The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 483-12-nurina, 2022-09-11 12:35:02

NOTA PENGAKAP KANAK-KANAK

NOTA PENGAKAP KANAK-KANAK

MAKLUMAT PERIBADI

NAMA NIK NURINA SYAHIEDA BINTI MAMAT

NO KAD PENGENALAN 021001-03-0264

UNIT PENDIDIKAN SENI VISUAL

KURSUS / SEMESTER PISMP

AMBILAN JUN 2021

ALAMAT EMEL [email protected]

ALAMAT RUMAH PT 1183 TAMAN PERUMAHAN BINA
ALAM LEBUHRAYA MACHANG-PASIR
PUTEH 18500 MACHANG KELANTAN

NO TELEFON 011-28897122

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah S.W.T. Pemilik sekian alam. Bersyukur
saya kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia kesihatan fizikal
yang cergas dan otak yang cerdas untuk memudahkan penulisan ini
dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya pada tempoh yang
ditetapkan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing
saya, di atas kerjasama dan masa beliau tanpa mengenal erti penat
lelah dalam memberikan idea-idea yang bernas, sokongan moral dan
motivasi kepada saya sepanjang tempoh saya menyiapkan tugasan
kerja kursus ini.

Seterusnya, berterima kasih juga kepada kakitangan
perpustakaan IPG Kampus Raja Melewar kerana sudi memberi
panduan dan cadangan dalam menyiapkan kerja kursus ini malah
turut membantu dalam membekalkan buku-buku rujukan berkaitan
kerja kursus saya ini. Hal ini dapat memudahkan proses
melaksanakan kerja kursus ini dan juga menambahkan ilmu
pengetahuan saya.

Akhir sekali , tidak lupa juga, sekalung penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang telah
banyak memberi dorongan dan ajaran dalam melaksanakan tugasan
ini.

ISI KANDUNGAN

Maklumat Peribadi ……………….………………………………. 2
Penghargaan ………………………………………………………… 3
Isi Kandungan ………………………………………………………… 4
Perlembagaan Pengakap Kanak-kanak …………………… 5
Ogranisasi Pengakap Malaysia ……………………………….. 9
Sejarah Pengakap …………………………………………………… 12
Pengakap Kanak-kanak ………………………………………….. 16
Lencana Keahlian Pengakap ………………………………….. 17
Lambang Pengakap……………..…………………………………. 17
Persetiaan Pengakap ……………………………………………... 19
Undang-undang Pengakap …………………………………….. 20
Tabik dan Hormat Pengakap ………………………………….. 20
Cogankata Pengakap ……………………………………………… 21
Laung Agung …………………………………………………………. 22
Cerita Hutan ………………………………………………………….. 23
Lagu-lagu Pengakap ………………………………………………. 25
Simpulan dan Ikatan ……………………………………………… 27
Lencana Pengakap Kanak-kanak…………………………….. 28
Lencana Wajib / Kepandaian …………………………………. 29
Kedudukan Lencana pada Uniform ……………………….. 30
Asas Kawad Kaki Pengakap ……………………………………. 32
Laporan Mingguan Pengakap ………………………………… 37

PERLEMBAGAAN PENGAKAP
KANAK-KANAK

Ø MATLAMAT

• Mendorong perkembangan sikap yang cemerlang dalam mencapai
tahap fizikal yang maksimum, berintelek dan menanam semangat
berusaha sebagai seorang individu yang dapat memberi
sumbangan yang positif terhadap masyarakat, negara dan
antarabangsa.

Ø OBJEKTIF

• Taat kepada tuhan dan agama yang dianuti.
• Taat dan setia kepada negara
• Mempunyai perasaan persaudaraan.
• Berkhidmat kepada masyarakat.

Ø KEAHLIAN

• Dibuka kepada semua murid Tahun 3 hingga 6 disekolah ini .
• Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang

yang disediakan.
• Setiap ahli dikehendaki membayar yuran keahlian sebanyak

RM10.00.

Ø GURU SEBAGAI PEMIMPIN

• Pemimpin Pengakap adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
• Pemimpin mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksana

atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.
• Pemimpin berhak memilih ahli pengakap untuk mewakili

sekolah mengikuti acara yang dipertandingkan di peringkat
jabatan atau kementerian.

