang wang tersebut. Keadaan ini memperlihatkan betapa unik dan tingginya nilai seni kebudayaan Melayu yang telah dijadikan lambang masyarakat Malaysia


Mahyuzif merupakan nama yang digunakan oleh beliau semasa beliau berkecimpung di dalam dunia Wau Sobek ini. Nama penuh Megat Mahyuzif ini adalah Mahyuzif bin Mat Yussof. Kebanyakkan orang mahupun pengunjung yang mengenali beliau menggelarkannya sebagai Megat. Tarikh kelahiran Megat Mahyuzif adalah pada 18 februari iaitu pada tahun 1982 di hospital besar Kota Bahru, Raja Perempuan Zainab II. Menurutnya tempat asal semasa menjalankan kehidupan adalah di Kampung Laut 3, Palekbang, 16040 Tumpat Kelantan. Sekarang Encik Megat Mahyuzif masih lagi menetap di menetap di tempat asal kelahirannya iaitu Kampung Laut 3, Kelantan. Beralih pula kepada tahap pendidikan beliau, Encik Mahyuzif hanya mempunyai tahap pendidikan sehingga lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Menurutnya sebab encik Megat Mahyuzif tidak menyambungkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi disebabkan beliau ingin menumpukan perhatian sepenuhnya kepada minatnya dalam Wau sobek. Pendidikan di sekolah rendah untuk Megat Mahyuzif adalah di Sekolah Kebangsaan Kampung Laut dan beliau menyambung pelajaran di Sekolah Mengengah Kebangsaan Kampung Laut. Tidak hairanlah Megat Mahyuzif ini mahir di dalam ilmu wau sobek kerana beliau mempunyai pengamalan membuat wau sejak di bangku sekolah lagi dan hampir 20 tahun telah menceburi bidang wau. Dari sudut pekerjaannya pula, sekarang beliau berkerja sepenuh masa dalam membuat tempatan wau serta beliau juga telah membuka galeri yang dimiliki olehnya sendiri iaitu Gallery Wau Sobek. Galeri ini terletak bersebelahan dengan Masjid Kampung Laut. Di dalam galerinya terdapat terdapat berbagai macam-macam jenis wau sobek yang dipamerkan dan dijual. Galeri ini juga turut menyajikan aktiviti kepada pengunjung untuk memahami lebih mendalam tentang wau sebagai contoh mewarna wau dengan bayaran yang sangat berpatutan. BIODATA MEGAT MAYUZIF


Wau yang dihasilkan oleh Megat Mahyuzi di Gallery Wau Laman Warisan Seni Kampung Laut, Kelantan


Latar belakang Megat mayuzif merupakan figura yang tidak asing lagi dalam bidang penghasilan seni kreatif wau sobek ini. Menurut megat sendiri, beliau telah mula berkecimpung dalam bidang seni warisan wau ini sejak di bangku sekolah lagi. Minat beliau yang mendalam dalam bidang penghasilan wau ini telah mendorongnya berguru dengan dua orang guru yang ada di Kelantan. Sebelum bergiat aktif dalam bidang wau sobek ini, beliau juga pernah behijrah ke Kuala lumpur untuk bekerja selama beberapa tahun sebelum pulang semula ke negeri Kelantan. Sebelum membuka kedai di Kampung Laut Tumpat, Megata Mafuzif hanya mengambil tempahan untuk membuat wau perhiasan ukiran sobek ini dari rumah sahaja. Beliau juga mempunyai bengkel sendiri untuk menghasilkan Wau yang telah ditempah oleh pelanggan. Menurut megat juga, beliau mula menjual hasil karyanya selepas menamatkaan zaman persekolahan. Factor mendorong minat beliau meneruskan legesi wau sobek. Menurut Megat Mayuzif sendiri, beliau memang meminati wau sebek ini dari kecil lagi. Hal ini kerana beliau sangat meminati budaya masyarakat Melayu dan unsur-unsur alam yang sentiasa digunakan oleh masyarakat Melayu dalam mencerminkan identity mereka. Menurut beliau juga, Keindahan dalam setiap corak dan ukiran tersebut sebenarnya melambangkan identiti dan jati diri masyarakat Malaysia. Kebanyakan motif yang dihasilkan menerusi karyakarya wau beliau sebenarnya bedasarkan kepada unsur-unsur alam yang ada di Malaysia itu sendiri. Mahyuzif Bin Mat Yussof


