Program Dirasmikan oleh : PN RUHIL HAYATI BINTI ABD GHANI PENGETUA SMK KULIM 12 MEI 2024 | AHAD 7:40 PAGI GELANGGANG LESTARI
ATUR CARA MAJLIS AHAD 12 MEI 7:40 PAGI KETIBAAN TUAN PENGETUA DAN BARISAN PENTADBIR KE TAPAK PERHIMPUNAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAGU SEKOLAH UCAPAN PERASMIAN OLEH TUAN PENGETUA GIMIK PERASMIAN 8:20 PAGI BERSURAI 1 BACAAN DOA IKRAR PELUNCURAN PROGRAM NILAM DAN GALAKAN MEMBACA
OBJEKTIF PROGRAM Memupuk amalan membaca dalam kalangan murid-murid. Mengiktiraf dan menghargai pembacaan murid-murid melalui Program NILAM dan Program Galakan Membaca. Menambahkan pengetahuan murid melalui amalan membaca Melatih para pengawas pusat sumber dan rakan pembaca untuk menganjur dan mengendalikan program Melahirkan lebih ramai murid yang cinta akan bahan bacaan, seterusnya dijadikan role model kepada rakan-rakan yang lain Melahirkan tokoh murid yang berketrampilan dalam pembacaan, mempunyai sifat kepimpinan dan berani ke hadapan. 2
Program NILAM merupakan agenda Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memupuk tabiat membaca di peringkat sekolah rendah dan menengah. Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim mempunyai perancangan yang tersendiri untuk menjulang Program NILAM di peringkat sekolah. Budaya membaca yang cemerlang dijadikan alasan utama untuk memajukan Program NILAM. Oleh itu, pelbagai usaha telah dijalankan untuk meningkatkan prestasi dan pencapaian murid-murid dalam Program NILAM sekali gus menghasilkan impak yang mendalam terhadap pelajaran anak-anak di sekolah. PENGENALAN NadiIL muAmalanMembaca Program ini melibatkan semua murid dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Program ini juga diharap dapat meningkatkan semangat membaca dalam kalangan muridmurid untuk menimba ilmu pengetahuan dan seterusnya mencapai tahap bintang yang dikhususkan. Selain itu, program ini juga diharap dapat memperluas perbendaharaan kata para murid dan mengatasi masalah yang menghalang tabiat membaca dalam kalangan murid. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi akademik murid-murid di sekolah ini. 3
KATA ALU-ALUAN PELUNCURAN NILAM Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan satu usaha murni Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha menanam minat membaca dalam kalangan murid sesuai dengan peribahasa Melayu iaitu MEMBACA JAMBATAN ILMU. Peluncuran NILAM di peringkat sekolah, haruslah disambut baik oleh semua warga sekolah SMK Kulim.Ia merupakan satu usaha dalam memupuk minat membaca murid dan seterusnya menjadi satu tabiat agar dapat dibudayakan sepanjang hayat. Menerusi amalan membaca ini juga ia dapat membantu pembentukan sikap ke arah penerokaan ilmu menerusi input-input dan pengalaman baharu sebagai vaksin minda ke arah berfikiran positif.Sehubungan itu, pemikiran kita akan menjadi lebih luas, terbuka serta “up- to-date” dengan perkembangan semasa. Individu yang banyak membaca akan menjadi individu yang kreatif lagi berinovasi, berpengetahuan tinggi, bertatasusila serta mampu membuat pertimbangan yang rasional dalam kehidupan. Adalah diharapkan melalui aktiviti membaca ini dapat membentuk masyarakat yang berintelektual dari segi minda,rohani dan emosi. Akhirnya, adalah menjadi harapan saya agar semua warga sekolah menyambut baik hasrat murni KPM ini dan seterusnya disesuaikan serta digabungjalin dengan kemajuan teknologi masa kini dan NILAM yang ditambahbaik dalam usaha mencapai impak yang berkesan. Terima kasih. PENGETUA SMK KULIM PUAN RUHIL HAYATI BINTI ABD GHANI 4
JAWATANKUASA INDUK PROGRAM PELUNCURAN NILAM DAN GALAKAN MEMBACA 2024/2025 Pengerusi: Pn. Ruhil Hayati binti Abd.Ghani [Pengetua] Naib Pengerusi 1: Pn.Nurimi binti Zainol Abidin [PK HEM] Naib Pengerusi 2: Pn.Zuriati binti Osman [PK Pentadbiran] Naib Pengerusi 3: En. Azham bin Aziz [ PK Kokurikulum] Cik Norhanizah binti Hussin [GK Bahasa] En.Mohd Arpisah bin Ab Wahab [GK Teknik dan Vokasional] Pn. Jessica Jasmin Lau binti Abdullah [GK Kemanusiaan] Pn.Norazlinahanom binti Mustafa [GK Sains Matematik] Setiausaha : Pn. Serik Hanteni A/P Jumbulingam Pen.Setiausaha: Pn.Suriani binti Zainuddin Penyelaras NILAM BM: Pn. Norfisah binti Lazim Penyelaras NILAM BI: Cik Hasmin binti Hamzah 5
PELUNCURAN PROGRAM NILAM DAN GALAKAN MEMBACA AJK GIMIK PELANCARAN Pn An-Nur Farhah Amanina binti Yasin AJK STREAMER Pn Norfisah binti Lazim Cik Nur Hasmin bt. Hamzah AJK BUKU PROGRAM Pn Nurul Syafiqah binti Sam AJK PENGACARA MAJLIS Cik. Faten Nor Shatilla binti Mohmood En. Mohd Nurudin bin Abdul Rahman AJK PERSIAPAN TEMPAT AJK SIJIL AJK PENANDA BUKU AJK FOTOGRAFI Pn Fakhrulnisha binti Halim Pn Preetha a/p Genggadaran Pn Amalina binti Ibrahim Pn Noor Azeani Ashiken binti Azizan Pn. Nurul Nadia binti Azaher Pn Zarila binti Yahya Pn Siti Marhaini binti Ibrahim Pn. Nor Adila bt. Yusuf Cik Nor Atikah binti Ramli AJK HADIAH En. Bala Sundaram A/L Gopal En. Mohd. Hazif bin Mohd. Noor 6 JAWATANKUASA PELAKSANA AJK DOKUMENTASI Pn Suriani binti Zainudin
LAGU N I L A M NILAM Membaca dan belajar amalan hidup mulia Jadikanlah panduan wawasan kita NILAM program membaca memberikan semangat Membaca dengan jaya budaya kita Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita Ganjaran yang diberi tidak terhingga Jadi rakan pembaca juga capai jauhari Pembaca yang bestari anugerah diberi NILAM,NILAM, Anugerah NILAM Menerangi jalan suram NILAM,NILAM, Anugerah NILAM Idaman pembaca jaya Membaca dan belajar amalan hidup mulia Bina tabiat membaca matlamat NILAM 7
Bunga melur dalam jambangan, Di tepi kolam menjadi hiasan, Kucipta pantun buat renungan, Semarak Nilam empunya wawasan. Harum sungguh bunga kemboja, Bunga karangan cantik tersemat, Janganlah membaca kulit sahaja, Telitilah kandungan sehingga tamat 8