PERLEMBAGAAN PENGAKAP
KANAK-KANAK

Ø AHLI JAWATANKUASA

• Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
• Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat layak

dicalonkan sebagai AJK.
• Pemilihan AJK secara undian.
• Ajk kecil boleh dilantik oleh Pemimpin tanpa mengadakan

mesyuarat.
• Ajk yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat

perletakkan jawatan kepada guru penasihat.
• Ajk persatuan terdiri :
• Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha,

Bendahari dan Ajk.
• Pemimpin boleh menambahkan bilangan Ajk jika perlu.
• AJK bertugas membantu Pemimpin melaksanakan aktiviti yang

dirancang.

Ø DERMA

• Sumber utama kewangan pengakap adalah melalui derma
yang ditetapkan.

• Pengakap juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.
• Ahli yang menyertai aktiviti yang memerlukan belanja besar

boleh dikenakan derma khas bagi membiayai projek tersebut.
• Sebarang derma yang dikutip hendaklah mendapat kelulusan

dari Guru Besar Sekolah

Ø KEHADIRAN/PENYERTAAN

• Ahli pengakap dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang
dijalankan oleh pengakap sepanjang tahun.

• Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin
dan kehilangan hak-hak keahlian pengakap.

• Kehadiran ahli pengakap adalah satu dari markah wajib PAJSK.

PERLEMBAGAAN PENGAKAP
KANAK-KANAK

Ø AKTIVITI

• Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung
atau mesyuarat ahli jawatankuasa.

• Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan
diumumkan kepada pengetahuan ahli.

• Perkhemahan Pengakap peringkat sekolah wajib diadakan
setiap tahun.

Ø PERATURAN-PERATURAN

• Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
• Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua

ahli.
• Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan

tatatertib.
• Ahli-ahli yang mematuhi peraturan adalah merupakan pengakap

sejati.

Ø TINDAKAN DISIPLIN

• Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan pengakap
kanak-kanak dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

• Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
ü Amaran lisan.

ü Amaran bertulis.
ü Gantung keahlian.

ü Pecat keahlian.
• Ahli yang dikenakan tindakan disiplin, akan hilang semua hak

keahlian.
• Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh

membuat rayuan kepada guru penasihat unit pakaian seragam,
persatuan/kelab dan kelab sukan/permainan secara bertulis dan
keputusan guru penasihat adalah muktamad.

PERLEMBAGAAN PENGAKAP
KANAK-KANAK

Ø PINDAAN PERLEMBAGAAN

• Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga
ia dipinda.

• Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli
jawatankuasa, pemimpin-pemimpin atau pentadbir sekolah
secara bertulis.

• Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin
dan ahli jawatankuasa akan membincangkan cadangan
tersebut dan meluluskannya jika perlu.

• Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan
dan disahkan oleh guru besar.

Ø HAL-HAL LAIN

• Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri
terhadap aktiviti yang dijalankan.

• Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikut aktiviti
dengan penuh minat.

• Ahli-ahli pengakap adalah ahli yang berdaftar dengan
Pertubuhan Pengakap Kebangsaan

STRUKTUR ORGANISASI
PENGAKAP MALAYSIA

ORGANISASI PENGAKAP
MALAYSIA

ORGANISASI PENGAKAP
MALAYSIA

SEJARAH PENGAKAP

• Pergerakan Pengakap telah diasaskan oleh Lord Baden-
Powell pada tahun 1907 di England. Nama penuh beliau ialah
Lieutenant-General Robert Stephenson Smyth Baden-Powell.
Beliau lahir di London, England pada 22 Februari 1857.
Ayahnya, Baden-Powell merupakan seorang pensyarah di
University of Oxford manakala ibunya bernama Henrietta
Grace Smyth. Beliau merupakan bekas pegawai tentera
British. Beliau telah berkhidmat di banyak perang-perang
terutamanya di Afrika.
LORD BADENN POWELL

• Pada tahun 1876, Baden-Powell telah menyertai pasukan "13
th Hussar" dengan pangkat sebagai "Lieutenant". Beliau
kemudian belajar ilmu ketenteraan dan kepengakapan dari
Puak Zulu seawal tahun 1880 di Daerah Natal, Afrika Selatan
di mana dia dan rejimennya ditempatkan. Semasa dalam
pengembaraannya di sini, dia telah menjumpai banyak manik
kayu, yang mana manik kayu ini dipercayai dimiliki oleh Raja
Dinizulu, iaitu salah seorang Raja Kaum Zulu pada masa itu.
Manik kayu inilah yang menjadi simbol kepimpinan dalam
kepengakapan seperti hari ini.

