The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainsbari2003, 2022-03-21 10:10:36

EBOOK KESUSASTERAAN MELAYU

EBOOK KESUSASTERAAN MELAYU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

BMMB1104
PENGENALAN KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Nama : A’IN NAZIRAH BINTI AHMAD SABRI
030506020496
No. K/P : 2021242310185
PPISMP
Angka Giliran : JUN 2021
X8
Program : ENCIK ABDUL RANI
BIN HASSAN
Ambilan : 14 MAC 2021

Unit :

Nama Pensyarah :

Tarikh Hantar :

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:__Ain Nazirah________________________Tarikh : 14 MAC 2022___

PEMERIKSA MODERATOR

Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

JKA/Jun2019

TUGASAN 1 : Penghasilan produk (30%)
Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran
pengarangnya. Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya
yang ingin dikongsi bersama pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan
gabungan daya rasa, kepekaan dan keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan
dialami oleh masyarakat. Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki
menghasilkan produk iaitu e-book dengan menerangkan konsep dan fungsi
kesusasteraan Melayu serta memanifestasikan akal budi dalam sebuah pantun, sebuah
syair, sebuah seloka dan sebuah gurindam. Anda dikehendaki menyiapkan e-book
tersebut mengikut kreativiti masing-masing yang merangkumi tajuk-tajuk berikut:
• takrif, jenis, bentuk dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu.
• fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan
sosial.
• manifestasi akal budi dalam sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam.

JKA/Jun2019

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 1
2.0 Takrif kesusasteraan Melayu 1
3.0 Bentuk Kesusasteraan Melayu 2
4.0 Jenis Kesusasteraan Melayu 3
3
4.1 Prosa Tradisional 4
4.2 Prosa Moden 6
4.3 Puisi Tradisional 7
4.4 Puisi Moden 8
5.0 Ciri-ciri Kesusasteraan Melayu 9
6.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu 9
6.1 Hiburan 11
6.2 Pendidikan 11
6.3 Dakwah 12
6.4 Kritikan Sosial 12
7.0 Manifestasi Akal Budi 13
7.1 Syair 14
7.2 Pantun 15
7.3 Seloka 16
7.4 Gurindam 17
8.0 Rumusan 18
9.0 Rujukan

JKA/Jun2019

1.0 PENGENALAN

Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat
dalam kalangan masyarakat Melayu. Ianya adalah satu bentuk ciptaan seni yang
disampaikan melalui bahasa. Sastera juga dapat dikatakan sebagai seni bahasa. Ini
kerana, sastera ialah ungkapan spontan daripada perasaan yang mendalam malah
sastera juga merupakan ekspresi fikiran melalui medium bahasa.

Menurut pandangan Ismail Hussein (1998:23), kesusasteraan merangkumi semua
aspek yang menggunakan kata-kata atau bahasa yang bersifat kreatif manakala M.K
Danziger & W.S Jahnson (1983:2) berpendapat bahawa seni yang menggunakan
kata-kata sama ada lisan atau tulisan. Abu Bakar Hamid (1974) pula berpendapat
bahawa kesusasteraan merupakan seni yang bercorak intelektual, gabungan kepuasan
intelek dan kepuasan estetik.

2.0 TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU

Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Siti
Hajar Abdul Aziz (2011) dalam buku Bahasa Melayu I Edisi Kedua, perkataan
kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang bermaksud
huruf atau buku indah manakala sastera dari segi makna umum pula bermaksud bahasa
yang digunakan dalam kitab-kitab. Menurut Kamus, kesusasteraan bermaksud hasil
seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri
keistimewaan yang tertentu.

Istilah kesusasteraan yang digunakan dalam bahasa Melayu berasal daripada
perkataan Sanskrit, iaitu sastra. Kata dasar sas- bermaksud mengarahkan,mengajar,
atau memberi petunjuk, manakala -tra merujuk kepada alat. Awalan su- pula bermaksud
baik atau indah manakala imbuhan ke- dan -an membawa maksud yang menyeluruh
iaitu segala yang tertulis, yang bernilai seni estetika serta bermaksud memberikan
panduan, petunjuk dan pengajaran (Prof Dr. Hashim Awang, Artikel akademik, halaman
2).

1

JKA/Jun2019

Kesusasteraan dalam Bahasa Melayu juga mempunyai maksud yang sama dengan
literature dalam bahasa Inggeris. Perkataan literature berasal daripada perkataan
literate yang bermaksud huruf atau abjad. Dalam bentuk asalnya, perkataan literature
digunakan untuk tatabahasa dan puisi.

Berdasarkan definisi tersebut, dapatlah kita simpulkan bahawa kesusasteraan Melayu
merupakan hasil karya masyarakat yang mempunyai kata-kata yang indah, memberi
mesej dan menggambarkan sesuatu perasaan dan keadaan yang tertentu sama ada
mengenai diri sendiri ataupun sekelompok masyarakat.

