The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syafiqahsam88, 2021-10-12 23:45:16

test test test - Copy

test test test - Copy

ATUR CARA MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-41

09.45 – 09.55 pagi : Kehadiran waris / guru (Aplikasi Google Meet)
10.00 – 10.20 pagi
: Ucapan Aluan Pengacara Majlis
10.20 – 10.30 pagi : Bacaan Doa
: Ucapan Tuan Pengetua
10.30 – 10.40 pagi
10.45 pagi : Ucapan Perasmian
En. Ahmad Azam bin Shaibahtul Hamdi
Yang Dipertua PIBG SMK Kulim

: Persembahan Multimedia

: Mesyuarat Agung PIBG bemula

: Majlis Bersurai

1

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-41 3
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-40 4-9
Laporan Aktiviti / Sumbangan PIBG sesi 2020/2021 10
Laporan Kewangan PIBG 11
Usul & Cadangan 12
Rekod Kehadiran Mesyuarat Sesi 2020/2021 13

Senarai Jawatankuasa Induk dan Kerja Mesyuarat Agung PIBG 14
Kali ke-41

2

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41

1. UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PIBG
2. MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40
3. MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2020/2021
4. PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN YANG BERAKHIR DISEMBER 2020
5. PEMBAHASAN USUL
6. HAL-HAL LAIN
7. UCAPAN PENANGGUHAN

3

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40
SMK KULIM, JALAN SULTAN BADLISHAH,
09000 KULIM, KEDAH DARUL AMAN.

Tarikh : 23 Februari 2020
Hari : Ahad
Masa : 11.00 pagi
Tempat: DewanSMK Kulim

Kehadiran :

Rujuk lampiran

I. ALUAN PENGETUA

1. Tuan pengetua merakamkan kesyukuran kerana dapat mengadakan mesyuarat Agung
PIBG 2020. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir kerana
kehadiran ibu bapa kehadiran ibu bapa merupakan komitmen yang penting untuk
mencapai visi sekolah.

2. Beliau juga merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih terhadap guru-guru
dalam menjayakan majlis PIBG ini.

3. Guru-guru diingatkan agar mempersiapkan diri dengan ilmu di dada. Perubahan dalam
sistem pendidikan menuntut usaha guru-guru dalam merealisasikan usaha ini.

4. Kejayaan anak-anak adalah hadiah yang paling berharga bagi ibu bapa. Oleh itu, Tuan
Pengetua mengharapkan kerjasama daripada ibu bapa dalam membantu pendidikan
anak-anak di rumah bagi memastikan kecemerlangan anak-anak dapat dicapai.

5. Sekolah akan memperoleh banyak manfaat atas penglibatan ibu bapa termasuklah
dalam peningkatan prestasi murid, kes disiplin berkurangan dan hubungan yang baik.
Maka, Tuan Pengetua menyatakan harapan agar PIBG dapat membantu pihak sekolah
dalam mencapai kejayaan. Hasrat ini mudah dicapai sekiranya semua pihak bekerjasama.

6. Tuan Pengetua mengumumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan aktiviti
gotong-royong mega pada 26 Februari 2020, hari Rabu bermula pada pukul 7.30 pagi.
Aktiviti ini akan melibatkan wakil dari JKR, INTEL dan MPPK. Para waris juga dijemput
untuk terlibat dalam aktiviti ini.

4

7. Tuan Pengetua merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan
AJK PIBG bagi tahun 2018/2019 di atas usaha dan dedikasi yang telah ditunjukkan. Beliau
berharap agar barisan AJK PIBG yang baru akan meneruskan kecemerlangan tersebut.

II. ALUAN PENGERUSI PIBG

8. En. Ahmad Azam bin Shaibatul Hamdi, selaku pengerusi PIBG 2018/2019 merakamkan
ucapan tahniah kepada AJK PIBG kerana dapat menganjurkan mesyuarat pada kali ini.
Beliau juga mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa dalam
mesyuarat ini.

9. Menurut beliau, PIBG merupakan platfom terbaik untuk ibu bapa berkongsi idea yang
bernas bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah.

10. SMK Kulim telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang akademik dan
kokurikulum. Beliau mengucapkan syabas terhadap tenaga pengiring yang telah terlibat
dalam program sekolah.