BADENN POWELL SEBAGAI TENTERA

• Oleh kerana beliau telah menunjukkan kepimpinan
yang baik semasa dalam perkhidmatannya, beliau
telah dinaikkan ke pangkat "Major" dan sebagai
"Aide-de-camp” atau setiausaha kepada bapa
saudaranya, Gabenor Kepulauan Malta, Sir Henry
Agustus Smyth. Dia ditempatkan di Malta selama 3
tahun dan selama di situ dia bekerja sebagai
pegawai perisik bagi kepualauan Maditerranean.

MANIK KAYU (WOOD BADGE)

• Pada tahun 1896, beliau telah kembali ke Afrika dan
berkhidmat dalam Perang Matabele ke-2. Di sini dia telah
bertemu dengan Peninjau dari Tentera Amerika Syarikat
Bernama Frederick Russell Burnham. Baden-Powell telah
belajar ilmu ikhtiar hidup dan kepengakapan dari
Frederick Russel Burnham. Adalah dipercayai juga
Frederick memakai topi "Stetson" (Topi bulat dan tali) dan
"neckerchief" (Skaf tiga segi), yang menjadi simbolik
pergerakan pengakap pada hari ini.

• Baden-Powell kemudian di tempatkan di Gold Coast. Pada tahun 1897,
beliau dihantar ke India pangkat "Coldgel pada usianya 40 tahun, yang
mana beliau adalah "Colonel" termuda dalam sejarah ketenteraan British.
Beliau ditugaskan untuk memimpin "5'" Dragoon Guards". Beberapa
tahun kemudian dia telah menulis sebuah buku panduan mini bertajuk
"Aids to Scouting". Buku ini menulis tentang ringkasan ilmu meninjau
(scouting) yang dipelajarinya daripada Frederick Burnham.

• Baden-Powell telah kembali ke Afrika sebelum Perang Boer ke-2. Pada
masa ini, Baden-Powell telah diarahkan untuk bertahan di Mafeking.
Mafeking pada masa itu sedang dikepung oleh seramai 8000 orang
tentera Boer. Baden-Powell yang pada ketika itu mengetuai pertahanan
Mafeking hanya mempunyai kira-kira 1 500 orang tentera, telah
bertahan selama 217 hari. Daripada jumlah itu, beliau telah kehilangan
seramai 812 orang tentera manakala Tentera Boer telah kehilangan
seramai 2 000 orang tentera.

STRATEGI PERANG MAFEKING OLEH BADEN-POWELL

• Semasa pengepungan Mafeking ini, Baden-Powell telah menggunakan
pelbagai strategi peperangan seperti menanam periuk api palsu untuk
mengelirukan pihak lawan dan menubuhkan "Mafeking Cadets" yang
dianggotai oleh kanak-kanak dan remaja yang berusia antara 12 hingga
15 tahun. "Mafeking Cadets" ini ditugaskan untuk menyampaikan
maklumat, memberi rawatan dan membawa keluar tentera yang cedera
dalam medan perang. Baden-Powell mendapati kanak-kanak ii mampu
menjalankan tugas yang diberi kepada mereka dengan baik. Peristiwa
inilah yang memberikan idea kepada Baden-Powelluntuk menubuhkan
unit pengakap

PENUBUHAN PENGAKAP

• Atas kejayaan "Mafeking Cadets" ini dan

berdasarkan pengalamannya, Baden-Powell

telah menulis sebuah buku yang bertajuk "Aids

to Scouting". Buku ini telah diterima dengan

meluas oleh semua pihak termasuk pihak guru

dan persatuan belia. Beliau kemudian menulis

kembali buku itu supaya sesuai dengan

“Mafeking codets” pembaca kanak-kanak.

Peserta perkhemahan
pulau brownsea,1907

Tapak perkhemahan
pulau brownsea,1907

• Pada 1 hingga 8 Ogos 1907, beliau telah membawa sekumpulan 21 oragg
kanak-kanak untuk berkhemah di Pulau Brownsea, England. Kesemua
kanak-kanak in telah dibahagikan kepeda patrol, yang menjadikan sistem
patrol pada hari ini. Kesemua mereka berkhemah, memantau, membuat
gajet dan ikhtiar hidup, menyelamatkan nyawa dan menanamkan semangat
patriotik.

Tugu peringatan perkhemahan pertama pengakap

• Oleh kerana pada masa ini masih belum ada simbol
atau lambang pengakap, semua peserta tidak
memakai uniform seragam tetapi kesemua mereka
memakai skaf ("neckerchief” - seperti yang dipakai
oleh Frederick Russel Burnham). Mereka juga diberi
lencana "fluer-de-lis" yang mana hari ini menjadi
simbol asas lambang pengakap dunia.