Sastera juga dianggap sebagai suatu gambaran peribadi berupa pengalaman,
pemikiran, perasaan, semangat, idea serta keyakinan dalam bentuk gambaran konkrit
yang membangkitkan keperibadian melalui pengantara bahasa tidak kira sama ada
bermutu atau tidak bermutu.

3.0 BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU

KESUSASTERAAN
MELAYU

PROSA PUISI

Tradisional Moden Tradisional Moden

Rajah 1.0

Kesusasteraan dapat dilahirkan dalam pelbagai bentuk bahasa dan secara umumnya
boleh dikategorikan kepada 2 bentuk yang besar menurut bentuk bahasa yang
digunakan iaitu prosa dan puisi.

2

JKA/Jun2019

Prosa merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dalam ayat-ayat biasa iaitu
menggunakan tatabahasa yang mudah. Biasanya, ayat-ayat dalam kesusasteraan
akan disusun dalam bentuk karangan.

Puisi pula merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis tidak menuruti tatabahasa.
Bentuknya terdiri daripada ayat-ayat yang lengkap dan terdiri daripada frasa-frasa yang
disusun dalam bentuk baris-barisan. Pada lazimnya, puisi merupakan bahasa yang
berirama dan apabila dibaca, pembaca akan berasa rentak sesuatu.

4.0 JENIS KESUSASTERAAN MELAYU

4.1 PROSA TRADISIONAL

PROSA
TRADISIONAL

Sastera Rakyat Sastera Istana
(Lisan) (Tulisan)

Mitos Rajah 1.1
Lagenda
Cerita rakyat

Cerita Rakyat

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), tradisional bermaksud serius dan abadi nilainya,
tertinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain, mempunyai gaya yang
sederhana, mempunyai ciri-ciri yang lazim dan tidak berubah mengikut masa. Prosa
tradisional terbahagi kepada dua genre iaitu sastera rakyat (lisan) dan sastera istana
(tulisan).

Dalam sastera rakyat lisan, terdapat tiga jenis iaitu mitos, legenda dan cerita rakyat.
Mitos ialah cerita yang dianggap benar-benar terjadi dan dianggap suci oleh empunya
cerita dan masyarakat yang mendukungnya. Mitos ini mengisahkan kejadian alam
semesta, manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, bentuk muka bumi dan kejadian alam.

3

JKA/Jun2019

Tokoh yang terlibat terdiri daripada makhluk halus, dewa atau separuh dewa yang terjadi
pada zaman dahulu. Ciri-ciri mitos termasuklah dianggap benar-benar terjadi, peristiwa
yang aneh, dianggap keramat dan memberi kesan kepada masyarakat serta berlaku
pada zaman lampau.

Lagenda pula merupakan cerita yang dipercayai benar-benar berlaku tetapi tidak
dianggap suci. Tokohnya terdiri daripada manusia yang mempunyai sifat luar biasa.
Ciri-ciri legenda termasuklah sejenis komunikasi lisan yang bercorak cerita berasaskan
kisah-kisah tokoh atau pahlawan. Latar masa dan sejarahnya tidak semestinya masa
lampau, tetapi masih ada hubung kait dengan masa silam.

Selain itu, cerita rakyat pula merupakan cerita berbentuk prosa dan dianggap
benar-benar terjadi. Cerita rakyat juga merupakan sumber hiburan, menegakkan
kebenaran, dan mengandungi moral atau sindiran.

Sastera istana pula merupakan sastera tulisan mula diperkenalkan setelah
penerimaan Islam sekitar abad ke-15 dan berkembang dalam lingkungan istana Melaka.
Sastera hikayat terbahagi kepada tiga jenis berdasarkan unsur yang terdapat di
dalamnya, iaitu unsur Hindu, Islam, dan Hindu-Islam. Contoh sastera hikayat ialah
Hikayat Gul Bakawali, Hikayat Seri Rama, dan Hikayat Raja Pasai.

4.2 PROSA MODEN

PROSA MODEN

Cerpen Drama Moden

Rajah 1.2

Menurut Annas Hj Ahmad (1988), hasil karya sastera selepas tahun 1800 Masihi
digolongkan dalam sastera moden. Pembahagian dari segi masa ini bertujuan untuk
memudahkan kita memahami bentuk dan unsur perbezaan dalam sastera Melayu.

4

JKA/Jun2019

Sebagai contoh, sajak bebas pada hari ini merupakan suatu penyimpangan daripada
bentuk puisi lama seperti pantun dan syair. Abdullah bin Abdul Abdul Kadir Munsyi
merupakan pengkarya sastera Melayu Moden dan hasil karya beliau terkenal ialah
Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah.

