The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA KANGSAR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by addinislam107, 2021-08-06 06:42:37

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA KANGSAR

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA KANGSAR

SEKOLAH KEBANGSAAN SLIM VILLAGE
35800 SLIM RIVER, PERAK

KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE
KUALA KANGSAR BANDAR DIRAJA PERAK

TARIKH: 24 JULAI 2021
HARI: SABTU

ANJURAN: PERSATUAN SEJARAH

KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KE KUALA KANGSAR, PERAK

1.0 PENDAHULUAN

Lawatan sambil belajar merupakan pengalaman pendidikan yang berlaku di
luar bilik darjah dan dapat memberi pengetahuan yang diperlukan oleh murid dalam
situasi harian mereka. Sehubungan dengan itu, kemantapan fizikal, mental dan
pengukuhan nilai-nilai murni yang diterapkan dapat membantu perkembangan
individu murid-murid. Lawatan ini merupakan salah satu daripada teknik pengajaran
dan pembelajaran (PdP) dimana ia sangat memberi impak mendalam kepada murid-
murid. Belajar melalui pengalaman adalah sangat penting untuk murid. Oleh sebab
itu, program lawatan sambil belajar diadakan untuk murid-murid supaya mereka
mendapat pengalaman daripada lawatan tersebut.

Aktiviti lawatan sambil belajar memberi peluang kepada murid-murid
mempraktikkan segala kemahiran luar yang mereka miliki. Aktiviti-aktiviti yang
dilakukan dapat memberi ruang yang lebih kepada guru-guru dan murid-murid untuk
mendalami ilmu mereka dan menimba seberapa banyak pengalaman yang mereka
dapat. Program ini merupakan satu program yang menarik minat murid dan amat
berguna untuk mengembangkan minda di samping menjadi asas untuk membina
keyakinan diri dalam menghadapi pelbagai situasi. Bagi memenuhi rancangan aktiviti
tahunan, Persatuan Sejarah Sekolah Kebangsaan Slim Village pada tahun ini ialah
lawatan sambil belajar ke Kuala Kangsar, Perak.

2.0 RASIONAL

Melalui aktiviti lawatan sambil belajar ini, diharap dapat melahirkan murid yang
berpengetahuan dan berkemahiran di samping dapat memberi pendedahan kepada
ahli Persatuan Sejarah tentang tempat-tempat bersejarah di dalam negara. Aktiviti
lawatan ini juga diharap dapat mewujudkan sikap murni seperti tolong menolong,
bekerjasama, berketrampilan, menyayangi dan mensyukuri alam ciptaan Allah,
bertanggungjawab dan dapat menambah ilmu dan pengalaman.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Merealisasikan pengetahuan dalam PdP dengan pengalaman yang
sebenar.
3.2 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang adab-adab semasa
bermusafir.
3.3 Memberi nilai tambah kepada pengetahuan am murid-murid tentang
tempat-tempat bersejarah yang terdapat dalam negeri.
3.4 Menerapkan amalan-amalan nilai murni seperti mencintai alam sekitar,
menjaga kebersihan dan keindahan serta mempunyai rasa
tanggungjawab untuk memelihara dan mengekalkan alam sekitar.
3.5 Menjana idea kreatif dan sikap positif di kalangan ahli Persatuan
Sejarah.
3.6 Melihat senibina bangunan-bangunan lama yang menarik dan cantik
untuk dijadikan panduan.

4.0 MATLAMAT

Matlamat lawatan ini adalah untuk mendedahkan kepada ahli Persatuan
Sejarah tentang Kuala Kangsar merupakan Bandar DiRaja dimana terdapat banyak
sejarah silam yang berkaitan dengan keturunan Raja Negeri Perak, tempat lahirnya
ulama-ulama yang tersohor di Malaysia suatu ketika dahulu serta tempat belajar para
ilmuan yang terkenal di Kuala Kangsar ini. Malah, terdapat juga tempat pembuatan
kraftangan labu sayong di situ yang boleh dijadikan tempat lawatan di samping
memupuk minat murid mendalami ilmu sejarah di negeri kita dilahirkan khususnya dan
amnya di Malaysia.

5.0 TEMA, TARIKH, HARI & TEMPAT

Tema : Lawatan Menambah Pengetahuan

Tarikh : 24 Julai 2021

Hari : Sabtu

Tempat : 1. Galeri Akreologi Lembah Lenggong

2. Menara Pavillion Kuala Kangsar

3. Galeri Sultan Azlan Shah

4. Masjid Ubudiyah
5. Istana Iskandariyah
6. Madrasah Idrisiah
7. Muzium DiRaja Kuala Kangsar
8. Pusat Pembangunan Kraftangan Labu Sayong
9. Laksa Lembah
10. Masjid Ihsaniah

6.0 TEMPOH PELAKSANAAN
Sehari sahaja bermula dari jam 6.30 pagi sehingga jam 7.00 malam

7.0 KUMPULAN SASARAN & BILANGAN PENYERTAAN

Ahli Persatuan Sejarah Tahun 4 (10 orang murid)

Tahun 5 (10 orang murid)

Tahun 6 (10 orang murid)

Guru Pengiring Terdiri daripada 6 orang guru

JUMLAH 36 orang peserta

(Rujuk Lampiran 1)

8.0 ATURCARA PROGRAM

24 Julai 2021 (Sabtu)

Masa Aktiviti

6.30 pagi Berkumpul di Sek Keb Slim Village, Slim River

7.00 pagi Membaca doa dan bergerak ke Kuala Kangsar, Perak

8.00 pagi Sarapan di R&R Sungai Perak

9.30 pagi Sampai di Galeri Akreologi Lembah Lenggong

10.30 pagi Ke Menara Pavillion dan melihat pemandangan seni bina bangunan

MCKK

11.00 pagi Tiba di Galeri Sultan Azlan Shah

12.45 tengah hari Bergerak ke Masjid Ubudiyah, Kuala Kangsar (Persiapan kendiri &

makan tengah hari)

