The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pspekanberuas, 2023-05-31 20:53:05

URTV-Ogos-2018

URTV-Ogos-2018

Dapur URTV Resipi lazatlagi umph! S iapa bilang penyanyi ZUR EDA itu hanya hebat di pentas? Jangan tak tahu, beliau juga mahir di dapur! Jangankan kaum keluarga dan sanak saudara memuji hidangannya, kawan-kawan artis dan rapat juga mengakui masakan Eda, sedap. Antara yang disukai tentulah mi kari, nasi lemak dan tak ketinggalan hidangan istimewa ini. Sempena sambutan Aidiladha, yang nak meraikan tetamu ke rumah, boleh cuba memasak Kalio Ayam Zur Eda. Tak ketinggalan juga edisi ini, Huzz mengajak pakar masak dari dapur shotel di atas bukit yang tinggi nun.... Cef Azmin Zain menyediakan Kek Gula Hangus. Dan juga kuah sambal tumis ikan bilis untuk hidangan nasi lemak. Selamat mencuba. • Oleh: Huzz Bahan-bahan • Seekor ayam • 250 ml santan Bahan-bahan kisar • 7 ulas bawang merah kecil • 5 ulas bawang putih • 7 tangkai cili merah • 10 tangkai cili padi • 1 inci kunyit hidup • 1 inci lengkuas • 1 inci halia • 3 batang serai ( diketuk2) • 3 helai daun kunyit • 4 helai daun limau purut • 2 keping asam gelugur 100 ml air • Serbuk lada hitam • Garam • Minyak untuk menumis Cara memasak: Panaskan minyak. Masukkan serai, daun kunyit dan daun limau purut sampai wangi. Kemudian masukkan bahan-bahan dikisar. Tumis separuh garing dan masukkan ayam, biarkan selama 5 minit dan masukkan santan dan air, kacau Kemudian masukkan asam keping dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih selama 10 minit dan akhir sekali masuk garam secukup rasa. Boleh diangkat dan dihidangkan. Enak dimakan dengan nasi putih boleh juga dengan nasi lemak atau nasi dagang. Kalio Ayam Zur Eda Hmmm sedapnya… Zur Eda


Bahan-bahan • 12 biji telur • 500gm susu pekat • 40gm esen Vanilla • 500gm tepung • 50gm soda • 550gm gula • Air panas 3 cawan • Planta 250gm Satukan telur, susu pekat dan esen vanilla ke dalam mangkuk. Kacau Kemudian, masukkan tepung yang sudah diayak terlebih dahulu. Hanguskan gula dalam periuk dengan air dan kemudian masukkan planta. Kacau atas api yang tidak kuat. Jangan leka. Jangan sampai hangus. Biarkan sejuk. Sesudah itu, masuk ke dalam mangkuk tepung yang diadunkan dengan telur, susu dan esen vanilla tadi. Masukkan soda dan kacau semua sampai sebati. Peramkan dalam loyang selama 6 hingga 7 jam Bakar dengan suhu 160c selama sejam setengah! KEK GULA HANGUS HIDANGAN nasi lemak tidak lengkap hanya dengan kacang goreng, timun, telur, sambal sotong, ayam goreng kalau sambal tumisnya kurang enak. Pendek kata sambal tumis main peranan penting menambah ‘aura’ nasi lemak. Jom belajar menyediakan sambal tumis meletop untuk tetamu ke rumah. BAHAN-BAHAN Rendam cili kering (dalam 500 gm) yang diguntinggunting ke dalam air panas. Biarkan selama sejam kemudian bersihkan (buang biji). Bilas bersih. Kupas dua labu bawang dan lima atau enam ulas bawang merah. Nak lebih bawang ikut selera. Kemudian masukkan cili kering, bawang dan sedikit air ke bekas untuk dikisar. Panaskan kuali. Tuang minyak untuk menulis. Masukkan cili kisar dan kacau hingga pecah minyak. Tuang sedikit air asam jawa. Masukkan ikan bilis yang sudah digoreng setengah garing. Kacau sampai mesra. Akhir sekali bila sudah mesra di hujung masakan barulah masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa. SAMBAL TUMIS NASI LEMAK! Cef Azmin Zain DAN pastinya kalau makan yang pedas atau berlauk, tak lengkap tak lengkap kalau tak ada pemanis mulut. Pada sambutan Aidiladha, selain menjamu yang datang ke rumah dengan Nasi Arab, Kuzi Kambing atau Nasi Daging, jangan lupa disajikan Kek Marble Jelita yang sedap oleh Duyung Sweet Laling, 42. Terima masih sudi berkongsi resipi dengan URTV edisi ini. Bahan-bahan • 200gm tepung gandum • 1 sudu teh baking powder • 230 gm butter • 130gm +50 gm gula kastor (saya blenderkan) • 4 biji telur (asingkan yang putih) • 60 ml susu segar • Serbuk koko secukupnya • Even vanilla 1. Pukul putih telut dengan gula dalam 50gm. Pukul sampai bertanduk (naik gebu) 2. Dalam bekas lain, pukul butter, gula(130gm) dengan kuning telur. Pukul sampai kembang dan masukkan sesudu teh esen Vanilla. Masukkan separuh tepung dan susu. Pukul sebati kemudian masukkan baki tepung dan susu tadi. Pukul lagi. Masukkan separuh putih telur yang dipukul tadi sedikit demi sedikit dan pukul sebati. Sesudah itu, bahagikan bahan-bahan tadi kepada tiga bekas. Letak pewarna kalau mahu ikut kesukaan pada setiap bekas. Kemudian tuang setiap adunan ke ke dalam loyang secara berselang seli, mengikut warna membuat lapisan. Kemudian bakat dalam ketukar dengan kepanasan 160’c selama 50 minit Kalau nak makan sejuk dan rasa lagi sedap! Selamat mencuba. KEKMARBLE JELITA Duyung Sweet Laling


Sensasi Oleh: SYED WAFA DIAM tak diam sudah tiga tahun penyanyi Ratu Dangdut tanah air AMELINA, berstatus janda! Dan sekembalinya ke dunia hiburan, sesudah bercerai dengan bekas suami, penyanyi ini dilihat gigih bekerja dan memenuhi banyak undangan menyanyi. Dan pada ketika ini, ibu tunggal anak enam (empat lelaki dan dua perempuan) mula risau apabila dirinya menjadi perhatian kerana lelaki! Kegagalan rumah tangga dibina 15 tahun lalu bersama Reduan Mahamood menyebabkan Norazlina Sharipuddin, 43, takut untuk berbicara tentang cinta lagi. Selesa dipanggil dengan nama manjanya, Alin, katanya “Dulu ketika pernah bercinta, kala diucapkan I love you pun Alin rasa happy. Alin bukan senang nak jatuh cinta dari dulu ...dan kalau dah suka dan mencintai, jenis setia dan susah berubah hati. “Namun pernah dikecewakan bila cinta tak kesampaian. Kemudian bila memberi peluang pada diri untuk bercinta lagi, membawa kepada perkahwinan. Dan saat sudah bergelar isteri demi menurut kemahuan suami, Alin tinggalkan dunia hiburan menjadi suri rumah sepenuh masa. “Namun... sudahnya Alin akur bahawa cinta yang ditatang bagai minyak yang penuh itu tak mampu berterusan... hanya Alin yang tahu apa Alin dapat? Sudahnya, keputusan kembali menyanyi bukan saja kerana minat masih ada tetapi ada zuriat mesti dibesarkan tak hanya dengan perhatian dan kasih sayang. DIA menafikan sekeras-kerasnya gosip orang sebelum ini, kononnya, kekasih barunya si pelakon muda Hafiz. Kesal cerita begitu, Alin menafikan sudah bertemu pengganti bekas suami dalam hidupnya. Amelina memberitahu Huzz lagi, Hafiz itu kenalan sesama artis. Mungkin kemesraan sesama artis ketika bergambar di lokasi persembahan mengundang bidaah tentang mereka. Dan pada wawancara terbaharu dengan penulis undangan URTV, Huzz bersetuju luahan hati si Ratu Dangdut 90an yang popular dengan lagu Rindu, Yang Indah Yang Hangat, Asyik dikongsikan. Jom baca pengakuan eksklusif Amelina kepada Syed Yusuf Wafa tentang kebimbangannya dengan cinta lelaki. -Huzz bimbang godaan cinta lelaki Amelina


