The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINGGU 2
UNIT 1: Institusi Raja Payung Negara

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KRS1, 2021-01-25 10:10:53

MODUL SEJARAH TAHUN 5

MINGGU 2
UNIT 1: Institusi Raja Payung Negara

Keywords: institusi raja,sultan,raja,malaysia,Kerajaan melayu awal,sejarahtahun5

SK PEKAN TELUPID

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DARI RUMAH (PDPR)

MODUL SEJARAH
TAHUN 5

UNIT 1: INSTITUSI RAJA PAYUNG NEGARA

NAMA MURID : ………………………………………....
KELAS : …………………………………………
NAMA GURU : …………………………………………

Pendahuluan
Kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah telah dijajarkan bagi memenuhi
keperluan pembelajaran murid yang terkesan lanjutan daripada Perintah Kawalan
Pergerakan ( PKP) yang dikuatkuasakan akibat penularan koronavirus ( COVID-19).
Arahan PKP telah membawa norma baharu dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran ( PdP) secara maya. Oleh itu, penjajaran kurikulum ini merupakan
usaha Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memastikan kelangsungan
pembelajaran murid berlaku. Oleh itu, modul ini dibina sebagai salah satu usaha
agar murid dapat melaksanakan pembelajaran di rumah dengan lebih lancar dan
teratur di samping mendapat bimbingan daripada ibu bapa.

Peranan Guru
Oleh kerana ketika ini PKPB dilaksanakan dan PdPR juga turut dilaksanakan agar
murid-murid tidak ketinggalan dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian,
guru-guru telah menyediakan modul pembelajaran bagi semua mata pelajaran
agar murid dapat belajar di rumah. Modul yang disediakan ini berdasarkan DSKP
semakan 2017 dan juga berdasarkan buku teks sekolah. Penerangan berbentuk
nota dan juga arahan disediakan dalam modul tersebut.

Peranan Ibu Bapa
Apabila modul tersebut dikirimkan melalui aplikasiWhatsapp ke dalam kumpulan
kelas masing - masing, maka ibu bapa memainkan peranan untuk memuat turun
modul tersebut untuk disiapkan oleh murid-murid. Sekiranya murid kurang
memahami arahan tersebut, maka ibu bapa memainkan peranan untuk
menjelaskan penerangan tersebut kepada anak-anak mereka. Sekiranya ibu bapa
tidak dapat menjelaskannya kepada anak-anak, maka ibu bapa boleh
menghantar pesanan ringkas kepada guru untuk mendapatkan penerangan yang
lebih jelas.

Peranan Murid
Murid-murid perlu menyiapkan setiap tugasan yang terdapat dalam modul yang
dikirimkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Tugasan tersebut haruslah
dihantar kepada guru setelah kembali ke sekolah. Setiap tugasan yang
diselesaikan akan dibuat penilaian.

REKOD PENGAJARAN

TARIKH 26 JAN 2021
1 minggu
TEMPOH
PELAKSANAAN 6.1 Institusi Raja

STANDARD 6.1.1 Menyatakan pengertian raja dan kerajaan.
KANDUNGAN 6.1.2
Menerangkan konsep waadat antara raja dengan
STANDARD 6.1.3 rakyat.
PEMBELAJARAN Menjelaskan makna daulat dan derhaka.

TAHAP TP1-TP4: Menyatakan, menerangkan, menjelaskan,

PENGUASAAN menganalisis institusi raja sebagai warisan negara.

KRITERIA Murid dapat
KEJAYAAN a. Menyatakan maksud raja dan kerajaan.

b. Menyatakan konsep waadat antara raja dengan rakyat.

c. Menyatakan maksud daulat dan derhaka.

AKTIVITI MURID 1. Murid menerima modul.
2. Murid memahami nota yang disediakan.
3. Murid boleh bertanya kepada guru sekiranya nota tidak

dapat difahami.
4. Murid menjawab soalan yang terdapat dalam modul ini.
5. Murid menghantar jawapan kepada guru melalui Whatsapp.

