The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fw.fatanah, 2021-04-22 00:09:10

Mesyuarat Agung PIBG 45

Mesyuarat Agung PIBG 45

Mesyuarat

AGUNG PIBG

SMK ABDUL JALIL , HULU LANGAT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KALI KE
ABDUL JALIL,

43100 HULU LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN
http://http://1smaja.blogspot.com/

24 April 2021 / Sabtu
8.00 Pagi

Bilik Ibnu Khaldun

45

TAHUN 2021

Dirasmikan Oleh:

Puan Che Normalis binti Alias

Pengetua SMK Abdul Jalil

BIL. TAJUK MUKA SURAT

1 KATA ALU- ALUAN YDP PIBG

2 KATA ALU-ALUAN PENGETUA

3 ATUR CARA MAJLIS

4 AGENDA MESYUARAT

5 JAWATAN KUASA PIBG SMK ABDUL JALIL SESI 2020/21

6 JAWATAN KUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45

7 NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 45/ 2021

8 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 44 SESI 2020/21

10 REKOD KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 44 SESI
2020/21

11 LAPORAN TAHUNAN PIBG SESI 2020/21

12 REKOD KEHADIRAN AJK KE MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG SESI
2020/2021

13 LAPORAN KEWANGAN PIBG SESI 2019/2020

14 PENGESAHAN AUDIT KEWANGAN PIBG SMKAJ SESI 2020/21

15 ANGGARAN BELANJA MENGURUS (ABM) TAHUN 2021

16 USUL YANG DIKEMUKAKAN UNTUK PEMBENTANGAN

17 PROGRAM YANG MELIBATKAN BAYARAN LEBIH RM30.00

18 SENARAI JAWATANKUASA PIBG SMKAJ SESI 2020/2021

LAMPIRAN

· LAPORAN PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI KURIKULUM 2020

· LAPORAN PENCAPAIAN UNIT KOKURIKULUM 2020

· LAPORAN PROGRAM PENINGKATAN UNIT HAL EHWAL MURID
2020

i

Mesyuarat

AGUNG PIBG

YDP PIBG

Encik Abd Rashid bin Ahmad

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurnia rahmatNya, kita
dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-18. Kehadiran ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi
serta besar ertinya sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini. Saya juga
ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG yang banyak
memberi sumbangan dari segi tenaga dan kewangan membantu pihak sekolah.
Sesungguhnya dengan adanya kerjasama yang erat antara PIBG dan sekolah, saya yakin kita
mampu melonjakkan sekolah ini ke tahap yang cemerlang dan gemilang.
SMK Bukit Rangin sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada
setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan membawa
kebaikan kepada warga sekolah. Kejayaan demi kejayaan telah diterokai oleh warga sekolah
baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semua kejayaan in adalah hasil
kesepaduan muafakat bersama. Suntikan semangat kejayaan ini dan kecemerlangan anak-
anak terletak pada kita semua. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen
daripada semua pihak amat penting untuk memastikan anak-anak menempuh gelombang
perubahan yang sentiasa diduga dengan pelbagai kerenah dan cabaran. Oleh itu,
sumbangan PIBG dari segi material dan sokongan moral merupakan nadi penggerak dalam
semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana telah banyak memberi peranan
dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah ini dalam pelbagai bidang.
Akhir sekali, pada kesempatan yang ada saya ingin merakamkan terima kasih kepada
Jawatankuasa PIBG sesi 2018/2019 dan tidak ketinggalan kepada Jawatankuasa Pelaksana
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-18 ini kerana telah memberi sumbangan bakti yang amat
bermakna kepada sekolah.
Sekian, terima kasih.

1

Mesyuarat

AGUNG PIBG

PENGETUA

Puan Che Normalis binti Alias
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sebagai pembuka kata, marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah kurnia
rahmat-Nya dapat kita berkumpul dan berbincang demi kejayaan anak-anak kita dalam Mesyuarat Agung Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) SMK Abdul Jalil Kali Ke-45. Buat julung-julung kalinya, kita mengadakan Mesyuarat Agung PIBG
pada tahun ini secara atas talian dengan menggunakan aplikasi googlemeet. Syabas dan tahniah diucapkan kepada
semua Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG tahun 2021 atas usaha dan kesungguhan untuk menjayakan
program secara norma baharu ini. Kehadiran para ibu bapa amat dihargai dan sangat besar ertinya kepada pihak sekolah
sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini.