Amelina “Pada ketika ini, hati belum mudah untuk menerima cinta walaupun ada yang sudah mengintai. Dan terus terang sehingga saat ini, tidak ada sesiapa pun yang istimewa di hati dan tak usah berteka teki. Alin faham gosip dunia hiburan, Alin dah biasa lalui dulu. Namun, kalau yang diperkatakan itu tak benar, wajarlah untuk Alin mengakui, itu tidak betul. “Sekarang ini, ramai lelaki dikatakan, pandai menggoda dan bermain katakata. Ada yang nak mendapat perhatian perempuan yang didekatinya. “Sebetulnya, ada lelaki dengan status orang berada, suami orang dan masih bujang, mengintai cinta Alin. Jawapannya, Alin tak berani. “Andaikan, suatu hari nanti, terbuka hati menerima cinta dan lelaki, tak mahu yang setakat melafazkan cinta tetapi menerima Alin dengan sebaik-baiknya dengan tidak membelakangkan anak-anak Alin. “Namun bertanya juga di hati, apakah mungkin akan bertemu jodoh? Bukan mudah untuk menerima cinta. Tak mahu peristiwa sedih berulang lagi atau terpedaya dengan janji manis dan cinta lelaki. “Sama ada berkahwin lagi atau kekal membujang (alone forever) hingga ke hari tua? Alin tidak boleh mengata apa-apa, ia urusan takdir. Menerima Alin kenalah juga menerima enam orang anak yang mesti diberi perhatian sama. Anak yang kecil sembilan tahun dan yang dah besar, 17 tahun ini . “Dan pada waktu sekarang, bersendiri tanpa cinta lelaki , Alin lebih suka memberi tumpuan kepada undangan menyanyi Alin lebih suka habiskan masa di rumah bersama keluarga dan anak-anak. Kalau nak keluar pun Alin keluar dengan adik Alin, Angah yang setia bersama Alin sejak dulu lagi “Bagai yang Alin katakan tadi, belum terfikir untuk bercinta lagi pada waktu ini, ” akuinya jujur. Namun esok dan lusa itu, hanya takdir yang menentukan. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Alin. Memang betul kata Alin, menjadi janda bukan mudah. Ada yang mengejar dan dikejar cinta. Dan ketika ini kena berhati-hati sebaik mungkin. Maklum, takut terpedaya dengan janji manis. Kalau janda berkahwin itu menjanda lagi, buah mulut sekeliling pasti berbunyi. ALBUM BARU Album dangdut Cinta Oh Cinta yang diterbitkan sekitar tahun 1999 merupakan album terakhirnya sebelum Amelina menghilangkan diri daripada persada seni. Mengimbas kembali 17 tahun dahulu, Amelina pernah berada di kemuncak kerjayanya serta menerima anugerah Album Pop Tradisional Terbaik untuk album Asyik pada Anugerah Industri Muzik ke tiga Amelina pernah menghasilkan empat buah album sejak tahun 1994 sehingga 1999. Penyanyi kelahiran Negeri Sembilan ini sangat popular dengan lagu Rindu, Memori Daun Pisang, Asyik, Semakin Rindu Semakin Asyik, Sri Langkat dan banyak lagi. Kini dengan semangat baru berkobar-kobar untuk terus memeriahkan irama dangdut dengan projek terkini. “Sekarang ini mulakan dengan single dulu. Selepas yang pertama akan muncul yang kedua atau sampailah beberapa lagu lagi, akan dilancarkan mini album Alin. “Sebuah lagi lagu adalah hasil ciptaan Alin sendiri dengan susunan muzik komposer daripada Indonesia. “Lagu dangdut terbaru ini tidaklah rancak sangat tetapi lebih menonjolkan suara Alin dan melodi lagu tersebut. Pada Alin dangdut ini bukan pada muzik sahaja tapi juga ia kena seiring dengan melodinya,’’ kata duta minyak wangi IR Signature ini. Minyak wangi ini terdapat dalam lima jenis bauan iaitu untuk perempuan Amelina dan Miss Luna. Lelaki pula boleh memilih bauan Ridz dan Pieces manakala untuk uniseks pula boleh memilih bauan Teddy. Amelina bersama adiknya, Angah Bersama Wafa di majlis pelancaran IR Signature Wajah seorang duta minyak wangi


Spotlight ERWIN DAWNSON Setelah setahun P EMENANG rancangan realiti Anugerah Skrin 2010 Singapura ERWIN DAWNSON, 29, antara aktor popular drama TV dan filem di negara kita. Orangnya kacak dan sinar karier sebagai pelakon, semakin hari semakin menyerlah. Erwin bersyukur dengan rezeki yang ditakdirkan. Bermula dengan drama pertama di Singapura berjudul Tetanggak kemudian Pesona Kasih untuk RTM, Erwin kemudian menjayakan drama-drama TV yang lain termasuk filem Bisik Pada Langit awal tahun ini. Terkini, lelaki kacukan Melayu dan New Zealand ini menjayakan telemovie Di Pinggir Neraka untuk TV3 dengan heroin Fasha Sandha. Malah si tinggi lampai (180 sm dengan berat 80 kg) kini salah seorang pengacara di stesen NTV7 sebagai hos program Feel Good Show. “Sebelum jadi pelakon saya pernah kerja sebagai bellman di Hotel Grand Hyatt Singaura,” ceritanya. Dalam kesibukannya melakar nama dalam dunia hiburan, ramai nak tahu, sejauh mana kisah percintaannya dengan aktres cantik berambut panjang itu? “Sejujurnya, saya pernah bercinta dan putus cinta. Tapi biarlah kisah lama berlalu. Terus terang, kekasih sekarang ialah Julia Farhana Marin. Kami kenal dan berkawan setahun lalu. Insya Allah , ada jodoh... tunggu jodoh


