SK PEKAN TELUPID
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DARI
RUMAH (PDPR)
MODUL 3 MATEMATIK
TAHUN 6
1-5 Februari 2021
TAJUK: NOMBOR DAN OPERASI
STANDARD PEMBELAJARAN 3
Menukar nombor dalam perpuluhan juta kepada
nombor bulat dan sebaliknya
NAMA MURID : …………………………………………….
KELAS : …………………………………………….
NAMA GURU : …………………………………………….
PENGENALAN
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menetapkan setiap
murid untuk mendapat akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri
bagi menghadapi kehidupan masa hadapan. Oleh itu, murid berhak
mendapatkan peluang mengikuti pendidikan meskipun tidak dapat hadir ke
sekolah. Sehubungan dengan itu, Modul PDPR Matematik dibina untuk
memastikan pembelajaran dapat dijalankan dan ilmu dapat dikongsikan.
Modul ini dibina untuk memastikan murid yang tidak mempunyai capaian
internet berpeluang mengikuti pembelajaran di rumah.
PANDUAN IBU BAPA
1. Setiap murid akan mendapat satu modul pembelajaran setiap minggu.
2. Setiap modul mengandungi bahan pembelajaran pada minggu
tersebut.
3. Murid dikehendaki untuk menyiapkan tugasan mengikut masa yang
telah ditetapkan.
4. Ibu bapa/penjaga perlu membimbing murid menyiapkan tugasan dan
bertanya kepada guru subjek sekiranya perlu.
5. Ibu bapa/penjaga/murid hendaklah menghantar hasil kerja murid
kepada guru subjek.
6. Modul boleh dicetak oleh ibu bapa ataupun murid menulis latihan di
dalam buku latihan masing-masing.
7. Hasil tugasan akan menjadi bukti dalam pengisian rekod pentaksiran
murid.
MODUL M3
TARIKH 1- 5 FEBRUARI 2021
TEMPOH
PELAKSANAAN 5 HARI
STANDARD
KANDUNGAN 1.3 Nombor sehingga tujuh digit.
STANDARD Menukar nombor dalam perpuluhan dan pecahan juta kepada
PEMBELAJARAN nombor bulat dan sebaliknya.
TAHAP
PENGUASAAN TP3: Menyatakan nombor hingga tujuh digit dalam perpuluhan juta.
KRITERIA
KEJAYAAN 1. Murid dapat menukar nombor dalam perpuluhan dan
pecahan juta kepada nombor bulat dan sebaliknya
AKTIVITI MURID
1. Murid menerima modul.
BAHAN BANTU 2. Murid memahami nota yang disediakan.
BELAJAR 3. Murid boleh bertanya kepada guru sekiranya nota tidak
dapat difahami.
4. Murid menjawab soalan yang terdapat dalam modul ini.
5. Murid menghantar jawapan yang JELAS dan MUDAH
DISEMAK kepada guru melalui Whatsapp.
Modul, TelefonPintar, Mesin pencetak (sekiranya ada)
Angka Perkataan
2.1 juta Dua perpuluhan satu juta
0.067 juta Sifar perpuluhan sifar enam juta
1.1 juta Satu perpuluhan satu juta
0.05 juta Sifar perpuluhan sifar lima juta
Kesemua nombor di atas adalah dalam
keadaan perpuluhan juta.
Bagaimanakah angka di atas
ditulis dalam nombor bulat?
PERPULUHAN JUTA NOMBOR BULAT
CONTOH A
0.5 juta =
1 DARAB nombor tersebut dengan 1 000 000.
0.5 × 1 000 000
2 GERAKKAN titik perpuluhan ke KANAN mengikut JUMLAH NOMBOR SIFAR
dalam 1 000 000
0.5 . × 1 000 000
1 23 4 56
1 23456
terdapat enam sifar dalam satu juta, jadi
kita gerakkan titik sebanyak enam kali
3 TAMBAHKAN nombor sifar ‘0’ pada atas ombak anak panah.
0.5 0 0 0 0 0. × 1 000 000
1 23456
4 TULIS SEMULA nombor tersebut. Abaikan sifar yang berada di paling
hadapan nombor.