Kita telah sedia maklum, seluruh dunia kini terjejas akibat pandemik Covid-19. Sistem Pendidikan negara turut
menerima tempias dan menghadapi situasi yang mencabar bagi menghadapi kemelut ini. Namun, sebagai sebuah
institusi yang bertanggungjawab membina modal insan dan kemenjadian murid, situasi sebegini tidak mematahkan
semangat kita untuk terus melahirkan insan yang cemerlang dengan sokongan padu daripada PIBG sekolah. Walaupun
pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka ada kalanya tidak dapat dilaksanakan, namun pembelajaran tetap
diteruskan di rumah secara atas talian. Komitmen daripada para guru dan ibu bapa bagi memastikan penglibatan anak-
anak untuk bersama-sama mengikuti kelas secara atas talian amat dihargai.

Pihak sekolah akan terus merancang program-program yang bermanfaat bagi meningkatkan pencapaian dan
kecemerlangan murid dari segi akademik, kokurikulum, pembangunan akhlak dan sahsiah serta kepimpinan pelajar.
Justeru, pemuafakatan antara ibu bapa dan guru wajar diteruskan bagi memastikan kejayaan anak-anak. Kepakaran ibu
bapa dalam pelbagai bidang tertentu amat diperlukan untuk mengoptimumkan kemenjadian murid di sekolah. Pihak
sekolah juga akan sentiasa bersedia untuk menerima teguran, bimbingan, sokongan dan kerjasama daripada pihak JPS,
PPD, PIBG dan masyarakat setempat untuk meningkatkan lagi kecemerlangan sekolah ke tahap yang lebih
membanggakan.

Akhir kalam, sama-samalah kita menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh
keikhlasan. Mudah-mudahan usaha ini diberkati Allah S.W.T. dan menjadi amal soleh yang akan kita kecapi pada
kemudian hari, Insya-Allah.
.

2

Mesyuarat

AGUNG PIBG

24 APRIL 2021 / Sabtu

8.00 pagi : Kehadiran AJK PIBG
8.30 pagi : Pendaftaran
Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
- Bacaan Doa oleh Ust. Abdul Salim bin Awang Ludin
9.00 pagi : Ucapan YDP PIBG SMK Abdul Jalil
11.00 pagi : - Encik Abd Rashid bin Ahmad
Ucapan Pengetua SMK Abdul Jalil (Perasmian)
Puan Che Normalis binti Alias
Persembahan Multimedia
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-45
Bersurai

3

Mesyuarat

AGUNG PIBG

Agenda 1 : Ucapan Yang Dipertua PIBG
Agenda 2 : Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat
Agenda 3 : Agung PIBG Kali Ke - 44
Agenda 4 : Pembentangan dan Penerimaan Laporan Tahunan
Agenda 5 : Aktiviti PIBG 2020
Agenda 6 : Pembentangan Dan Penerimaan Penyata Kewangan
PIBG 2020
Agenda 7 : Pembubaran Jawatan Kuasa PIBG Sesi 2020/2021
Agenda 8 : Pemilihan dan Pelantikan Jawatan Kuasa PIBG Sesi
Agenda 9 : 2021/2022
1. Yang Dipertua PIBG
2. Naib Yang Dipertua PIBG /
3. Setiausaha Kehormat PIBG (Guru)
4. Bendahari Kehormat PIBG (Guru)
5. Ahli Jawatan Kuasa

6 orang (Ibu bapa)
5 orang (Guru)
6. Juru Audit : 2 orang (Guru dan Ibu Bapa)
Perbahasan Usul
Hal-hal Lain
Ucapan Penangguhan

4

Mesyuarat

AGUNG PIBG

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG 2020/2021
SMK ABDUL JALIL, HULU LANGAT , SELANGOR

Yang Dipertua PIBG Encik Abdul Rashid bin Ahmad
Naib yang Dipertua Encik Ahmad Kamal bin Dahlan
Setiausaha Kehormat Puan Hasnida bt Hassan
Naib Setiausaha Cik Nor Aida binti Yusoff
Bendahari Kehormat Puan Nor Hafizah bt Kamri
Naib Bendahari Puan Norulhuda bt Mohammad