1.25 tengah hari Solat Zohor di Masjid Ubudiyah
2.00 petang Tiba di Madrasah Idrisiah
3.00 petang Pusing Istana Iskandariyah dan ke Istana Kenangan Bukit Chandan
4.00 petang Sampai di Pusat Pembangunan Kraftangan Labu Sayong (membeli
cenderahati)
4.30 petang Bergerak ke Laksa Lembah (makan cendol, ais kacang dan laksa)
5.15 petang Tiba di Masjid Ihsaniah (Solat Asar dan kendiri)
5.45 petang Bergerak pulang ke Sek Keb Slim Village, Slim River
7.00 malam Di jangka tiba ke Sek Keb Slim Village, Slim River

9.0 SUMBER KEWANGAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN

9.1 Sumber Kewangan

Bil Perkara Maklumat Jumlah
RM 900
1. Yuran Lawatan Peserta 30 x RM 30
RM 300
Persatuan Sejarah RM 200

2. Yuran Lawatan Guru Pengiring 6 x RM 50 RM 200
RM 1600
3. Peruntukan Dari Persatuan -

Sejarah

4. Peruntukan Dari Pihak Sekolah -

JUMLAH KESELURUHAN

9.2 Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Maklumat Jumlah

a. Pengangkutan pergi dan balik Daripada pihak sekolah

1. Pengangkutan disediakan oleh pihak sekolah Dewasa – 6 x RM 8 =
RM 48
Bas b. Minyak
Murid – 30 x RM 5 =
c. Upah Pemandu Bas RM 150

a. Bayaran Tiket Masuk: 36 x RM 6 = RM 216

i. Galeri Sultan Azlan Shah

2. Pendaftaran

ii. Muzium Diraja Kuala Kangsar
b. Makanan

i. Sarapan pagi (Roti + Kuih muih 36 x RM 2.60 = RM 94

+ Air Mineral)

ii. Makan Tengah hari (Nasi 36 x RM 5 = RM 180

Ayam + Air Sirap)

iii. Makan petang di Laksa 36 x RM 10 = RM 360

Lembah (Laksa + Ais kacang

+ cendol)

c. Tag Nama 30 x RM 2 = RM 60

d. Buku Program 36 x RM 5 = RM 180

JUMLAH RM 1288

a. Plug 4 x RM 15 = RM 60
Hadiah dan 4 x RM 10 = RM 40
3. b. Cawan 30 x RM 1 = RM30
Cenderahati

c. Sijil Penyertaan Murid

JUMLAH RM 130

a. Peti Kecemasan Percuma / Sumbangan

4. Keselamatan dari Persatuan
b. Insurans 36 x RM 5 = RM 180
c. Plastik sampah 1 plastik sampah – RM2

JUMLAH RM 182

JUMLAH KESELURUHAN RM 1600

10.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM
10.1 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Penaung Tn Haji Roslan Bin Lee (Guru Besar)
Penasihat Muhammad Ashraf Bin Dzulkifli (GPK Kokurikulum)
Pengerusi Pn Amirah Binti Omar
Naib Pengerusi Pn Mahsyitah Binti Amiddin
Setiausaha Pn Khoirul Nur Shaniah Binti Noor Azmi
Bendahari En Sobri Bin Ali

10.2 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

AJK PENDAFTARAN Puan Amirah Binti Omar
Maliq Quzairy Bin Rosli (Peserta)
Melissa Irdina Binti Abdullah (Peserta)

AJK Puan Mahsyitah Binti Amiddin
Muhammad Fauzan Bin Elyas (Peserta)
Nur Ain Binti Azemi (Peserta)

AJK PROTOKOL & Puan Khoirul Nur Shaniah Binti Noor Azmi
PERHUBUNGAN Muhammad Hariz Danish Bin Hafiz (Peserta)
Putri Indah Raudhah Binti Abdul Rauf (Peserta)

AJK HADIAH DAN Encik Sobri Bin Ali
CENDERAMATA Kamal Fahreen Bin Kamal Azzaynee (Peserta)
Maisarah Binti Mohamad Rodzi (Peserta)

AJK KESELAMATAN Encik Muhammad Akmalluddin Bin Rahman
& PENGANGKUTAN Muhammad Atiff Daniel Bin Ramlan (Peserta)
Nur Alia Qistina Binti Azree (Peserta)

AJK MAKANAN Puan Khoirul Nur Shaniah Binti Noor Azmi
Izzue Azfar Bin Mohd Junaide (Peserta)
Qasih Nur Zara Sofia Binti Norafendi (Peserta)

AJK FOTOGRAFI Encik Ahmad Nazri Bin Ramli
Muhammad Muiz Muhaimin Bin Mazlan (Peserta)
Nur Aina Nadirah Binti Ahmad Kamal (Peserta)

(Rujuk Lampiran 3 untuk bidang tugas)

11.0 PENUTUP

Adalah diharapkan lawatan ini dapat dijayakan dengan jayanya dan berjaya
mencapai objektif yang telah digariskan. Sehubungan dengan itu, kejayaan program
ini amatlah bergantung kepada peranan dan tanggungjawab masing-masing bagi
memastikan aktiviti program berjalan dengan lancer dan berkesan. Semoga aktiviti
lawatan ini dapat dimanfaatkan oleh semua peserta yang terlibat. Diharapkan agar
apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Oleh itu,
kerjasama dan sumbangan daripada semua pihak amatlah dihargai serta memperoleh
keberkatan daripada Allah SWT.

DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH:

______________________ ___________________
(KHOIRUL NUR SHANIAH BINTI NOOR AZMI) (AMIRAH BINTI OMAR)
Setiausaha Pengerusi
Program Lawatan Sambil Belajar Program Lawatan Sambil Belajar
Ke Kuala Kangsar Bandar DiRaja Ke Kuala Kangsar Bandar DiRaja
Sekolah Kebangsaan Slim Village Sekolah Kebangsaan Slim Village

DISAHKAN OLEH: DILULUSKAN OLEH:

______________________ ___________________
(MUHAMMAD ASHRAF BIN DZULKIFLI) (TN HAJI ROSLAN BIN LEE)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Slim Village Sekolah Kebangsaan Slim Village

LAMPIRAN 1

SENARAI NAMA GURU PENGIRING YANG MENGIKUTI LAWATAN SAMBIL
BELAJAR KE KUALA KANGSAR

Bil Nama No KP No Telefon

1. Puan Amirah Binti Omar 940502025874 0134557365

2. Puan Mahsyitah Binti Amiddin 920424085362 01163236440

3. Puan Khoirul Nur Shaniah Binti Noor Azmi 900710085568 0134419468

4. Encik Sobri Bin Ali 950614085352 0195276853

5. Encik Muhammad Akmalluddin Bin Rahman 921115085398 0142592042

6. Encik Ahmad Nazri Bin Ramli 930911146790 0193440251

SENARAI NAMA AHLI PERSATUAN SEJARAH YANG MENGIKUTI LAWATAN
SAMBIL BELAJAR KE KUALA KANGSAR

TAHUN 6 Kelas No Tel Waris
Bil Nama 6 Farabi 0175670690
1. Haikal Khalis Iman Bin Hairul Nazri 6 Farabi 0187939930
2. Intan Batrisyia Binti Mat Daud 6 Farabi 0134028237
3. Kamal Fahreen Bin Kamal Azzaynee 6 Farabi 0194165692
4. Maisarah Binti Mohamad Rodzi 6 Farabi 01140722302
5. Maliq Quzairy Bin Rosli 6 Khaldun 0134375423
6. Melissa Irdina Binti Abdullah 6 Khaldun 0139911801
7. Muhammad Muiz Muhaimin Bin Mazlan 6 Khaldun 0103820365
8. Muhammad Zal Hareez Bin Shamsol Hadi 6 Khaldun 01115425048
9. Nur Afrina Elisya Binti Zulkpli 6 Khaldun 01121446347
10. Nur Aina Nadirah Binti Ahmad Kamal
TAHUN 5 5 Farabi 0146025237
1. Muhammad Atiff Daniel Bin Ramlan 5 Farabi 0199383376
2. Muhammad Danish Farhan Bin Fairuz 5 Farabi 0175536467
3. Muhammad Darwisy Hakimi Bin Nor Azhari 5 Farabi 0193033669
4. Muhammad Eirfan Danial Bin Eizlan Elias 5 Farabi 0184622847
5. Muhammad Fauzan Bin Elyas 5 Khaldun 01131276725
6. Nur Ain Binti Azemi 5 Khaldun 0134143759
7. Nur Aina Soffiya Binti Mohamad Noh

8. Nur Alia Qistina Binti Azree 5 Khaldun 0195276853
9. Nur Uzma Damia Binti Hasnan 5 Khaldun 0142592042
10. Nurdania Maysara Binti Jasni 5 Khaldun 0193440251
TAHUN 4
1. Ameerah Nabihah Binti Ahmad Azam 4 Farabi 0182639853
2. Aulia Izatunnisa Binti Shamsul Arifin 4 Farabi 0172030093
3. Balqis Batrisya Binti Mhd.Roslan 4 Farabi 0147597040
4. Izz Rizqi Bin Mohd Roslan 4 Farabi 0175746760
5. Izzue Azfar Bin Mohd Junaide 4 Farabi 0133482127
6. Muhammad Aryan Bin Mohamad Arafat 4 Khaldun 0174210527
7. Muhammad Farish Syazwan Bin Fadzil 4 Khaldun 01131336665
8. Muhammad Hariz Danish Bin Hafiz 4 Khaldun 0134570175
9. Putri Indah Raudhah Binti Abdul Rauf 4 Khaldun 0135196051
10. Qasih Nur Zara Sofia Binti Norafendi 4 Khaldun 0108159924

LAMPIRAN 2

SENARAI SEMAK LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Bil Senarai Semak Semakan
Ya Tidak
1. Membuat kertas kerja yang terperinci
2. Surat Permohonan Mengadakan Lawatan Ke Kuala

Kangsar (kepada JPN)
3. Surat Permohonan Mengadakan Lawatan Sambil

Belajar Ke Kuala Kangsar
4. Surat Permohonan Mengadakan Lawatan Ke Muzium

Diraja Kuala Kangsar
5. Surat Pengakuan Kebenaran Ibu Bapa/ Penjaga
6. Surat Permomohon Mengadakan Lawatan Ke Galeri

Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar
7. Surat Memohon Kebenaran Lawatan Sambil Belajar
8. Surat Memohon Mengadakan Lawatan Sambil Belajar

Ke Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar
9. Surat Permohonan Bas
10. Tag nama untuk 30 ahli Persatuan Sejarah yang terlibat
11. Buku Program untuk 36 ahli rombongan
12. Borang pendaftaran dan borang kehadiran peserta
13. Makanan sarapan pagi dan tengah hari
14. Pengangkutan bas
15. Membawa kamera
16. Hadiah cenderahati kepada pihak yang ingin dilawati
17. Sijil penyertaan kepada peserta yang terlibat
18. Membawa peti kecemasan
19. Membawa plastik sampah
20. Membeli insurans kepada peserta sebagai keselamatan

LAMPIRAN 3

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA

Bil NAMA AJK BIDANG TUGAS

• Mengadakan mesyuarat bersama ahli-

ahlijawatankuasa program lawatan.

• Bertanggungjawab dalam menguruskan hal

berkaitan lawatan.

• Memberikan arahan yang tepat dan jelas

kepada jawatankuasa dalam melaksanakan

tugas atau aktiviti.

• Menjadi orang tengah dalam mengemukakan

1. PENGERUSI cadangan atau usul ahli kepada pihak yang

berkenaan.

• Bertanggungjawab menentukan hala

tujulawatan.