• Setelah lulus semua ujian ikatan, menjejak dan
bendera kebangsaan, peserta perkhemahan ini
akan diberikan lencana yang tertulis '"Be
Prepared" seperti yang diguna pakai oleh
semua pengakap seluruh dunia pada hari ini

• Perkhemahan in telah mendapat pengiktirafan sebagai Perkhemahan
Pengakap Pertama. Pada tahun 1920, Jambori Dunia Pengakap
Pertama (1st World Scout Jamboree) telah diadakan di Olympia, West
Kensington, London. Di sini, Baden-Powell telah dinamakan sebagai
Pengakap Agung Dunia (Chief Scout of The World).

• Pada tahun 1921, Baden-Powell telah diberikan gelaran kenamaan
"Baronet" menjadikan namanya Baron Baden-Powell of Gillwell in the
Country of Essex. Pada 17 September 1929, Taman Gillwell (Gillwell
Park) telah dibuka dan dijadikan Pusat Latihan Pemimpin Pengakap.
Pada tahun 1937 di Jambori Dunia Pengakap ke-5 (5th World Scout
Jamboree) Baden-Powell telah mengucapkan selamat tinggal kepada
dunia kepengakapan

• Pada tahun 1941, Baden-Powell telah menghembuskan nafas terakhirnya
dan telah ditanam di desc Peter's Cemetary di Nyeri, Kenya. Pada batu
kuburnya terlukis simbol "O" yang mempunyai pitik di tengah yang mana
dalam isyarat sulit pengakap bermaksud "Saya sudah pulang"

PENGAKAP KANAK-KANAK

Ø Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan salah satu badan
beruniform (berpakaian seragam) yang giat bergerak di negara ini. Salah
satu cabang dalam pergerakan ini ialah Pengakap Kanak-kanak. Pengakap
Kanak-kanak mengandungi ahli-ahli yang berumur antara (8) lapan tahun
hingga (12) dua belas tahun (murid-murid sekolah rendah)

Ø Pergerakan Pengakap Kanak-kanak .menjadi salah satu gerakerja
kumpulan yang memberi khidmat kepada sekolah dan masyarakat. Di
bawah program KBSR Pergerakan Pengakap Kanak-kanak telah dipilih
sebagai salah satu gerakerja kokurikulum yang diwajibkan di semua
sekolah rendah. Ini disebabkan ianya didapati amat sesuai dijalankan Oleh
murid-murid pada peringkat ini.

Ø Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan satu cara didikan yang
boleh dijalankan di dalam dan di luar sekolah. Aktiviti Pergerakan Pengakap
Kanak-kanak mudah diikuti dan menarik minat murid-murid. Di samping it, a
dapat pula menyemaikan sifat-sifat kepemimpinan, bekerjasama, tolong-

menolong dan sedia berkhidmat di kalangan mereka.

MATLAMAT PERGERAKAN
PENGAKAP KANAK-KANAK

• Mengembangkan kebolehan mental, minat, bakat serta perkembangan

rohani dan jasmani
• Mengukuh dan memperkayakan pengalaman yang dipelajari di dalam bilik

darjah
• Menyediakan mereka dalam proses penyesuaian bermasyarakat dengan

cara memberi pengalaman untuk berhubung, bergaul dan bekerjasama
• Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran muri-murid

dalam bidang-bidang tertentu
• Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif di kalangan mereka

selaras dengan hasrat Rukunegara
• Melatih murid mengisi masa lapang dengan gerakerja yang berfaedah di

samping dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri mereka dan
• Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dan memberi sumbangan

kepada sekolah dan masyarakat.

LENCANA KEAHLIAN
PENGAKAP

• Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapat
Lencana Keahlian, seseorang budak itu akan diuji
dalam perkara-perkara berikut bagi menentukan
bahawa ia faham dan mengerti makna-makna setiap
perkara tersebut.