Wakil ibu bapa Ahli Jawatankuasa PIBG

Wakil Guru Encik Jumahat bin Yahya
Juruaudit luar Encik Mohd Sukeri bin Abdul Kadir
Juruaudit dalam Encik Mohd Fauzi bin Abdul Kadir
Encik Suhardi bin Md Yunus
Encik Muhamad Azlin bin Md Nor
Pn Rozita binti Abdul Ghani
Pn Zaharah binti Mohd

Encik Mohd Jasmi bin Johari
Puan Norulhuda Binti Mohammad
Puan Siti Ai’syah Binti Saari
Puan Wahida Binti Mustapa @Mustaffa
Puan Rusidah bt Abdul Aziz

Puan Rozilawati bt Halib
Puan Sharifah Norafizah Binti Syed
Zainalabidin

5

Mesyuarat

AGUNG PIBG

JAWATAN KUASA PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45/2021 SMK ABDUL JALIL

PENASIHAT : PUAN CHE NORMALIS BT ALIAS

PENGERUSI : ENCIK ABD RASHID BIN AHMAD

TIMBALAN PENGERUSI : ENCIK JUMAHAT BIN YAHYA

NAIB PENGERUSI 1 : PUAN ZAHANA BINTI HAMZAH

NAIB PENGERUSI 2 : PUAN ZASMARTI BT ABDULLAH NAWANI

NAIB PENGERUSI 3 : PUAN NIK ELIZA RAHAYU BINTI ABDULAH

NAIB PENGERUSI 4 : PUAN RUSILAWATI BINTI MOHAMMAD LAZIM

SETIAUSAHA : PUAN HASNIDA BT HASSAN

NAIB SETIAUSAHA : CIK NOR AIDA BT YUSOFF

BENDAHARI : PUAN NOR HAFIZAH BINTI KAMRI

NAIB BENDAHARI : PUAN NORULHUDA BT MOHAMMAD

JAWATANKUASA KERJA

PENYELARAS: PUAN SALASIAH BINTI ISMAIL - GKMP SAINS DAN MATEMATIK

AJK PIBG: PUAN ROZITA BINTI ABDUL GHANI

Jemputan dan Surat Menyurat: Pendaftaran:

1. Puan Hasnida binti Hassan (SU PIBG) 1. Puan Siti Raihana binti Hamzah (K)

2. Cik Nor Aida binti Yusoff 2. Puan Khairul Nadia Syaqila binti Yahya

Sambutan dan Protokol: Pencatat Minit
1. Puan Wahida binti Mustapa (K) 1. Puan Sumaiyah bt Shafaruddin (K)

2. Puan Rusidah bt Abdul Aziz 2. Puan Wan Fazilah bt Wan Isa

PENYELARAS: PUAN ROSNANI BINTI OMAR (GKMP BAHASA)

AJK PIBG: ENCIK AHMAD KAMAL BIN DAHLAN

Teks Ucapan: Multimedia / Backdrop
1. Puan Suzana bt Long (K) (Pengetua) 1. Puan Mahyuni bt Manan (K)
2. Puan Rosnani binti Mat Yunos (YDP PIBG) 2. Puan Noriati bt A. Rahman

Pegawai Teknikal / Pengerusi Majlis Buku Program
1. Encik Muhd Syahidon bin Hassan 1. Puan Fatanah binti Wahab (K)
2. Puan Lailawaty binti Md Jaafar
Masoud (K)
2. Puan Saffiza binti Saffari

6

Mesyuarat

AGUNG PIBG

PENYELARAS: BUINAH BINTI MIRAN- GKMP TEKNIK & VOKASIONAL

AJK PIBG: PUAN ZAHARAH BINTI MOHD

Sijil Penghargaan Kemasukan Data SSDM

1. Puan Ai’syah binti Saari (K) 1. Puan Siti Nur Zailani binti Razali (K)-T1

2. Puan Sharifah Norafizah bt Syed 2. Cik Siti Shakirah binti Sayadi (T2)
3.Puan Anidah binti Saman @ Othman (T3)
Zainalabidin
4. Puan Nor Rohani binti Junoh (T4)