rancangnya, nak berkahwin, tahun depan. “Saya tak bertunang dengannya mengikut adat tapi sudah memberitahu hasrat menjadikannya sebagai isteri, Julia bukan orang Singapura, dia orang sini,” pengakuannya jujur. Baguskan, berterus terang hatinya sudah dimiliki! Aktres filem Langsuir (bakal ditayangkan September depan) itu disenanginya kerana memiliki ciri-ciri gadis idaman. Pemakai kasut saiz 10.5 uk dan pemilik pinggang saiz 33 ini, sukakan orang yang jujur dan tidak berbohong. “ Lima ciri utama mesti ada pada yang nak dibuat kawan dan kekasih tentunya,pertama, tidak jauh dengan agama, orang semacam ini tidak liar dalam hidup. Tahu batasan. Kedua, Mesti jenis yang kuat semangat atau strong empathy. “ Ketiga boleh hold either a funny conversation atau jenis yang intelek ... boleh talk about anyting terutama tentang sekeliling. Keempat, Jangan ada sifat iri atau dengki. “ Kelima, saya juga tak suka orang yang suka menyusahkan orang lain dengan perangainya yang mementingkan diri sendiri. Contoh, kalau dah pinjam duit pandaipandailah bagi balik. Jangan suka menipu demi kesenangan diri dan menyusahkan orang lain,” katanya. GUNA AKAL HARI ini kian menjadi-jadi berita berdepan kematian dan kecederaan gara-gara dibuang di merata lokasi. Apa komen Erwin? “Kenalah tanya akal sebelum bertindak melampau. Kalau mahu menjalinkan hubungan intim (seks), manis dan sebaik-baiknya, selepas berkahwin. “Jangan buang bayi sesuka hati, negara ada undang-undang , jadi yang didapati bersalah lengkap bukti kesalahan wajar berdepan hukuman apatah lagi kesalahan membunuh!” pesannya. “Bercinta jangan sampai berzina dan mengundang fitnah. Keluarga wajar beri didikan agama kepada anak-anak sejak kecil agar bila dewasa, mereka tahu batasan pergaulan,” katanya lagi. TANGGUNGJAWAB SIAPAKAH Erwin Dawnson dalam kehidupan di sebalik glamor? “Saya jenis yang easygoing, boleh makan di warung dan orangnya tak kisah makan apa (janji bersih dan halal) dan simple. “Cuma tak suka minuman bergas dan manis. Suka kan aktiviti ERWIN DAWNSON bersukan dan aktiviti luar, menonton wayang dan persembahan standup comedy. “ Namun bukan jenis kaki lepak di luar rumah sampai awal pagi. Masa lapang digunakan dengan aktiviti berfaedah dan berkualiti,” Saya tak jenis berburuk sangka. Mengenai impian selain jadi pelakon dan pengacara, teringin nak menjadi pakar motivasi suatu hari nanti, nak membantu mereka yang bermasalah agar tak tersasar kemurungan atau hilang keyakinan diri. “Dan dengan pendapatan sebagai pelakon, saya kena bijak dengan perbelanjaan. Tak boros. Saya ingat setiap hutang bulanan… ada bil- bil selain elektrik dan sebagainya dibayar. Di samping itu, tak abaikan orang tua. Selain itu, dengan pendapatan, jangan lupa bahagian untuk sedekah. “Yang penting tak lupa tanggungjawab terhadap diri dan yang berhak ” katanya.


Hola Oleh: Tajul ARIFFIN ABU HASSAN Foto: Hurr.tv KALAU nak berjanji, jangan iyo..iyo. Bila sampai masanya Hola (Hello)... tak nampak bayang pun!? Pengalaman juara Bakat Ohsem Malaysia 2017 Nur Balqis Aleeya Shahrom yang popular dengan nama Aqeesh Aleeya, 14, patut jadi ingatan banyak pihak. “Sebelum ini, ada yang berjanji kalau menang pertandingan nyanyi (anjuran sebuah stesen), dia nak rakaman single. “Besarlah hati saya menunggu. Tapi sedihnya menyepi sampai ke hari ini. Tak dengar khabar berita. Tahun lepas, saya masuk pula pertandingan nyanyian anjuran Hurr.TV , syukur...rezeki saya, jadi juara. “Dengan kemenangan itu, saya juga kemudian berpeluang merakamkan sebuah lagu berjudul Aku Malu (berkonsep pop dance yang dicipta oleh DJ Fuzz dengan lirik oleh Hez Hazmi). “Kalau ada yang nak follow boleh ikut Youtube Hurr.tv melihat lirik video lagu itu. “Alhamdulillah, Hurr.Tv tunaikan janji mereka. Jutaan terima kasih membantu saya mencapai impian. “Saya suka dengan lagu Aku Malu. Apatah lagi lagu itu buat saya boleh menari dan sesuai dengan karakter yang sememangnya lincah dan bertenaga. “Lagu ini bercerita tentang perempuan yang seseorang tapi malu nak meluahkan isi hati. “Harapan saya semoga Aku Malu, diterima semua golongan pendengar muzik tanah air tak kira usia. Saya juga berharap lagu ini boleh masuk program Muzik-muzik atau dijadikan OST untuk mana-mana drama TV,” cerita Aqeesh yang boleh anda ikuti perkembangan lainnya di i.g @aqeeshaleeya dan Facebook www.facebook.com/aqeesh. aleeya. Yang penting Aqeesh dah ada lagu sendiri. Tak payah menunggu janji si polan si polan terdahulu. Manusia kalau berjanji memang lembut lidahnya. TAJUL: Suka tengok filem tentang tarian, tapi tak pandai dan tak berminat untuk belajar menari. Scan QR code menggunakan aplikasi di peranti pintar untuk tonton lirik video Aku Malu oleh Aqeesh Aleeya. dah tak terkilan! Aqeesh Aleeya


Aqeesh Aleeya kini lebih versatil BINTANG Raja Lawak Musim ke-5 ( dengan kumpulan BOBO), GBob ( Mohd Hamizi Hashim),31 tahun sudah ucap selamat tinggal kepada dunia lawak jenaka?!. “Siapa yang cakap begitu? Saya akan beri kerjasaama kalau ada undangan. Malah sekarang dah jadi pelakon drama TV. “Mungkin tak ada publisiti untuk saya tak ada dalam akhbar dan majalah, ada yang fikir, saya tak aktif. Padahal, sekarang saya dah diberi kepercayaan bukan untuk terus buat lawak tapi juga menjayakan watak serius untuk drama TV. “Alhamdulillah, ini yang saya suka. Mahu versatil dalam kerja. “Pengarah pertama bagi saya peluang berlakon watak serius, ialah Fairus Loy untuk drama Mukhlis di TV1. “Masa mula-mula nak bawa watak serius tu, susah sikit. Tapi bila pelakonpelakon lain banyak membantu dan berkongsi ilmu dengan saya terutamanya pengarah, ia sedikit sebanyak membantu saya memberikan yang terbaik,” katanya gembira dengan perjalanan karier sebagai anak seni. NASIHAT GBOB mengingatkan yang berbadan sepertinya jangan rendah diri. “Kalau ada bakat, tunjukkan. Jangan malu dengan badan kita. Dan insya Allah ... dengan peluang yang diberikan kalau kita mampu melakukan dengan baik, bertambahlah rezeki. “Saiz badan bukan masalah atau halangan. Di mana ada kemahuan dan semangat, insya Allah, boleh buat apa kita hendak. “Kalau nak tahu saya pernah masuk pertandingan tarian semasa bekerja di sebuah hotel pada suatu masa dahulu. Saya buang sikap pemalu dan tunjuk saya pun boleh buat yang terbaik,” cerita GBob. Baguslah semangat tu. Tajul nak kena ingatkan rakan sebelah meja, Deel Anjer, tak usah malu-malu untuk cuba menyanyi kerana paha mula berisi. Kan itu nampak lebih cute. Janji bakat ... ditonjolkan, apatah lagi, pernah citacitanya mahu dikenali sebagai kembar Siti Nurhaliza ketika di kampus UKM dulu. Okeylah, berbalik pada bro GBOB kita, kalau nak follow laman i.gnya bolehlah ke @jibob_official. Tajul harap GBOB akan terus meletop dengan bakatnya dalam dunia hiburan kita. GBOB TAJUL: Selain setia mendapatkan majalah bulanan URTV dengan isi kandung hiburan tersendiri menarik setiap keluaran, pembaca kaki gajet boleh ikuti informasi semasa dunia hiburan dengan melayari www.urtv. com.my. Ada banyak cerita, informasi dan video mengenai dunia hiburan tanah air. Pengisian dalam majalah dengan online itu, tentu berlainan.