Cerpen ialah gabungan dua perkataan iaitu cerita dan pendek. Cerpen berkembang
apabila kegiatan persuratkhabaran Melayu mencapai zaman kegemilangannya sekitar
tahun 1930-an. Cerpen bukan sahaja menjadi alat yang menggambarkan sikap,
perasaan, pandangan, dan fikiran pengarang, malah turut memberi gambaran tentang
suatu zaman sama ada berhubung masalah sosial, politik atau ekonomi. Cerpen juga
biasanya mengisahkan sesuatu kejadian atau peristiwa yang menjadi fokus utama dan
membawa satu tema sahaja serta beberapa persoalan bagi menghasilkan kesan
tertentu dan mendalam kepada pembaca.

Seterusnya, novel pula ialah prosa rekaan panjang yang di dalamnya termuat
sebahagian daripada sebuah kehidupan. Istilah novel berasal daripada bahasa Itali iaitu
novella yang bermaksud satu benda kecil yang baharu. Novel mengisahkan kejadian
yang dipusatkan kepada sebahagian daripada kehidupan manusia pada suatu tempat
dan masa tertentu. Menurut Shahnon Ahmad (1972:4), novel merupakan satu bentuk
pentakfsiran rencam hidup manusia yang terbina dalam bentuk sastera cereka. Novel
merangkumi tiga faktor utama yang saling berkait iaitu pengalaman peribadi, reality
rencam hidup dan imaginasi. Idea yang tercetus daripada ketiga-tiga rangkuman ini
bukan sahaja berkisar mengenai tahap kehidupan manusia bahkan boleh berlegar di
sekitar kehidupan selain daripada manusia itu sendiri.

Selain itu, drama juga digolongkan dalam genre prosa moden. Drama merupakan
salah satu bentuk karya sastera yang penulisnya mahu menyamapaikan mesej atau
pemikiran melalui lakonan serta dialog. Menurut Erwan Juhara (2014),drama
merupakan jenis karya sastera yang dibangunkan oleh unsur intrinsik iaitu satu
kesatuan yang membentuk karya secara keseluruhan.

5

JKA/Jun2019

4.3 PUISI TRADISIONAL
PUISI TRADISIONAL

Pantun Gurindam Syair Seloka

Rajah 1.3

Puisi merupakan genre sastera paling awal bagi semua bangsa di dunia.
Masyarakat Eropah menggunakan puisi untuk menghasilkan dua buah epik yang
berjudul Iliad dan Odyssey. Masyarakat Hindu juga menggunakan puisi untuk
melahirkan Mahabharata dan Ramayana. Menurut Harun Mat Piah (1989), antara genre
dalam puisi tradisional ialah pantun, syair, gurindam, seloka, talibun, mantera, adat
perbilangan, teka-teki, peribahasa, rubai, masnawi dan sebagainya.

Puisi tradisional pula terdapat empat jenis yang merangkumi pantun, gurindam,
syair dan seloka. Pantun ialah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal
kepunyaan masyarakat Melayu. Menurut Za’ba (1978), semenjak orang Melayu belum
tahu surat-menyurat pun, mereka telah pandai berpantun dan biasa berbalas-balas
pantun antara mereka. Harun Mat Piah (1989) telah memberikan definisi pantun
berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran struktur visualnya. Pantun juga
mempunyai jenis-jenis yang bergantung pada fungsi kandungan pantun itu sendiri
seperti menghibur, nasihat, menduga akal meluah perasaan, menyampaikan hasrat
seni, menyedapkan cakap, menyampaikan hasrat tersembunyi, agama, jenaka, budi,
percintaan perpisahan. Bentuk pantun berdasarkan bilangan baris dalam rangkap iaitu
pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, dua belas kerat dan pantun
berkait.

Gurindam sebagai satu bentuk puisi Melayu tradisional seperti mana yang dikenali
sekarang diperkenalkan oleh Raja Ali melalui ‘Gurindam Dua Belas’ yang dikarang pada
tahun 1846. Gurindam ini berasal dari bahasa Tamil iaitu ‘iradam’, ‘kirandam’, yang
bermaksud puisi secara terbuka. Bagi Za’aba, gurindam ialah sejenis syair melarat yang
tetap sukatan atau rangkapannya.

6

JKA/Jun2019

Syair merupakan sejenis puisi berlagu yang dikatakan berasal dari Parsi dan
telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama kedatangan Islam. Menurut Mohd
Yusof Md Nor (1985), syair berasal daripada puisi Arab iaitu ‘syi’ir’ dalam kesusasteraan
Arab. Manakala menurut Harun Mat Piah (1989), syair berasal daripada bahasa Arab
yang bermaksud puisi secara umum. Dalam bahasa Melayu, istilah syair sudah menjadi
satu istilah yang khusus. Syair melayu tidak beracuankan syair daripada tradisi Arab
atau mana-mana puisi Arab-Parsi tetapi dalam bentuk dan acuan asli masyarakat
Melayu.

