The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainsbari2003, 2022-10-10 06:30:43

PB PIMK3233 A'IN NAZIRAH BT AHMAD SABRI

PB PIMK3233 A'IN NAZIRAH BT AHMAD SABRI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS IPOH

31150 HULU KINTA,
PERAK DARUL RIDZUAN

PIMK3233
KEMAHIRAN AL-QURAN – ULASAN KRITIS

Nama : A’IN NAZIRAH BINTI AHMAD SABRI
030506020496
No. K/P : 2021242340492
PISMP
Angka Giliran : JUN 2022
X8
Program : USTAZAH SURIANI
BINTI ABDUL TALIB
Ambilan : 26 0GOS 2022

Unit :

Nama Pensyarah :

Tarikh Hantar :

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:Ain Nazirah_______________Tarikh _26 OGOS 2022________

PEMERIKSA MODERATOR

Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:_________________Tarikh : _____________________

JKA/Ogos2022

SOALAN TUGASAN

Ransangan: Menurut Mazhab Imam As-Syafie, memelihara pembacaan kitab
Allah Taala iaitu secara bertajwid yang mu’tabar di sisi ahli Qiraat adalah suatu
yang wajib (Abdullah 1994).

TUGASAN 1: ULASAN KRITIS (20%) (KPPB PIMK3073)

• Merujuk kenyataan di atas, anda dikehendaki menjelaskan bersama contoh
hukum tajwid al-Quran berdasarkan kaedah riwayat Hafs ‘An 'Asim Tariq
Asy-Syatibiyy dan menunjukkan cara aplikasi dhabt al-Quran di dalam mushaf
Uthmani melalui ulasan kritis.

i

JKA/Ogos2022

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 1
2.0 Definisi Dhabt Al-Quran 1
3.0 Tajwid Al-Quran Riwayat Hafs ‘An’ Asim Tariq 1

Asy-Syatibiyy 1
3.1 Sifat-sifat Huruf 2
3.2 Makharij Al-Huruf 3
3
3.2.1 Asy-Syafatain (Dua Bibir) 4
3.2.2 Al-Halq (Kerongkong) 5
3.2.3 Al-Lisan(Lidah) 5
3.2.4 Al-Jauf (Rongga) 6
3.2.5 Al-Khaisyum (Hidung) 6
3.3 Tarqiq, Tafkhim dan Taghliz 6
3.4 Iltiqa’ As-Sakinain 7
3.5 Fawatih Al-Suwar 8
3.6 Waqaf dan Ibtida’
4.0 Aplikasi Tajwid Melalui Dhabt Al-Quran Di Dalam 9
Mushaf Uthmani 10
5.0 Kesimpulan
Rujukan

ii

JKA/Ogos2022

1.0 PENGENALAN

Ilmu tajwid merupakan ilmu sangat signifikan dengan pembacaan Al-Quran. Ilmu ini
telah wujud sejak abad ke-4 hijrah (Shukri, 2013). Menurut Ibnu al-Jazari r.a , “Al-Quran
wajib dibaca dengan bertajwid, berdosalah pembaca yang tidak membaca dengan
bertajwid kerana Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT dengan cara itu dan begitulah
kepada kita ia disampaikan” (Al-Ansari, 2013). Al-Sayuti (2009) melalui tulisannya
Al-Itqan Fi Ulum Al-Quran menegaskan bahawa seseorang yang membaca Al-Quran
perllu memastikan sebutan hurufnya adalah teratur dan tertib serta mengutamakan
makhraj dan sifat hurufnya dan dituturkan atau dibunyikan dengan sempurna. Al
Mujahid (2011) pula menegaskan pembelajaran ilmu tajwid merupakan fardu kifayah,
tetapi penggunaannya sewaktu membaca Al -quran menjadi fardhu ain.