Pengalaman Beliau juga sangat berkebolehan dalam menghasilkan pelbagai jenis wau sobek terutamanya Wau Jala Budi, Wau Kucing dan Wau Bulan. Bagi beliau setiap negeri mempunyai keunikan wau tersendiri sebagai contoh Wau Jala Budi yang berasal dari negeri Kedah. Wau bukan sahaja dijadikan permainan' tradisional malahan merupakan simbolik kepada seni Warisan Melayu yang turut mempunyai makna tersendiri disebalik setiap ukirannya.Oleh kerana itu jenis-jenis wau ini mempunyai kelainan, kata beliau. Minat beliau dalam membuat wau telah mendapat pandangan dunia luar tentang keunikannya sehinggakan beliau dinobatkan sebagai megat dalam kesenian wau, Disebabkan tahap perkembangan ekonomi yang sangat merisaukan pada masa kini, peniagaan yang dijalankan oleh beliau juga turut terkna tempiasnya. Justeru itu beliau dengan menggunakan inisiatif tersendiri telah menginovasikan wan bulan dengan menggunakan medium corak batik tanpƤ mengubah bentuk asal wau bulan bagi menarik minat lapisan bangsa kini. Selain itu, beliau juga mencipta karya dengan mengambil tempahan Wau Bulan Berlogo yang merupakan karya yang sulit beliau cipta. Wau bulan ini bukan sahaja dibeli dan ditempah golongan kayangan namun terdapat golongan marhean yang dapat membeli wan bulan hasil olahan beliau. Hasil karya bellau juga sering mendapat tempahan daripada orang ternama untuk dijadikan hadiah penghargaan menerusi majlis-majlis VVIP.


Sumbangan megat mayuzif terhadap seni pembuatan wau sobek amatlah besar terhadap masyrakat setempat khususnya masyarakat Kampung Laut. Beliau memperkenalkan seni pembuatan wau sobek kepada masyarakat luar khususnya generasi muda. Hal ini kerana kebanyakan genarasi muda zaman sekarang tidak mengetahui cara- cara pembuatan wau serta jenis-jenis wau. Beliau juga juga pakar pembuat wau yang tidak lokek dalam berkongsikan ilmu pengetahuan yang beliau ada kepada generasi muda yang berminat untuk mempelajari bidang pembuatan wau. Beliau sering menjadi pengajar kepada para peserta kursus yang dilaksanakan oleh Jabatan-jabatan Kerajaan, IPTA, IPTS dan pihak Sekolah. Beliau sentiasa memastikan bahan-bahan yang digunakan bagi menghasilkan wau daripada sumber yang berkualiti. Anugerah Beliau telah menerima banyak anugerah dari peringkat negeri hingga ke peringkat kebangsaan seperti pertandingan pembuatan wau di Pesta wau kebangsaan yang diadakan pantai Genting, Tumpat. Beliau juga telah mendapat tempat dalam pelbagai aktiviti bengkel pembuatan Wau yang sering disertai oleh beliau. Megat mayuzif adalah seorang yang sangat berdedikasi dan bertanggungjawab dalam setiap hasil karya seni yang dihasilkan. Oleh sebab komitmen beliau yang lama dalam penghasilan produk wau sejak 20 tahun lepas beliau telah dianugerahkan MCC Creative Awards pada pada Kelantan Exchange 2021 dalam seni pembuatan wau. Jenis wau Sumbangan


Megat mayuzif pakar dalam pembuatan wau sobek. Antara jenis wau yang dihasilkan oleh beliau adalah jenis wau jala budi yang berasal dari negeri Kedah dan wau bulan yang merupakan wau yang sininim dengan negeri Kelantan. Wau yang dihasilkan oleh beliau juga menarik, hal ini dapat dilihat dari segi pembuatan corak-coraknya. Setiap wau mempunyai coraknya atau motifnya yang tersendiri. Pelanggan yang ingin membeli wau buatan beliau juga dapat membuat pilihan tentang corak-corak atau motif yang dinginkan oleh mereka sendiri sambil diselia oleh Megat Mayuzif tentang kesesuain corak tersebut pada jenis dan saiz wau yang diinginkan. Beliau juga telah membuat wau yang menggunakan corak batik. Ini menjadikan wau tersebut lebih unik dan lain dari yang lain. Bantuan/ dana Dalam penghasilan wau ini Megat Mayuzif menggunakan sendiri wang dan tenaga beliau. Seperti bahan-bahan untuk membuat wau seperti buluh, kertas, dan lilin bagi penghasilan wau batik. Disebabkan pembuatan wau atau penjualan wau ini tidaklah menguntungkan beliau terpaksa menginovasikan perniagaan beliau seperti membuat wau menggunakan kaedah batik, tanpa mengubah ciri-ciri sebuah wau itu sendiri agar nilainilai warisan nya tetap terjaga. Beliau juga mengambil tempahan pembuatan wau yang mempunyai logo-logo sesebuah persatuan atau syarikat yang membuat tempahan dengan beliau. Wau beliau bukan sahaja dibeli oleh orang kenamaan namun setiap pelusuk masyarakat turut membeli wau yang dihasilkan beliau kerana mempunyai harga yang berpatutan dan mempunyai corak-corak yang menarik. Wau hasilan beliau juga banyak dijadikan sebagai cenderamata untuk dibagi kepada orang-orang kenamaan. Galeri wau beliau yang terletak di Laman Warisan Kampung Laut telah dikunjungi oleh pelbagai orang dari segenap masyarakat seperti pelancong luar negara, perdana Menteri, Menteri besar serta kerabat diraja.