Menurut Harun Mat Piah (1989), istilah seloka berasal daripada perkataan
Sanskrit iaitu ‘shloka’ yang bermaksud berseloroh, berjenaka, atau menyindir. Seloka
dipercayai dikenali di alam Melayu semasa perkembangan agama Hindu di Asia
Tenggara. Seloka sebagai satu bentuk puisi tradisional yang bercorak karangan
berangkap atau bahasa berirama. Seloka merupakan pepatah, bidalan, atau
perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau senda, ejekan, dan sindiran.
Sungguhpun begitu, isi dan mesejnyaa sarat dengan sindiran yang berguna untuk
menjadi pengajaran dan teladan oleh pendengar dan pembaca. Sebahagian besar
seloka Melayu ditulis dalam bentuk terikat iaitu empat baris serangkap seperti pantun
seloka, namun binaannya lebih sama kepada bentuk pantun atau syair.

4.4 PUISI MODEN

PUISI MODEN

Sajak

Rajah 1.4

Sajak merupakan satu-satunya genre puisi yang terdapat dalam puisi moden.
Sajak ialah puisi moden yang lebih bebas terikat pada sesuatu pola khusus walaupun
ada ketikanya memberikan ciri mantra, rima dan rentak. Menurut Hashim Awang (1984),
sajak ialah puisi baharu yang popular sebagai pilihan kepada puisi tradisional.

7

JKA/Jun2019

Menurut Jassin H.B (1983), sajak ialah pengucapan perasaan dengan perasaan
yang di dalamnya mengandungi tanggapan dan fikiran. Hal ini bermaksud sajak
merupakan suara hati atau luahan perasaan seseorang penyair. Sajak akan lahir
daripada jiwa dan perasaaan, tetapi sajak yang baik bukan mainan semata-mata. Sajak
yang baik akan membawa gagasan serta pemikiran yang dapaat menjadi renungan
masyarakat.

Sebagai puisi moden, sajak juga tidak terikat pada peraturan seperti pemilihan kata
atau diksi, pembentukan rangkap, baris, pematuhan skima rima akhir seperti dalam puisi
tradisional. Malah, sajak juga tidak terikat pada norma-norma tertentu seperti yang
terdapat dalam puisi tradisional.

5.0 CIRI-CIRI KESUSASTERAAN MELAYU

Sastera Melayu tradisional merupakan karya-karya yang telah diwarisi secara
turun-temurun.Ciri terpenting Sastera tradisional ialah sastera ini disebarluaskan melalui
lisan dan memberi gambaran cara hidup atau budaya sesuatu masyarakat. Sifatnya
adalah kolektif atau hak milik bersama. Tiada sesiapa yang tahu siapa pengarangnya
dan tidak diketahui tarikh sesuatu sastera itu dihasilkan. Sastera tradisional lahir dalam
kalangan masyarakat masa lampau dan disampaikan secara lisan dari satu generasi ke
satu generasi yang lain kerana pada umumnya masyarakat pada zaman tersebut masih
belum mengenal huruf dan tidak tahu menulis. Penyebaran sastera Melayu tradisional
juga terhad disebabkan khalayak yang terbatas dan bersifat esklusif.

Oleh sebab kesusasteraan ini disampaikan melalui lisan, banyaklah berlakunya
perubahan dan tokok tambah serta penyesuaian. Tema, latar serta watak dalam sastera
tradisional berpusat kepada masyarakat yang mewarisinya dan dipandang tinggi oleh
masyarakat tersebut sehinggakan karya-karya itu dianggap suci dan keramat.

Sastera Melayu Moden pula mempunyai ciri-ciri yang berlainan dengan sastera
Melayu tradisional. Jika sastera Melayu tradisional tersebar melalui lisan, maka sastera
Melayu moden pula disebarkan melalui tulisan.

Penyebaran hasil-hasil sastera yang berbentuk tulisan ini semakin berkembang
dengan kehadiran mesin cetak. Penyebaran ini semakin meluas dan berjaya
menembusi masyarakat pembaca yang ramai. Ini berbeza dengan sastera tradisional
yang hanya diketahui oleh golongan tertentu sahaja.

8

JKA/Jun2019

Jika sastera Melayu tradisional terhad kepada sesebuah masyarakat tertentu sahaja
yang bersifat eksklusif, sastera Melayu moden pula merupakan sebaliknya dan bersifat
individu atau perseorangan kerana disertakan dengan nama pengarangnya. Sastera
Melayu moden tidak lagi bersifat kolektif atau kepunyaan umum tetapi khusus dimiliki
oleh pengarangnya. bahkan sastera Melayu moden mempunyai sistem hak cipta
terpelihara. Walaupun ciri-ciri sastera tradisional dan moden ini bertentangan, namun
masih terdapat persamaan dari segi fungsi sesebuah karya sastera itu dihasilkan.