•Oleh: AMY AMIRA ROSSLI •Foto: •Jurumekap: •Pakaian:DZULLDECLASSIQUE (Instagram:@dzulldeclassique_original) •Lokasi: PNB PERDANA HOTEL KUALA LUMPUR •Oleh: DEEL ANJER •Foto: ZULFAIZ ZAKARIA APA dah nak jadi dengan negara kita? Kes pembunuhan berleluasa akhirakhir ini dengan turut melibatkan bayi yang tak berdosa. Kes buang anak kembali menaikkan rasa marah. Tak cukup itu, yang culik dan bunuh pun mula membimbangkan. Memalukan apabila melibatkan orang Islam. Mana hilang pegangan agama? Mana pula letaknya akal? Terbaharu, anak comel Adam Rayqal yang baru berusia 5 bulan dijumpai sudah tidak bernyawa dalam petik sejuk di rumah pengasuhnya. Ya Allah… sedihnya! Ratu rock negara Ella Aminuddin, sangat kecewa dengan apa yang terjadi dan meminta orang ramai kena memikirkan tindakan lebih baik untuk menangani masalah ini. “Cerita buang anak ni, bukan cerita baru. Dari dulu sampai sekarang, tak habis-habis. Yang saya pelik, memikirkan mereka yang melahirkan dan membuang bayi itu kenapa tak fikir panjang, kesannya? “Kan itu membunuh namanya apabila bayi itu dijumpai mati dekat tong sampai dan sebagainya. Jangan kata pihak kerajaan dan pihak lain seperti NGO tak berusaha mencegah kes ini. Namun, ia terus berlaku apabila yang berakal pendek bertindak ikut emosi. Mungkin dah panik yang dikandungkan itu bayi luar nikah, takut memalukan keluarga. “Kalau tak mampu nak membela, tak mahu rahsia diketahui atau tak mahu anak dikandung... cuba berbincang dengan pusat yang boleh menerimanya. Jangan tambah dosa dengan membunuh! “Kalau tak tahu nak handle, minta pandangan, kerjasama atau mohon yang boleh menerima bayi yang tidak berdosa itu, untuk jadi penjaganya,” pesannya. “Sebagai artis, saya akan sentiasa menyokong pihak yang berusaha membantu mengatasi masalah ini berlarutan. Kita kena sama-sama mencegah jenayah buang bayi dan membantu mereka terlanjur , untuk tidak kemurungan. Sesudah ELLA kecewa! melahirkan anak yang tak berdosa, bunuh anak luar nikah dan halal KERJA GILA…


mereka perlu diberi sokongan untuk memperbaiki diri dan mengelak berulang masalah ini. “Pandangan masyarakat pun kenalah berubah. Jangan hina yang terlanjur mengandung anak luar nikah hingga mendorong mereka tersesat jauh dalam hidup ini. Kita tak tahu, ada yang jadi mangsa rogol, ditipu kekasih atau teraniaya dan kena menanggung malu. “ Bayi dalam perut tak bersalah. Dan dalam masa sama kempen cegah keterlanjuran dibuat dari semasa ke semasa dengan budaya hidup sihat elak masalah sosial.” Ella juga sedih apabila bukan sahaja anak luar nikah dibunuh, malah anak yang lahir dalam perkahwinan direstui orang tua turut menjadi mangsa pembunuh kejam. Nampaknya, bagi pasangan yang dah kahwin dan bekerja, berwaspada menyerah anak kepada pengasuh yang digajikan. Dalam hal ini tindakan lebih tegas atau berat kepada pembunuh perlu dibuat agar mereka sedar dalam negara yang punya undangundang, jangan mudah-mudah nak membunuh sesuka hati. Kejutan ROCKSTARS JANGAN lupa peminat konsert rock...jangan terlepas membeli tiket Konsert Rockstars dan Konsert Metal Legend II yang sedang laris bagai jualan pisang goreng panas! Ella bakal beraksi dengan band Prime Domestic dalam Konsert Rockstars pada 7 September 2018 ini di Stadium Perbandaran, Pasir Gudang, Johor Manakala 8 September, Konsert Metal Legend II menampilkan Cromok dan band jemputan Sil Khannaz di lokasi yang sama. Sambung Ella, “Allhamdulillah, bila dengar jualan tiket berjalan lancar. Ini membuatkan saya semakin teruja menjayakan konsert ini. “Kepada semua peminat di Johor mahu pun dari negeri lain, jom beramai-ramai menyaksikan konsert saya. Orang di Singapura boleh join sama. “Selain diiringi band Prime Domestic saya juga ajak sama pemuzik pilihan sendiri, untuk bikin kejutan untuk penonton lebih teruja!.” Ella bakal berduet dengan abangnya Corrie menyanyikan lagu popular mereka , Pergilah Sayang pada konsert yang bertemakan rock and roll itu nanti. Bagi yang mahu membuat pembelian atau tempahan, tiket-tiket Konsert Rockstars boleh didapati dengan harga RM58 (Lepak Zone), RM78 (Rama-Rama Zone), RM80 (Kasih Zone), RM150 (7.1 Surround Zone) dan RM250 (Gemilang Zone). Manakala tiket Konsert Metal legend II yang boleh didapati dengan harga RM48 (Lepak Zone), RM68 (Thrash Zone), RM90 (Hardcore Zone), RM180 (VIP Lepak Zone) dan RM250 (VIP Hardcore Zone). Juga boleh dibeli melalui atas talian www.ilassotickets.com. Pada 3 September 2018, jualan tiket di kaunter pintu masuk Stadium Perbandaran Pasir Gudang, juga disediakan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi di talian: 03-21706333 (Ilasso Tickets), 010-3837552 (D Grand Stage Event) dan 017-2630437. Kes kematian Adam Rayqal berusia 5 bulan mendapat simpati ramai Ella beraksi bersama Prime Domestic, Cromox dan Sil Khannaz dalam Konsert Metal Legend II


Pawagam Kelolaan: TAJUL ARIFFIN ABU HASSAN Sumber: GSC.COM.MY (Tarikh tayangan dan sebarang perubahan terakhir, tertakluk pada pawagam) THE EQUALIZER 2 TARIKH TAYANGAN: 2 Ogos 2018 GENRE: Aksi/Thriller PELAKON: Denzel Washington PENGARAH: Antoine Fuqua Robert McCall membantu mencari mereka yang dieksploitasi dan ditindas. Dan kemudian menyedari sahabat dan orang yang disayangi dibunuh. Di sinilah dia mula bertindak untuk menegakkan keadilan. THE SPY WHO DUMPED ME TARIKH TAYANGAN: 2 Ogos 2018 GENRE: Aksi/Komedi PELAKON: Mila Kunis, Kate McKinnon, Justin Theroux, Gillian Anderson, Hasan Minhaj, Ivanna Sakhno, dan Sam Heughan. PENGARAH: Susanna Fogel Audrey dan Morgan adalah sahabat yang secara tidak sengaja terlibat dalam konspirasi antarabangsa apabila Audrey mendapati teman lelaki yang memutuskan hubungan sebenarnya adalah seorang perisik. Scan QR Code menggunakan aplikasi di peranti pintar untuk tonton trailer filem The Equalizer 2. Scan QR Code menggunakan aplikasi di peranti pintar untuk tonton trailer filem The Spy Who Dumped Me. HANTU KAK LIMAH TARIKH TAYANGAN: 9 Ogos 2018 GENRE: Aksi/Pengembaraan/Sains fiksyen PELAKON: Delimawati, Awie, Zul Ariffin, Ropie Cecupak, Uqasha Senrose, Mus May, Allahyarham Rab Khalid, Pekin Ibrahim, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz, Sabri Yunus dan ramai lagi. PENGARAH: Mamat Khalid Filem Hantu Kak Limah mengisahkan tentang misteri kematian Kak Limah selepas berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih muda darinya. Kampung Pisang menjadi riuh gara-gara orang kampung diganggu oleh hantu Kak Limah. Sementara itu, Husin dan rakannya melihat Kak Limah ada di rumah. Siapakah sebenarnya yang mereka temui itu? Mereka meminta bantuan Encik Solihin yang merupakan guru silat untuk memburu Kak Limah. Pelbagai insiden lucu yang berlaku pada penduduk Kampung Pisang sepanjang berdepan dengan Hantu Kak Limah. Scan QR Code menggunakan aplikasi di peranti pintar untuk tonton trailer filem Hantu Kak Limah.