11. Beliau juga berharap agar keputusan SPM 2019 dapat melonjakkan nama SMK Kulim.

12. Beliau memaklumkan bahawa sumbangan PIBG telah digunakan sebaiknya dalam
pelbagai program peningkatan kecemerlangan dan sahsiah murid. Beliau mengucapkan
terima kasih kepada ibu bapa yang telah menyumbang di dalam tabung PIBG.

13. Sokongan dan dorongan ibu bapa amat penting. Pihak PIBG juga prihatin dengan
kerjasama ibu bapa yang turut membantu dalam proses pembelajaran anak-anak. Oleh
itu, beliau amat berharap akan sokongan daripada ibu bapa terhadap semua program
yang diadakan oleh pihak sekolah.

14. Beliau juga menyatakan harapan agar lantikan AJK PIBG yang baru dapat
menjalankan tugas dengan komited.

III. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-
39

15. Pembentang : En. Mhd Azham bin Abd. Kadir
Pencadang : Puan Normaniza binti Osman
Sokong : Puan Rosni binti Jamil

IV. MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SESI
2019/2020

5

16. Pembentang : En. Mhd Azham bin Abd. Kadir
Pencadang : En. Mohd Nasron bin Ali Yasak
Sokong : En. Razali bin Abu Bakar

V. MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN KEWANGAN TAHUNAN SESI
2019/2020

17. Pembentang : En. Mohammad Azizol bin Abdul Aziz
Pencadang : En. Zulkifli bin Mad Taib
Sokong : Puan Yusnani binti Yahya

VI. MEMBAHAS USUL

18. Puan Siti Zaharah binti Abdul Hamid mencadangkan agar bantuan PIBG bagi sesi
2020 dikekalkan seperti tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM 100 mengikut pecahan
berikut:

Sumbangan PIBG RM 20.00
Dana Pendidikan RM 20.00
Tabung Cetak RM 20.00
Tabung Lalu Lintas RM 6.00
Tabung Kebajikan RM 19.00
Majalah Sekolah RM 15.00

Catatan Jawapan:
Semua waris dan guru yang hadir pada hari ini bersetuju agar jumlah yuran PIBG
bagi tahun 2020 dikekalkan.

19. En. Adi Badiozaman bin Ruhani mencadangkan agar istilah ‘Yuran PIBG’ ditukar
kepada ‘Bantuan PIBG’. Beliau juga mencadangkan agar tabung penyelenggaraan sekolah
ditingkatkan manakala istilah ‘Tabung Cetak’ ditukar kepada ‘Tabung Penyelenggaraan.’

Catatan Jawapan:
En. Ahmad Azam bin Shaibahtul Hamdi memaklumkan bahawa penukaran istilah
itu tidak diperlukan kerana ‘Tabung Kebajikan’ telah sedia ada. Sekiranya ada
lebihan daripada tabung-tabung lain, dana tersebut akan ditarik bagi menampung
perbelanjaan penyelenggaraan.

20. En. Hazimin bin Othman mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan cermin di
dalam tandas blok Tingkatan 1.

Catatan Jawapan:

6

En. Ahmad Azam bin Shaibahtul Hamdi selaku YDP PIBG mengusulkan agar pihak
sekolah meneliti semula perkara ini untuk diambil tindakan. Beliau juga
memaklumkan bahawa setiap tahun, penyelenggaraan akan dibuat.
Kebiasaannya, proses penyelenggaraan dibuat pada hujung tahun kecuali apabila
terdapat sebarang kecemasan. Hal ini adalah untuk tidak mengganggu program
sekolah.

21. En. Hazimin bin Othman menyatakan terdapat aduan daripada murid tentang waktu
rehat 1 sesi bagi semua murid menegah atas dan menengah rendah. Hal ini menyebabkan
ada di kalangan murid yang terlepas waktu makan kerana kekangan masa.

Catatan Jawapan:
Tuan Pengetua memaklumkan bahawa tempoh percubaan waktu rehat 1 sesi
telah dijalankan selama dua minggu sahaja dan didapati tidak sesuai. Oleh itu,
jadual rehat telah ditukar kembali kepada dua sesi seperti asal.

22. En. Shahril bin Saud menyatakan bahawa harga makanan di kantin agak mahal. Oleh
itu, beliau mencadangkan agar pihak sekolah mengambil tindakan dengan mengawal dan
mengurangkan harga makanan di kantin sekolah.