5. Puan Sharifah bt Mohamed Sultan (T5)

Jurugambar Pengerusi Sementara
1. Cik Ruzaini Binti Ahmad Tajuddin (K) 1. En Mohd Idris bin Othman
2. Encik Ahmad Suffian bin Nawi

PENYELARAS: PUAN HAMIDAH BINTI MAKSOM – GKMP KEMANUSIAAN

AJK PIBG: PUAN ROZILAWATI BINTI HALIB

Persiapan Tempat Alat Siaraya & Teknikal
1. Puan Norulhuda binti Mohammad(K) 1. Encik. Mohd Kusairi bin Md Karim
2. Encik Mohd Jasmi bin Johari

Dokumentasi Bacaan Doa
1. Puan Nazilawati binti Manaf (K) 1. Abdul Salim bin Awang Ludin
2. Puan Nur Jehan binti Mat Yunus

7

Mesyuarat

AGUNG PIBG

Rujukan Kami: SMKAJ 100-13/1/4/( )

Tarikh : 10 APRIL 2021

Kepada,
Semua Ibu Bapa / Penjaga Murid dan Guru SMK Abdul Jalil

Tuan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK ABDUL JALIL KALI KE- 45

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 24 April 2021 (Sabtu)
Masa
Tempat : 8.00 - 11.00 pagi

Kaedah : AJK PIBG - Bilik Ibnu Khaldun
Pautan
Ibu bapa/Penjaga/ - Kediaman Masing-masing

: Google Meet dan You Tube Live

: Akan dimaklumkan dalam Telegram Info Smaja dan Whatsap Kelas sehari sebelum

mesyuarat.

2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
2.1 Ucapan Yang Dipertua PIBG
2.2 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke- 44 Tahun 2020
2.3 Pembentangan dan Penerimaan Laporan Tahunan 2020
2.4 Pembentangan dan Penerimaan Penyata Kewangan Yang Berakhir Pada 31 Disember 2020
2.5 Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021
2.6 Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022
2.6 Perbahasan Usul
2.7 Hal-hal Lain
2.8 Ucapan penangguhan

3. Kebersamaan dan kerjasama daripada Dato’/Datin / Tuan / Puan amatlah diharapkan demi
kecemerlangan anak-anak tuan/puan dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

”PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,

s.k 1. Pendaftar Sekolah-Sekolah Negeri Selangor 8
2. PPD Hulu Langat
3. YDP PIBG
4. Fail Pejabat

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 44 SESI 2020/2021
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL JALIL

Tarikh : 22 Februari 2020 (Sabtu)
Masa
Tempat : 10.00 pagi - 12.45 tengah hari
Hadir
: Dewan Seri Bestari SMK Abdul Jalil
: 512 orang–Rujuk Lampiran
- (Rekod Kehadiran Guru – 129 orang)
- (Rekod Kehadiran Ibu Bapa – 377 orang)

- (Rekod Kehadiran PIBK/KSIB/E SARANA- 6 orang)

1.0 UCAPAN ALUAN
1.1 Encik Abdul Rashid bin Ahmad selaku YDP PIBG 2019/2000 mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih

dan syabas kepada ibu bapa dan guru-guru yang hadir pada Mesyuarat Agung Kali Ke - 44.

1.2 Pn. Che Normalis bt. Alias selaku Pengetua SMK Abdul Jalil memberikan sepatah dua kata dan
mengucapkan terima kasih kepada Encik Abdul Rashid kerana memberikan kerjasama dan banyak
membantu dalam program-program sekolah.