Dalam menghasilkan satu wau sobek sebenarnya tidak memerlukan modal yang banyak kerana bahan utama yang diperlukan hanya kertas warna, kerangka wau, dan alatan untuk melakukan proses sobek untuk membentuk corak pada wau sahaja. Kos untuk menghasilkan sebuah wau sangat rendah namun ianya juga bergantuk pada saiz dan corak yang diletak pada wau. Walaupun modal dalam menghasilkan sebuah wau sangat rendah. Apa yang membuatkan sesebuah wau sobek berniali tinggi adalah kerana corak yang cantik dan masa yang telah digunakan untuk menghasilkan wau sobek tersebut. Tempoh masa untuk menghasilkan sebuah wau boleh memakan masa selama enam bulan bergantung kepada kesukaran corak dan saiz wau tersebut. Menurut Mengat Mayuzif, untuk menghasilkan sebuah wau sobek perlu mempunyai kemahiran yang tinggi bagi mengelakkan sebarang kecacatan ke atas corak wau tersebut. Selain itu, untuk melakukan teknik sobek ini juga menuntut ketenangan dan kesabaran yang sangat tinggi.


ANUGERAH Tokoh anak seni daerah Tumpat Pemenang no 3 Wau Bengkel Penghargaan seni peringkat negeri


Cabaran Dalam dunia ahli seni warisan kraftangan permainan wau, pelbagai cabaran yang akan ditempuhi tidak kira semasa sebelum ataupun selepas bagi merealisasikan hasil kraftangan permainan wau. Sebelum beliau mahir membuat wau, masyarakat di sekitarnya banyak menganggap bahawa kerjaya sebagai seorang kraf tangan permainan ini adalah salah satu kerjaya yang dipandang rendah oleh masyarakat. Hal ini disebabkan oleh pendapatan yang diperoleh hasil daripada membuat wau ini sangat sedikit dan kurang pembeli yang berminat dengan wau. Selain itu, tokoh penggiat seni permanian wau ini semakin hari semakin berkurang menyebabkan ilmu daripada penggiat seni yang lebih berpengalaman tidak dapat diwariskan ke generasi akan datang. Di Kelantan, terdapat pelbagai jenis wau yang terkenal yang masih dapat dilihat dan dimainkan contohnya wau bulan, wau puyuh, wau ular, jalak budi, wau daun dan banyak lagi. Tapi sayangnya tokoh-tokoh lama yang membuat wau tersebut semakin hari semakin berkurang disebabkan oleh faktor usia penggiat seni itu sendiri yang semakin tua dan tidak mampu untuk mengajar ilmunya kepada generasi masa kini menyebabkan kraftangan ini semakin hari semakin dilupakan dan ditelan zaman. Masyarakat kurang minat untuk mendalami ilmu permainan wau. Seperti yang kita ketahui, untuk menghasilkan sebuah wau yang sempurna dan boleh diterbangkan perlu mempunyai ilmu yang tinggi. Pelbagai ilmu yang harus diketahui sekiranya seseorang itu ingin mendalam ilmu berkaitan dengan wau. Bermula dengan teknik pemilihan buluh yang betul bagi memastikan kerangka wau dapat tahan lebih lama dan tidak diserang oleh serangga perosak. Selain itu, seseorang itu juga perlu belajar ilmu meraut wau dengan betul bagi menentukan ketebalan yang diperlukan untuk bahagian-bahagian kerangka wau supaya dapat terbang dengan baik dan tidak mudah patah apabila wau jatuh. Kemudian seseorang itu perlu tahu cara menampal kertas pada kerangka supaya wau dapat menampung angin apabila berada di udara. Pelbagai lagi ilmu yang harus dipelajari jika mahu mendalami ilmu membuat permainan wau. Disebabkan oleh itu remaja sekarang tidak mahu mempelajari ilmu membuat wau kerana beliau menganggap aktiviti tersebut membuang masa dan menyusahkan.