Catatan Jawapan:

Tuan Pengetua memaklumkan bahawa pihak sekolah terlah berbincang dengan

pihak kantin. Di dapati bahawa kenaikan harga makanan di kantin adalah wajar

seiring dengan peningkatan harga barang mentah. Namun begitu, beliau

menyatakan bahawa pihak sekolah masih akan cuba berbincang dengan pihak

kantin agar mempertimbangkan harga makanan yang tidak membebankan murid.

23. En. Eddie Lim Eng Leong mencadangkan agar waktu rehat bagi murid Tingkatan 4
dan 5 diawalkan kepada 9.40 pagi. Terdapat aduan daripada murid bahawa mereka tidak
dapat menahan lapar kerana waktu rehat yang lewat dan ada di kalangan mereka yang
terpaksa makan bekalan makanan lebih awal di dalam kelas.

Catatan Jawapan:
Tuan Pengetua memaklumkan bahawa waktu rehat Tingkatan 4 dan 5 tidak dapat
diawalkan kerana kekangan pengaturan blok jadual waktu. Sekiranya waktu rehat
diawalkan kepada 10.10 pagi sekalipun, pihak kantin tidak akan sempat untuk
melakukan persediaan bagi waktu rehat sesi ke-2. Selain itu, En. Ahmad Azam bin
Shaibahtul Hamdi juga menyokong kenyataan Tuan Pengetua dan beliau
mencadangkan agar ibu bapa memastikan murid mengambil sarapan terlebih
dahulu pada setiap pagi.

24. En. Adi Badiozaman bin Ruhani mencadangkan agar kaedah dan pengurusan
pemberian buku teks pada hari pendaftaran pelajar baru ditambah baik. Menurut beliau,

7

terdapat murid yang menerima buku teks agak lewat. Beliau juga mencadangkan agar
PIBG turut membantu dalam proses agihan buku teks.

Catatan Jawapan:

Tuan Pengetua memohon maaf di atas kesulitan yang telah dialami. Beliau
mengakui akan kelemahan tersebut dan berjanji akan melakukan
penambahbaikan dalam pengurusan buku teks.

25. Terdapat cadangan agar koperasi dibuka pada setiap masa sepanjang waktu
persekolahan.

Catatan Jawapan:

En. Ahmad Azam bin Shaibahtul Hamdi memaklumkan bahawa koperasi sekolah
dijaga oleh murid mengikut jadual waktu yang ditetapkan. Oleh itu, waktu operasi
koperasi sekolah adalah terhad.

VII. HAL-HAL LAIN

26. Tiada hal-hal lain.

VIII. PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG 2018/2019

27. YDP PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli yang hadir ke mesyuarat
pada kali ini. Beliau menerangkan tujuan diadakan mesyuarat ini adalah untuk
membubarkan AJK PIBG 2018/2019 dan melantik AJK PIBG yang baru bagi sesi
2020/2021. Beliau memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan dan kelemahan yang
berlaku sepanjang beliau menerajui kepimpinan yang lalu. Beliau berharap agar
kepimpinan yang akan dilantik sebentar lagi dapat merancang dan menjalankan aktiviti
yang dapat membangunkan kecemerlangan akademik sekolah.

28. YDP PIBG membubarkan J/K PIBG 2019/2020 dan disokong sebulat suara.

29. Keputusan pembentukkan AJK PIBG sesi 2020/2021

BIL JAWATAN NAMA CALON

1. YDP En. Ahmad Azam bin Shaibahtul Hamdi

2. NAIB YDP En. Johan bin Abdullah

3. En. Adi Badiozaman bin Ruhani

4. AJK WARIS En. Amir Mahyudin

5. En. Mohd Fauzi bin Mohd Yatim

8

6. Puan Ang Hui Lin
7. Puan Maisarah binti Zainol
8. Puan Hasliza binti Awang

IX. UCAPAN PENANGGUHAN

30. Tuan Pengetua mengucapkan tahniah atas perlantikan AJK PBG sesi 2020/2021.
Beliau mengharapkan kerjasama yang berterusan di antara waris dan pihak sekolah demi
kecemerlangan SMK Kulim. Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kehadiran para
waris ke mesyuarat pada kali ini.

31. Tuan Pengetua juga mengingatkan sekali lagi para waris yang berkelapangan agar
sudi hadir ke program gotong-royong mega yang akan diadakan pada 26/2/2020 nanti.

