SK PEKAN TELUPID
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DARI
RUMAH (PDPR)
MODUL
PENDIDIKAN KESIHATAN
TAHUN 5
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
Standard Pembelajaran:
Mengaplikasikan kemahiran mengira kitaran haid
Nama Murid : ...............................................
Kelas : ...............................................
Nama Guru : ...............................................
PENGENALAN
Modul ini adalah berpandukan kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) semakan 2017 Pendidikan Jasmani yang telah dijajarkan dan disusun semula
berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR. Kandungan
DSKP yang telah dijajarkan ini dibahagikan kepada Kandungan Asas, Kandungan
Tambahan dan Kandungan Pelengkap.
Modul ini dibina agar murid dapat melaksanakan pembelajaran di rumah dengan
lebih lancar dan teratur di samping mendapat bimbingan daripada ibu bapa atau
penjaga.
PERANAN GURU
1. Merancang aktiviti atau bahan pembelajaran yang bersesuaian untuk murid
belajar di rumah.
2. Melaksanakan PdP dengan menggunakan kemudahan sedia ada dan
kaedah yang sesuai.
3. Menggalakkan penglibatan ibu bapa atau penjaga untuk membantu serta
membimbing pembelajaran anak di rumah.
PERANAN IBU BAPA / PENJAGA
1. Ibu bapa / penjaga perlu membimbing dan menjelaskan penerangan
kepada anak-anak dalam pembelajaran semasa di rumah.
2. Sekiranya ibu bapa / penjaga tidak dapat menjelaskan kepada anak-anak,
maka boleh menghantar pesanan ringkas kepada guru untuk memberikan
penerangan yang lebih jelas.
3. Ibu bapa perlu tandatangan pada hujung modul pembelajaran setelah anak-
anak telah selesai menyiapkan modul ini sebagai bukti anak-anak mengikuti
pembelajaran di rumah.
PERANAN MURID
1. Murid perlu menyiapkan setiap tugasan yang terdapat dalam modul mengikut
masa yang ditetapkan.
2. Tugasan harus dihantar kepada guru setelah kembali ke sekolah untuk
penilaian.
REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
TARIKH 4 FEBRUARI 2021
MASA 10.15 - 11.15 pagi
STANDARD KANDUNGAN 1.1 Kemahiran membuat keputusan dalam konteks
kesihatan diri dan reproduktif
STANDARD PEMBELAJARAN 1.1.3 Mengaplikasikan kemahiran mengira
kitaran haid.
TAHAP PENGUASAAN TP3: Mengaplikasikan kemahiran mengira
kitaran haid.
KRITERIA KEJAYAAN 1. Menerangkan kitaran haid.
AKTIVITI MURID 1. Murid menerima modul.
2. Murid memahami nota yang disediakan.
3. Murid boleh bertanya kepada guru sekiranya
nota tidak dapat difahami.
4. Murid menjawab soalan yang terdapat dalam
modul ini.
5. Murid menghantar jawapan yang JELAS dan
MUDAH DISEMAK kepada guru melalui
Whatsapp.
KITARAN HAID
Kitaran haid ialah tempoh berlakunya haid yang
pertama hingga haid yang seterusnya.
Kitaran ini dikira bermula hari pertama kedatangan
haid hingga hari pertama kedatangan haid yang
seterusnya.
Lihat contoh di bawah:
• Kitaran haid Mona ialah 28
hari.
• Hari pertama – Mula
mengalami haid
• Biasanya, haid akan berlaku
selama lebih kurang lima ke
tujuh hari.
• Mona akan memasuki fasa
pembaikan, fasa subur dan
akhirnya fasa prahaid.
• Ketiga-tiga fasa tersebut
berlaku lebih kurang 21 hari.
• Kemudian, kitaran akan
bermula sekali lagi.
Tempoh kitaran haid bagi seseorang adalah
berbeza-beza. Secara purata, kitaran haid akan
berlaku selama 28 hari.
KEPENTINGAN MENGIRA KITARAN HAID
1. Mengesan masalah kesihatan dan dapat merujuk doktor sekiranya
(a) Kitaran haid terlalu cepat atau lambat dari tempoh
kebiasaan.
(b) Tempoh kedatangan haid melebihi 15 hari.
(c) Haid tidak berlaku.
2. Dapat merancang kehamilan selepas perkahwinan.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Kitaran Haid, anda boleh rujuk:
Buku Teks:
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5 Semakan 2017 (Muka
Surat 76-77)
Video:
https://www.youtube.com/watch?v=a4rab1z1ygg&feature=emb_title
Latihan Minggu 3
Arahan: Tulis dan jawab soalan ini. Kemudian hantar kepada guru anda.
1. Tulis fasa-fasa dalam kitaran haid dengan urutan yang betul.
i. ………………………………………..
ii. ………………………………………..
iii. ………………………………………..
iv. ………………………………………..
2. Bagaimanakah kitaran haid dikira?
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
3. Kitaran haid Mona berlaku selama 28 hari. Hari pertama haid Mona adalah
pada 15 Mac. Berdasarkan kalendar, bilakah hari pertama kitaran haid
Mona untuk bulan April?
Hari
pertama
haid
Jawapan: ...... April 2021
- Modul Tamat -