ALPHA TARIKH TAYANGAN: 16 Ogos 2018 GENRE: Aksi/Drama/Thriller PELAKON: Kodi Smit-McPhee, Natassia Malthe, Leonor Varela PENGARAH: Albert Hughes Filem ini mengisarkan tentang pengembaraan epik yang berlaku ketika zaman ais di Eropah, sekitar 20,000 tahun lalu. Semasa memburu buat pertama kali bersama puaknya, seorang anak muda tercedera dan telah ditinggalkan untuk mati. Cedera dan keseorangan, dia mesti belajar untuk terus hidup dan mengharungi kawasan yang dia tidak kenali. Anak muda itu telah terjumpa seekor serigala yang juga ditinggalkan oleh puaknya. Mereka belajar bergantung antara satu sama lain dan menjadi sahabat. Bersamasama, mereka mengharungi pelbagai keadaan yang berbahaya dalam mencari jalan pulang. MILE 22 TARIKH TAYANGAN: 16 Ogos 2018 GENRE: Aksi PELAKON: Mark Wahlberg, Lauren Cohan, Ronda Rousey, John Malkovich, Iko Uwais PENGARAH: Peter Berg SINOPSIS: Seorang pegawai perisik elit Amerika, yang dibantu oleh unit komando taktikal rahsia, cuba menyeludup keluar seorang pegawai polis misteri yang mempunyai maklumat sensitif ke luar negara. THE DARKEST MIND TARIKH TAYANGAN: 16 Ogos 2018 GENRE: Sains Fiksyen/Thriller PELAKON: Mandy Moore, Gwendoline Christie, Amandla Stenberg PENGARAH: Jennifer Yuh Nelson Selepas wabak yang membunuh 98% kanak-kanak Amerika, 2% yang bertahan dan terus hidup memiliki kuasa dan kebolehan yang luar biasa. Merasakan mereka ini sebagai ancaman, kerajaan telah menempatkan mereka di kem tahanan. Seorang gadis berusia 16 tahun telah melarikan diri dari kem tersebut dan menyertai sekumpulan remaja yang melarikan diri dari kerajaan mencari tempat yang selamat. Menyedari berlari daripada masalah ini tiada pengakhiran, mereka tekad bersama menggunakan kuasa mereka dan melancarkan serangan untuk mengambil kembali kebebasan dan mengawal masa depan mereka. . Scan QR Code menggunakan aplikasi di peranti pintar untuk tonton trailer filem Alpha. Scan QR Code menggunakan aplikasi di peranti pintar untuk tonton trailer filem Mile 22. Scan QR Code menggunakan aplikasi di peranti pintar untuk tonton trailer filem The Darkest Mind


dalam dunia hiburan ini pernah kedengaran menggegarkan industri hiburan luar negara. Bagaimanapun, dikatakan ...kononnya dalam diam-diam, dunia hiburan kita tak terasing dengan ‘masalah’ ini. Pengarah,produser dan penyanyiWan Cromox tak menafikan, terdengar dakwaan ada lelaki dan perempuan mahu mencipta nama, sedangkan bakat tak ke mana, rela `menyerahkan’ tubuh demi impian dikejar. Cerita Wan Cromox, “Kalau nak masuk ke industri ini betul dan ikhlas nak cari rezeki. Contohi ramai yang dah berjaya kerana bakat. “Kalau cuba nasib (menjalani uji bakat) tapi tak ada peluang dalam dunia lakonan, cari kerja dalam bidang lain. Kena ingat, di mana-mana pun, rezeki pasti ada. Cuma kena usaha dan ada ilmu untuk menjadi lebih baik. Cari rezeki halal. “Jangan cipta Sensasi Oleh: DEEL ANJER Foto: ZULFAIZ ZAKARIA S ANGGUP tidur dengan yang berjanji nak jadikannya pelakon? Ada pula tak kisah ada skandal untuk meraih apa dihajati? Perlukah ’menjual tubuh’ bila dah popular? Suasana tak sedap skandal . Jangan percaya janjijanji orang yang nak mengambil kesempatan mahu yang kacak atau cantik, tidur dengannya. “Kononnya, dia boleh mencarikan ruang dan peluang. Awas kepada janji manis bulan dan bintang ini. Hati-hati kalau ini berlaku di sekeliling, daripada yang nak mengambil kesempatan. “Dan kalau ada produser ke pengarah ke mahu ajak benda-benda macam ini, jangan peduli. “Dan kalau ada yang dah popular.. jangan pulalupa diri kemudian terlibat skandal dengan yang nak tidur dengannya. Kalau kurang job, jangan jual maruah. Banyak kerja sampingan lain boleh buat. Takut lambat laun orang bercakap,”pesannya. Paling tak sedap kalau dah seorang dua punya kerja, nanti habis yang di lain disangka sama. Apa pun, usahlah ada nak berteka teki siapa-siapa yang terjebak skandal dengan pesanan Wan Cromox ini. Dia berpesan, elak berskandal, utamakan bakat dan hargai peluang sebagai pelakon yang sudah diberikan untuk menjaga status dan harga diri. SUAMI PUNCA ISTERI CURANG HARI ini, ada suami berang isteri berlaku curang. Tapi kata Wan Cromox ramai suami sebenarnya kena fikir apa mengakibatkan pasangan mereka terlanjur kepada hal yang tak sepatutnya terjadi! “Ada suami , suka abaikan isteri . Sibuk kerja, out station selalu, mula ‘dingin’ dengan isteri, buat si isteri mula menghabiskan kebosanan dengan melayari laman sosial. Niat berkawan bagaimanapun, membuatkan ada yang terjerat dengan godaan lelaki lain. “Ingat, suami kena bagi perhatian dan kasih sayang agar isteri tidak rasa dipinggirkan. Dan setelah kahwin, suami dan isteri jangan lalai soal agama. Andai kedua-dua suka mendampingi laman sosial, ada had dan batasan , hindari yang menjurus kepada masalah sosial. Perkahwinan itu menghalalkan antara dua hubungan lelaki perempuan, jadi tak perlu `makan luar’,” katanya. Wan Cromox sibuk mempromosikan nyanyiannya Malissa dan juga aktif menjual produk kesihatan detoks iaitu 129 JUICE. WAN CROMOX tegur pelakon skandal


Deko MAMPU membangkitkan seri di ruang tamu, meja makan... atau pun kamar tidur! Itulah tarikan istimewa gubahan replika orkid dengan aneka warna ini. Digubah dalam pasu tembikar menyerlahkan keceriaannya untuk melengkapi hiasan dalaman gaya oriental . Merah jambu, kuning, putih atau ungu... dipilih mengikut keserasian dengan warna dinding yang lembut atau Tarikan ORKID putih. Didatangkan dari luar negara, hargaharganya juga mesra . Untuk sebarang tempahan bolehlah melayari Instagram @lovelyoked atau whatsapp di nombor 012-3414307. Boleh juga dijadikan hadiah buat keluarga atau teman sempena hari kelahiran, merai kejayaan atau bertandang ke rumah baharu. Harga mampu milik bermula serendah RM150 •Oleh: HUZZ •Foto: @LOVELYOKED (Instagram)