• Memberi taklimat lawatan kepada murid-murid

• Memantau segala persiapan dan persediaan

setiap ahli jawatankuasa

• Memastikan perjalanan sebelum, semasa dan

selepas program berjalan lancar

• Membantu pengerusi dalam pelaksanaan

program
2. NAIB PENGERUSI

• Membantu menguruskan bersama dalam hal

ehwal keselamatan

• Membuat surat memohon kebenaran ibu/bapa

murid.

• Memanggil ahli jawatankuasa untuk

bermesyuarat berkaitan dengan lawatan
3. SETIAUSAHA

• Bersama pengerusi menentukan tempat, masa,

Tarikh dan agenda mesyuarat.

• Menyediakan kertas kerja yang diperlukan

untuk program

• Menyediakan dan menyiapkan segala jenis
surat yang diperlukan oleh jawatankuasakerja
untuk perjalanan program

• Merancang tentatif perjalanan program
• Membuat hebahan tentang perjalanan program
• Membuat laporan selepas program dijalankan
• Mendapatkan tajaan dari VIP dan sebagainya
• Mengumpul duit bagi menjayakan lawatan
• Membuat kutipan bayaran daripada peserta

program dan menyerahkan kepada
gurupenasihat.
• Memastikan semua peserta membuat bayaran
4. BENDAHARI
penyertaan dalam tempoh yang ditetapkan.
• Membuat perjalanan akaun program
• Menyimpan segala kutipan wang.
• Membuat penyata Perbelanjaan/ Akaun
Kejohanan.
• Menyimpan semua resit yang berkaitan.
• Menyediakan borang pendaftaran dan
kehadiran peserta
• Menyediakan tag nama untuk peserta pakai
sepanjang program lawatan ini dijalankan
5. AJK PENDAFTARAN • Menyediakan buku program untuk diberi kepada
peserta bagi menambah maklumat tambahan
berkaitan tempat lawatan
• Membuat anggaran perbelanjaan untuk
peralatan yang digunakan
• Menyediakan kamera bagi lawatan ini
6. AJK FOTOGRAFI • Mengambil gambar bagi setiap sesi lawatan dan
semasa program lawatan ini dijalankan

• Menyerahkan gambar-gambar kepada

Setiausaha program bagi membuat laporan

program

• Berhubung atau berjumpa dengan tempat yang

akan di lawati untuk memohon kebenaran

7. AJK PROTOKOL & melawat

PERHUBUNGAN • Menyenaraikan tempat dan nombor telefon

yang mudah dihubungi bagi tujuan melawat di

tempat

• Menyediakan perbelanjaan untuk hadiah dan

cenderamata

• Menguruskan cenderamata yang sesuai untuk

diberi kepada pihak yang dilawati
AJK HADIAH DAN
8. • Memastikan hadiah & cenderamata mencukuoi
CENDERAMATA

bagi setiap lawatan yang mempunyai sesi

bersua muka

• Menyediakan sijil penyertaan kepada peserta

yang terlibat

• Mengawasi keselamatan peserta sepanjang

lawatan berjalan

• Menyediakan peti kecemasan

• Menghubungi pihak bas dengan menetapkan

9. AJK KESELAMATAN tarikh lawatan

& PENGANGKUTAN • Memastikan pihak bas mengandungi permit dan

insurans

• Memastikan semua peserta berada di tempat

duduk yang betul dengan bilangan kerusi yang

tepat

• Menguruskan makan dan minum peserta

sepanjang lawatan
10. AJK MAKANAN

• Menyediakan sarapan pada waktu pagi dan

tengah hari

LAMPIRAN 4

Persatuan Sejarah,
Sekolah Kebangsaan Slim Village,
35800 Slim River,
Perak.
___________________________________________________________________________

Guru Besar, 22 Mei
Sekolah Keangsaan Slim Village,
35800 Slim River,
Perak.
2021

Tuan/Puan,

PERMOHONAN MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA
KANGSAR

Saya bagi pihak Persatuan Sejarah sekolah ini ingin memaklumkan bahawa persatuan kami
bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Kangsar (tempat-tempat
bersejarah) pada 24 Julai 2021, jam 9.30 pagi.

2. Rombongan kami terdiri daripada 30 pelajar dan enam guru pengiring. Tujuan kami
mengadakan lawatan ini untuk mengetahui maklumat tempat-tempat sejarah yang terdapat di
Kuala Kangsar.

3. Oleh itu, saya berharap permohonan ini akan diluluskan oleh pihak tuan.

4. segala kerjasama tuan, saya ucapkan terima kasih.

Sekian, dimaklumkan.

Yang benar.

Shaniah
…………………………………………

(Khoirul Nur Shaniah Binti Noor Azmi)
Setiausaha
Persatuan Sejarah
Sekolah Kebangsaan Slim Village,
35800 Slim River,
Perak.

Pengarah Pendidikan Perak. 25 Mei
Jabatan Pendidikan Negeri Perak,
Jalan Tun Abdul Razak,
30640 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
(u.p: Sektor Pengurusan Sekolah)
2021

Tuan,

MEMOHON MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Sukacitanya perkara diatas adalah dirujuk,

2. Persatuan Sejarah sekolah kami akan mengadakan lawatan sambil belajar bagi ke
tempat-tempat ersejarah di Kuala Kangsar pada 24 Julai 2021. Kuala Kangsar tempat dipilih
kerana pelagai tempat bersejarah disana disamping lokasinya tidak jauh dari lokasi sekolah.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon kebenaran melaksanakan
program sambil belajar ini daripada pihak tuan. Bersama-sama ini dilampirkan kertas kerja
program lawatan tersebut untuk makluman pihak tuan.

4. Antara objektif program ini adalah untuk membuka minda murid disamping menima
ilmu daripada lokasi-lokasi yang dilawati.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

Roslan
………………………………
(Hj Roslan bin Lee)
Sekolah Kebangsaan Slim Village,
35800 Slim River,
Perak.

Roslan Bin Lee
Sekolah Keangsaan Slim Village,
35800 Slim River,
Perak.