2.0 DEFINISI DHABT AL-QURAN

Dari sudut bahasa, Dhabt Al-Quran bermaksud mencapai objektif dalam memelihara
perkara-perkara tertentu. Dari segi istilah pula Dhabt Al-Quran ditakrifkan sebagai
bidang ilmu yang memperkatakan tanda-tanda atau simbol yang telah disusun oleh
ilnmuan dalam mengawal bacaan dan sebutan kalimah-kalimah dalam Al-Quran. Dhabt
Al-Quran juga merangkumi cara penulisan baris diakritik dan turut merangkumi
penandaan titik-titik bagi memperlihatkan perbezaan antara huruf-huruf tertentu.
Tegasnya, dhabt Al-Quran dapat difahami sebagai ilmu yang menerangkan tentang
alamah atau tanda-tanda pada huruf dalam Al-Quran yang merangkumi tanda sukun ,
harakat, tasydid , huruf mad dan sebagainya.

3.0 TAJWID AL-QURAN RIWAYAT HAFS ‘AN’ ASIM TARIQ ASY-SYATIBIYY

3.1 SIFAT-SIFAT HURUF

Dari istilah ilmu tajwid, sifat huruf merujuk kepada ciri-ciri yang menerangkan tentang
bunyi huruf itu. Dengan adanya ciri-ciri huruf tersebut, sebutan sesuatu huruf itu dapat
dibezakan dari segi bunyi huruf yang berdesing, bunyi melantun, bunyi yang ditahan
dan lain-lain. Secara umumnya, sifat huruf itu boleh dikategorikan kepada sifat lazimah
dan sifat ‘aridhah.

1

JKA/Ogos2022

Sifat lazimah ialah ciri kekal bagi setiap sebutan huruf dalam semua keadaannya,
namun tetap tidak terpisah daripada sesuatu huruf itu sama ada keadaan berbaris
ataupun sukun (mati). Sifat ‘aridhah pula merujuk ciri yang berubah-ubah bagi sesuatu
bunyi huruf itu. Sifat tersebut kadangkala terpisah dari huruf yang berkenaan dan dalam
keadaan yang lain ciri ini turut serta bersama-sama seperti tafkhim (tebal), tarqiq (nipis),
izhar, ghunnah, ikhfa, idgham, panjang atau pendek dan sebagainya.

3.2 MAKHARIJ AL-HURUF

Dari sudut bahasa, Makharij al-huruf merupakan tempat keluar huruf khususnya
huruf-huruf yang terdapat di dalam Al-Quran. Pengertiannya dari sudut istilah pula ialah
tempat keluar sesuatu huruf semasa huruf-huruf berkenaan dibunyikan. Makharij al-
huruf ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu makhraj muhaqqaq dan makhraj
muqaddar. Bunyi huruf yang keluar dari bibir, lidah dan sebagainya dikenali sebagai
makhraj muhaqqaq. Terdapat 28 huruf yang dibunyikan dalam makhraj muhaqqaq itu
mempunyai tempat keluar suara yang dapat ditentukan. Makhraj muqaddar pula tempat
keluar bunyi hurufnya tidak dapat ditentukan secara khusus. Contoh-contoh makhraj
muqaddar itu termasuklah bunyi tiga huruf mad iaitu alif yang sebelumnya ialah fathah,
huruf wau yang sebelumnya kasrah dan huruf ya yang sebelumnya dhommah.

Secara umumnya terdapat 17 makhraj khusus dalam makharij al-huruf. Namun,
makhraj ini telah dikurangkan menjadi lima makhraj am sahaja iaitu asy-syafatain (dua
bibir), al-halq (kerongkong), al-lisan (lidah), al-jauf (rongga mulut) dan al-khaisyum
(pangkal hidung). Makhraj-makhraj am ini ialah anggota tempat keluar huruf itu secara
am dan setiap satunya mempunyai cara penyebutan yang dapat menjelaskan tempat
keluar huruf itu secara mendalam.

2

JKA/Ogos2022

3.2.1 ASY-SYAFATAIN (DUA BIBIR)

Makhraj asy-syafatain ialah tempat di mana tempat keluarnya 4 huruf hijaiyah pada
bibir iaitu huruf fa (‫)ف‬, waw (‫)و‬, ba (‫ )ب‬dan mim (‫)م‬. Huruf fa (‫ )ف‬keluar dari bibir bawah
serta menepati bahagian hujung dua gigi atas manakala huruf waw (‫)و‬, ba (‫ )ب‬dan mim
(‫ )م‬dibunyikan antara dua bibir iaitu bibir atas dan bawah.