1.3 Pengetua membuat teguran kepada kaum bapa kerana kurangnya sokongan dan komitmen terhadap
program sekolah berbanding kaum ibu.
Tindakan: Makluman

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-43
2.1 Pn. Hasnida binti Hassan selaku Setiausaha Kehormat membentangkan Minit Mesyuarat

Agung Kali Ke - 43 dengan merujuk buku mesyuarat dari halaman 10 -22

Cadangan : Pn. Zasmarti Binti Abdullah Nawani

Sokongan : Tuan Haji Jumahat Bin Yahya

Tindakan: Makluman

9

Mesyuarat

AGUNG PIBG

3.0 MEMBENTANG LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG 2019 / 2020
3.1 Pn. Hasnida binti Hassan selaku Setiausaha Kehormat membentangkan Laporan Aktiviti

Tahunan PIBG 2019 / 2020 dan ahli mesyuarat diminta merujuk halaman 55.
Cadangan : Pn Buinah bt Miran
Sokongan : Pn Zaharah bt Ahmad

Tindakan: Makluman

4.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG
YANG BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2019

4.1 Puan Norhafizah Binti Kamri selaku Bendahari Kehormat membentangkan Laporan Penyata

Kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2019 dan ahli mesyuarat diminta merujuk

halaman 57 hingga 60.

Cadangan : Encik Mohd Safri Bin Omar
Sokongan : Puan Maizatul Amrah binti Jamaludin

5.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT Tindakan: Makluman
5.1 Tiada Tindakan: Makluman

6.0 PEMBENTANGAN USUL
6.1 KURIKULUM

6.1.1 Tuisyen Secara Online

Ibu bapa memohon mengadakan tuisyen secara online di laman sesawang.
Pembawa Usul: En. Muhammad bin Hj. Mohd Rajoli – Anak : Muhaimin ( 2 Teratai )

Pihak sekolah amat menggalakkan murid-murid melayari laman tuisyen secara online tetapi
di bawah pengurusan ibu bapa masing-masing.

10

6.2 HAL EHWAL MURID

6.2.1 Kumpulan Whatsapp

Mewujudkan kumpulan whatsapp kelas supaya sebarang perkara penting dapat disampaikan segera
kepada guru kelas dan ibu bapa terutama mengenai ketidakhadiran pelajar atau maklumat penting
daripada sekolah atau guru kelas.

Pembawa usul: En Mohammad Yarisuni bin Yaacob Anak : Nur Atikah (1 Anggerik)

Pihak sekolah telah mewujudkan telegram Info SMAJA untuk saluran maklumat program sekolah
melalui telegram t.me/infosmaja. Kebanyakan guru juga telah mewujudkan kumpulan whatsapp kelas
masing-masing dan diharapkan ahli kumpulan whatsapp ini memanfaatkannya untuk tujuan yang
berkaitan sahaja.

6.2.2 Penapis Air

Mohon PIBG menyumbangkan penapis air bagi asrama putera dan puteri kerana air yang ada di
dewan makan tidak mampu menampung jumlah murid. Hal ini untuk memastikan kesihatan dan
ketajaman akal fikiran murid sejajar dengan penemuan saintis berkaitan dengan air yang bersih.

Pembawa Usul:En. Suhaizi b Daud Anak : Damia Rafhanah (1 Teratai )
Penapis air tambahan akan diusahakan jika ada sumbangan daripada ibu bapa. Buat masa
sekarang cuma ada satu unit penapis air Coway sahaja.

6.2.3 Mesin Basuh di Asrama

Pihak sekolah perlu menyediakan mesin basuh untuk asrama bagi memudahkan murid asrama
membasuh baju.

Pembawa Usul: Pn Suraya bt Ismail Anak : Muhd Zuhaidil
Hakim (3 Orkid)

Pihak asrama pernah menyediakan perkhidmatan mesin basuh , namun kos penyelenggaraan yang
tinggi menyebabkan perkhidmatan penggunaan mesin basuh dihentikan.

11

Mesyuarat

AGUNG PIBG

6.2.4 Perawat Air
Mohon memasang perawat air bagi kegunaan warga sekolah sebagai galakan minum air bersih
tanpa perisa dan pewarna bagi meningkatkan daya ketahanan diri.
Pembawa Usul: Pn Zuraifah bt Zaini
Anak: Muhammad Haziq bin Afzanizam (3 Cempaka)
Mesin perawat air telah pun disediakan hasil sumbangan guru dan ibu bapa sejak 2018. Jika
ada sumbangan daripada ibu bapa sangat dialu-alukan.