6.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU

Kesusasteraan Melayu dalam masyarakat Melayu telah lama wujud bersama-sama
bangsa Melayu itu sendiri. Kewujudan sastera Melayu memperlihatkan segala-galanya
itu digambarkan secara menarik. Keindahan itu juga terlihat pada gaya bahasa, struktur
cerita, dan peranan didaktik yang didukung oleh sastera itu sendiri. Melalui cerita
sedemikian, dapat dilihat kesinambungan budaya masa lalu dengan masa sekarang.
Perkembangan budaya melalui perubahan zaman telah membentuk peradaban atau
tamadun manusia dari satu era ke era yang lainnya dan perkembangannya kini
sebenarnya diasaskan oleh budaya silam. Oleh itu, fungsi sastera Melayu ini
mewujudkan pemikiran yang bijaksana dan sentiasa memimpin manusia untuk
mencapai kemajuan dan kemaslahatan hidup. Malah, pemikiran dalam sastera Melayu
dapat membentuk sosialisasi masyarakat dengan jelas.

6.1 HIBURAN

Keperluan menghiburkan akan melahirkan karya sastera yang membawa
keseronokan yang indah. Hiburan terhasil daripada keindahan kata-kata yang
diungkapkan, irama atau rentak yang indah. Hiburan ini terhasil daripada keindahan
kata-kata yang diungkapkan, irama atau rentak yang tersusun, kemampuan karya
sastera untuk membelai emosi pembaca atau pendengar, unsur kelucuan dan
sebagainya.

Kepentingan fungsi hiburan menjadikan karya sastera seperti cerita penglipurlara
yang diterima oleh masyarakat sebagai karya yang diminati dan digilai pada suatu ketika
dahulu.

9

JKA/Jun2019

Pantun merupakan karya sastera yang cukup popular kerana keupayaannya
membawa keindahan yang menghiburkan. Hal ini kita dapat lihat dalam sebuah pantun
lama yang berbunyi seperti berikut:

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Kualiti hiburan dalam pantun di atas amatlah banyak. Rentak dan rima yang
bersukat membentuk irama dalam pantun. Malah, pantun pula mempunyai struktur
bacaan tersendiri yang menghasilkan keindahan dalam pembacaan. Selain itu, pantun
ini juga disampaikan dalam pelbagai variasi yang semakin menambahkan fungsi untuk
menghiburkan misalnya dijadikan lirik dikir barat di Kelantan, lirik lagu popular dan
pelbagai bentuk lagi. Kemampuan pantun untuk bertahan sebagai karya sastera yang
popular menunjukkan bahawa unsur hiburan ini amatlah banyak dalam pantun.

Satu lagi contoh sastera rakyat berunsurkan hiburan ialah cerita jenaka. Pak Kaduk
merupakan watak utama dalam cerita jenaka ini dan telah menonjolkan unsur hiburan
ini. Seperti yang kita tahu, cerita ini mengisahkan Pak Kaduk yang gila berlaga ayam.
Pada suatu hari, Pak Kaduk dicabar oleh raja untuk belaga ayamnya. Namun, sebelum
pertandingan, ayam Pak Kaduk telah diminta raja untuk ditukar dengan ayam milik
baginda. Tanpa berfikir panjang, Pak Kaduk terus membuat penukaran tanpa meneliti
dan menilai terlebih dahulu. Malangnyaa, dalam perlagaan itu, ayam Pak Kaduk yang
telah dimiliki raja telah memenangi pertandingan tersebut. Pak Kaduk yang ingin
membuat kelainan ketika pertandingan tersebut telah membuat pakaian daripada
kertas. Selesai pertandingan, Pak Kaduk yang menyangka ayamnya telah memenangi
pertandingan itu telah bersorak girang sehingga seluruh pakaiannya koyak-rabak dan
Pak Kaduk berasa malu dan menyesal akan kesilapannya.

10

JKA/Jun2019

6.2 PENDIDIKAN

Fungsi lain karya sastera adalah untuk memberi pengajaran, nasihat atau pesanan
kepada masyarakat. Fungsi ini juga menjadikan karya sastera sebagai suatu bahan
yang dapat membawa kesedaran kepada masyarakat, mengubah pemikiran serta
memberi ruang untuk masyarakat menerapkan nilai-nilai moral yang dibawa ke dalam
karya sastera.

Kita dapat lihat cerita Sang Kancil dengan Buaya yang cukup terkenal bukan
semata-mata kerana ceritanya menghiburkan tetapi keupayaannya untuk
memasyarakatkan nilai, unsur moral dan pengajaran yang amat berguna kepada
masyarakat. Tanpa kita sedari, kita juga dibesarkan dalam asuhan moral yang dibawa
oleh cerita tersebut dan kita diperingatkan betapa buruknya sikap yang tidak
mengenang budi.

6.3 DAKWAH

Dakwah merupakan satu proses penyampaian pesan suci Tuhan kepada manusia
tertentu sahaja dan disampaikan melalui medium atau saranan yang difahami sebagai
objek dakwah. Menurut Ali Mahfudh, dalam kitab Hidayatul Mursyidin mendefinisikan
dakwah sebagai usaha mendorong manusia untuk berbuat kebajikan dan mencegah
mereka daripada perbuatan mungkar agar mereka mendapat kebahagiaan di dunia dan
akhirat.