Dalam mengekalkan ilmu penghasilan wau tradisional, saingan wau-wau moden juga turut menjadi cabaran oleh penggiat seni membuat wau. Selain di Malaysia, luar negara juga mempunyai wau kebanggaan mereka yang membuatkan masyarakat tempatan terpegun apabila melihat wau internasional berterbangan di tanah air kita. Sebagai contoh pertandingan wau antarabangsa yang diadakan pada setiap tahun di pantai Genting di Kelantan banyak menyaksikan kehebatan wau-wau daripada Jepun, Cina, Amerika dan banyak lagi wau daripada negara lain diterbangkan di sana. Secara tidak langsung wauwau antarabangsa telah berjaya menarik minat masyarakat tempatan untuk melaburkan wang mereka mengenali dengan lebih mendalam berkaitan dengan wau tersebut. Disebakan oleh itu, wau-wau tempatan tidak lagi dipandang oleh masyarakat tempatan. Kebiasaan masyarakat tempatan melihat wau-wau tradisional juga menyebabkan mereka jemu dan bosan kerana wau-wau tradisional sering dilihat oleh mereka.


Galeri beliau pernah menarik minat YMM Che Puan Sofia Louise untuk mencemarduli mengisytiharkan perasmian pembukaan kedai beliau pada 9 September tahun lalu. Kesenian kraf wau bulan yang dipersembahkan telah mendapat perhatian baginda untuk mengenal lebih lanjut berkaitan dengan wau bulan sehinggakan kaum kerabat baginda juga tidak lekang menilik setiap hasil karya beliau


Beliau mengajar pengunjung cara asas menyobek wau


Untuk menarik masyarakat terutamanya golongan muda pelbagai usaha beliau untuk menarik minat masyarakat Malaysia dan juga pelancong luar negara untuk mempelajari ilmu seni wau ini dan beliau telah membuat insiantif di Gallery beliau dengan pendekatan kepada pengunjung dengan membuat aktiviti mewarna batik, menyebek wau, mewarna wau dan juga pelbagai lagi kaedah pendekatan beliau terhadap pengunjung untuk datang ke Gallery beliau dan pada masa yang sama tujuan beliau sampai kepada pengunjung untuk mendapat ilmu tentang wau dan pada yang sama ini dapat meningkatkan pendapatan utama beliau dan pada masa yang sama juga dapat memartabatkan ilmu kesenian wau yang sedia tahu sebuah lambang identiti negara.


Pernah menyertai "Most Wau Batik Coloring Event di Universiti Malaysia Kelantan


Aktiviti yang terdapat di Gallery Wau Laman Warisan Seni Kampung Laut, Kelantan


Aktiviti yang terdapat di Galeri Wau Laman Warisan Seni Kampung Laut, Kelantan


Suasana di Geleri Wau Laman Warisan Seni Kampung Laut, Kelantan


Para pengkaji melawati GalleryWau Laman Warisan Seni Kampung Laut, Kelantan


Mahyuzif Bin Mat Yussof "Biar tak reti buat wau, asal tahu ilmu wau"


Penulis Muhammad Farhan Bin Ismail C19A0299 Muhamad Faiz Bin Fadzilah C19A0248 Abu Hassan Basri Bin Ab Rashid C19A0008 Muhammad Laqman Nulhaqim Bin Mat Angkat C19A0256 Reka bentuk kulit Muhammad Farhan Bin Ismail C19A0299 Tataletak Muhamad Faiz Bin Fadzilah C19A0248 Juru Gambar Abu Hassan Basri Bin Ab Rashid C19A0008 Muhammad Laqman Nulhaqim Bin Mat Angkat C19A0256 , Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan CWT4202- Seminar Isu Semasa Dalam Warisan Universiti Malaysia Kelantan Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar ke dalam sebarang bentuk atau sebarang alat juga pun, sama ada dengan eletronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis.


Click to View FlipBook Version