BAHAN BANTU Modul, Telefon Pintar, Mesin pencetak (sekiranya ada)
BELAJAR

Sumber rujukan: Buku Teks Sejarah Tahun 5 KSSR Semakan 2017

INSTITUSI RAJA PAYUNG NEGARA

Raja-raja Melayu bersama-sama dengan pembesar Melayu dan pegawai British di
Persidangan Raja-raja Melayu (Durbar) yang pertama di Kuala Kangsar pada
tahun 1897.
(Sumber: Arkib Negara)
INSTITUSI RAJA
• Diasaskan pada zaman Kerajaan Melayu awal sebagai asas pentadbiran.
• Kedudukan raja terletak pada hierarki teratas dalam sistem pemerintahan
Kerajaan Melayu Awal.
• Raja atau Sultan ialah ketua negeri yang mentadbir rakyat dan kerajaan.

Raja/ Sultan
Pembesar

Rakyat
Hamba

Hierarki Sistem Pemerintahan Kerajaan Melayu Awal

Sistem Pemerintahan Masa Kini

• Pada masa kini, institusi raja terus diwarisi dan menjadi simbol warisan negara.
• Institusi raja adalah asas kepada pembentukan negara.
• Raja atau Sultan berperanan sebagai Ketua Negeri bagi memastikan

keamanan dan keharmonian dalam negeri sentiasa terjamin.
• Tidak semua negeri di Malaysia mempunyai institusi raja. Lihat jadual di

bawah:

Negeri Gelaran Ketua Negeri
Perlis Raja
Kedah Sultan
Sultan
Perak Sultan
Kelantan Sultan
Terengganu Sultan
Selangor Sultan
Pahang Sultan

Johor Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan Yang di-Pertua Negeri
Pulau Pinang Yang di-Pertua Negeri
Sarawak Yang di-Pertua Negeri
Sabah
Yang di-Pertuan Agong
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan
Putrajaya

Sumber rujukan: Buku Teks Sejarah Tahun 5 KSSR Semakan 2017

KONSEP WAADAT, BERDAULAT DAN DERHAKA

Apabila negara merdeka, konsep waadat dimaktubkan dalam prinsip kedua Rukun
Negara, iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Waadat atau Waad – Bermaksud perjanjian taat setia

Melalui waadat, lahirlah konsep daulat dan derhaka.

Waadat Daulat
Perjanjian taat setia
Lambang kekuasaaan
tertinggi raja atau sultan
terhadap kerajaannya. Raja
atau sultan yang berdaulat
mempunyai kewibawaan,
sifat peribadi yang unggul
dan kebijaksanaan tinggi

untuk memerintah.

Derhaka

Bermaksud keingkaran rakyat
terhadap titah dan perintah
raja atau sultan. Rakyat yang
menderhaka akan dikenakan

hukuman setimpal.

Sumber rujukan: Buku Teks Sejarah Tahun 5 KSSR Semakan 2017

LATIHAN

A. Jawab BETUL atau SALAH.

1. Raja atau sultan merupakan pemerintah tertinggi bagi sesebuah
Kerajaan berdaulat.

2. Perlis mengekalkan gelaran Raja sebagai pemerintah.
3. Yang di-Pertua Negeri adalah ketua bagi Negeri Sembilan.
4. Institusi raja hanya digunakan dalam pemerintahan Kerajaan

Melayu Awal.
5. Kita haruslah mentaati raja atau sultan agar kita dikenali ramai.
6. Negeri Kelantan mengamalkan institusi raja.
7. Waadat bermaksud kekuasaan tertinggi.
8. Yang di-Pertuan Agong mengetuai wilayah-wilayah persekutuan

di Malaysia.

B. Jawab soalan berikut.

1. Nyatakan maksud waadat.
…………………………………………………………………………………………………

2. Nyatakan maksud daulat.
…………………………………………………………………………………………………

3. Senaraikan 3 negeri yang mempunyai Sultan.
i. ………………………..
ii. ………………………..
iii. ………………………..


Click to View FlipBook Version