UJIAN LULUS MEMAKAI LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP
1. Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia.
2. Persetiaan Pengakap & Undang-Undang Pengakap.
3. Lima Prinsip Rukun Negara
4. Hormat Pengakap & Cogan Kata Pengakap.
5. Sejarah Pergerakan Pengakap.
6. Cerita Hutan
7. Laung Agung

LAMBANG PENGAKAP

LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA



Pecahan tiga kelopak Ikatan putih bermaksud ikatan
bermaksud tiga persaudaraan pengakap.
Persetiaan Pengakap Warna putih melambangkan
kesucian dan kebersihan.
Warna ungu melambangkan
Biro Pengakap Sedunia. Lingkaran tali berwarna putih
melambangkan persaudaraan
Dua bintang pecah lima berwarna Pengakap Sedunia.
ungu pada kelopak kiri dan kanan
melambangkan sepuluh undang-
undang Pengakap.

LAMBANG PENGAKAP DUNIA

PERSETIAN DAN UNDANG-
UNDANG PENGAKAP

TABIK DAN HORMAT
PENGAKAP

COGANKATA PENGAKAP

LAUNG AGUNG PENGAKAP

Laung Agung merupakan:

• Tradisi dalam Istiadat Pengakap Kanak-Kanak.
• Diamalkan di seluruh dunia.
• Mengingatkan Pengakap Kanak-Kanak supaya ‘BUAT HABIS BAIK”
• Untuk menghormati tetamu.
• Melahirkan semangat setiakawan,perpaduan serta membina displin.

Bila diadakan?

• Setiap kali diadakan perjumpaan
• Setiap kali semasa menamatkan perjumpaan.

ISTIADAT LAUNG AGUNG

• AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK…..” (semua PKK berdiri dalam keadaan
sedia)

• AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK,PEK,PEK….” (semua PKK mengelilingi
AKELA sambil menyahut “P…E….K….”

• AKELA memerintah PKK membentuk satu bulatan besar dengan memegang
tangan.

• Bila bulatan telah sempurna PKK menjatuhkan tangan.
• AKELA mendepakan tangan >>> PKK mengangkat tumit.
• AKELA merapatkan tangan ke paha>>

Ø PKK mencangkung.
Ø Kedua belah tangan mencecah ke tanah.
Ø Kepala dilangutkan dan terus berkata>> ‘A K E L A, KITA BUAT HABIS

BAIK.
Ø Selepas sebutan “BAIK” PKK bangun dalam keadaan sedia.
• Petugas mencabar dengan hormat Kepada AKELA dengan kata-kata:- ‘KAMU
BUAT HABIS BAIK’
• Semua PKK hormat AKELA dengan menjawab ‘KAMI BUAT HABIS BAIK’
• AKELA membalas hormat PKK.
• PKK menjatuhkan tangan setelah AKELA selesai memberi hormat.

CERITA HUTAN

Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-
anak serigala sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua
anggota Kumpulan. Mereka mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada
malam bulan purnama di kawasan berbatu-batu yang dipanggil Batu Sidang. Di
sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota
Kumpulan atau sebaliknya.

Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan,
tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang
membunuh, hukumannya ialah bunuh juga. Bapa Serigala menunggu sehingga
anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh berlari-lari. Kemudian, pada suatu
malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anak-anak
mereka ke Batu Sidang itu.

Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan anak
masing-masing, Ketua Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi
bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak
masing-masing untuk dilihat oleh anggotaanggota Kumpulan. Akhirnya tibalah
kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut sebaliknya
bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun serigala juga.

Apabila Akela menyuruh anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli dan
membuat keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum dari belakang batu besar.
"Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia
tidak layak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya. Setelah senyap
seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah agak dewasa
menyatkan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli.

Mengikut Undang-undang Hutan, apabila timbul perselisihan begitu, dua
anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah
bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan.
"Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela,
Ketua Kumpulan. Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu
Serigala pun bersedialah hendak bertempur bermati-matian untuk
mempertahankan Mowgli.

CERITA HUTAN

Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi
dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekor
beruang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undang-
undang Hutan. Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo
berdiri di tempatnya di belakang Batu Sidang dan menyokong supaya
Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan. Dia sendiri berjanji akan
mengajar Mowgli. Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara
menyokongnya.

Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau
Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba bercakap. Walaupun
dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut Undang-undang Hutan,
nyawa seekor anak serigala boleh ditebus dengan seekor buruan. Dia
akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan
disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli
supaya diterima sebagai anggota Kumpulan.

Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli
sebagai anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yang
ditawarkan oleh Bagheera itu. Mereka turun dari bukit dan pergi
beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela, Bagheera,
Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu. Shere Khan
mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak
diserahkan kepadanya. Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik
kerana manusia dan anak mereka memang baik dan Mowgli akan dapat
memberi pertolongan kepada suatu hari kelak.