Muzium Diraja Kuala Kangsar, 3 Julai
Istana Lama Bukit Chandan,
33000 Kuala Kangsar
Perak
2021

Tuan,

MEMOHON MENGADAKAN LAWATAN KE MUZIUM DIRAJA KUALA
KANGSAR

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pelajar Sekolah Kebangsaan Slim
Village akan mengadakan lawatan ke Muzium Diraja Kuala Kangsar. Lawatan ini akan
diadakan bagi memenuhi aktiviti persatuan pelajar.

2. Lawatan ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 24 Julai 2021

Masa : 3.00 petang

Jumlah Murid : 30 oarang

Jumlah Guru : 6 orang

3. Pihak kami memilih tempat tuan kerana ingin menambah pengetahuan murid-murid.
Ilmu pengetahuan sejarah dapat digunakan dalam mata pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu dan
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaan.

4. Tujuan lawatan ini diadakan kerana ingin memberikan pendedahan kepada para
pelajar. Pelajar diajar dengan aktiviti mencatat, mengambil nota dan menemu bual.

5. Pelajar akan dapat menegtahui tentang sejarah Istana Kenangan serta reka bentuk yang
digunakan. Di saping itu, murid dapat menambah pengalaman masing-masing.

6. Oleh itu, saya berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan dan meluluskan
permohonan kami ini. Kerjasama daripada pihak tuan kami ucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

Roslan
………………………………
(Hj Roslan bin Lee)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Slim Village,
35800 Slim River,
Perak.

Tarikh : 17 Julai 2021

Nama Ibu Bapa/Penjaga :

No Kad Pengenalan :

Alamat :

No. Telefon :

Tuan/Puan,

PENGAKUAN KEBENARAN IBU BAPA/ PENJAGA

Saya seperti nama butiran di atas, Ibu Bapa / Penjaga kepada murid yang bernama seperti
diawah member keenaran anak jagaan saya menyertai aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan.

Nama murid : _______________________________________________
Aktiviti : LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA KANGSAR

Tarikh ( TEMPAT BERSEJARAH)
Masa : 24 Julai 2021
Tempat : 9.30 pagi – 5.30 petang
Yuran : Kuala Kangsar

: RM30.00

2. Sesungguhnya saya mengambil bahawa Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran dan
pihak sekolah akan mengambil langkah keselamatan dalam melaksanakan aktiviti yang
dianjurkan.

3. Saya mengaku tidak akan mengambil searang tindakan undang-undang atau mahkamah
terhadap pengelola atau wakilnya berkaitan dengan kemalangan atau kecederaan yang berlaku
di dalam perjalanan pergi dan balik atau sewaktu mengikuti aktiviti yang dianjurkan.

4. Saya juga member kebenaran kepada pihak sekolah atau pengelola aktiviti untuk
mengambil rawatan kecemasan dan pertolongan perubatan kepada anak jagaan saya jika
diperlukan.

Sekian, terima kasih.

Tandatangan Ibu Bapa / Penjaga

___________________
()

Roslan Bin Lee
Sekolah Keangsaan Slim Village,
35800 Slim River,
Perak.

Galeri Sultan Azlan Shah 3 Julai 2021
Jalan Istana,
Bukit Chandan,
33000 Kuala Kangsar,
Perak.

Tuan,

MEMOHON MENGADAKAN LAWATAN KE GALERI SULTAN AZLAN SHAH

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pelajar Sekolah Kebangsaan Slim
Village ingin mengadakan lawatan di Galeri Sultan Azlan Shah. Lawatan ini akan diadakan bagi
memenuhi aktiviti persatuan pelajar dan dapat meningkatkan lagi pengetahuan sedia ada mereka
melalui pengalaman secara langsung berkaitan tempat yang dilawati.

3. Lawatan ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 24 Julai 2021

Masa : 11.00 pagi

Jumlah Murid : 30 oarang

Jumlah Guru : 6 orang

4. Oleh demikian, pihak sekolah memohon jasa baik pihak tuan dapat mempertimbangkan dan
meluluskan permohonan ini.

5. Segala kerjasama dan perhatian dari pihak tuan dalam perkara ini, diucapkan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah.

Roslan
………………………………
(Hj Roslan bin Lee)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Slim Village

KetuaZonTengah, 3 Julai 2021
Jabatan Warisan Negara,
Galeri Arkeologi Lenggong,
33400 Kota Tampan,
Lenggong,
Perak.

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Adalah dengan segala hormatnya perkata di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Slim Village ingin mengadakan lawatan ke
Galeri Arkeologi Lenggong.lawatan ini bertujuan mengukuhkan semangat patriotisme pelajar terhadap
sejarah peninggalan nenek moyang kita.

3. Butiran lawatan adalah seperti berikut:

Tarikh : 24 Julai 2021

Masa : 9.30 pagi

Jumlah Murid : 30 orang

Jumlah Guru : 6 orang

4. Kami berharap pihak tuan dapat memberikan kebenaran lawatan ke tempat yang dinyatakan.
Sebarang pertanyaan pihak tuan oleh hubungi urus setia di talian 013-4557365 (Puan Amirah binti
Omar). Kerjasama daripada pihak tuan adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,
Roslan

………………………………
(Hj Roslan bin Lee)
Guru Besar
Sekolah Keangsaan Slim Village.

Pengetua, 3 Julai 2021
Madrasah Idrisiah,
Bkt Chandan, Jalan Istana,
33000 Kuala Kangsar,
Perak.

Tuan,

MEMOHON MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MADRASAH IDRISIAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Sejarah Sekolah Kebangsaan Slim Village ingin
memohon kebenaran untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Madrasah Idrisiah.

3. Tujuan lawatan ini adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan murid tentang sejarah
penubuhan Madrasah Idrisiah dan kenali tokoh-tokoh Islam yang lahir dari Madrasah Idrisiah.

4. Lawatan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 24 Julai 2021

Masa : 2.15 petang

Jumlah Murid : 30 orang

Jumlah Guru : 6 orang

5. Oleh demikian, pihak sekolah memohon jasa baik pihak tuan dapat mempertimbangkan
dan meluluskan permohonan ini. Segala kerjasama dan perhatian dari pihak tuan dalam perkara
ini, diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,
Roslan

………………………………
(Hj Roslan bin Lee)
Guru Besar,
Sekolah Keangsaan Slim Village.