3.2.2 AL-HALQ (KERONGKONG)

Al-halq pula merujuk kepada tempat keluar bunyi huruf di bahagian kerongkong.
Terdapat 3 bahagian sebutan al-halq iaitu asyqal halqi (pangkal kerongkong) iaitu huruf
(‫ )ء‬dan ha (‫)هـ‬, wasthul halqi (pertengahan kerongkong) iaitu huruf ha (‫ )ح‬dan huruf ain
(‫ )ع‬serta adnal halqi (hujung kerongkong) iaitu huruf gho (‫ )غ‬dan huruf kho (‫)خ‬. Untuk
menyebut bunyi huruf (‫ )هـ‬dan (‫ )ء‬dengan betul suara perlu ditekan ke hujung bahagian
kerongkong ,iaitu di bahagian permukaan pita suara.

3

JKA/Ogos2022

3.2.3 AL-LISAN (LIDAH)

Jenis makharij al-huruf yang lain ialah al-lisan iaitu tempat keluar bunyi-bunyi huruf
yang terletak di atas lidah. Al-lisan ini terdiri daripada 18 huruf namun telah
dikelompokkan kepada 10 makhraj sahaja. Contohnya, bunyi huruf dho (‫ )ض‬yang
keluar dari bahagian tepi lidah sama di sebelah kanan atau kiri lidah sehingga bunyinya
dapat disambungkan dengan huruf lam dan memenuhi bahagian geraham gigi. Selain
itu, bahagian pangkal lidah dan belakang lelangit iaitu huruf qof (‫ )ق‬bunyinya datang
dari pangkal lidah berdekatan dengan esofagos yang dirapatkan ke bahagian lelangit
belakang, manakala pangkal lidah tengah dan lelangit tengah iaitu huruf kaf (‫)ك‬
bunyinya itu berasal dari pangkal lidah di hadapan huruf qof (‫ )ق‬yang rapatkan ke
bahagian tengah lelangit mulut. Di tengah-tengah lidah pula iaitu huruf jim (‫)ج‬, syin (‫)ش‬
dan ya (‫)ي‬, bunyinya keluar dari tengah-tengah lidah serta menepati lelangit mulut di
atasnya. Pada hujung tepi lidah pula iaitu huruf lam (‫ )ل‬pula bunyinya keluar dari
bahagian tepi lidah sama ada kiri atau kanan hingga ke hujung lidah menepati dengan
lelangit atas.

4

JKA/Ogos2022

3.2.4 AL-JAUF (RONGGA)

Al-jauf pula merujuk kepada bahagian rongga mulut iaitu ruang yang berada di dalam
mulut atau ruang kosong yang memanjang daripada belakang kerongkong hingga ke
mulut. Bunyi-bunyi huruf yang keluar daripada bahagian iailah huruf mad iaitu huruf alif
(‫)ا‬, waw (‫ )و‬dan ya (‫)ي‬. Bunyi huruf-huruf mad dapat dihasilkan dengan melepaskan
suara ke rongga di dalam kerongkong dan mulut ketika melafazkan apa-apa huruf
sebelum huruf mad yang tidak berbaris. Oleh itu, huruf alif diberi baris fathah
sebelumnya, huruf wau akan dibariskan dhommah sebelumnya dan huruf ya diberikan
baris kasrah sebelumnya dan kemudiannya setiap sebutan tersebut dipanjangkan
bunyinya seperti melafazkan ‫ بي‬، ‫ بو‬، ‫با‬.

3.2.5 AL-KHAISYUM (PANGKAL HIDUNG)

Al-khaisyum dari segi bahasa merujuk kepada bahagian hidung iaitu tempat huruf
yang terletak pada hidung dan mulut dihasilkan dengan bunyi dengung atau ghunnah
yakni bunyi sebutan yang jelas. Untuk menghasilkan bunyi dengung daripada sebutan
huruf nun dan mim sukun itu suara atau huruf yang dibunyikan hendaklah ditekan ke
pangkal hidung dengan menolak udara ke dalam rongga hidung.