LAGU-LAGU PENGAKAP

LAGU-LAGU PENGAKAP

SIMPULAN DAN IKATAN

salah satu identiti ahli Pengakap ialah kemahiran menggunakan
tali dalam simpulan dan ikatan. Kemahiran ini menjadi ukuran
dan penilaian dalam ujian mendapatkan lencana Pengakap.
Berikut ditunjukkan beberapa simpulan dan ikatan biasa yang
digunakan dan perlu dipelajari oleh setiap ahli Pengakap.

LENCANA PENGAKAP
KANAK-KANAK

SKIM LENCANA PENGAKAP
KANAK-KANAK



KEDUDUKAN LENCANA
PENGAKAP KANAK-KANAK

ASAS KAWAD KAKI PENGAKAP

Setiap pengakap boleh melakukan pergerakan asas perbarisan
dengan betul dan serentak. Mereka seharusnya dapat memberi
hukuman atau sebagai ketua perbarisan dalam patrolnya sendiri.
Mereka perlu sentiasa berlatoh melakukan pergerakan asas
perbarisan. Di bawah ini, terdapat beberapa pergerakan dalam
asas perbarisan.

Ø Masuk Baris
Biasanya, arahan akan diberikan oleh ketua perbarisan atau
lebih dikenali sebagai jurukawat. Kedudukan ahli pengakap
bergantung pada arahan yang diberikan oleh jurukawat. Pada
kebiasaannya, semasa latihan perbarisan, pengakap berada
dalam tiga barisan. Apabila masuk baris, ahli pengakap
dikehendaki berada dalam ’sedia’.

Ø Sedia
Berdiri dengan kedua-dua tumit dirapatkan dan hujung kaki
dibuka lebih kurang 12 cm hingga 15 cm. Kedua-dua paha
hendaklah dirapatkan, genggaman tangan diletakkan ke penjahit
seluar, buka dada, dagu didongakkan ke atas supaya dapat
memandang ke hadapan.

Ø Senang Diri
Keadaan dada dan kepala pengakap semasa kedudukan
’senang diri’ adalah sama seperti kedudukan ’sedia’. Letakkan
tangan kanan di atas tangan kiri, ibu jari bersilang dan pastikan
jari-jari rapat dan lurus. Tangan diletakkan ke paras punggung
dan pastikan lengan rapat ke tubuh.

Ø Rehatkan Diri
Kedudukannya sama seperti ’senang diri’. Perbezaannya adalah
tangan diletakkan di paras pinggang dan pastikan siku tidak
bersentuh dengan tubuh.

ASAS KAWAD KAKI PENGAKAP

Ø Ke Kanan Lurus dan Pandang Hadapan

Penanda barisan, iaitu pengakap yang berada di barisan
hadapan kanan sekali tidak perlu melakukan pergerakan.
Apabila arahan diberikan, semua pengakap yang berada di
barisan hadapan, kecuali ’penanda’ keluarkan kaki kiri ke
hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak kaki ke tanah.
Diikuti kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah
di sebelah kaki kiri. Pastikan kedua-dua kaki rapat. Pandang
muka ke kanan, dan dalam masa yang sama angkat
genggaman tangan kanan supaya menyentuh bahu orang di
sebelah kanan. Betulkan barisan dengan cara menggerakkan
kaki sehingga barisan menjadi lurus. Pada masa yang sama,
pengakap yang berada di barisan tengah dan barisan
belakang perlu mengikut menggerakkan kaki supaya
kedudukannya yang selari dengan pengakap yang berada di
sebelah kanan dan hadapan masing-masing sambil muka
ditolehkan ke kanan. Apabila barisan sudah menjadi lurus,
hentikan pergerakan kaki dan berada dalam keadaan diam.
Apabila mendengar arahan ’pandang depan’, jatuhkan tangan
kanan dan dengan serentak palingkan muka ke hadapan.
Kedudukan ini mesti dalam keadaan ’sedia’.

Ø Ke Kanan Pusing

Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’. Apabila
mendengar hukuman ke kanan pusing, pengakap
dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 90° ke kanan.
Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan
supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan
dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri.

ASAS KAWAD KAKI PENGAKAP

Ø Ke Kiri Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar
hukuman ke kiri pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kiri
sebanyak 90° ke kiri. Angkat kaki kanan dan hentak kaki kanan di
sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan
dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kiri dan hujung kaki
kanan.

Ø Ke Belakang Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar
hukuman ke belakang pusing, pengakap dikehendaki pusingkan
kaki kanan sebanyak 180° ke belakang mengikut arah pusingan
jam. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan
supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan
menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri.