Kepada,

Pengetua,
Sekolah Kebangsaan Slim Village,
35800 Slim River,
Perak.

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK KEGUNAAN BAS SEKOLAH

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan, saya Amirah Binti Omar ingin memohon untuk kegunaan bas sekolah
selama SATU hari iaitu pada 24 JULAI 2021 (SABTU) ke KUALA KANGSAR.

3. Tujuan permohonan penggunaan bas sekolah adalah untuk membawa pergi dan pulang
peserta.

Sekian, terima kasih.

Yang benar

Amirah
__________
(Amirah binti Omar)
Guru Pengiring
Sekolah Kebangsaan Slim Village.

LAMPIRAN 5

BUKU PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA KANGSAR
SEKOLAH KEBANGSAAN SLIM VILLAGE

35800 SLIM RIVER, PERAK DARUL RIDZUAN
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA KANGSAR

PERASMIAN OLEH PERSATUAN SEJARAH

HARI: 24 JULAI 2021 (SABTU)
MASA: 8.30 PAGI

TEMPAT: DAERAH KUALA KANGSAR, PERAK

PENGENALAN PROGRAM
Lawatan sambil belajar merupakan pengalaman pendidikan yang berlaku di luar bilik darjah dan

dapat memberi pengetahuan yang diperlukan oleh murid dalam situasi harian mereka. Sehubungan
dengan itu, kemantapan fizikal, mental dan pengukuhan nilai-nilai murni yang diterapkan dapat
membantu perkembangan individu murid-murid. Lawatan ini merupakan salah satu daripada teknik
pengajaran dan pembelajaran (PdP) dimana ia sangat memberi impak mendalam kepada murid-
murid. Belajar melalui pengalaman adalah sangat penting untuk murid. Oleh sebab itu, program
lawatan sambil belajar diadakan untuk murid-murid supaya mereka mendapat pengalaman
daripada lawatan tersebut.

Aktiviti lawatan sambil belajar memberi peluang kepada murid-murid mempraktikkan segala
kemahiran luar yang mereka miliki. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan dapat memberi ruang yang lebih
kepada guru-guru dan murid-murid untuk mendalami ilmu mereka dan menimba seberapa banyak
pengalaman yang mereka dapat. Program ini merupakan satu program yang menarik minat murid
dan amat berguna untuk mengembangkan minda di samping menjadi asas untuk membina
keyakinan diri dalam menghadapi pelbagai situasi. Bagi memenuhi rancangan aktiviti tahunan,
Persatuan Sejarah Sekolah Kebangsaan Slim Village pada tahun ini ialah lawatan sambil belajar ke
Kuala Kangsar, Perak.

OBJEKTIF

● Merealisasikan pengetahuan dalam PdP dengan pengalaman yang sebenar.
● Memberi pendedahan kepada pelajar tentang adab-adab semasa bermusafir.
● Memberi nilai tambah kepada pengetahuan am murid-murid tentang tempat-tempat

bersejarah yang terdapat dalam negeri.
● Menerapkan amalan-amalan nilai murni seperti mencintai alam sekitar, menjaga

kebersihan dan keindahan serta mempunyai rasa tanggungjawab untuk memelihara dan
mengekalkan alam sekitar.
● Menjana idea kreatif dan sikap positif di kalangan ahli Persatuan Sejarah.
● Melihat senibina bangunan-bangunan lama yang menarik dan cantik untuk dijadikan
panduan.

TEMA, TARIKH, HARI & TEMPAT

Tema : Lawatan Menambah Pengetahuan

Tarikh : 24 Julai 2021

Hari : Sabtu

Tempat : 1. Galeri Arkeologi Lembah Lenggong

2. Menara Pavilion Kuala Kangsar

3. Galeri Sultan Azlan Shah

4. Masjid Ubudiyah

5. Istana Iskandariah

6. Madrasah Idrisiah

7. Muzium Di Raja Kuala Kangsar

8. Pusat Pembangunan Kraftangan Labu Sayong

9. Laksa Lembah

10. Masjid Ihsaniah

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Penaung AJK Induk
Pengerusi
Naib Pengerusi Tn Haji Roslan Bin Lee
Setiausaha Pn Amirah Binti Omar
Bendahari Pn Mahsyitah Binti Amiddin
Pn Khoirul Nur Shaniah Binti Noor Azmi
En Sobri Bin Ali

AJK PENDAFTARAN AJK Pelaksana

AJK FOTOGRAFI Puan Amirah Binti Omar
Maliq Quzairy Bin Rosli (Peserta)
AJK PROTOKOL & Melissa Irdina Binti Abdullah (Peserta)
PERHUBUNGAN
Puan Mahsyitah Binti Amiddin
AJK HADIAH DAN Muhammad Fauzan Bin Elyas (Peserta)
CENDERAMATA Nur Ain Binti Azemi (Peserta)

AJK KESELAMATAN & Puan Khoirul Nur Shaniah Binti Noor Azmi
PENGANGKUTAN Muhammad Hariz Danish Bin Hafiz (Peserta)
Putri Indah Raudhah Binti Abdul Rauf (Peserta)
AJK MAKANAN
Encik Sobri Bin Ali
Kamal Fahreen Bin Kamal Azzaynee (Peserta)
Maisarah Binti Mohamad Rodzi (Peserta)

Encik Muhammad Akmalluddin Bin Rahman
Muhammad Atiff Daniel Bin Ramlan (Peserta)
Nur Alia Qistina Binti Azree (Peserta)

Puan Khoirul Nur Shaniah Binti Noor Azmi
Izzue Azfar Bin Mohd Junaide (Peserta)
Qasih Nur Zara Sofia Binti Norafendi (Peserta)