Fungsi bahasa kesusasteraan dalam dakwah dapat menyembunyikan
pesan-pesan yang hendak dikomunikasikan kepada khalayak pembacanya melalui
aneka bentuk dan ragam estetika, metafora, simbol-simbol,objek dan subjek yang ada
dalam kehidupan. Sebenarnya, hampir keseluruhan hasil kesusasteraan Melayu kita
kaya dengan nilai-nilai mendidik sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.
Hal ini demikian kerana, nilai-nilai mendidik hanya terbatas kepada hasil sastera iaitu
cerita-cerita nabi dan sebagainya dan berfungsi untuk memperkukuhkan keimanan
seseorang Islam terhadap para nabi dan para rasul.

11

JKA/Jun2019

6.4 KRITIKAN SOSIAL

Sastera merupakan rakaman kehidupan yang menggali dan menyelongkar
kehidupan manusia daripada pelbagai dimensi dan sudut pandang yang berbeza-beza.
Sesuatu yang dipaparkan dalam sastera adalah perkara yang berlaku dalam realiti
kehidupan manusia. Hal ini demikian kerana, sastera adalah gambaran kehidupan
manusia sebagaimana yang ditegaskan oleh Usman Awang, A. Samad Said dan
Dharmawijaya. Lantaran itu, karya sastera bukan sahaja merakamkan sesuatu yang
luar biasa tetapi perkara yang biasa dan diolah dalam bentuk karya kreatif dan indah
sifatnya.

Berasaskan pertimbangan bahawa karya sastera berfokuskan masyarakat,
kehidupan dan juga manusia, maka, sudah tentunya hubungan dan pertalian antara
ketiga-tiga entiti ini saling berkaitan. Dalam konteks masyarakat yang pelbagai susun
lapis dan kehidupan yang melatari akan mewujudkan jurang dalam kalangan mereka.
Hal ini akan mempengaruhi susila dan tindakan sama ada untuk tujuan menegur,
mengkritik, atau menyampaikan mesej.

7.0 MANIFESTASI AKAL BUDI

Akal ialah daya fikir untuk memahami sesuatu yang konkrit, abstrak yang praktikal
ataupun teoritika manakala budi pula merujuk kepada perasaan, kesedaran, dorongan
dan keyakinan. Terdapat beberapa jenis akal budi yang dapat dilihat dalam kehidupan
seharian iaitu agama dan kepercayaan,kesenian, adat istiadat, sistem kekeluargaan,
dan pengamalan nilai-nilai murni. Akal budi dalam masyarakat Melayu berteraskan
agama Islam yang mementingkan pendidikan demi membentuk manusia yang berilmu,
berbudi, beradab, bertakwa serta taat kepada ibu bapa. Akal budi lain turut ditekankan
seperti halus berbudi bahasa, setia ketua yang adil, tolong-menolong, sentiasa
bermuafakat dan mengutamakan kebajikan masyarakat.

Manifestasi akal budi ini boleh dilihat dalam empat aspek utama iaitu pemikiran,
pertuturan, perlakuan dan gaya hidup. Dari aspek pemikiran, ianya salah satu proses
menggunakan minda untuk mencari makna dan memahami sesuatu dengan menerokai
pelbagai idea dan membuat pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap
proses yang dilalui.

12

JKA/Jun2019

Seterusnya, dari aspek pertuturan pula, masyarakat Melayu dapat dilihat melalui
sifat kesantunan. Menurut Kamus Dewan (1984), santun bermaksud halus budi bahasa
atau berbudi pekerti dan berusaha menghindari konflik antara penutur dengan
pendengar dalam proses komunikasi. Bagi aspek perlakuan pula dapat ditafsirkan
sebagai perbuatan dalam kehidupan seharian. Dalam kehidupan seharian, masyarakat
Melayu dapat dikategorikan sebagai masyarakat yang kaya dengan tingkah laku yang
berhemah dan baik. Misalnya, dalam adab melayan tetamu bagi masyarakat Melayu,
mereka sangat mengutamakan dan mendahulukan tetamu walaupun mereka sibuk
dengan urusan sendiri.

Akal budi masyarakat Melayu juga tidak lengkap tanpa gaya hidup. Gaya hidup
merupakan cara tertentu seseorang atau kumpulan menjalani kehidupan mengikut
kemampuan seperti sederhana, mewah dan sebagainya manakala kehidupan dapat
didefinisikan sebagai perihal hidup. Dalam konteks gaya hidup ini akal budi dapat dilihat
dalam kehidupan seharian iaitu agama serta kepercayaan, kesenian, adat istiadat,
sistem kekeluargaan dan pengamalan nilai-nilai murni.

7.1 SYAIR

Dengarkan tuan suatu Riwayat,
Raja di desa Negeri Kembayat,
Dikarang fakir dijadikan hikayat,
Supaya menjadi tamsil ibarat.