0.5 0 0 0 0 0 × 1 000 000
Tulis semula nombor
ini sahaja
Jawapan: 0.5 juta = 500 000
CONTOH B
1.26 juta =
1 DARAB nombor tersebut dengan 1 000 000.
1.26 × 1 000 000
2 GERAKKAN titik perpuluhan ke KANAN mengikut JUMLAH NOMBOR SIFAR
dalam 1 000 000
1.2 6 . × 1 000 000
1 23 4 5 6
1 23456
terdapat enam sifar dalam satu juta, jadi
kita gerakkan titik sebanyak enam kali
3 TAMBAHKAN nombor sifar ‘0’ pada atas ombak anak panah.
1.2 6 0 0 0 0. × 1 000 000
1 23456
4 TULIS SEMULA nombor tersebut. Abaikan sifar yang berada di paling
hadapan nombor.
1 2 6 0000 × 1 000 000
Tulis semula nombor ini
Jawapan: 1.26 juta = 1 260 000
LATIHAN
Tukar nombor perpuluhan juta tersebut kepada nombor bulat. Rujuk langkah-
langkah penukaran seperti dalam contoh.
a) 0.7 juta
b) 1.3 juta
c) 3.05 juta
d) 0.06 juta
NOMBOR BULAT PERPULUHAN JUTA
CONTOH A
3 500 000 = _______ juta
1 BAHAGIKAN nombor tersebut dengan 1 000 000.
3 500 000 ÷ 1 000 000
2 Terdapat titik perpuluhan tersembunyi di hujung nombor. GERAKKAN titik
perpuluhan ke KIRI mengikut JUMLAH NOMBOR SIFAR dalam 1 000 000
3 . 5 0 0 0 0 0 . ÷ 1 000 000
6 54 3 2 1
.
3 Titik perpuluhan kini telah berpindah. TULIS SEMULA nombor tersebut.
Abaikan sifar yang berada hujung nombor. Tulis perkataan juta di
hujung nombor perpuluhan.
3.500000
Tulis semula nombor ini
Jawapan: 3 500 000 = 3.5 juta
CONTOH B
7 000 = _______ juta
1 BAHAGIKAN nombor tersebut dengan 1 000 000.
7 000 ÷ 1 000 000
2 Terdapat titik perpuluhan tersembunyi di hujung nombor. GERAKKAN titik
perpuluhan ke KIRI mengikut JUMLAH NOMBOR SIFAR dalam 1 000 000.
3 . 5 0 7 0 0 0 . ÷ 1 000 000
6 54 3 2 1
3 Titik perpuluhan kini telah berpindah. ISIKAN nombor sifar ‘0’ di atas
ombak anak panah.
0 . 0 0 7 0 0 0 ÷ 1 000 000
6 54 3 2 1
4 TULIS SEMULA nombor tersebut. Abaikan semua sifar yang berada
hujung nombor. Tulis perkataan juta di hujung nombor perpuluhan.
0.007000
Jawapan: Tulis semula nombor ini
7 000 = 0.007 juta
LATIHAN
Tukar nombor bulat tersebut kepada nombor perpuluhan juta. Rujuk langkah-
langkah penukaran seperti dalam contoh.
a) 100 000
b) 2 080 000
c) 650 000
d) 9 045 000
Jika memerlukan bantuan, sila hubungi
6 ALPHA dan 6 BETA : Cikgu Mohd. Hanafie (011-1622 7054)
6 DELTA dan 6 GAMMA : Cikgu Kathleen (017-816 3616)
RESPON IBU BAPA/PENJAGA:
…………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
…………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………
- MODUL TAMAT -