6.2.5 Penguatkuasaan peraturan sekolah:
a) Perketatkan Peraturan Sekolah
Mengetatkan undang-undang kepada murid yang menyalahi peraturan sekolah. Hal ini
kerana tindakan sambil lewa membawa kepada keburukan imej sekolah
“MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT”.
Pembawa Usul: En Nasaruddin bin M. Delmi
Anak : Alie Nasyuraziah (5 Efektif)
Penguatkuasaan undang-undang memang sentiasa diberi perhatian oleh pihak sekolah.
Namun, tindakan disiplin perlu mengikut SOP melalui SSDM.

b) Anugerah Kelas:
Kelas yang mempunyai sampah yang banyak layak diberi anugerah. Hal ini kerana murid
akan berusaha untuk mencari sampah sebanyak mungkin bagi dicatatkan markah untuk
kelas mereka. Secara tidak langsung, murid berjaya membersihkan kawasan sekolah.
Anugerah Sekolah Indah memang telah dilaksanakan di peringkat sekolah.

c) Budaya Salam:
Budaya memberi salam sambil tunduk perlulah diterapkan dalam diri pelajar kini.
Budaya tersebut telah pun diperkenalkan kepada semua murid semasa awal tahun dan
memerlukan sokongan daripada ibu bapa untuk mempraktikkannya .

12

d) Penegasan Penjagaan Tandas Sekolah:
Penegasan dalam penjagaan tandas yang sedia ada. Disarankan murid yang datang lewat,
menyalahi peraturan sekolah, tidak membawa buku ke sekolah ditugaskan untuk membuat
kerja- kerja membersihkan tandas.
Tindakan disiplin / dendaan yang dilaksanakan adalah mengikut SOP KPM. Kerja
membersihkan tandas tidak dibenarkan.

6.2.6 Penekanan Terhadap Cita-Cita Murid
a) Memberi penekanan terhadap cita- cita murid dalam bidang ekonomi, sosial, sukan dan
kemahiran.
b) Subjek- subjek yang berkaitan dengan cita- cita murid yang perlu dikuasai.
c) Memberi sokongan moral yang serius terhadap murid tentang cita- cita mereka.
Pembawa Usul: En M. Najib bin Zamri
Anak : Nursyahadelaila (2 Cempaka)
Pihak sekolah telah merancang program-program yang berkaitan kerjaya dan
kecemerlangan untuk murid-murid. Pada masa yang sama, murid-murid digalakkan untuk
sentiasa berbincang dengan kaunselor bagi tujuan perkara berkenaan.

6.3 KOKURIKULUM
6.3.1 Had Masa Kokurikulum
Mengehadkan masa waktu aktiviti kokurikulum selama 2 jam.
Pembawa usul: En Abdillah bin Marasah
Anak : Nur Fifiyana Ain (5 Progresif )
Peruntukan masa untuk aktiviti kokurikulum telah ditetapkan oleh KPM. Sila rujuk Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil 2/2007

13

Mesyuarat

AGUNG PIBG

6.3.2 Aktiviti untuk Dana PIBG

Mengadakan free market atau car boot sale untuk mengutip dana PIBG.

Pembawa Usul: En Andriny bin Rusman

Anak : Sharifah Hana (2 Bestari )

Cadangan ini mungkin akan dijadikan salah satu aktiviti daripada ibu bapa bagi Karnival
Keusahawanan dan Gala D’SMAJA pada hari Sabtu, 13 Jun 2020 nanti..

Tindakan : Makluman

6.4 PEMBANGUNAN FIZIKAL

6.4.1 Tangga

a) Membaiki tangga.

Pembawa Usul: Pn Jamaliah bt Shafiei

Anak : Nuur Ashikin (1 Teratai)

Tangga Blok F tidak mengikut spesifikasi . ada tinggi dan rendah.

Aircond:

b) Memasang aircond di dalam dewan.

Boleh dilaksanakan jika ada peruntukan melalui program/projek PIBG

6.4.2 Atap Kabin

Membetulkan atap kabin di kelas 5 Dinamik kerana mengganggu murid-murid kelas tersebut
belajar.

Pembawa Usul: En Suhaizi bin Daud

Anak: Damia Rafhanah (1 Teratai)

Telah dilaksanakan mulai Februari 2020 dan telah siap. Kabin telah pun dicat baharu.