TENTATIF PROGRAM

Waktu Perkara
6.30 am Berkumpul di Sek Keb Slim Village, Slim River
7.00 am Membaca doa dan bergerak ke Kuala Kangsar
7.30 am Sarapan di R&R Sungai Perak
9.30 am Sampai di Galeri Arkeologi Lembah Lenggong
10.30 am Ke Menara Pavillion dan melihat seni bina bangunan MCKK
11.00 am Tiba ke Galeri Sultan Azlan Shah
12.45 pm Bergerak ke Masjid Ubudiyah Kuala Kangsar (Persiapan kendiri,
makan tengah hari)
1.25 pm Solat Zohor di Masjid Ubudiyah
2.00 pm Tiba di Madrasah Idrisiah
3.00 pm Pusing Istana Iskandariyah dan bergerak ke Muzium Diraja, Bukit
Chandan
4.00 pm Sampai di Pusat Pembangunan Kraftangan Labu Sayong
(membeli cenderahati)
4.30 pm Bergerak ke Laksa Lembah (makan cendol,ais kacang dan laksa)
5.15pm Tiba di Masjid Ihsaniah (Solat Asar dan kendiri)
5.45 pm Bergerak pulang ke Sek Keb Slim Village, Slim River
7.00 pm Dijangka tiba ke Sek Keb Slim Village, Slim River

SENARAI GURU PENGIRING

Bil. Nama No KP No Telefon
1. Puan Amirah Binti Omar
2. Puan Mahsyitah Binti Amiddin 940502025874 0134557365
3. Puan Khoirul Nur Shaniah Binti Noor Azmi
4. Encik Sobri Bin Ali 920424085362 01163236440
5. Encik Muhammad Akmalluddin Bin Rahman
6. Encik Ahmad Nazri Bin Ramli 900710085568 0134419468

950614085352 0195276853

921115085398 0142592042

930911146790 0193440251

PENGENALAN TEMPAT LAWATAN

1) GUA ARKEOLOGI LENGGONG

Galeri Arkeologi Lenggong atau dikenali sebagai Galeri Arkeologi Kota Tampan terletak di sebuah kawasan
bekas ladang Kelapa Sawit di Kampung Kota Tampan, Mukim Temelong, Lenggong dan berada dalam Daerah
Hulu Perak iaitu 8 km ke selatan dari Pekan Lenggong dan 2 km dari jalan raya Kuala Kangsar - Grik.
Di antara koleksi menarik yang dipamerkan ialah:-
1. Alat-alat batu zaman Paleolitik di Bukit Jawa, Kg. Temelong, Bukit Bunuh dan Lawin
2. Alat-alat batu bifas dan unifas yang ditemui di Gua Teluk Kelawar, Gua Ngaum, Gua Gunung Runtuh dan
lain-lain tapak di Lembah Lenggong
3. Rangka 'Perak Man' yang berusia 10,000 - 11,000 tahun ditemui di Gua Gunung Runtuh
4. Peralatan yang digunakan untuk Penyelidikan Arkeologi
5. Koleksi barangan masyarakat orang Asli dan perkaitannya dengan kehidupan manusia pra-sejarah
6. Lukisan di Gua-gua dan kajian terhadap tapak arkeologi sezaman dengan Lenggong
7. Alat-alat pengebumian Neolitik Gangsa Gua Harimau seperti Tembikar, Alat Batu, Perhiasan diri, Acuan
dan Kapak Gangsa.

2) MENARA PAVILION KUALA KANGSAR

Dibina pada tahun 1920, menara ini terletak di Jalan Bendahara, Kuala Kangsar. Menara ini telah dibina
berhampiran Kelab Polo Iskandar, dimana bangunan tersebut telah musnah akibat kebakaran pada tahun
1950. Menara ini dahulu digunakan oleh kerabat Diraja Perak dan Residen British untuk menonton
perlawanan bola, polo, ragbi dan perarakan ketenteraan daripada menara yang tertinggi dibangunan
tersebut. Rekabentuk menara ini menampakkan element tradisi warisan Melayu dan Cina.
Pada masa sekarang, menara Pavilion ini tidak lagi digunakan , namun ianya telah dijadikan salah satu tempat
tarikan pelancong yang berkunjung ke Bandar Di Raja Kuala Kangsar.
3) MCKK

KOLEJ Melayu Kuala Kangsar (MCKK) merupakan institusi pendidikan ulung di bandar diraja Perak bukan
sahaja sekolah berasrama penuh pertama negara, bahkan sistem pembelajarannya menjadi model kepada
asas dasar pendidikan negara hari ini.
Dibina di atas tanah kurnia Sultan Perak ke-28, Sultan Idris Murshidul Azam Shah I seluas 16.2 hektar di Jalan
Stesyen, Kuala Kangsar pada tahun 1905, sejarah MCKK banyak dirakam oleh bangunan asal sekolah itu yang
kini dikenali sebagai Big School.
Bangunan yang bercirikan seni bina Greco-Roman itu dirasmikan pada tahun 1909. Lokasinya strategik,
berhampiran Stesen Keretapi Kuala Kangsar dan Bukit Chandan yang menjadi lokasi pusat pemerintahan
Kesultanan Melayu Perak.

4) GALERI SULTAN AZLAN SHAH

Galeri Sultan Azlan Shah dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
pada 9 Disember 2003. Galeri yang tersergam indah ini telah dibaikpulih dari istana lama iaitu Istana Ulu yang
mula dibina pada tahun 1898 dan siap pada tahun 1903. Istana ini pada asalnya pernah menjadi tempat

persemayaman tiga orang Sultan Perak iaitu Almarhum Sultan Idris Murshidul ‘Adzam Shah I, Almarhum
Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah dan Almarhum Sultan Yussuf Izzudin Shah
5) MASJID UBUDIYYAH

Masjid Ubudiah ini telah dibina di Bukit Chandan. Masjid ini telah dinamakan Masjid Iskandariah kerana
ianya dibina berdekatan dengan kawasan Istana Iskandariah. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Diraja.
Masjid ini dibina atas titah perintah Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I (1887-1916) yang merupakan Sultan
Perak yang ke-28.Baginda bernazar untuk membina masjid ini setelah baginda pulih daripada penyakitnya.
Masjid Ubudiah ini juga dibina dengan pengaruh seni bina `Saracenic' (Islam-India). Masjid ini telah direka
bentuk oleh A.B. Hubback, yang merupakan seorang arkitek kerajaan. Kerja-kerja perlaksanaan pula telah
dipertanggungjawabkan kepada Caufield, yang merupakan Ketua Jurutera Negeri Perak pada ketika itu.