32. Tuan Pengetua memohon maaf di atas segala kekurangan sepanjang mesyuarat
diadakan.

33. YDP PIBG yang baru dilantik, En. Ahmad Azam bin Shaibahtul Hamdi menyatakan
ucapan terima kasih di atas kepercayaan yang telah diberikan kepada beliau dalam
menggalas tugas sebagai YDP PIBG sekali lagi.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.50 tengah hari.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

….………………………… ….………………………

(NUR HASMIN BINTI HAMZAH) (MHD AZHAM BIN ABD KADIR)
Pencatat Minit, Setiausaha PIBG,
Mesyuarat PIBG Kali ke-40 SMK Kulim, Kedah.

9

LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2020/2021

BIL. PROGRAM/AKTIVITI TARIKH TINDAKAN
PELAKSANAAN
1. Pendaftaran Murid Tingkatan 1
2. Pendaftaran Murid Asrama 30.12.2019 Guru SMKK
3. Orientasi Tingkatan 1 & 4 30.12.2019
4. Kejohanan Merentas Desa 31.12.2020 PK HEM, Warden, Penyelia
5. Kejohanan Olahraga 15.01.2020 Asrama
6. Majlis Bacaan Yassin Perdana SPM 2020 30.01.2020 PK HEM dan Unit Bimbingan
7. Mesyuarat Agung PIBG 18.02.2020 & Kaunseling
8. Gotong-royong Mega 23.02.2020 PK Kokurikulum dan Unit
9. Mesyuarat AJK PIBG 26.02.2020 Sukan
11. Pendaftaran Murid Tingkatan 1 18.06.2020 PK Kokurikulum dan Unit
12. Pendaftaran Murid Asrama 10.10.2021 Sukan
20.01.2021 PK HEM & Panitia Pendidikan
20.01.2021 Islam

AJK PIBG, Semua Guru SMKK

Unit HEM & Semua Guru

AJK PIBG

Guru SMKK

PK HEM, Warden & Penyelia
Asrama

10

LAPORAN KEWANGAN

SUMBANGAN DANA TABUNG TABUNG TABUNG JUMLAH
CETAK (RM)
PIBG PENDIDIKAN LALULINTAS KEBAJIKAN

BAKI b/h 01-Jan 2853.38 2171.20 5450.74 497.50 2335.50 13308.32
15780.00 16260.00 16260.00 4806.00 15390.00 67496.00
KUTIPAN
JUMLAH 18633.38 18431.20 21710.74 5303.50 17725.50 81804.32
PENERIMAAN

(RM)

PERBELANJAAN 1855.60 1855.60
2370.00
Perbelanjaan 4110.00 473.00 381.40 3510.00 6353.00
Mesyuarat Agung 550.00 4110.00 2700.00
PIBG 10920.00
Sumbangan 5249.20 2500.00 4150.00 381.40
Sukan/Pertandingan 14134.80 7200.00
4498.58 98.00 98.00
Program/Bengkel 18633.38 397.60 397.60
501.70 501.70
Peralatan
Keselamatan/Insuran 2134.87 4230.00 2134.87
Tandas 4611.40 4230.00
3000.00
Cetakan F1 /Kertas A4 958.85 2266.65 3796.00 6796.00
8041.85 8398.82 1170.00 9644.70
Cetakan F2/Kertas A4 15326.00 50512.87

Cetakan F3/Kertas A4 10389.35 13311.92 692.10 2399.50 31291.45
18431.20 21710.74 5303.50 17725.50 81804.32
Cetakan F4/Kertas A4

Cetakan F5/Kertas A4
Saguhati Pengawal/
lalulintas
Penyelengaraan
Sekolah

Perbelanjaan Am
JUMLAH

PERBELANJAAN

Baki Di Bawa Ke
Hadapan

JUMLAH (RM)

11

USUL-USUL

BIL. USUL/ CADANGAN NAMA BAPA/ IBU

1. Bantuan PIBG bagi sesi 2021 sebanyak En. Abd Kahlid bin
RM50 mengikut pecahan berikut: Osman
I. Sumbangan PIBG/ Tabung
Kebajikan (RM20.00) Pn. Hamidah Ghazali
II. Dana Pendidikan
(RM20.00)
III. Tabung Cetak
(RM10.00)