5

JKA/Ogos2022

3.3 TARQIQ, TAFKHIM DAN TAGHLIZ

Tarqiq ialah cara sesuatu huruf itu dinipiskan sebutannya iaitu dengan menjadikan
sebutan huruf tersebut ringan pada makhraj dan lemah pada sifatnya. Tafkhim pula
ialah menebalkan sebutan sesuatu huruf iaitu menjadikan sebutan huruf tersebut berat
pada makhraj dan kuat pada sifatnya. Manakala, taghliz bermaksud menebalkan bunyi
huruf lam yang berbaris fathah sama ada bersabdu atau tidak, apabila huruf lam berada
di tengah-tengah atau berada di hujung dengan syarat didahului dengan huruf ‫ظ‬،‫ ط‬atau
‫ ص‬yang berbaris fathah atau sukun seperti ‫الطلاق‬, ‫الصلاة‬, ‫اطلم‬. Jadi, huruf lam dalam
kalimah yang dinyatakan tadi boleh ditebalkan bacaan atau sebutannya seperti bunyi
antara baris fathah dan dhommah.

3.4 ILTIQA’ AS-SAKINAIN

Iltiqa’ sakinain pula merujuk kepada huruf sukun bertemu dengan sukun, atau huruf
tanwin bertemu dengan hamzah wasal. Ia juga disebut nun iwad iaitu huruf nun yang
diganti daripada tanwin, nun wasal iaitu nun yang disebut apabila bacaannya
disambung, nun wiqayah iaitu nun yang diletakkan untuk menjaga daripada tidak boleh
dibaca apabila bacaan bersambung, dan nun kecil iaitu nun pengganti atau
penyambung. Namun demikian, bacaan tanwin ini tidak boleh diidghamkan sebaliknya
perlu dikasrahkan iaitu baris bawah huruf nun daritanwin tersebut. Contohnya dalam
surah Al-Baqarah ayat 180 yang disebut seperti:

‫ِا ْن تَ َر َك َخ ْي ًرا ۖ ۨا ْل َو ِص َّيةُ ِل ْل َوا ِل َد ْي ِن َوا ْْ َل ْق َر ِب ْي َن ِبا ْل َم ْع ُر ْو ِف‬

Berdasarkan contoh di atas, tanwin berkenaan asalnya merupakan nun mati dan
diletakkan tanda baris dua. Oleh sebab itu, apabila bertemu tanwin, bacaannya perlu
disekalikan dengan nun mati pada akhir kalimah berkenaan.

3.5 FAWATIH AL-SUWAR

Fawatih merupakan jamak daripada perkataan fatihah yang bermakna permulaan
atau pembukaan manakala as-suwar pula merupakan bentuk jamak daripada kata
as-surah yang bermaksud sekumpulan ayat-ayat Al-Quran yang mempunyai awalan
dan akhiran. Oleh itu, jelaslah bahawa fawatih as-suwar ialah permulaan surah-surah

6

JKA/Ogos2022

yang terdapat dalam Al-Quran.

Al-Quran yang diturunkan telah disepakati oleh ilmuan bahawa surah-surahnya telah
dimulai dengan salah satu daripada sepuluh jenis perkataan atau kalam yang berbeza.

Antara kalam-kalam itu terdiri daripada kalam pujian (‫)الثناء‬, huruf hijaiyyah (‫)حروف التهجي‬,

panggilan (‫)النداء‬, kalimat berita (‫)الجمل الخبرية‬, sumpah (‫)القسم‬, syarat (‫)الشرط‬, perintah (‫)اْلمر‬,
pertanyaan (‫)اْلستفهام‬, doa (‫ )الدعاء‬dan alasan (‫)التعليل‬.