Ø Buka Barisan
Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap yang berada dalam
barisan hadapan dan barisan belakang sahaja. Pengakap dalam
barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan. Pengakap
berada dalam keadaan sedia. Apabila mendengar hukuman,
Pengakap di barisan hadapan bergerak dua langkah ke hadapan
dan pengakap di barisan belakang bergerak dua langkah ke
belakang. Seterusnya hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan
akhirnya hentak kaki kanan supaya berada dalam keadaan sedia
semula.

ASAS KAWAD KAKI PENGAKAP

Ø Tutup Barisan
Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap dalam barisan hadapan dan
belakang. Pengakap yang berada di barisan tengah tidak melakukan
sebarang pergerakkan. Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’.
Apibila mendengar hukuman tutup barisan, Pengakap di barisan
hadapan bergerak dua langkah ke belakang manakala di barisan
belakang bergerak dua langkah ke hadapan. Seterusnya, hentak kaki
kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya
berada dalam keadaan sedia semula.

Ø Langkah Ke Sebelah
Hukuman langkah ke sebelah boleh diberikan dalam dua
pergerakkan, iaitu langkah ke sebelah kanan dan langkah ke sebelah
kiri. Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar
hukuman langkah ke sebelah kanan, Pengakap dikehendaki
mengangkat dan meletakkan kaki kanan di sebelah kanan kira-kira 20
inci. Seterusnya, angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan
supaya dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman
langkah ke sebelah kiri, Pengakap dikehandaki mengangkat dan
meletakkan kaki kiri disebelah kiri kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat
kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan
sedia.

Ø Paras
Tujuan arahan paras diberikan supaya barisan dibentuk adalah
menarik dan senang membuat pergerakkan. Bentuk paras bergantung
kepada jurukawat dan jenis pertandingan yang ingin dilaksanakan.
Empat jenis paras yang boleh diberikan iaitu:

Paras ahli tinggi di tengah;
Paras ahli rendah ditengah;
Paras ahli tinggi di kiri; dan
Paras ahli rendah di kiri.

ASAS KAWAD KAKI PENGAKAP

Ø Keluar Baris
Arahan ini diberikan bertujuan untuk memberi masa rehat
untuk melakukan aktiviti seterusnya. Apabila hukuman
diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, bergerak 3
langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu dan
akhirnya berpecah.

Ø Bersurai
Arahan ini diberikan apabila semua aktiviti hari tersebut selesai
atau tamat. Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah
berpusing ke kanan, memberi hormat pengakap, bergerak 3
langkah ke hadapan denga kaki kiri bergerak dahulu dan
akhirnya berpecah.

HUKUMAN KAWAD

1. Baris, baris sedia…
2. Baris, senang diri….
3. Rehatkan diri…..
4. Scout….
1. Luruskan barisan,
2. Scout,
3. Buka barisan, Gerak…,
1. Ke kanan lurus,
2.Pandang depan….,
1. Bergerak ke kanan, kanan sing..,
2. Menghadap kehadapan, kiri Sing…,
1. Bergerak ke kiri, kiri Sing…,
2. Menghadap kehadapan, kanan Sing…,
1. Menghadap kebelakang, belakang sing…,
2. Menghadap ke hadapan, belakang sing…,
1. Dua langkah ke kiri, Gerak…,
1. Tutup barisan, Gerak…,
2. Keluar……….Baris.

LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN

TARIKH 19 OGOS 2022
HARI JUMAAT
MASA 9:15 - 12:15
TEMPAT BILIK KULIAH ASTAKA 1
JUMLAH KEHADIRAN 17 ORANG
PENSYARAH EN TAMILCHELVAN A/L
PERIASAMY

LAPORAN AKTIVITI PERJUMPAAN PERTAMA

• Nyanyian Lagu Rasmi Pengakap Malaysia
Ahli baru diminta untuk mencatatkan lagu rasmi Pengakap
Malaysia di dalam buku log masing-masing.

• Memperkenalkan Diri
Semua ahli diminta memperkenalkan diri kepada pensyarah
untuk membina hubungan yang positif di dalam bilik kuliah.

• Perlantikan Ketua Subjek.
Perlantikan adalah berdasarkan undian majoriti ahli-ahli yang
hadir padahari tersebut.