PINUP Lirik penyanyi remaja popular HILANG Irfan Haris Lagu: Irfan Haris & Haiqal Iskandar Lirik: Irfan Haris & Haiqal Iskandar Kemarin kau bilang Kau cinta padaku Sekarang tak lagi Kau mendustaiku Kini semua hancur Cerita kita berakhir disini Sudah cukup sudah Kamu wanita yang buatku gila Siang dimata malam dimimpiku Ku selalu berharap Hubungan kita akan berkekalan Buat selamanya Kini semua hilang Kau pergi dariku Ku harap engkau kan dapat Bertemu dengannya Oh Sayang Kau tinggalkan aku Agar dia bahagia denganmu Hu wooo Hu wooo Dan aku mencuba memadamkan Semua memoriku Tapi ku tak bisa melupakanmu Kini semua hilang Kau pergi dariku Ku harap engkau kan dapat Bertemu dengannya Oh Sayang Kau tinggalkan aku Kau hilang dari ku Kau pergi dari ku Huuu... Irfan Hilang... Harris


meniti waktu… T IGA single nya Redha, Pesanan dan Hilang yang mendapat perhatian peminat, menguatkan azam dan semangat IRFAN HARRIS 17, mahu terus melangkah dalam dunia hiburan, apabila usahanya membuah hasil. Kata remaja berkening tebal beraut wajah manis, “Pada ketiga-tiga single itu, Hilang yang sedang dipromosikan... melagukan perasaan hati kerana cinta masa lalu. “Bagi saya yang dah sudah, tu sudah. Menjadi kenangan dan dilagukan. Pada waktu ini, sedang dalam persiapan kepada persediaan Sijil Pelajaran Malaysia akhir tahun nanti. “Dan andai ada rezeki nak melanjutkan pengajian di Kolej Damansara Utama , mungkin mengikuti pengajian dalam seni,” akuinya. Sama-sama kita doakan Irfan sukses dalam usahanya dalam pelajaran dan kerjaya seni. Kalau durian runtuh... rezeki menyanyi membuatkan hidup berubah, sekelip mata kaya raya! “Dah rancang nak bawa emak dan ayah buat haji. Kedua, nak beli kereta idaman Range Rover, ketiga, nak sedekah pada yang layak dan memerlukan, keempat nak labur untuk projek lagu kelima... membeli belah apa yang saya suka!” Makanan disukai? Tentulah hati ayam! Suka sangat hidangan ini! Hobi pelik? Suka menonton filem-filem seram! Setuju atau tidak subjek SEJARAH (dalam dan luar negara) diangkat sebagai mata pelajaran utama (wajib lulus dengan baik) di semua sekolah rendah dan menengah? “Sangat setuju. Mata pelajaran ini tidak boleh diabaikan. Manusia tak boleh lalai tentang sejarah apatah lagi yang penting tentang negara.” Kala mengayakan jean, ada peminat mengatakan, Irfan Harris itu, punya paha yang seksi! Apa komen? “Hurmmm... rasanya paha saya tak seksilah mana kot!” Perempuan suka tampil seksi berani mati menarik perhatian lelaki? Bergaya biar ada batasan. Seksi itu subjektif ... tak semestinya kena dedah badan kelihatan menarik.” Tindakan ada remaja sekarang tergamak membunuh diri kerana kegagalan hidup? Kena ingat pada ajaran agama. Kekecewaan bukan pengkhiran hidup. Bersyukur dan berdoa kepada Allah dalam berdepan cabaran dan percaya, pasti di sebalik dugaan ada hikmah yang tak disangkasangka. Usah menurut hati dan nafsu. Irfan HarrisSantai • Oleh: HUZZ


Zoom Oleh: deel anjer Foto: shahril azman zain Hannah MANUSIA tidak boleh merungut atau resah dengan cubaan hidup. Setiap kehidupan kena ada pengorbanan dan perasaan redha. Penyanyi dan aktres cantik, Hannah Delisha , 21, mengaku dirinya tidak ralat berkorban masa muda demi masa depan. “Saya melakukannya agar kehidupan akan datang terjamin. Saya juga mahu menjaga kedua orang tua yang membesarkan saya tanpa letih dan penat. “Pengorbanan mereka sangat berharga. “Kalau nama saya jadi sebutan, saya pun tak mahu melupakan mereka dengan usaha saya,” ceritanya. Hannah Delisha mewarisi bakat seni daripada ibunya penyanyi era 80-an Noor Ashikin yang popular dengan lagu Tiada Lagi Ucapan Sayang, Kerana Mulut dan Sinar Di Matamu. Tambahnya, “Orang Islam diingatkan untuk merenungi kisah pengorbanan Delisha Pengorbanan cinta


yang pasti ada hikmah melalui peristiwa perayaan Aidiladha. Dan lakukan kebaikan itu, ikhlas tanpa sebarang ungkit ungkitan.” “Begitulah dalam bercinta, kita mesti fahami pengorbanan seperti , berusaha untuk di sisi yang kita sayang, jangan mulut cakap cinta, tapi banyak alasan untuk bertemu, tak kiralah cinta sama kekasih atau sesiapa yang kita sayang. Pengorbanan penat letih membahagiakan sesiapa yang kita sayang, seperti orang tua dan pasangan bila dah kahwin, amatlah bermakna,” tegurnya kepada yang sibuk dengan kerja sampai tak ada masa pula untuk yang tersayang. Tak ‘jual’ rupa Hannah Delisha tak mahu dipandang kerana rupa sahaja untuk diberi tawaran berlakon. “Jangan lihat saya kerana rupa semata-mata. Pandanglah saya dengan bakat. “Dan ada sebab saya menolak banyak tawaran berlakon, sebabnya saya nak beri tumpuan pada yang diterima tanpa bergegas ke beberapa lokasi kalau banyak tawaran diambil dalam satu masa,” akuinya. “Saya suka menerima peluang berlakon yang mempelbagaikan watak untuk saya dalam drama dan filem. Taklah asyik bawa watak sama setiap masa,” tegasnya. Hanna Delisha yang berdarah campuran Inggeris – Melayu akan muncul dengan filem Langsuir pada 2 September ini. Langsuir mengisahkan tentang Azlan (lakonan Syafiq Kyle) dan rakan-rakanrakannya berkunjung ke pusat terlarang bernama Pulau Langsuir. Di sana Azlan berkenalan dan kemudianya jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Suri (Hannah Delisha) tanpa mengetahui di sebenarnya adalah langsuir yang mendiami pulau tersebut. Selain syafiq Kyle dan Hannah, para pelakon lain yang terlibatr adalah Firdaus Nadzaman, Julia Farhana, Halim Radzi, Shahkimin, Nazri, Daaim Jailani dan Naza Manas. Filem ini menajalani sesi penggambaran selama 25 hari di Pulau Langkawi serta beberapa lokasi sekitar yang sudah lama ditinggalkan iaitu Gua Langsir, Gua Tembus, Pantai Talam Dua Muka dan Teluk Datai. Selain akan muncul dalam siri drama Full House (Astro), Hannah juga popular denga lagu Esok Masih Ada yang juga tema siri drama Monalisa.