Bentuk fawatih as-suwar yang pertama yang menjadi permulaan surah di dalam
Al-Quran ialah bentuk pujian kepada Allah SWT. Terdapat 14 surah yang telah dimulai
dengan puji-pujian kepada Allah SWT termasuklah surah Al-Fatihah, Al-An’am, Al-Kahfi,
Al-Furqan, dan lain-lain lagi. Berikutnya ialah bentuk huruf tahajiyy iaitu bentuk paling
banyak di dalam Al-Quran. Contoh huruf tahajiyy atau huruf muqatha’ah ialah
‫المص‬,‫الر‬, ‫طه‬, ‫ يس‬, ‫ الم‬. Selain itu , huruf nida’ yang biasanya digunakan dalam
panggilan kepada seseorang seperti yang terdapat dalam Al-Quran ialah huruf ya (‫)يا‬.
Antara surah yang mempunyai huruf nida' ialah surah Al-Ahzab, Al-Muzammil, An-Nisa'
dan sebagainya.

3.6 WAQAF DAN IBTIDA’

Waqaf maksudnya berhenti manakala dari segi tajwid ia bermaksud menahan atau
menyudahi bacaan dengan cara memutuskan suara pada akhir perkataan sebentar
untuk bernafas sebelum menyambungkan bacaan semula. Ibtida pula dari segi bahasa
bermaksud memulakan manakala dari segi istilah ia bermakna bacaan disambung
semula setelah dihentikan sementara mengambil nafas. Terdapat beberapa faktor
wakaf dalam bacaan berlaku iaitu atas sebab idhtirari, sebab ikhtibari, sebab intizori,
dan sebab ikhtiyari.

Waqaf sebab idhtirari bermaksud hentian yang berlaku atas sebab bacaan terpaksa
dihentikan kerana perkara tertentu atau darurat seperti pernafasan yang pendek,
menguap, bersin, tercekik, menangis atau tersedu pembaca perlu menghentikan
bacaannya.

7

JKA/Ogos2022

Waqaf sebab ikhtibari pula ialah bacaan waqaf yang biasanya dilakukan oleh qari
bagi memperbaik dan menguji bacaan atau ketika mengajar seseorang berkaitan
waqaf dalam kalimah Al-Quran.

Manakala, waqaf yang berlaku ketika seseorang mengumpulkan beberapa qiraat
yang berbeza riwayat dalam satu kalimah dikenali sebagai wakaf intizori. Wakaf ini
bertujuan untuk melancarkan qira’at-qira’at yang lain. Yang terakhir ialah waqaf
ikhtiyari, iaitu waqaf yang dilakukan kerana pilihan dan kehendak seseorang pembaca
sendiri dan bukannya disebabkan oleh faktor-faktor lain. Waqaf ikhtiyari ini dapat
dibahagikan kepada empat jenis iaitu iaitu waqaf kaf, waqaf tam, waqaf hasan dan
waqaf qabih.

4.0 CARA APLIKASI TAJWID MELALUI DHABT AL-QURAN DI DALAM
MUSHAF UTHMANI

Dalam Al-Quran mushaf Uthmani terdapat beberapa istilah dhabt yang
memperlihatkan hukum dalam bacaan Al-quran. Istilah-istilah tersebut ialah tanda baris,
tanda sukun, tanda tanwin, tanda tasydid, tanda panjang, tanda hamzah wasl, tanda
huruf tashil, tanda imalah, tanda isymam dan sebagainya.

Tanda baris ialah suatu tanda yang menghasilkan bunyi sebutan bagi sesuatu huruf.
Baris ini terbahagi kepada tiga iaitu baris atas (fathah), baris bawah (kasrah), dan baris
di hadapan (dhommah). Tanda tanwin pula ialah baris dua yang melambangkan bunyi
huruf dan lambang nun sakinah. Tanwin ini dapat menghasilkan bunyi (tan) jika
barisnya ialah fathah seperti (ً‫ )با‬manakala kasrah menghasilkan bunyi (tin) seperti (‫)ب‬
dan menghasilkan bunyi (ton) sekiranya berbaris dhommah seperti (‫(ب‬.