(Peruntukan ADUN: Atap siling dan lantai )

14

6.4.3 Peruntukan Mengecat

Keadaan bangunan sekolah semakin kusam. Mohon diajukan permohonan kepada pihak
Kementerian Pendidikan untuk pengecatan semula. Pintu pagar utama tepi jalan perlu dibuka ketika
hari hujan

Pembawa Usul: En Hishamudin bin Hashim

Anak : Muhamad Aidil Zahfran (1 Melati)

Sudah dilaksanakan secara berperingkat.iaitu :Pagar depan, Blok D dan E

(Sumber : Sumbangan / Tajaan)

6.4.4 Pendingin hawa:

Meletakkan pendingin hawa di setiap kelas agar murid lebih selesa.

Pembawa Usul: Pn Razmanozie bt Abd Razak Anak : Nur Veena Natasha ( 1 Orkid)

Tidak dapat dilaksanakan dalam waktu terdekat. Keutamaan sekolah adalah untuk baik pulih dan
menyediakan keperluan asas.

6.4.5 a) Laluan Lalu lintas

Memperbaiki / menaik taraf laluan lintasan jalan raya dari perhentian bas ke arah pintu masuk
sekolah ( tapak perhimpunan).

b) Papan Tanda

Menambah papan tanda had kelajuan zebra crossing dan speed braking serta garisan kuning hingga
ke pintu masuk utama.

Pembawa Usul: Pn. Rozaida bt Hashim

Anak : Nur Aqilah Syazwani (1 Orkid)

Dipanjangkan kepada pihak JKR dan MPKJ. Lampu isyarat telah pun berfungsi.

6.4.6 Paip
Memperbaiki sistem paip
Pembawa Usul: En Mat Isa bin Ali

Anak : Nurul Nabilah ( 5 Efektif )

Pihak sekolah sentiasa membuat kerja-kerja baik pulih dari semasa ke semasa.

15

Mesyuarat

AGUNG PIBG

6.4.7 Membaiki Tandas

Memperbaiki tandas supaya murid selesa untuk menggunakannya.

Pembawa Usul: Pn Siti Noor bt Kamarudin Anak : Siti Rodiyah (5 Efektif )

Mohon ahli mesyuarat supaya meluluskan usul sumbangan RM10 setiap keluarga untuk
penyelenggaraan kamar segar.

Tindakan : Makluman

6.5 PERDANA

6.5.1 Sumbangan PIBG

Memohon ahli bersetuju dan memperakukan supaya mengekalkan sumbangan PIBG sebanyak
RM50.00 satu keluarga.

Sumbangan PIBG RM50.00 satu keluarga sebagaimana kelulusan Jabatan Pelajaran Selangor.

6.5.2 Sumbangan Kertas A4

Memohon ahli bersetuju dan memperakukan supaya satu keluarga menyumbangkan satu rim kertas
A4 untuk program akademik sekolah.

6.5.3 Sumbangan Program Kecemerlangan Akademik (PROCAD)
Memohon ahli bersetuju dan memperakukan supaya sumbangan PROCAD sebanyak RM30.00 bagi
setiap pelajar PT3 dan RM50.00 bagi setiap pelajar SPM.

6.5.4 Kutipan untuk Aktiviti Sekolah

Memohon ahli bersetuju dan memperakukan supaya kutipan daripada murid yang kurang daripada
RM30.00 untuk sebarang aktiviti sekolah tidak perlu dibentangkan dalam Mesyuarat Agung untuk
kelulusan.

6.5.5 Kos Pelaksanaan Aktiviti

Memohon ahli bersetuju dan memperakukan kutipan daripada murid untuk menampung kos
pelaksanaan aktiviti sekolah seperti yang dilampirkan dalam Permohonan Kelulusan Wang Murid

6.5.6 Pemakaian Baju Pada Hari Jumaat

Memohon ahli bersetuju dan memperakukan peraturan pemakaian Baju Melayu dan sampin bagi
murid-murid lelaki Islam manakala Kain Batik Sekolah pula bagi murid perempuan pada setiap hari
Jumaat.

16

6.5.7 Peraturan Disiplin
6.5.8 Memohon ahli bersetuju untuk menyokong penguatkuasaan Peraturan Disiplin Sekolah bagi
menangani masalah disiplin murid.