PINUP Fitri Razali Man Of The World 2018 Model & Pelakon Seksi Sensasi Foto: Noreeza hashim


Zoom Oleh: DEEL ANJER Foto: NOREEZA HASHIM & KOLEKSI FITRI RAZALI Fitri Razali pujuk tunang dengan petai! katanya, “ Kami kena menjalani cabaran yang disediakan. Antaranya kena menanam pokok, membuat kerja kebajikan di rumah anak-anak terbuang, sertai sukan seperti Go Kart, kayak, menaiki banana boat dan banyak lagi. Semua itu pengalaman menarik dan berharga. Tak menang tak apa, janji banyak kenangan manis.” Mengenai lakonan, Fitri sesudah drama Janji Arissa (TV3) dan akan muncul dalam filem Bikin Filem tak lama lagi. MEKANIK yang bergelar model dan pelakon kacak Mohmad Aidil Fitri Azeeli Razali atau Fitri Razali, 25, mengaku menggunakan petai untuk memujuk bakal isterinya yang merajuk. “Kata orang, kalau mahu pujuk kekasih kena betul caranya. Layan dia dengan apa yang dia suka. “Saya dan tunang jarang bergaduh, tapi bila ada yang tak kena, dia bermasam muka. Jadi saya kenalah turunkan ego dengan memujuknya. Mana boleh gaduh lama-lama. “Selain memujuknya di telefon... saya ajak dia keluar makan. Dan bila nak belanja dia makan..saya kena bawa dia ke kedai yang sedap... terutama lauk kesukaannya itu mesti ada. “Saya tahu dia suka makan petai. Jadi saya belanja dia makan sambal tumis udang petai. Saya ni memang tak suka bau petai...tapi bila dah bercinta tu...kenalah terima dan tahan sajalah bau petai dimakan tunang. “Saya tak kisah beralah, asalkan dia senyum dan tak merajuk lagi. “Saya sedar, untuk menjaga hubungan, perlu ada give and take. Kena saling mengukuhkan hubungan.” Wah… bertuahnya cik tunang Fitri ni. Untung dapat lelaki yang dahlah handsome... pandai pula memujuk. Yang menyakitkan hati kalau dapat kekasih yang jenis mementingkan diri sahaja dan egonya tinggi. Finalis Man Of The World 2018 (MOTW 2018) yang mewakili Malaysia ke Manila, Filipina pada 14 Julai lalu bercerita tentang penyertaannya dalam MOTW 2018 Kenangan manis di Filipina Cabaran menanam pokok pengalaman berharga dalam MOTW 2018


•Oleh: AMY AMIRA ROSSLI •Foto: •Jurumekap: •Pakaian:DZULLDECLASSIQUE (Instagram:@dzulldeclassique_original) •Lokasi: PNB PERDANA HOTEL KUALA LUMPUR •Oleh: HUZZ •Foto: ZULHILMI ZAINI Sensasi KALAU dah tertulis rezeki kita, tidak ada manusia dapat menghalang atau menidakkannya. Lambat atau cepat impian kita, Allah menentukan. Itulah pengalaman pelakon handsome yang sedang melakar nama dalam dunia lakonan tanah air. “Dalam dua tahun lalu, saya berangan-angan nak jadi pelakon. Nak berjaya macam Rosyam Nor dan ramai lagi. Bila menonton filem atau AZERIN ZAINAL tepis SKANDAL elak cinta


drama TV, saya ada keyakinan boleh berlakon. “Walaupun makan gaji di sebuah kampus, saya berharap dapatlah jadi pelakon popular suatu hari nanti. Namun, tak mudah untuk gapai harapan. “Pergi uji bakat, syukurlah dapat peluang, tapi peranannnya...sekadar tambahan, wataknya kecil. Pernahlah dapat jayakan drama TV judul Motif dan Mandatori. “ Cuma yang tak sedap waktu itu, ada yang entah perli atau menguji berkata, kalau nak cepat dapat watak besar, kena ada skandal dengan orang penting di lokasi. “Tapi saya ketepikan cakap-cakap tu. Saya percaya hal macam itu, mungkin berlaku di luar negara dan bukannya, di sini. Dan ketika tak berhenti berharap dapat peluang cerah dalam dunia lakonan, saya ditakdirkan Allah jumpa dengan team URTV. Terima kasih wartawan Deel Anjer perkenal saya dengan Huzz , dan kemudian publisiti URTV buat rezeki saya da dengan produksi bernama besar macam Global Station dan A. Aida Production dan beberapa lagi pada tahun ini. “Kesan publisiti dan uji bakat yang saya lalui membuatkan saya tak lagi bermimpi. “Alhamdulillah, saya mula diberi peranan jadi pelakon pembantu ... dalam drama-drama seperto Cinta Yang Kau Rasa, Mr Grey , Renyai Takbir Raya, Sofia Affandi dan Jodoh-Jodoh Anisa (100 episod) dengan Global Station. Manakala filem pula judul Ratu Kala Jengking ( terbitan A. Aida Production) baru sahaja selesai shooting berlakon dengan pelakon-pelakon bernama besar,”begitulah pengakuan si kacak berambut kemas, bermata romantis dan putih orangnya, AZERIN ZAINAL yang dulu dikenali sebagai Along Zuhair. Berusia 25 tahun dari Negeri Sembilan jejaka single ini juga mendapat perhatian di hati peminat-peminat perempuan, yang muda dan berusia. “Buat waktu ini tak mahu terikat... kena elak bab-bab cinta dan menepis skandal atau godaan yang datang. Tentang pasangan hidup...tunggulah kalau dah sampai jodoh, kahwinlah,”katanya. Nasihat Huzz, simpan duit, buat harta. Bakat mesti terus digilap. Jangan berasa sudah hebat... setiap hari terus belajar dan berusaha menjadi bintang berjaya. Dan sebaikbaiknya teguhkan iman berdepan macammacam dugaan kala nama dijulang.


KURUS dengan pil pelangsing badan? Ramai berteka teki apabila penyanyi popular Ippo Hafiz (Muhammad Hafiz Yaziz), 28, nampak susut dan mengaku dah hilang berat badan sebanyak 30 kilogram. Cerita Ippo, “Sebenarnya sudah beberapa bulan saya berusaha kawal makan. Alhamdulillah… setakat ini 94 kg berbanding 124 kilogram dulu. “Sudah beberapa bulan lalu, saya bersukan dengan bermain futsal, badminton dan bersenam di gim dengan bantuan jurulatih. “Saya tak makan ubat kurus atau pil pelangsing. Saya nak kurus cara sihat. “Nasihat saya kepada sesiapa yang mahu menurunkan berat badan, jangan sesekali makan pil yang dibimbangi dan didakwa ada bahan kimia yang tinggi dan boleh memberi kesan buruk kepada tubuh dan organ dalaman badan. “Kalau nak kurus, buat cara betul. Nak ke gim carilah jurulatih yang betul memberi pesanan dan nasihat berguna membantu kita bersenaman dan menjaga makan minum.” Begitulah cerita Ippo Hafiz yang popular dengan lagu Hujan Sepi, Rahsia, Bicara Malam dan Kekal Bahagia. Ippo juga bakal membina nama di Indonesia hasil kerjasama dengan komposer di sana. Tentang cinta, masih belum punya kekasih. Dia mahukan gadis yang memahami, menyokong kerjayanya dan sentiasa ada ketika susah senangnya. •Oleh: DEEL ANJER •Foto: INSTAGRAM @ippohafiz Turun 30 kilogram... IPPO HAFIZ kurus bukan kerana pil pelangsing! Gambar terkini Ippo bersama ibunya