Syair Bidasari ini pernah dijadikan sebuah filem berjudul Bidasari yang diterbitkan
di Malaysia pada tahun 1965. Syair ini mengisahkan seorang puteri raja yang sangat
cantik iaitu bernama Bidasari. Bidasari tidak mengetahui asal usulnya dan dia telah
diambil sebgai emak angkat oleh sepasang pedang kaya. Ratu negeri yang cemburu
akan kecantikannya dan ratu bersekongkol untuk membuang Bidasari ke hutan. Di
sana, dia dipertemukan dengan seorang putera raja yang kemudian mengahwininya.

Dalam rangkap pertama syair ini, penyair membahasakan ganti nama diri sebagai
fakir. Dalam Wikipedia Bahasa Melayu, perkataan fakir berasal daripada perkataan
bahasa Arab iaitu miskin. Fakir itu bermaksud individu yang tidak mampu menampung
dari segi keperluan seharian seperti membeli pakaian, makanan, dan tempat tinggal,
pendidikan dan sebagainya.

13

JKA/Jun2019

Dalam rangkap di atas, individu yang terlibat tidak mempunyai pekerjaan yang
tetap. Ini merupakan sikap masyarakat Melayu sering merendahkan diri diri yang
menjadi suatu adab apabila berhubung dengan orang lain. Akal budi seperti ini sentiasa
mengingatkan individu agar tidak berasa riak dengan kelebihan yang ada dalam diri.

7.2 PANTUN

Puas sudah menanam ubi,
Nanas juga dipandang orang,
Puas sudah menanam budi,
Emas juga dipandang orang.

Aspek pemikiran pantun ini dapat dilihat melalui aspek tersirat iaitu pemilihan diksi
bagi pembayang yang berkaitan dengan alam iaitu buah nanas dan ubi. Hal ini
demikian kerana, buah nanas berbau harum dan berwarna kuning apabila masak. Buah
nanas ini dibandingkan dengan emas kerana masyarakat amat tertarik dan ingin
memilikinya. Hal ini berbeza daripada ubi yang dikaitkan dengan sifat orang berbudi
dan tidak suka menunjukkan kehebatan diri. Kesimpulannya, akal budi dalam pantun ini
ialah mendidik masyarakat supaya jangan mengejar sesuatu yang istimewa seperti
harta benda sebaliknya mestilah mementingkan sifat orang yang berbudi dan merendah
diri.

Ketinggian akal budi dalam pantun ini jelas cara nasihat yang disampaikan supaya
masyarakat memandang tinggi akan nilai budi kerana nilai budi lebih tinggi berbanding
emas tetapi pemahaman konsep itu dijelmakan dalam pembayang yang membuat
bandingan antara nanas dan ubi. Kedua-dua jenis tumbuhan ini ialah sejenis makanan
dan nanas merupakan makanan ringan yang bersifat pencuci mulut da bukan makanan
ruji yang mengenyangkan seperti ubi. Sebaliknya, nanas mempunyai tarikan dalam
aspek warna dan rasanya yang manis.

Namun, dalam konteks keperluan hidup, sudah tentulah ubi lebih bermanfaat
berbanding nanas dan begitulah yang diumpamakan di dalam pantun tersebut iaitu
emas dan budi.

14

JKA/Jun2019

7.3 SELOKA

Anak dipijak dagang dijinjing,
Kucing dibunuh tikus dibela,
Harta habis badan tergadai,
Mendengar gelagak dagang,
Tak sedar bertelanjang,
Mendengar guruh di langit,
Air di tempayan dicurahkan,
Mulut kena suap pisang,
Buntut kena cangkuk onah,
Gunting makan di hujung,
Pak Pandir juga menanggung.

Seloka Pandai Pak Pandir bertujuan untuk berhibur dan berjenaka tetapi terselit
unsur sindiran. Pak Pandir mewakili sikap sebahagian masyarakat Melayu yang
dikatakan mempunyai sifat negatif dan sifat tersebut dijadikan senda gurau dan sindiran
dalam seloka di atas. Pak Pandir dijadikan watak seorang yang mewakili sikap orang
Melayu berkenaan dan dikatakan juga bahawa Pak Pandir seorang yang tidak bernasib
baik.

Akal budi masyarakat Melayu yang terdapat dalam seloka ini ialah menyindir
individu yang bersikap mengutamakan orang lain. Sikap negatif ini perlu ditinggalkan
kerana merugikan diri dan keluarga terdekat. Sikap yang sepatutnya ialah perlunya
mendahului keluarga terdekat bukannya orang luar yang hanya mementingkan diri
sendiri disebabkan tiada pertalian darah. Jelas terbukti bahawa Pak Pandir bukan
sahaja sanggup mengabaikan anaknya sendiri malahan menyakitinya sebagaimana
dalam frasa ‘anak dipijak’ manakala pihak yang tiada kaitan dengan keluarganya pula
diberi layanan baik sebagaimana dalam frasa ‘dagang jinjing’.