Dalam Mushaf Uthmani ini juga terdapat penggunaan tanda sukun. Tanda sukun ini
ialah kepala huruf ha’ (‫ )ح‬yang disebut daripada perkataan (‫ )استراح‬yang bermaksud
berehat dan tidak bergerak. Contoh ayat seperti (‫( )ٱل َّر ْح َمـ ِن‬surah Ar-Rahman: 55:1(.
Selain itu, tanda tasydid pula menyatakan bunyi yang berangkap atau sabdu. Tanda ini
seperti kepala )‫ (ش‬yang berbentuk (ّ) dan diambil daripada perkataan (‫ )شديد‬iaitu
menguat dan menekan. Contoh ayatnya seperti (‫) َر َّب َنا‬. Manakala, tanda hamzah wasl
ialah hamzah yang tidak disebut ketika menyambung (wasl) dan dibunyikan sewaktu
permulaan atau ibtida’. Contohnya kalimah (‫ ) َقا َل ا ْه ِب ُطو‬seperti yang terdapat di dalam
surah (Al-A’raf:7:24).

8

JKA/Ogos2022

5.0 KESIMPULAN

Secara tuntasnya, penguasaan ilmu tajwid dalam bacaan Al-Quran ini sangat penting
bagi memastikan setiap bacaan dan sebutan betul dan menepati makna dalam
Al_Quran. Ilmu ini perlu sentiasa dipraktikkan supaya mendapat rahmat dan keberkatan
daripada Allah SWT semasa membaca Al-Quran. Di samping itu, penguasaan ilmu
tajwid ini juga dapat memastikan Al-Quran dapat dibaca dengan lebih baik, afdhal dan
sempurna. Bukan itu sahaja, ilmu tajwid juga amat memainkan peranan yang penting
dalam mendalami pembacaan Al-Quran dengan lebih baik dan sempurna.
Pengetahuandan praktik ilmu tajwid akan dapat menambahbaik individu dalam
pembacaan Al-Quran yang lebih teliti sekaligus dapat memastikan ibadah yang
dilakukan menjadi lebih sempurna dan diterima amalannya oleh Allah SWT.

9

JKA/Ogos2022

RUJUKAN

Ahmad Qoys Jamalallail. (2021). Fawatih As-Suwar dalam Al-Quran. Diakses pada 4
September 2022.
https://tafsiralquran.id/macam-macam-fawatihus-suwar-dalam-al-quran/

Al-Anisah As-Subhi. (2019). Terjemahan Al-Judah Fi Ilmi Tajwid.

Al-Ansari, Z. M. (2003). Syarh al-Jazariyyah al-Musamma al-Daqaiq al-Muhkamah fi
Syarh al-Muqaddimah. Beirut: Dar Kutub al-Ilmiyyah
Al-Mujahid, A. T. H. (2011). Ilmu Tajwid: Pegangan para pengajar Al-Qur’an dan aktivis
dakwah. Jakarta: Darus Sunnah Press Al-Suyuti, J. (2009). Itqan fi Ulum al-Qur'an.
Makkah: Dar Alghad Algadeed

Al-Suyuti, J. (2009). Itqan fi Ulum al-Qur'an. Makkah: Dar Alghad Algadeed.

Azkiya Khikmatiar. (2020). Mengenal empat waqaf dalam membaca Al-Quran. Diakses
pada 4 September 2022.
https://tafsiralquran.id/mengenal-empat-waqaf-dalam-membaca-al-quran/
Dr.Surul Shahbudin. (2022). Perbahasan ilmu tajwid menurut Riwayat hafs ‘An’ Asim
melalui Toriq Asy-Syatibiyyah.
Shukri, A. K. (2013). Al-Munir fi Ahkam al-Tajwid, Ed. Ke-2. Jamiah al-Muhafazah ‘ala
al-Qur’an al-Karim Jordan, Amman: al-Matabi` al-Markaziyah.

United Islamic Cultural Centre of Indonesia. (2005). Tajwid Qarabasy. Jakarta:
Rawamangun. Retrieved from
http://www.uiccijogja.org/uploads/1/3/0/5/13054200/tajwid_qarabasy.pdf

JKA/Ogos2022

10

JKA/Ogos2022


Click to View FlipBook Version