6) MADRASAH IDRISIAH

Madrasah Idrisiah ialah sebuah sekolah agama terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Ia mula
dibina pada 1917 dan memulakan operasi pada tahun 1922 (1340 H). Ia dinamakan sempena pengasasnya
iaitu Sultan Idris Murshidul Azzam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar. Sekolah ini
merupakan sekolah menengah agama diraja pertama di negeri Perak. Kedudukannya yang terletak di
kawasan istana raja telah menunjukkan bahawa madrasah ini merupakan sebuah sekolah yang didokongi
oleh sultan, pembesar-pembesar istana dan juga golongan ulama.
7) ISTANA ISKANDARIAH

Inilah Istana rasmi tempat bersemayam Raja-raja Pemerintah yang ditabalkan sebagai Sultan Perak semenjak
pembinaannya siap disempurnakan dalam tahun 1933. Nama Istana Iskandariah ini adalah mengambil
sempena nama Sultan Iskandar Shah (1918-1938) yang bertanggungjawab terhadap pembinaannya.

Kedudukan tapak Istana Iskandariah di Bukit Chandan dan tebing kiri mudik Sungai Perak ialah di atas tapak
lama Istana Negara yang dibina pada tahun 1895 oleh Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I (1887-1916).
Selepas Sultan Iskandar Shah mangkat pada tahun 1938, Sultan Abdul Aziz (1938-1948) Sultan yang ke-31
yang menggantikan Marhum telah bersemayam pula di Istana Iskandariah. Pada tahun 1948, Sultan Yusuf
Izzuddin Shah(1948-1963), Sultan yang ke-32, telah berangkat pindah dari Istana Kota (Istana Hijau) untuk
bersemayam di Istana Iskandariah

8) MASJID IHSANIAH

Masjid Ihsaniah Iskandariah terletak di Kampung Kuala Dal, Padang Rengas. Ia mempunyai jarak kira-kira
15km dengan Kuala Kangsar. Menurut sejarah, Masjid Ihsaniah Iskandariah telah dibina setelah Sultan
Iskandar Shah yang merupakan Sultan Perak yang ke 30 (1918-1938) bernazar untuk membina sebuah masjid
jika anakanda baginda sembuh daripada gering (bahasa istana) ataupun dalam bahasa Malaysianya adalah
sakit.

9) KRAFTANGAN LABU SAYONG

Menurut cerita penduduk setempat di Kuala Kangsar, dipercayai bahawa labu asalnya dibawa ke Sayong oleh
Tuk Kaluk yang datang dari Minangkabau pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar. Tuk Kaluk merupakan
salah seorang yang mempunyai hubungan baik dengan istana pada ketika itu.
Tuk Kaluk telah dianugerahkan tanah oleh sultan di Kampung Kepala Bendang sebagai menghargai
kebolehannya dalam membuat hasil pertukangan seperti pedang, parang, keris dan juga tembikar yang
banyak membantu penduduk setempat dan negeri pada ketika itu.

10) Muzium Di Raja Kuala Kangsar

Istana ini pada keseluruhannya diperbuat daripada kayu dan dikenali juga dengan nama Istana Lembah atau
kadangkala disebut juga Istana Tepas. Letaknya Istana ini berhampiran dengan Istana Iskandariah, iaitu di
sebelah tenggaranya. Istana yang berdinding kelarai dan berbumbung perabung pisang sesikat ini telah
dirancangkan pembinaannya selepas berlaku banjir besar yang melanda Negeri Perak pada tahun 1926.
Tukang yang membuat Istana ini ialah Haji Suffian dan anak-anaknya yang berasal dari Seberang Perai.
Melihat pada pelannya, konsep binaan Istana ini adalah berdasarkan pada bentuk sebilah pedang. Ragam
hias dan seni pertukangannya memperlihatkan keindahan seni pertukangan Melayu Perak.
Apabila siap pembinaanya pada tahun 1931, Almarhum Sultan Iskandar Shah, Sulatn Perak yang ke-30 (1918-
1938) telah berpindah bersemayam di istana tersebut kerana Istana Negara iaitu istana rasmi Sultan Perak
yang terletak di Changkat Negara, Bukit Chandan akan dirobohkan untuk dibina sebuah istana yang baru
(Istana Iskandariah sekarang).
Setelah sempurna pembinaan Istana Iskandariah pada tahun 1933, Sultan Iskandar Shah telah berangkat
pindah pula ke istana tersebut. Istana Lembah atau Istana Tepas ini diduduki pula oleh keluarga di-Raja Perak.

Nama Istana Kenangan ini hanya diberikan pada tahun 1960an setelah ianya diperbaiki semula dengan daya
usaha Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia yang petama.

Sekarang istana ini dijadikan Muzium di-Raja, Perak.

RUMUSAN LAWATAN

Program yang dijalankan ini dapat membantu mengeratkan lagi hubungan antara guru, ibubapa
dan pelajar serta hubungan sesama pelajar. Selain itu, program ini juga memupuk semangat pelajar
untuk bekerjasama, menghormati antara satu sama lain, dan menimba ilmu baru.

Secara keseluruhannya, program yang dirancang ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
Objektif yang dirancang juga telah berjaya dicapai dengan berkat kerjasama daripada semua pihak
yang terlibat. Semoga program-program seterusnya yang bakal dirancang pihak pengurusan SK Slim
Village pada masa-masa akan datang dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan cemerlang dengan
adanya cadangan penambahbaikan kelemahan program yang telah dijalankan ini.


Click to View FlipBook Version