SK PEKAN TELUPID
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DARI
RUMAH (PDPR)
MODUL
PENDIDIKAN KESIHATAN
TAHUN 6
UNIT 1: SALAH SIAPA?
Standard Pembelajaran:
Memahami situasi yang mendorong kepada tingkah laku seksual dan
cara menanganinya.
Nama Murid : ...............................................
Kelas : ...............................................
Nama Guru : ...............................................
PENGENALAN
Modul ini adalah berpandukan kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) semakan 2017
Pendidikan Jasmani yang telah dijajarkan dan disusun semula berdasarkan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR. Kandungan DSKP yang telah dijajarkan ini dibahagikan kepada
Kandungan Asas, Kandungan Tambahan dan Kandungan Pelengkap.
Modul ini dibina agar murid dapat melaksanakan pembelajaran di rumah dengan lebih lancar dan
teratur di samping mendapat bimbingan daripada ibu bapa atau penjaga.
PERANAN GURU
1. Merancang aktiviti atau bahan pembelajaran yang bersesuaian untuk murid belajar di rumah.
2. Melaksanakan PdP dengan menggunakan kemudahan sedia ada dan kaedah yang sesuai.
3. Menggalakkan penglibatan ibu bapa atau penjaga untuk membantu serta membimbing
pembelajaran anak di rumah.
PERANAN IBU BAPA / PENJAGA
1. Ibu bapa / penjaga perlu membimbing dan menjelaskan penerangan kepada anak-anak dalam
pembelajaran semasa di rumah.
2. Sekiranya ibu bapa / penjaga tidak dapat menjelaskan kepada anak-anak, maka boleh
menghantar pesanan ringkas kepada guru untuk memberikan penerangan yang lebih jelas.
3. Ibu bapa perlu tandatangan pada hujung modul pembelajaran setelah anak-anak telah selesai
menyiapkan modul ini sebagai bukti anak-anak mengikuti pembelajaran di rumah.
PERANAN MURID
1. Murid perlu menyiapkan setiap tugasan yang terdapat dalam modul mengikut masa yang
ditetapkan.
2. Tugasan harus dihantar kepada guru setelah kembali ke sekolah untuk penilaian.
REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
TARIKH 4 FEBRUARI 2021
MASA 10.15 - 11.15 pagi
STANDARD KANDUNGAN 1.2 Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk
menangani pengaruh dalaman serta luaran yang
STANDARD mempengaruhi kesihatan diri dan kesihatan.
PEMBELAJARAN
TAHAP PENGUASAAN 1.2.1 Memahami situasi yang mendorong kepada tingkah
laku seksual dan cara menanganinya
TP1: Menerangkan maksud tingkah laku seksual.
TP2: Menerangkan contoh situasi yang mendorong
kepada tingkah laku seksual.
TP3: Menjelaskan dengan contoh tingkah laku seksual.
KRITERIA KEJAYAAN TP4: Memilih cara untuk tidak melakukan tingkah
laku sesual.
1. Menyatakan maksud tingkah laku seksual.
2. Menyatakan contoh tingkah laku seksual.
3. Menyatakan kesan tingkah laku seksual.
AKTIVITI MURID 1. Murid menerima modul.
2. Murid memahami nota yang disediakan.
3. Murid boleh bertanya kepada guru sekiranya nota
tidak dapat difahami.
4. Murid menjawab soalan yang terdapat dalam
modul ini.
5. Murid menghantar jawapan yang JELAS dan
MUDAH DISEMAK kepada guru melalui
Whatsapp.
TINGKAH LAKU SEKSUAL
Definisi:
Sebarang perlakuan individu yang mendorong
kepada isu seksual.
CONTOH TINGKAH LAKU KESAN TINGKAH LAKU SEKSUAL
SEKSUAL
• Menjejaskan maruah diri
• Menonton video lucah dan keluarga
• Membaca bahan lucah
• Mengalami ketagihan
• Pergaulan bebas antara seks
lelaki dengan perempuan
• Tercicir dalam pelajaran
• Mengamalkan seks bebas • Tidak dihormati
• Melakukan gangguan masyarakat
seksual terhadap individu
yang berlainan jantina • Penyebaran penyakit
berjangkit
Tingkah laku seksual
RISIKO TINGKAH LAKU SEKSUAL CARA MENANGANI TINGKAH
LAKU SEKSUAL
• Jangkitan penyakit
seksual (Sifilis, Gonorea, • Mengikuti kempen hidup
Herpes simpleks, dan sihat
Ketuat)
• Tidak terpengaruh oleh
• Jangkitan virus HIV ajakan rakan untuk
• Penyakit AIDS melakukan tingkah laku
seksual
• Kehamilan
• Mengamalkan gaya hidup
• Ketagihan seksual sihat
• Menjaga batasan pergaulan
Latihan Minggu 3
Arahan: Tulis dan jawab soalan ini. Kemudian hantar kepada guru anda.
1. Berikan dua contoh tingkah laku seksual.
a. …………………………………………………………………………
b. …………………………………………………………………………
2. Nyatakan dua risiko tingkah laku seksual.
a. …………………………………………………………………………
b. …………………………………………………………………………
3. Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan seseorang
individu terlibat dengan tingkah laku seskual?
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
4. Berikan satu cara menangani tingkah laku seksual.
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
- Modul tamat -