15

JKA/Jun2019

7.4 GURINDAM

Gurindam Dua Belas:
Ini Gurindam Pasal yang Ketiga:

Apabila terpelihara mata,
sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
khabar yang jahat tiadaiah damping.
Apabila terpelihara lidah,
niscaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
keluarlah fi'il yang tiada senunuh.
Anggota tengah hendaklah ingat,
di situlah banyak orang yang hilang semangat
Hendaklah peliharakan kaki,
daripada berjalan yang membawa rugi.

Akal budi pada fasal ketiga ini ialah pengarang menyatakan kepada pembaca
tentang pentingnya menjaga anggota tubuh daripada perbuatan yang tidak baik. Akal
budi dalam baris pertama, jika seseorang itu berjaya menjaga penglihatannya dengan
baik, maka tidak akan timbul pelbagai keinginan atau kemahuan yang dapat
merosakkannya manakala baris ketiga menasihatkan kita bahawa jika seseorang itu
mengawal pendengarannya dengan baik, maka berita-berita yang buruk dapat dihindari.
Akal budi dalam baris kelima pula ialah pengarang menjelaskan bahawa apabila
seseorang mampu mengawal pertuturannya dalam apa jua perkara sekali pun, maka
banyaklah kebaikan yang akan diperolehinya.

Seterusnya, akal budi dalam dalam baris ketujuh pula menjelaskan kepada kita
bahawa apabila seseorang berjaya mengawal anggota tangannya, perkara yang berat
dan ringan akan dapat diselesaikannya dengan baik manakala baris yang kesembilan
pula, pengarang juga menasihati kita agar tidak boleh terlalu menurut kehendak nafsu
dari segi nafsu makan. Hal ini demikian kerana, jika kita gagal mengawal nafsu makan,
maka banyak perkara yang akan memudaratkan akan timbul seperti menghidap
penyakit dan sebagainya.

16

JKA/Jun2019

Selain itu, akal budi pada baris kesebelas pula, pengarang menasihati kita agar
bijak mengawal nafsu syahwatnya supaya semangat mereka tidak mudah luntur. Pada
masa yang sama, kita dinasihati agar tidak terlalu menurut kehendak nafsu syahwat
kerana tindakan itu akan menjuerumuskan kita ke lembah kehinaan. Akal budi pada
baris ketiga belas pula menjelaskan bahawa kita perlu mengawal pergerakan kaki agar
tidak pergi ke tempat-tempat yang boleh membawa kerosakan diri.

8.0 RUMUSAN

Berdasarkan perbincangan, didapati bahawa kesusasteraan dapat dirujuk sebagai
hasil karya yang mempunyai mesej dan pemikiran tertentu. Sesebuah hasil karya
adalah pancaran daripada kehidupan masyarakat. Selain itu, karya sastera juga dapat
dikategorikan mengikut genre. Setiap genre itu ditandai dengan ciri-ciri khususnya.
Setiap karya mempunyai mesej dan fungsi untuk mendidik dan membina keperibadian
ahli-ahli masyarakatnya. Setiap bahagian daripada unsur dan fungsi di dalamnya
mempunyai makna dalam teks karya selain berfungsi dalam kehidupan masyarakat.
Oleh itu, keunggulan dan kemegahan kebudayaan dan kesusasteraan Melayu
mencerminkan kreativiti dan gaya hidup masyarakat Melayu. Justifikasinya, masyarakat
Melayu disarankan agar terus menjaga dan memelihara warisan kebudayaan dan
kesusasteraan Melayu agar warisan Melayu “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek
panas”.

17

JKA/Jun2019

9.0 RUJUKAN

Abdul Aziz (Ungku) (2011). Pantun dan Kebijaksanaan Akal Budi Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abu Bakar Hamid (1974). “Arah Perkembangan Kesusasteraan Melayu” dlm. Seminar
Kesusasteraan Nusantara 1973. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Annas Haji Ahmad (1988). Sastera Melayu Lama dan Baru: Edisi Baru. KualaLumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

Dr. Azman Rahmat et.al (2022). Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu. Selangor.
Pustaka Al- Ehsan.

Hamka (2007). Peribadi. Kuala Lumpur. Pustaka Dini.

Harun Mat Piah (1989). Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Hashim Awang (1985). Mendekati kesusasteraan Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti
Sdn.Bhd.

Jassin, H.B. 1983. Sastra Indonesia sebagai Warga Sastra Dunia. Jakarta: Gramedia

Kamus Dewan Edisi (1984). Kamus Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Mohd Yusof Md.Nor & Abd. Rahman Kaeh (2016). Puisi Melayu Tradisi, Kuala Lumpur:
Dewab Bahasa dan Pustaka.

Shahnon Ahmad (1987) Polemik Saster Islam - Kassim Ahmad, Shahnon Ahmad, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Siti Hajar Abd.Aziz (2011). Bahasa Melayu 1, Shah Alam : Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Za'ba (1965). Ilmu Mengarang Melayu, Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka.

18

JKA/Jun2019


Click to View FlipBook Version