Kutipan bayaran tambahan Murid Bukan Warganegara

Memohon ahli bersetuju dan memperakukan kutipan Bayaran Tambahan Persekolahan bagi murid
bukan warganegara 2020 seperti ketetapan berikut:-

Kokurikulum : RM 6.00

Kertas Ujian Dalaman : RM 10.00

Sukan Tahunan Sekolah : RM 6.00

Kegiatan Pendidikan Islam atau Moral : RM 6.00

Yuran MSSM : RM 4.00

Insuran Takaful : RM 1.50

JUMLAH RM 33.50

6.5.9 Sumbangan Menaik Taraf Kamar Segar
6.6.10 Memohon ahli bersetuju dan memperakukan sumbangan sebanyak RM10 setahun bagi setiap
6.6.11 keluarga untuk mengekalkan kebersihan dan menaik taraf Kamar Segar (tandas).

Program Karnival Keusahawanan dan Gala D’SMAJA
Memohon ahli bersetuju dan memperakukan usaha penambahan dana kewangan PIBG bagi
memperkasakan Kokurikulum SMAJA melalui pelaksanaan Program Karnival Keusahawanan
dan Gala D’SMAJA yang dicadangkan pada 13 Jun 2020.

Kutipan untuk Aktiviti Luar

Memohon ahli bersetuju dan memperakukan supaya kutipan daripada murid untuk sebarang
aktiviti anjuran KPM, PPD, Badan Berkanun dan bukan Berkanun yang tiada dalam takwim.

7.0 PEMBUBARAN EXCO PIBG SESI 2019 / 2020

7.1 Encik Abdul Rashid bin Ahmad mengumumkan pembubaran AJK bagi sesi 2019 / 2020. Beliau juga
memohon ampun dan maaf bagi pihak AJK jika terdapat kekurangan selama memegang jawatan tersebut.

Tindakan :Makluman

17

Mesyuarat

AGUNG PIBG

8.0 PERLANTIKAN EXCO PIBG SESI 2020 / 2021
8.1 Mesyuarat sebulat suara telah bersetuju melantik EXCO PIBG Sesi 2020 / 2021 seperti berikut:-

Yang Dipertua PIBG : Encik Abdul Rashid bin Ahmad
Naib yang Dipertua : Tuan Haji Jumahat bin Yahya
Setiausaha Kehormat : Puan Hasnida binti Hassan
Naib Setiausaha : Cik Nor Aida binti Yusoff
Bendahari Kehormat : Puan Nor Hafizah Binti Kamri
Naib Bendahari : Puan Norulhuda Binti Mohammad
AJK (Wakil ibu bapa) : Puan Rozita Binti Ab. Ghani

AJK (Wakil guru) Puan Zaharah Binti Mohd
Encik Suhardi bin Md Yunos
Juruaudit Luar Encik Mohd Azlin Bin Md. Nor
Juruaudit Dalaman Encik Sukeri Bin Abd Kadir
Encik Fauzi Bin Abd. Kadir
: Encik Mohd Jasmi bin Johari
Puan Siti Ai’syah Binti Saari
Puan Wahida Binti Mustapa @ Mustaffa
Puan Rusidah Binti Abdul Aziz
: Puan Rozilawati binti Halib
: Puan Sharifah Norafizah Binti Syed Zainalabidin

Tindakan : Makluman

18

19

Mesyuarat

AGUNG PIBG

20

21

Mesyuarat

AGUNG PIBG

22

23

Mesyuarat

AGUNG PIBG

24

25

Mesyuarat

AGUNG PIBG

26

27

Mesyuarat

AGUNG PIBG

28

29

Mesyuarat

AGUNG PIBG

30

31

Mesyuarat

AGUNG PIBG

32

33

Mesyuarat

AGUNG PIBG

34

35

Mesyuarat

AGUNG PIBG

36

37

Mesyuarat

AGUNG PIBG

38

39

Mesyuarat

AGUNG PIBG

40

41

Mesyuarat

AGUNG PIBG

42

43

Mesyuarat

AGUNG PIBG

44

45

Mesyuarat

AGUNG PIBG

46

47

Mesyuarat

AGUNG PIBG

48


Click to View FlipBook Version