Spotlight Oleh: Deel Anjer “MULA-mula tu, bosan juga, maklumlah bukan sekejap berkawan dan bercinta. Tapi lama-kelamaan, Weera dapat rasakan di sebalik pengalaman pahit putus kasih, banyak hikmahnya. “Hidup sekarang, lebih tenang dan Weera juga banyak fokus kepada keluarga terutamanya Umi (ibu). Sebelum ini waktu tengah ada awek, banyak masa selain dengan dia, tentulah Weera sampai malam, dia tetap gagahkan diri untuk teman Weera. “Itulah sikap seorang ibu tidak pernah menunjukkan penat demi mahu memberi sokongan kepada anak. Setiap ibu berkorban untuk anaknya. Dan setiap anak tidak boleh melupakan atau enggan berkorban waktu untuk ibunya.” Teruja dengan ELLA AWEERA yang juga vokalis Prime Domestic mengaku berasa agak ‘kecil’ apabila diberi peluang berkongsi pentas dengan Ella. Prime Domestic dan Ella akan muncul dalam Konsert Rockstars pada 7 September 2018 ini di Stadium Perbandaran, Pasir Gudang, Johor “Beraksi bersama otai-otai dalam band Prime Domestic pun membuatkan Weera masih teruja ke hari ini, apatah lagi berada sepentas dengan Ella. Sudah tentu berganda-ganda keterujaanWeera. “Weera kagum dengan Ella yang masih kekal hingga ke hari ini. Lagulagunya masih hits. Populariti beliau sebagai ratu rock juga tidak pernah berkurang. “Weera tahu bukan mudah nak bertahan lama macam dia. Ella melalui `ranjau duri’ sebagai penyanyi untuk terus di sini. Dia beri kekuatan dan inspirasi kepada Weera dan penyanyi muda lain, untuk terus beraksi. Begitulah cerita Aweera yang popular dengan lagu Sedingin Pluto nyannyiannya bersama Prime Domestic. Andai suatu waktu hari ditakdirkan berduet dengan Ella, pasti bersemangat Aweera, kan? juga dengan kerja menyanyi di sana sini. Tapi hari ini, ada waktu untuk keluarga,” pengakuan terus terang vokalis band Prime Domestic, Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Noriyissham ,27, yang berasa selesa hidup tanpa kekasih. Dia gembira punya ibu Siti Aishah Bakar, 53, yang banyak memberi sokongan dan kekuatan pada waktu dirinya terbelenggu kerana masalah cinta sebelum ini. Aweera pernah bercinta dengan penyanyi dan pramugari cantik lawa, dua tahun lepas, merasakan hidup lebih bermakna pada ketika ini walaupun tak punya kekasih seperti rakan sebaya. “Saya akan sambut Aidiladha dengan keluarga di Perlis. Bila kenangkan sambutan raya haji, saya juga memahami erti sebuah pengorbanan. Dan dalam kehidupan manusia, mesti ada pengorbanan yang mesti dilalui, termasuk redha putus cinta demi kebahagiaan orang lain. “Tak semua yang kita hendak itu,akan kita dapat. Bila tak dapat, jangan kecewa...ada hikmah menanti. “Dan tentang Umi, Weera hargai, jasanya sebagai seorang ibu, mendoakan anak-anaknya, termasuk Weera untuk mengejar impian sebagai penyanyi. Umi cuba memahami minat Weera. “Ingat lagi, dulu waktu Weera nak sangat jadi penyanyi...nak masuk pertandingan menyanyi di sana sini, Umi ikut dan temankan. Kadangkala bila nampak Umi dah mengantuk temankan Tak Fikir Kekasih AWEERA Aweera bersama ibu dan ayah


•Oleh: AMY AMIRA ROSSLI •Foto: •Jurumekap: •Pakaian:DZULLDECLASSIQUE (Instagram:@dzulldeclassique_original) •Lokasi: PNB PERDANA HOTEL KUALA LUMPUR •Oleh: DEEL ANJER •Foto: ZULHILMI ZAIN T AK perlu bergaduh mengeruhkan hubungan sesama kaum di negara ini. Perlu sedar, sejak mencapai kemerdekaan tanah air, Malaysia punya rakyat berbilang kaum , agama dan bangsa. Aktor berdarah campuran Melayu Pakistan dan Cina, Isa Khan, mahu keamanan negara dijaga dan meminta tidak ada yang cuba membangkitkan isu perkauman atau bersikap rasis. “Alhamdulillah dah 61 tahun negara merdeka. Bersama-samalah, mengekalkan kemerdekaan ini. “Kenalah buang pemikiran atau mentaliti yang boleh menghalang negara maju. Jangan masih ada yang mahu bangkit soal perkauman lagi yang boleh mencetuskan kemarahan. “Jangan rasis. Sejak mula merdeka, kita di sini hidup dengan kepelbagaian kaum. Kena hormat agama dan budaya yang ada. Usaha kerajaan terdahulu dan sekarang hendaklah dihormati dengan mengekallkan perpaduan sesama kita,” akuinya. Jadi kepada yang sibuk menggunakan laman sosial untuk membangkitkan isu berkaitan perkauman kena ingat negara kita ada undang-undang. Kena fahami Rukun Negara dengan tidak banyak meminta yang bukan-bukan. Isa Khan juga berharap semua rakyat Malaysia menghayati kemerdekaan negara dengan tak lupa kepimpinan terdahulu dan sejarah. “Antara cara yang bagus untuk menghayati kemerdekaan adalah belajar bagaimana perjuangan para pemimpin atau tokoh –tokoh negara terdahulu. Jadikan perjuangan mereka untuk negara sebagai inspirasi hidup. “Apa yang baik daripada mereka, boleh diserapkan dalam diri agar hidup lebih maju. “Selain itu, hargai pengorbanan pejuangpejuang kemerdekaan yang sanggup bergadai nyawa untuk keamanan negara. Tanpa mereka, kita masih dijajah oleh orang luar. Kena ingat sejarah,” ujarnya. Sempena ulang tahun kemerdekaan ke-61... “Jangan rasis”- ISA KHAN Realiti


PINUP Ayie Elham Oleh : HUZZ Foto: SHAHRIL AZMAN ZAIN Lokasi: STUDIO UKSB, KOMPLEKS SRI UTUSAN, BANDAR BARU BANGI, Selangor Bio Nama penuh : Nik Fadlee Elhamshah Umur : 21 tahun Tarikh hari lahir : 7 September 1997 lahir di : Tawau, Sabah Bintang: Virgo Adik beradik berapa orang (anak ke berapa) : 6 orang adik beradik (anak sulung) Hobi : Menyanyi,menari,berlakon Sukan diminati (yang diikuti dan yang aktif melakukan ): Futsal,bola sepak & softbal Makanan kesukaan : Nasi putih , Ayam Goreng, Kuah Madu & Ayam Masak Merah Minuman kesukaan : Ais kosong & limau Manis Koleksi kesukaan : Baju, seluar & kasut Muzik kesukaan : Semua jenis... rock, pop rock , pop dan balada Artis luar dan dalam negara yang jadi kesukaan : Hazama dan Bruno Mars Warna kesukaan : Semua warna okey Jenama pilihan (baju, seluar, boxer dsn kasut) : baju & seluar - tak kisah jenama apa, boxer - soda , kasut - Vans Tinggi : 161 sm Saiz kasut : Saiz 6 Jenama minyak Wangi dipakai : Japanese Cherry Blossom Body Shop Status (single atau sedang bercinta) : Masih belum berpunya yang istimewa Pendidikan (masih belajar atau graduan kampus mana) : Masih belajar di Aswara, dalam bidang teater i.g: Ayieelhamf88 Vokalis Floor 88


Click to View FlipBook Version