2.
Pihak sekolah sediakan data kehadiran
murid PdPR setiap bulan

12

REKOD KEHADIRAN MESYUARAT SESI 2020/2021

JAWATANKUASA / NAMA TARIKH

Pn. Suzihana Binti Shaharan 18/06/2020 10/10/2021
(Ex-officio)
En. Ahmad Azam bin Shaibahtul Hamdi //
(Yang Dipertua PIBG)
En. Johan Bin Abdullah //
(Naik Yang Dipertua PIBG)
En. Mhd Azham Bin Abd Kadir //
(Setiausaha Kehormat)
En. Mohd Farid bin Abdul Manaf //
(Bendahari Kehormat)
En. Abdullah Sani Bin Idris //
(AJK Ibu Bapa)
En. Adi Badiozaman //
(AJK Ibu Bapa)
En. Amir Mahyudin //
(AJK Ibu Bapa)
En. Mohamad Fauzi Bin Mohd Yatim //
(AJK Ibu Bapa)
Pn. Hasliza binti Awang //
(AJK Ibu Bapa)
Pn Maisarah Binti Zanol //
(AJK Ibu Bapa)
Pn. Ang Hui Lin //
(AJK Ibu Bapa)
En. Hishamudin Bin Sansudin //
(AJK Guru)
Pn. Faridatul Hayati Binti Ahmad //
(AJK Guru)
Pn. Aliza Binti Abdul Ghani //
(AJK Guru)
//

13

JAWATANKUASA INDUK & JAWATANKUASA KERJA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41

Pengerusi : Pn. Suzihana binti Shaharan (Pengetua)
Naib Pengerusi 1 : En. Abd Kahlid bin Osman (PK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Zuriati binti Osman (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 3 : En. Asfarizal bin Abdullah (PK Kokurikulum)
Setiausaha : En. Mhd Azham bin Abd Kadir
Bendahari : En. Mohd Farid bin Abdul Manaf

JAWATANKUASA AHLI DESKRIPSI TUGAS

Bacaan Doa En. Sameinul Rahim Mohamed ❖ Mengurus bacaan doa semasa awal
Teks Ucapan majlis.
Buku Program Cik Nur Hedayah binti
Pencatat Tajudin ❖ Menyediakan teks ucapan pelaporan
Pn. Suriani binti Zainuddin Tuan Pengetua dan teks ucapan
Pendaftaran Pn. Noor Azeani Ashiken binti Azizan perasmian Yang Dipertua PIBG.
Pn. Nurul Syafiqah binti Sam
Publisiti Pn. Rosnah binti Ali ❖ Menyediakan Buku Program
PengacaraMajlis Mesyuarat Agung PIBG.(Digital)
Teknikal Pn. Norfisah binti Lazim
Multimedia Pn. Normimi bintiRoslee ❖ Membuat catatan sepanjang
Dokumentasi Pn. Nurul Izzati Ismail mesyuarat

Cik Norhanizah binti Hussin (T1 ❖ menyiapkan minit
)En. Yusoff bin Md Hussain (T2) ❖ mesyuarat dalam masa dua minggu.
Pn. Wan Shahida Fazira binti Wan Salim (T3)
Pn. Siti Safirah binti Mohamad Kamil (T4) ❖ Menyediakan Borang Pendaftaran
Pn. Nur Syazana binti Ahmad Mazuki (T5) dalam bentuk Google Form
Pn. Nurul Nadia binti Azaheri (Guru)
❖ Mengumpul butiran waris / guru
Pn. Nor Adila binti Yusof yanghadir dalam mesyuarat.
En. Sahahrul Amir bin Hassan@Yusoff
En. Muhd Nur Irshad bin Abu Bakar ❖ Membuat hebahan kepada guru,
Cik Faten Nor Shatilla binti AKP, waris dan murid melalui poster.
Mohmood
❖ Juruacara majlis sebelum mesyuarat
En. Mohammad Fashan bin Mazlan agung bermula.
Pn. Nurul Ain binti Ismail
❖ Menyediakan link Google Meet
En. Hishamudin bin Sansudin ❖ Mengawalselia hal ehwal teknikal
Pn. Rohanah binti Mat Esa
sepanjang mesyuarat berlangsung.
Pn. Siti Safirah binti Mohamad Kamil ❖ Mengendali pertukaran slaid
Pn. Wan Shahida Fazira binti Wan Salim
mesyuarat.
❖ Menyusun atur persembahan

multimedia berkaitan
program sekolah.
❖ Mengambil gambar
sepanjang program dan
menyediakan dokumentasi.

14

Di dahan ara hinggap kenari.,
Hinggap sekawan di pohon jati,
Terima kasih saudara dan saudari.
Memberi tumpuan sepenuh hati.

15


Click to View FlipBook Version