• Persetiaan Pengakap
Pensyarah memberi penerangan berkaitan dengan persetiaan
pengakap. Setiap ahli pengakap diwajibkan untuk menghafal
dan menghayati persetiaan tersebut. Ahli baru diberi tunjuk ajar
tentang cara untuk melafazkan persetiaan pengakap dengan
cara yang betul. Semua ahli pengakap diminta untuk
mencatatkannya di dalam buku log masing-masing.

• Pakaian Seragam Lengkap bagi Pengakap Muda Lelaki dan
Perempuan.

Encik TamilChelvan menjelaskan kepada semua ahli pengakap yang
lama dan baru berkaitan dengan etika pemakaian seragam lengkap
bagi pengakap muda lelaki dan perempuan. Guru penasihat
mengharapkan agar semua ahli pengakap dapat memakai uniform
yang lengkap sekiranya berkemampuan. Bagi ahli yang tidak
mempunyai uniform lengkap mereka boleh memakai t-shirt
pengakap, seluar track-suit, kasut bersarung dan scarf pengakap
setiap kali menghadiri perjumpaan mingguan.

• Undang-Undang Pengakap.
Guru penasihat memberi penerangan berkaitan dengan Undang-
Undang Pengakap. Terdapat 10 undang-undang yang harus dipatuhi
sebagai seorang ahli pengakap. Semua ahli diminta untuk
memahami dan mematuhi undang-undang tersebut. Semua ahli
pengakap diminta untuk mencatatkannya di dalam buku log masing-
masing

Perjumpaan diakhiri dengan tepuk pengakap dan bersuarai pada
pukul 12.15 tengahari.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(NIK NURINA SYAHIEDA BINTI (EN TAMILCHELVAN A/L
MAMAT) PERIASAMY)
Setiausaha Pensyarah Penasihat
Badan Uniform Pengakap Badan Uniform Pengakap
IPG Kampus Raja Melewar IPG Kampus Raja Melewar
Seremban, Negeri Sembilan Seremban, Negeri Sembilan

LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN

TARIKH 26 OGOS 2022
HARI JUMAAT
MASA 9:15 - 12:15
TEMPAT BILIK KULIAH ASTAKA 2
JUMLAH KEHADIRAN 36 ORANG
PENSYARAH EN TAMILCHELVAN A/L
PERIASAMY

LAPORAN AKTIVITI PERJUMPAAN KEDUA

• Nyanyian Lagu Rasmi Pengakap Malaysia
Semua ahli diminta untuk menyanyikan lagu rasmi Pengakap
Malaysia.

• Mempelajari Simpulan Dan Ikatan Pengakap
Semua ahli dibahagikan beberapa kumpulan dan diketuai oleh
seorang ketua yang berpengelaman untuk membimbing rakan
yang lain dalam mempelajari simpulan dan ikatan pengakap.

• Membuat Ujian Persetian Pengakap
Semua ahli diuji oleh Pensyarah untuk melihat taraf ingatan
setiap ahli terhadap persetiaan pengakap

Perjumpaan diakhiri dengan tepuk pengakap dan bersuarai pada
pukul 12.15 tengahari.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(NIK NURINA SYAHIEDA BINTI (EN TAMILCHELVAN A/L
MAMAT) PERIASAMY)
Setiausaha Pensyarah Penasihat
Badan Uniform Pengakap Badan Uniform Pengakap
IPG Kampus Raja Melewar IPG Kampus Raja Melewar
Seremban, Negeri Sembilan Seremban, Negeri Sembilan

LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN

TARIKH 02 SEPTEMBER 2022
HARI JUMAAT
MASA 9:15 - 12:15
TEMPAT
JUMLAH KEHADIRAN 36 ORANG
PENSYARAH EN TAMILCHELVAN A/L
PERIASAMY

LAPORAN AKTIVITI PERJUMPAAN KETIGA

• Menyiapkan Tugasan Kerja Kursus
Setiap ahli Pengakap diminta untuk menyiapkan tugasan kerja
kursus MPU3062 untuk dihantar.

Perjumpaan diakhiri dengan tepuk pengakap dan bersuarai pada
pukul 12.15 tengahari.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(NIK NURINA SYAHIEDA BINTI (EN TAMILCHELVAN A/L
MAMAT)
Setiausaha PERIASAMY)
Badan Uniform Pengakap
IPG Kampus Raja Melewar Pensyarah Penasihat
Badan Uniform Pengakap
Seremban, Negeri Sembilan IPG Kampus Raja Melewar
Seremban, Negeri Sembilan

SEKIAN,
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version